unimas 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm...

24
P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS 11111 mmiiumuuimm 0000115900 KESEDARAN STAF AKADEMIK UNIMAS TERHADAP SISTEM TAKSIRAN SENDIRI CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU Oleh BIDARI BIN HAI1.1 5213 Projek dipersembahkan kepada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan sebagai sebahagian syarat untuk memenuhi kehendak Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian (Ekonomi Industri dan Organisasi) UNIVERSI"I'1 MALAYSIA SARAWAK 2002/03

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

11111 mmiiumuuimm0000115900

KESEDARAN STAF AKADEMIK UNIMAS TERHADAP SISTEM TAKSIRAN

SENDIRI CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Oleh

BIDARI BIN HAI1.1

5213

Projek dipersembahkan kepada

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

sebagai sebahagian syarat untuk memenuhi kehendak

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan

Dengan Kepujian

(Ekonomi Industri dan Organisasi)

UNIVERSI"I'1 MALAYSIA SARAWAK

2002/03

Page 2: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

PENGESAHAN PENYELIA

Setelah diteliti Projek Tahun Akhir bertajuk "Kesedaran Staf Akademik Unimas

Terhadap Sistem Taksiran Sendiri Cukai Pendapatan Individu" yang dibuat oleh

Bidari bin Haili (No. Matrik: 5213), pihak penyelia berpuas hati dengan

Projek Tahun Akhir ini sebagai memenuhi syarat pengijazahan

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian

(Ekonomi Industri dan Organisasi)

JQTarikh Serahan Puan Masita Hassan

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Universiti Malaysia Sarawak

Page 3: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk "Kesedaran Staf Akademik

Unimas Terhadap Sistem Taksiran Sendiri Cukai Pendapatan Individu" ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya nyatakan sumbemya.

Tarikh Serahan Bidari bin Haili

No. Matrik: 5213

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Universiti Malaysia Sarawak

Page 4: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

ABSTRAK

KESEDARAN STAF AKADEMIK UNIMAS TERHADAP SISTEM TAKSIRAN

SENDIRI CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Oleh

BIDARI BIN HAILI

Kajian ini adalah untuk mengkaji kesedaran staf akademik Unimas terhadap

Sistem Taksiran Sendiri (STS) cukai pendapatan individu yang akan diperkenalkan oleh

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2004. Faktor mempengaruhi kesedaran juga dikaji. Kajian dijalankan dengan pengedaran borang soal selidik kepada

staf akademik Unimas dan temuduga personel di LHDN. Data yang diperolehi dianalisa

secara deskriptif, menggunakan jadual perbandingan dan graf Hasii kajian didapati,

majoriti staf akademik Unimas tidak menyedari akan kewujudan STS.

Page 5: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

ABSTRACT

THE AWARENESS OF UNIMAS ACADEMIC STAFF TOWARDS INDIVIDUAL

INCOME TAX SELF ASSESSMENT SYSTEM

By

BIDARI BIN HAILI

This dissertation is to study the awareness of Unimas academic staff towards

individual income tax Self Assessment System (SAS), which will be implemented by

Inland Revenue Board (IRB) in 2004. Factors influencing their awareness towards the

system is also studied. The study uses questionnaires, distributed to Unimas academic

staff, and interview with IRB personnel. Data generated is analyzed using descriptive

method, comparison table and graphs. The result of the study showed that majority of

Unimas academic staff are not aware to the existence of SAS.

Page 6: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Puan

Masita Hassan, selaku penyelia, kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada

saya semasa membuat kajian im. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Puan

Mahani Shakur dan semua pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) Universiti

Malaysia Sarawak (Unimas) yang telah member] banyak nasihat dan sokongan moral

kepada saya.

Penghargaan yang tidak terhingga ini juga saya tujukan kepada pihak Unimas

amnya dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Unimas khasnya serta pihak Lembaga

Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sarawak. Maklumat dan kerjasama yang

diberikan oleh pihak-pihak terbabit telah memberikan sernangat kepada saya untuk terus

membuat kajian ini dan melancarkan lagi perjalanan kajian im.

Selain itu, ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua All keluarga,

rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam penyiapan penyiapan projek tahun akhir im. Terima kasih di atas

kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.

