prinsip dan teknik menjaringkan gol

24
PRINSIP DAN TEKNIK MENJARINGKAN GOL Pengenalan Bola baling merupakan sejenis sukan yang ditentukan oleh jaringan gol bagi mendapatkan pemenang. Dengan purata lebih kurang 30 hingga 40 gol dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling, bermakna permainan ini adalah antara sukan yang mempunyai kadar menjaringkan gol tertinggi. Antara kualiti penting yang harus dimiliki oleh pemain bola baling yang bertanggunjawab menjaringkan gol ialah kekuatan, kelajuan, kepantasan, ketepatan menuju sasaran dan ketepatan mengikut masa. Selain itu ada lagi kualiti lain yang harus ada pada pemain bola baling khususnya penjaring gol antaranya ialah tangkas berfikir, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak, tidak mudah berputus asa dan bekerjasama dalam satu pasukan. Asas Penting Menjaringkan Gol 1. Pemain mempunyai keyakinan diri dalam kemahiran menjaringkan gol.

Upload: eniey-ab-rahim

Post on 27-Jun-2015

338 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

PRINSIP DAN TEKNIK MENJARINGKAN GOL

Pengenalan

Bola baling merupakan sejenis sukan yang ditentukan oleh jaringan gol

bagi mendapatkan pemenang. Dengan purata lebih kurang 30 hingga 40 gol

dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling, bermakna permainan ini

adalah antara sukan yang mempunyai kadar menjaringkan gol tertinggi.

Antara kualiti penting yang harus dimiliki oleh pemain bola baling yang

bertanggunjawab menjaringkan gol ialah kekuatan, kelajuan, kepantasan,

ketepatan menuju sasaran dan ketepatan mengikut masa. Selain itu ada lagi

kualiti lain yang harus ada pada pemain bola baling khususnya penjaring gol

antaranya ialah tangkas berfikir, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan

lasak, tidak mudah berputus asa dan bekerjasama dalam satu pasukan.

Asas Penting Menjaringkan Gol

1. Pemain mempunyai keyakinan diri dalam kemahiran menjaringkan gol.

2. Pemain berkemampuan mengawal keseimbangan pergerakan dan

tindakan menjaringkan gol sepanjang tempoh permainan.

3. Pemain dapat memberi tumpuan dan perhatian penuh terhadap setiap

pergerakan yang hendak dilaksanakan, termasuk menjaringkan gol.

4. Pemain bijak mencari ruang kosong dan mengambil peluang daripada

kedudukan penjaga gol lawan.

5. Pemain dapat mengarah bola serta menepati setiap sasaran yang dituju.

6. Pemain dapat mematuhi segala peraturan dan undang-undang permainan

serta mematuhi keputusan pengadil.

Page 2: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

Jenis-jenis Jaringan

1. Jaringan Daripada Aras Bahu

Jaringan ini merupakan jaringan yang paling mudah. Jaringan ini boleh dilakukan

daripada kedudukan pemain yang statik, dan dengan lebih berkesan semasa

bergerak pantas, pemain yang berlari pecut ke garisan 9 meter untuk membuat

jaringan.

Jaringan daripada kedudukan ini boleh memberi tenaga yang maksimum

dengan tenaga yang diperoleh daripada otot kaki yang tegap daripada dasar

yang luas daripada paha, belakang, bahu lengan dan akhirnya pergelangan

tangan.

Teknik dan Aturan dalam melakukan jaringan aras bahu

i. Pemain meletakkan kaki kirinya dihadapan dengan menghalakannya

kearah hadapan, iaitu kearah gol.

ii. Pemain memegang bola pada tapak tangannya pada kedudukan

bersedia untuk membuat jaringan.

iii. Tangan kiri dibengkokkan merentasi dada, manakala bahu kiri

diarahkan kearah yang akan dibuat balingan atau jaringan.

iv. Keseluruhan tenaga jaringan dibawa daripada kaki kepada tangan

dan dibantu oleh kaki kirinya.

v. Pusingan pergelangan tangan menambahkan pertukaran lewat pada

arah jaringan, jika pertahanan atau penjaga gol bergerak untuk

mengadang.

vi. Jaringan hendaklah diarahkan terus kebahagian sudut aras gol, atau

hampir kepala penjaga gol.

Page 3: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

PERGERAKAN JARINGAN ARAS BAHU

Page 4: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

2. Jaringan Lompat

Jaringan gol merupakan jaringan yang paling berkesan kerana ia mempunyai

pelbagai pilihan dan kemungkinan yang membentuk seseorang pemain sehingga

dia dilihat berbahaya dalam melakukan jaringan gol.

Teknik dan Aturan dalam Jaringan Lompat

i. Pemain bergerak lebih kurang tiga langkah ke hadapan ke garisan gol.

Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

ii. Dari luar kawasan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol,

sambil melakukan jaringan dengan sebelah tangan. Arah yang akan

dituju ialah salah satu daripada empat penjuru gol lawan.

iii. Pemain berada di dalam kawasan gol selepas bola dilemparkan.

iv. Pemain melakukan ikut lajak pada tangan dan badannya.

Kelebihan Jaringan Lompat

i. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas

dengan cara memusingkan bahu dan lengan.

ii. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat

lompatan sendiri mampu mengelirukan penjaga gol.

iii. Pemain boleh melantun bola serta membolehkannya bergerak kedalam

gol lawan.

iv. Daripada pergerakan melompat, penjaring gol sudah tentu mempunyai

kelebihan psikologi dan mental.

Page 5: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

PERGERAKAN JARINGAN LOMPAT

Page 6: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

3. Jaringan Dari Atas Kepala

Jaringan ini hampir sama dengan jaringan pada aras bahu dari segi pergerakan,

kedudukan pemain dan gaya lontarannya. Jaringan ini boleh dilakukan secara

statik, dan dalam kedudukan berlari.

Teknik dan Aturan dalam Jaringan Atas Kepala

i. Pemain bergerak daripada kedudukan awalnya satu langkah kehadapan.

ii. Berat badan pemain diletak pada kaki kiri sambil kaki kanan

membengkok.

iii. Pemain membengkokkan tangan yang memegang bola untuk dibawa

kebelakang kepala pada aras bahu.

iv. Pemain melonjak sekali sambil tangan yang memegang bola diluruskan

keatas kepala dan membaling kuat kearah sasaran.

v. Pemain melakukan ikut lajak untuk tangan dan badan.

Page 7: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

PERGERAKAN JARINGAN ATAS KEPALA

Page 8: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

4. Jaringan Dari Bawah Lengan

Jaringan dari bawah lengan umumnya didapati kurang berkesan untuk

menghasilkan gol. Ini disebabkan pemain yang akan membuat jaringan

mendapati sukar untuk membaling bola pada kedudukan sedemikian.

Bagaimanapun jaringan ini boleh dilakukan apabila didapati pemain lawan terdiri

daripada pemain yang tinggi-tinggi. Jaringan jenis ini, selalunya bola diarahkan

ke sudut bawah gol lawan.

Teknik dan Aturan dalam Jaringan Bawah Lengan

i. Pemain mengambil langkah kehadapan dengan kaki kiri. Kaki kanan pula

dibengkokkan sambil membawa bola kebelakang pada bawah aras bahu.

ii. Pemain meluruskan tangan yang memegang bola sambil kaki kanan

melangkah ke hadapan.

iii. Bola dilontarkan kehadapan dengan sepenuh tenaga dengan

mengarahkan bola ke arah pintu gol lawan.

iv. Pemain mengundurkan kaki kiri manakala tangan kanan dilepaskan.

Page 9: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

PERGERAKAN JARINGAN DARI BAWAH TANGAN

Page 10: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

5. Jaringan Sisi

Jaringan sisi merupakan alternatif kepada jaringan tinggi dan jaringan rendah.

Dengan membuat salah satu daripada dua jaringan ini, pemain boleh melakukan

jaringan sisi apabila pemain lawan cuba melakukan adangan. Pemain tangan

kanan berpura-pura melakukan jaringan pada arah kiri lawan, tetapi tiba-tiba

mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri lalu berdiri pada

kaki kiri.

Apabila pemain ini mendarat pada sisi, dia memusingkan sedikit badan

dan bahunya, lalu membawa bola rendah untuk menjaringkan gol. Jaringan gol

dari sisi ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilakukan serta merta atau

secara mengejut.

Keseimbangan dan keselesaan kedudukan pemain ketika membuat

jaringan sisi ini harus di beri perhatian. Mungkin jaringan sisi ini digunakan

apabila pemain tidak dapat melakukan jaringan lain yang lebih berkesan.

Page 11: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

PERGERAKAN JARINGAN SISI

6. Jaringan Junam

Page 12: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

Jaringan junam atau jaringan jatuh merupakan jaringan yang sukar, kerana boleh

mendatangkan bahaya kepada pemain yang kurang berpengalaman dalam

permainan ini.

Teknik dan Aturan dalam Jaringan Junam

i. Pemain hendaklah berada diluar garisan kawasan gol dalam kedudukan

sedia.

ii. Pemain melompat menuju kawasan gol. Lompatan ini dilakukan dengan

menggunakan kaki kanan.

iii. Pemain melakukan jaringan ke sasaran semasa melompat. Jaringan

dibuat semasa pemain berada di udara semasa mendarat.

iv. Mendarat dengan menahan badan dengan tangan. Pastikan pemain

mendarat atau menjatuhkan diri dengan betul supaya tidak mengalami

kecederaan.

