program latihan lth malaysia.pdf

Upload: amr89

Post on 27-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    1/10

    Program latihan haji Lembaga Tabung Haji di Johor Bahru Suatu sorotan pengalaman

    Zulkifli Khair dan Mohd. Anuar Abd. Rahman, Dr.Universiti Teknologi Malaysia

    Abstrak

    Kertas konsep ini bertujuan membuat sorotan pengalaman terhadap program latihan haji LTH(Lembaga Tabung Haji) yang mengandungi aspek pembelajaran dewasa. Temubual dijalankanterhadap lima partisipan yang mewakili penaja atau pegawai LTH, pengkursus atau pengendalilatihan haji, peserta yang sudah mengerjakan haji, dan peserta yang belum mengerjakan haji.Pandangan mereka seterusnya dirumuskan berdasarkan aspek-aspek dalam latihan haji iaitususunan dan kandungan modul, kewujudan kursus haji bersiri, kewujudan kursus haji intensif,kewujudan kursus haji khas, kewujudan kurus haji perdana, tempoh masa, jumlah peserta,kaedah latihan dan hal-hal lain.

    Kata kunci: Latihan haji, pembelajaran dewasa, latihan agama.

    Abstract

    This concept paper is purposely to review experiences on the hajj training programme by theLTH (Lembaga Tabung Haji) that including the aspect of adult learning. Interviews have beendone with five participants representing provider or LTH officer, hajj instructor and trainer,trainee who has been performed hajj and trainee who has not been performed hajj. Their viewshave been tabulated according to the aspects of the hajj training including moduls sequenceand content, the existence of the serial hajj course, intensive hajj course, special hajj course,grand hajj course, duration, number of trainee, training method and others.

    Keywords: Hajj training, adult learning, religious training

    Pengenalan

    Program latihan haji agak unik sifatnya lantaran ia bukan untuk memberikan manfaat secaralangsung kepada sesebuah organisasi termasuk Lembaga Tabung Haji (LTH). Program inibagaimanapun diwujudkan di atas landasan agama bahawa ibadah haji (dan umrah)merupakan suatu perintah Allah yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang yang beragamaIslam dan berkemampuan sebagaimana maksud ayat al-Quran dalam surah Ali Imran di ayatke-97 seperti berikut:

    Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungiBaitullah bagi siapa yang mampu sampai kepadanya. Dan siapa yang kufur

    (ingkar kewajipan Haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkansesuatu apa pun daripada sekalian makhluk.

    Kertas ini cuba menyorot pengalaman beberapa pihak terhadap program latihan haji LTH.Ketiadaan kajian literatur teradap aspek latihan haji tidak dapat dinafikan agak menyukarkandalam menghasilkan penulisan yang agak sempurna dan komprehensif.

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    2/10

    2

    Pembelajaran dewasa dalam program latihan haji

    Pembelajaran dewasa pastinya wujud dalam program latihan haji lantaran ia membabitkanpeserta yanag rata-rata dalam kalangan dewasa. Prinsip pembelajaran dewasa amat wajardiamalkan dalam latihan buat golongan dewasa. Russ-Eft (1994) dengan tegasnya menyatakanbahawa kegagalan dalam menghasilkan program latihan yang berkesan banyak dipengaruhi

    oleh kegagalan dalam mengaplikasikan prinsip pembelajaran dewasa dalam program latihandan kelemahan pereka bentuk pengajaran dalam pembelajaran dewasa.

    Prinsip pembelajaran dewasa di dalam teori andragogi ini boleh diringkaskan seperti berikut(Knowles, 1980):

    a) Orang dewasa perlu mengetahui mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu perkara.Mereka perlu diberitahu apakah kesan ke atas mereka secara langsung.

    b) Orang dewasa mempunyai gudang pengalaman kehidupan yang boleh dijadikan sumberpembelajaran.

    c) Orang dewasa menggunakan pendekatan penyelesaian masalah dalam pembelajaran.d) Orang dewasa memerlukan topik pembelajaran yang mempunyai nilai segera. Mereka

    ingin mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dengan kadarsegera di tempat kerja.

