produk

16
Produk/ Perkhidmatan High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe Alamat 1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor Kisah dan Pengalaman SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula.Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Co mpanies, Noraini Ahmad, 52 tahun, sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai sebuah empayar produk makanan ke arena global. Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula? Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah berniaga kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan pembantu rumah, saya tercari-cari kerja apa yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan.Saya mula dengan membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk berkembang pesat.Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih tradisional saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang beberapa hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih. Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih -muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja.Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih diteruskan.Saya ubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama, saya sudah nampak pendapatan yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua, saya sudah nampak ketidakmampuan teman menyiapkan tempahan yang diterima. Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba membuatnya sendiri. Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis biskut yang dihasilkan.Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan. Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama kuih nyonya atau kuih Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi. Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah yang tidak boleh diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama.Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. Jadi untuk masuk ke pasar-pasar raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut-biskut kepada pasar raya, pasar malam dan pasar Ramadan.

Upload: intan2410

Post on 18-Jul-2015

138 views

Category:

Economy & Finance


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Produk

Produk/ Perkhidmatan

High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe

Alamat

1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor

Kisah dan Pengalaman

SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di

sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak

berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal

putus asa berbayar semula.Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52

tahun, sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai

pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai sebuah empayar

produk makanan ke arena global.

Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula?

Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah berniaga kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan pembantu rumah, saya tercari -cari kerja apa

yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan.Saya mula dengan membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk berkembang pesat.Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih

tradisional saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang beberapa hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih.

Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih-muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja.Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai

kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih diteruskan.Saya ubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama, saya sudah nampak pendapatan

yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua, saya sudah nampak ketidakmampuan teman menyiapkan tempahan yang diterima.

Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba membuatnya sendiri. Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis biskut yang dihasilkan.Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan.

Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama kuih nyonya atau kuih Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi. Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah yang tidak boleh

diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama.Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. Jadi untuk masuk ke pasar-pasar raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut-biskut kepada pasar raya, pasar malam dan

pasar Ramadan.

Page 2: Produk

Beralih

Bila gawat melanda negara, saya beralih jual kuih baulu, kek dan tapak pertama kami ialah di

Angsana, Johor Bahru pada akhir 1998 dengan menubuhkan Noraini’s Fresh Bake. Tapak kedua

dibuka di Plaza Masalam pada akhir 2000. Di sini saya menambah menu sepert i roti jala, aneka

laksa, mee, nasi lemak dan akhirnya ia bertukar menjadi kafe kecil.

Bermula dari situ saya diilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise dengan menghasilkan 11 produk

antaranya; asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari.

Tahun lepas, syarikat kami menghantar produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada

serbuk. Idea ini saya dapat semasa di Mekah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah

dan segera serta sedap. Pada 2004, saya tubuhkan Noraini’s Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Semasa

menyertai pameran Mihas 2006, saya dipelawa membuka kilang di Kazakhtan kerana niat seorang

ahli perniagaan dari negara itu ialah dia mahu memulakan hab halal di sana.

Pada masa itu, saya tidak berapa yakin, tetapi apabila anak kedua, Hezir Effez Norsham, 27, pulang

dari negara itu dan memberitahu kesungguhan mereka. Saya terima pelawaan tersebut. Jadi pada

September 2006 anak saya yang sanggup melepaskan bidang kejuruteraan komputer berangkat ke

sana sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, kini terdapat enam kilang di sana yang menyediakan

antaranya; sosej, spagetti, mee segera dan piza. Apabila anak kedua menguruskan perniagaan di

Kazakhtan, saya ‘patah tangan’ kerana tidak ada sesiapa membantu. Namun semasa menunaikan

haji, anak pertama memberitahu keputusannya untuk serius dalam dunia perniagaan. Maka

sekarang, saya dibantu Dr. Helmee Effendee Norsham, 31, yang sanggup meninggalkan bidang

kedoktoran demi memantapkan bisnes keluarga.

