profil personaliti dan faktor pemilihan profesion ... · tidak lupa buat teman-teman seperjuangan...

28

Upload: docong

Post on 14-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROFIL PERSONALITI DAN FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN UTM

MUSTAFA BIN ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Oktober 2008

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ....................................

Nama Penulis : MUSTAFA BIN ZAKARIA

Tarikh : ....................................

Dedikasi Dipanjatkan kesyukuran buat-Nya yang mengizinkan segala permintaan dan

kemahuan makhluk di muka bumi ini...

Buat Ibunda tersayang

Doa dipohon agar dipanjangkan usia untuk melihat kejayaan anakmu ini

Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan bakal membuahkan hasil yang

membanggakan..Terima kasih Ibu

Al-Fatihah dihulurkan buat Ayahanda yang telah pergi meninggalkan kami

Buat adik-beradik yang sedikit sebanyak memberikan semangat dan kepercayaan

dalam penghasilan projek ini

Buat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda

Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan

Sehingga berjaya menyudahkan projek ini

Moga-moga Allah memberkatimu

Tidak lupa buat teman-teman seperjuangan

Yang banyak memberi ilmu dan berkongsi pendapat dalam menjayakan Projek

Sarjana Muda ini

Jasa kalian semua akan ku kenang hingga ke akhirnya

Di harap kajian ini menjadi panduan untuk kalian berusaha dan berjaya dalam

menempuhi hidup ini

Terima Kasih....

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanya tertentu bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga

baginda dan para sahabat baginda r.a.

Penyelidik ingin merakamkan sekalung ucapan ikhlas terima kasih kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Faizah Bte. Abd. Ghani yang banyak memberi

bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang penghasilan projek ini sehingga ianya berjaya

dihasilkan.

Ungkapan terima kasih ini juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi peluang kepada penyelidik menjalankan penyelidikan di fakulti ini.

Kerjasama daripada pelajar-pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam

tahun akhir yang menjadi responden kajian amatlah dihargai.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan

secara tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji profil personaliti dan faktor pemilihan profesion

perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini

menggunakan reka bentuk jenis kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi

Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 40 responden telah dipilih menggunakan

persampelan purposif atau bertujuan. Terdapat tiga jenis soal selidik yang digunakan

dalam kajian ini. Soal selidik Norlia Melawi (2000) pada bahagian B yang

mempunyai nilai Cronbach alpha 0.89 digunakan bagi mendapatkan faktor

pemilihan kerjaya perguruan responden, manakala soal selidik pada bahagian C

mempunyai nilai Croanbach alpha 0.85 hingga 0.97 (Amla, 1992). Analisis

deskriptif menunjukkan faktor utama dalam pemilihan profesion perguruan adalah

faktor minat, diikuti dengan faktor ganjaran dan faktor dorongan. Selain itu,

dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden memperolehi kod tiga huruf

SCR yang hampir padan dengan kod tiga huruf Holland iaitu SER. Indek Kongruen

Iachan menunjukkan 52.5% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai

tahap padanan yang baik antara darjah kongruen personaliti mereka dengan bidang

kursus kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara profil personaliti dengan faktor minat, faktor dorongan dan faktor

ganjaran yang dikaji dalam kajian ini.

ABSTRACT

This study examined the personality profile and the selection of teacher’s

profession among student engineering from the Education Faculty of UTM. The

correlation research was used and the theoretical framework of this study was based

on Holland’s Theory of Career Typology (1973). A total 40 respondents were

selected using purposive sampling method. Three types of questionnaires.