    Model latihan haji LTH

    LTH mengendalikan program latihan haji secara serius lagi sistematik pada tahun 1990.Sebelum itu, ia dikendalikan oleh orang perseorang sama ada sewaktu era sistem syeikhmahupun sewaktu era muassasah. Syeikh haji menaja beberapa guru agama bagimengendalikan kelas dan latihan haji. Guru-guru agama berkenaan masih terus denganprogram latihan haji masing-masing biarpun setelah sistem Muassasah diperkenalkan padatahun 1987. Modul pengajaran yang digunakan oleh adalah bebas sehinggalah LTHmengendalikan program latihan haji dengan modul yang lebih kemas lagi sistematik.

    Menurut Tuan Haji Ali Ahmad, di Johor Bahru pada tahun 80-an, Cikgu Talib merupakan tokohpaling terkenal mengendalikan program latihan dan pengajian haji. Beliau yang bertugassebagai Penolong Pemeriksa Sekolah Agama Negeri Johor, memulakan kuliah hajinya diMasjid Kampung Kurnia sebelum berpindah ke Surau Haji Omar. Cikgu Talib banyakmenggunakan pendekatan ceramah beserta beberapa kertas edaran kepada peserta. Antarabuku rujukan utamanya ialah Bughaitu-Thulab. Beliau juga dikatakan mengadakan latihanpraktikal kepada para peserta di tepi jalan di sisi masjid dan surau. Cikgu Talib meninggal duniadi Mekah pada tahun 1995.

    Pada tahun 1987, program latihan haji dianjurkan secara sistematik di Johor Bahru menerusikhidmat masyarakat oleh pihak Persatuan Guru-guru Agama Johor. Program ini diadakan

    secara terbuka kepada orang ramai dan bertempat di Sekolah Agama Dato Onn, Larkin.Kemudian setelah LTH bertindak mengendalikan program latihan haji, duit atau yuran tidakdibenarkan lagi dikutip daripada para pengkursus haji. LTH bagaimanapun pada peringkat awalhanya mengadakan program latihan kursus haji intensif membabitkan dua hingga tiga haribeserta dengan latihan praktikal. Di Johor Bahru, kursus intensif ini pada peringkat awaldijalankan di Kompleks Islam Johor.

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    3/10

    3

    Kini, LTH menyediakan empat jenis latihan haji termasuk kursus haji intensif sebagaimanaberikut:

    1. Kursus haji bersiri. Ia membabitkan 18 siri. Kursus anjuran bersama LTH danjabatan agama ini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menghadirinyawalaupun buat mereka yang tidak terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun

    berkenaan. Kini, kos penganjurannya yang membabitkan edaran, jamuan, danelaun pengkursus haji ditanggung oleh pihak jawatankuasa masjid. Namun,tabung bergerak dibenarkan edar untuk menerima sumbangan daripada parapeserta yang hadir. Pihak masjid juga dikehendaki menyediakan peralatankomputer dan projektor LCD, di samping sistem pembesar suara. Di JohorBahru, hanya Masjid Kampung Melayu Majidee yang dapat menyediakan kerusidemi keselesaan para peserta.

    2. Kursus haji intensif. Kursus ini diadakan selama dua hari melibatkan 100-150orang peserta. Biat masa ini di Johor Bahru, kursus ini diadakan di dua lokasi;Masjid Sultan Abu Bakar dan Masjid Bandar Baru UDA. Dalam perkembanganterbaru, kerusi disediakan buat semua peserta.

    3. Kursus haji khas. Kursus ini disediakan khusus buat mereka yang mendapat

    markah terendah sewaktu kursus haji intensif. Mereka adalah dalam kalanganyang buta huruf, warga emas dan perlukan bantuan. Di Johor Bahru, jumlahpeserta untuk kursus ini adalah sekitar 60 orang.

    4. Kursus haji perdana. Kursus ini dijalankan selama dua hari membabitkan semuabakal haji di seluruh negeri. Ini bermakna, setiap negeri menganjurkan satukursus haji perdana di negeri masing-masing. Kursus ini tentu sekali melibatkanribuan peserta dan mereka disengajakan menjalani latihan praktikal dalamkumpulan yang lebih ramai. Menurut arahan pihak ibu pejabat LTH, kursus inihendaklah diadakan di Stadium. Di Johor, sudah beberapa kali ia tidak diadakandi stadium. Pada tahun 2009 misalnya, kursus haji perdana di Johor diadakanbuat pertama kalinya di UTM.

    Modul kursus haji bersiri adalah seperti berikut:

    1. Adab-adab sebelum menunaikan haji dan penekanan bahawa haji itu adalahibadat dan jihad.

    2. Pengenalan tanah suci.3. Pengertian haji dan umrah dan syarat-syarat wajib umrah.4. Rukun umrah.5. Rukun haji.6. Rukun haji (sambungan).7. Rukun haji (sambungan).8. Wajib-wajib haji.9. Wajib-wajib haji (sambungan).10. Dam.11. Cara mengerjakan ibadat haji.12. Kesihatan/Kesedaran sivik.13. Kesempurnaan solat dan taharah.14. Permasalahan wanita.15. Ziarah madinah.16. Ceramah zakat/wakaf dan pengurusan harta.17. Pengurusan haji.18. Latihan amali.

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    4/10

    4

    Tidak dapat dinafikan, program latihan haji anjuran LTH adalah yang paling sistematikberbanding di negara-negara yang lain. Indonesia, Singapura dan Brunei sudah mulamemulakan program latihan haji yang lebih tersusun dengan bersandarkan kepada model LTHnamun masih tidak dalam penyelerasan sepenuhnya di peringkat nasional. Di Singapurasebagai contoh, program latihan haji dijalankan secara intensif oleh pihak pakej haji ada

    sesetengah pakej haji menjalankannya di Pasir Gudang.

    Himpunan pengalaman

    Seramai lima partisipan telah ditemubual. Ia membabitkan empat pihak iaitu:

    a) Penaja atau pegawai LTH.

    b) Pengkursus atau pengendali latihan haji.

    c) Peserta yang sudah mengerjakan haji.

    d) Peserta yang belum mengerjakan haji.

    Temubual adalah membabitkan pengalaman diri sama ada sebagai penaja atau pengkursusatau peserta yang pernah mengikut siri latihan haji anjuran LTH. Pertanyaan antara lain adalahmembabitkan aspek-aspek seperti kepuasan terhadap senarai dan susunan modul, senarailatihan haji yang ditawarkan, tempoh masa mengikuti latihan, bilangan peserta, keupayaanpengkursus dan penyediaan latihan kepada pengkursus, proses pengajaran dan pembelajarandi samping isu-isu lain seperti kehadiran, perbezaan individu, dan kewujudan kuota haji negeri.

    Penaja atau pegawai LTH

    Pihak penaja latihan haji LTH yang ditemubual adalah Tuan Haji Zainudin Abd. Rahim yangsewaktu ditemubual menjawat jawatan Pengurus Pentadbiran Haji LTH Johor. Menurut beliaupada tahun 2009, semua pengkursus diwajibkan menggunakan slaid pembentangan yangdisediakan oleh pihak LTH. Klip video turut disediakan buat pertama kalinya pada tahun ini. Ia

    bagaimanapun ditayangkan pada waktu senggang seperti menunggu kehadiran audiens atausewaktu sesi rehat. Beliau turut bersetuju jika diamalkan beberapa kaedah lain seperti kajiankes demi keberkesanan latihan haji.

