presentation seni china

66
1.0 Pengenalan Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina. 2.0 Sejarah seni catan Sejak Zaman Klasik China sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar- tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah

Upload: hyu-ng

Post on 26-Sep-2015

329 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Pendidikan Seni Visual

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanKesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina.

2.0 Sejarah seni catanSejak Zaman Klasik China sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular.

Dalam bidang kesenian, tamadun Cina bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina. Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istimewa dalam tamadun Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian catan Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada artis-artis catan. Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu beralih menjadi pelukis profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan. Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, tetapi seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam Dinasti Tang dan Dinasti Sung. 1. Catan Dinasti TangDinasti Tang (618 907)

Tempoh Sebelum [golden age (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.]Ciri:Lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan.

PertengahanJenis:Lukisan lanskap, bunga dan burung (lebih menonjol), lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman Ciri:Mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang aman dan bebas. (lukisan dianggap mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersirat dalam kesusasteraan.)

MotifBunga, rumput, pokok, batu, burung dan binatang lain (strok nya ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga.)

Pelukis Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.

Kategori Lukisan lanskapLukisan bunga dan burungLukisan figura

2. Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279)[Lukisan yang kreatif bermatlamat politik dan pendidikan.]Dinasti Lima dan Sung

Tokoh 1Maharaja Hui Tsung

AlasanBeliau adalah pencipta seni lukis halus dan juga seorang pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang paling tinggi pada zamannya. [dengan membentuk akademik seni lukis yang agak sistematik]

Tokoh 2Sun Shih (1056 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su Tung Po [penyajak terkenal]

Hasil karyaliterati painting (lukisan yang ada sajak) >> budaya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan

Stail Lanskap utaraGunung-ganang bercerun tajam dan dataran yang luasLembah Sungai YangtzeBukit-bukau rendah berdedaunan rimbun yang diselubungi awan, saling terpisah oleh tepian pantai yang memanca.

Pelukis Chou Chee Chang, Lin Ting Tsung, Mei Fei

3.0Stail / Gaya (dalam seni catan)

3.1Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina

Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib suae (malang). Ia dianggap kurang sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara dengan pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan kegembiraan dan bahagia. Bunyi Hong juga membawa simbolik berjaya dengan cemerlang.

3.2 Stail lukisan lanskap Dinasti Sung terbahagi kepada 5 stail atau 'mode' berikut: 1) 'Courtly mode' - Mod ini adalah kesinambungan tradisi cerita dan seni istana Dinasti Tang dan ia selalunya berwarna. 2) 'Monumental mode' - Pada zaman Dinasti Sung Utara dan meliputi beberapa sekolah lukisan lanskap yang terawal. 3) 'Literal mode' (mod formal) - Mod ini adalah peralihan daripada zaman Dinasti Sung Utara kepada Dinasti Sung Selatan. 4) 'Lyric mode' (mod berlirik) - Mod ini diadaptasikan daripada beberapa ciri mod ke-2 dan ke -3 untuk menghasilkan lukisan yang lebih berkesan. 5) 'Spontaneous mode' (mod spontan) - Mod ini menghasilkan lakaran yang lebih radikal dan spontan.4.0Falsafah dan Stail 4.1TaoismeTaoisme merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam persekitarannya. Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze seorang ahli falsafah yang hidup pada abab ke-5 S.M. Taoisme yang menegaskan bahawa setiap perkara yang wujud di dunia ini dijadikan dalam keadaan yang bertentangan. Dalam seni catan lanskap Cina, binaan struktur juga dalam bentuk bertentangan. Contohnya bila ada langgit mesti adanya bumi (gunung ganang), pokok dilukis dalam keadaan memberi dan menerima, begitu juga objek ada yang nyata dan ada yang kabul.Pertentangan adalah sesuatu yang positif dan ia perlu untuk mengekalkan keseimbangan yang sedia wujud di alam ini. Pasangan yang saling bertentangan dikenali sebagai Yin dan Yang. Yin-Yang diandaikan mempunyai asal usul Austronesia China Selatan (Needham, 1956:275). Yang mewakili unsur positif dan Yin pula adalah lambang yang negetif. Dalam kehidupan menusia, lelaki mewakili Yang kerana memiliki ciri-ciri yang baik. Perempuan mewakili Yin kerana memiliki ciri-ciri negetif dan pasif seperti lemah, dingan dan mempunyai keinginan tidak terkawal. Jadi, dalam masyarakat orang Cina lebih mementingkan dan memandang tinggi terhadap kaum lelaki. Kaum lelaki diberi peluang belajar dan bergembara, oleh sebab itu kebanyakan pelukis adalah terdiri daripada kaum lelaki.[Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.]Ajaran Taoisme juga menegaskan bahawa hidup manusia bersifat sementara. Lantaran itu kekayaan tidak menjadi matlamat hidup penganut Tao. Ajaran Tao mengajak penganutnya hidup secara sederhana dan tidak mencuba menentang segala ketentuan alam. Jadi, bila pelukis menghasilkan lukisan, mereka mencuba mencantumkan keharmonian di antara apa yang dilihat oleh mata dengan apa yang dibuat oleh tangan. Untuk mendapat kemahiran diwajibkan latihan yang bersungguh-sungguh dan teratur serta mengembara dan meneroka keindahan alam ini. Di dalam latihan ini mesti diuji satu paradoks. Paradoks tersebut ialah, Lebih sedikit terlukis maka lebih banyak tersuara. Umpamanya: Akar pelukis memikirkan sebuah idea, tangannya pula terus melukis ideanya seringkas yang mungkin. Dengan adanya ringkasan maka imaginasi dan permerhatian dapatlah mengagak. Agakan ini merupakan penerokaan di dalam dunia yang putus-putus, yang tidak tersudah, yang berlalu sehingga terjumpa suatu sudut suci zaman kebayian, ketika yang ajaib dimana masa telah dibekukan dan dunia diaturkan dengan selamat, sama seperti imej yang terlukis itu sendiri.

