pengurusan pemeliharaan seni silat … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat...

24

Upload: nguyendiep

Post on 26-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini
Page 2: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

2

PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT DALAM ILMU

MEMPERTAHANKAN DIRI

NURSHAHIRA BINTI MD SABUDI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2012

Page 3: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

3

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT DALAM ILMU

MEMPERTAHANKAN DIRI

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NURSHAHIRA BINTI MD SABUDI mengaku membenarkan tesis/laporan ini disimpan

di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat

kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *Sila tandakan

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan

________________________ ________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

Lot 414, Kg Bukit Abal,

16800 Pasir Puteh,

Kelantan.

Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/Laboran ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini perlu

dikelaskan SULIT atau TERHAD

Page 4: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

4

PENGAKUAN

Projek bertajuk Pengurusan Pemeliharaan Seni Silat Dalam Ilmu Mempertahankan

Diri ini telah disediakan oleh Nurshahira Binti Md Sabudi dan telah diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda

Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

________________________

(Dr. Anna Durin)

Tarikh:

________________________

Page 5: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

5

PENGHARGAAN

Alhamdulillah… syukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat limpah dan

rahmat Nya dapat saya menyiapkan projek penyelidikan ini, selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat. Dalam

menyiapkan kajian ini saya mendapat kerjasama yang tidak ternilai dari pelbagai

pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu

saya menyiapkan kajian ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada penyelia Dr. Anna Durin yang telah banyak memberi panduan, tunjuk

ajar serta bimbingan tentang penyelidikan secara ilmiah dan professional sehingga

membolehkan saya menyiapkan tesis ini dari awal hinggalah selesai dengan

sempurnanya.

Saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan Pertubuhan

Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan dan responden-responden yang sudi

memberikan kerjasama di dalam kajian ini. Layanan mesra dan sikap tidak lokek

berkongsi maklumat yang ditunjukkan sedikit sebanyak telah memberi keyakinan

kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga yang

banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Juga ucapan

penghargaan buat saudara mara yang telah banyak membantu dan sentiasa

meniupkan kata-kata semangat sepanjang pelaksanaan kajian ini. Doa kalian semua

sentiasa mengiringi kejayaanku hari ini.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan

duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini.

Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tesis

Page 6: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

6

bagi projek sarjana muda ini. Siapalah diri ini untuk terus maju dan teguh berdiri di

puncak kejayaan tanpa sokongan dan bantuan kalian semua.

Sekian, wassalam.

NURSHAHIRA BINTI MD SABUDI

Page 7: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

7

Isi kandungan

Muka surat

TAJUK KAJIAN

PENGESAHAN

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii - iii

ISI KANDUNGAN iv -vi

ABSTRAK vii

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 - 4

1.2 Permasalahan kajian 4 - 5

1.3 Hipotesis 6

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Kepentingan kajian 7 - 8

1.6 Persoalan Kajian 8

1.7 Skop kajian 9 – 10

1.8 Kekangan / halangan 11 – 12

1.9 Lokasi 12 - 13

1.10 Sistematika kajian 13 – 17

1.11 Perancangan kajian 18 – 19

1.12 Rumusan 20

BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan 21 – 27

2.2 Konsep kerangka kerja kajian 28 – 31

2.3 Rumusan 32

Page 8: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

8

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33 - 34

3.2 Kaedah Keperpustakaan 35

3.3 Kaedah kualitatif 35 – 39

3.4 Kaedah kuantitatif 40 – 45

3.5 Rumusan 46

BAB 4: ANALISA DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Penganalisaan data kajian 48

