projek

5
KREATIVITI MATEMATIK DALAM PdP (SEKOLAH RENDAH) PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TAHUN : 4 BIDANG : Bentuk Dan Ruang TAJUK : Bentuk Tiga Dimensi STANDARD KANDUNGAN : Murid dibimbing untuk mencari isipadu kubus dan kuboid STANDARD PEMBELAJARAN : Murid berupaya untuk mengira isipadu kubus dan kuboid. OBJEKTIF PENGAJARAN : Murid dapat mengenalpasti bentuk kubus dan kuboid dan membandingkan kubus dan kuboid yang pelbagai saiz dan ukuran. Masa : 60 minit (2 waktu) FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI 1. Persediaan Pemerhatian dan analisis: Tinjauan berfokus/berstruktur penyoalan Guru menyediakan bahan yang berbentuk kubus dan kuboid seperti kotak tisu, buah dadu, kotak mancis dan air kotak. Tunjukkan kepada murid, minta murid namakan objek-objek yang ditunjukkan. Murid menamakan bahan yang ditunjukkan. Murid menamakan contoh lain yang mempunyai bentuk yang sama.

Upload: abu-bakar-saad

Post on 24-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

projek

TRANSCRIPT

KREATIVITI MATEMATIK DALAM PdP (SEKOLAH RENDAH)

KREATIVITI MATEMATIK DALAM PdP (SEKOLAH RENDAH)

PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEKTAHUN

: 4BIDANG

: Bentuk Dan RuangTAJUK

: Bentuk Tiga DimensiSTANDARD

KANDUNGAN: Murid dibimbing untuk mencari isipadu kubus dan kuboidSTANDARD

PEMBELAJARAN: Murid berupaya untuk mengira isipadu kubus dan kuboid.OBJEKTIF PENGAJARAN : Murid dapat mengenalpasti bentuk kubus dan kuboid dan

membandingkan kubus dan kuboid yang pelbagai saiz dan ukuran.Masa

: 60 minit (2 waktu)

FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan

Pemerhatian dan analisis:Tinjauan berfokus/berstruktur penyoalan

Guru menyediakan bahan yang berbentuk kubus dan kuboid seperti kotak tisu, buah dadu, kotak mancis dan air kotak.

Tunjukkan kepada murid, minta murid namakan objek-objek yang ditunjukkan.Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai 3D. Ia juga mempunyai sisi, bucu dan permukaan.

Murid menamakan bahan yang ditunjukkan.Murid menamakan contoh lain yang mempunyai bentuk yang sama.

2. Imaginasi

Penjanaan IdeaSintesis Idea

Meneroka

Merancang

Membimbing murid untuk melukis bentuk-bentuk yang dinyatakan tadi di atas kertas yang disediakan.Membimbing murid untuk melukis bentangan kubus dan kuboid.

Membimbing murid menggunting bentuk bentangan untuk membentuk bentuk kubus dan kuboid.

Menjelaskan kepada murid bahawa hasil darab panjang, lebar dan tinggi adalah isipadu kubus dan kuboid.

Isipadu = Panjang (P) x Lebar (L) x Tinggi (T)

Murid menggunting dan menampal bentangan dalam buku latihan.Murid menggunting dan membentuk bentangan.

3. Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai Meneroka Mencari maklumat

Membuat prototaip

Murid diagih kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan beberapa keping kad manila untuk membentuk kubus dan kuboid.

Murid diminta melukis beberapa bentuk bentangan dengan ukuran yang berlainan dan menggunting untuk membentuk menjadi kubus dan kuboid.

Dengan menunjukkan beberapa contoh, minta mereka membentuk dan membina bentuk mereka sendiri.Murid digalakkan berbincang dengan ahli kumpulan.

Murid boleh merujuk kepada sumber lain seperti internet, majalah dan buku teks.Murid membuat lakaran idea-idea mereka dan menunjukkan kepada guru. Guru memberi pandangan untuk penambahbaikan. Guru mengingatkan murid tentang kekemasan dan ketelitian semasa menyiapkan projek.

Guru memaklumkan murid akan membuat satu projek dengan menggunakan bentuk-bentuk 3D.

Guru mengingatkan murid tentang aspek keselamatan semasa aktiviti menggunting.

Murid diminta membina suatu objek dengan gabungan bentuk 3D.Berbincang dengan ahli kumpulan untuk membina sebuah objek.Murid boleh membaca majalah dan melayari internet yang sesuai.Guru memberi pandangan atau pendapat terhadap lakaran tadi.

4. Tindakan

Menganalisis maklumat

Mentaksir Melapor

Dokumentasi Meminta murid mengukur panjang, lebar dan tinggi setiap bentuk gabungan.Murid mencatatkan ukuran panjang, lebar dan tinggi setiap bentuk gabungan.

Murid mengira isipadu berdasarkan formula yang diberikan.

Murid membentangkan hasil projek. Menilai hasil projek dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.Guru meminta murid mempamerkan di hadapan kelas.

Guru meminta murid lain memberi pandangan dan pendapat.

Murid-murid, sekarang kamu catatkan ukuran panjang, lebar dan tinggi dari projek yang dibina.Murid menceritakan tentang projek mereka.Soal jawab tentang hasil projek yang dipamerkan.

Pentaksiran

Pembentangan murid berkaitan model yang dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.

Nilai dan Sikap

Kerjasama. Saling bantu membantu dan menganalisa.