prinsip penyediaan & penggunaan bahan bmm 3104

10
Prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran Pembelajaran adalah satu proses yang memerlukan interaksi empat komponen utama iaitu pelajar, guru, pendekatan dan bahan pembelajaran. Pada era ledakan teknologi dan maklumat yang kita duduki hari ini, bahan pembelajaran bukan sahaja terhad pada buku dan alat-alat tulis, bahkan ia meliputi pelbagai alat elektronik yang canggih seperti video, computer dan foto dimana aspek-aspek ini selaras dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa kini serta daya tarikan yang dapat mempengaruhi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang memaksa kita untuk menggunakan bahan-bahan seperti ini. Walau bagaimanapun, kecanggihan alat-alat teknologi ini tidak dapat berbuat apa-apa tanpa kepakaran dan kesuaian yang digunakan untuk diserapkan dalam P&P. Dalam pemilihan sesuatu bahan pengajaran, guru perlu sentiasa merancang bahan yang sesuai untuk digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pengalaman pengajaran dan pengalaman pembelajaran dapat diperkaya bukan sahaja melalui penggunaan buku-buku seperti P&P konvensional tetapi juga penggunaan radio, televisyen, pita video, filem slaid dan lain-lain. Hal ini selaras dengan kemajuan sains dan teknologi, bidang pendidikan mengalami perkembangan kemodenan sekaligus menjadikannya semakin canggih. Sebagaimana yang kita dapat lihat, proses P&P masa kini menjadi lebih mencabar berbanding dengan proses P&P konvensional. Prinsip yang digunakan untuk memilih bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran berbahasa ialah bahan yang bersesuaian, menepati objektif pengajaran dan perlulah mencabar. Selain itu, bahan pengajaran tersebut haruslah terancang dan menarik untuk

Upload: zakwan-abdul-rahim

Post on 13-Aug-2015

167 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BMM 3104

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

Prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan bahan bantu

pengajaran-pembelajaran

Pembelajaran adalah satu proses yang memerlukan interaksi empat komponen utama iaitu

pelajar, guru, pendekatan dan bahan pembelajaran. Pada era ledakan teknologi dan

maklumat yang kita duduki hari ini, bahan pembelajaran bukan sahaja terhad pada buku dan

alat-alat tulis, bahkan ia meliputi pelbagai alat elektronik yang canggih seperti video,

computer dan foto dimana aspek-aspek ini selaras dengan kemajuan teknologi maklumat

pada masa kini serta daya tarikan yang dapat mempengaruhi sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) yang memaksa kita untuk menggunakan bahan-bahan seperti ini.

Walau bagaimanapun, kecanggihan alat-alat teknologi ini tidak dapat berbuat apa-apa tanpa

kepakaran dan kesuaian yang digunakan untuk diserapkan dalam P&P.

Dalam pemilihan sesuatu bahan pengajaran, guru perlu sentiasa merancang bahan

yang sesuai untuk digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

menyeronokkan. Pengalaman pengajaran dan pengalaman pembelajaran dapat diperkaya

bukan sahaja melalui penggunaan buku-buku seperti P&P konvensional tetapi juga

penggunaan radio, televisyen, pita video, filem slaid dan lain-lain. Hal ini selaras dengan

kemajuan sains dan teknologi, bidang pendidikan mengalami perkembangan kemodenan

sekaligus menjadikannya semakin canggih. Sebagaimana yang kita dapat lihat, proses P&P

masa kini menjadi lebih mencabar berbanding dengan proses P&P konvensional.

Prinsip yang digunakan untuk memilih bahan pengajaran dan pembelajaran bagi

kemahiran berbahasa ialah bahan yang bersesuaian, menepati objektif pengajaran dan

perlulah mencabar. Selain itu, bahan pengajaran tersebut haruslah terancang dan menarik

untuk meningkatkan minat dan pemahaman serta keintelektualan murid-murid. Bahan yang

bersesuaian bermaksud pemilihan bahan amat perlu dititikberatkan dalam menyediakan

bahan pembelajaran dan pengajaran. Bahan berkenaan hendaklah bersesesuain dengan

objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu, pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan

pembelajaran murid juga perlu dilihat untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar.