Questionnaire from Norlia Melawi (2000) showed the alpha Cronbach 0.89 was used

to study the career decision factors in selecting teacher as a career path., whereas

questionnaire for C part of cronbach alpha is 0.85 to 0.97 (Amla, 1992). The

descriptive analysis of data showed the main factors on selection of teacher’s

selection is the interest factor, followed the reward factor and parents factor. Besides

that, this research shown that all respondent got the SCR code that almost match with

the three letter Holland’s code is SER. Iachan Congruence index showed that 52.5%

from the total amount of respondent showed the good level between the degree

congruence on personality with the engineering courses. There are no relation

between personality profile and the interest’s factor, support factor and the reward

factor that has been found in this research.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Dan Skop Kajian 10

1.9 Definisi Terminologi 11

1.9.1 Personaliti 11

1.9.2 Kerjaya 13

1.9.3 Perguruan 14

1.9.4 Faktor Minat 14

1.9.5 Faktor Doronagn 15

1.9.6 Faktor Ganjaran 15

1.9.7 Guru 15

1.9.8 Pelajar 15

1.10 Kesimpulan 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 18

2.2.1 Teori Pemilihan Kerjaya Holland 20

2.2.2 Teori Ginzberg 26

2.3 Kajian-Kajian Lepas 27

2.3.1 Kajian-Kajian Dalam 27

2.3.2 kajian-Kajian Luar 32

2.4 Kesimpulan 35

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 38

3.5.1 Bahagian A 39

3.5.2 Bahagian B 39

3.5.3 Bahagian C 41

3.5.3.1 Skor Manual (SDS) 43

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Indeks Kongruen Iachan 46

3.8 Pengumpulan Data 47

3.9 Analisis Data 48

3.10 Kesimpulan 51

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisis Data 53

4.3 Analisis Deskriptif Maklumat

Latar Belakang Responden 53

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Umur 54

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Tahap

Pencapaian Akademik 55

4.3.5 Taburan Responden Mengikut CGPA

Terbaru 55

4.4 Analisis Deskriptif Faktor Pemilihan Profesion

Perguruan Di Kalangan Responden 56

4.4.1 Min Bagi Faktor Pemilihan Kerjaya

Perguruan Secara Keseluruhan 62

4.5 Analisis Deskriptif Profil Personaliti Responden 63

4.5.1 Profil Personaliti Pelajar Kejuruteraan 63

4.5.2 Kod Tiga Huruf Penyelidik Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 65

4.5.3 Tahap Darjah Kongruen Responden 65

4.6 Analisis Deskriptif Profil Personaliti

Individu Responden 67

4.6.1 Klasifikasi Bagi Hasil Taburan

Analisis Padanan Darjah Kongruen

Personaliti Responden Dengan Bidang

Kursus Yang Diikuti 71

4.7 Analisis Inferensi 72

4.7.1 Hubungan Antara Profil Personaliti

Dengan Faktor Minat 73

4.7.2 Hubungan Antara Profil Personaliti

Dengan Faktor Dorongan 74

4.7.3 Hubungan Antara Profil Personaliti

Dengan Faktor Ganjaran 75

4.8 Kesimpulan 76

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 78

5.3 Hasil Dapatan Taburan Maklumat Peribadi

Responden 78

5.4 Hasil Dapatan Faktor Pemilihan Profesion

Perguruan Di Kalangan Responden 79

5.4.1 Faktor Minat 79

5.4.2 Faktor Dorongan 81

5.4.3 Faktor Ganjaran 83

5.5 Hasil Dapatan Profil Personaliti Responden

Dengan Kod Tiga Huruf Penyelidik Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 85

5.6 Hasil Analisis Taburan Tahap Padanan

Profil Personaliti Responden Dengan Bidang

Kursus Yang Diikuti 86

5.7 Keputusan Dan Analisis Kajian Kolerasi Pearson 88

5.8 Implikasi Kajian 88

5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.10 Rumusan 91

5.11 Kesimpulan 92

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kaitan Antara Cara Hidup, Ciri-Ciri Dan Persekitaran Pekerjaan 23

3.1 Pemilihan Profesion Perguruan Sebagai Kerjaya 40

3.2 Pengkelasan Skala Empat Mata 40

3.3 Klasifikasi Tindak Balas Peratusan 41

3.4 Bilangan Item mengikut Subskala SDS-Form Easy 43

3.5 Tahap Darjah Kongruen Berdasarkan

Indeks Kongruen Iachan 47

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 48

3.7 Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian Berdasarkan Peratus 49

3.8 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 49

3.9 Kaedah Penentuan Pemilihan Statistik Bagi

Proses Penganalisisan Data 50

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 53

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 54

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 54

4.4 Taburan Responden Berdasarkan

Tahap Pencapaian Akademik 55

4.5 Taburan Responden Berdasarkan CGPA Terbaru 56

4.6 Skor Peratus dan Min Bagi Faktor Minat 56

4.7 Skor Peratus dan Min Bagi Faktor Dorongan 58

4.8 Skor Peratus dan Min Bagi Faktor Ganjaran 60

4.9 Analisis Min Bagi Setiap Faktor Pemilihan

Profesion Perguruan 62

4.10 Bilangan Item Mengikut Subskala SDS-Form Easy

(Versi Terjemahan Amla) 63

4.11 Skor Min Mengikut Subskala SDS-Form Easy

(Versi Terjemahan Amla) 64

4.12 Analisis Kod Tiga Huruf Penyelidik Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 65

4.13 Analisis Tahap Darjah Kongruen Responden 65

4.14 Kaedah Pengiraan Darjah Kongruen 66

4.15 Kod Tiga Huruf Setiap Responden 67

4.16 Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 69

4.17 Susunan Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 70

4.18 Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 71

4.19 Analisis Hubungan Antara Profil Personaliti

Dengan Faktor Minat 73

4.20 Analisis Hubungan Antara Profil Personaliti

Dengan Faktor Dorongan 74

4.21 Analisis Hubungan Antara Profil Personaliti

Dengan Faktor Ganjaran 75

SENARAI RAJAH

Peratusan Padanan Indeks Kongruen Iachan 71

SENARAI SINGKATAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

PMR Penilaian Menengah Rendah

CGPA Cumulative Grade Point Average

R Realistik

I Investigatif

A Artistik

S Sosial

E Enterprising

C Conventional

SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPSS Statistical Package for Social Science

SDS-E Self Directed Search – Form Easy

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

S Setuju

SS Sangat Setuju

SENARAI SIMBOL

% Peratus

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Pelajar dari Fakulti

C Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W.

D Senarai Bilangan Pelajar Jabatan Teknik Dan

Vokasional Fakulti Pendidikan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang

saling berkait dengan masyarakat yang berstatus. Bidang guru merupakan satu

kerjaya profesional yang memerlukan latihan ikhtisas untuk mendidik murid-murid

di sekolah. Biasanya, sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima

latihan dalam institusi perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.

Contohnya seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Sijil Diploma

Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di

sekolah kerajaan (Mok Soon Sang, 2000).

Setiap orang ingin bekerja mengikut tujuan masing-masing seperti minat,

mencari kepuasan diri, memperoleh sumber kewangan, memupuk sumber sokongan

sosial, membina identiti serta harga diri dan seterusnya memberi sumbangan kepada

agama, bangsa dan negara (Siti Noraziah, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa

kerjaya seseorang memainkan peranan penting dalam kehidupan dan memberikan

impak kepada keadaan persekitaran.

Barrick dan Mount (1991, 1995 dan 1998), Salgado (2003) menyatakan

prestasi individu di tempat kerja adalah berhubungan dengan personaliti yang baik.

Justeru itu, bagi melahirkan seorang graduan yang menceburi bidang-bidang

tertentu khususnya bidang perguruan, personaliti yang baik perlu ada dalam diri

individu itu. Memiliki personaliti yang baik dan bersesuaian dengan bidang

perguruan adalah menjadi tonggak utama dalam merealisasikan impian negara

melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang.

Personaliti yang baik semestinya diterapkan di dalam diri individu itu.

Personaliti yang ada pada seorang guru menjamin kecermerlangan pencapaian

akademik secara menyeluruh kerana personaliti yang baik dapat meningkatkan

motivasi dan pelajar. Hal ini didokong oleh Barrick dan Mount (1991) ; Hough dan

Ones (2001) ; Salgado (1997) yang menegaskan personaliti berupaya untuk menjadi

peramal yang sah kepada prestasi kerja individu, terutamanya dalam bidang

perguruan.

Kerjaya bidang perguruan memerlukan seorang individu yang mempunyai

personaliti yang baik. Pemilihan dalam pekerjaan yang bakal ditempuhi oleh pelajar

perlu berdasarkan pada personaliti diri yang dimiliki oleh seorang pelajar atau

individu itu. Menurut Amir Awang (1983), pemilihan pekerjaan yang selaras dengan

personaliti merupakan penentu penting bagi taraf atau kedudukan seseorang dalam

masyarakat yang boleh memberi kesan kepada nilai hidup, sikap dan gaya hidup

seseorang.

Nilai kerjaya perguruan adalah suatu yang tidak dapat dibandingkan, hanya

mereka yang dapat melihat dengan hati terbuka akan mengetahui tingginya tugas

pendidikan. Sufean (1993), menyatakan perguruan adalah kerjaya yang

bermatlamatkan pembentukan insan dan manusia yang sempurna agar manusia itu

mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka tentang diri, masyarakat, alam

yang mereka diami serta terhadap ke-Esaan yang Maha Pencipta.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang perguruan adalah suatu bidang yang murni dalam mendidik anak

bangsa disamping aktiviti-aktiviti yang akan dilalui di alam persekolahan kelak.

Menurut Azman (1995), menyifatkan guru sebagai penyegar benih ilmu, pejuang

bangsa, penjunjug nilai-nilai mulia, malah guru menyanjung tugas bagai lilin

membakar diri. Tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar mengajar ilmu

kemahiran dan pengetahuan semata-mata, guru juga sebagai pembentuk nilai,

menanam sifat dan keperibadian mulia kepada anak didiknya.

Zainol (1997), menyatakan sebahagian besar guru meletakkan tuntutan

agama sebagai pendorong, tugas sebagai guru mempunyai nilai yang tinggi dan satu

tanggungjawab yang dikira ibadah kepada Allah s.w.t. Hal ini dibuktikan dengan

kajian Hamidi (1997), yang mendapati motif utama yang mempengaruhi pelajar dari

kursus Diploma Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia memilih profesion

perguruan ialah keinginan memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan juga

keinginan menyampaikan ilmu kepada orang lain.

Bidang ini memerlukan daya pemikiran yang tinggi, idea-idea yang baru

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan suasana bosan dalam

pembelajaran. Menurut Tajul (1995) salah satu daripada ciri penting yang perlu ada

pada seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh

terhadap keseluruhan tugasnya, baik di sekolah ataupun dalam sebarang isu

kemasyarakatan ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya

kerana gaji ataupun kerana tidak mendapat pekerjaan lain, perlulah segera mengubah

sikap itu. Jika tidak mereka hanya menipu diri sendiri dan masyarakat. Ini

menunjukkan seseorang yang ingin menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya

mereka mestilah meminati profesion ini.

Bidang perguruan dikatakan salah satu bidang yang memudahkan pelajar

terus bekerja selepas tamat pengajian Ramai yang memilih bidang perguruan atau

profesion perguruan sebagai jalan terbaik bagi pelajar menceburi alam pekerjaan

setelah tamat pembelajaran mereka. Menurut Zuria (1998) orang melamar kerja

kerana adanya gaji tetapi gaji tidak menimbulkan kepuasan kerja. Pada masa dahulu

mereka yang memilih profesion perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi

keadaan kerja pada masa itu dianggap sesuai dengan keperluan, nilai, falsafah hidup,

ciri kerja separuh hari, adanya cuti yang panjang, mobiliti yang mudah, peluang

mengasuh dan mendidik serta memberikan kasih sayang.

Mohd. Salleh (1998), menyatakan secara umumnya golongan yang memilih

profesion perguruan sebagai kerjaya adalah kerana nilai yang ada pada tugas dan

tanggungjawab guru seperti untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara, menabur

dan mencurahkan ilmu yang ada. Jika tidak ilmu yang dimiliki akan pupus begitu

sahaja serta pekerjaan guru dianggap mulia di sisi Islam. Menurut Lortie (1995),

antara faktor yang menarik seseorang kepada profesion perguruan adalah perasaan

ingin berkhidmat dengan manusia, jaminan pekerjaan, peluang yang terbuka luas

dalam bidang perguruan dan tarikan cuti serta masa bekerja.

Holland (1973) menyatakan bahawa kepuasan dan pencapaian seseorang

individu adalah hasil daripada keselarasan antara jenis personaliti dan persekitaran

mereka. Pemilihan atau hubung kait kerjaya adalah berdasarkan kepada personaliti

di mana personaliti seseorang individu berkembang dalam konteks biologikal,

psikologi dan persekitaran. Ciri-ciri yang wujud akan dapat menyediakan peluang-

peluang aktiviti, tugas dan peranan yang kongruen dengan kecekapan dan minat

mereka serta persepsi diri yang selaras dengan jenis personaliti. Secara khususnya,

keselarasan antara individu dengan persekitaran adalah dikaitkan dengan kestabilan

pendidikan, kepuasan dan pencapaian yang tinggi. Kepuasan yang wujud akan

mendorong seseorang individu melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh

dan lebih berkesan. Sekiranya kesedaran tidak wujud di kalangan para guru, maka

akan memberi implikasi dalam profesion perguruan. Sehubungan itu, tidak hairan

mengapa di masa kini kita saling mendengar rungutan terhadap guru-guru yang

bermasalah seperti yang terjadi di sekolah-sekolah Malaysia.

Permasalahan yang timbul disebabkan adakalanya kursus yang telah dipilih

oleh pelajar ini tidak sesuai dengan kebolehan dan kemahiran yang pelajar-pelajar ini

miliki. Terdapat juga bakal guru yang memilih kursus pengajian mengikut

persetujuan ahli keluarga dan pengaruh rakan. Ketidakselarasan pemilihan kursus

dengan personaliti yang pelajar ini miliki akan menyebabkan seseorang pelajar tidak

mencapai kepuasan belajar secara menyeluruh dan tidak dapat menyesuaikan diri

dengan persekitaran bidang kursus yang dipilih. Holland (1985,1997) menegaskan

perbezaan persekitaran yang tinggi dan identiti yang jelas adalah lebih berjaya dalam

mengukuhkan kebolehan, minat serta pencapaian seseorang individu berbanding

mereka yang tiada perbezaan dan mempunyai identiti yang kabur. Oleh itu,

kesesuaian dalam memilih bidang yang sesuai dengan personaliti adalah amat

penting bagi menentukan matlamat yang ditujui tercapai. Secara tidak langsung,

konstruk perbezaan persekitaran dan keperluan identiti dapat memperjelaskan

persekitaran akademik seseorang pelajar.

Menurut Atan (1982), ketidakselarasan antara jenis personaliti dan

persekitaran akan menimbulkan perasaan jemu dan kecewa yang akhirnya boleh

menjejaskan prestasi kerjaya. Hal ini didokong oleh Bretz & Judge (1994)

menyatakan keselarasan personaliti-persekitaran akan mempengaruhi kejayaan

sesuatu kerjaya.

Dalam pemilihan profesion perguruan, beberapa faktor dilihat sebagai faktor

seseorang individu memilih bidang perguruan. Pergaulan seharian antara keluarga

dan rakan sebaya adalah suatu perkara biasa di kalangan seseorang yang normal.

Menempuhi alam kehidupan, rakan sebaya dan keluarga adalah insan terpenting bagi

menjaga diri mahupun di antara satu sama lain. Keluarga dan rakan sebaya adalah

tempat bergantung harapan dan mengadu nasib. Rakan sebaya adalah tempat

bertukar pendapat dan sebarang idea dalam membentuk sesuatu perkara baru.

Persahabatan atau perhubungan ini mungkin mempengaruhi seseorang dalam

tindakan mereka.

Koh Boh Boon (1975), menyatakan dorongan ibu bapa dapat

mempertingkatkan motivasi dan pencapaian anak mereka, terutama dalam aspek

pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1988), sekiranya terdapat salah seorang ahli

keluarga berjaya dalam sesuatu bidang ianya akan mendorong ahli keluarga yang

lain berusaha. Ini menunjukkan dorongan oleh keluarga sangat berkesan kerana

ianya boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung.

Ee Ah Meng (1991), menyatakan rakan sebaya merupakan faktor yang

penting dalam pembentukan personaliti seseorang. Sebagai contoh jika seseorang

bergaul dengan kumpulan rakan yang mempunyai personaliti yang baik serta

berkerajinan, individu tersebut akan berusaha untuk menjadi seperti rakannya tadi.

Connell dalam Mokhtar Mokri (1999), mengatakan bahawa banyak faktor di

dalam dan luar sekolah yang mempengaruhi kejayaan remaja dalam pekerjaan di

masa akan datang. Menurut Rogers dalam Mokhtar Mokri (1999), menyatakan

bahawa remaja perempuan lebih mudah dipengaruhi oleh keluarga. Ginzberg et.al

dalam Mokhtar Mokri (1999), menyatakan bahawa terdapat pengaruh ibu bapa

terhadap pemilihan kerjaya anak-anak.

Pengaruh ibu bapa ini mungkin didorong oleh kehidupan masa hadapan, di

mana ganjaran dalam profesion perguruan ini dapat menjamin masa hadapan anak-

anak mereka kelak. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993), seseorang guru atau

kakitangan pendidikan yang rata mempunyai pendapatan yang baik jika

dibandingkan dengan rakan mereka di negara lain dan sistem ganjaran negara ini

adalah agak baik.

1.3 Penyataan Masalah

Personaliti yang baik adalah menjadi keutamaan dalam profesionalisme

keguruan. Seorang guru perlu mempunyai personaliti yang cemerlang dan terbilang.

Meskipun profesion perguruan dipandang negatif, masih terdapat golongan yang

memilih profesion perguruan sebagai kerjaya di atas beberapa sebab tertentu.

Beberapa kajian terdahulu telah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pemilihan kerjaya perguruan dan didapati faktor pemilihan ini tidak banyak

perbezaan di antara satu negara dengan yang lain walaupun menggunakan sampel

yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Contohnya di Malaysia, didapati

kerjaya perguruan lebih diminati di kalangan mereka yang tidak berijazah (Abd.

Rahim 2002).

Mereka memilih kerjaya perguruan kerana status, dipandang mulia oleh

masyarakat, gaji dan masa depan serta menyumbang kepada bangsa. Selanjutnya,

kajian Muhamad Sani et al. (2002) pula mendapati ahli keluarga, rakan-rakan dan

saudara mara merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan.

Selain itu juga kajian tersebut telah mengenalpasti bahawa dorongan ibu bapa adalah

faktor utama calon memilih kerjaya perguruan.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor pemilihan

profesion perguruan dan adakah tedapat profil personaliti guru dalam diri pelajar

untuk memilih profesion perguruan sebagai kerjaya dan mengenalpasti keselarasan

profil personaliti dengan faktor pemilihan kerjaya yang diutarakan oleh teori Holland

serta mengetahui personaliti yang lebih baik untuk menjadi guru dikalangan pelajar

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) (SPJ)

dan (Kejuruteraan Awam) (SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(UTM).

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

1.4.2 Mengenalpasti profail personaliti pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia.

1.4.3 Mengenalpasti sama ada terdapatnya keselarasan atau kekongruenan antara

personaliti ini dengan bidang kursus perguruan yang sedang diikuti oleh

pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPJ) dan (SPA),

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

1.4.4 Mengenalpasti hubungan profail personaliti dengan faktor pemilihan

profesion perguruan di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di

kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPJ) dan

(SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia?

1.5.3 Apakah profail personaliti di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia?

1.5.4 Adakah terdapat keselarasan atau kekongruenan antara personaliti ini dengan

bidang kursus perguruan yang sedang diikuti oleh pelajar Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

1.5.5 Adakah terdapat hubungan profail personaliti dengan faktor pemilihan

profesion perguruan di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (SPJ) dan (SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia?