profile malaysia reverted muslim (mrm)

26
PROFIL MALAYSIA REVERTED MUSLIM (MRM) Empowering People.Changing Lives Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Upload: firdaus-wong-wai-hung

Post on 12-Jan-2015

2.831 views

Category:

Spiritual


7 download

DESCRIPTION

This is mobile version of Profile MRM if you were to view it on your mobile devices. If you would like to print it, we have a print ready version upon request. Do email us at [email protected] or contact us at 0176479978 (Bro Firdaus Wong)...

TRANSCRIPT

Page 1: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

PROFILMALAYSIA REVERTED

MUSLIM (MRM)Empowering People.Changing Lives

Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 2: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

VISIMenyampaikan mesej Islam yang haq kepada Belum Muslim & Muslim

2

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 3: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

MISI• Menjawab salah faham terhadap Islam di kalangan mereka yang Belum Muslim mahupun yang telahpun Muslim• Mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab setiap Muslim untuk menyampaikan mesej Islam • Melatih lebih ramai Muslim untuk menyampaikan mesej Islam • Menyediakan platform bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang Islam• Mewujudkan sistem sokongan kepada Muslim terutamanya di kalangan muallaf

3

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 4: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Gambar AtasPage Facebook MRM yang telah mendapat hampir 37 ribu Likes

Gambar Bawah

Aktivis da’wah dari MRM bersama sama

dengan masyarakat ketika menjalankan

Program Street Da’wah di sekitar Petaling

Street

PengenalanMalaysia Reverted Muslim (MRM) diasaskan oleh Firdaus Wong Wai Hung sebagai satu platform bagi berdakwah kepada masyarakat belum Muslim serta membolehkan para muallaf untuk berinteraksi dan mendapatkan sokongan di Facebook. Page Facebook MRM telah mula ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi.

Di awal penubuhan, MRM hanyalah satu wadah di alam maya sahaja tetapi segalanya berubah apabila satu perjumpaan mula diatur pada awal 2011 di MACMA Ipoh. Bak kata orang putih, segalanya adalah sejarah selepas itu.

Kini Page MRM mempunyai seramai hamper 37k ‘Likes’ (setakat 12:21am 15hb Oktober 2013) dan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan serta kebajikan samaada anjuran MRM ataupun pihak luar kerana bagi MRM, NGO hanyalah satu platform untuk berkhidmat kepada Allah maka tidak mengapa untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat yang ulung yakni berkhidmat demi Allah.

”Untuk berkongsi keindahan Islam kepada dunia melalui sumber yang sahih, Al-Quran & Sunnah

Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص. Kami juga sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dan untuk membantu kami memandu saudara

baru melalui perjalanan mereka di dalam Islam”

4

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 5: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Pendekatan Malaysia Reverted Muslim (MRM)Pendekatan yang digunakan oleh Malaysia Reverted Muslim adalah dengan mempersiapkan para ahli & sukarelawan kami dengan ilmu Islamiah bagi menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Selain itu, ahli-ahli kami juga dihantar ke kursus ataupun seminar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan bagi memudahkan usaha dakwah dijalankan. MRM bukanlah NGO yang bersaing dengan NGO Islam yang lain tetapi kewujudan MRM adalah untuk saling melengkapi. Selain itu juga, MRM akan berusaha meningkatkan keberkesanan dakwah yang telah dilakukan dengan meneroka kaedah yang terkini bagi memecahkan tembok halangan dakwah Islamiah bagi membolehkan mesej Islam disampaikan kepada pelbagai peringkat masyarakat.

Selain itu juga, kami di MRM mewujudkan satu konsep iaitu membawa masjid keluar kepada masyarakat memandangkan banyak program Islamik dijalankan di dalam masjid sedangkan ramai di antara golongan sasaran berada di luar masjid. Kita perlu menyeimbangkan program dalam & luar masjid agar ianya sampai kepada pelbagai golongan masyarakat.