Selain itu, bahan yang dipilih hendaklah menepati objektif pengajaran. Hal ini

bermaksud dalam menyediakan bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid, guru

perlulah memilih bahan yang menepati dengan isi pelajaran seperti mengandungi maklumat

yang hendak disampaikan serta mengarah kepada objektif yang hendak dicapai. Urutan

Page 2: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

susunan juga perlu lebih teratur untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran

berlaku dengan lebih berkesan. Tambahan pula, bahan yang dipilih perlulah mencabar.

Semasa menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran ini, guru perlulah mematuhi

prinsip-prinsip yang berikut:

1. Bahan yang konkrit kepada abstrak.

2. Bahan yang mudah kepada kompleks.

3. Bahan yang mempunyai fakta terasing dengan bahan yang mengandungi fakta

bersepadu.

4. Bahan yang khusus kepada bahan yang umum.

5. Bahan yang umum kepada bahan teori.

Tambahan pula, bahan pengajaran tersebut haruslah terancang dan menarik.

Pemilihan bahan untuk sesi pengajaran haruslah terancang dan mampu menarik minat

murid untuk mempelajari sesuatu topik pengajaran yang diajarkan. Seterusnya adalah

bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu

aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan

menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku)

seseorang. Sehubungan dengan itu, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki

ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk

belajar.

Prinsip yang seterusnya adalah bahan yang dipilih itu perlu menepati objektif

pengajaran. Hal ini penting kerana yang perkara yang hendak diajar ialah subjek yang

berkaitan dengan bahasa Melayu. Oleh itu, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai

potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P&P yang dipilih itu

semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh

diberi perhatian ialah pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian,

kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid. Kedua, urutan susunan bahan

perlu teratur dan mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain. Ketiga

mengandungi maklumat berkenaan fakta penting dan perlu dikemas kini. Keempat, kosa

kata yang sesuai mengikut tahap atau umur murid. Kelima, bahan berbentuk buku perlu

dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan bahan – bahan berkenaan perlu

mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.

Tambahan, bahan yang dipilih perlu menarik minat murid-murid. Hal ini berkenaan

aspek reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid. Bahan bantu

mengajar berkenaan juga perlu mengandungi arahan yang jelas. Prinsip yang seterusnya

adalah bahan bantu pengajaran-pembalajaran itu perlu jimat dan murah dan bahan yang

Page 3: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

praktikal dari segi boleh guna, ekonomik, dapat digunakan secara berulang kali, bahkan

boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran selain Bahasa Melayu.

Prinsip pemilihan bahan adalah berbeza dengan prinsip pennyediaan bahan.

Pembinaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran dilakukan setelah guru dapat memilih

dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-

murid. Walau bagaimanapun, dalam proses penyediaan bahan, aspek kandungan bahan

bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru. Hal ini berbeza dengan prinsip pemilihan

bahan dimana prinsip pemilihan bahan menekankan kepada aspek fizikal bahan. Prinsip

penyediaan bahan melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketetapan, kepelbagaian,

kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai serta standardisasi dan simplikasi.

Bagi aspek yang pertama iaitu bentuk dan fungsi, istilah ‘fungsi’ itu merujuk kepada

proses menyampaikan maksud. Maksud dapat disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa,

iaitu perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan bahasa. Dalam hal ini, bahan-bahan

pengajaran harus dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi.

Bentuk-bentuk bahasa tersebut merujuk kepada fonologi, tatabahasa, perbendaharaan kata,

dan wacana. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian untuk membolehkan pelajar mengenal

dan dapat menggunakan bahasa dengan betul.

Aspek yang kedua adalah ketepatan. Ketepatan yang dimaksudkan adalah

bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang berhubung dengan

fungsi dan konteks sosial. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat

menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu. Aspek yang ketiga adalah

kepelbagaian. Kepelbagaian dalam P&P bahasa bertujuan mendedahkan para pelajar

beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Melalui

pendedahan variasi bahasa ini, para pelajar dapat memilih variasi yang sesuai untuk dalam

konteks dan situasi tertentu. Kepelbagaian melibatkan dialek, stail, informal laras dan

medium.

