masyarakat portugis mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri

16
MUZIK MASYARAKAT PORTUGIS DI MELAKA Melaka ialah sebuah Bandar Warisan yang diiktiraf dunia. Di Malaysia, ia merupakan sebuah Bandar yang unik dengan kepelbagaian warisan daripada pelbagai bangsa. Melaka kaya dengan pelbagai warisan budaya yang memiliki nilai estetika yang tinggi terutama dalam bidang seni muzik seperti Dondang Sayang, Joget, Nazam, Zapin dan Rebana Keras. Walaupun kesenian-kesenian tradisional ini pernah popular di kalangan masyarakat tempatan pada satu masa dahulu, namun pada masa kini kesenian-kesenian ini semakin dilupakan dan kurang diminati oleh golongan muda. Umum mengetahui bahawa Melaka adalah satu tapak sejarah yang amat berharga di Malaysia. Melaka adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai penempatan khusus masyarakat Eurasia berketurunan Portugis iaitu di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir Melaka. Pada ketika dahulu, kebanyakan masyarakat ini bekerja sebagai nelayan di sekitar pinggir laut Selat Melaka. Masyarakat ini mewarisi kepelbagaian tradisi, bahasa, adat resam dan seni budaya yang unik. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Cristang atau Cristao dan menganut agama katolik. Kedatangan Portugis ke Melaka turut membawa pengaruh seni tari joget Branyo dan Farapeirra yang popular di kalangan masyarakat Portugis ke dalam masyarakat tempatan di Melaka. Selain daripada dua tarian terssebut, masyarakat Portugis juga mempunyai beberapa lagi tarian joget dan yang sinonim sehingga kini iaitu : [Type text] Page 1

Upload: amanda-wright

Post on 15-Sep-2015

395 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

portugis

TRANSCRIPT

MUZIK MASYARAKAT PORTUGIS DI MELAKA

Melaka ialah sebuah Bandar Warisan yang diiktiraf dunia. Di Malaysia, ia merupakan sebuah Bandar yang unik dengan kepelbagaian warisan daripada pelbagai bangsa. Melaka kaya dengan pelbagai warisan budaya yang memiliki nilai estetika yang tinggi terutama dalam bidang seni muzik seperti Dondang Sayang, Joget, Nazam, Zapin dan Rebana Keras. Walaupun kesenian-kesenian tradisional ini pernah popular di kalangan masyarakat tempatan pada satu masa dahulu, namun pada masa kini kesenian-kesenian ini semakin dilupakan dan kurang diminati oleh golongan muda.

Umum mengetahui bahawa Melaka adalah satu tapak sejarah yang amat berharga di Malaysia. Melaka adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai penempatan khusus masyarakat Eurasia berketurunan Portugis iaitu di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir Melaka.

Pada ketika dahulu, kebanyakan masyarakat ini bekerja sebagai nelayan di sekitar pinggir laut Selat Melaka. Masyarakat ini mewarisi kepelbagaian tradisi, bahasa, adat resam dan seni budaya yang unik. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Cristang atau Cristao dan menganut agama katolik.

Kedatangan Portugis ke Melaka turut membawa pengaruh seni tari joget Branyo dan Farapeirra yang popular di kalangan masyarakat Portugis ke dalam masyarakat tempatan di Melaka. Selain daripada dua tarian terssebut, masyarakat Portugis juga mempunyai beberapa lagi tarian joget dan yang sinonim sehingga kini iaitu :

I] Tiyanka2] Jinkling Nona3] Bong-bong Fila4] Sarampa [Golek-golek]5] Serampang Laut

Tarian-tarian ini masih diteruskan sehingga kini terutamanya ketika majlis-majlis keramaian termasuk peryaan seperti krismas, Pesta San Pedro dan Easter.

Mereka merupakan satu masyarakat yang hidup dengan penuh dengan keceriaan dan mereka adalah merupakan masyarakat yang sangat kaya dengan kebudayaan.