Tambahan itu, MRM juga turut terlibat sama dalam membimbing muallaf yang dahagakan ilmu dan juga tidak dilupakan saudara Islam yang lain. Kami juga mewujudkan sistem muakhat yang diambil sempenaperistwa ‘muakhat’ yakni ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Rasulullah SAW di antara sahabat-sahabatMuhajirin&AnsardiMadinah.SebagaimanafirmanAllahSWT;

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,” [al-Hujuurat 49:10]

Aktivis da’wah dari MRM menerangkan konsep Syahadah kepada masyarakat

5

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 6: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

” NGO hanyalah satu platform untuk berkhidmat kepada Allah maka tidak

mengapa untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat

yang ulung yakni berkhidmat demi Allah”

UNITPemasaran

PENGERUSIFirdaus Wong Wai Hung

PENASIHATUstaz Razali Tahir

PENASIHATSyeikh Hussein Yee

UNITKaji Selidik

UNITPerhubungan

UNITKewanganKebajikan

UNITMultimedia

UNITMuallaf

UNITPerancangan Aktiviti

Struktur Organisasi PengurusanMalaysia Reverted Muslim (MRM)

6

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 7: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

UNIT KAJI SELIDIK• Menjalankan kajian tentang isu-isu klasikal dan kontemporari serta isu semasa• Mencari statistik yang berkaitan bagi membantu da’wah yang lebih berkesan• Menyediakan topik baru yang selari dengan visi dan misi Malaysia Reverted Muslim (MRM) iaitu

berkaitan da’wah, isu muallaf & kekeluargaan

UNIT PERHUBUNGAN / LOGISTIK• Berkomunikasi dengan pihak dalaman dan luaran bagi memantapkan silaturahim dan juga

kelancaran program yang bakal dilaksanakan• Menguruskan logistik penceramah jemputan bagi program Malaysia Reverted Muslim (MRM) serta

mengatur logistik pelatih Malaysia Reverted Muslim (MRM) yang dijemput oleh pihak luar.

UNIT MUALLAF• Memberi bimbingan kepada muallaf tentang agama Islam.• Memberi khidmat kaunseling jika muallaf menghadapi masalah.• Berurusan dengan unit Kebajikan jikalau muallaf memerlukan bantuan kewangan

UNIT PERANCANGAN AKTIVITI• Merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.• Menganalisa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.• Menambah baik aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.• Menerima pendapat atau komen dari peserta program

UNIT MULTIMEDIA / IT• Merekacipta bahan promosi untuk program Malaysia Reverted Muslim (MRM) yang akan dijalankan.• Membina dan menjaga laman sesawang Malaysia Reverted Muslim (MRM).• Merekacipta barangan ‘merchandise’ Malaysia Reverted Muslim (MRM).• Video Dakwah dalam pelbagai bahasa.• Menyediakan Slide/ Presentation• Merekacipta bahan/material da’wah

UNIT KEWANGAN & KEBAJIKAN• Membantu golongan yang kurang bernasib baik sama ada Muslim mahupun Belum Muslim tetapi

fokus adaLah kepada Muslim• Bekerjasama dengan pihak kementerian berkaitan, korporat serta individu bagi menaja muallaf yang

diberhentikan penyekolahan di sekolah, kolej mahupun universiti oleh ibubapa kerana memeluk Islam

• Menerima permohonan, menilai serta berkuasa melulus atau tidak meluluskan mana-mana permohonan

• Mendapatkan sokongan dari pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan

UNIT PEMASARAN• Mengiklankan Program yang dijalankan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM)• Menjual barangan ‘merchandise’ Malaysia Reverted Muslim (MRM)• Memasarkan video-video dakwah yang dihasilkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Pembahagian tugas antara unit-unit jawatankuasa

7

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 8: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Penerangan ProgramMalaysia Reverted Muslim (MRM)Sekitar Program yang pernah / disertai oleh MRM

Street Da’wah & Aidilfitri Da’wahStreet da’wah atau da’wah jalanan adalah satu program berkala yang dijalankan oleh sukarelawan MRM dari masa ke masa. Berbekalkan hadis riwayat Bukhari Sampaikan dariku walaupun satu ayat, para sukarelawan akan turun ke jalanan untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai.

Tumpuan kami adalah mereka yang belum islam dan juga umat islam yang tidak mengamalkan cara hidup islam.

Memandangkan program sebegini kurang dijalankan di Malaysia, pihak MRM cuba mengisi kekosongan yang ada bagi menyampaikan kalimah-kalimah Allah kepada orang ramai.STREET

DA’WAHSERIES

Program Da’wahStreetDakwah|AidilfitriDakwah|InstitusiPengajian|Multimedia:VideoDakwah|PengIslaman

8

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 9: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Ceramah Pengukuhan Aqidah Institusi PengajianKami di MRM juga sering dijemput oleh Institusi Pengajian, Agensi Kerajaan, Badan-badan korporat serta NGO lain bagi program pengukuhan akidah melalui perbandingan agama.

Selain itu juga, kami juga sering dijemput untuk program motivasi khasnya kepada remaja yang tercari-cari identiti diri pada usia itu. Street da’wah atau da’wah jalanan adalah satu program berkala yang dijalankan oleh sukarelawan MRM dari masa ke masa. Berbekalkan hadis riwayat Bukhari Sampaikan dariku walaupun satu ayat, para sukarelawan akan turun ke jalanan untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai.

Tumpuan kami adalah mereka yang belum islam dan juga umat islam yang tidak mengamalkan cara hidup islam.

Memandangkan program sebegini kurang dijalankan di Malaysia, pihak MRM cuba mengisi kekosongan yang ada bagi menyampaikan kalimah-kalimah Allah kepada oRang ramai.

9

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 10: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Multimedia : Penerbitan Video Da’wahMRM memaksimakan kmajuan teknologi bagi menyampaikan Islam kepada masyarakat Belum Muslim dengan menggunakan dialek bahasa selain dari Bahasa Melayu. Setakat ini, video dakwah dalam dialek Kantonis, Iban dan juga Hokkien telah dimuatnaik di youtube dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Belum Muslim

Respond dari masyarakat Belum Muslim

Da’wah Bahasa Kantonis Da’wah Bahasa Iban Da’wah Bahasa Hokkien

10

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 11: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

SyahadahKami di MRM berusaha sedaya upaya bagi memudahkan individu yang berminat memeluk Islam untuk melakukannya. Mana-mana individu yang berminat maka kami akan Islamkan mereka terus sementara menanti majlis rasmi ataupun dibawa ke Jabatan Agama bagi proses pendaftaran kerana yang paling penting adalah pengIslaman mereka sah di sisi Allah SWT.

Kami pernah melakukan pengIslaman melalui telefon & adakalanya 2 atau 3 pagi.

SYAHADAH

”Laksanakanlah dengan perlahan-lahan sampai engkau tiba di hadapan mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam dan khabarkanlah kepada mereka apa yang menjadi kewajiban mereka terhadap hak-hak Allah di dalamnya. Demi Allah, apabila Allah memberikan hidayah satu orang dengan perantaraanmu itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki seekor unta merah.” (Al-Bukhari No.2942 dan Muslim No. 2406

11

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 12: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

MuallafFardhu Ain | Kaunseling | Pernikahan

Baitul MuslimSalah satu tugasan dan tanggungjawab kami di MRM adalah memudahkan muallaf untuk mencari jodoh dan adakalanya kami juga akan memperkenalkan mereka dengan pasangan yang sesuai dan terpulanglah kepada mereka untuk meneruskan hubungan ini ke tahap yang lebih serius. Kami sentiasa bersedia membantu dari sudut kewangan, kepakaran dan juga masa bagi membolehkan mereka mendirikan rumah tangga yang diidamkan.

BAITULMUSLIM12

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 13: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Kelas Fardhu Ain & KaunselingKami juga mengadakan kelas fardhu ain bagi muallaf di sekitar Lembah Klang di Serdang, Bangi, Kepong, Petaling Jaya dan juga melalui kerjasama dengan NGO lain seperti MACMA Sgor & juga MACMA Ipoh.

Walaupun ianya adalah kelas fardhu ain bagi muallaf, tetapi kelas kami juga dibuka kepada mereka yang lahir Islam serta mereka yang belum Muslim. Kesemua kelas-kelas kami adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan.

FARDHU AIN& KAUNSELING

13

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 14: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

KebajikanBantuan Rumah Anak Yatim | Ziarah Masyarakat | Ziarah Gelandangan

Bantuan Rumah Anak Yatim(Bait Al-Amin)Walaupun da’wah & muallaf adalah fokus utama kami, namun golongan yang kurang bernasib baik jugak tidak kami lupakan terutamanya anak-anak yatim piatu.

BANTUANRUMAH ANAKYATIM

”Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.(Hadis Riwayat Bukhari)(Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580)

Al-HafizhIbnuHajarrahimahullahberkata:“Isyaratinicukupuntukmenegaskanbetapadekatnya kedudukan pemberi layanan dan berlemah lembut kepada anak yatim dengan kedudukan Nabi di syurga nanti, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari tengah.”

14

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 15: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Ziarah MasyarakatPihak MRM dimaklumkan oleh orang awam melalui Facebook Page kami berkenaan dengan nenek Fatemah yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Maka kami telah menziarahinya di rumah beliau di Kampung Chubadak, Sentul dan rumahnya akan dimasuki air dan banjir apabila hujan lebat kerana sebahagian atap rumah telah diterbangkan angin.

