bab 10 pemasyhuran kemerdekaan 10.1 pengertian …€¦ · - perdana menteri malaysia - merdeka...

10
1 | Sejarah Tingkatan 4 Ruainun SMK Teriang Hilir NSDK BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian Kemerdekaan Tarikh merdeka 31 Ogos 1957 / 5 Safar 1377 Hijrah Erti merdeka - Bebas dr sebarang cengkaman kuasa asing - Bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara Takrif Kemerdekaan Kamus Dewan - Bebas dari penjajahan, kurungan / naungan - Negara merdeka bermakna negara yg berdaulat iaitu mempunyai kuasa tertinggi Sayyid Jamal al- Din al-Afghani - Tokoh gerakan Pan-Islamisme - Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yg merdeka (wataniyyah) - Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri drp pencerobohan luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara Rashdi Rida - Tokoh gerakan Pan-Islamisme - Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. - Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah & menghapuskan ikatan perkauman Mahatma Gandhi - Tokoh pejuang kemerdekaan India - Memperjuangkan pembebasan rakyat India dari belenggu kemiskinan dan penindasan kasta - Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral - Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walau sukar spy setiap komuniti hidup dlm harmoni Nelson Rolihlahla Mandela - Tokoh pejuang kemanusiaan yg membebaskan rakyat Afrika dari penindasan dasar Aparteid di Afrika Selatan. - Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. - Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas dari perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. - Seluruh rakyat perlulah bersatu dlm satu negara menuju masa depan Soekarno - Presiden Indonesia - Kemerdekaan beerti bebas selama²nya - Kebebasan ini merangkumi kebebasan utk berfikir, bertindak drp politik penindasan dan rejim autokratik - Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yg dijajah itu akan terus didominasi oleg mereka - Rakyat yg dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan, - Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yg demokratik tanpa kelas dan kasta Tunku Abdul Rahman - Perdana Menteri Malaysia pertama - Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yg jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yg berdaulat. - Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yg baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita² keadilan dan kebebasan Tun Temenggong Jugah anak Barieng - Pemimpin Parti PESAKA - Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri lebih terjamin/lebih kuat. - Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. - Dengan kemerdekaan ini kita dapat mengatasi ancaman komunis Tun Fuad Stephens - Ketua Menteri Sabah pertama - Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. - Usaha pembangunan yg pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu masyarakat. Tun Dr. Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun Rumusan - Kemerdekaan memberikan hak utk rakyat tentukan sendiri bentuk / hala tuju negara tanpa pengaruh luar. - Penghayatan erti merdeka menuntut rakyat mengenali sejarah negara bagi mengukuhkan jati diri bagi mengisi kemerdekaan 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Jawatankuasa Persediaan Fizikal Fokus j/kuasa - Penonjolan identiti negara Prasaran a fizikal - Membina sebuah stadium Rekabentuk oleh S.E. Jewkes Mengambil masa 6 bulan untuk siap 22 ribu tempat duduk 3000 daripadanya tempat duduk berbumbung Menelan belanja 2.5 juta ringgit Siap dibina pada 21 Ogos 1957 - Istana untuk Yang di-Pertuan Agong

Upload: others

Post on 12-Dec-2020

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

1 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.1 Pengertian Kemerdekaan Tarikh merdeka 31 Ogos 1957 / 5 Safar 1377 Hijrah

Erti merdeka - Bebas dr sebarang cengkaman kuasa asing - Bebas menentukan pemerintahan dan hala

tuju negara

Takrif Kemerdekaan

Kamus Dewan - Bebas dari penjajahan, kurungan / naungan - Negara merdeka bermakna negara yg

berdaulat iaitu mempunyai kuasa tertinggi Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

- Tokoh gerakan Pan-Islamisme - Perjuangan bagi menghadapi penjajah

hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yg merdeka (wataniyyah)

- Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri drp pencerobohan luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara

Rashdi Rida

- Tokoh gerakan Pan-Islamisme - Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara

adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat.

- Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah & menghapuskan ikatan perkauman

Mahatma Gandhi

- Tokoh pejuang kemerdekaan India - Memperjuangkan pembebasan rakyat India

dari belenggu kemiskinan dan penindasan kasta

- Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral

- Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walau sukar spy setiap komuniti hidup dlm harmoni

Nelson Rolihlahla Mandela

- Tokoh pejuang kemanusiaan yg membebaskan rakyat Afrika dari penindasan dasar Aparteid di Afrika Selatan.

- Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas.

- Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas dari perhambaan, kemiskinan dan penderitaan.

- Seluruh rakyat perlulah bersatu dlm satu negara menuju masa depan

Soekarno - Presiden Indonesia - Kemerdekaan beerti bebas selama²nya - Kebebasan ini merangkumi kebebasan utk

berfikir, bertindak drp politik penindasan dan rejim autokratik

- Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yg dijajah itu akan terus didominasi oleg mereka

- Rakyat yg dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan,

- Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yg demokratik tanpa kelas dan kasta

Tunku Abdul Rahman

- Perdana Menteri Malaysia pertama - Kemerdekaan ibarat tempat perhentian

dalam perjalanan yg jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yg berdaulat.

- Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yg baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita² keadilan dan kebebasan

Tun Temenggong Jugah anak Barieng

- Pemimpin Parti PESAKA - Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri

lebih terjamin/lebih kuat. - Penduduk peribumi Sarawak sanggup

berkorban demi mempertahankan negara. - Dengan kemerdekaan ini kita dapat

mengatasi ancaman komunis

Tun Fuad Stephens

- Ketua Menteri Sabah pertama - Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial

Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin.

- Usaha pembangunan yg pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu masyarakat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

- Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr

cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun

Rumusan - Kemerdekaan memberikan hak utk rakyat tentukan sendiri bentuk / hala tuju negara tanpa pengaruh luar.

- Penghayatan erti merdeka menuntut rakyat mengenali sejarah negara bagi mengukuhkan jati diri bagi mengisi kemerdekaan

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

Fokus j/kuasa

- Penonjolan identiti negara

Prasarana fizikal

- Membina sebuah stadium

Rekabentuk oleh S.E. Jewkes Mengambil masa 6 bulan untuk siap

22 ribu tempat duduk

3000 daripadanya tempat duduk berbumbung

Menelan belanja 2.5 juta ringgit Siap dibina pada 21 Ogos 1957

- Istana untuk Yang di-Pertuan Agong

Page 2: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

2 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Lagu rasmi

- Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi kebangsaan dicipta bagi diperdengarkan semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

- Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk

Pengerusi : Tunku Abdul Rahman

Pembantu : Yaacob Abdul Latif (Pengarah Jabatan Penerangan)

- Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan

asal dari Lagu Terang Bulan (lagu negeri Perak)

lirik ditulis oleh Saiful Bahari Bendera - penggunaan bendera Persekutuan Tanah Melayu

yg sedia ada akan dijadikan bendera kebangsaan - rekabentuk oleh Mohamed Hamzah (kakitangan

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) - dikibarkan dengan rasmi pada 26 Mei 1950 di

Istana Sultan Selangor

Jata Negara

- diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1957

Jata PTM 1948 Diperkenan Oleh Raja² Melayu pada 30 Mei

1952

Perisai

Bulan sabit dan bintang pecah 11

- menunjukkan 11 buah negeri Melayu dan Negeri² Selat

Anak bulan dan bintang

- agama Islam

5 bilah keris - 5 buah Negeri² Melayu Tidak Bersekutu

kiri perisai - Negeri Pulau Pinang Kanan perisai - Melaka

Tengah perisai - warna hitam dan putih: Pahang

- merah kuning: Selangor - merah hitam: N. Sembilan - putih kuning hitam :Perak

2 ekor harimau di kiri kanan perisai sebelah luar

penyokong perisai Negeri² Melayu Bersekutu yg dahulu

Perisai dialas dgn cogan kata Jawi

- “Bersekutu Bertambah Mutu”

- Sama dgn cogan bahasa Inggeris “ Unity is Strenght”

Warna Kuning pada awan²

- Warna Diraja bagi Duli² Yang Maha Mulia Raja-Raja

Bunga - Kementerian Pertanian meninjau pendapat rakyat untuk menentukan bunga yg sesuai

- Kajian dijalankan pada akhir 1957 dan awal 1958 dalam 2 peringkat iaitu kawasan bandar dan luar bandar

- Hasil kajian berbeza bagi setiap negeri menyukarkan kerajaan membuat keputusan

- Pemilihan tertangguh hinggalah 28 Julai 1960 diumumkan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman

- Petikan perbahasan Dewan Rakyat pada 12 September 1960 ttg pemilihan bunga kebangsaan “Orang tua² Melayu sendiri namakan bunga raya yg digemari ramai” Bunga lain walau harum tidak diterima kerana nama bunga berlainan nama di tempat berbeza dan tidak didapati di serata Tanah Melayu

Cempaka : diutara di panggil bunga “chempa”. Kalau dipanggil bunga Chempaka bererti bunga “cemphaka kubur”

Bunga Tanjung: diutara dipanggil bunga “mengkula” Bunga mawar: sesetengah orang memanggil bunga

“rose” Bunga Raya dipanggil nama yg sama di serata negeri Melayu dan

Sumatra boleh didapati di serata Tanah Melayu. Mempunyai rupa kuntum yg munasabah

Dipilih setelah dikaji pendapat rakyat

Jawatankuasa Sambutan Peranan - Memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota

dan negeri

Hiasan bangunan

- Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu

Hiasan bendera

- Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut

Pakaian seragam

- Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ilham Tunku Abdul Rahman

- Sejenis pakaian dari Kedah iaitu “baju muskat” diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok yg direka untuk menteri

Protokol - Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yg diikuti oleh sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama 3 hari

- Mrk bertindak sebagai pengiring tetamu serta pegawai jmeputan luar negara

Gaji - Semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal utk memberikan peluang menyambut merdeka

Pintu gerbang

- Pintu gerbang dibina dan dihiasi dengan lampu yg berwarna-warni

Sambutan rakyat

- Sambutan dinantikan rakyat sehingga semua tiket bas dan tiket Keretapi Tanah Melayu di pantai timur habis ditempah

- Semua pihak peringkat pusat mahu pun negeri memberikan kerjasama dan bersatu hati utk menjayakan hari merdeka

Page 3: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

3 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Jawatankuasa Lain

Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka

Pengerusi Tunku Abdul Rahman

Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka

Diketuai Dato’ Abdul Razak Hussein

Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan

Pengerusi H.S. Lee

Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan

Mengutip derma membantu perbelanjaan sambutan merdeka

Persiapan dan Sambutan Peringkat Negeri

Kedah - Utusan Melayu 29 Ogos 1957 memuatkan berita persiapan petani di Kedah

- Menabur bunga emas dan perak dalam perayaan kemerdekaan

- Bunga emas dan perak yg berbentuk kecil sbg bunga lawang akan ditabur pada majlis perjumpaan beramai² penanam padi dan ahli Syarikat Kerjasama Kedah Utara bagi menjayakan kemerdekaan

- Dengan harapan benih² padi akan tumbuh dgn subur sbg bunga² emas dan perak serta kehidupan petani akan lebih makmur

- Hampir 30 tahil emas dan perak ditempah utk ditaburkan

Perlis - Di Kangar rumah² dan kedai yg dihias sempena sambutan Hari Kemerdekaan akan diberikan hadiah

- Diadakan majlis memberikan makanan kepada kanak² serta olahraga

- Pertunjukan kesenian dan kebudayaan - 31 Ogos, syarikat² bas di Kedah dan Perlis

mengeluarkan hadiah kepada semua pekerjanya termasuk yg sedang bercuti

- 600 pekerja bas menerima $6 seorang pd hari itu

Pulau Pinang

- Upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu dan menurunkan Union Jack

- Bacaan doa selamat dan kesyukuran di masjid² - Kenduri Merdeka kepada golongan miskin - Wayang gambar percuma, pembacaan sajak,

pancaragam bagi sambut merdeka - Ucapan tahniah dan kesykuran dibuat dalam

bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil

Perak - Acara perbarisan kanak² sekolah, pengakap dan St. John Ambulans

- Peraduan menyanyi, tarian orang darat, zapin, ronggeng, bersilat, wayang kulit dan sandiwara

- 7 sekolah di Parit, Perak adakan sukan, perlawanan bola sepak dan malam harinya acara aneka warna

- Kerajaan Perak membenarkan orang ramai memalu tabuh / gendang raya dan ketuk-ketuk selama 10 minit di masjid dan madrasah di kampung sleuruh Perak pada tengah malam 30 Ogos sempena sambutan Hari Merdeka

Melaka - Sembahyang kesyukuran, bacaan al- Quran, berzanji

- Hadiah kepada kanak² yg dilahirkan pada 31 Ogos 1957 antara 12.05 tengah malam hingga 6 petang

- Wang $180 diberikan kpd golongan miskin yg lahirkan anak di Hospital Melaka, Alor Gajah, Jasin

- Kerajaan turut diminta mengubah nama² jalan dan membaiki tempat² bersejarah

- Gambar sambutan Perayaan Kemerdekaan terdapat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka

Kelantan - Di Kota Bharu disiapkan 28 rebana istimewa dibuat dr batang kelapa dan dihiasi perkataan Merdeka dlm huruf Jawi dan Rumi.