ýii

Page 7: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

ISI KANDUNGAN

Senarai Jadual x» ý--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senarai Ra. 1ah- ----------------- -------------------------------------------------------------------------------------------

xiii

Senarai Singkatan. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

xiv

BAB 1: PENGENALAN, ................................................................................................

1-14

1.0 Pendahuluan -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0.1 Cukai Pendapatan. --------- ------ -------------------------------------------------------------------3-4

1.0.2 Ejen Cukai. ---------------------------- -----------------------------------------------------------------4-5

1.1 Perlaksanaan Sistem Taksiran Sendiri (STS) Cukai Pendapatan. --------------------------

5-7

1.2 Penyataan Masalah----- ------------------------------------------- ------ ---------------------------------------------8-9

1.3 Objektif Kajian------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.3.1 Objektif Umum--------------------------------------------- -------------- ----------------------------`

1.3.2 Objektif Khusus--------------------------------------------------------------------- -------------------

9-10

9

9-10

1.4 Rasional Kajian------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 10-11

. . .. 1.5 Hipotesis Kapan. -----_------------------ -------------------------------------------------------------------------------

12

1.6 Delinisi Istilah------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------- --12

1.6.1 Kesedaran 12

1.6.2 Staf Akademik 12

1.6.3 Cukai Pendapatan Individu--------------------------------------- ------------ ----------------

13

1.7 Batasan Kajian----- ----------------------------------------------------------------------------------- ---------- -------

13-14

viii

Page 8: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIK ......................................................................

15-21

2.0 STS Cukai Pendapatan--------------------------------------------------- -------------------------------------

15-17

2.1 Isu Kesedaran dan Pengetahuan Terhadap STS Cukai Pendapatan---------------- 18-19

2.2 Latar Belakang Akademik Sebagai Faktor Kesedaran --------------------------------------

19-20

2.3 Pengalaman Bekerja Sebagai Faktor Kesedaran. ___________________. _______________________

21

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN ..............................................................................

22-24

3.0 Skop Kajian. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------22

3.1 Populasi dan Sampel ---------------------------------------------------------------------------------------------

22

3.2 Pengumpulan Data-------------------------------------------------- ------------------------------ ---

23

3.2.1 Data Primer 23-24

3.2.2 Data Sekunder-------------------------------------------------------------------------- ------- -------24

3.3 Penganalisaan Data -------------------------- ------------------------------------------------------------------

24

BAB 4: KEPUTUSAN KAJIAN.................................................................................... 5-41

4.0 Pengenalan Dan Deskriptif Kajian---------- ------------------------- --------------------- ---------- -

25-26

4.1 Analisa Latar Belakang Akademik Responden____________ _________________ ------ __------- __

26-27

4.2 Analisa Pengalaman Bekerja Responden-------- ------------------------------------ -_-_---------

28

4.3 Analisa Kesedaran Responden Terhadap Perlaksanaan STS Cukai Pendapatan

Individu 2004 29

4.4 Analisa Sumber Maklumat Responden Terhadap Kesedarannya--------------------- 0

4.5 Analisa Pengetahuan Responden Menaksir Sendiri Cukai Pendapatan

Individu 31 ------------------------------------------------------------------------------------------

ix

Page 9: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

4.6 Analisa Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran dan Pengetahuan Responden

Terhadap STS Cukai Pendapatan---------------------------------------------------------------- -------

32-37

4.7 Analisa Sumber Kesedaran Responden Menaksir Sendiri Cukai Pendapatan

Individu 37-38 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.8 Analisa. Masalah-Masalah Responden Berhubung Penaksiran Sendiri Cukai

Pendapatan individu---------------- ------------------- --------------------------------------------------------39-40

4.9 Analisa Alasan Responden Tidak Menaksir Sendiri Cukai Pendapatan

Individu 40-41 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 5: PERBINCANGAN KAJIAN ..........................................................................

