pro sidingas

5
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERBUATAN, PERCAKAPAN DAN SIFAT (2PERSI) Muhamad Irfan Fakhrullah b. Mohamad Noor Anua b. Haris Jabatan Pengajian Melayu [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam menjelmakan nilai murni dengan menggunakan kaedah ‘2PerSi’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak menunjukkan minat dan mengalami masalah dalam menjelmakan nilai murni. Oleh yang demikian itu, penggunaan kaedah ‘2PerSi’ digunakan oleh pengkaji bagi mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Selain daripada itu, pengkaji juga telah menggunakan instrumen pemerhatian,analisis dokumen dan temu bual. Juster itu, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah ‘2PerSi’ dapat membantu dan meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam menjelmakan nilai murni. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan ‘2PerSi’ supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif kepada murid-murid. Kata kunci: kemahiran, minat, menjelmakan, 2PerSi 1.0 Pengenalan Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu dan dua. Pada tahap dua ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan bukansahaja dalam Pendidkan Moral ataupun Pendidkan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam mata pelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu sains dan teknologi. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid tahun lima yang timbul terutamanya semasa pengkaji mengajar penulisan iaitu menulis karangan nilai murni. Pertamanya, kebanyakan murid-murid tidak minat akan menulis nilai murni. Hal yang demikian ini bukan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran menulis, akan tetapi mempunyai masalah dalam menjelmakan nilai murni itu sendiri. Keduanya, murid juga tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal yang demikian ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, terdapat juga segelintir murid yang masih tidak faham konsep nilai murni. Hal yang demikian dapat dilihat apabila pengkaji memberikan soalan berbentuk lisan dan tulisan. 2.0 Fokus Kajian Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu dan meningkatkan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai murni. Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap penguasaan murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepadaa masalah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid. Menurut Mok Soon Sang (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid. Pengkaji meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu: i. Ketidakupayaan mengesan nilai murni yang tersirat

Upload: chek-piah-piya

Post on 17-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asfadsgdhjjjj

TRANSCRIPT

Page 1: Pro Sidingas

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH PERBUATAN, PERCAKAPAN DAN SIFAT (2PERSI)

Muhamad Irfan Fakhrullah b. Mohamad NoorAnua b. Haris

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam menjelmakan nilai murni dengan menggunakan kaedah ‘2PerSi’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak menunjukkan minat dan mengalami masalah dalam menjelmakan nilai murni. Oleh yang demikian itu, penggunaan kaedah ‘2PerSi’ digunakan oleh pengkaji bagi mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Selain daripada itu, pengkaji juga telah menggunakan instrumen pemerhatian,analisis dokumen dan temu bual. Juster itu, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah ‘2PerSi’ dapat membantu dan meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam menjelmakan nilai murni. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan ‘2PerSi’ supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif kepada murid-murid.

Kata kunci: kemahiran, minat, menjelmakan, 2PerSi

1.0 Pengenalan

Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu dan dua. Pada tahap dua ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan bukansahaja dalam Pendidkan Moral ataupun Pendidkan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam mata pelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu sains dan teknologi.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid tahun lima yang timbul terutamanya semasa pengkaji mengajar penulisan iaitu menulis karangan nilai murni. Pertamanya, kebanyakan murid-murid tidak minat akan menulis nilai murni. Hal yang demikian ini bukan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran menulis, akan tetapi mempunyai masalah dalam menjelmakan nilai murni itu sendiri. Keduanya, murid juga tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal yang demikian ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, terdapat juga segelintir murid yang masih tidak faham konsep nilai murni. Hal yang demikian dapat dilihat apabila pengkaji memberikan soalan berbentuk lisan dan tulisan.

2.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu dan meningkatkan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai murni. Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap penguasaan murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepadaa masalah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Menurut Mok Soon Sang (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid.

Pengkaji meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:

i. Ketidakupayaan mengesan nilai murni yang tersirat

ii. Ketidakupayaan menjelma nilai murni yang tepat

Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid mengambil masa yang lama untuk mengesan nilai murni dan kadangkala tidak dapat menjelmakan nilai murni. Pengkaji beranggapan, murid tidak dapat mencapai tahap penguasaan kerana kaedah yang digunakan sebelum ini iaitu kad gambar adalah kurang berkesan.