Pada Mei 2007, saya tubuhkan pula Noraini’s Farm House Sdn. Bhd. yang memfokus kepada produk

rempah campuran. Penghasilan produk ini bertambah rancak dengan adanya ladang seluas tiga ekar

di Ijok yang ditanam dengan serai, lengkuas dan beberapa lagi. Menerusi cerita puan di atas sudah

pastinya bukan calang-calang orang berani mengusahakannya. Di manakah puan rasa kekuatan

serta kelebihan puan untuk terus bertahan? Kejayaan ini semuanya dengan kehendak Allah dan

berkat kerja keras yang tidak kenal putus asa. Saya bersyukur, walaupun dengan pelbagai cabaran

yang melanda alhamdulillah kami berjaya mengharunginya sebaik mungkin. Ini semuanya tidak

diduga, mungkin ilham-ilham yang diperoleh itu datangnya daripada Yang Maha Esa. Anugerah itu

telah membawa saya sehingga ke tahap ini. Maklumlah pada masa itu kekuatan hanya bersandarkan

minat dan kemahiran memasak.Selain itu, mungkin sikap ibu yang tegas dalam mendidik saya

Page 3: Produk

dengan kerja-kerja di dapur serta menguasai bidang masakan yang diterapkan seawal usia lapan

tahun, sedikit sebanyak membina keyakinan diri.

Lebih-lebih lagi, sebagai anak perempuan tunggal, menjadikan saya terbiasa dengan tugasan

sebegini. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah sepenuh masa tetapi mereka

berdua adalah pakar dalam bidang masakan. Bila mana ada kenduri kendara, merekalah yang

dipanggil untuk memasak. Berkemungkinan juga dari situ saya mendapat tunjuk ajar berguna

berkaitan ilmu memasak.Hakikatnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang dipikul sejak

kecil dan yang paling mencabar, sewaktu kedua-dua ibu bapa menunaikan haji walaupun pada masa

itu kami adik-beradik ditemani nenek. Kalau difikir-fikirkan, pendedahan dan kepercayaan inilah yang

banyak membentuk saya seperti sekarang.

Puan mengatakan di atas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, apakah antaranya dan

bagaimana puan menghadapinya?

Kalau dibandingkan dari mula-mula menapak sehinggalah sekarang, cabarannya memang kami tidak

dapat lari. Namun bagi saya, cabaran itu perlu kerana tanpanya kita sukar untuk maju. Cabaran

berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja serta

tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah saya alami, itu memang cukup

mencabar.Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila kita sudah biasa dengan

pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya

Allah tempat kami menyerah.Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu

memasak serta sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya bentuk perniagaan baru.

Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta persefahaman

suami isteri. Tanpanya, saya rasa boleh goyah pendirian dan keteguhan seseorang ahli perniagaan

itu.Namun, saya percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada hikmah di

sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya.

Adakah puan sudah puas dengan pencapaian sekarang dan apakah perancangan puan pada masa

hadapan?

Alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian sekarang, Walau bagaimanapun, selagi ada

peluang atau idea untuk mengembangkan lagi perniagaan apatah lagi, ini adalah bisnes keluarga,

jadi saya mahu sama-sama mengusahakannya.Buat masa ini, dengan sokongan dan bantuan

daripada anak pertama dan kedua yang sanggup meninggalkan bidang profesional masing-masing,

menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang bersama mereka membina empayar perniagaan

kami.

Kalau sebelum ini menerusi Noraini’s Fresh Bake yang berkonsep kiosk kini sudah boleh

difrancaiskan. Terbaru, kami telah membuka Noraini’s Cafe di Seremban Parade, Seremban, Negeri

Sembilan. Malah dari semasa ke semasa kami akan cuba perbaiki mana aspek dari produk yang

perlu agar ia terus menepati kehendak pelanggan dan zaman. Kami juga telah mendapat

kepercayaan daripada sebuah syarikat luar negara. Ia adalah petanda positif, jenama Noraini’s terus

berkembang kukuh. Pengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu

yang perlu dibanggakan.

Mungkin ada kata nasihat puan kepada mereka yang menceburi bidang ini?

Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, bagi saya modal

bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus.Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak

bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta

Page 4: Produk

sentiasa mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima

kemahiran berkomunikasi.

Noraini Cookies Worldwide Sdn. Bhd.

Profil Syarikat

Pengasas

Noraini Ahmad

Jenis Bisnes

Manufacturer

Produk/ Perkhidmatan

High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe

Alamat

1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor Pekerja

51-100 people

Tahun ditubuhkan

2004

Pemilik Syarikat

Hezir Effez Norsham

Pasaran

North America, South America, Western Europe, Eastern Europe,

Eastern Asia, Southeast Asia, Mid East, Africa, Oceania Pendapatan

US$1 Million

Page 5: Produk

Kisah dan Pengalaman

SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada

hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada

awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam,

akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula.

Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 tahun,

sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui

pelbagai pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s

sebagai sebuah empayar produk makanan ke arena global.

Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula?

Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah

berniaga kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan

pembantu rumah, saya tercari-cari kerja apa yang boleh dilakukan untuk mencari

sumber pendapatan.

Saya mula dengan membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa

ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk berkembang pesat.

Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih tradisional

saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang

beberapa hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih.

Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih-

muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan

di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja.

Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai

kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari

penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih

diteruskan.

Saya ubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama,

saya sudah nampak pendapatan yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua,

saya sudah nampak ketidakmampuan teman menyiapkan tempahan yang diterima.

Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba

membuatnya sendiri. Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih

mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis

biskut yang dihasilkan.

Page 6: Produk

Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan. Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat

kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama kuih nyonya atau kuih

Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi.

Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah

yang tidak boleh diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama.

Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. Jadi untuk masuk ke pasar-

pasar raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s Enterprise

Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut-biskut kepada pasar raya, pasar

malam dan pasar Ramadan.

Beralih

Bila gawat melanda negara, saya beralih jual kuih baulu, kek dan tapak pertama

kami ialah di Angsana, Johor Bahru pada akhir 1998 dengan menubuhkan Noraini’s

Fresh Bake. Tapak kedua dibuka di Plaza Masalam pada akhir 2000. Di sini saya

menambah menu seperti roti jala, aneka laksa, mee, nasi lemak dan akhirnya ia

bertukar menjadi kafe kecil.

Bermula dari situ saya diilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise dengan

menghasilkan 11 produk antaranya; asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka

laksa, rendang, mee bandung dan mee kari. Tahun lepas, syarikat kami menghantar

produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada serbuk. Idea ini saya

dapat semasa di Mekah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah dan

segera serta sedap.

Pada 2004, saya tubuhkan Noraini’s Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Semasa

menyertai pameran Mihas 2006, saya dipelawa membuka kilang di Kazakhtan

kerana niat seorang ahli perniagaan dari negara itu ialah dia mahu memulakan hab

halal di sana.

Pada masa itu, saya tidak berapa yakin, tetapi apabila anak kedua, Hezir Effez

Norsham, 27, pulang dari negara itu dan memberitahu kesungguhan mereka. Saya

terima pelawaan tersebut. Jadi pada September 2006 anak saya yang sanggup

melepaskan bidang kejuruteraan komputer berangkat ke sana sehinggalah

sekarang. Alhamdulillah, kini terdapat enam kilang di sana yang menyediakan

antaranya; sosej, spagetti, mee segera dan piza.

Apabila anak kedua menguruskan perniagaan di Kazakhtan, saya ‘patah tangan’

kerana tidak ada sesiapa membantu. Namun semasa menunaikan haji, anak

pertama memberitahu keputusannya untuk serius dalam dunia perniagaan. Maka

sekarang, saya dibantu Dr. Helmee Effendee Norsham, 31, yang sanggup

meninggalkan bidang kedoktoran demi memantapkan bisnes keluarga.

Pada Mei 2007, saya tubuhkan pula Noraini’s Farm House Sdn. Bhd. yang

memfokus kepada produk rempah campuran. Penghasilan produk ini bertambah

rancak dengan adanya ladang seluas tiga ekar di Ijok yang ditanam dengan serai,

lengkuas dan beberapa lagi.

Page 7: Produk

Menerusi cerita puan di atas sudah pastinya bukan calang-calang orang berani

mengusahakannya. Di manakah puan rasa kekuatan serta kelebihan puan

untuk terus bertahan?

Kejayaan ini semuanya dengan kehendak Allah dan berkat kerja keras yang tidak

kenal putus asa. Saya bersyukur, walaupun dengan pelbagai cabaran yang melanda

alhamdulillah kami berjaya mengharunginya sebaik mungkin.

Ini semuanya tidak diduga, mungkin ilham-ilham yang diperoleh itu datangnya

daripada Yang Maha Esa. Anugerah itu telah membawa saya sehingga ke tahap ini.

Maklumlah pada masa itu kekuatan hanya bersandarkan minat dan kemahiran

memasak.

Selain itu, mungkin sikap ibu yang tegas dalam mendidik saya dengan kerja-kerja di

dapur serta menguasai bidang masakan yang diterapkan seawal usia lapan tahun,

sedikit sebanyak membina keyakinan diri.