- Sembahyang hajat diadakan - Perarakan nasi kunyit dan permainan tradisional

spt wayang kulit, menora, makyung, dikir barat dan gasing

Johor - pintu² gerbang dipasang lampu - $40 000 diperuntukkan utk menjamu golongan

miskin - Mengadakan hiburan, temasya, sukan laut dan

bunga api - Peraduan Ratu Kebaya, persembahan lagu

Melayu Asli, lakonan pentas - Jamuan besar²an bagi meraikan Tunku Andul

Rahman sbg tanda penghormatan - Dicadangkan Pengisytiharan Kemerdekaan di

Segamat yg dibaca dlm empat bahasa

Terengganu - “Pesta Merdeka” akan diadakan selama 4 hari berturut² mulai 31 Ogos dgn pertunjukan joget moden, rodat, boria, wayang kulit, bangsawan, makyung

- Jalan raya sejauh 10 batu dihias dgn bendera dan lampu

- 3 jenis semboyan dibunyikan serentak pada malam 30 Ogos.

- Tabuh di Masjid Besar Sultan Zainal Abidin dipalu, semboyan fire station dibunyikan dan genta di Bukit Puteri diketuk

Negeri Sembilan

- Penduduk Rembau mengadakan kenduri dan bacaan doa selamat.

- Diadakan istiadat barisan kehormat disusuli dengan Pengisytiharan Kemerdekaan

- Pada malamnya majlis doa selamat dan jamuan diadakan

- Perayaan turut diserikan dengan sukan padang, pesta kesenian dan kebudayaan

Pahang - Di Samantan perayaan merdeka disambut dengan mengadakan pertandingan sukan darat dan sungai, jamuan makan dan tarian ronggeng.

- Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran merasmikannya

- Rombongan Pengakap dari Kuala Lipis Pahang mengadakan lawatan ke selatan Tanah Melayu dan berada di Kuala Lumpur kemudiannya meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Malam 30 Ogos 1957

Permulaan sambutan di Padang Kelab Selangor

Menjelang tengah malam 30 Ogos 1957

- Jalan sekitar Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan. - Jalan sesak dgn bas, beca, basikal, pejalan kaki

menuju ke Padang Kelab Selangor - Suasana malam meriah diterangi lampu hiasan

dan kedai dibuka sehingga larut malam

Detik Pemasyhuran

10.00 malam

- Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk

10.30 malam

- Seramai 300 org pemuda membentuk barisan kehormat mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam)

- Perbarisan diketuai Ismail Bontak

Page 4: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

4 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

11.58 malam

- Semua lampu di padang dan sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan gelap gelita

12.00 tengah malam

- Lampu dipasang semula bila jam besar berbunyi menandakan detik 12.00 tengah malam

- Diikuti laungan “Merdeka” oleh orang ramai - Tunku Abdul Rahman di bawa ke hadapan pentas

menghadap ketiga² tiang bendera - Seterusnya bendera Union Jack diturunkan oleh

Tahir Abdul Majid dengan iringan lagu God Save The Queen yg dimainkan sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu

- Bendera union Jack diturunkan dan disambut dengan tepukan dan laungan “Merdeka”

- Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dgn diiringi lagu Negaraku yg diperdengar buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah

- Sorakan “Merdeka” sebanyak 7 kali - Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat

semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan

- Pertunjukan bunga api pada malam merdeka dihadiahkan oelh kerajaan Jepun

12.10 tengah malam

- Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri

- Kemudian beliau mengambil tempat atas pentas - Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 org yg

diketuai Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yg tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini berukir peta Semenanjung TanahMelayu serta gambar Tunku di dalam peta itu.