4.2.1 Borang soal selidik 48

4.2.1.1 Bahagian A: Analisa latar belakang responden 48 – 53

4.2.1.2 Bahagian B: Analisa pengetahuan responden 54 – 58

4.2.1.3 Bahagian C: Minat responden 59 – 66

4.2.1.4 Bahagian D: Pandangan responden 66 – 74

4.2.1.5 Bahagian E: Pengurusan organisasi 75 – 77

4.2.2 Temubual 78

4.2.2.1 Latar belakang informan 78 – 79

4.2.2.2 Penglibatan dalam seni silat 79 - 80

4.2.2.3 Peranan Informan 80

4.2.2.4 Bantuan daripada pihak luar 81

4.2.2.5 Sokongan masyarakat 81 - 82

4.2.2.6 Perancangan memperkembangkan seni silat 82 - 83

4.2.2.7 Acara seni silat secara meluas 83

4.2.2.8 Aktiviti untuk golongan belia 84

4.2.2.9 Langkah dan strategi 84 - 85

4.2.2.10 Peranan utama tenaga pengajar 85

4.2.2.11 Promosi yang dijalankan 85 - 86

Page 9: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

9

4.2.2.12 Penyertaan golongan belia 86 - 87

4.2.2.13 Perspepsi seni silat sekarang 87 – 88

4.4 Rumusan 89

BAB 5: PENUTUP

5.1 Pengenalan 90 - 91

5.2 Rumusan bab 91 – 96

5.3 Cadangan 96 – 98

5.4 Cadangan untuk kajian akan datang 98 – 100

5.5 Kesimpulan 100

Bibiliografi 101 – 102

Lampiran:

Borang soal selidik 103 – 108

Soalan temuramah 109 – 110

Gambar informan 111 - 113

Gambar persembahan seni silat 114 – 116

Page 10: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

10

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat pengurusan pemeliharaan yang dijalankan oleh

organisasi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan dalam

memperkembangkan seni silat untuk tujuan ilmu mempertahankan diri

terutamanya di dalam melihat penglibatan golongan belia. Kerjasama yang

kurang daripada pihak kerajaan dan swasta dalam mempromosikan seni

warisan, mahupun penglibatan belia dan persaingan dengan bidang lain

merencatkan lagi perkembangan industri seni silat ini. Menerusi kajian ini

didapati golongan belia kurang menunjukkan minat terhadap seni silat. Oleh

itu, beberapa kaedah pemeliharaan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu

terutamanya golongan yang terlibat dengan aktiviti silat bagi memelihara seni

silat dalam ilmu mempertahankan diri dalam masyarakat Melayu.

Page 11: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

11

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Abd. Rahman (2009), silat merupakan ilmu peperangan yang diamalkan

oleh orang Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Ilmu ini dipelihara dan diturunkan

kepada generasi muda oleh guru-guru silat yang menurut kajian folklore dikenali sebagai

pembawa tradisi yang aktif (active carriers of tradition).

Seni Silat Melayu adalah sejenis ilmu membela diri yang diakui umum sebagai

hak asli kepunyaan Melayu. Seni silat ini bukan sahaja mengutamakan unsur persilatan

malah mementingkan unsur kesenian dan peradaban Melayu sebagai pelengkap yang

tidak dapat dipisahkan. (Tuan ismail Tuan Soh,1991).

Menurut Don F. Draeger (1972), silat bererti sama ada latihan persendirian yang

bebas dari segi gerakan jasmani atau pertarungan yang sebenar dengan musuh. Manakala

menurut Ku Ahmad bin Ku Mustaffa (1978) menerangkan silat ialah satu siri gerakan

jasmani untuk menyerang dan mengelak yang lemah lembut sifatnya. Selain gerakan ini,

seseorang itu juga melakukan penyerangan terhadap musuhnya selain mengutamakan

pembelaan dirinya.

Page 12: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

12

Untuk menentukan kemenangan dalam sebarang persilatan, digunakan beberapa tipu

muslihat. Kerapkali tipu muslihat itu tersembunyi dalam gerakan dan kedudukan pesilat

yang ternampak seolah-olah sedang menari, lemah dan alpa. Gerakan dan kedudukan ini

begitu jelas seperti yang dihuraikan oleh Draeger.