2.1 Kebolehtabbiran

Kajian ini dilakukan ke atas murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Beting Lintang, Besut, Terengganu. Kajian yang dijalankan ke atas seramai lima orang murid sahaja. Justeru itu, hubungan yang erat antara pengkaji dan murid-murid memudahkan pengkaji menjalankan kajian kerana murid yang terlibat adalah anak didik pengkaji sepanjang praktikum fasa tiga yang lalu.

Page 2: Pro Sidingas

2.2 Kepentingan

Kajian ini penting bagi membantu dan meningkatkan kemahiran murid untuk memahami konsep dan kepentingan nilai murni dalam kehidupan khususnya murid tahun lima sekaligus dapat mengatasi masalah mereka dalam menjelmakan nilai murni seterusnya membolehkan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Kajian ini juga dapat digunakan oleh guru lain untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, buka sahaja dalam Bahasa Melayu tetapi juga dalam mata pelajaran yang lain.

2.3 Kebolehgunaan

Kajian ini memberikan murid asas yang cukup untuk memahami konsep dan menguasai penulisan nilai murni. Kajian ini amat mudah dilakukan oleh murid kerana ianya di bawah pengawasan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sendiri. Selain daripada itu, kaedah ‘2PerSi’ ini bersesuaian dengan murid kerana mereka lebih gemar belajar dengan adanya unsur hiburan dan rangsangan. Melalui kaedah ini juga dapat membantu murid meningkatkan kemahiran penulisan nilai murni dengan cepat dan berkesan.

2.4 Kawalan

Kajian ini dilakukan dalam keadaan tersusun dan terkawal iaitu dijalankan di dalam persekitaran kelas biasa. Sebelum kajian dilakukan, murid-murid diberikan penerangan dengan jelas mengenai kajian ini. Semasa kajian dijalankan, pengkaji memastikan murid dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Kolaborasi

Pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan telah membuat kolaborasi awal terlebih dahulu melalui perbincangan bersama dengan guru pembimbing dan juga guru-guru lain di sekolah sewaktu menjalani praktikum yang lalu. Hal yang demikian untuk memberikan pandangan tentang masalah murid tahun Lima Amal. Pengkaji juga turut berkolaborasi bersama pensyarah penyelia dan guru pelatih lain bagi memastikan kaedah dan prosedur dijalankan dengan betul seterusnya dapat memantapkan lagi kajian ini.

2.6 Kerelevanan kepada Sekolah

Kajian ini adalah sangat sesuai untuk dilaksanakan dimana-mana kawasan persekolahan, samada di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Hal yang demikian ini kerana, kaedah ini dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memberikan kelainan agar tidak membosankan murid-murid untuk menerima pelajaran serta dapat meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan pencapaian murid tahun 5 dalam Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C dengan menggunakan Kaedah (2PerSi)

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

i. Membantu murid tahun 5 menjelmakan nilai murni dengan tepat dengan mengunakan Kaedah 2PerSiii. Meningkatkan kemahiran menjelmakan nilai murni dengan tepat melalui kaedah 2PerSi.

3.3 Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah kaedah 2PerSi dapat membantu murid tahun 5 dalam menjelmakan nilai murni dengan tepat?ii. Bagaimakah Kaedah 2PerSi dapat meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam menjelmakan nilai murni

dengan tepat?

4.0 Kumpulan Sasaran

Peserta kajian yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Amal yang seramai lima orang. Subjek kajian ialah murid dari Sekolah Kebangsaan Beting Lintang, Besut, Terengganu. Subjek kajian ini juga merupakan murid saya bagi kelas mata pelajaran Bahasa Melayu bagi sesi praktikum fasa tiga ini.

5.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1: Ujian AwalDilaksanakan bagi melakukan tinjauan awal bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud. Pengkajimemberikan satu set soalan ujian untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menjelmakan nilai murni.