Oleh sebab itu, masyarakat Portugis ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Muzik dan tarian Portugis telah muncul pada tahun 1952 tetapi masyarakat ini telah wujud di Melaka sejak abad keenam belas lagi. Kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan kebudayaan kaum Portugis bermula dalam tahun 1960an. Mengikut Horace Sta Maria di dalam in virtual hibernation, satu kumpulan penduduk dari Perkampungan Portugis dan Praya Lane telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah kumpulan kebudayaan di mana Persatuan Kebudayaan tersebut telah didaftarkan pada 27 Ogos 1967.

Persatuan Kebudayaan ini telah mendapat pujian terutamanya dikalangan masyarakat Portugis di mana satu usaha yang telah memberi kesan ialah mengembalikan semula kegemilangan Pesta San Pedro di dalam tahun 1967. Pesta ini telah sekian lama dilupakan, tetapi dengan inisiatif persatuan ini ia terus dirayakan pada tiap-tiap tahun sehingga kini dan mendapat sokongan yang padu daripada Kerajaan dan dijadikan acara tahunan di perkampungan Portugis.

Tarian Portugis Tarian Portugis ada kaitannya dengan sejarah pemerintahan Portugis di Melaka. Terdapat dua jenis Tarian Portugis ini iaitu Tarian Branyo dan Tarian Farapeirra. Kedua-dua tarian tersebut ditarikan di majlis-majlis perkahwinan, hari-hari perayaan dan temasya keramaian. Tarian Farapeirra merupakan tarian muda mudi. Ia ditarikan secara berpasang-pasangan iaitu lelaki dan wanita. Penari-penari wanita memakai pakaian gaun labuh, blous yang berenda. Penari lelaki memakai pakaian yang dipanggil Bolero iaitu "waist-coat" berenda dan bersusun dengan motif-motif bunga. Bentuk seluarnya kelihatan ketat dan berwarna hitam, bergaris panjang ditepinya. Selain itu ia dilengkapi dengan kain "skaf" yang dipakai dileher serta memakai topi kecil di kepala. Ketika menari kadang-kadang topi digantung di bahagian belakang badan. Alat muzik ialah terdiri daripada gitar dan tamborin.

Pada hari ini Pesta San Pedro bukan sahaja merupakan sebuah acara tahunan oleh masyarakat Portugis, tetapi juga dijadikan salah satu acara tahunan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan juga Kementerian Pelancongan untuk menarik pelancong-pelancong sama ada pelancong tempatan di Malaysia atau pun pelancong-pelancong dari luar Negara.

YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka begitu prihatin terhadap kebajikan masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis. Dan Pesta San Pedro yang dirayakan pada tiap-tiap tahun mendapat sokongan moral dan material dari Kerajaan Negeri Melaka. Selain dari itu, persatuan ini juga terlibat dengan beberapa persembahan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan saperti di Hari Kemerdekaan dan sebagainya.

Muzik dan tarian yang sangat popular di kalangan masyarakat Portugis ialah Branho yang mana mempunyai mirip dengan persembahan Ronggeng di dalam masyarakat Melayu. Tarian ini mempunyai empat tempo, iaitu: Serampa, Bintanya, Chikoti yang dinyanyikan dengan iringan rebana,flute gong, biola, dan Jingli Nona Yo Kere Kaza, iaitu sebuah persembahan di majlis perkahwinan, parti-parti, dan konsert. Mata Cantiga pula yang dinyanyikan adalah persamaan dengan Lagu Berbalas Pantun.

Selain dari itu, ada sebuah lagi pertubuhan kebudayaan yang diketuai oleh Senior Noel Felix. Kumpulan kebudayaan ini menumpukan kepada lagu-lagu dan kebudayaan Portugis Melaka. Walau pun usaha-usaha dijalankan untuk mendapatkan tarian-tarian Portugis dari luar Negara, tetapi kumpulan ini telah berusaha dengan giatnya untuk menghidupkan kembali kebudayaan dan muzik yang telah lama tenggelam saperti Mata-Kantigayang telah dihidupkan kembali dan lagu-lagu Portugis telah digubahkan Ke Bahasa Kristang, dan telah dinyanyikan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan ini. `Mata-Katinga adalah merupakan sebuah seni yang hampir lenyap. Mata Katinga dan Branyu adalah mirip kepada persembahan Dondang Sayangdi dalam kebudayaan Melayu.Performer yang terakhir yang membuat persembahan dengan begitu menarik sekali ialah Rosil de Costa. Setelah beliau meninggal dunia, persembahan ini telah menjadi malap. Semasa Mendiang Bernard Sta Maria menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka pada tahun 1975, beliau pernah membawa kumpulan seni ini ke Sabah untuk membuat persembahan dan kumpulan ini diberi nama Tropa de Malacca.

Pada tahun 1974, sebuah kumpulan kebudayaan telah ditubuhkan atas usaha gigih dari Fr.Augusto Sendim, seorang Paderi yang telah ditukarkan dari Gereja St.Joseph di Singapura dan ditempatkan untuk menjadi Paderi di Gereja St.Peters di Melaka. Beliau adalah seorang Paderi yang begitu popular dikalangan remaja. Beliau telah berusaha memujuk tiga pemuzik/penari yang telah bersara dari bidang ini.

Mereka ialah Joe Lazaroo, Walter Sequerah, dan Ptrick de Silva. Dengan bantuan dan pertolongan serta bimbingan dari Fr.Sendim, mereka telah menubuhkan Rancho Focorio San Pedro dalam tahun 1974. Apatah lagi dengan kehadiran Christie Rodrigues, yang telah banyak memberi bimbingan kepada kumpulan ini telah menampakkan perubahan yang ketara di dalam perkembangan seni masyarakat Portugis.

Pada tahun 1985, Mr.Freddie Scully telah menubuhkan sebuah kumpulan kebudayaan yang diberi nama DTiru-Tiru dengan dibantu oleh dua orang pemuzik iaitu George de Costa dan Andrew Carvalho, yang sungguh berbakat bermain keyboard tetapi selalunya bermain biola dan ukulele. Malangnya kumpulan ini tidak bertahan lama.

Ada sebuah lagi kumpulan seni muzik yang ditubuhkan dalam tahun 1980an oleh penggiat-penggiat seni kaum Portugis. Ia ditubuhkan di Praya Lane oleh Stephen Fabiano Theseira, seorang ahli Pertubuhan Kebudayaan Portugis dalam tahun 60an dan 70an. Kumpulan ini telah ditubuhkan dalam tahun 1986 di mana Mr.Lionel Theseira telah dilantik sebagai pengurus untuk mengendalikan segala kegiatan dan tujuan promosi pertubuhan ini. Banyak persembahan telah dibuat termasuk persembahan di Sabah dan Sarawak di atas jemputan Feri Malaysia. Pernah mereka membuat persembahan di Portuguese Square di Perkampungan Portugis di pertengahan tahun 80an. Kehebatan kumpulan ini begitu ketara sehingga pernah dijemput oleh Kerajaan Sepanyol untuk membuat persembahan pada tahun 1989.

Tidak ketinggalan, bahawa pada tahun 1991 telah berlaku satu lagi penubuhan kumpulan seni oleh George Acantra yang diberi nama Strela di Melaka. Kumpulan ini tidak bertahan lama dan seterusnya dibubarkan. Ahli-ahlinya adalah bekas-bekas ahli Troupa de Malacca. Sebenarnya ramai tokoh-tokoh muzik ternama telah wujud di dalam masyarakat Portugis. Mereka adalah pemuzik-pemuzik professional, misalnya Royston Sta Maria, yang telah begitu popular di dalam industry muzik tahun 1980an. Tidak dapat dilupakan ialah sebuah kumpulan yang ternama dalam tahun 1950an, iaitu Kumpulan Tres Amigos, yang dianggotai oleh Horace Sta Maria, Ernest Rodrigues, dan Camillo Gomez.

Kumpulan-kumpulan lain yang juga menempa nama di industri muzik ialah Os Pombos (Singho Brothers), yang menumpukan lagu-lagu ala Western dan Kumpulan The Travellers yang diketuai oleh Franco de Costa, yang pernah dinobatkan sebagai Elvis Presley Malaysia. Kumpulan ini sering mengadakan persembahan mereka di majlis-majlis perkahwinan dalam tahun 80an.

ENSEMBLE

Ensembel muzik Portugis Melaka terdiri daripada biola, akordion, gitar, rebana,tamborin dan kerincing. Penyanyi akan diiringi oleh pemain biola dan akordion yang bermain secara heterofoni. Pemain-pemain gitar menghasilkan kod-kod asas dan pemain-pemain rebana, tamboring serta kerincing bagi melengkapkan rentak lagu.

Persembahan yang berlainan akan menggunakan bilangan dan jenis alat muzikyang berbeza. Contohnya beberapa gitar boleh digunakan pada waktu yang sama, sebuah sintesizer boleh digunakan untuk mengiringi seorang penyanyi khasnya untuk pertunjukan-pertunjukan malam.

Alat-alat muzik ensemble

Kerincing

Biola

Arkodian

Tamborin

Gitar

Rebana

Muzik Dan BentukDua lagu yang biasa dipentaskan adalah Jingkli Nona dan TiAnika. Kedua-dua lagu telah menjadi lambang kebudayaan masyarakat Portugis Melaka dan dikenali sebagai lagu tradisional. Misalannya lagu Jingkli Nona juga di ajar di sekolah rendah sebagai lagu etnik.

Lagu TiAnika merupakan lagu Portugis yang diimport dari Portugal pada tahun 1950an. Lagu ini masih dinyanyikan dalam Bahasa Portugis kuno yang tidak lagi digunakan oleh masyarakat Portugis Melaka sebagai bahasa pertuturan.

Lagu Jingkli Nona pula adalah sejenis lagu branyo yang dinyanyikan dalam Bahasa Kristang. Di dalam lagu ini telah dicantumkan ciri-ciri muzik Portugis, Melayu dan Baba. Seperti dalam lagu joget, branyo menekankan kegunaan tiga not dan dua not yang dimain oleh dram, violin dan akordion. Ciri ini juga boleh didapati dalam muzik Portugal dan Sepanyol.

Kebanyakan lagu baru menggunakan bahasa Kristang (bahasa Kreol orang Portugis Melaka) dan bukan bahasa Portugis moden. Tarian Branyo (bahasa Kristang untuk tarian sosial joget) diperkenalkan sebagai tarian terakhir pada setiap persembahan.

Contoh : Lagu Jingli Nona iringan biola

Seperti dalam Dondang Sayang, suasana menarik ditimbulkan bila seorang penyanyi wanita dan seorang penyanyi lelaki jawab-menjawab puisi. Proses jawab-menjawab puisi juga didapati dalam lagu Jingkli Nona.

BentukMelodi setiap rangkap dibahagikan kepada dua kuplet yang diulangi (AABA). Korus dinyanyikan oleh semua orang yang hadir pada waktu persembahan (CC).

Contoh : Lagu Jingli Nona

Pada masa kini, ramai penyanyi tidak jawab-menjawab puisi lagi tetapi menyanyi rangkap-rangkap yang dihafalkan. Akhirnya, tarian-tarian dan lagu-lagu Portugis yang telah wujud sejak 40 tahun dahulu telah diterima sebagai kebudayaan masyarakat Portugis Melaka tulen. Persamaan (joget, dondang sayang dan branyo)menunjukkan interaksi muzikal di antara masyarakat Portugis, Melayu dan Baba Melaka. Tarian-tarian dan lagu-lagu diperturunkan kepada generasi mudah secara lisan.

[Type text]Page 14