Lebih-lebih lagi, sebagai anak perempuan tunggal, menjadikan saya terbiasa

dengan tugasan sebegini. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah

sepenuh masa tetapi mereka berdua adalah pakar dalam bidang masakan. Bila

mana ada kenduri kendara, merekalah yang dipanggil untuk memasak.

Berkemungkinan juga dari situ saya mendapat tunjuk ajar berguna berkaitan ilmu

memasak.

Hakikatnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang dipikul sejak kecil dan

yang paling mencabar, sewaktu kedua-dua ibu bapa menunaikan haji walaupun

pada masa itu kami adik-beradik ditemani nenek. Kalau difikir-fikirkan, pendedahan

dan kepercayaan inilah yang banyak membentuk saya seperti sekarang.

Puan mengatakan di atas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, apakah

antaranya dan bagaimana puan menghadapinya?

Kalau dibandingkan dari mula-mula menapak sehinggalah sekarang, cabarannya

memang kami tidak dapat lari. Namun bagi saya, cabaran itu perlu kerana tanpanya

kita sukar untuk maju.

Cabaran berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang

sudah berhenti kerja serta tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah

saya alami, itu memang cukup mencabar.

Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila kita sudah biasa dengan

pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang

tidak terjual, hanya Allah tempat kami menyerah.

Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta

sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya bentuk perniagaan baru.

Page 8: Produk

Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta

persefahaman suami isteri. Tanpanya, saya rasa boleh goyah pendirian dan

keteguhan seseorang ahli perniagaan itu.

Namun, saya percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada

hikmah di sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya.

Adakah puan sudah puas dengan pencapaian sekarang dan apakah

perancangan puan pada masa hadapan?

Alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian sekarang, Walau bagaimanapun,

selagi ada peluang atau idea untuk mengembangkan lagi perniagaan apatah lagi, ini

adalah bisnes keluarga, jadi saya mahu sama-sama mengusahakannya.

Buat masa ini, dengan sokongan dan bantuan daripada anak pertama dan kedua

yang sanggup meninggalkan bidang profesional masing-masing, menjadi pemangkin

semangat untuk terus berjuang bersama mereka membina empayar perniagaan

kami.

Kalau sebelum ini menerusi Noraini’s Fresh Bake yang berkonsep kiosk kini sudah

boleh difrancaiskan. Terbaru, kami telah membuka Noraini’s Cafe di Seremban

Parade, Seremban, Negeri Sembilan.

Malah dari semasa ke semasa kami akan cuba perbaiki mana aspek dari produk

yang perlu agar ia terus menepati kehendak pelanggan dan zaman.

Kami juga telah mendapat kepercayaan daripada sebuah syarikat luar negara. Ia

adalah petanda positif, jenama Noraini’s terus berkembang kukuh.

Pengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu

yang perlu dibanggakan. Mungkin ada kata nasihat puan kepada mereka yang

menceburi bidang ini?

Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar,

bagi saya modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus.

Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan

tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa

mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima

kemahiran berkomunikasi.

Corporate Info

Shareholders : Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad

: Dr. Helmee Effendee Norsham, MD

: Mr. Hezir Effez Norsham

Page 9: Produk

: Mr. Hezlee Ezha Norsham

Board Of Directors : Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad

: Dr. Helmee Effendee Norsham, MD

: Mr. Hezlee Ezha Norsham

HQ Address : Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd No 21, 23, 25, 27 Jalan Marikh U5/174 Seksyen U5 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia.

MOF Ref. No :

Contact No : +603-78471276

Fax No : +603-78471423

E-mail : [email protected]

Website : www.norainis.com.my

Selamat Datang

Perjalanan ini bermula pada tahun 1984, Apabila sekumpulan kumpulan suri rumah bersama-sama

untuk membuat baik mencari cookies buatan sendiri sangat lazat dan menarik di dapur Puan

Noraini.

Dari cookies buatan tangan tradisional ke berjuta kemudahan membuat kuki, telah berkembang

menjadi sebuah jenama Malaysia untuk cookies premium.

Selain cookies, Sekarang juga menawarkan pelbagai produk seperti rempah (premix), makanan beku

dan kek.

Oats & Walnuts Cookies

A light and crunchy biscuits combined with rich creamy butter and mixed with walnuts. Its perfect for those looking for healthy and yet delicous biscuits. Product Description :

Name : Oats and Walnuts Cookies

Bar Code : 9556 8806 01031

Brand : Noraini's

Nett weight : 84g

Oat & Kenari Cookies

Page 10: Produk

Lampu dan biskut rangup digabungkan dengan mentega berkrim yang kaya dan dicampur dengan

walnut. Yang sempurna untuk Mereka mencari biskut sihat yet delicous dan.