Dalam Kamus Dewan, tipu muslihat ialah elak (atau ilat mengikut bahasa loghat di

sebelah utara Malaysia Barat). Namun menurut Dr. Teuku Iskandar, Kamus Dewan

(DBP,1984), mengatakan perkataan silat berasal daripada gabungan perkataan „si elat‟

atau „si ilat‟ (orang yang pandai tipu muslihat) seperti perkataan pendekar berasal

daripada gabungan perkataan „pandai akal‟.

Di dalam karya Tuan Ismail Tuan Soh „Seni Silat Melayu Dengan Tumpuan Kepada

Seni‟-Silat Sekebun, 1991, mentakrifkan seni adalah bukan sahaja dari sudut estetik

malah dari sudut saintifik. Dari sudut estetiknya ialah beliau menyatakan bahawa seni

silat Melayu memang bercirikan keindahan, kelemahlembutan dan kesopanan dalam

segala gerak lakunya. Dari sudut saintifik pula, seni silat Melayu tanpa menonjol telan

menyerap serta mengaplikasikan teori mengenai dinamik, momentum, velositi, graviti,

psikologi dan ekonomi. Beliau juga turut memberi pendapat bahawa, dengan

menggunakan unsur saintifiklah, orang sudah lanjut umurnya dapat mengalahkan orang

yang lebih muda; orang yang tidak bersenjata dapat mematahkan serangan musuhnya

yang bersenjata. Selanjutnya dia seorang yang dapat menewaskan musuhnya yang lebih

banyak dan ianya juga mempunyai perbezaan di antara orang yang membela dirinya

secara seni dengan orang yang membela dirinya tanpa seni.

Page 13: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

13

Salah satu unsur yang terdapat dalam seni silat Melayu ialah penggunaan tenaga

ataupun kekuatan jasmani berasaskan teori ekonomi. Maksudnya segala tenaga jasmani

harus digunakan dengan cermat, cekap dan berkesan pada peringkat yang

optimum.(Quintin Chambers dan Donn F. Draeger, Javanese Silat, 1978). Ilmu persilatan

Melayu melatih seseorang berupaya membela dirinya dalam keadaan biasa tanpa

memerlukan pakaian dan kelengkapan perang secukupnya terlebih dahulu.

Selain itu, unsur seni yang terdapat dalam seni silat Melayu ialah kelengkapan

pakaian pesilat iaitu tengkolok, baju Melayu, bengkung, dan kain samping. Di sesetengah

tempat, tengkolok dikenali juga sebagai destar ataupun setangan dan kain samping

dikenali sebagai kain selendang ataupun kain sarung. (Katherin Sim, Costumer of Malay,

1963). Menurut Siti Zainon Ismail, “Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi”, 1979,

Tengkolok atau tanjak merupakan pakaian di kepala untuk laki-laki. Tengkolok diperbuat

daripada kain (sama ada daripada tenunan songket ataupun daripada tenunan biasa) dan

diikat seni di kepala dengan gubahan yang indah tanpa sebarang jahitan. Tetapi dalam

seni silat Melayu secara amalinya, gubahan tengkolok dipermudah dari segi keseniannya

untuk memenuhi beberapa fungsi. Salah satu fungsi tengkolok dalam seni silat Melayu

ialah mengikat dan memastikan rambut orang yang sedang bertarung terikat rapi. Dengan

itu, orang yang sedang bertarung tidak terganggu penglihatannya.

Tuan Ismail Tuan Soh „Seni Silat Melayu Dengan Tumpuan Kepada Seni‟- Silat

Sekebun telah menggariskan beberapa sistem latihan dan disiplin seni silat adalah

Page 14: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

14

bertujuan untuk mendukung lima teras ilmu persilatan Melayu iaitu; seni silat Melayu

pada dasarnya berfungsi sebagai alat membela diri bukannya untuk dipertontonkan

sebagai media hiburan, seni silat Melayu bersifat lemah lembut dan keras pantas dalam

segala gerakan jasmaninya, seni silat Melayu tidaklah dapat dipisahkan daripada unsur

kesenian dan kebatinan, seni silat Melayu diajar dengan penuh keikhlasan dan kerelaan

guru dan dipelajari dengan penuh kesetiaan dan kasih sayang murid, dan seni silat

Melayu berhasrat menjadikan pesilat berkeperibadian dari segi jasmani dan rohaninya.

1.2 Permasalahan Kajian

Setiap bangsa di dunia mempunyai seni mempertahankan diri masing-masing. Seni

mempertahankan diri adalah warisan ilmu yang diturunkan dari satu generasi ke satu

generasi daripada pelbagai ancaman musuh yang disedari atau tanpa disedari, yang boleh

berlaku sama ada di hadapan, belakang, kanan dan kiri. Dengan ilmu mempertahankan

diri, serangan musuh dapat ditangkis dan dibenteras.

Orang Melayu sebagai salah satu bangsa yang mempunyai tamadun dan seni budaya

yang dibina bersama dengan ketamadunan itu mempunyai seni mempertahankan diri

yang berbeza dengan bangsa lain. Keunikan seni mempertahankan diri orang Melayu

iaitu seni silat yang menjadi tumpuan kajian ini ialah Seni Silat Pusaka Gayung. Alam

melayu yang mewarisi pusaka ini adalah sesuatu yang berbeza dengan seni

mempertahankan diri diluar pada nusantara ini. Orang Melayu merupakan satu bangsa

yang cukup lemah lembut dalam berbicara dan melayani tetamu dan dalam menerima

sahabat baru dan lama. Orang Melayu dikatakan sebagai satu bangsa yang sentiasa

Page 15: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

15

merendah diri tetapi bukan menyerah diri. Orang Melayu mencintai damai demi

persahabatan dan dan perpaduan. Akan tetapi, orang Melayu tidak menyerah apabila

dicaci, dimaki, dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain demi mempertahankan maruah

dan harga dirinya. Untuk mempertahankan diri, maka diwariskan seni silat dan oleh itu,

usaha menubuhkan Persatuan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan adalah

satu tindakan yang wajar untuk mempertahankan diri dari ancaman musuh.

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memapar, meneliti, mengkaji, menganalisis

pengurusan pemeliharaan Pertubuhan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan.

1.3 Hipotesis

Seni Silat Pusaka Gayung adalah ilmu mempertahankan diri warisan melayu yang

melambangkan jati diri orang melayu. Sekiranya seni silat ini tidak dipelihara maka

salah satu jati diri melayu akan terhakis.

1.4 Objektif Kajian

(1) Mengenalpasti konsep seni silat Gayung.

(2) Mengkaji usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung dalam

memelihara seni silat.

Page 16: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

16

(3) Menganalisis tentang data-data yang diusahakan oleh Pertubuhan Seni Silat

Pusaka Gayung dalam memelihara seni silat.

1.5 Kepentingan kajian

Kepentingan utama kajian ini ialah kerana sebelum ini kajian tentang topik

penyelidikan ini masih belum dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Pengkaji

terdahulu hanya menyentuh dari segi konsep, teknik, pantang larang, pakaian yang

berkaitan dengan seni silat. Dari segi pemeliharaan, pengkaji terdahulu belum

menyentuh lagi dan ini merupakan kepentingan kepada kajian untuk mengisi ruang-

ruang kosong yang ditinggalkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Selain itu juga

kajian ini dapat menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji akan datang dalam

penyelidikan mereka. Seni silat juga merupakan warisan Melayu yang tinggi nilainya

dan perlu dipertahankan oleh masyarakat pada hari ini terutamanya golongan muda atau

belia. Dengan ini pengkajian yang dilakukan adalah ingin memastikan golongan muda

berminat serta dapat memberi kesedaran betapa pentingnya warisan agar terpelihara.

Masyarakat dan golongan muda perlu sedar bidang seni silat dapat menjadikan warisan

ini terus kekal sehingga ke genarasi akan datang dan juga dapat menurunkan warisan ini

kepada anak cucu yang akan datang agar mereka mengetahui asal usul warisan dalam

masyarakat Melayu. Kajian ini juga dapat melihat strategi yang dijalankan bagi menarik

Page 17: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

17

lebih ramai golongan muda khususnya bagi mengikuti program yang dilakukan di

Kampung Bukit Abal. Kepentingan utama didalam kajian ini ialah bagi mengisi

kekosongan yang ditinggalkan oleh pengkaji terdahulu.

Kajian ini dapat melihat pendedahan pelatih melalui program, pengalaman,

pendedahan dan tunjuk ajar daripada tenaga pakar. Selain daripada itu dapat melihat

teknik-teknik yang dilakukan dalam pembelajaran seni silat ini dalam ilmu

mempertahankan diri.

1.6 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini telah menimbulkan beberapa soalan yang sangat penting

untuk menjawab beberapa perkara misalnya untuk menyelesaikan permasalahan

kajian dan untuk mencapai objektif-objektif kajian. Persoalan kajian yang ada adalah

seperti yang dibawah;

(1) Adakah usaha-usaha seperti promosi seni silat oleh persatuan-persatuan seni silat

dapat membantu memelihara seni silat di dalam masyarakat?

(2) Kenapakah golongan muda pada hari ini kurang meminati seni mempertahankan

diri?

Page 18: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

18

(3) Bagaimanakah cara atau langkah bagi menjadikan seni silat ini mendapat perhatian

terutamanya kepada golongan muda dalam masyarakat Melayu?

1.7 Skop kajian

Menurut Zainal Abidin (1995), mengatakan bahawa skop adalah merujuk kepada

had ataupun batasan-batasan yang mungkin berlaku semasa menjalankan kajian serta

gangguan yang akan memberikan kesan kepada maklumat dan data yang telah

dikumpulkan. Masalah yang biasa dihadapi dalam menjalankan kajian adalah

melibatkan kewangan. Kewangan penting dalam sesuatu kajian iaitu sebagai duit

minyak, fotostat, makan dan wang simpanan untuk saat-saat kecemasan yang

mungkin berlaku semasa menjalankan kajian.

Skop kajian juga merupakan batas-batas atau fokus kajian yang berdasarkan

kepada tajuk kajian yang dijalankan. Dalam satu-satu kajian yang akan dijalankan,

skop kajian amat penting agar kajian yang dijalankan tidak terpesong dan mencapai

matlamat yang disasarkan. Dengan adanya skop kajian yang merupakan garis

panduan supaya kajian yang dijalankan tidak begitu luas dan menyebabkan kesukaran

untuk mendapatkan maklumat.

Seni Silat Melayu adalah sejenis ilmu membela diri yang diakui umum

sebagai hak asli kepunyaan Melayu. Seni silat ini bukan sahaja mengutamakan

Page 19: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

19

unsur persilatan malah mementingkan unsur kesenian dan peradaban Melayu sebagai

pelengkap yang tidak dapat dipisahkan.

Skop utama adalah tertumpu kepada pengurusan organisasi Persatuan

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung untuk memelihara seni silat Melayu dalam

ilmu mempertahankan diri di Kampung Bukit Abal. Lokasi kajian yang akan

dijalankan di Kampung Bukit Abal, iaitu di daerah Pasir Puteh, Kelantan.

Menggunakan borang soal selidik yang ditumpukan kepada golongan yang terlibat

dalam seni silat, pelatih, penduduk setempat dan juga penduduk di daerah yang

berhampiran.

Skop kajian juga merangkumi golongan sasaran yang menjadi sebagai

pemberi maklumat atau data supaya kajian dijalankan berjaya. Skop utama tertumpu

kepada pengurusan bagi memelihara seni silat Melayu dalam ilmu mempertahankan

diri di Kampung Bukit Abal. Lokasi kajian yang akan dijalankan di Kampung Bukit

Abal, iaitu di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Bagi kajian kualitatif iaitu melalui

temubual akan dijalankan di Kampung Bukit Abal yang tertumpu kepada tenaga

pengajar dan pelatih. Manakala bagi kajian berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan

borang soal selidik yang ditumpukan kepada golongan yang terlibat dalam seni silat,

pelatih, penduduk setempat dan juga penduduk di daerah yang berhampiran. Tujuan

kajian dijalankan terhadap golongan tersebut adalah untuk memudahkan

mendapatkan maklumat tepat dan mengetahui pengetahuan mereka tentang seni silat

Page 20: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

20

yang terdapat di kawasan kajian. Kajian juga ingin melihat peranan yang dimainkan

oleh tenaga pengajar dalam memelihara dan mengembangkan seni silat itu sendiri

serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan akan dijalankan seterusnya mendapatkan

pendapat orang ramai terutamanya golongan tua dan remaja tentang kaedah

pemeliharaan seni silat.

1.8 Kekangan/halangan

Kekangan atau halangan adalah merupakan cabaran dan rintangan yang terpaksa

dihadapi sepanjang menjalankan kajian ini. Terdapat beberapa kekangan yang

dihadapi semasa menjalankan kajian ini. Antaranyan ialah;

Kekurangan data atau maklumat juga merupakan kekangan dalam menjalankan

penyelidikan kajian ini. Walaubagaimanapun, ia masih lagi mempunyai alternatif

dalam mencari data atau maklumat iaitu dengan meminjam buku-buku di

perpustakaan sebagai bahan rujukan.

Masalah untuk mendapatkan buku rujukan juga adalah satu limitasi kajian yang

dihadapi dalam menjalankan kajian ini. Kajian ini perlu mengambil masa yang lama

untuk mendapatkan buku dan perlu mencari banyak tempat bagi mendapatkan buku

rujukan. Masalah cuaca juga boleh mendatangkan masalah dalam kajian ini iaitu

Page 21: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

21

kerja-kerja penyelidikan berjalan dengan lancar iaitu dengan menjalankan kajian

berbentuk kualitatif dan kuantitatif pada musim tengkujuh atau musim hujan di pantai

timur. Oleh yang demikian, kajian ini perlu mengambil masa yang lama dan perlu

berhati-hati semasa menjalankan penyelidikan. Risiko banjir juga besar dan

menyebabkan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan akan terbantut. Namun, masih

ada lagi jalan alternatif bagi menyelesaikan kekangan ini iaitu dengan mengadakan

sesi temubual dalam di atas talian seperti bersembang di laman sesawang iaitu di

“facebook”, “skype”, dan melalui kaedah kuantitatif pula, kajian menyelesaikan

kekangan dengan mengedarkan borang soal selidk tersebut di laman sesawang dan

mewar-warkan kepada pengguna laman sesawang untuk menjawab soalan-soalan

kajian.

Walaubagaimanapun, kekangan-kekangan telah menjadikan kajian ini kekurangan

sesuatu terutamanya ialah sumber data atau maklumat tetapi ia juga sudah

mencukupi. Kerjasama yang diberikan oleh responden adalah kurang, namun masih

ada lagi golongan-golongan masyarakat setempat dalam memberikan informasi dan

kerjasama kepada dalam mendapatkan maklumat kajian. Namun masalah kekangan-

kekangan kajian ini dapat diatasi sebaik yang mungkin dalam menghadapi kekangan

tersebut demi menyiapkan kajian yang dijalankan dengan sempurna.

Page 22: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

22

1.9 Lokasi

Kg Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan

Lokasi ini dipilih kerana di kampung ini mempunyai ahli pakar dalam ilmu

persilatan mempertahankan diri. Dengan adanya pakar dalam ilmu silat ini, maka ia

dapat membuat kajian dengan lancar dan sempurna dalam menyiapkan kajian ini.

Lokasi kajian ini juga dapat membantu kajian dalam menyelesaikan permasalahan

kajian dan melalui responden dan informan yang belajar di lokasi ini bagi

mendapatkan pendapat daripada mereka tentang isu-isu pemeliharaan seni silat dan

seterusnya dapat mencapai objektif yang kedua iaitu mengkaji usaha yang dilakukan

oleh Persatuan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung dalam memelihara seni silat.

