p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii iiiiini ýiiii ... resorts world berhad dengan...

24
1 I ' YUSat. U l°Z i 4' . ,, . P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII IN N 1000166709 KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKKWa) DALAM MENGEMBANGKAN SENI PERSEMBAHAN KAUM CINA. KAJIAN KES : PERTANDINGAN TARIAN SINGA ANTARABANGSA KE-7 CHAN MEE CHIN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni Fakulti Sem Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

1 I ' YUSat.U l°Z i 4' .

,, .

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

IIIIýII IIIIINI ýIIII IN N 1000166709

KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKKWa) DALAM

MENGEMBANGKAN SENI PERSEMBAHAN KAUM CINA. KAJIAN KES : PERTANDINGAN TARIAN SINGA ANTARABANGSA KE-7

CHAN MEE CHIN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Pengurusan Seni

Fakulti Sem Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAKBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : KERJASAMA RESORTS WORLD BERAAD DENGAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKKWa) DALAM MENGEMBANGKAN SENI PERSEMBABAN KAUM LINA, KAJIAN KES : PERTANDINGAN TARZAN SINGA ANTARABANGSA KE-7

SESI PENGAJIAN : 2004-2007

Saya CHAN MEE CHIN

mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaj a. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakan

IiiV

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHADi

c, ý, ýký

, ti, v1

Tandatangan Penulis Tarilch : . )S/ 4/ 0

Alamat Tetap : No. 19 Laluan Klebang Restu 25 Medan Klebang Restu 31200 C'hemor Perak

Disahkan

Tandatangan Penyelia Tarikh :

Catatan Tesis/ Laporan dünaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah Sarjana dan Sarjana Muda Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak bedtuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ lapcxan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Page 3: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

PENGAKUAN

Projek bertajuk `Kerjasama Resorts World Berhad dengan Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam mengembangksan seni persembahan kaum

Cina_ Kajian Kes : Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7' telah disediakan oleh

Chan Mee Chin dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai

memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan

Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh :

Puan Noria Anak Tugang

Tarikh :

I

Page 4: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

PENGHARGAAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana usaha Resorts World

Berhad dan KeKKWa dalam mengembangkan seni persembahan kaum Cina

menerusi kerjasama pertama dalam Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7.

Di sini penyelidik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan nbuan

terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan penyelidikan ini.

Terlebih dahulu, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar

dan nasihat daripada para pensyarah Pengurusan Seni, terutamanya penyelia projek

tahun akhir penyelidik, Puan Noria Anak Tugang. Komen dan cadangan beliau

mendorong penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih bagus. Masa dan

tenaga telah dicurahkan sepanjang penyeliaan beliau untuk meminpin penyelidik

dalam projek tahun akhir ini. Jasa beliau amat dihargai.

Penyelidik juga ingin berterima kasih atas kerjasama daripada pegawai-

pegawai dua organisasi kajian Resorts World Berhad dan KeKKWa, iaitu Encik

Wong Kok Chee, Puan Noorsiah bt. Sabri, Cik Sharlina bt. Alias dan Encik Makhtar

bin Mustapha yang sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat-maklumat

serta pendapat dan cadangan yang membina berkaitan dengan penyelidikan ini.

ii

Page 5: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

Akhir sekali, sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan memberi semangat

kepada penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan ini. Tanpa sokongan dan

kerjasama daripada pelbagai pihak tidak mungkin penyelidikan mi dapat dihasilkan

dengan berjaya.

Sekian, terima kasih.

iii

Page 6: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

I'l! S<-'t UNIVEkS? i

Q410O

ISI KANDUNGAN

Perkara

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Latarbelakang

Resorts World Berhad

1.1.2 Latarbelakang

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

(KeKKWa)

1.1.3 Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7

1.2 Definisi

1.2.1 Kerjasama

1.2.2 Mengembangkan

1.2.3 Seni Persembahan

1.2.4 Kaum Cina

1.2.5 Tarian Singa

1.3 Objektif

1.4 Hipotesis

1.5 Skop Kajian

1.6 Permasalahan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Rumusan dan Kesimpulan

Muka Surat

i

ii -iii

viii-ix

1-3

4-6

7-9

10-11

12

12

13

13-14

15

16-19

20-21

22

23-24

25-26

27-28

28

iv

Page 7: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 29-69

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 70

3.2 Lokasi Kajian 70-71

3.2.1 Organisasi Kajian 71

3.2.1.1 Resorts World Berhad 72

3.2.2 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 73-74

(KeKKWa)