Kontraktor telah dipanggil untuk memberikan sebutharga dan kos keseluruhan membaikpulih rumahnya hampir mencecah RM20,000. Pihak MRM telah meuar-uarkan melalui Facebook Page & Facebook Bro Firdaus Wong serta melalui kenalan rapat dan Alhamdulilah, kami berjaya mengutip RM20,000 bagi membaikpulih rumahnya. Kami juga mengunjungi beliau dari semasa ke semasa.

ZIARAHNENEKFATEMAH

”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta ‚ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta ‚ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah menutupi pula aibnya kelak di Hari Kiamat. (Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580)

15

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 16: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Ziarah GelandanganPada sela masa yang tidak tertentu, pihak MRM akan mengadakan program ziarah gelandangan. Ketika program ini dijalankan, pihak MRM akan turun ke jalanan pada sebelah malam untuk menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada gelandangan-gelandangan yang kebanyakannya tidur di kaki lima bangunan atau juga di bawah jambatan-jambatan sekitar ibu kota.

Program ini bertujuan menunjukkan keprihatinan umat islam kepada gologan yang kurang bernasib baik. Pada masa yang sama, sukarelawan-sukarelawan akan cuba menyelitkan mesej-mesej da’wah kepada para penerima bantuan.ZIARAH

GELANDANGAN

”Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan „Kafur”, Iaitu sebuah matair (di Syurga),yangdiminumdaripadanyaolehhamba-hambaAllah(yangtaat);merekabolehmengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati):„SesungguhnyakamimemberimakankepadakamukeranaAllahsemata-mata;kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”.[Al Insan 76:5-9]

16

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 17: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

17

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 18: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Program KhasKursus Perfecting My Solah | Bantuan Ramadhan | Revert Gathering | Iftar Rumah Anak Yatim Rohingya

Perfecting My Solat CourseAsas dalam Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad pada jalan Allah (HR Tirmizi dari Mu’adz bin Jabal. Hadis hasan sahih)

Semua orang sedar tentang kewajipan untuk solat, akan tetapi berapa yang sedar tentang kewajipan untuk solat cara Nabi s.a.w ?

Ingatkah kita dengan peringatan Nabi s.a.w di mana Amalan yang pertama kali dihisab (diperhitungkan) dari seorang hamba pada Hari Kiamat adalah solat. Jika baik solatnya, maka baik pula seluruh amalnya. Jika buruk solatnya, maka buruk pula seluruh amalnya. (HR Tabrani)

Adakah kita yakin bahawa solat kita mengikut cara Nabi s.a.w ?18

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 19: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Bantuan RamadhanSetiap tahun, MRM akan terlibat dalam program pengagihan bantuan Ramadhan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Pengagihan bantuan Ramadhan ini dapat dilaksanakan dengan kerjama dari Pertubuhan Al-Khaadem serta para jemaahnya yang banyak menyumbang. InshaAllah MRM akan meneruskan program bantuan Ramadhan ini pada setiap tahun.

BANTUANRAMADHAN

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”

(At-Taubah 9:75)

19

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 20: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Reverts GatheringBagi merapatkan ukhwah antara para muallaf, maka MRM mengambil inisiatif untuk menganjurkan perjumpaan antara para muallaf setiap bulan. Para peserta digalakkan untuk turut serta membawa pasangan masing-masing bagi menyesuaikan diri dengan komuniti kami.

Inilah platform bagi membolehkan para muallaf senior berkongsi pengalaman dengan mereka yang baru memeluk Islam agar terubat hati mereka yang mempunyai seribu satu kisah di sebalik senyuman mereka itu. Ianya juga sebagai satu sistem sokongan kerohanian kepada muallaf di luar sana bahawa mereka tidaklah keseorangan dalam menghadapi kehidupan dalam agama yang baru serta suasana yang baru. MRM senantiasa di sisi bagi memudahkan proses penyesuaian diri mereka.

REVERTSGATHERING

Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya.”

(Bukhari)

20

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 21: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Iftar: Rumah Anak Yatim RohingyaSudah menjadi tradisi bagi MRM menganjurkan majlis iftar di Pertubuhan Al-Khaadem tetapi untuk tahun 2013 ini, kami membuat sedikit kelainan dengan menganjurkan majlis iftar bersama dengan anak yatim Rohingya di Selayang. Pusat ini menempatkan 165 orang anak yatim pelarian Rohingya yang majoritinya beragama Islam.