    Beliau tidak menafikan bahawa modul latihan haji kali ini hanya fokus kepada ibadah hajimanakala latihan haji sedia ada disifatkannya sebagai sudah cukup lengkap. Sebelum ini,pengkursus haji bebas mengajar aspek lain yang tidak berkaitan ibadah haji seperti solat jamak.Cara penyampaian pengkursus boleh ditingkatkan seperti aspek nada suara. Dalam sesiMuzakarah Haji ada sesi khas untuk hal ini yang disentuh oleh pakar komunikasi jemputan.

    Bila ditanya mengenai kewujudan jamaah haji yang melakukan kesilapan, beliau berpendapatbahawa ada yang tidak hadir ke semua program latihan haji yang sudahpun disediakan. Merekayang mengikuti latihan secara lengkap biasanya tiada masalah berkaitan ibadah haji yangtimbul. Ada yang tidak sempurna mengikuti latihan haji disebabkan lewat terpilih. Sebagaicontoh mereka yang tersenarai dalam kuota tajaan haji oleh kerajaan negeri. Yang lagibermasalah adalah apabila sudahlah tidak tahu atau tidak berilmu tapi sombong pula.

    Beliau memaklumkan bahawa LTH mempunyai perancangan untuk meletakkan syaratkehadiran 70 peratus jika mahu mengerjakan haji. Ini bertujuan supaya seseorang bakal hajilebih berdisiplin dan cuba menghadiri semua latihan haji secara sempurna. Disebabkan

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    5/10

    5

    kesihatan jamaah bakal haji direkodkan, ada baiknya kehadiran ke program latihan haji jugadirekodkan.

    Pengkursus atau pengendali latihan haji

    Temubual seterusnya adalah dengan Tuan Haji Khair Abd. Salam yang mula mengendalikan

    kursus haji pada tahun 1990. Beliau pernah menjadi petugas haji untuk LTH sebanyak empatkali dan untuk pakej haji Syarikat Rahman Brothers Travel and Tour sebanyak dua kali. Padaumumnya, beliau berpuashati dengan senarai dan susunan modul latihan haji sedia ada.Namun wajar ditambah aspek solat jamak dan qasar, sejarah Mekah dan Madinah serta unsurkhurafat.

    Berikut adalah saranan tambahan beliau untuk menambah baik program latihan haji sedia ada:

    a) Kewujudan empat jenis kursus haji kelihatan berulang-ulang. Kursus haji intensifdan perdana sebagai contoh ada banyak yang bertindan. Kursus haji perdanadirasakan tidak perlu disebabkan membabitkan bilangan peserta yang begituramai berbanding dengan bilangan peserta yang lebih kecil yang lebih mudahdiurus dan dikendalikan. Mengikut pengalaman beliau sewaktu terlibat dengan

    kursus haji perdana, ramai peserta acuh tak acuh sewaktu menjalankan aktiviti.Sebagai contoh, ada yang melontar tidak bersungguh-sungguh termasukmelontar sekali dua lontaran sahaja.

    b) Sehubungan itu, latihan praktikal sudahpun wajar ditekankan sewaktu kursus hajibersiri jika kursus haji perdana mahu ditiadakan. Sebagai contoh, sewaktupelajaran tawaf dalam kursus haji bersiri, amali tawaf langsung dijalankan untukkeberkesanan yang lebih optimum. Ada sesetengah masjid mempunyai modelKaabah tapi disebabkan tiada amali dalam modul (kursus haji bersiri), amalitawaf dan yang berkaitan tidak dijalankan. Beliau bersetuju kalau kursus hajibersiri dengan 18 siri disingkatkan menjadi 9 siri iaitu sekitar 4 jam atau 3setengah jam bagi sesuah siri. Amali solat jamak dan qasar juga wajarditekankan di samping pelajaran haji disebabkan ramai peserta yang tidak

    faham. Jika waktu kursus haji dipanjang, isu yang mungkin timbul adalah isumakan tengah hari yang babitkan sedikit peningkatan kos.

