disclaimer - rahsiabisnesbaju.com · contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... dalam...

13

Upload: others

Post on 12-Aug-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk
Page 2: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

DISCLAIMER

HALAMAN HAK CIPTA EL HALEEMA EXCLUSIVE

www.rahsiabisnesbaju.comKeluaran Pertama 2019 © Nuur Halimatus Sa’adiah Masrukhin & Team

Hak cipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, danisi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jugasama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lainsebelum mendapat izin daripada penulis. Sebarang isi maklumat dalam ebookini adalah DILARANG SAMA SEKALI menjual semula dan diedarkan tanpakebenaran pemilik asal.

Ebook ini adalah 100% hasil karya penulis berdasarkan pengalaman beliau,dan syarikat El Haleema Exclusive. Ebook ini tidak menjanjikan anda teruskaya selepas membacanya tanpa tindakan. Hasilnya mungkin berbeza untuksetiap individu. Ianya bergantung kepada usaha dan tindakan anda sendiri.

Jadi, diharapkan anda yang membaca ebook ini dapat mematuhi perkara-perkara berikut:-

1 . TIDAK BOLEH mengedarkan ebook ini kepada orang lain secara percumaataupun berbayar.

2. TIDAK BOLEH dijadikan bonus kepada ebook atau produk anda yang lain.

3. TIDAK BOLEH copy dan paste ayat dalam ebook ini tanpapengetahuan penulis.

4. DIBENARKAN untuk print out bagi rujukan bacaan sendiri. Diharapkan andaboleh hormati penulis dan hormati ilmu yang anda dapat daripada ebook ini.

Terima kasih atas kerjasama.

Page 1

Page 3: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

KANDUNGAN

02 Pengenalan

04 2 Jenis Bisnes

06 Kenapa Nak Berbisnes

Page 4: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

Saya selalu dapat soalan,

“Saya nak mula bisnes, tapi macam mana ye caranya?"

"Macamana ye nak promote produk via internet @ online?"

"Boleh ajar saya tak?”

Anda berminat untuk memulakan bisnes online, tetapi tidaktahubagaimana untuk mulakan?

Ramai bertanya kepada saya tentang nak buat bisnes.

Khususnya mereka yang ingin mencari pendapatan tambahanatau baru nak terjun ke dunia bisnes secara sepenuh masa.Ada juga yang fulltime housewife ingin membina bisnes untukmembantu suami dan mencari pendapatan sendiri.

# 2

Page 5: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

Tanya Diri:

1. Apa sebenarnya sebab tuan/ puan mahu memulakan bisnessendiri?

2. Adakah tuan/puan sudah bersedia secara mental dan zikaluntuk menghadapi dunia kerja sendiri @bisnes?

3. Produk atau servis apa yang benar-benar tuan/puanmempunyai passion atau minat yang mendalam?

Bagi yang sudah merasai dunia ‘makan gaji’ ianya sangatberbeza dengan dunia bisnes sendiri. Sangat-sangat berbeza.Tak semua yang sangat berjaya naik pangkat demi pangkatketika makan gaji sebelum ini misalnya tidak menjamin diaakan terus berjaya apabila memulakan bisnes sendiri.

Bisnes memerlukan strategi dan seninya tersendiri.

# 3

Page 6: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

2 JENIS BISNESDalam bisnes ada 2 jenis yang boleh kita tawarkan sama adaproduk atau servis.

Apa tu Servis @ Perkhidmatan?

Perkhidmatan atau servis adalah aktiviti atau faedah yang kitatawarkan untuk jualan secara tidak ketara dan tidakmendatangkan apa-apa pemilikan terhadap sesuatu secarakebendaan. Contohnya : Servis perbankan, penerbangan,telekomunikasi, perhotelan, perubatan, dan pencucian adalahantara contoh-contoh servis.

Apa tu Produk?

Produk ni apa saja yang boleh ditawarkan kepada pasaranuntuk mendapatkan perhatian, perolehan, pemilikan, dankegunaan yang boleh memenuhi sesuatu keperluan ataukehendak- Produk (dalam bentuk objek) mempunyai sifat- sifattertentu yang boleh dilihat, dihidu, dirasa, didengar dansebagainya.- Ciri-ciri ketara ini boleh diamati melalui warna,saiz, berat, jenama, pembungkusan, reka bentuk, label, dantahap kualiti. Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot,dan lain-lain lagi.

# 4

Page 7: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis

produk yang boleh kita jual kepada pelanggan.

Produk ni meliputi keperluan dan kehendak.

Biasanya produk keperluan mudah untuk

dijual dan cepat pulangan berbanding

produk kehendak.

Jadi adalah peluang untuk mencari

‘niche’ bisnes jika produk, cari

produk yang menjadi keperluan

masyarakat setempat.

Bisnes baju merupakan salah satu

produk keperluan dan ianya juga

boleh menjadi produk kehendak jika harga

yang ditawarkan mahal dan exclusive.

# 5

Page 8: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

KENAPA NAK BERBISNES?

Soalan ni pasti menjadi pertanyaan apabila kita nak startberbisnes.

Kenapa ye nak buat bisnes?

“Nak kaya"

“Nak duit”

“Saja-saja nak isi masa lapang”

“Boring kerja makan gaji”

“Nak ada masa dengan keluarga”

“Saya minat bisnes”

“Nak tolong orang”

# 6

Page 9: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

Ha..ada macam-macam sebab orang nak berbisnes kan.

Apabila memulakan bisnes baru, setiap individu mempunyaidorongan dan motivasi yang berbeza. Sesetengah dari andamahukan kelebihan dalam kemahiran mengendalikanperkhidmatan atau produk dan ada juga yang fokus kepadakeuntungan dan ada juga di antara anda yang ingin memberisemula kepada masyarakat dengan cara perusahaan sosial.

Kebanyakan orang meletakkan alasan yang salah denganmeletakkan wang sebagai alasan utama untuk mulakanbisnes. Apabila seseorang kata dia ingin memulakan bisneskerana ada wang, saya katakan kir habis-habis.Kerana banyaklagi cara yang rendah risiko untuk anda lebih selamat untukbuat duit seperti melabur dalam saham amanah, simpanan dansebagainya.

Letakkanlah matlamat yang jauh sampai ke syurga, janganlimitkan sekadar di dunia sahaja. Niatkan untuk tambah pahala,dapat bantu ramai orang dan gembirakan orang lain sertakeluarga.

# 7

Page 10: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Apa jua motivasi dan sebab anda nak terlibat dengan bisnes ni, ahlibisnes perlu memahami dan membuat persediaan semua risikoyang terlibat sama ada sebelum, semasa dan selepas memulakanbisnes - dengan membuat persediaan dan memahami perkara-perkara ini dapat meminimumkan risiko anda di masa hadapan.

Masalah orang dalam bisnes ialah niat untuk kaya. Tidak salahuntuk jadi kaya tetapi niat asas berniaga ialah menambah nilaihidup orang lain. Kekayaan akan datang apabila orang yangmenggunakan produk atau servis akan gembira atau dapatmanfaat.

Jadikan Bisnes di dunia sebagai bekalan akhirat.

Page 11: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

LET’S START!

Ramai orang menyangka, jika seseorang itu ingin memulakanbisnes, dia haruslah memiliki sebuah kedai, barangan yangcukup, pekerja yang ramai dan pengangkutan yang berpatutandan akhirnya ia dijangkakan paling kurang mestilah memilikimodal sekurang-kurangnya enam angka ke atas untukmemulakan sesuatu bisnes .

Yeke?

Apa pandangan anda?

Jawapannya tidak. Anda boleh bermula dari zero di rumah.

Akan tetapi, hakikat mana-mana bisnes pun di dunia ini ianyatidak bermula dalam satu malam sahaja selesai dari prosesmendaftarkan syarikat sehinggalah bangun dikenali ramaiorang. Semuanya perlukan proses dan masa.

Hari ini syarikat besar, terkenal dan terkemuka seperti Appleatau pun Microsoft yang sebenarnya suatu masa dahulumereka juga bermula daripada menjadikan garaj keretasebagai pusat permulaan operasi.

# 8

Page 12: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Mula Bisnes

Oleh itu, modal bukanlah penghalang utama untuk memulakansesuatu bisnes dan anda boleh memulakan bisnes denganmodal kurang daripada RM500 atau pun ‘zero’ modalkhususnya bagi mereka yang betul-betul berminat untukmenjadikan bisnes yang penting adalah ada strategi dan teknikyang betul.

Anda boleh mulakan bisnes baju ini dari rumah dan mulakandengan sumber apa yang anda ada.

Pengalaman saya, saya memulakan bisnes baju muslimah nidaripada rumah dengan hanya bermula 20 helai kemudiannaikkan kuantiti sedikit demi sedikit dengan hasil keuntunganjualan tadi.

LET’S START!

# 9

Page 13: DISCLAIMER - rahsiabisnesbaju.com · Contoh produk ialah pakaian, makanan, perabot, ... Dalam produk tu pula, ada macam-macam jenis produk yang boleh kita jual kepada pelanggan. Produk

Thank You