4.2 ConfuciusConfucius merupakan ajaran tentang moral. Ia bukan satu agama tetapi merupakan tertib mengajar manusia bagaimana bertingkah laku, berhubung dengan orang, hidup sebagai anggota masyarakat di sebuah negara. Agama Confucius telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga ia menjadi sebahagian daripada kepercayaan norma dan peraturan yang perlu diikuti oleh orang Cina. Ajaran Confucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 sebelum masihi. Bapanya bernama Shuh Liang Heih, ibunya bernama Chiang Tsai. Mereka mempunyai sembilan anak perempuan dan menginginkan seorang anak lelaki. Masyarakat Cina adalah masyarakat Patrilinear, iaitu meletakkan kaum lelaki pada kedudukan yang lebih utama dan dominan. Seperti mana yang telah dibincangkan di atas kaum lelaki berpeluang belajar dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan pelukis pada zaman dahulu pernah mengalami kehidupan yang berliku-liku, kecewa dan mereka membawa diri merantau untuk mencari ketenangan. Melukis merupakan satu cara untuk mereka meluahkan perasaan dan menyampaikan falsafah diri melalui hasil karya lukisan. Prinsip asas ajaran Confucius adalah tentang adat baik dan budi pekerti yang tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sebagai seorang manusia. Terdapat beberapa konsep dalam ajaran Confucius antaranya ialah Konsep Langit-bumi, Jen, Chun Tze, Li, dan Konsep Kesederhanaan.

.42.1Konsep Langit-bumiLangit dan bumi mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya saling bergantung untuk terus wujud. Kehidupan bumi dipengaruhi oleh kekuatan di langit, jadi pelukis cuba menunjukkan kebaktian mereka kepada langit, iaitu dengan melukis keindahan langit dan keagungan gunung ganang. Dengan ajaran sebegini masyarakat Cina dipimpin oleh Kung Fu Tze supaya tidak berbalah, berkrisis dan tidak berebut kepentingan di duniawi. Kekuatan itu bukan datangnya daripada susuatu kuasa ghaib atau pun alam mistik, tetapi wujud di dalam diri sesorang. Melalui hasil karya lukisan, kita dapat membaca sanubari seseorang pelukis.

4.2.2 Konsep Jen atau perikemanusianSeseorang itu dianggap mempunyai keperimanusiaan yang tinggi apabila melakukan kebajikan terhadap sesama manusia. Mereka yang memiliki Jen tidak mempunyai kepentingan diri dan mereka sanggup melakukan pengorbanan untuk memenuhi tuntunan Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha, dan melakukan kerja untuk kebaikan masyarakat keseluruhan. Dengan adanya sifat Jen, pelukis melukis alam semula jadi yang dipaparkan di kaca mata pelukis dengan seberapa benar atau seberapa asli yang mungkin. Mereka tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Jen adalah bersifat sejagat dan berupaya menyatupadukan manusia dalam satu lingkungan kehidupan yang serupa.

4.2.3 Konsep Chun Tze atau keperibadian yang agungManusia agung harus mempunyai sifat Chun Tze pada dirinya. Manusia dapat hidup berkasih sayang, saling faham memahami, pragmatik, bersikap sederhana dan segala tindak tanduknya tidak keterlaluan. Chun tze merangkumi sifat-sifat baik seperti merendah diri, jadi dalam lukisan seni lanskap Cina didapati manusia atau objek ciptaan manusia biasanya bersaiz kecil jika dibandingkan dengan keagungan alam. Mereka yang memiliki peribadi Chun Tze tidak mudah putus asa atau kecewa serta bersedia berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Kejayaan tidak mendatangkan rasa bongkak kepada dirinya. Kegagalan tidak pula mengundang kemarahan atau kejengkilan. Chun Tze akan melahirkan manusia yang berakhlak, dan dengan akhlak yang dimiliki manusia dapat hidup tenang dan sentosa. Justeru itu jiwa yang tenang dapat menghasilkan lukisan yang mempunyai kuasa ketenangan dan seterusnya melahirkan satu perasaan ketinggian dan isipadu (volume) yang besar.

4.2.4 Li atau KeserasianManusia pada asasnya lemah dan memerlukan bimbingan para pendeta serta sarjana untuk mencapai hidup yang sejahtera.seperti kata pepatah, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, jadi pelukis biasanya berilmu dan berpengetahuan luas. Dalam lukisan mereka biasanya sajak yang ditulis menggunakan ayat dan makna yang baik. Sajak itu biasanya memberi ajaran atau memberi didikan moral kepada si pemerhati. Contohnya dalam Orchids on rocks boleh diterjemahkan seperti berikut:Orkid asalnya adalah tumbuhan gunung;Marilah kita tanamkannya semula di gunung-gunung:Dimana-mana mereka diletakkan di dalam bekas atau pasu bunga;Mengapa tidak biarkan mereka diselubungi kabus dan awan.

4.2.5 Kesederhanaan Salah satu aspek ajaran Confucius ialah jalan tengah yang dirujukkannya sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam melakukan sesuatu. Kesederhanaan membolehkan seseorang berada dalam ketenangan dan dapat membuat pertimbangan yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya. Sifat ini amat penting untuk seseorang pelukis semasa menjalankan aktiviti melukis.

4.3 Agama BuddhaAgama Buddha diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (563 SM- 483 SM) di India pada kurun ke-6 SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul (Right Understanding) dan pemikiran yang betul (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul (Right Speech), tindakan yang betul (RightAction) dan cara hidup yang betul (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betul (Right Efford), pertimbangan yang betul (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betul (Right Concentration).

4.4 MoismeMoisme diasaskan oleh Mo Zi (479 SM-381 SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai ), mengecam sikap suka berperang (fei gong) dan menyerah kepada nasib (fei ming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gong li ), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.

5.0 KepentinganPenggunaan bahan dan alat5.1 Dakwat Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun dahulu. Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. Ink Cake yang diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud pada abad ke 4 T.M.

Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju tidak menggunakan bahan mentah seperti mutiara, serbuk jed yang dicampur bersama. Dakwat terdiri daripada dakwat Cina, ink stone dan atick stone. Apabila ink cake digiling dengan air, dakwat segar yang terhasil boleh menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna kelabu yang bergantung kepada kuantiti air yang digunakan. Dakwat tersebut adalah begitu halus seolah-olah gambar foto, mutu dakwat boleh ditentukan dengan melihat samaada ia merebak di atas kertas atau sutera apabila direndam berulang kali. Bagi orang Cina dahulu menilai dakwat adalah seperti emas. Contohnya ink cake yang bertarikh 1368 1644 (Dinasti Ming). Sejenis dakwat lagi yang diperbuat daripada minyak biji pokok Tung dan Laker. Dakwat ini lebih hitam daripada dakwat lain dan ia lebih digemari oleh pelukis moden.

5.2 Sutera dan kertas Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah sutera dan kertas sebagai penyokong. Kebolehan ulat sutera menghasilkan sutera telah diketahui pada zaman Neolitik. Tekstil sutera mula ditenun 35000 tahun dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai kemuncaknya ketika Dinasti Sung (960 1279). Tetapi, pada masa itu, kertas berkualiti tinggi juga telah digunakan secara meluas. Kertas terdiri daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil seni atas kertas adalah lebih mudah disimpan lama berbanding dengan sutera.

5.3 Berus Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang lebih lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar adalah jenis proto brush. Tulisan menggunakan pigmen merah atas tulang oracle 3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam versi yang lebih halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang dijadikan tajam pada hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera daripada abad 4 B.C dan atas batu nisan dan dinding daripada abab 12 A.D. Jika digunakan oleh pelukis yang berkemahiran tinggi, berus dapat menghasilkan garisan sekasar dawai ataupun sehalus benang.Antara bahan mentah yang paling popular digunakan sebagai berus ialah bulu kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih fleksibel tetapi kurang kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada kombinasi yang berbeza-beza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk menepati citarasa pelukis. Daripada hasil karya pelukis terkenal didapati berus adalah seperti sambungan kepada tangan pelukis-pelukis dan amat responsif terhadap jari, pengelangan tangan serta lengan.

6.0 Perlambangan6.1 Pokok buluh Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan, kesabaran menanggung penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di China. Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang lentuk dan angun mewakili kualiti ketahanan, kesesuaian dan kegigihan untuk terus hidup dalam sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik kerana namanya sama dengan perkataan permintaan

6.2 Shi liu (Delima)Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina seed (biji) juga bermaksud anak lelaki, oleh itu buah delima melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif buah delima yang disulam dengan motif delima dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.

6.3 Mei Hua (Plum Blossom) Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-olah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala lumrah kehidupan. Kehidupan baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai sifat seperti bunga plum.

6.4 Song (Pokok Pine)Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur di tepi tebing gunung yang tinggi melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut (politik, rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan manusia sendiri.

6.5 Mou Tan (Bunga peony)Digelar sebagai Permaisuri Bunga kerana kemewahan warnanya dan bauan yang wangi, bunga peony adalah simbolik kepada musim bunga, juga cinta dan keindahan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan kegembiraan.

6.6 Liu (Pokok Willow)Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang panjang dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada singsong (penyanyi wanita) atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai mempunyai kuasa menyucikan (dewi Kuan Yin menggunakan setangkai dahan willow untuk menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan) digunakan untuk upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow dipercayai digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk berkahwin.

6.7 Lian Hua (Bunga teratai)Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi semangat yang tidak dapat dicemari, membesar dengan akar yang panjang dan dalam, serta kuntuman yang indah di kawasan paya yang suram. Bunga teratai mempunyai dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah kedamaian dan keharmonian dan nasib baik yang berulang.6.8 Long (Naga)Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu digunakan dan amat mustahak dalam perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya naga adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan boleh menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk mendapatkan disc (simbol matahari) Naga adalah simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di Beijing Forbidden City. Menurut mitos lama, Yu, nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal dunia. Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan perlindungan.

6.9 Ma (Kuda)Kuda dikait rapat dengan ketenteraan dan kebangsawanan, mewakili semua sifat-sifat yang mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih secara legenda dikait dengan pengangkutan agama Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu pengetahuan. Kuda-kuda ini sering digambarkan dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak mencecah tanah.

6.10 Feng Huang (Phoenix)Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan fizikal, ia sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga untuk melambangkan perkahwinan yang bahagia (keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang berwarna-warni melambangkan kecantikan, kemewahan dan baik hati.

6.11 Tie (Rama-rama)Selalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan peringatan. Oleh kerana bunyi rama-rama ini serupa dengan perkataan seseorang yang telah berumur, ia juga dianggap sebagai simbol panjang umur.

6.12 He (Burung Bangau) Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal abadi, kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita dongeng masyarakat Cina, burung bangau ini dikatakan boleh membawa tuah dari nan hai sian tau iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya burung bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan panjang umur. Simbol membawa dewa ke syurga melambangan pegawai tinggi di dalam istana China (politik).

6.13 Li Yu (Ikan Kap)Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan liyu (keuntungan, berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana dipercayai kebal daripada kematian secara semulajadi.

6.14 Batu dan gunungBatu-batu dan gunung-ganang yang biasa dilukis dalam sanshui (lukisan pemandangan) dikaitkan dengan keabadian, kestabilan, kesetiaan dan ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama dan apabila disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang baik.

7.0 Seni TembikarKebanyakan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal berbadan kecil. Tembikar Cina zaman akhir Neolitik pula berwarna hitam dan berkilat. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Dinasti Han, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.Pada zaman purba, tembikar China berkembang dari tembikar biru, tembikar putih dan tembikar bewarna. Membuat tembikar mestilah menggunakan bahan tanah kaolin, batu orthoclase dan kuarza, di permukaannya disepuh glis, membakar tembikar mestilah pada suhu 1200 darjah centigrade. Hanya dengan berbuat demikian, barulah tembikar lebih kukuh, menarik dan berkilat. Jika adunan dan peraturan membuat tembikar kurang sesuai misalnya unsur besi terlalu banyak, tembikar akan menjadi kecoklatan atau hitam dan tidak berguna lagi. Pada hujung Dinasti Tang, Wudai dan awal Dinasti Song, Tanur Yue di kawasan Shaoxing dan Yuyao di Provinsi Zhejiang China telah menghasilkan tembikar biru yang licin, warna glis yang halus dan rata. Tembikar putih yang dikeluarkan di Tanur Xing pada zaman Dinasti Tang warnanya seperti salji.Seni reka pada tembikar bukan hiasan semata-mata sebaliknya mempunyai makna dan falsafah tertentu dalam pandangan semesta (worldview) masyarakat berkenaan. Contohnya:a) Feng Huang iaitu burung khayalan atau merak lambang kepada ratu yang menjadi petanda baik, membolehkan mereka lebih yakin dalam menjalankan tugasan atau kerja harian mereka.b) Long atau naga yang hidup di udara, laut atau daratan adalah simbol hujan. Simbol naga juga menunjukkan jiwa yang baik dan lemah lembut seperti air. Kuku naga bercabang tiga adalah lambang bagi kegunaan rakyat biasa, manakala kuku yang bercabang lima dikatakan untuk keluarga diraja. Ia juga dikaitkan dengan kepercayaan kepada tian-zi.Tembikar China mempunyai motif yang tersusun dalam bentuk pelbagai corak. Corak digubah secara bergambar (pictorial) atau yang lebih popular ialah corak dalam gambar. Penggunaan warna biru kobalt parsi yang berkualiti tinggi dikenali sebagai Biru Muhammad (hui hui qing) yang digunakan bagi mewarnakan hiasan seramik mereka.Tembikar yang digunakan sebagai periuk hanya diperbuat daripada tanah liat. Kebanyakkan hasil tembikar disepuh kerana negara China, teknik sepuh telah digunakan sejak zaman- berzaman. Hasil tembikar dibakar di dalam relau yang menggunakan bahan api kayu.Seni seramik banyak mempengaruhi bentuk dan gaya seni seramik di tempat-tempat lain dan begitu juga sebaliknya. Permintaan yang meningkat ke atas barangan seramik China mengakibatkan industri-industri seramik dibangunkan di tempat-tempat lain termasuklah di TimurTengah dan Asia Barat.Kunci mengapa tembikar china boleh berkembang dengan sangat pesat adalah kerana para pembuat tembikar yang sememangnya amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap penghasilan.

8.0 Seni TembagaKesenian tembaga bermula pada zaman Dinasti Shang. Kebanyakan kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sembahyang yang ditiru dari bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian dan istiadat keagamaan.

9.0 CatanDikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Dinasti Tang yang banyak berunsur agama Buddha, Taoism dan Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakan ciri-ciri pemandangan san kemanusiaana)Ciri-ciri catanMotif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. Kebanyakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi. Catan mempunyai falsafah.

9.1 Catan lanskapCatan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.a)Ciri-ciri Catan lanskapTidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah.

b) Hukum Catan China(Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). 1. Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. 2. Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. 3. Ton dan suasana: Chi Yun Sheng Tung ton yang memberi suasana yang ghairah dan dinamik. 4. Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi. 5. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran. 6. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.

10.0 Arca dan UkiranKarya pahatan China paling awal merupakan patung-patung pada nisan. Seniman menghasilkan berbagai bentuk haiwan dengan ukiran yang rumit untuk digunakan dalam upacara penyembahan nenek moyang. Dikesan sejak zaman Dinasti Shang dengan terjumpanya dua arca berbentuk harimau dan burung hantu, diperbuat daripada marmar. Terdapat banyak imej-imej Buddha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di gua-gua Tung Huang, Kansu terdapat imej-imej Buddha diukir pada dinding gua tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

11.0 Seni kaligrafiSeni tulis Cina yang terawal ditemui pada zaman Dinasti Shang (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Dinasti Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman Dinasti Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script)Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. Dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar.Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk bentuk garis yang menarik lalu meggubah struktur yang cantik. Pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai selepas berlatih dalam tempoh masa yang panjang.Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kinia) Stail biasa atau kaishu >> Setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas.b) Lishu >> sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak.c) Xingshu atau stail berlari >> bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; d) Caoshu atau stail rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur.Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagaimana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis huruf yang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan.Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.

12.0 Seni binaSeni bina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nankinga)Ciri-ciri Senibina Berdinding kayu beratap genting curam. Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu gerbang, beratap genting melengkung ke atas. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru. Keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Lokasi dan susunan yang mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga. Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori fengshui. Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan ditutup pada waktu malam. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Di atas pintu terdapat menara yang tingginya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman. Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan. Pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina kemudian adalah untuk tujuan fengshui. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang. Seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.

13.0 Sumbangan tokoh13.1 Gu Kaizhi, yang lahir di Wuxi telah mengeluarkan 3 buku tentang teori melukis: On Painting, Introduction of Famous Paintings of Wei and Jin Dynasties, dan Painting of Yuntai Mountain. Menurutnya, untuk melukis wajah manusia, yang terpenting adalah matanya, kerana di situ terletak jiwanya. Pakaian dan penampilan itu tidak penting.

13.2 'Scroll of the Emperors' yang dihasilkan oleh Yan Liben yang digelar sebagai hero artis lukisan. Ia dihasilkan pada awal Dinasti Tang. Corak lakaran dan komposisi lukisan yang dihasilkan memperlihatkan perubahan kepada seni lukisan Cina. Aspek 3-dimensi yang diimplikasikan adalah berbeza sama sekali dengan stail linear pada lukisan-lukisan era sebelumnya. Teknik yang digunakan lebih sistematik dengan penggunaan bayangan yang dipercayai dipengaruhi dari Asia Tengah dan lukisan India.

13.3 Wang Wei adalah merupakan salah seorang pelukis lanskap yang hebat dan juga pengasas kepada lukisam lanskap monokrom. Lanskap Cina yang pertama dihasilkan olehnya ialah lanskap kampung halamannya sendiri iaitu 'Wangchuan Villa'. Lukisan lanskap ini memberikan gambaran lanskap yang sebenarnya dengan suasana perkampungan, beberapa buah bangunan, para petani yang bekerja dan perahu memancing di sungai. Selain mempunyai cerita yang tersirat, lukisan ini juga dihasilkan dengan topografi semulajadi.

14.0 PandanganSeni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Pandangan ahli-ahli falsafah mengenai kesenian China telah bercanggah sejak zaman China purba lagi. 14.1 ConfuciusConfucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun pendapat tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan untuk golongan berada dan bukan golongan miskin.Beliau mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat. Jika wujud sifat hormat menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

14.2 Gu KaizhGu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak.

14.3 John DeweySeni itu sejenis pengalaman dan adalah komoditi. Seni dikatakan barangan ekonomi kerana ia memerlukan masa dan wang bagi mengeluarkannya. Ekonomi berkait rapat dengan kesenian kerana kedua-duanya merupakan subsistem bagi kebudayaan.15.0 Bibliografihttp://titasib2013.blogspot.com/2013/04/agama-dan-falsafah-dalam-tamadun-china.htmlhttp://arti-definisi-pengertian.info/seni-budaya-cina/http://kopikeliling.com/news/cina-seni-tertua-di-dunia.htmlhttp://psv07kdri.blogspot.com/2009/11/kesenian-tamadun-cina.htmlhttp://titasib2013.blogspot.com/2013/04/kesenian-cina.htmlhttp://psv07kdri.blogspot.com/2009/11/tamadun-cina.html