Aspek keempat adalah kemahiran bahasa. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat

sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh hal

yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu

strategi pembelajaran yang lebih bermakna. Aspek seterusnya iaitu aspek keenam adalah

standardisasi dan simplikasi. Proses ini dilakukan bagi membolehkan para guru

mewujudkan bahan-bahan yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Bahan-bahan

tersebut perlu disunting dan diubah suai selaras dengan kebolehan para pelajar.

Kebiasaannya, bahan-bahan itu perlu disesuaikan dengan umur, jantina, kawasan,

pendidikan dan sosial pelajar. Aspek terakhir adalah penerapan nilai dan pengetahuan.

Page 4: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

Bahan tersebut yang disediakan itu dapat menerapkan nilai moral. Melalui strategi ini,

pelajar bukan sekadar dapat menambah pengetahuan baru tetapi mereka juga sentiasa

menyedari dan memahami tanggungjawab sebagai seorang insan terhadap keluarga,

masyarakat dan negara.

Seterusnya adalah berkenaan prinsip penggunaan bahan yang menekankan

penggunaan optimum dan cara bahan itu disampaikan kepada para pelajar. Semua bahan

pengajaran-pembelajaran terutamanya yang digunakan oleh pelajar mestilah mempunyai

sifat-sifat yang dapat memenuhi keperluan pancaindera para pelajar. Bahan-bahan itu harus

mempunyai format dan susunan yang sesuai, jelas, dan kemas. Bagi bahan yang

dirakamkan, ia perlu dapat didengar dengan jelas, mudah difahami, ringkas dan padat. Hal

ini dapat menghasilkan P&P yang lebih berkesan dan berfaedah. Isi yang seterusnya adalah

semua jenis bahan pengajaran bahasa dalam pelbagai ilmu tidak boleh diajar sekaligus.

Bahan-bahan yang digunakan itu hendaklah dipilih, disesuaikan dan digunakan mengikut

masa yang telah ditentukan pada setiap peringkat. Dalam konteks ini, bahan itu perlu

dipengaruhi oleh sukatan pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat yang telah ditetapkan.

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan pada sesuatu waktu P&P itu perlu mencukupi dan

mengandungi sifat-sifat mendidik, memberi pengetahuan dan kemahiran dan harus dapat

disampaikan dalam masa yang telah ditetapkan.

Tambahan pula, guru harus sentiasa memikirkan cara terbaik yang dapat digunakan

untuk memudahkan pemahaman murid. Hal ini bermaksud, guru harus memastikan

pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti-aktiviti serta alat bantu mengajar (ABM) yang

digunakan sesuai untuk menyalurkan ilmu pengetahuan daripada bahan-bahan tersebut.

Selain itu, perbezaan dari segi jumlah dan kualiti teks juga perlu dititikberatkan. Guru harus

sedar bahawa bahan teks itu selalunya dibina daripada pelbagai bahan yang berkaitan

dalam pelbagai disiplin ilmu. Semakin banyak disiplin ilmu, semakin luas isi, pengetahuan

dan aktiviti pengajaran dan pembalajaran. Oleh itu, guru perlu meneliti sesebuah teks yang

hendak digunakan dalam P&P dan mengkaji dari segi jumlah dan kualitinya supaya sesuai

dengan tahap kecerdasan murid.

Isi yang seterusnya adalah bahan yang digunakan itu perlu ada perkaitan denagn

aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam

proses P&P bahasa. Oleh itu, ketiga-tiganya mesti diberi penekanan yang sama rata. Walau

bagaimanapun, bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan aspek-aspek

bahasa dan penggunaanya, tetapi harus juga mengambil kira perkembangan pelajar. Isi

yang terakhir adalah guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk

memudahkan pembelajaran mereka. ‘Penggerak’ yang dimaksudkan disini adalah kunci

Page 5: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

bagi menggerakkan pelajar untuk minat belajar. Penggerak yang berkesan timbul daripada

keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Oleh itu, guru perlu mengaitkan perkara yang

belum diketahui itu dengan perkara-perkara yang mereka minati. Hal ini dapat menarik minat

murid untuk bekajar. Berikut merupakan aspek-aspek yang terdapat dalam prinsip-prinsip

penyediaan dan penggunaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran. Kesemua aspek ini

adalah untuk memastikan P&P dapat berjalan dengan lancar dan menarik serta dapat

mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Page 6: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