- Ditepi bulatan peta, ditulis perkataan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” gelaran kepada Tunku

- Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku diikuti laungan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” sebanyak 3 kali

12.25 tengah malam

- Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat

12.55 tengah malam

- Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati

Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

Pagi 31 Ogos 1957

- Di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur - Perarakan barisan pasukan tentera - Orang ramai dianggarkan 20 ribu org membanjiri

stadium - Mrk datang seawal 6.00 pagi - Hujan turun pada awalnya tp mereka tidak

berganjak - Di atas pentas kelihatan Raja² Melayu dan wakil

Queen Elizabeth II Duke of Gloucester serta beberapa pegawai tinggi British dipayungi biduanda

8.15 pagi - Tunku tiba diperkarangan stadium - Ketibaan Raja² Melayu, Yang di-Pertuan Agong

dan Permaisuri serta Duke da Duchess of Gloucester

- Bunyi nafiri setiap kali pembesar negara tiba - Duke of Gloucester yg mewakili kerajaan British

telah memberikan ucapan dan menyerahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada Tunku Abdul Rahman

- Kemudian nafiri dimainkan - Tunku membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi

mengisytiharkan bahawa PTM mencapai kemerdekaan dan kedaulatan

- Dengan tangan di udara Tunku melaungkan “Merdeka” sebanyak 7 kali dengan gemanya dan disahut oleh hadirin pelbagai bangsa

- Disusuli dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari rasa syukur terhadap kemerdekaan

- Menaikkan bendera PTM sambil diiringi lagu kebangsaan “Negaraku”

- Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menandakan PTM menjadi sebuah negara yg merdeka dan berdaulat

Page 5: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

5 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

11.00 pagi - Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong diadakan di Balairong Seri, Istana Negara

- Disusuli pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka

1.30 tengah hari

- Majlis Jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray

5.25 petang

- Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England.

- Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu

Sambutan Kemerdekaan di luar negara

London

- Sambutan di adakan di Trafalgar Square pada pagi 31 Ogos 1957

- Bendera PTM dinaikkan di Malaya House selepas Pengisytiharan Kemerdekaan dibaca oleh Pesuruhjaya Tinggi PTM di United Kingdom, Encik Nik Ahmad Kamil

- Sambutan besar²an yg bermula sejak 26 Julai berlangsung selama 36 hari

Page 6: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

6 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Indonesia - Perayaan selama 2 hari diadakan besar²an di Kota Raja, Padang, Medan, Pekan Baru, Jambo, Palembang, Bandung, Surabaya, Jogjakarta, Jakarta dan Banjarmasin

- Radio Republik Indonesia menyiarkan ucapan hari merdeka selama 8 malam berturut² bermula 22 Ogos

Negara lain

- Sambutan turut diadakan di Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Filipina, Burma , Rusia

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

POLITIK Pengamalan Sistem Raja Berpelembagaan

- Setelah merdeka negara amal konsep Raja Berpelembagaan.

- Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua utama negara dgn bidang kuasa tertentu

Muzium Diraja - bertempat di Istana Negara Lama, Jalan

Istana, Kuala Lumpur

- tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong I hingga XIII (1957-2011).

- diubah suai beberapa kali dan mengalami penambahan besar-besaran pada tahun 1980-an dengan pembinaan Balairung Seri untuk upacara rasmi

- Kini, istana lama ini dijadikan muzium dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013

- mempunyai visi, iaitu untuk menjadi pusat rujukan dan penyelidikan dalam segala aspek berkaitan dengan institusi Raja Berperlembagaan.

- untuk menjadi muzium khas menjelaskan secara komprehensif peranan ruang Istana Negara.

- Kompleks Istana Negara lama ini kini terdiri daripada dua blok bangunan, iaitu Galeri Istana Negara dan Balairung Seri.

- Galeri Istana Negara merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

- Setiap ruang mempunyai nama khas, fungsi, rekaan dan protokol yang tersendiri

- Balairung Seri pula digunakan untuk upacara rasmi dan istiadat rasmi seperti Upacara Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Upacara Mengangkat Sumpah dan Upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan serta Majlis Santapan Diraja.