42-57

5.0 Kesedaran Terhadap Perlaksanaan STS Cukai Pendapatan 2004_______ _________

42-44

5.1 Penaksiran Sendiri Cukai Pendapatan lndividu------------------------------------------------- 44

5.1.1 Pengetahuan Menaksir Sendiri-__-_----- --------------------------------------------------

4-48

5.1.2 Tidak Tahu Menaksir Sendiri 48-54

5.2 Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran Dan Pengetahuan Terhadap STS Cukai

Pendapatan Individu-------------------------------------------------- -------------------- ---------------------55

5.2.1 Faktor Latar Belakang Akademik--------------------- -. _------------------------- -_____55-56

5.2.2 Faktor Pengalaman Bekerja-------------------------- ------------------------------------------

56-57

X

Page 10: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN ..............................................................

8-63

6.0 Kesimpulan------------------------------------------------------------------------------------------------------------

58-59

6.1 CadangaR. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

59

6.1.1 Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)-------------------------------------- 60-62

6.1.2 Pihak Penyelidik Pada Masa Depan -------------------------------------

62-63

BIBLIOGRAFt ...................................................................................... "---.....................

64-66

LA M PIRAN .....................................................................................................................

67-70

LAMPIRAN A Sumlah Staf Akademik----------------- ------------- ---------- ------- --------- -------------

67

LAMPIRAN B Borang Soal Selidik------------------------------------------------------------------------------68-69

LAMPIRAN C Senarai Kesalahan dan Denda------------__-----_-. _., -. _ ................... _. _-.. -..

70

X1

Page 11: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

SENARAI JADUAL

Jadual 1: DeskriptifKajian------------------- ___________________________________________26

Jadual 2: Bilangan responden mengikut latar belakang akademik ---------------------

26

Jadual 3: Bilangan responden mengikut pengalaman bekerja. -. --------------------------

28

Jadual 4: Bilangan responden mengikut kesedaran --------------------------------------------29

Jadual 5: Bilangan responden mengikut sumber maklumat --------------------------------

30

Jadual 6: Bilangan responden mengikut pengetahuan ------------------------------------------ 31

Jadual 7: Analisis faktor yang mempengaruhi kesedaran dan pengetahuan responden

terhadap STS --------------------------------------------------------------------------------------------32-36

Jadual 8: Bilangan responden mengikut sumber kesedaran _______________ ________________37

Jadual 9: Bilangan responden mengikut masalah---------------------------------------- ___

39

Jadual 10: Bilangan responden mengikut alasan------------------------------------------ -_-__ 40

Xll

Page 12: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Bilangan responden mengikut latar belakang akademik --------------------- 27

Rajah 2: Bilangan responden mengikut pengalaman bekerja----------------------------- 28

Rajah 3: Bilangan responden mengikut kesedaran ---------------------------------------29

Rajah 4: Bilangan responden mengikut sumber maklumat-------------------------------- 30

Rajah 5: Bilangan responden mengikut pengetahuan------------------------------------------ 31

Rajah 6: Analisis faktor yang mempengaruhi kesedaran dan pengetahuan responden

terhadap STS ----_-33-36 ----------------------------------------------------------------------------------

Rajah 7: Bilangan responden mengikut sumber kesedaran ---------------------------------

38

Rajah 8: Bilangan responden mengikut masalah------------------------------------------------- 40

Rajah 9: Bilangan responden mengikut alasan----- . -----------------------------------------------

41

Xlll

Page 13: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

SENARAI SINGKATAN

1. BCP

2. FEP

3. FTM

4. FK

5. FPSK

6. FSGK

7. FSKPM

8. FSS

9. FSTS

10. IRB

11. KWSP

12. LHDN

13. PPB

14. STS

15. Unimas

Borang Cukai Pendapatan

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Fakulti Teknologi Maklumat

Fakulti Kejuruteraan

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Fakulti Seni Gunaan Kreatif

Fakulti Sains Kemanusiaan dan Teknologi Sumber

Fakulti Sains Sosial

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

Inland Revenue Board

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Lembag Hasil Dalam Negeri

Fakulti Pusat Pengajian Bahasa

Sistem Taksiran Sendiri

Universiti Malaysia Sarawak

XIV

Page 14: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

BAB l

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Percukaian merupakan satu bidang ilmu yang sentiasa berkembang dengan

pesat dan ia dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi negara, (Barjoyai Bardai,

1987). Percukaian bermaksud satu bayaran yang wajib, bukannya denda yang

dikenakan oleh kerajaan ke atas penggunaan pendapatan, kekayaan atau asas-asas

lain, tidak termasuk bayaran-bayaran untuk faedah khusus seorang pembayar

seperti bayaran lesen, tol, permit, bayaran masuk dan taksiran khas, (K. Jeyapalan

dan Mustafa Mohd. Hanefah, 1993).

Objektif Percukaian

Percukaian adalah penting kepada sesebuah negara kerana objektif

percukaian adalah sebagai sumber pendapatan kerajaan. Cukai adalah sumber

pendapatan utama kebanyakan negara tidak mengira sama ada negara berkenaan

adalah negara maju, negara sedang membangun ataupun negara kurang

membangun.

I

Page 15: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

Percukaian juga penting sebagai penggalak pertumbuhan ekonomi

sesebuah negara. Sebagai contoh, di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, untuk

menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kadar cukai langsung boleh dikurangkan.

Contoh cukai langsung adalah seperti Cukai Pendapatan dan Cukai Pendapatan

Petroleum.

Selain daripada itu, percukaian juga berperanan sebagai alat atau

instrumen pengagihan semula pendapatan dan kekayaan di mana ia boleh

mengecilkan jurang perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dan golongan

miskin.

Merujuk kepada kenyataan-kenyataan di atas, percukaian merupakan satu

bidang yang besar dan rnernpunyai peranan yang penting dalani memberikan

sumbangan kepada kerajaan. Oleh yang demikian adatah sangat penting untuk

kita mempunyai sistem taksiran cukai yang lebih herkesan hagi menjamin

kelancaran pengutipan cukai. Sehubungan itu, Sistem Taksiran Formal akan

diubah sepenuhnya kepada Sistem Taksiran Sendiri menjelang tahun 2004.

Cukai terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Cukai Pendapatan, Cukai

Petroleum, Cukai Keuntungan Harta Tanah dan Duti Setem Utama. Kajian yang

dijalankan ini bertumpu kepada Cukai Pendapatan sahaja.

Page 16: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

1.0.1 Cukai Pendapatan

Cukai Pendapatan didefinisikan sebagai cukai yang dikenakan ke

atas pendapatan iaitu perolehan atau hasil daripada urusan atau

perkhidmatan ke atas orang perseorangan atau entiti perniagaan. Cukai

Pendapatan pula terbahagi kepada cukai pendapatan individu dan cukai

pendapatan syarikat.

Cukai Pendapatan Individu

Cukai pendapatan individu merupakan cukai yang dikenakan ke

atas pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu seperti

pendapatan penggajian, pendapatan perniagaan dan lain-lain. Contoh

pendapatan penggajian adalah seperti gaji dan manfaat berupa barangan

(MBB). Sementara itu contoh bagi pendapatan perniagaan adalah

pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu yang menjalankan

pemiagaan. Bagi individu pemastautin, cukai dikenakan ke atas

pendapatan yang diperolehi individu di Malaysia dan juga pendapatan

diterima di Malaysia dari luar Malaysia. Sementara itu, bagi individu

bukan pemastautin pula, cukai dikenakan ke atas pendapalan yang

diperolehi di Malaysia sahaja.

Page 17: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

Cukai Pendapatan Syarikat

Cukai pendapatan syarikat adalah cukai yang dikenakan ke atas

pendapatan yang diperolehi syarikat. Bagi syarikat pemastautin, cukai

dikenakan ke atas pendapatan yang diperolehi syarikat di Malaysia dan

juga pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia dan punca-punca luar

Malaysia. Bagi syarikat bukan pemastautin pula, cukai dikenakan ke atas

pendapatan yang diperolehi syarikat di Malaysia sahaja.

1.0.2 Ejen Cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia adalah merupakan salah

satu agensi utama yang memungut hasil di bawah kuasa Kementerian

Kewangan. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menjadi badan

berkanun pada lhb Mac 1996 dan dengan rasminya dikenali sebagai

LHDN.