    c) Latihan khusus buat pengkursus sepatutnya diadakan terutama dalam mencaripelapis. Sepatutnya tidak timbul isu tiada calon pengkursus haji yang sesuai,

    justeru perlukan usaha mencari dan membina pengkursus haji yang sesuai. Adapula yang menjadi pengkursus selama berpuluh tahun tapi tiada peluang menjadipetugas sewaktu musim haji.

    d) Kuota haji negeri Johor sewajarnya dinilai semula. Ini disebabkan ada yangsudahpun mengerjakan haji beberapa kali diberi anugerah mengerjakan haji ini.Sepatutnya imam dan bilal yang tidak berpendapatan tinggi diberi peluangsebaliknya mereka yang aktif dalam politik menjadi kriteria utama.

    Beliau bersetuju jika jumlah peserta dikurangkan. Buat masa ini untuk sesebuah kursus hajibersiri, jumlah peserta adalah 200 hingga 300 orang. Peserta yang tidak sama latar pendidikanturut memberikan cabaran kepada pengkursus.

    Kalau Tuan Haji Khair menyarankan agar kursus haji perdana ditiadakan, Tuan Haji Ali Ahmadmelihatnya sebagai suatu yang penting kepada para bakal haji. Beliau yang mula mengerjakanhaji pada tahun 1987 dan menjadi petugas haji pada tahun 1995, 1998, 2002, 2004, 2005,2006, 2007, dan 2008 menyifatkan kursus haji perdana sebagai suatu bentuk ulangkaji setelah

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    6/10

    6

    sekian lama bercuti selepas Ramadan dan sambutan Eidulfitri. Objektifnya jelas demi kebaikanbakal haji. Justeru terpulang kepada peserta yang mesti bersungguh-sungguh.

    Tuan Haji Ali berpuashati dengan senarai dan susunan modul yang setiap satunya dibincangdan dibicarakan dalam Muzakarah Haji. Kitab Bahrul Wafi wa Nahrul Sofikarangan Muhammadbin Ismail Daudi al-Fatoni kini merupakan antara rujukan utama berbahasa Melayu dalam

    program latihan haji. Beliau juga berpuashati dengan tempoh masa kursus dan jumlah peserta.Dikatakan bahawa ada perancangan untuk mewujudkan diploma khas yang wajib diikuti olehsekalian pengkursus haji. Kini semua pengkursus yang dilantik adalah dalam kalangan yangtidak tahu menggunakan komputer.

    Beliau turut tidak menafikan bahawa yang bermasalah sewaktu mengerjakan haji adalah yangtidak mahu belajar atau tidak sempat belajar. Bagaimanapun, ada juga mengikuti kursus hajitapi masih melakukan kesilapan. Aspek mistik dalam ibadah haji tidak boleh dielak. Orang yangmengerjakan haji membawa bersama watak yang ada pada dirinya. Ini berada di luarkeupayaan pengkursus haji atau dengan kata lain, tidak semudahnya untuk menyalahkanpengkursus jika ada jamaah haji yang buat silap.

    Peserta yang sudah mengerjakan haji

    Tuan Haji Sallehuddin Mohd Dahiran mengerjakan haji pada tahun 2005. Beliau berpuashatiterhadap banyak aspek dalam program latihan haji LTH termasuk senarai dan susunan modul,tempoh masa dan kredibiliti pengkursus yang disifatkannya banyak pengalaman. Komen utamabeliau adalah dari segi penekanan kepada peserta dari segi tekanan dalam mengerjakan haji.Ibadah haji menurut beliau seolah-olah telah digambarkan sebagai suatu yang payah, padatdan membebankan. Sepatutnya ibadah haji dikatakan sebagai suatu yang mudah saja agarbakal haji tidak merasakan ibadah haji sebagai suatu bentuk tekanan.

    Komen dan saranan beliau lagi adalah:

    Agar turut difokus kepada pelajaran solat jamak dan qasar yang disifatkan penting buat

    jamaah haji yang bermusafir jauh. Menurut pengalaman beliau, pernah kapalterbangtertangguh untuk berlepas, ramai bakal haji yang ragu-ragu hendak mendirikan solatsecara jamak dan qasar. Sebabnya rata-rata tidak pernah buat.

    Selain itu, pengkursus juga perlu fokus kepada beberapa perkara seperti kepentinganmendirikan solat secara jamaah ramai jamaah haji yang tidak pergi ke masjid untukdirikan solat jamaah. Sejarah Kaabah juga Mekah dan Madinah pula sepatutnyadimasukkan di dalam modul supaya timbul rasa rindu kepadanya. Memang sepatutnyaditekankan mencapai haji mabrur. Sehubungan itu, modul juga mesti ada menyentuhaspek keesahan akidah dan kesempurnaan ibadah

    Bilangan peserta yang lebih kecil adalah lebih bagus tetapi untuk latihan amali, bilanganpeserta yang ramai adalah lebih bagus. Keadaan yang ramai menajdi suatu bentukgambaran ramai, tambahan pula sewaktu mengerjakan haji, jumlah manusia adalah

    jauh lebih ramai. Perlu diadakan lebih banyak kuliah ilmu dan tazkirah sewaktu di Mekah dan Madinah

    sebagai suatu bentuk peringatan kepada jamaah haji. Mereka juga perlu diingatkanbahawa haji adalah kemuncak kepada segala ibadah.

    Beliau bersetuju bahawa penggunaan multimedia dapat meningkatkan keberkesanan. Kes studibagaimana lebih sesuai di kawasan bandar tapi tidak di kawasan kampung disebabkan pesertadi kawasan kampung lebih sukakan cara sehala. Menurut beliau lagi, latihan amali kalau tidakdiadakan banyak membantu para bakal haji. Sebenarnya, bakal haji itu sendiri kalau

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    7/10

    7

    bersungguh-sungguh, mereka boleh cuba tawaf beberapa kali di Kaabah dulu sebelummelakukan tawaf rukun. Beliau juga bersetuju jika dibuat ujian mudah dan bersetuju kalaumereka yang 30 peratus tidak hadir ke program latihan haji tidak dibenarkan untuk mengerjakanhaji pada tahun berkenaan.

    Peserta yang belum mengerjakan haji

    Encik Hamidi Hj Abd Khalid biarpun belum pernah mengerjakan haji, beliau pernahmengerjakan umrah pada tahun 2003. Kalau Tuan Haji Sallehuddin meminta agar pelajaransolat jamak dan qasar disentuh dalam program latihan haji, Encik Hamidi bagaimanapunmemaklumkan pengkursus haji ada menyentuhnya. Justeru, Encik Hamidi menyifatkan modullatihan haji LTH sudah cukup lengkap.

    Dari segi tempoh masa, adalah sudah memadai. Kalau dipanjang menjadi empat jam misalnya,peserta yang lanjut usia mungkin bermasalah. Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengandiselitkan pelbagai aktiviti seperti latihan dalam kumpulan (LDK) di samping tayangan videountuk mengurangkan kebosanan. Jumlah peserta menurut beliau adalah terlalu ramai sehinggaramai yang tidak sempat dan berpeluang untuk mengajukan pertanyaan dan soalan. Bila ramaisangat, ada kecenderungan dalam kalangan peserta untuk berbual-bual. Jumlah 100 hingga150 orang adalah jumlah yang lebih sesuai.

    Beliau juga berpuashati dengan kemampuan pengkursus haji dan menyarankan agar pesertahendaklah disediakan kerusi kerana bila bersila menyebabkan rasa tidak selesa. Beliau jugabersetuju dengan tayangan video yang membayangkan tentang suasana sebenar di sanatermasuk tentang pergerakan haji seperti dari Arafah ke Muzdalifah. Latihan amali adalahpenting untuknya. Justeru, kursus haji perdana adalah suatu yang perlu. Pun begitu, fasilitatormesti ramai dengan nisbah seorang fasilitator untuk 50 peserta.

    Beliau menyifatkan tiada masalah kalau program latihan haji membabitkan kos yang lebih demikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran, dan lebih penting agar haji yang dikerjakanmenjadi sempurna tanpa kesilapan. Ada bagusnya dibuat screening dan streaming. Latar

    belakang pesert dikenalpasti terlebih dahulu, kemudian disalurkan pula untuk tahap ataukumpulan mana yang sesuai untuknya. Jumlah peserta yang besar dapat mengakibatkan rasariyak dan bosan, ditambah dengan kewujudan peserta yang tidak pandai membaca.

    Oleh itu kena buat costing utk hasilkan yang terbaik; makanan dan pengkursus. Bajet yangefektif untuk hasil yang efektif. Penganjur (LTH) mesti terima hakikat bahawa tiada return profittapi dapat tingkatkan reputasi dalam menghasilkan jamaah haji yang lebih bagus di persadaantarabangsa. LTH harus lebih banyak berorientasikan tanggunjawab. Ini disebabkan hajimelibatkan hukum. Kos mesti selari dengan hasil jamaah yang berkesan haji yang mabrur.Beliau tidak menafikan bahawa orang Malaysia mudah terpengaruh untuk ikut jamaah haji darinegara lain dengan amalan berbeda. Haji yang sempurna akan menatijahkan perubahantingkahlaku yang lebih baik. Kalau tiada perubahan, hajinya mungkin ada kesilapan. Kalau haji

    sempurna, sepatutnya dia menjadi lebih baik ada kesan terhadap masyarakat.

    Rumusan

    Keempat-empat pihak biarpun tidak mewakili keseluruhan jamaah haji dan bakal hajimempunyai beberapa pandangan yang saling berbeza biarpun ada banyak persamaan dalamkalangan mereka. Ia cuba digambarkan dalam jadual berikut:

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    8/10

    8

    Jadual 1: Rumusan sorotan pengalaman terhadap program latihan haji LTH.

    Aspek dalamprogram latihanhaji

    Partisipan

    1 2 3 4 5

    Kandunganmodul

    Perlu tambahaspek solat

    jamak danqasar, sejarah

    Mekah danMadinah sertaunsur khurafat.

    Perlu tambahaspek solat

    jamak danqasar.

    Perlu tambahaspek solat

    jamak danqasar, sejarah

    Mekah danMadinah sertaaspek falsaah

    haji.

    Perlu tambahaspek solat

    jamak danqasar.

    Susunan modul Kursus hajibersiri

    Kursus hajiintensif

    Kursus haji khas Kursus hajiperdana

    Tidak perlu tapidengan syaratlatihan amalimengiringikursus haji

    bersiri.

    Tempoh masa Bersetuju kalaukursus haji

    bersiri dengan18 siri

    disingkatkanmenjadi 9 siri (4

    jam atau 3setengah per

    siri).

    Jumlah peserta Elokdikurangkan.

    Wajardikurangkan

    kepada 100-150orang.

    Kaedah latihan Kes studi sesuaiuntuk peserta dikawasan bandar

    dan bersetujujika dibuat ujian

    muda.

    Wajar dibuatscreeningdan

    streamingmanakala LDK

    wajar diamalkan.

    Hal-hal lain Syarat kehadiran70 peratus akandilaksanakan.

    Latihan khususbuat pengkursus

    sepatutnyadiadakan

    terutama dalammencari pelapis.

    Aspek mistikdalam ibadah

    haji tidak bolehdielak.

    Bersetuju syaratkehadiran 70

    peratus.

    Perlu berbelanjalebih untuk

    hasilkan yangterbaik. Bajetyang efektif

    untuk hasil yangefektif.