IFTARROHINGYA

“Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.”(Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)

21

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 22: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Liputan MediaUtusan | Harian Metro | Tetamu Masjid | TV Al-Hijrah | RTM

Penampilan Rancangan Pagi

Liputan Majalah

22

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 23: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Liputan Surat Khabar

Host Rancangan Tetamu Masjid China TV Al-Hijrah23

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 24: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Program & Aktiviti yang dirancang untuk tahun 2014

Program Da’wah1. Kursus dakwah2. Street Dakwah Hotspot sekitar kawasan sibuk Mengedarkan risalah di kawasan kolej & perumahan3. Pencetakan bahan dakwah4. News stand bahan dakwah yang akan diletakkan di kafe dan restoran serta kawasan

strategik lain5. Lawatan Hospital6. Dakwah di Sekolah Rendah, Menengah, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi7. Multimedia : Video Dakwah 8. Multimedia : Webisodes*9. One on One Dakwah10. Islam 101 Untuk Belum Muslim11. Kelas Bahasa Cina, English, Arab, Multimedia (komputer, photoshop) yang dibuka untuk

orang awam termasuk Belum Muslim secara PERCUMA bagi mendekatkan mereka dengan MRM dan seterusnya membuka pintu dakwah kepada mereka

12. Cenderahati dakwah seperti t-shirt, buku nota, bookmark, mug dan sebagainya.13. PengIslaman

Webisode dakwah adalah satu idea di mana kami bercadang untuk menghasilkan mini drama yang berpaksikan kepada dakwah Islamiah bagi menjelaskan apa itu Islam secara santai. Ianya akan disiarkan melalui laman web kami serta di Youtube. Format webisode ini sebenarnya telahpun popular di luar negara kerana dengan kemajuan teknologi masakini, ramai yang menonton rancangan TV melalui internet sama ada melalui komputer, smart phone ataupun tablet mereka.

Durasi bagi setiap webisode adalah di antara 5-10 minit dan kami bercadang menghasilkan 13 episod kesemuanya bagi musim pertama. Kami telahun berbincang pada peringkat awal dan InshaAllah akan meneruskan perbincangan dan seterusnya mendapatkan penaja bagi idea webisode ini.

*

24

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 25: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Muallaf1. Kelas fardhu ain2. Kaunseling3. Baitul Muslim4. Program ‘Muakhat’

Kebajikan1. Kebajikan2. Bantuan muallaf & saudara Islam3. Rumah anak yatim & orang tua4. Ziarah Gelandangan

Program Khas1. Program Khas2. Kursus Perfecting My Solah untuk orang awam3. Kursus Perfecting My Solah untuk Muallaf4. Kursus Pengurusan Jenazah5. Kursus Praktikal Umrah/Haji6. Kursus Kekeluargaan7. Kursus Bimbingan Muallaf8. Kursus Ulum Quran9. Kursus Mustolah Hadis10. Kursus Usul Fiqh11. Kursus Maqasid Syariah

25

Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan

Page 26: Profile Malaysia Reverted Muslim (MRM)

Hubungi Kami

Pejabat Urusan

MRM Services & ConsultancyWisma MRM,14 Jln 3/27F,Desa Setapak,Wangsa Maju,53300 kuala Lumpur

Malaysia Reverted Muslim (MRM)

PengerusiFirdaus Wong Wai HungPendakwah Bebas & Pengkaji Agama

Naib PengerusiNg Kuan BengEksekutif Kawalan Mutu

SetiausahaChong Kok HoongPereka Produk

BendahariGoh Yee MeiEksekutif Akaun

”MEMASTIKAN AGAR AQIDAH MANUSIA DIBELA, AGAR HATI MANUSIA MENGENALI ALLAH & KEMBALI MEMBESARKANNYA”

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT & PROGRAM DA’WAH TERKINI

Ahli Jawatan KuasaAdam Sih Hua SingKontraktor

Chen Hon LeongEksekutif Jualan

Habib bin TalibJurutera Perisian

Irma Syafrida Abdul MajidKetua Jabatan Perundangan, Axiata Berhad

Nor Rizam MazlanKonsultan Teknologi Maklumat

Nurul Zaimiera MohamedKonsultan Jualan

Ow Yong Kun HungPengurus Jualan

Romel PereiraPemilik Rangkaian Kedai Memanah Revo Archery

MuhammadLutfiAliPemilik Perniagaan ITPacketbit

Info & [email protected]

Infaq / [email protected] Laman Web Rasmiwww.askislam.my

Social Mediafacebook.com/malaysiarevertedmuslim

Hubungi017-647 9978 (Firdaus Wong)010-264 3213 (Rizam) 013-328 2628 (Adam Sih)016-3736207(Lutfi)