pro siding

10
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA MURID TAHUN DUA UTM SK LKTP BUKIT BATU MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Oleh MUHAMMAD AIMAN BIN ABDULLAH Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim 80350 Johor Bahru Email: [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan apabila pengkaji mendapati murid dalam kelas yang diajar oleh pengkaji mempunyai masalah menangkap bola semasa aktiviti perkembangan semasa proses pembelajaran tajuk manipulasi alatan menangkap bola. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menangkap bola murid tahun 2 UTM SK LKTP Bukit Batu dengan kaedah pembelajaran koperatif. Responden adalah terdiri daripada murid tahun 2 UTM SK LKTP Bukit Batu iaitu seramai 26 orang responden diambil. Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan satu kajian dengan memilih kaedah pembelajaran koperatif sebagai kaedah dalam rawatan yang dijalankan. Tempoh masa kajian ini dijalankan adalah selama 4 minggu. Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian, ujian pra dan pos. Dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai cara dan kaedah penyampaian, pengkaji memilih kaedah koperatif. Implikasi daripada kajian ini telah membuktikan bahawa dengan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran murid menangkap bola. Hasil kajian mendapati semasa ujian pra terdapat 65.4% jumlah keseluruhan murid dapat mencapai tahap baik dan cemerlang semasa menangkap bola. Selepas kaedah rawatan kaedah koperatif apabila ujian pos dilaksanakan ia meningkat kepada 92.3% murid mencapai tahap baik dan cemerlang. Ini menunjukkan perbezaan 26.9% peningkatan antara ujian pra dan pos. Segala data di kumpul, di rekod dan diterjemahkan dalam jadual dan graf. Data di terjemah dengan mata skor dan peratus bagi setiap responden. 1

Upload: muhammad-aiman

Post on 29-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA MURID TAHUN DUA UTM SK LKTP BUKIT BATU MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

OlehMUHAMMAD AIMAN BIN ABDULLAH

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim 80350 Johor Bahru Email: [email protected]

ABSTRAKTujuan kajian ini dijalankan apabila pengkaji mendapati murid dalam kelas yang diajar oleh pengkaji mempunyai masalah menangkap bola semasa aktiviti perkembangan semasa proses pembelajaran tajuk manipulasi alatan menangkap bola. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menangkap bola murid tahun 2 UTM SK LKTP Bukit Batu dengan kaedah pembelajaran koperatif. Responden adalah terdiri daripada murid tahun 2 UTM SK LKTP Bukit Batu iaitu seramai 26 orang responden diambil. Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan satu kajian dengan memilih kaedah pembelajaran koperatif sebagai kaedah dalam rawatan yang dijalankan. Tempoh masa kajian ini dijalankan adalah selama 4 minggu. Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian, ujian pra dan pos. Dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai cara dan kaedah penyampaian, pengkaji memilih kaedah koperatif. Implikasi daripada kajian ini telah membuktikan bahawa dengan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran murid menangkap bola. Hasil kajian mendapati semasa ujian pra terdapat 65.4% jumlah keseluruhan murid dapat mencapai tahap baik dan cemerlang semasa menangkap bola. Selepas kaedah rawatan kaedah koperatif apabila ujian pos dilaksanakan ia meningkat kepada 92.3% murid mencapai tahap baik dan cemerlang. Ini menunjukkan perbezaan 26.9% peningkatan antara ujian pra dan pos. Segala data di kumpul, di rekod dan diterjemahkan dalam jadual dan graf. Data di terjemah dengan mata skor dan peratus bagi setiap responden.

PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani semasa aktiviti perkembangan dijalankan. Aspek utama kajian ini adalah memfokuskan tajuk manipulasi alatan kemahiran menangkap bola untuk tahun 2. Kemahiran menangkap bola ini sangat penting kerana ia asas kepada permainan bola jaring, bola baling dan juga bola keranjang. Dengan menguasai kemahiran ini, maka ia memudahkan lagi jurulatih sukan sekolah memilih pemain untuk mewakili sekolah di masa hadapan tanpa perlu melatih kembali kemahiran asas menangkap bola. Ini adalah kerana muridmurid ini sudah menguasai kemahiran ini. Oleh itu, sebagai guru Pendidikan Jasmani sudah semestinya menjadi tanggungjawab untuk memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas yang ditetapkan mengikut umur.