Prinsip-prinsip penyediaan bahan bantu pengajaran-

pembelajaran

Bentuk dan fungsi

Bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi

Bentuk bahasa merujuk fonologi, tatabahsa, penbendaharaan kata dan wacana

Ketepatan

Bagaimana bahasa dapat digunakan dengan tepat

Ketepatan konteks stilistik

Peraturan penggunaan

Sesuaikan bahasa dengan situasi ketika itu

Kepelbagaian

Mendedahkan variasi bahasa

Memilih variasi bahasa yang sesuai digunakan dalam konteks dan situasi tertentu

Kemahiran bahasa

Dilihat sebagai setiap bahagian berhubungan dan bukan terpisah

Kemahiran harus digabungjalinkan

Standardisasi dan simplikasi

Dapat memenuhi keperluan pelajar

Disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan pelajar

Disesuaikan berdasarkan umur, jantina, kawasan, pendidikan dan sosial

Penerapan nilai dan pengetahuan

Penerapan nilai moral Pelajar dapat menyedari dan memahami

tanggungjawab

Page 7: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

Prinsip penggunaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran

Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu dapat memenuhi keperluan pancaindera pelajar?

Mempunyai format dan susunan yang sesuai, jelas dan kemas

Bentuk huruf, ilustrasi dan penjilidan

Kalau menggunakan rakaman, dapat dengar denga jelas, mudah faham, ringkas dan padat

Banyak manakah bahan-bahan itu dapat dimuatkan dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran?

Bahan pengajaran bahasa tidak boleh diajar sekaligus

Bahan harus dipilih, sesuai dan digunakan mengikut peringkat

Bahan perlu dipengaruhi sukatan pelajaran bahasa

Bahan disediakan mencukupi

Bahan memiliki sifat mendidik, memberi pengetahuan dan kemahiran

Adakah bahan itu dapat disampaikan dengan cara yang terbaik?

Memikirkan cara yang terbaik untuk memudahkan pemahaman murid

Memastikan pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti serta ABM sesuai untuk menyalurkan ilmu pengetahuan daripada bahan tersebut

Adakah terdapat perbezaan dari segi jumlah dan kualiti teks?

Bahan yang termuat dalam teks perlu diteliti dan dikaji dari segi jumlah dan kualitinya

Untuk menjamin kesinambungan isi dan dan pengungkapan idea yang berterusan

Perhatian harus diberikan pada kandungan persembahan, ilustrasi, penerapan nilai, sensitiviti, latihan, aktiviti

Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran?

Mesti diberi penekanan yang sama rata

Harus mengambil kira perkembangan pelajar

Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka?

Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajari sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah

Mengaitkan perkara yang belum diketahui dengan perkara yang mereka minati

Page 8: Prinsip Penyediaan & Penggunaan Bahan BMM 3104

Kertas kerja konsep mengenai prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran

Prinsip-prinsip pemilihan bahan bantu pengajaran-

pembelajaran

Bahan yang sesuai

Sesuai dengan objektif dan matlamat

Sesuai dengan pendekatan

Sesuai dengan kaedah Sesuai dengan

keadaan dan keselamatan

Suasana dan kecenderungan murid

Bahan yang dipilih mesti mencabar

Aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku

Bahan yang menepati objektif pengajaran

Mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran bahasa

Kosa kata yang sesuai mengikut tahap murid

Mengandungi soalan latihan dan ulangkaji

Bahan yang menarik minat murid

Reka letak Saiz Ilustrasi dan

grafik Kualiti kulit dan

cara buku dijilid Arahan jelas

Jimat dan murah

Kos yang munasabah

Bahan yang praktikal

Dapat digunakan berulang kali

Dapat dimanfaatkan dalam mata pelajaran lain

Bahan yang mudah alih

Boleh bawa kemana-mana

Ringan Tidak terlalu

besar