Page 3: Pro Sidingas

Langkah 2: IntervensiMelakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah ‘2PerSi bagi menulis karangan nilai murni pada Bahagian C. Kajian dijalankan secara ‘hands on’ dalam aktiviti berkumpulan.

- Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti dalam bentuk pertandingan kalah mati.- Kumpulan A akan bersaing dengan kumpulan B, manakala kumpulan C akan bersaing dengan kumpulan D. Pasukan

yang menang dalam perlawanan tersebut akan bertemu antara satu sama lain dalam perlawanan akhir.- Setiap pasukan perlu menjelmakan lima nilai murni dengan tepat menggunakan kaedah ‘2PerSi’ dalam masa 10 minit

sahaja.- Pengkaji berbincang dengan murid-murid tentang nilai murni yang telah dijelmakan.

Langkah 3: Ujian AkhirPengkaji memberikan satu set soalan Ujian Akhir secara bertulis selepas pengajaran dan pembelajan.

Langkah 4: PemerhatianPengkaji akan menggunakan senarai semak tingkahlaku negatif untuk merekod data terhadap peserta kajian.

Langkah 5: Temu bualPengkaji akan menggunakan senarai temu bual terhadap peserta kajian selepas sesi intervensi dijalankan kepada mereka.

6.0 Dapatan KajianSebelum kajian dijalankan terhadap pemahaman murid tentang penggunaan kaedah 2PerSi dalam menjelmakan nilai murni didapati keputusannya amat rendah. Tahap penguasaan dan kemahiran mereka rendah serta kurang keyakinan dalam menjelmakan nilai murni. Peratusan hasil kajian yang diperolehi berdasarkan kepada ujian adalah sepertiyang berikut :

Jadual 1Markah murid sebelum menggunakan kaedah 2PerSi dalam menjelmkan nilai murni.

Bilangan Murid Nama Murid Jumlah SkorM 1 Ulfa bt Mohamed 8 daripada 20M 2 Shafiqah bt Abdullah 9 daripada 20M 3 Syariqin b Hasyim 7 daripada 20M 4 Izzad b Ariffin 8 daripada 20M 5 Shazwani bt Yusof 6 daripada 20

Jadual 1 menunjukkan markah murid yamg disemak berdasarkan lembaran kerja yang diberi. Jumlah skor sebelum intervensi sangat rendah.

Selepas murid didedahkan dengan penggunaan kaedah 2PerSi dalam menjelmakan nilai murni, mereka lebih cenderung untuk menggunakan kaedah 2PerSi ini semasa membuat lembaran kerja dalam menjelmakan nilai murni. Tahap keyakinan mereka juga meningkat kerana penggunaan kaedah 2PerSi ini jugan banyak membantu murid menjelmakan nilai murni dengan pantas dan mudah. Selain daripada itu, kajian mendapati, respon daripada murid lain juga adalah positif apabila mereka lebih yakin dalam mengesan dan menjelmakan nilai murni dengan sangat baik dan tepat.

Jadual 2Markah murid selepas menggunakan kaedah 2PerSi dalam menjelmkan nilai murni.

Bilangan Murid Nama Murid Jumlah SkorM 1 Ulfa bt Mohamed 17 daripada 20M 2 Shafiqah bt Abdullah 17 daripada 20M 3 Syariqin b Hasyim 18 daripada 20M 4 Izzad b Ariffin 16 daripada 20M 5 Shazwani bt Yusof 14 daripada 20

Pemerhatian tidak berstruktur direkodkan melalui nota lapangan. Berdasarkan pemerhatian awal, dapat disimpulkan beberapa masalah yang wujud dalam kelas ini. Pertama, murid tidak dapat menguasai kemahiran dalam menjelmakan nilai murni. Pemerhatian yang dilakukan menunjukkan murid menulis nilai murni yang tidak tepat dan betul pada papan hitam pada sesi soal jawab. Di samping itu, murid kelihatan keliru semasa penerangan diberikan. Apabila disoal berkenaan cara yang betul untuk menjawabnya, murid mengatakan “tidak tahu”. Murid juga menunjukkan bahawa mereka mengalami kekeliruan terhadapat konsep nilai murni dimana mereka menulis milai murni yang disangka betul.

Disamping itu, murid juga tidak menunjukkan minat yang mendalam dalam apabila membuat latihan menjelmakan nilai murni. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian terhadap murid dimana terdapat murid yang termenung, berbual-bual, bermain sesama sendiri dan ada juga yang sedang menyiapkan latihan bagi mata pelajaran lain. Selain itu, dapat juga diperhatikan muka murid yang kelihatan bosan dengan penerangan yang diberikan. Ada juga yang sedang mengelamun menunjukkannya kurang berminat dengan penerangan pengkaji. Terdapat juga murid yang tidak menghiraukan penerangan yang diberi oleh pengkaji. Hal ini menunjukkan penerangan yang diberikan sukar untuk difahami oleh murid.

Page 4: Pro Sidingas

Semasa intervensi dijalankan, didapati bahawa murid kelihatan berminat dengan kaedah ‘2PerSi’ lebih-lebih lagi apabila pengkaji menggunakan kaedah ‘2PerSi’ dalam aktiviti permainan. Murid menumpukan pemerhatian kepada pengajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan murid yang dihalakan kepada guru sepenuhnya semasa pengajaran. Dari segi kefahaman murid, dapat diperhatikan bahawa berlaku peningkatan terhadap penguasaan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai murni. Selain itu, murid kelihatan cepat dalam menyiapkan lembaran kerja serta nilai murni yang digunakan lebih tepat berbanding sebelum ini. Akhir sekali, amalan pengajaran pengkaji juga bertambah baik dengan peningkatan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid.

7.0 Perbincangan dan Kesimpulan Dapatan

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa melalui kaedah 2PerSi yang digunakan sebagai intervensi bagi membantu murid dalam menguasai kemahiran menjelmakan nilai murni, pengkaji mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah skor setelah mengaplikasikan kaedah 2PerSi. Selain itu, murid juga telah didedahkan dengan kriteria untuk mendapatkan markah cemerlang dalam karangan menulis nilai murni pada bahagian C.

Intervensi yang digunakan juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran mengesan dan menjelmakan nilai murni melalui peningkatan jumlah skor yang diperolehi dalam ujian yang telah dijalankan untuk menguji tahap pencapaian murid. Minat dan keyakinan murid dalam menjelmakan nilai murni dapat ditingkatkan melalui kaedah 2PerSi yang digunakan apabila subjek kajian tidak lagi melakukan tingkah laku negatif seperti menggangu termenung, rakan, keluar kelas dan tidak menyiapkan tugasan. Dapatan yang diperolehi melalui pemerhatian dan berdasarkan analisis dokumen ini menunjukkan bahawa tahap penguasan murid semakin dalam menjelmakan nilai murni dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh pengkaji. Teorinya mudah, jika sesebuah perkara itu mudah, maka murid akan minat untuk membuatnya.

Konklusinya, kaedah yang digunakan iaitu 2PerSi dapat meningkatkan tahap penguasaan dalam menjelmakan nilai murni bagi murid tahun lima dalam karangan Bahgian C, seterusnya menarik minat murid dalam melaksanakan latihan dalam mengesan dan menjelmakan nilai murni.

Rujukan

Abd . Rahim Ad Rashid ( 2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: MenghadapiPerubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publicarions &Distributors Sdn. Bhd.

Hartini Binti Hamzah (2013).Meningkatkan Kemahiran Menulis Nilai Murni Murid Tahun 5 Arif Menggunakan Teknik BeTH4L.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Melayu. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahsuri binti Ismail. (2012). Meningkatkan Penguasaan Penulisan Karangan Bahagian C Murid-Murid Tahun 6 Pintar Menggunakan Petak Minda. Diperoleh pada 03 Mac 2014.

Mohamad Habibullah bin Abu Seman ( 2012). Penggunaan Rumus BaBUT Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Berkaitan Dengan Nilai-Nilai Murni Murid Tahun Empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012.