FOKUS KAJIAN

Antara definisi pendidikan jasmani ialah : Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Pettifor (1999). Dengan erti kata lain, Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membangunkan segala aspek seseorang individu secara keseluruhan melalui kaedah fizikal. Keunikan ciri ini menjadikan Pendidikan Jasmani berbeza daripada cabang-cabang pendidikan yang lain. Pendidikan Jasmani pula merangkumi kedua-dua elemen iaitu main dan sukan. Lebih tepat lagi jika Pendidikan Jasmani dikatakan sebagai aktiviti fizikal yang bermatlamat pendidikan.Dalam Pendidikan Jasmani KSSR ia dibahagikan kepada dua modul iaitu kemahiran dan kecergasan. Kedua dua ini sangat berkait rapat antara satu sama lain. Akan tetapi terdapat murid-murid yang ada kalanya tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar dalam masa 30 minit. Oleh itu kajian harus dijalankan dengan kaedah rawatan yang di pilih harus bersesuaian dengan tajuk yang tidak dapat dikuasai. Ada kalanya permasalahan isu ini juga adalah berkaitan dengan kaedah pengajaran pendidikan jasmani. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.Untuk kajian ini pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kemahiran menangkap bola.

PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan pengalaman mengajar selama 9 tahun di sekolah rendah, menangkap bola adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid kerana ia adalah asas kepada banyak permainan kecil dan sukan. Secara umumnya murid-murid tahun dua haruslah menguasai kemahiran menangkap bola dengan baik. Semasa sesi pembelajaran pengkaji mendapati terdapat murid yang tidak dapat menangkap bola dengan baik semasa sesi perkembangan pembelajaran. Kegagalan murid ini menguasai kemahiran kemungkinan disebabkan beberapa faktor dan juga mungkin kaedah pengajaran guru yang tidak sesuai. Dengan ini pengkaji memilih kelemahan murid menguasai kemahiran ini sebagai satu kajian tindakan untuk mencari jalan penyelesaian.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan pengkaji mengkaji permasalahan ini adalah untuk:1. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran peserta kajian menangkap bola dengan kaedah koperatif.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk KajianSemasa melaksanakan kajian, pengkaji telah merangka satu strategi untuk menjalankan kajian tindakan berkaitan dengan kemahiran menangkap bola murid tahun 2 UTM. Pengkaji telah menggunakan Model Kajian Tindakan Gerald Susman. Rajah di bawah menerangkan secara ringkas tentang reka bentik pelaksanaan kajian tindakan.

Responden Responden kajian melibatkan sembilan peserta kajian yang terdiri daripada 6 perempuan dan 3 lelaki berbangsa Melayu yang bersekolah di darjah 2UTM SK LKTP Bukit Batu Kulai Jaya, Johor. Peserta kajian dikenal pasti daripada refleksi proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Manipulasi Alatan Menangkap Bola. Kelas ini mempunyai 26 orang murid, akan tetapi selepas ujian pra dijalankan terdapat 9 orang sahaja peserta kajian yang tidak menguasai kemahiran menangkap bola.

Instrumen Kajiani. PemerhatianPengkaji telah melakukan pemerhatian semasa sesi pembelajaran tajuk manipulasi alatan menangkap bola tahun 2 UTM. Pengkaji mendapati ada murid yang tidak menguasai kemahiran menangkap bola dengan baik.

ii. Ujian Pra (pre-test)Pengkaji telah melakukan ujian pra bagi mengesan peserta kajian yang menghadapi masalah menangkap bola. Hasil ujian di rekod dalam borang yang telah disediakan oleh pengkaji dan data tersebut dianalisis.

iii. Ujian Pasca (post-test)Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana kaedah koperatif ini sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran menangkap bola murid tahun 2 UTM. Hasil ujian ini dicatatkan dalam borang yang disediakan.

Untuk melaksanakan ujian pra dan pasca ini, pengkaji menyediakan instrumen kajian yang diubahsuai daripada Senarai semak Modul KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 2. Untuk pemarkahan pengkaji menyediakan instrumen yang diadaptasi daripada Fundamental Motor Skills : A manual for classroom teacher, Australia.

Prosedur Kaedah KoperatifPembelajaran koperatif merupakan satu set proses pembelajaran yang membantu pelajar saling bergantungan dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai hasil pembelajaran. Pembelajaran ini amat menggalakkan kerjasama dalam kumpulan. Ia amat sesuai untuk menyelesaikan masalah jika terdapat beberapa murid yang mahir dan juga sebahagian murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajar. Ini adalah kumpulan yang mahir digunakan untuk membantu yang lemah.