3.2.2 Perpustakaan 75

3.3 Sumber Data 76

3.3.1 Data Primer 76

3.3.1.1 Kuantitatif 76-77

3.3.1.2 Kualitatif 78-79

3.3.2 Data Sekunder 79

3.4 Populasi 80-81

3.5 Persampelan 82

3.6 Instrumen Kajian 83

3.7 Limitasi Kajian 84-86

3.8 Rumusan dan Kesimpulan 86

V

Page 8: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 87

4.2 Penganalisaan Data 87

4.2.1 Borang Soal Selidik 87

4.2.1.1 Kajian Soal Selidik terhadap 88-104

Penonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7

4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

dan Pengunjung Genting Highlands

4.2.2 Temuramah

4.2.2.1 Encik Wong Kok Chee 130-135

Eksekutif Bahagian Promosi dan Hiburan

4.2.2.2 Puan Noorsiah bt Sabri 136-142

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan

Kesenian Negara

4.2.2.3 Sharlina bt Alias 136-142

Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan

Kesenian Negara

4.2.2.4 Encik Makhtar bin Mustapha 143-146

Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara dan

Perhubungan Awam

4.3 Kesimpulan 147

V1

Page 9: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 148

5.2 Rumusan 149-152

5.3 Cadangan 152

5.3.1 Kerjasama kerajaan dengan sektor swasta dalam 153-154

mengembangkan seni persembahan kaum Cina

5.3.2 Memperbanyakkan penganjuran acara kebudayaan Cina 155-156

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

5.3.3 Mempertingkatkan promosi 157-159

5.3.4 Persatuan-persatuan tarian singa di Malaysia 159

5.3.5 Menerapkan tarian singa sebagai ko-kurikulum . 160

di peringkat sekolah

5.3.6 Dokumentasi warisan sem persembahan Cina 161

5.4 Cadangan untuk kajian akan datang 162-164

5.5 Kesimpulan 165-166

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

vii

Page 10: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

ABSTRAK

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 merupakan satu acara seni

persembahan tarian Cina dalam Festival Kuala Lumpur 2006. Pertandingan tersebut

merupakan hasil kerjasama pertama kali antara Resorts World Berhad dengan

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa). Kajian ini

bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kerjasama antara Resorts World Berhad

dengan KeKKWa dalam usaha mengembangkan seni persembahan kaum Cina.

viii

Page 11: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

ABSTRACT

The 7th Genting World Lion Dance Championship is a Chinese dance

performance of the Kuala Lumpur Festival 2006. The purpose of this research is to

study the effectiveness of the first joint effort by Resorts World Berhad and the

Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia in presenting the 7th World Lion

Dance Championship and promote the Chinese performing arts.

IX

Page 12: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

BAB 1

PENGENALAN

Page 13: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sepanjang bulan Julai, Kuala Lumpur dimeriahkan dengan Festival Kuala

Lumpur 2006 (Festival KL) yang dianjurkan buat julung kalinya atas usaha

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama

Kementerian Penerangan, Kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur. Penghormatan diberikan kepada sektor seni, budaya dan warisan kita pada

bulan ini. Festival KL 2006 menyemarakan bakat dan daya kreativiti para karyawan

serta pejuang kesenian dan budaya tradisional turun-temurun Festival ini merupakan

peluang keemasan untuk rakyat Malaysia dan pelancong-pelancong asing menyelami

keindahan warisan negara yang kaya dengan nilai kebudayaan. (Jabatan Kebudayaan

dan Kesenian Negara, KL Fes" 2006 Di Sini Semaraknya Seni! )

Kenyataan Media Pelancaran Awalan Festival Kuala Lumpur 2006 yang

dikeluarkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pada 12 Jun 2006

menyatakan bahawa Festival KL merupakan sebahagian dari inisiatif ke arah

menjayakan matlamat Kuala Lumpur sebagai pusat kegiatan kesenian antarabangsa_

Festival yang berlangsung selama sebulan bermula dari 1 sehingga 31 Julai 2006 ini

diserikan dengan pelbagai pengisian aktiviti selari dengan tema program iaitu" Di

Sini Semaraknya Seni! "

1

Page 14: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

Acara-acara dalam Kalendar Acara Festival KL terbahagi kepada beberapa

kategori iaitu :

" Seni Persembahan

" Seni Tampak

" Warisan

" Permainan Tradisional

" Bahasa dan Persuratan

" Citrarasa Malaysia

" Lain-lain acara

( Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,

KL Festiva! 2006 Di Sini Semaraknya Seid! )

Kemeriahan Festival KL diteruskan hingga ke Kota Keriangan, Arena of

Stars Genting Highlands yang menampilkan Pertandingan Tarian Singa

Antarabangsa ke-7. (Berits Harian, 7 Julai 2006) Acara tersebut merupakan acara

seni persembahan kategori tarian dalam Kalendar Festival KL 2006. Pertandingan

antarabangsa yang melibatkan penyertaan daripada pasukan tarian singa dalam dan

luar negara ini berlangsung selama tiga had bermula pada 21 hingga 23 Julai 2006.

Pusingan kelayakan diadakan pada 21 dan 22 Julai manakala pusingan akhir pada 23

Julai 2006.

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 dipersembahkan oleh Genting

- Kota Keriangan selaku penaja tempat acara dengan usaha sama Pergabungan

Persatuan-persatuan Tarian Naga dan Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan

2

Page 15: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

sebagai penganjur dan Vitagen sebagai minuman rasmi bagi pertandingan ini.

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 pada tahun ini turut mendapat

sokongan daripada KeKKWa sejajar dengan usaha untuk mengetengahkan

keindahan dan kepelbagaian unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai

kaum supaya dihayati oleh seluruh masyarakat setempat dan antarabangsa..

(7th Genting World Lion Dance Championship 2006 Souvenir Programme)

Pengisian Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 sebagai salah satu

acara Festival KL kerana acara tersebut bersesuaian dengan objektif festival im

seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media Pelancaran Awalan Festiºnl

Kuala Lumpur 2006 iaitu untuk melaksanakan satu festival kebudayaan, kesenian

dan warisan yang bertaraf antarabangsa di Malaysia. Kedua, menonjolkan keunikan

seni budaya Malaysia dan nama negara kepada dunia luar melalui penglibatan

masyarakat antarabangsa dalam festival ini. Ketiga, menempatkan Festival Seni,

Budaya dan Warisan Malaysia dalam kalendar acara kebudayaan tahunan peringkat

antarabangsa

Keistimewaan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 antara 40

program yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini adalah acara tersebut

merupakan satu-satunya acara kebudayaan Cina yang diterapkan dalam Kalendar

Acara Festival KL 2006. Dalam aca. ra ini menampakkan kerjasama yang

menggalakkan antara sektor swasta dengan kerajaan, iaitu kerjasama antara Resorts

World Berhad dengan KeKKWa dalam usaha mengembangkan tarian singa sebagai

warisan seni persembahan kaum Cina.

3

Page 16: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

1.1.1 Latarbelakang

Resorts World Berhad

(SGENTING City a}'fi. feffaikH. erýi

Menurut catatan dalam The Genting Group, Kumpulan Genting ditubuhkan

pada tahun 1965 dengan usaha pengasas, Tan Sri Dato'Lim Goh Tong

membangunkan satu hotel di tanah tinggi yang kini berkembang menjadi Pusat

Peranginan Genring Highlands, Kota Keriangan "City of Entertainment" dan salah

satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.

Genting Berhad ditubuhkan sebagai satu syarikat sendirian berhad pada tahun

1968. Genting Berhad distrukturkan semula pada tahun 1989 untuk menjadi sebuah

syarikat pelaburan dan pengurusan manakala bidang permainan dan hotel serta

operasi yang berkenaan dengan peranginan dipindahkan ke anak syarikat Resorts

World Berhad. Resorts World Berhad merupakan cabang industri peranginan dan

perhotelan di bawah Genting Berhad. Visi Resorts World Berhad adalah untuk

menjadi koperasi peranginan, hiburan dan perhotelan yang utama di dunia.

(Genting Berhad, The Genting Group)

Pencapaian Resorts World Berhad telah mendapat pengiktirafan di peringkat

antarabangsa. Antara anugerah-anugerah yang pernah diterima oleh Resorts World

Berhad adalah sebagai Pusat Peranginan Keluarga atau Taman Tema Mewah Terbaik

dan Pencapaian Terulung dalam Hotel atau Pusat Peranginan oleh Anugerah

4

Page 17: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

Hospitaliti Asia Platinum 2003-2004, Syarikat Terbaik Asia 2002 - Sektor Hotel

oleh Majalah Global Finance dan Pusat Peranginan Hiburan dan Keluarga Bertaraf 5

Bintang Terbaik pada World Asia Media Millennium Gold Awards 200112002_

(Genting Berhad, The Genting Group)

Menurut Resorts World Berhad Annual Report 1997, pads tahun 1997

Kumpulan Genting terus kekal sebagai destinasi percutian Malaysia yang utama.

Kemudahan hiburan telah diperkembangkan untuk mempromosikan imej bare

Resorts World Berhad sebagai Kota Keriangan "City of Entertainment". Kini,

Resorts World Berhad mempunyai kemudahan tempat pertunjukan yang berprestij

untuk mengadakan acara-acara tempatan atau antarabangsa.. Antaranya terdapat tiga

lokasi pertunjukan yang utama iaitu Arena of Stars, Genting International Showroom

dan The Pavilion.

5

Page 18: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

Arena of Stars

Arena of'Stars merupakan satu dewan hiburan serbaguna bare yang sebelum

mi adalah sebuah panggung terbuka. Dewan ini terletak di Taman Tema Luar

mempunyai kapasiti untuk menampung 6,000 penonton. Pertunjukan besar pertama

yang diadakan di Arena of' Stars adalah "Sally Yeh & George Lam Concert' pads

Januari 1998. Persembahan artis-artis ternama seperti konsert Sir Cliff Richard,

Westlife, Richard Clayderman dan Maksim pernah diadakan di Arena of Stars.

Majlis anugerah berprestij turut diadakan di sini, antaranya termasuk Anugerah Era,

Miss Malaysia Universe Pegeant, International India Film Academy (11I-ä) Awurdc,

Astre Talent Quest dan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa.

(Resorts World Berhad, 1997: 22)

6

Page 19: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

1.1.2 Latarbelakang

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa)

Menurut Latarbelakang Pewujudan Kementerian dalam Laporan Tahunan

KeKKWa 2004, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan

ekoran daripada penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004. Dengan menyedari

kepentingan kebudayaan, kesenian dan Nvarisan dalam pembangunan negara, YAB

Perdana Menteri Malaysia memisahkan komponen utama iaitu 'kebudayaan" dan

'pelancongan' dalam Kementenan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang

ditubuhkan pada 22 Oktober 1992. Kedua-dua komponen tersebut diletakkan di

bawah Kementerian berasingan iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kementerian baru KeKKWa bertanggungjawab

dalam hal-hal kebudayaan, kesenian dan warisan manakala komponen pelancongan

pula dikekalkan di bawah Kementerian Pelancongan.

(Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004: 6)

KeKKWa merupakan warisan daripada Bahagian Kebudayaan yang

diwujudkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada

tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah naungan Kementerian

Penerangan. Seterusnya, aspek kebudayaan mula diberikan perhatian khususnya

dalam perpaduan negara setelah berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Berikutan dengan

7

Page 20: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971, maka pada tahun

1972 Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Kebudayaan, Bella dan

Sukan. (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004: 6)

Pada 20 Mei 1987, komponen 'kebudayaan' dipisahkan daripada Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan dan digandingkan dengan Perbadanan Kemajuan

Pelancongan Malaysia dengan mewujudkan sebuah Kementerian baru bergelar

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Pada 22 Oktober 1992, struktur

Kementerian im dimantapkan dan diberi nama baru Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Pelancongan.

(Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004: 6)

Kini KeKKWa mempunyai visi untuk berusaha dan berkhidmat ke arah

Bangsa. Malaysia yang berbudaya luhur berasaskan prinsip-prinsip yang terkandung

dalam Rukunegara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta dasar-dasar dan arahan

Kerajaan Malaysia dan semasa ke semasa dalam pembentukan masyarakat yang

bersopan santun, berbudi bahasa, bersetia dan bersatu dengan gigih untuk

mewujudkan sebuah negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti

yang tercatat dalam visi KeKKWa dalam Laporan Tahunan KeKKWa 2004.

(Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004 : 7)

8

Page 21: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

Misi KeKKWa adalah untuk menyemarak dan merakyatkan seni dan budaya

supaya visi tersebut di atas dicapai dengan berjayanya serta mengekalkan warisan

negara sama ada bersifat ketara atau tidak ketara di samping warga Malaysia

mempunyai jiwa bangsa yang cinta kepada negara.

(Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004 : 7)

KeKKWa memainkan peranan dalam menggubal dasar dan perundangan,

merancang melaksana dan menyelaras a. ktiviti-aktiviti, memelihara dan memuliha. ra

warisan Negara, menyediakan kemudahan prasarana, menjalankan penyelidikan dan

pembangunan, mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan

rujukan, merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia serta

mengadakan jaringan kerjasama antarabangsa yang berkaitan dalam bidang seni,

budaya dan warisan. (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004 : 8)

Dalam Pengembang, Penjaga, Pemulihara Budaya ý"eesenian dan Ff'arisan,

agenda utama bagi kementerian baru ini adalah membina bangsa Malaysia yang

bersatu padu dan cintakan seni, budaya dan warisan negara dengan gandingan dan

kerjasama jabatan, agensi dan institusi yang berada di bawah naungan KeKKWa

iaitu Jabatan Muzium dan Antikuti, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Kebudayaan dan

Kesenian Negara, Jabatan Wansan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,

Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia (TINAS), Balai Seni Lukis Negara,

Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

(Kementenan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004: 7)

9

Page 22: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

1.1.3 Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7

Menurut Genting World Lion Dance Championship 2006 Prwposa1

Pertandingan Tartan Singa Antarabangsa diadakan dua tahun sekali di Genting, Kota

Keriangan dengan penyertaan 25 pasukan yang mewakili 13 buah negara bermula

pads tahun 1994. Petandingan Tartan Singa Antarabangsa dipersembahkan oleh

Resorts World Berhad dengan usaha sama Pergabungan Persatuan-persatuan Tarian

Naga dan Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan melalui Persatuan Tarian Naga

dan Singa Antarabangsa.

Paria tahun 2006, Petandingan Tarian Singa Antarabangsa diadakan buat kali

ke-7 di Arena of Stars, Genting Highlands selama tiga harf bermula pads 21 hingga

23 Julai sempena berlangsungnya bulan Festival KL 2006. Antara pasukan negara

yang mengambil bahagian pads tahun ini terdiri daripada negara China, Australia,

Singapura, U. S. A, Indonesia, Thailand, Taiwan, Filipina, Hong Kong, Macau,

Brunei, Vietnam, Japan, dan tidak tertinggalan juga Malaysia. (Resorts World

Berhad, 7 Genting World Lion Dance Championship 2006 Proposal )

10

Page 23: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

Objektif Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 seperti yang

dinyatakan dalam kertas kerja pertandingan tersebut adalah untuk menggalakkan

lebih ramai pemuda mengambil bahagian dalam aktiviti yang sihat ini dan memberi

peluang kepada mereka mempelajari kebudayaan negara lain. Secara tidak langsung

acara ini dapat mempromosikan industri pelancongan Malaysia Hal ini kerana

pertandingan ini bukan sahaja mendapat penyertaan pasukan tarian singa dari dalam

dan luar negara malah ia juga menarik minat penonton yang melebihi 10,000 orang

untuk menyaksikan pertandingan ini setiap kali ia diadakan di Genting

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa diharap dapat memperbaiki dan

meningkatkan taraf persembahan tarian singa di peringkat dunia di samping memberi

peluang kepada para penonton untuk menyaksikan jenis persembahan tarian singa

yang berbeza daripada pelbagai negara. Persembahan gabungan atletik dan akrobat

yang bertaraf antarabangsa ini melibatkan keberanian, kemahiran dan kekr+eatifan

para peserta. ( Resorts World Berhad, 7'k Genting World Lion Dance Championship

2006 Proposal )

Rancangan masa depan Resorts World Berhad bagi pertandingan ini adalah

untuk meningkatkan taraf Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa sebagai acara siri

dunia iaitu memperkenalkan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa sebagai satu

jenama bertaraf dunia seperti acara sukan yang lain. Selain itu, mempromosi dan

menganjurkan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa di negara yang mengambil

bahagian acara ini. (Resorts World Berhad, 7`"` Genting World Lion Dance

Championship 2006 Proposal )

11

Page 24: P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIýII IIIIINI ýIIII ... Resorts World Berhad dengan Kementerian...1 i ' yusat. u l°z i 4' . ,, . p. khidmat maklumat akademik unimas iiiiýii

1.2 Definisi

Berikut adalah definisi bagi tajuk penyelidikan iaitu "Kerjasama Resorts

World Berhad dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa)

dalam mengembangkan seni persembahan kaum Cina. Kajian kes : Pertandingan

Tarian Singa Antarabangsa ke-7" supaya dapat memberikan gambaran yang lebih

jelas tentang kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

1.2.1 Kerjasama

Menurut definisi dalam Xamus Dewan Edisi Xetiga, kerjasama merujuk

kepada kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau

beberapa pihak), gotong-royong atau sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan

tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dan satu pihak kepada pihak yang lain untuk

faedah bersama. (1994: 656)

Dalam Oxford Fajar Advanced Learner's English Malay Dictionary,

"co-orperation" (kerjasama) bermaksud bertindak atau bekerja bersama-sama untuk

tujuan bersama atau kesediaan menolong dan melakukan apa yang disuruh.

12