Penerangan Produk:

Nama: Oat dan Kenari Cookies Kod Bar: 9556 8806 01031

Jenama: Noraini ini

Berat bersih: 84g

Danish Majestics Butter Cookies Product Description :

Name : Danish Majestic Butter Cookies

Bar Code : 9556 8806 01031

Brand : Noraini's Carton dimension : W400 X L405 X H60

Packaging : Tin Carton / 20 ft container :

800

Nett weight :

454g

Unit/Carton :

12

Denmark Butter Cookies Majestics

Penerangan Produk:

Nama: Denmark Butter Cookies Majestic Bar Kod: 9556 8806 01031

Jenama: Noraini ini Carton dimensi: L405 X W400 X H60

Pembungkusan: Carton Tin / 20 bekas kaki: 800

Berat bersih: 454g

Unit / karton 12

Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd (648344-T)

Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd produces premium cookies, specializing in manufacturing homemade recipe festive cookies. There are huge potential market within that desire high-quality, stylish traditional goods.

It is the firm's intention to produce and market its products to the rest of the world and make Norai ni's Cookies the number one selling premium homemade recipe cookies in Malaysia. To do this the company's long term goals are to achieve high standard quality control, build brand image and brand equity through effective marketing, achieve sustainable supplies to the market and to produce dozens types of cookies in order to cover various market segment.

Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd is a privately-held Malaysian corporation. Production takes place in Shah Alam. Currently, sales and marketing are focused on hypermarkets and supermarkets in Malaysia. Now we can find Noraini's products in almost every Hypermarket and Supermarket (Tesco, Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Bintang, Mydin, Uda Ocean and others). At the same time, Noraini's products are sold in Duba i, Vietnam, Singapore and United Kingdom.

The company produces up to 15 types of custom made festive cookies which are guaranteed to be homemade

Page 11: Produk

quality recipes.

Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd ( 648344 -T)

Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd menghasilkan cookies premium, mengkhususkan diri dalam

pembuatan buatan sendiri cookies perayaan resipi. Terdapat potensi pasaran yang besar Dalam

Itulah keinginan yang berkualiti tinggi, barangan tradisional bergaya.

Adalah menjadi hasrat firma untuk menghasilkan dan memasarkan produknya ke seluruh dunia dan

membuat Cookies Noraini ini nombor satu jualan resipi premium cookies buatan sendiri di Malaysia.

Untuk melakukan ini matlamat jangka panjang syarikat adalah untuk Mencapai kawalan kualiti

standard yang tinggi , membina imej jenama dan ekuiti jenama melalui pemasaran berkesan ,

mampan Mencapai bekalan kepada pasaran dan untuk menghasilkan berpuluh-puluh jenis biskut

untuk meliputi pelbagai segmen pasaran.

Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Malaysia milik persendirian .

Pengeluaran berlaku di Shah Alam. Pada masa ini, jualan dan pemasaran tertumpu kepada pasar

raya besar dan pasar raya di Malaysia. Sekarang kita boleh mencari produk Noraini dalam hampir

setiap Hypermarket dan Supermarket ( Tesco, Jaya Jusco , Giant , Carrefour, Bintang, Mydin, Uda

Ocean dan lain-lain ). Pada masa yang sama , produk Noraini adalah dijual di Dubai , Vietnam ,

Singapura dan United Kingdom.

Syarikat ini mengeluarkan sehingga 15 jenis biskut perayaan adat dibuat Yang dijamin resipi buatan

sendiri yang berkualiti.

Noraini Farm House Sdn. Bhd Noraini Farm House Sdn. Bhd. was incorporated in December 2006. The company is formed in order to develop Malaysia's agricultural sector as well as adding more varieties to Malaysia's agricultural products.

Thus, Noraini's Farm House Sdn. Bhd. is incorporated to produce products based on spices and herbs. Varieties of laksa premix and other spices are produced to add more varieties to the existing spices in the market. Noraini's Laksa Paradise is a premix that offer varieties of noodles and laksa spice from different states of Malaysia.

The development of Noraini Farm House Sdn. Bhd. begins with a piece of land in Selangor, that was planted with varieties of plants which then will be dried and processed into spice powder. Currently, selected raw materials in the form of powder are obtained from suppliers which then will be mixed according to secret recipe of Noraini's family.