LHDN memainkan peranan penting kepada Kerajaan. LHDN

berfungsi sebagai agensi Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalarn

pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran

cukai. LHDN ditubuhkan melalui Akta LF-lDN Malaysia 1995 untuk

meningkatkan peranan organisasi dalam mengubal dasar-dasar baru bag]

sektor awam dan sektor swasta, sebagai tambahan kepada peranan semasa

4

Page 18: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

Lembaga berhubung dengan pemungutan cukai dan penguatkuasaan

pematuhan cukai. LHDN juga bertanggungjawab bagi keseluruhan hal

ehwal pentadbiran, termasuk penaksiran dan pemungutan cukai-cukai

langsung di bawah akta seperti berikut: -

" Akta Cukai Pendapatan 1967

" Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967

" Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

" Akta Penggalakkan Pelaburan 1986

" Akta Setem 1949

" Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990

1.1 Perlaksanaan Sistem Taksiran Sendiri (STS) Cukai Pendapatan

STS atau self-assessment system merupakan satu cabaran baru dalam

milenium ini. STS mula diwar-warkan pada pembentangan Belanjawan 1999.

Suatu perubahan yang drastik telah berlaku dalam undang-undang percukaian di

Malaysia bagi melaksanakan STS ini. STS juga diamalkan oleh beberapa negara

lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Republik Ireland, New Zealand

Jepun dan England.

STS adalah satu kaedah di mana pembayar cukai mengira dan membayar

cukainya sendiri. la bukanlah merupakan satu jenis cukai yang baru tetapi hanya

S

Page 19: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

merupakan satu sistem yang baru di mans pembayar cukai diberi tanggungjawab

untuk mengira tanggungan cukainya sendiri. STS merupakan perubahan proses

yang menyeluruh daripada sistem taksiran formal yang diamalkan sebelum Mi.

Di bawah sistem taksiran formal, pembayar cukai dikehendaki

melaporkan pendapatan di dalam Borang Nyata Pendapatan, mengembalikan

borang tersebut ke pejabat LHDN dan LHDN akan membuat taksiran. Notis akan

dihantar kepada pembayar cukai dan berpandukan kepada cukai yang ditaksir,

bayaran cukai akan dibuat.

Di bawah STS, pembayar cukai masih perlu mengemukakan Borang

Nyata Pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, Notis

Taksiran tidak akan dikeluarkan kepada pembayar cukai. Sebaliknya, pembayar

cukai dikehendaki mengira cukai mereka dan menjelaskan bayaran cukai

sepenuhnya pada masa Borang Nyata Pendapatan dikemukakan. Pembayar cukai

juga dikehendaki membuat anggaran cukai yang perlu dibayar untuk tahun

semasa dan membuat bayaran ansuran bulanan dalam tahun yang berkenaan

berdasarkan anggaran yang dibuat. Pembayar cukai boleh membuat bayaran

ansuran bulanan terus kepada LHDN ataupun melalui Bank Bumiputra

Commerce.

6

Page 20: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

Bagi pekerja yang tertakluk kepada bayaran cukai mengikut Skim

Potongan Cukai Berjadual (PCB), kaedah ini akan diteruskan di bawah STS cukai

pendapatan individu.

Tujuan STS Diwujudkan

Tujuan STS diwujudkan adalah untuk membolehkan pembayar cukai

menguruskan hal-hal percukaiannya dengan lebih baik. Bagi kemudahan

pembayar cukai, pembayar cukai perlu menyimpan rekod dengan teratur, mengisi

Borang Nyata Pendapatan dengan betul, mengira cukai dan mengemukakan

Borang Nyata Pendapatan bersama bayaran cukai terakhir (sekiranya ada).

Bagi LHDN, perubahan kepada sistem taksiran sendiri adalah bertujuan

seperti berikut: -

1. Memodenkan dan menyelaraskan pentadbiran cukai

2. Mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan mempunyai sistem pungutan

hasil yang lebih cepat dan

3. Meningkatkan kadar pematuhan cukai

7

Page 21: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

1.2 Penyataan Masalah

STS akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2004. STS adalah satu

kaedah di mana pembayar cukai mengira serta membayar cukainya sendiri. Isu

yang mungkin timbul ialah pembayar-pembayar cukai akan menghadapi masalah

ekoran kewujudan sistem berkenaan seperti mereka akan terlebih atau terkurang

anggar semasa membuat pembayaran cukai. Sebagai contoh, sekiranya pembayar

cukai membuat penyata yang tidak benar dengan terkurang lapor jumlah

pendapatan maka mereka akan dikenakan penalti. Perkara ini akan mendatangkan

masalah kepada pembayar cukai. Jadi kajian akan dibuat ke atas staf akademik

Unimas untuk mengetahui tahap kesedaran mereka terhadap sistem ini dan juga

pengetahuan mereka membuat penaksiran sendiri. Kajian im dibuat adalah kerana

kesedaran terhadap sistem ini adalah amat penting. Oleh yang demikian,

sekiranya tahap kesedaran dan pengetahuan mereka iaitu staf akadernik Unimas

yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi terhadap sistem berkenaan

adalah rendah, maka apatah lagi tahap kesedaran bagi orang lain yang mempunyai

latar belakang akademik yang lebih rendah berbanding mereka.

Kesedaran dan pengetahuan terhadap sistem berkenaan adalah penting

untuk diketahui kerana penguasaan sistem berkenaan akan menguntungkan

pembayar-pembayar cukai. Oleh yang demikian, kajian im adalah amat penting

untuk dilaksanakan bagi mengetahui tahap kesedaran dan pengetahuan mereka,

8

Page 22: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran mereka dan pada masa yang sama

mencari cara untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap sistem im.

1.3 Objektif Kajian

Dalam kajian ini dua bentuk objektif telah digariskan iaitu objektif umum

dan objektif khusus. Objektif umum merupakan objektif yang ingin dicapai pada

keseluruhan kajian manakala objektif khusus pula merupakan objektif yang ingin

dicapai di beberapa bahagian kajian.

1.3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian im adalah untuk mengetahui kesedaran dan

pengetahuan staf akademik Unimas terhadap STS cukai pendapatan

individu.

1.3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus bagi kajian ini pula adalah seperti berikut: -

  Untuk mengetahui sama ada faktor latar belakang akademik dan

faktor pengalaman bekerja mempengaruhi kesedaran staf akademik

9

Page 23: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

Unimas terhadap STS cukai pendapatan individu yang akan

diperkenalkan pada tahun 2004.

  Untuk mengetahui sama ada faktor latar belakang akademik dan

faktor pengalaman bekerja mempengaruhi pengetahuan staf

akademik Unimas terhadap penaksiran sendiri cukai pendapatan

individu.

1.4 Rasional Kajian

Rasional kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah kesedaran staf

akademik Unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan individu

yang akan diperkenalkan pada tahun 2004 dan juga pengetahuan mereka menaksir

sendiri cukai pendapatan individu dipengaruhi oleh latarbelakang akademik dan

pengalaman bekerja.

Faktor latar belakang akademik dipilih kerana seseorang yang mempunyai

latar belakang akademik / pendidikan yang tinggi sememangnya memiliki iltnu

pengetahuan yang banyak. Pendidikan menggalakkan perkembangan intelek

tinggi, (W. F. Connell, 1981). Oleh yang dernikian, seseorang yang mempunyai

latar belakang akadernik yang tinggi semestinya peka terhadap apa yang berlaku

di sekelilingnya. Oleh sebab itulah faktor latar belakang akademik dipilih untuk

mengetahui sama ada ia mempengaruhi kesedaran dan pengetahuan staf akademik

Unimas terhadap STS.

10

Page 24: UNIMAS 11111 mmiiumuuimmbin+haili.pdfp. knidmat maklumat akademik unimas 11111 mmiiumuuimm 0000115900 kesedaran staf akademik unimas terhadap sistem taksiran sendiri cukai pendapatan

Faktor pengalaman bekerja dipilih kerana pada kebiasaannya semakin

lama pengalaman bekerja seseorang itu maka semakin banyaklah ilmu

pengetahuan yang diperolehinya. Oleh yang demikian, semakin lama pengalaman

bekerja seseorang itu maka semakin banyaklah pendedahan terhadap sesuatu

perkara berkaitan yang akan diterimanya seperti pendedahan terhadap hal ehwal

percukaian. Perkara im adalah kerana pekerja-pekerja seperti staf akademik

Unimas mempunyai pendapatan penggajian yang tinggi dan layak dikenakan

cukai.

Pada masa yang sama, kajian juga melihat sumber-sumber maklumat yang

menyumbang kepada kesedaran dan pengatahuan mereka terhadap sistem

berkenaan. Selain itu, kajian juga melihat masalah penaksiran dan juga alasan

mereka tidak menaksir berhubung sistem berkenaan.

11