presentation teknik menyoal aras tinggi

39
KEMAHIRAN BELAJAR TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI ALAT-ALAT CORT I ALAT-ALAT CORT IV DISEDIAKAN OLEH : MAS IFARIEZ ZA IM BIN MASNON

Upload: fariezzaim95

Post on 17-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teknik menyoal aras tinggi

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN BELAJAR

KEMAHIRAN BELAJARTEKNIK MENYOAL ARAS TINGGIALAT-ALAT CORT IALAT-ALAT CORT IVDISEDIAKAN OLEH : MAS IFARIEZ ZAIM BIN MASNON

TEKNIK MENYOAL Soalan mengarah pelajar supaya bertanya dan menggunakan pemikiran peringkat tinggi.Semua pembelajaran bermula dengan persoalan. Soalan mencetus interaksi, pemikiran, aktiviti, perbualan atau perbahasan.Persoalan mencetus interaksi dinamik dan soalan yang baik menggalakkan penglibatan aktif pelajar.Soalan dan PenyoalanWilliam Wilen dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajar yang bertanya adalah seorang yang berfikir. Kindsvatter (1992) Sekiranya soalan yang ditanya berasas kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi.Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam bilik darjah. Oleh itu untuk meningkatkan KBKK, soalan yang berasas tinggi harus diperkembangkan.5W1HSoalan yang berdasarkan kata tanya dikenali sebagai 5 Wives 1 Husband atau 5 waktu 1 Hari

PENYOAL YANG MAHIR MENYEBABKAN PELAJAR:Memberikan perhatian terhadap isu semasa.Mengintegrasikan idea baru dengan pengetahuan terdahulu.Meneliti nilai dan kepercayaan mereka.Mengaplikasikan pengetahuan dengan kehidupan sebenar.Meluaskan bidang pertanyaan.

Meluaskan idea pada tahap pemikiran yang pelbagai.Membentuk tabiat berfikir. Menguji dan menjustifikasi kedudukan mereka.Pindahkan pengetahuan dalam bidang lain.Memberi tindak balas terhadap apa yang mereka pelajari.

SOALAN PERINGKAT TINGGI MENGARAH KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR PERINGKAT TINGGIAnalisis, bandingkan, jelaskan, hipotesis, mereflek, mencipta, menilai, mencari makna baru dan mengembangkan imaginasi.JENIS-JENIS SOALANPENGETAHUAN Siapa, apa, bila, di mana, yang mana, adakah, kenal pasti, jelaskan, senaraikan, ingat semula.PEMAHAMAN . Menjelaskan,bandingkan, apakah hubungan, perbezaan, terangkan dengan menggunakan perkataan sendiri.APLIKASI .. Tunjukkan, bagaimana anda boleh menggunakannya, ke manakah ia membawa anda, aplikasi, uji. ANALISIS ... Bagaimana, mengapa, apakah sebab-sebab, apakah akibatnya, analisis, klasifikasi, kaitkan. SINTESIS .. Wujudkan, bagaimana lagi, apa akan berlaku sekiranya, bangunkan, andaikan, mereka bentuk, menggabungkan, menjangka, bagaimana sekiranya. PENILAIAN .. Yang mana terbaik, ukuran daripada baik kepada kurang baik, memilih, mengadili, menentukan yang mana satu, bagaimana, mengapa.Soalan mengikut aras Taksonomi Bloom

SOALAN BERTUMPUSoalan bertumpu ialah hanya memerlukan jawapan yang tetap.Sekiranya jawapan yangditerima berbeza dengan apa yang dikehendaki maka jawapan itu adalah salah.Foidea/konsepSpesifik dan objektifJawapan betul atau salahMemerlukan sebab dan penjelasan .contoh Apakah ibu negara Malaysia? Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?SOALAN MENCAPAHMemerlukan kemahiran pemikiran peringkat tinggi: kritikal, kreatif, rasional.Terbuka, meluas dan subjektifMencari pelbagai jenis jawapan untuk soalanMemerlukan pelbagai jenis jawapan yang betulProses penilaian membuat keputusan tentang ketepatan, kebaikan atau kesesuaian maklumat.contoh.Mengapa sesetangah komuniti tidak prihatin terhadap pencegahan jenayah?. Pada pendapat anda, apakah impak teknologi terhadap pembangunan manusia?. Bincangkan kesan pencemaran terhadap kualiti kehidupan?Perbezaan Soalan Bertumpu dan MencapahSoalan BertumpuSoalan bercapahAras rendahAras tinggiJawapan atau respon terhadJawapan atau respon luasBerbentuk tertutupBerbentuk terbukaSesuai menguji daya ingatanSesuaimenguji penaakulan dan penafsiranLebihbersifat objektifLebihbersifat subjektifLINGKARAN SOALANLingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop - skop tertentu :Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luarnegara

Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).P-Namakan lima jenisbuah-buahan tempatan tanpa musim.I -Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ?LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah-buahan di Malaysia ?

Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).

Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir.1 = Perkara.2 = Individu.3 = Luar individu.4 = Perkara + individu.5 = Individu + luar individu.6 = Perkara + luar individu.7 = Perkara + individu + luar individu

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).

Pada pendapat anda(I) ,bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapatdimajukan ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).Pada pendapat anda(I) ,mengapakah kerajaan Malaysia tidakmenggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu)

Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara(LI) ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu +luar individu).

Buah-buahan tempatan lebihlazat danberkhasiat (P)berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakahanda (I)bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

ALAT CoRTEdward de Bono berkelulusan D.Phil. Perubatan dari Universiti Cambridge telah memperkenalkan Program CoRT (Cognitive Research Trust).Program ini mempunyai enam bahagian iaitu:CoRT I : Keluasan persepsiCoRT II : Organisasi proses berfikirCoRT III : Interaksi, argumen, pemikiran kritisCoRT IV : Pemikiran kreatifCoRT V : Maklumat dan perasaanCoRT VI : TindakanDalam pendidikan, CoRT I dan CoRT IV digunakan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

CoRT I merupakan asas bagi program CoRT dan bertujuan memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktur dan kritis.

CoRT IV pula melatih pelajar mencambahkan idea-idea baru dengan menggunakan satu perkataan rawak.

CoRT ICoRT menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat CoRT. Antaranya termasuklah :PMI : kebaikan, keburukan dan menarik (Plus, Minus, Interesting) CAF : Mengambil kira semua faktor (Consider All Factors) C & S : Kesan mengikut jangka masa (Consequence Sequal)AGO : Tujuan, matlamat dan objektif (Aims, Goals & Objectives) FIP : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities) APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices) OPV : Pandangan orang lain (Other Peoples Views)

TEKNIK ASAS DAN TEKNIK PADUAN DALAM CoRT ICoRT I terdiri daripada tujuh teknik asas dantiga paduan (Rajah 1). Sebagai contoh teknik asas PMI dan CAF boleh digunakan untuk mencipta PERATURAN baru. Rajah 1 menunjukkan tujuh teknik asas bagi CoRT I.

RAJAH 1Tujuh Teknik Asas CoRTI

RAJAH 1

ALAT-ALAT CoRT IVCoRT IV membantu meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru.CoRT IV lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de Bono.Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.CoRT IV terdiri 10 teknik.Alat-alat yang terdapat dalam CoRT IV biasa digunakan adalah alat penggunaan YA, TIDAK dan POSesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK . Ia telah mantap dan kukuh. Tidak dapat diubah dan dipindah.CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil Po. Po merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian. Iaitu, kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul atau salah.

Po digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru atau cara baru mengkaji sesuatu.Po berasal daripada perkataan poetry (puisi) , dimana idea-idea yang ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu.Po juga berkaitan dengan supposition (andaian) dan hipotesis di mana idea-idea yang belum dibuktikan digunakan untuk merangsang pemikiran yang selanjutnya.

SEKIAN TERIMA KASIH