Our dream is to make Noraini Farm House Sdn. Bhd. an excellent company with dedicated management and ISO certified factory. Most of the raw materials such as lemongrass, galingales, wild ginger buds, dried polygonums, curry leaves and chillies are planted in Noraini Farm House Sdn. Bhd. plantation.

Page 12: Produk

Noraini Farm House Sdn. Bhd

Noraini Farm House Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada Disember 2006. Syarikat itu ditubuhkan bagi

Membangunkan sektor pertanian Malaysia, dan juga menambah lebih banyak jenis untuk produk

pertanian Malaysia.

Malthus, Noraini Farm House Sdn. Bhd diperbadankan untuk menghasilkan produk berasaskan herba

dan rempah ratus. Jenis premix laksa dan rempah lain dihasilkan untuk menambah lebih banyak

jenis untuk rempah sedia ada di pasaran. Noraini ini Laksa Paradise adalah premix yang menaw arkan

jenis mi dan rempah laksa dari negeri-negeri yang berlainan di Malaysia .

Pembangunan Noraini Farm House Sdn. Bhd bermula dengan sebidang tanah di Selangor, Yang telah

ditanam dengan jenis tumbuh-tumbuhan yang akan dikeringkan dan diproses menjadi serbuk

rempah . Pada masa ini, beberapa bahan mentah dalam bentuk serbuk yang didapati dari pembekal

akan kemudian dicampur Mengikut resipi rahsia keluarga Noraini ini .

Impian kami adalah untuk membuat Noraini Farm House Sdn. Bhd sebuah syarikat yang sangat baik

dengan pengurusan yang berdedikasi dan kilang bertaraf ISO . Kebanyakan bahan-bahan mentah

Seperti serai, galingales , tunas halia liar, polygonums kering , daun kari dan cili yang ditanam di

dalam Noraini Farm House Sdn. Bhd perladangan.

Kuala Lumpur, (Bernama) - Dua puluh enam tahun lalu Noraini Ahmad merupakan seorang petugas firma insurans di siang hari dan menguruskan perniagaan bakeri Noraini's Cookies di rumahnya pada sebelah malam. Beliau mengupah suri-suri rumah di kawasan kejiranannya untuk membantu membuat pelbagai kuih-muih tradisional Melayu dan konfeksi yang beliau kemudian bekalkan kepada kafeteria serta kantin sekolah.

Perniagaan sampingan ini membolehkan beliau meraih purata pendapatan RM4,000 sebulan. Bakat beliau dalam membuat kuih menarik perhatian seorang chef hotel yang kemudian menempah kuih-muihnya untuk hotel itu. Selepas itu, hotel-hotel utama lain, restoran serta pasar raya turut ikut serta. Produk Noraini juga menjadi juadah di konvensyen tahunan Umno di PWTC. Pada masa itu beliau mendapat pulangan sehingga RM20,000 sebulan.

Apabila beliau mula menerima tempahan bagi kuih-muih Melayu dan biskut untuk sambutan Hari Raya, Noraini membuat keputusan berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan. Pada 1994 Noraini melabur RM25,000 untuk memperbadankan Noraini Enterprise Sdn Bhd, yang membuat kuih-muih dan biskut khusus untuk musim perayaan di sebuah rumah kedai

Page 13: Produk

berdekatan pasar malam Paya Jaras di Sungai Buloh. Produknya boleh dikatakan dibekalkan kepada hampir semua penjual tepi jalan di Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman setiap Ramadan. Syarikat ini mencatatkan pulangan sebanyak RM70,000 di musim perayaan pertamanya.

Perniagaan beliau terus meningkat maju dan pada 1997 kilang syarikatnya berpindah ke Kampung Sungai Pelong di daerah Petaling. Bagaimanapun, tidak sampai setahun kemudian perniagaannya dilanda musibah akibat kegawatan ekonomi. Jualan merudum teruk. Noraini terpaksa bertungkus-lumus untuk menyelamatkan perniagaannya tetapi akhirnya operasi syarikat terhenti sementara. Bagaimanapun, di sebalik musibah ini muncul pula peluang baru. Untuk mencari rezeki hidup, Noraini membuka sebuah gerai di Plaza Angsana di Johor Baharu yang menjual kuih muih dan konfeksi. Usaha beliau ini menerima sambutan baik dengan hasil jualannya mencecah hampir RM1,000

