presentation seni 2.2

12
Topik 2 2.2 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK •Perkembangan -Proses dimana individu mencapai kematangan. -Merupakan perubahan berkualiti yang tidak dapat diukur. -Perubahan yang berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada yang terdahulu. •Pertumbuhan -Perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. -Merupakan perubahan kuantiti seperti ukuran tinggi dan

Upload: norazhari-ahmad

Post on 02-Feb-2016

253 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Seni 2.2

Topik 22.2 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

•Perkembangan-Proses dimana individu mencapai kematangan.-Merupakan perubahan berkualiti yang tidak dapat diukur.-Perubahan yang berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada yang terdahulu.

•Pertumbuhan-Perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain.-Merupakan perubahan kuantiti seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur.

Page 2: Presentation Seni 2.2

Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak

• Perkembangan berlaku dalam dua arah (kepala ke kaki dan tengah ke tepi)

• Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.• Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada

keadaan tertentu.• Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap

tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.• Perkembangan berterusan daripada permulaan hingga ke

akhir hayat.• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan alam sekitar.

Page 3: Presentation Seni 2.2

2.2.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN

• Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut peringkat.

• Pada setiap peringkat ini, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik.

Page 4: Presentation Seni 2.2

2.2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN DAN EKSPRESSI

• Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak mengikut peringkat.

• Kanak-kanak menjadi kreatif dan bervariasi apabila diberi peluang bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik.

• Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok,mendengar, mengesan bunyi, menghidu dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu.

Page 5: Presentation Seni 2.2

• Kanak-kanak suka bermain(merupakan aktiviti penting).

• Semasa bermain, secara tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya.

• Untuk itu aktiviti seni mudah dilakukan semasa bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan menjadi lebih bermakna.

Page 6: Presentation Seni 2.2

2.2.3 PERKEMBANGAN MENYELURUH MELALUI AKTIVITI SENI

• Perubahan sedia ada boleh boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak.

• Antaranya dengan menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan kehidupan seharian di peringkat itu.

• Aktiviti seni yang memuaskan keperluan kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihat secara tidak sedar.

Page 7: Presentation Seni 2.2

2.2.4 KREATIVITI

• Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka.

• Dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian.

• Mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara yang tersendiri untuk meluahkan rasa hati.

Page 8: Presentation Seni 2.2

• Proses kreativiti boleh melibatkan:- Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan

kreativiti.- Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan

tindakan yang diambil.- Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya

secara lahiriah.• Matlamat guru-guru dekolah rendah dalam proses

P&P ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terkadap:

a)pergerakan b)bunyi c) bentuk d) tekstur e) irama

Page 9: Presentation Seni 2.2

2.2.5 PEMAHAMAN

• Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya?a) Aktiviti Pergerakan- mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.b) Aktiviti Bermain- memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi, sosialis, kebudayaan, fizikal, rohani dan emosi.

Page 10: Presentation Seni 2.2

c) Lagu- menambahkan keyakinan diri seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, menjadi lebih kreatif dan bertanggungjawab.d) Aktiviti Lakonan- dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi dengan cuba memahami sesuatu watak seterunya menjadi lebih kreatif, inovatif bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik.

Page 11: Presentation Seni 2.2

2.2.6 KESEDARAN KENDIRI• Banyak mempengaruhi t/laku manusia ke arah penyesuaian kendiri.• Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan

berkongsi kasih sayang dengan keluarga,kawan atau gurunya.

• PENERIMAAN• PENOLAKAN• PENGHARGAAN KENDIRI

Page 12: Presentation Seni 2.2

Antara peranan guru yang penting untuk mendapatkan konsep kesedaran kendiri yang positif ialah:

1. Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran.

2. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran.

3. Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.

4. Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya.5. Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.6. Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang

penting.7. Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.