projek penternakan ikan

Upload: jay-irwine

Post on 04-Apr-2018

455 views

Category:

Documents


39 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    1/8

    Projek Penternakan Ikan Tilapia

    PEMILIHAN TAPAKLokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) keranakualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkarsemasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akanmenambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar.

    Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkarbagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air.Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengancepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yangdianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus )adalah :i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )ii. pH air - 6-8iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppmiv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppmv. Ammonia - kurang dari 1.0 ppmvi. Kemasinan - 0-20 pptKedalaman air antara 3 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakanikan tilapia dalam sangkar.Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakanikan dalam sangkar.Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapatdi dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekundersesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture).Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran airyang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut danikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati.Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untukberenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa aruskuat.

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    2/8

    REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKARModul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap array. Saizkerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi.Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saizmata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman

    jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalamsangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakankerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos. PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAHPengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran danmenemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapiaberumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tigaperingkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhananak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH

    Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar ataukolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepatmembesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidakterkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolamtanah dan dalam sangkar menggunakan haba.KADAR PELEPASAN BENIHKadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikutkeperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaizkecil antara 2.5 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan didalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkatasuhan antara 3,000 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhandalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m

    jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKANKadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaranberat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikantilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hariberkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dariberat badan bagi keperluan setiap sangkar.

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    3/8

    PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIAIkan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaandiberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakalaikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tanidan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiapsangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikanterkejut(stress).PEMASARAN IKAN TILAPIAPada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalamnegeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidupdan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati.Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcitadalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM::

    Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.

    Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.

    Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut

    graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.

    Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan

    buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.

    Senang untuk memasarkan ikan.

    PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

    Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.

    Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua

    tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.

    Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah

    sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    4/8

    Meningkatkan pH air

    Mengeraskan dasar kolam

    Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.

    Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.

    Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.

    Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :

    pHBawah 4

    4 4.5

    4.5 4.0

    5.0 5.5

    5.5 66 6.5Kg/haKapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)

    3805

    3044

    2283

    1902

    1012

    888

    Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)

    2917

    2283

    1776

    1395

    761

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    5/8

    634

    Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)

    1903

    1522

    1142

    1015

    507

    507

    Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam

    Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari

    segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah

    seperti berikut :

    Jenis Baja

    Kadar yang disyorkan

    Baja Fosfati. Double Superfosfat (DSP)400 kg/ ha/ setahun

    ii. Triple Super Fosfat (TSP)340 kg/ ha/ setahunBaja Nitrogeni. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun

    ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun

    iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun

    i. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun

    ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun

    iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun

    Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.

    Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :

    ParameterNilai Yang Sesuai

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    6/8

    i. Oksigen Terlarut (D.O)Lebih dari 2.5 ppm

    ii. Karbon dioksidaKurang dari 25 ppm

    iii. pH6 8

    iv. Suhu air20 35oC (optimum 28 32oC)

    v. AmmoniaKurang dari 1.0 ppm

    PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA::

    1. Kadar pelepasan = 3,000 5,000 ekor/ ha.2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam

    kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam

    sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat

    perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

    ::PEMAKANAN::

    1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis Omnivorous ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan

    berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).

    2. Terdapat 3 punca utama iaitu :

    a. Makanan semulajadi bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll

    b. Makanan tambahan dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet),

    bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

    3. Cara pemberian makanan :

    a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam

    b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat,

    namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.

    4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    7/8

    5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan

    adalah seperti berikut :

    Saiz Ikan

    % Makanan yang patut diberi mengikut berat badan

    Anak ikan kurang dari 2 inci = 6 10%

    Anak ikan antara 2 6 inci = 3 6%

    Ikan lebih dari 6 inci = 2%

    ::AKTIVITI HARIAN::

    Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak

    mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

    1. Memberi makanan

    2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas

    3. Memeriksa kualiti air.

    4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar

    5. Mengawal rumpair

    6. Mengawal pemangsa

    7. Membuat catatan harian

  • 7/29/2019 projek penternakan ikan

    8/8

    ::PENUAIAN::

    1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :

    a. Penuaian secara sebahagian menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.

    b. Penuaian keseluruhan dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.

    2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan

    tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat

    pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.

    3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk

    menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.