presentation variable

13
VARIABLE PEMBOLEH-UBAH @

Upload: eyra-naem

Post on 15-Apr-2017

47 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation variable

VARIABLEPEMBOLEH-UBAH

@

Page 2: Presentation variable

DEFINISI• Pemboleh ubah (variables) ialah konsep ataupun

konstruk yang diselidik oleh penyelidik (Gay & Airasian,2000) yakni merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan yang berubah-ubah dari segi kuantiti atau kualiti. Penyelidikan melibatkan hubung kait antara pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang mana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

• Contoh pemboleh-ubah yang sering diselidik dalam penyelidikan pendidikan ialah pencapaian, sikap, jantina, motivasi, gaya pembelajaran, kemahiran berfikir, kemahiran membaca, dan kaedah pengajaran.

• Secara umumnya, pemboleh-ubah dalam sesuatu penyelidikan dapat dikategorikan kepada pemboleh ubah tidak bersandar (Independent variable), pemboleh ubah bersandar (dependent variable), pemboleh ubah luaran (extraneous variable), pemboleh ubah moderator (moderator variable), dan pemboleh ubah intervensi (intervening variable).

Page 3: Presentation variable

JENIS-JENIS PEMBOLEH-UBAH

1) PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR (INDEPENDENT VARIABLE)- IDV

Pemboleh-ubah yang dijangka akan mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain (bersandar) dan menjadi penyebab sesuatu perkara kejadian.

Dalam kajian eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar merupakan rawatan ataupun pemboleh-ubah di manipulasi. Misalnya penyelidik ingin mengkaji kesan dua kaedah pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar.

Kaedah pembelajaran koperatif Pencapaian Pelajar

Page 4: Presentation variable

Kaedah pengajaranPelan dietUbatJantinaUmurKeadaan rawatanPencapaian Skor

CONTOH PEMBOLEH-UBAH TIDAK BERSANDAR (INDEPENDENT VARIABLE)

Page 5: Presentation variable

2.PEMBOLEH-UBAH BERSANDAR (DEPENDENT VARIABLE)- DV

• Pemboleh-ubah yang menerima kesan satu atau lebih pemboleh-ubah tidak bersandar, sama ada pemboleh-ubah yang di manipulasi ataupun yang di perhatikan oleh penyelidik (Jaeger, 1990).

• Pemboleh-ubah ini juga dikenali sebagai pemboleh-ubah hasil (outcome variable) atau pemboleh ubah kriteria (criterion variable)

Page 6: Presentation variable

Sikap.Kejayaan di sekolah.Rindu tahun pertama di kolej.Kejayaan dalam mengawal tingkah laku.Pengurangan gejalaPencapaian Skor

Pemboleh-ubah tidak bersandar (independent) dan pemboleh-ubah bersandar (dependent) bergantung kepada persoalan kajian yang diminta.

Page 7: Presentation variable

3.PEMBOLEH UBAH LUARAN (EXTRANEOUS VARIABLE) -EV

• Pemboleh ubah luaran ialah pemboleh ubah lain yang penyelidik percaya memberi kesan ke atas pemboleh ubah bersandar dalam sesuatu penyelidikan.

• Pemboleh ubah ini dikenal pasti melalui teori dan pembelajaran berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar.

• Pemboleh ubah ini perlu dikawal daripada mempengaruhi hasil penyelidikan dengan menjadikan pemboleh ubah ini sebagai pemalar (constant).

• Contoh: Tahap sosioekonomi yang berbeza mampu pengaruhi pencapaian kanak-kanak prasekolah, maka libatkan kanak-kanak dari satu tahap sosioekonomi sahaja.

Page 8: Presentation variable

Pemboleh-ubah X Pemboleh-ubah Y

Pemboleh-ubah Z

NOTA:

Pemboleh-ubah X= P/ubah tidak bersandar (Independent Variables)Pemboleh-ubah Y= P/ubah bersandar (Dependent Variables)Pemboleh-ubah Z= P/ubah Luaran (Extraneous Variables)

Page 9: Presentation variable

4.PEMBOLEH UBAH MODERATOR (MODERATOR VARIABLE) – MV*Pemboleh ubah tidak bersandar yang tidak di manipulasi tetapi disedari penyelidik dan diukur dalam penyelidikan.

*contoh: umur, budaya, kecekapan bahasa subjek penyelidikan adalah antara pemboleh ubah moderator yang wujud dalam penyelidikan pengajaran TESL.Pemboleh-ubah X Pemboleh-ubah

Y

Pemboleh-ubah Z

Page 10: Presentation variable

*Pemboleh ubah ketiga yang memberi kesan ke atas ujian statistik antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar.

*Sekadar mengubah kekuatan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar tanpa membentuk perkaitan.

*contoh: Kajian bagaimana motivasi mempengaruhi strategi pembelajaran.Pemboleh-ubah moderator yang mungkin wujud ialah umur pelajar. Kekuatan hubungan motivasi (p/ubah X) dan strategi pembelajaran (p/ubah Y) meningkat mengikut peringkat umur (p/ubah Z).

Page 11: Presentation variable

5.Pemboleh-ubah Intervensi (Intervening Variable (IV)

Pemboleh-ubah yang mewujudkan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar (Independent) dan pemboleh ubah bersandar (Dependent).

Pemboleh-ubah Z

Pemboleh-ubah X

Pemboleh-ubah Y

Nota:

P/ubah X= p/ubah tidak bersandar (Independent Variable)P/ubah Y= p/ubah bersandar (Dependent Variable)P/ubah Z= p/ubah Intervensi (Intervening Variable)

Page 12: Presentation variable

Penyelidikan kebolehan membaca kanak-kanak, data dikumpul termasuk maklumat demografi dan data fizikal.

Contoh: Umur (pemboleh-ubah Z) dan ketinggian kanak-kanak (p/ubah X). Hasil analisis menunjukkan ketinggian kanak-kanak mempunyai hubungan positif yang disamakan dengan kebolehan membaca (p/ubah Y). P/ubah X dan p/ubah Y dipengaruhi oleh p/ubah ketiga iaitu umur dan kalau (p/ubah Z) diabaikan, hubungan p/ubah X dan p/ubah Y tidak akan wujud.

pemboleh ubah ini memainkan peranan penting dalam menjelaskan hubungan atau proses sebab-akibat yang berlaku antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar.

Page 13: Presentation variable