    Catatan: Kod 1 hingga 5 adalah mewakili lima partisipan yang ditemubual sebagaimana berikut:

    1. Tuan Haji Zainudin Abd. Rahim (Pengurus Pentadbiran Haji LTH Johor).

    2. Tuan Haji Khair Abd. Salam (Pengkursus dan pembimbing haji).

    3. Tuan Haji Ali Ahmad (pengkursus dan pembimbing haji).

    4. Tuan Haji Sallehuddin Mohd Dahiran (peserta yang sudah mengerjakan haji).

    5. Encik Hamidi Hj Abd Khalid (peserta yang belum mengerjakan haji).

    Tanda menunjukkan respons puashati daripada pihak partisipan.

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    9/10

    9

    Berdasarkan Jadual 1, dapatan menunjukkan bahawa semua partisipan bersetuju dengansusunan modul, kewujudan kursus haji bersiri, kewujudan kursus haji intensif dan kewujudankursus haji khas. Komentar paling ketara adalah terhadap aspek kandungan model. Tigapartisipan bersetuju jika aspek solat jamak dan qasar diberi penekanan dalam program latihanhaji. Dari segi kaedah latihan, tiga partisipan berpuashati manakala dua lagi partisipanmemberikan saranan seperti berikut:

    Kes studi sesuai untuk peserta di kawasan bandar. Bersetuju jika dibuat ujian mudah di akhir kursus. Wajar dibuat screeningdan streaming. LDK wajar diamalkan.

    Dua partisipan bersetuju agar jumlah peserta dikurangkan untuk sesuatu kursus. Sarananstreaming sebenarnya adalah menepati prinsip pembelajaran dewasa yang mengambil kirapengalaman peserta. Ini disebabkan peserta kursus haji hakikatnya terdiri daripada latarbelakang yang berbeza termasuk perbezaan umur, pendidikan, kerjaya juga belum dan pernahmengerjakan umrah sebelumnya. Pun begitu, ia tentunya membabitkan peningkatan dalamperbelanjaan.

    Segala komentar dan saranan yang diberikan demi keberkesanan program latihan haji LTHwajar diberi perhatian dan perlu dibuat kajian yang lebih sistematik.

    Rujukan

    Ali Ahmad (pengkursus dan pembimbing haji). Ditemubual pada 28 September 2009 di rumahbeliau di Taman Seri Amar, Johor Bahru.

    Hamidi Hj Abd Khalid (peserta yang belum mengerjakan haji). Ditemubual pada 19 September2009 di Surau Mutiara Aula, Presint Utama, Mutiara Rini, Johor Bahru.

    Khair Abd. Salam (pengkursus dan pembimbing haji). Ditemubual pada 17 September 2009 dirumah beliau di Taman Gembira, Johor Bahru, Johor.

    Knowles, M.S. (1980). The Modern Practice of Adult Education: From Pedagogy to Andragogy.Houston: Gulf.

    Mohd. Taib Dora, Hamdan Abdul Kadir dan Mohd. Nasir Markom (2001). KeberkesananLatihan Terhadap Golongan Miskin Bandar. FPPSM UTM: Tidak diterbitkan.

    Russ-Eft, D. (1994). Computer-based Training, Computer-assisted Instruction, ElectronicPerformance Support Systems, and Deja-Vu. Human Resource Development Quarterly. 5 :297-211, dikutip oleh Hassan Siraj, Baharuddin Aris, dan Jamaluddin Hj. Harun (2005).

    Pembangunan Web Performance Support System (Web/Epss) Berdasarkan PembelajaranDewasa Bagi Membantu Program Latihan dan Pembelajaran di Tempat Kerja Pensyarah-Pensyarah Politeknik dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 7Disember 2005. Putrajaya Pusat Kajian E-Komuniti, FSSKUKM.

    Sallehuddin Mohd Dahiran (peserta yang sudah mengerjakan haji). Ditemubual pada 1 Otober2009 di pejabatnya di Agensi Ummah Bestari, Taman Universiti, Johor Bahru.

  • 7/25/2019 Program Latihan LTH Malaysia.pdf

    10/10

    10

    Zainudin Abd. Rahim (Pengurus Pentadbiran Haji LTH Johor). Ditemubual pada 16 Jun 2009 diLTH Johor.