PERGERAKAN JARINGAN JUNAM

Page 13: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

7. Jaringan Penalti

Page 14: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

Jaringan penalti adalah jaringan gol yang dibuat setelah pengadil memberi

isyarat untuk berbuat demikian. Jaringan ini dibuat pada masa-masa tertentu.

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini diibuat secara terhad

oleh undang-undang. Pemain yang akan membuat jaringan penalti diberi masa

hanya tiga saat selepas pengadil meniup wisel.

Teknik dan Aturan dalam Jaringan Penalti

i. Pemain berada dikawasan balingan penalti bersama bola pada

tangannya.

ii. Pemain hendaklah memandang penjaga gol untuk memerhatikan

kemungkinan pergerakan yang akan dilakukan.

iii. Pemain bebas mengarahkan bola kemana-mana sudut gol lawan.

iv. Sekirannya penjaga gol sudah berlari kehadapan, gunakan teknik

membuat jaringan lambung (lob) untuk membuat jaringan.

v. Lakukan ikut lajak.

Page 15: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

PERGERAKAN JARINGAN PENALTI

Page 16: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

LATIHAN UNTUK JARINGAN GOL

Latihan 1

Lima orang pemain berbaris seperti dalam rajah. Pemain A menghantar bola

kepada jurulatih ( C ). Kemudian pemain A meneruskan larian kehadapan, ke

arah gol dengan diadang oleh pemain pertahanan lawan. Pemain A kemudian

melompat lalu membuat jaringan gol menggunakan jaringan atas atau jaringan

aras bahu.

Pemain A kemudian melompat lalu membuat jaringan gol menggunakan

jaringan atas atau aras bahu. Pemain B juga kan melakukan pergerakan yang

sama seperti yang dilakukan olah pemain A. ini diikuti oleh pemain-pemain lain

dalam barisan. Sementara itu pemain A akan kembali ke dalam barisan

dibelakang pemain E. Ulangi pergerakan jaringan gol ini dengan menggunakan

pelbagai cara membuat jaringan gol.

Latihan 2

Page 17: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

Lima orang pemain berada di beberapa kedudukan di hadapan garisan jaringan

percuma seperti ditunjukkan dalam rajah. Jurulatih mengarahkan pemain

membuat hantaran dari seorang ke seorang pemain lain hingga jurulatih

memberi isyarat pemain mana yang akan menbuat jaringan gol, menggunakan

sebarang cara jaringan dengan mengarahkan bola ke penjuru atas gol.

Pergerakan diulangi dengan pemain lain pula melakukan jaringan.

Sementara itu pemain yang telah melakukan jaringan akan kembali ke posisi

asal untuk melakukan pergerakan menghantar dan menerima bola untuk

membuat jaringan gol seterusnya.

Jurulatih hendaklah memastikan setiap pemain berpeluang melakukan

jaringan. Jurulatih hendaklah membetulkan sebarang kesilapan semasa pemain

melakukan jaringan gol.

Page 18: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

Latihan 3

Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada empat orang dalam satu

barisan. Kedudukan pemain adalah seperti dalam rajah. Dihadapan kedua-dua

barisan terdapat seorang lagi pemain yang bertindak sebagai pengadang.

Pemain pertama dari barisan pertama akan menerima bola dari jurulatih

yang berdiri ditengah-tengah barisan. Selepas mendapat bola, pemain ini akan

melakukan jaringan. Pemain yang bertindak sebagai pengadang mencuba

membuat adangan minimum disebelah dalam padang untuk memberikan pemain

yang membuat jaringan, sudut yang kecil ke arah gol.

Perlakuan ini diikuti pemain kedua dari barisan pertama dan begitulah

seterusnya. Pemain yang telah melakukan jaringan hendaklah kembali ke

garisan yang satu lagi. Contohnya, pemain pertama dari barisan pertama akan

kembali kebarisan kedua, dan pemain pertama dari barisan kedua akan kembali

kebarisan pertama.

Page 19: Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol

Latihan 4

Pemain-pemain membentuk tiga barisan terdiri daripada tiga pemain dalam satu

barisan. Kedudukan barisan ditunjukkan dalam rajah di bawah. Jurulatih

menghantar bola kepada pemain pertama setiap barisan, seorang demi seorang.

Pemain yang mendapat bola akan membuat jaringan gol sebaik sahaja

mendapat jaringan bola dari kedudukan masing-masing. Setelah semua pemain

melakukan jaringan, mereka akan berpindah kedudukan barisan. Ini diteruskan

dengan latihan jaringan seperti yang dilakukan dahulu. Begitu juga setelah

semua pemain telah melakukan jaringan daripada kedudukan barisan dalam

posisi baru akan berpindah ke posisi ketiga. Begitulah seterusnya sehingga

setiap pemain telah melakukan jaringan dari tiga posisi yang berlainan.