Demokrasi Berparlimen

- Rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya

- Pilihan raya memberi rakyat hak bersuara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan dan kesejahteraan negara

- Parlimen berkuasa menggubal undang² pada peringkat Persekutuan

- Peringkat negeri , Dewan Undangan Negeri berkuasa menggubal undang²

- Ha ini menjadikan undang² lebih berkesan dan memakmurkan negara

Pentadbiran Negara

- Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri PTM yg pertama

- Tunku mengekalkan ahli kabinet yg ada dan membuat perubahan dengan melantik Dato’Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri

- Dalam sejarah PTM mempunyai seorang Menteri Luar sebagai tanda kebebasan negara menjalankan dasar luar negara yg disandang oleh Tunku Abdul Rahman

Cabaran Kerajaan Persekutuan

- Cabaran kerajaan ialah untuk menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan khususnya dlm bidang profesional, pendidikan tinggi, keselamatan, pertahanan.

- Tunku dan Dato’ Abdul Razak memberikan komitmen tinggi bagi laksanakan penggantian ini secara berperingkat dgn lantik rakyat tempatan dalam pelbagai bidang

Page 7: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

7 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

PERINGKAT ANTARABANGSA Dasar Luar - Melalui pengukuhan Kementerian Luar

- Awal 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain utk mendapatkan latihan

- Tokoh penting dalam menentukan dasar luar negara spt Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yg pernah dilantik sbg Menteri Luar

- Negara menjalinkan hubungan dgn Indonesia, India, New Zealand, Mesir dan Jepun

Menganggotai Komanwel

- Komanwel ialah pertubuhan sukarela yg dianggotai oleh negara merdeka yg pernah dijajah oleh British

- Bila PTM merdeka, negara kita diterima utk sertai Komanwel

- Komanwel bermanfaat utk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara ahli

- Komanwel menjadi medan utk negara kita mempamerkan komitmen terhadap isu yg dihadapi oleh negara anggota

Pertahanan Negara

- Sebelum merdeka negara kita dilindungi melalui pembentukan kerjasama pertahanan Britain, Australia dan New Zaeland

- Selepas merdeka Tunku ingin mengekalkan hubungan baik dgn Britain dan negara Komanwel

- Negara belum mempunyai pertahanan menyebabkan negara memerlukan bantuan dr Britain dgn perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malaya Defence Agreement (AMDA) pada 1957

Penyertaan dalam Blok Sterling

- Negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa

- Kedudukan PTM sbg negara yg berpendapatan tinggi hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling

- Penyertaan PTM yg mempunyai kedudukan ekonomi yg kukuh dlm Sistem Keutamaan Tarif Komanwel (Commonwealth Preferential Tariff System) turut memperkukuh kedudukan ekonomi ahli²nya

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

- Negara kita menjadi ahli PBB dalam persidangan pada 17 September 1957

- Merupakan anggota ke 82 - Bendera kita dikibarkan dlm satu upacara

rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada 15 Oktober 1957

- Negara kita turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia

Misi Pengaman PBB

- Negara terlibat dlm misi pasukan pengaman PBB di Congo

- Pemilihan menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada sebuah negara baru utk sama² terlibat dlm pengurusan konflik antarabangsa

Dr Ismail Abdul Rahman bersama² dgn Mr. Dag Hammerskjoeld, Setiausaha Agung PBB pada 14 Mac 1959

EKONOMI

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

- Bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dgn tumpuan pada sektor luar bandar

- Kerajaan mempelbagaikan keluaran pertanian spy tidak hanya bergantung pada pengeluaran getah

- Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

- Ditubuhkan pada 1956 utk memajukan tanah baharu secara besar²an bagi pertanian dan penempatan semula masyarakat

- Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk menanam getah atau kelapa sawit

- Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka

Institusi Kewangan Tempatan

- Malay National Bank (Bank Kebangsaan Melayu) merupakan bank pertama dikhususkan untuk orang Melayu ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria

- Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959 bagi menggalakkan kestabilan kewangan dgn menyediakan persekitaran yg kondusif utk pertumbuhan ekonomi negara

- Terdapat juga Kwong Yik Bank ditubuhkan

pada 1913 di Kuala Lumpur

Pembangunan Luar Bandar

- Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 November 1959, hasil penstrukturan pentadbiran yg bertanggungjawab untuk membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi luar bandar

- Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah bagi merancang dan menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan.

- Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar

Rancangan Buku Merah

- Dilancarkan pada 25 Januari 1961 - Mengandungi projek berkaitan dengan

kemudahan asas seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan elektrik

- Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod yg terdapat dalam Buku Merah diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat daerah, negeri dan pusat

Masalah - Peruntukan yg tidak cukup menyebabkan program pembangunan hadapi masalah spt pembinaan sekolah, pusat kesihatan, bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar

Page 8: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

8 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

SOSIAL

Pendidikan - Pendidikan wadah utk membina sebuha bangsa bagi negara yg bersatu

- Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yg lalu

- Penyata ini memberikan penekanan kepada Bahasa Melayu sbg bahasa pengantar di sekolah

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

- Kedudukan Bahasa Melayu semakin kukuh apabila Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan

- Dengan itu DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru Johor sebagai senuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran

Jabatan Penerangan

- Bertujuan menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan di luar negara

- Selaras dgn fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara terutama menjelang kemerdekaan dan pada tahun² awal negara merdeka

Kesihatan - Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar

- Ketika mencapai kemerdekaan 1957, negara mempunyai sebanyak 65 buah hospital.

- Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting dlm pemulihan isu sosial serta pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat

Kemudahan Asas

- Diberi perhatian kerajaan pd awal kemerdekaan - Bekalan elektrik dan air bersih diutamakan demi

keselesaan dan kesihatan penduduk - Untuk membantu meningkatkan taraf hidup - Merapatkan jurang antara penduduk luar

bandar dengan bandar

Rumusan - Tempoh pengisian awal merdeka tempoh penting kerana kerajaan perlu mempelajari dan mencari pengalaman yg boleh digunakan untuk membina negara makmur

- Kita harus bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yg dicapai pada hari ini

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

- Bagi sesebuah negara merdeka kedaulatan merujuk kuasa tertinggi

yg menentukan sebuah negara bebas daripada kongkongan kuasa

luar

- PTM memperoleh kedaulatan / kuasa tertinggi yg membolehkan

kita membuat keputusan tentang hal yg berhubung dengan

pentadbiran dan politik negara

Wilayah Pengaruh

- Merujuk kawasan yg mempunyai sempadan utk membentuk PTM

- Dlm Perlembagaan PTM 1957, PTM terdiri drp Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu

- Setiap negeri berdaulat diketuai Raja, Yang di-Pertuan Besar / Yang DiPertua Negeri

Negeri dalam PTM 1957

Kerajaan - Institusi yg bertanggungjawab menguruskan dan mantadbir negara.

- Kerajaan terbahagi kpd 3 komponen iaitu i) Badan Perundangan ii) Badan Eksekutif iii) Badan Kehakiman

- Dalam amalan demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yg dipilh rakyat melalui pilihan raya

- Rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pilihan raya

Suasana semasa persidangan pertama parlimen PTM di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Selangor. Bangunan ini dikenali sbg Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC)

Kedaulatan Undang-Undang

- Bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang²

- Penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan demi kesejahteraan negara

- Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan negara merdeka dan memelihara hak rakyat

Page 9: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

9 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Lambang kebangsaan

- Lambang i) Jata Negara ii) Lagu Kebangsaan iii) Bendera Kebangsaan iv) Bunga Kebangsaan

- Kepentingan i) menjadi identiti dan jati diri rakyat ii) simbol perpaduan iii) menjadi pengertian berdasarkan

sosiobudaya dan sejarah negara iv) nilai kedaulatan v) jati diri negara

- peranan rakyat: perlu menghormati simbol rasmi negara

Jata Negara Kini

Pengiktirafan sebagai rakyat

- ia membolehkan kita mendapat hak asasi iaitu hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang spt kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat

- sebagai warganegara, kita perlu mematuhi perlembagaan

- rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara

- negara mempunyai hak terhadap rakyat - semua pihak bertanggungjawab utk

menggunakan hak masing² dengan bijak bagi mengekalkan keharmonian negara

Kempen pilihan raya 1955

Rumusan - prinsip kedaulatan (kuasa tertinggi) yg diperoleh melalui perjuangan berliku perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara

- kemerdekaan wajar dipertahnkan sepenuh jiwa raga

- kemerdekaan kait rapat dgn kedaulatan menuntut kita memberikan kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap ibu pertiwi

- semangat merdeka generasi lalu dlm usaha mempertahankan kedaulatan perlu diteladani dan disyukuri supaya genarasi akan datang menikmati kedaulatan negara dicintai

Page 10: BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian …€¦ · - Perdana Menteri Malaysia - Merdeka bukan sekadar bebas dr cengkaman kuasa & minda penjajah - Merdeka juga bermaksud menghayati

10 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K