Page 23: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

23

1.10 Sistematika kajian

Sistematika kajian adalah kaedah atau perancangan bagaimana kajian ini ditulis dan

disusun mengikut bab-bab iaitu dari bab satu sehingga bab lima dan juga ia menunjukkan

salah satu bahagian yang menunjukkan komited seseorang dalam menguruskan sesuatu

kajian dengan betul. Bahagian ini dilakukan adalah bertujuan untuk membantu dalam

menguruskan masa dan jadual dengan betul. Ia juga dapat menjadikan kajian ini tidak

ketinggalan dalam melakukan setiap langkah-langkah yang harus dilakukan.

Di dalam bahagian bab satu, kajian ini harus diteliti setiap apa yang perlu dilakukan

supaya kaedah penyelidikan dapat dibuat dengan sempurna. Melalui bab satu ini

mengandungi beberapa bahagian iaitu seperti pengenalan, permasalahan kajian, objektif

kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian, kekangan atau halangan kajian,

lokasi kajian, sistematika kajian dan akhir sekali ialah perancangan kajian. Dalam

bahagian pengenalan, kajian ini akan menceritakan atau menghuraikan maksud-maksud

seni silat itu sendiri. Selain itu juga, di dalam pengenalan ini juga, ianya juga akan

menjelaskan fungsi, teknik, alatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu silat ini.

Manakala, dalam permasalahan kajian pula, akan turut menjelaskan masalah-masalah

yang perlu diselesaikan melalui kajian ini. Permasalahan kajian ini juga merupakan satu

masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan kajian dan maka dengan itulah kajan ini

dilakukan. Objektif kajian pula, ianya akan menerangkan tujuan utama penyelidikan ini

dilakukan. Disini, akan memberi tujuan yang paling utama dalam kajian agar ia dapat

dilihat sebagai keutamaan dalam menjalankan penyelidikan tersebut. Di samping itu, di

Page 24: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT … pemeliharaan seni...yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini

24

dalam bahagian kepentingan kajian, akan menerangkan kenapa kajian yang dilakukan ini

adalah penting untuk dibuat penyelidikan. Kepentingan ini dapat menghuraikan betapa

pentingnya kajian ini dan ia harus dilakukan untuk menjadikannya sebagai jawapan

dalam menyelesaikan kajian. Manakala bahagian soalan kajian pula ialah, beberapa

bentuk soalan telah dikemukakan dalam menjawab pertanyaan kajian. Bentuk-bentuk

soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi di

dalam kajian. Soalan-soalan kajian ini amat penting dalam penyelidikan ini kerana ia

dapat membantu dalam menjawab persoalan atau menyelesaikan permasalahan kajian

yang dihadapi dalam kajian ini. Seterusnya adalah skop kajian. Skop kajian ini juga boleh

dikelaskan sebagai limitasi kajian. Ia dilakukan dalam penyelidikan ini adalah bertujuan

untuk melimitasikan atau menghadkan kajian agar tidak terpesong jauh dari tajuk kajian

yang dilakukan. Ianya juga amat berguna dalam kajian ini kerana ia dapat menghadkan

kajian yang dilakukan agar kajian yang dilakukan tidak menjadi luas dan besar. Bahagian

kekangan atau halangan di dalam penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menceritakan

beberapa masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan penyelidikan. Kekangan ini dapat

menjelaskan keadaan sebenar sewaktu menjalankan kajian dan tindakan yang diambil

dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Lokasi kajian pula ialah tempat

utama penyelidikan ini dibuat. Lokasi kajian ini adalah merupakan tempat dimana

penyelidikan ini menjalankan kajian dan mencari maklumat atau mengumpul data dalam

memasukkan ke dalam kajian penyelidikan.

Di dalam bab dua pula ialah sorotan kesusasteraan. Di dalam bab ini kajian perlu

memfokuskan penulisan-penulisan terdahulu dan menghubungkaitkan dengan kajian agar