presentation mlysian studies

26
PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN CABARANYA DALAM KONTEKS MALAYSIA PADA HARI INI SUREN M SUKHDEV KAUR RUTH JENICER AIMIE SYAFIQAH IZZATI YEN

Upload: macbeth

Post on 19-Jun-2015

806 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

malysian studies

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation mlysian studies

PERKARA 152 PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN DAN CABARANYA DALAM KONTEKS MALAYSIA

PADAHARI INISUREN M

SUKHDEV KAURRUTH JENICERAIMIE SYAFIQAHIZZATI YEN

Page 2: Presentation mlysian studies

PENGENALANDefinisi Perlembagaan

•Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir Negara.

•Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap,jujur,ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara.

Page 3: Presentation mlysian studies

KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA 

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan :

Page 4: Presentation mlysian studies

Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. 

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang

diluluskan selepas hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan itu”

Page 5: Presentation mlysian studies

PERKARA 152

PERLEMBAGAAN

MALAYSIA

Page 6: Presentation mlysian studies

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Page 7: Presentation mlysian studies

Perkara 152 bahasa kebangsaan:

1)Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah

dalam tulisan yang diputuskan oleh parlimen:

Dengan syarat bahawa-

a)tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan(selain bagi maksud rasmi ),atau daripada mengajarkan atau belajar,apa-apa bahasa lain; dan

b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

 

Page 8: Presentation mlysian studies

2)Walau apa pun peruntukan Fasal(1),selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka,dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen,di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri,dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

3)Walau apa pun peruntukan Fasal (1),selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka,dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,teks sahih-

a)Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen;dan  b)Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan,hendaklah dalam bahasa Inggeris

Page 9: Presentation mlysian studies

4)Walau apa pun peruntukan Fasal (1),selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka,dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris; Dengan syarat bahawa,jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju,keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

 

Page 10: Presentation mlysian studies

5)Walau apa pun peruntukan Fasal(1),sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,segala prosiding di dalam mahkamah rendah,selain pengambilan keterangan,hendaklah dalam bahasa Inggeris. 6)Dalam Perkara ini,“maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan,sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan negeri,dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam

 

Page 11: Presentation mlysian studies

Namun perkara 152 juga melindungi bahasa-bahasa kaum bukan Melayu dan memperuntukkan bahawa “tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan menggunakan(selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain”. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan (Federation of Malaya,1956).

 Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan merupakan satu aspek yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa iaitu proses pindaan melalui Parlimen.Hal ini kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu bersama elemen yang lain.

Page 12: Presentation mlysian studies

KONSEP BAHASA KEBANGSAAN

 Kamus Dewan mendefinisikan “bahasa kebangsaan” sebagai “bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain”. “Bahasa rasmi” pula ialah “bahasa pentadbiran kerajaan”. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai “ yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan” atau sesuatu yang “ dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara”.

Page 13: Presentation mlysian studies

RASIONAL PERKARA 152Kedudukan dan peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua franca di Alam Melayu dan Nusantara telah wujud sejak berabad yang lampau. Sebelum Perang Dunia Kedua lagi,Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi,seperti mesyuarat,surat-menyurat,perundangan dan kehakiman di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersukutu bagi memudahkan urusan pentadbiran.Ia mencakupi seluruh kaum tanpa mengira etnik.  Bahsa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi walaupun di zaman pentadbiran British.Pegwai Eropah yang memegang jawatan sebagai Malayan Administration Service dan Malayan Civil Service dikehendaki mempelajari,mengambil ujian Bahasa Melayu dan lulus dengan jayanya bagai membolehkan mereka berkhidmat di Tanah Melayu. 

Page 14: Presentation mlysian studies

PERANAN BAHASA MELAYU

SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Page 15: Presentation mlysian studies

1)Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1).Negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

Page 16: Presentation mlysian studies

2)Bahasa perpaduanBahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum

Page 17: Presentation mlysian studies

3)Bahasa penghantar ilmu pengetahuan

Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

Page 18: Presentation mlysian studies

4)Menggambarkan bangsa yang berkuasaBahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju.

Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.  

Page 19: Presentation mlysian studies

5)Lambang jati diriBahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Page 20: Presentation mlysian studies

CABARAN PERKARA 152

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

DALAM KONTEKS MALAYSIA

PADA HARI INI

Page 21: Presentation mlysian studies

1)Sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu

Masih ada pihak yang menyangka bahawa bahasa melayu belum mampu untuk menjadi bahasa ilmu tinggi sepenuhnya Bahasa inggeris yang sering ditonjolkan sebagai bahasa pembangunan, yakni bahasa yang dikatakan perlu atau yang mesti digunakan dalam bidang pembangunan ekonomi, perusahaan dan teknologi negara,malah dalam bidang pengajian tinggi.

Page 22: Presentation mlysian studies

2)Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing.Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda.

Page 23: Presentation mlysian studies

3)Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan bahasa Melayu

Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas.Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta.

Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka.

Page 24: Presentation mlysian studies

4) Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat

Bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat malaysia.

 

Page 25: Presentation mlysian studies

5)Kurang penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu

Penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.

Page 26: Presentation mlysian studies

KESIMPULANBahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, semenjak bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia pelbagai cabaran harus ditempuh bagi memastikan masyarakat di malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,etnik dan ras dapat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan sekaligus menjadi alat perpaduan.   Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain. Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.