presentation sejarah bab 16 tingkatan 6 penggal 2 (thanushah)

11
Bab 16 Gerakan Nasionalisme Pembentang : S.Thanushah Tingkatan 6AK1

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 07-Aug-2015

118 views

Category:

Education


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

Bab 16 Gerakan Nasionalisme

Pembentang : S.Thanushah

Tingkatan 6AK1

Page 2: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

Faktor-faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme di Mesir dan Syria pada Abad ke-20

Pendahuluan

1. Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki Uthamaniyah namun pegaruh British di Mesir sangat kuat.

2. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamat perang Dunia Pertama.

3. Selepas 1918 mula melonggarkan sedikit cengkaman ke atas pentadbiran Mesir namun tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka.

4. Pentadbiran tradisional di bawah kepimpinan Khedif wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah hanyalah sekadar mengawal penduduk tempatan sahaja dan penduduk tempatan sering ditindas menyebabkan muncul gerakan nasionalisme .

Page 3: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

1. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

1. Peranan bahasa dan kesusasteraan membantu kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20.

2. Terdapat beberapa tokoh sasterawan yang terkenal dan juga cukup berpengaruh di Mesir.

3. Taha Husayn merupakan salah seorang sasterawan dan penulis terkenal di Mesir.

4. Beliau telah menghasilkan karya dalam beberapa kategori seperti :

- Pengajian Arab dan kebudayaan

- Kesusasteraan Islam

- Karya fiksyen yang menjadi refleksi sosial masyarakat yang mengkritik masalah kemiskinan dan kejahilan.

5. Beliau menyarankan agar pendidikan diberikan percuma kepada rakyat negara Mesir.

Page 4: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

1. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

6. Tokoh yang seterusnya ialah, Najib al-Kilani. Beliau mengasaskan kesatuan Rabitah Adab al-Islami al- ‘Alamiyyah, iaitu suatu gerakan yang merintis kepada hasil karya kesusasteraan Islam.

7. Karya-karya beliau sangat istimewa kerana lahir daripada penghayatan nilai-nilai kemanusiaan,persaudaraan dan cinta di tengah-tengah himpitan kezaliman dan penyeksaan di penjara.

8. Beliau menulis novel yang memaparkan pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teraniaya serta melawan kezaliman dan kebatilan.

9. Karya beliau banyak menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia,terutama kedudukan umat Islam yang ditindas oleh penjajah Barat.

Page 5: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

2. Pengaruh Kewartawanan dan Penerbitan Media Massa

1. Pengaruh kewartawanan khususnya majalah al-Manar menyebarkan konsep pembaharuan dan tajdid di Kaherah oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria.

2. Penyebaran idea-idea pembaharuan dan dakwah Islamiah oleh majalah ini merupakan pendorong kepada gerakan nasionalisme.

3. Majalah ini memberikan ruang untuk perbincangan pelbagai isu,mempelopori pertukaran idea serta mengemukakan cara-cara baharu menangani isu-isu sosial.

4. Penerbitan akhbar al-Mu’ayyad yang menekankan isu umat Islam seperti pendudukan kuasa Barat di Sudan dan perjuangan umat Islam Mesir terhadap penjajahan Britain.

5. Penulis wanita juga turut memperjuangkan hak mereka seperti Malak Hifni nama penanya Bahithat al-Badiya. Beliau membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita.

Page 6: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

3. Peranan Pendidikan

1. Pendidikan juga memainkan peranan dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Syria.

2. Sebuah akademi bahasa ditubuhkan di Syria dan menjadi tempat pertemuan golongan ahli linguistik untuk berkumpul dan bertukar-tukar fikiran.

3. Di bandar Damsyik dan Beirut, universiti-universiti didirikan dengan fungsi sebagai tempat perbincangan dan perdebatan golongan intelektual.

4. Terdapat dua sistem pendidikan yang berlainan daripada segi matlamatnya,iaitu :

a. Sistem pendidikan tradisional yang memfokuskan ilmu-ilmu keagamaan.

b. Sistem pendidikan moden yang mengambil contoh dari Barat.

5. Tumpuan juga diberikan kepada bidang percetakan dengan mencetak dan menerbitkan buku-buku berbentuk ilmu pengetahuan dan bacaan umum.

Page 7: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

4. Peranan Golongan Intelektual

1. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan intelektual merupakan pendorong utama semangat nasionalisme.

2. Rasyid Rida seorang warganegara Syria berusaha untuk mengembangkan ideologi pembaharuan dan Pan-Islamisme.

3. Tokoh ini mengkaji kelemahan masyarakat Islam serta cara mengatasinya dengan mengamalkan prinsip-prinsip dasar Islam dan idea modenisme penulisan. Rasyid Rida Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Syria.

Page 8: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

1. Beliau merupakan seorang tokoh pembaharuan yang hidup pada abad ke-19.

2. Beliau berusaha mengembalikan kegemilangan umat Islam yang ketika itu berada di bawah cengkaman penjajah.

3. Beliau mempunyai personaliti yang hebat dan mempunyai semangat yang tinggi dalam perjuangan.

4. Nama penuh beliau ialah Muhamamad Jamal al-Din bin Safdar.

5. Gagasan Pan-Islamisme merupakan projek beliau yang paling popular.

6. Ianya bermatlamat untuk menyatukan umat Islam dan diangga sebagai reaksi terhadap reformasi ynag pro-Barat.

7.Beliau juga menggerakkan umat Islam supaya sedar akan kekurangan dan kelemahan mereka serta perlunya mengambil contoh dari negara yang kuat.

Page 9: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

Muhammad ‘Abduh

1. Nama penuh beliau ialah, Muhammad bin ‘Aduh bin Hassan Khayr Allah.

2. Beliau berkongsi pemikirannya dalam bentuk artikel yang memuatkann tentang isu-isu yang berlaku dalam masyarakat Islam Mesir seperti nasib rakyat,pendidikan dan pengajaran.

3. Beliau bersama dengan al-Afghani telah menyusun sebuah gerakan untuk memberikan kesedaran kepada seluruh umat Islam dan dinamakan al- ‘Urwah al-Wuthqa.

4. Bagi mencapai cita-cita gerakan tersebut,sebuah majalah yang diberi nama yang sama juga telah diterbitkan.

5. Apabila beliau dilantik sebagai Mufti Mesir, beliau memanfaatkan peluang itu untuk kembali berjuang meniupkan roh perubahan dan kebangkitan kepada umat Islam.

Page 10: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)

Muhammad Rashid Rida

1. Rida merupakan seorang penulis yang profilik dan berpengaruhbdengan reformasi Islam, Pan-Arabisme serta nasionalisme Arab.

2. Rida menyeru kepada umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban Barat dan mengambil aspek-aspek yang positif seperti ilmu pengetahuan dan juga teknologi.

3. Rida juga menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menyerasikan pendidikan moden dan pendidikan agama menerusi penubuhan Madrasah al-Da ‘wah al-Irshad.

4. Rida juga aktif dalam aspek pendidikan,Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Presiden Kongres Syria pada tahun 1920.

Page 11: Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)