setiap hari. Selama empat tahun yang berikut perniagaannya itu terus meningkat maju dan ia turut membabitkan sebuah restoran khusus menjual pelbagai jenis laksa dan masakan Melayu tradisional. Sementara itu, kilang biskutnya di Selangor kembali beroperasi. Kedua-dua perniagaan berkembang pesat – kilang ini menyaksikan pulangan RM150,000 setiap musim sementara perniagaan di Johor Baharu diperluas kepada 17 buah gerai meliputi seluruh Lembah Klang dan juga sehingga Ipoh. Bagaimanapun hasil bulanannya tidak lagi meningkat memandangkan pasaran tempatan sudah

tepu. Beliau kemudian memutuskan untuk menceburi perniagaan di luar negara. Pada 2004 beliau menubuhkan Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd dan menjenamakan produknya selain memasarkannya dalam bungkusan yang lebih menarik bersama logo rasmi syarikat. Pihak pengurusan syarikat mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan, dan kempen promosi perniagaan tempatan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Mara, MeCD, Fama, dan Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn Bhd (Komita).

Syarikat ini turut menyertai pameran antarabangsa seperti MAHA, MIHAS dan acara yang dianjurkan oleh Malaysia Trading House di United Kingdom, produk beliau menembusi pasaran Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Kemboja, Vietnam, United Kingdom, Mauritius, Afrika, Nigeria, Mahgribi dan Dubai. Nasib menyebelahi usahawan yang bertekad tinggi ini, dan pada sesi sepadanan perniagaan MIHAS 2006, seorang perwakilan dari Kazakhstan menunjukkan minat untuk menjalin usahasama. Ini membawa kepada sebuah usahasama dikenali sebagai Atamekent Noraini, yang

mempunyai pelaburan dalam pengeluaran makanan, ladang tenusu dan gandum, serta perniagaan hotel dan restoran di Kazakhstan. Restoran Astana Nura menawarkan pelbagai laksa Malaysia kepada warga Kazakh. Sementara itu, berbalik ke Malaysia, jualan bermusim mencecah RM1.5 juta pada 2007 dan seterusnya meningkat kepada RM2 juta pada musim berikutnya. Banyak tempahan baru dan tempahan berulang diterima yang bermakna pengeluaran perlu dipertingkat dan memerlukan sebuah permis perniagaan yang lebih besar serta peralatan yang lebih baik.

Oleh itu pada 2008, Worldwide Cookies milik Noraini memperoleh sebuah lot kilang dua tingkat dan sebuah ketuhar automatik sepenuhnya.

Page 14: Produk

Noraini’s Cookies bakal ke tiga negara lagi SITI ZUBAIDAH MAT ISA

27 Januari 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0

Noraini menunjukkan produk keluaran syarikatnya.

< 1 / 1 >

Kerjayanya bermula sebagai kerani akaun namun beliau mengambil keputusan berhenti kerja demi

keluarga. Bagaimana pun, insan yang sudah biasa bekerja, tidak betah duduk diam, sering mencari peluang menambah pendapatan.

Di sinilah bermulanya pahit manis kerjaya seorang ahli perniagaan Bumiputera, juga pemilik syarikat Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd, Noraini Ahmad, 58.

Segalanya bermula daripada perniagaan yang dijalankan di dapur kecil di belakang rumah. Bermula dengan membuat dan memasarkan kuih Melayu ke hotel-hotel sekitar 1984 selama 14 tahun, perniagaannya semakin rancak sehinggalah masalah timbul apabila dia sukar menggaji pekerja tetap.

“Pekerja datang dan pergi. Susah hendak mencari pekerja apatah lagi perniagaan seperti ini memerlukan komitmen masa yang cukup tinggi. Malang sekali tiada siapa sanggup bekerja sehingga waktu malam, dan sukarela bekerja pada Hari Raya Aidilfitri.

“Walaupun ada jiran yang membantu, tetapi tidak semua mampu menyediakannya dalam satu kuantiti yang besar. Akhirnya setelah berfikir panjang saya buat keputusan berhenti dan menyerahkan perniagaan kepada pekerja yang setia dengan saya.

Perniagaannya tidak terhenti setakat itu, malah peluang memasarkan kuih Melayu di Pasar Raya Jaya Jusco (kini dikenali sebagai Aeon) di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur memberi peluang

perniagaan baru apabila ditawarkan untuk mengedarkan kuih raya. Peluang itu tidak dilepaskan apatah lagi beliau merupakan usahawan Bumiputera pertama menjual

kuih raya di Jaya Jusco. Jualan pada tahun pertama, Noraini berjaya meraih RM40,000 dan

Page 15: Produk

meningkat sehingga RM60,000 pada tahun kedua berniaga.

Selain Jaya Jusco, kuih rayanya turut dipasarkan di beberapa pasar raya lain seperti Pasar raya Ocean di Klang dan Bintang. Kini jenamanya boleh didapati di pasar raya besar seperti Giant dan Tesco.

Langit tidak selalunya cerah

Mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, begitu jugalah yang berlaku kepada perniagaan biskut rayanya. Dek kerana tidak mengerti apa itu krisis ekonomi, perniagaan

Noraini terjejas. Hasil jualan menurun. Ada ketika separuh daripada biskut yang dibuat tidak terjual. “Krisis ekonomi berlaku pada 1997, namun kesannya terasa pada 1998. Kerana kurang peka

terhadap krisis yang berlaku, syarikat masih membuat pengeluaran dengan jumlah yang sama. “Masa ini saya dapati hasil jualan menurun, tapi beranggapan kerugian berpunca daripada sambutan

Hari Raya Aidilfitri dan orang ramai membeli kuih raya di kampung. “Masuk 1999, saya masih lagi buat pengeluaran dengan kuantiti yang sama. Masa inilah syarikat

mengalami kerugian besar di mana separuh daripada kuih tidak terjual. Perniagaan tidak menghasilkan keuntungan sebaliknya, hasil diperoleh sekadar mampu menampung modal pusingan,” katanya.

Sikap tidak pernah mengenal erti putus asa, Noraini menerima ajakan seorang teman untuk menyertai ekspo di Angsana Johor Bahru. Merasakan ia peluang terbaik, Noraini menggunakan

kesempatan untuk menjual kuih bahulu. Noraini bersama suaminya, Mohd Shamshy Ariffin, 61, berjaya meraih sehingga RM12,000

keuntungan dalam tempoh empat hari berniaga. Tahun berikutnya, Noraini masih menyertai ekspo sama dan berjaya meraih jualan sehingga RM13,500.

Noraini perluas pasaran eksport biskut

Nama Noraini tidaklah begitu menarik atau dengan kata mudah tiada nilai komersial untuk dijadikan sebuah jenama.

Namun, kepercayaan dan prinsip menjadikan jenama Noraini bualan di setiap bibir penggemar biskut Noraini’s sehingga ke hari ini.

“Saya percaya, saya juga boleh berjaya seperti orang lain. Saya tidak nampak kekurangan menggunakan nama sendiri yang dikatakan tiada nilai komersial. Malah saya yakin kejayaan pasti akan datang,” katanya.

Hampir 30 tahun dalam dunia perniagaan, Noraini yang terkenal dengan produk Noraini’s Cookies terus mengorak langkah dan bakal menerokai tiga negara lagi bagi pasaran eksport biskutnya iaitu

Jepun, Jeddah dan Afrika. “Sehingga ini kami mengeksport biskut ke 10 buah negara, antaranya Singapura, Brunei, China,

Dubai, Papua New Guinea, Maldives, China dan Kemboja. “Walaupun terdapat beberapa buah negara lain yang menawarkan minat terhadap produk kami,

tumpuan hanya diberikan kepada syarikat yang benar-benar serius menjalinkan hubungan perniagaan,” katanya.

Selain daripada perniagaan biskut, Noraini turut perluaskan jenamanya dengan memperkenalkan beberapa produk lain termasuk bubur segera dan kopi dan pes masakan.

Page 16: Produk

Tidak lokek bantu usahawan

Pengalaman, kejayaan dan jatuh bangunnya perniagaan diusahakan Noraini, turut dikongsi bersama usahawan yang lain.

Bahkan Noraini sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang memerlukan khidmat nasihatnya. “Saya sentiasa mengadakan perbincangan mengenai perniagaan secara keseluruhannya, bertukar

pendapat dan berkongsi pengalaman. Ada kalanya saya menjenguk perniagaan rakan lain yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar.

“Di sini (syarikat) saya juga menerima kunjungan lawatan dari pelajar sekolah, penuntut universiti juga kalangan profesional yang ingin berkongsi cerita perniagaan saya.

“Matlamat saya hanya satu, ingin membantu usahawan terutama golongan Bumiputera untuk sama-sama mengecap kejayaan,” katanya.