Kaedah Pengumpulan DataMingguPelaksanaanTujuan

Minggu 1Ujian pra dan kaedah rawatan 1Mendapatkan maklumat jumlah murid yang tidak menguasai dan menjalankan kaedah rawatan

Minggu 2Kaedah rawatan dua dan tigaMenjalankan rawatan kepada peserta kajian

Minggu 3Kaedah rawatan empat dan limaMenjalankan rawatan kepada peserta kajian

Minggu 4Kaedah rawatan enam dan ujian posMenjalankan kaedah rawatan dan mendapatkan dapatan kajian melalui ujian pos.

Kaedah Analisis DataData dianalisis berdasarkan rekod yang telah di kumpul selama empat minggu kajian ini dijalankan berdasarkan ujian pra, kaedah rawatan dan ujian pasca. Pengkaji telah menganalisis tahap kemahiran menangkap bola murid tahun 2 UTM. Data diperihalkan secara deskriptif melalui ujian pra dan pasca dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2010.

DAPATAN KAJIAN

Ujian Sebelum IntervensiPengkaji telah menjalankan ujian pra terhadap 26 orang murid tahun 2 UTM SK LKTP Bukit Batu. Ujian ini mengandungi 10 percubaan menangkap bola dari jarak 5 meter menggunakan bola sepak (getah) saiz 3. Berikut adalah dapatan daripada ujian tersebut.

KATEGORISKORMATABILANGAN MURID

CEMERLANG8 10510

BAIK6 737

SEDERHANA3 525

LEMAH0 214

C = 39%B = 27%S = 19%L = 15%

Daripada dapatan ujian pra menangkap bola ini, didapati terdapat 34% murid ataupun 9 orang belum dapat menguasai bola dengan baik. Terdapat 19% murid hanya berada tahap sederhana dan 15% murid lemah dalam menangkap bola. Oleh itu pengkaji rasa bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran mereka ke tahap baik. Kaedah koperatif digunakan untuk mencapai sasaran tersebut.

Ujian Selepas Intervensi

Setelah menggunakan kaedah koperatif dalam kaedah rawatan untuk peserta kajian, dapatan kajian adalah seperti berikut:

KATEGORISKORMATABILANGAN MURID

CEMERLANG8 10517

BAIK6 737

SEDERHANA3 522

LEMAH0 210

Berdasarkan jadual dan carta di atas hanya 8% sahaja murid yang belum menguasai tahap baik dan cemerlang dalam kemahiran menangkap bola tahun 2 UTM. Bilangan murid yang lemah sudah tiada lagi. Ini menunjukkan terdapat keberkesanan kaedah koperatif dapat meningkatkan kemahiran murid menangkap bola. Perbandingan Ujian Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi

Selepas data di kumpul dan dianalisis pengkaji telah membandingkan keputusan ujian sebelum intervensi dan selepas intervensi. Selepas diteliti didapati bahawa terdapat peningkatan

Merujuk kepada graf di atas jelas kelihatan terdapat peningkatan peserta kajian dalam kemahiran menangkap bola. Jumlah peserta kajian yang dapat menguasai kategori baik dan cemerlang dapat di tingkatkan kepada 24 orang berbanding 17 orang sebelum intervensi. Ini menunjukkan keberkesanan kaedah rawatan selama 4 minggu yang telah dipilih. Murid yang lemah pula dapat dihapuskan selepas intervensi.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya pengkaji mendapati selain kaedah demonstrasi, simulasi ataupun latih tubi, kaedah pembelajaran koperatif jelas dapat digunakan untuk meningkat kemahiran murid dalam menguasai kemahiran asas menangkap bola. Dengan penguasaan kemahiran menangkap bola ini akan memudahkan lagi murid untuk bermain permainan kecil dengan lebih seronok lagi semasa aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu pengkaji berharap dengan peningkatan kemahiran ini akan memudahkan murid menguasai permainan suka di masa hadapan. Setiap guru haruslah memastikan murid dapat menguasai kemahiran yang di ajarnya semasa Pendidikan Jasmani kerana di sinilah tempat murid berseronok.RUJUKAN

BUKU

Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010) Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah 1M1S : Bola Baling. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010) Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah 1M1S : Bola Jaring. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia

Dr. David Lim Chong Lim, Dr Nor Azizah Salleh (2011) HBEF 2503: Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Seri Kembangan : Meteor Doc Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008) Buku Manual Kajian Tindakan: Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2014). Modul Penyelidikan Tindakan 1: Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah: Cyberjaya : Bahagian Perkembangan kurikulum

Mok Soon Sang (2004). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 5. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Othman Lebar (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan: kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Harizons Sdn. Bhd

Wee Eng Hong. (2001) Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd17