presentation manual mytid 2015

Upload: afiq-azfar

Post on 08-Jan-2016

176 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Mytid

TRANSCRIPT

Slide 1

MANUAL BATERI UJIAN

ALIRAN PELAKSANAAN2antropometrikPENGUKURAN KETINGGIANPROSEDURMurid berdiri membelakangkan stadiometer dengan bahagian belakang badan dan tumit berada dalam keadaan rapat ke stadiometer tanpa memakai kasut dan stokin.

Kedua-dua kaki berada dalam keadaan rapat sementara kedua-dua belah tangan rapat di sisi.

Gerakkan penanda bacaan rapat ke kepala murid.

Ketika bacaan di ambil murid perlu tarik nafas dan tahan nafas.Hembus nafas setelah bacaan diambil.

Bacaan akan diambil pada satu titik perpuluhan (0.1 cm)

NOTA

Kedudukan mata penguji perlu selari dengan bacaan yang diambil

Penanda bacaanStadiometerPENGUKURAN BERAT BADANPROSEDURPenimbang berat hendaklah diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.

Pastikan bacaan penimbang berat berada pada kedudukan sifar 0 sebelum murid berdiri diatasnya.

Kasut , stokin dan aksesori (contohnya jam) harus ditanggalkan.

Murid dikehendaki berdiri tegak di tengah-tengah penimbang berat dan memandang ke hadapan.

Bacaan akan diambil pada dua(2) titik perpuluhan (0.01kg).

NOTA

Bacaan diambil apabila paparan di penimbang stabil.

Pastikan ketepatan bacaan dengan membandingkan bacaan setiap mesin penimbang menggunakan murid ujian yang sama sebelum melaksanakan ujian sebenar.

kelenturanJANGKAUAN MELUNJURPROSEDURLetakkan alat jangkauan melunjur rapat ke dinding.

Murid duduk melunjur dengan tumit kaki diletakkan rapat pada penanda (foot line 23 cm) tanpa kasut.

Kedua-dua tangan menyentuh penanda bacaan dengan kedudukan tangan lurus ke hadapan .Tangan ditindih antara satu sama lain dengan hujung jari kanan dan kiri adalah sentiasa sama/ selari semasa menolak penanda bacaan.

Tolak penanda bacaan sejauh yang mungkin. Bacaan diambil apabila penanda bacaan tidak lagi bergerak (tahan selama 2 saat).

Ujian dilakukan sebanyak 2 kali secara berturutan dan direkodkan.

Bacaan akan diambil pada satu (1) titik perpuluhan (0.5cm).

NOTA

Kedua-dua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak penanda bacaan.

Murid tidak dibenarkan: menolak penanda bacaan lebih daripada sekali setelah ditolak (no bouncingtolakkan laju (hard push) semasa melakukan ujian. Menjentik penanda bacaan

Pastikan bahawa lutut murid tidak terangkat semasa menolak penanda bacaan (tahan lutut murid jika perlu dengan tekanan yang minimum apabila kaki murid terangkat).

Murid dibenarkan menundukkan kepala semasa menolak penanda bacaan bagi mendapatkan bacaan yang maksimum.

Bacaan perlu direkod dalam gandaan 0.5 cm.

KELAJUAN20 METER LARI PECUT PROSEDURTandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 20 meter. Tandakan 5 meter selepas garisan penamat. Letakkan dua (2) kon di garisan permulaan dan dua (2) kon penanda di garisan penamat. Kelebaran lorong adalah 1 meter (seperti di gambar rajah).

Murid memulakan larian dengan posisi berdiri mula (standing start) di belakang garisan permulaan.

Penguji(pelepas) akan menghayunkan bendera dan meniup wisel secara serentak sebagai tanda untuk murid memulakan larian. Catatan masa mula diambil (pencatat masa) sebaik sahaja murid melepasi garisan permulaan (mengikut hayunan bendera dan tiupan wisel). Masa direkodkan apabila murid melepasi garisan penamat. Murid wajib memakai kasut semasa ujian dijalankan. Setiap murid diberi dua (2) kali percubaan secara berselang(tidak berturutan). Bacaan akan diambil pada dua (2) titik perpuluhan (0.01 saat)

NOTA

Permukaan untuk melakukan ujian larian perlu rata bagi mengelakkan risiko kecederaan.

20 meter5meterPencatat masaPelepas1 Meter1 MeterGarisan penamat

Garisan permulaan

Gambar rajah ujian lari pecut 20 meter KUASALOMPAT JAUH BERDIRIPROSEDURBentangkan Standing Broadjump Mat di permukaan yang rata.

Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan.

Kedudukan kedua dua kaki murid hendaklah selari dan dibuka seluas bahu.

Murid perlu berada dalam posisi half squat sebelum melonjak.

Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa arahan dengan bantuan hayunan tangan untuk mendapatkan lompatan yang lebih jauh. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (2) kali secara berturutan Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki untuk mengulangi ujian sehingga dua (2) bacaan yang tepat dapat diambil.

Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut iaitu kaki yang paling dekat dengan garisan permulaan. Dua (2) kali bacaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira.

NOTA

Murid diwajibkan memakai kasut semasa melakukan ujian ini.Menggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan ujian.Lompatan dibatalkan sekiranya Murid melompat menggunakan satu belah kaki sahaja.Tidak mendarat dengan kedua belah kaki.Kaki bergerak selepas mendarat (menyeret kaki).

KOORDINASI

BALING DAN TANGKAP PROSEDURSediakan garisan balingan (1.0 meter) daripada dinding.

Gunakan pita pelekat dan bentukkan satu petak empat segi sama (30 cm X 30 cm). Jarak diantara petak sasaran dan lantai adalah 1.0 meter.

Murid hendaklah berdiri di belakang garisan balingan yang ditandakan semasa ujian dijalankan.

Murid dikehendaki membaling bola tenis tersebut ke arah dinding dalam petak sasaran menggunakan satu (1) tangan (dominan) dan menangkapnya dengan kedua-dua belah tangan.

Bola hendaklah dibaling menggunakan teknik balingan underarm throw.

Murid diberikan 10 kali percubaan. Jumlah balingan yang berjaya ditangkap akan direkodkan.

NOTA

Balingan tidak berjaya sekiranya:Melepasi garisan balingan semasa membaling dan menangkap bola.Balingan diluar petak sasaran.Bola jatuh ke bawah sebelum ditangkap.

Penguji perlu memastikan petak sasaran dapat dilihat dengan jelas oleh muridMenggalakkan murid untuk membuat percubaan sebelum melakukan ujian.

Satu markah diberikan bagi setiap percubaan yang berjaya mengenai sasaran.

Pengiraan skor (1 markah) adalah seperti berikut: Bola mesti dibaling menegenai sasaran Murid tidak dibenarkan melepasi garisan permulaan semasa melakukan balingan

Penggunaan warna pita pelekat perlu kontra kepada warna dinding

Gambar rajah ujian baling dan tangkap mengikut ukuran30 cm 30 cm 1 meterDindingLantai

BORANG KEPUTUSAN UJIAN MyTID 2015PPDNEGERISEKOLAHNama:Umur:MelayuIndiaLain-lainCinaPribumiNama:BapaIbuPenjagaPenyakit KritikalAsthmaMasalah JantungLelakiBORANG PENYERTAAN PROGRAM MYTIDINSTITUT SUKAN NEGARAPUSAT PENGENALPASTIAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT No Telefon (R):No Telefon (HP):No. Kad Pengenalan :Sukan 1 :Sukan 2 :PerempuanAlamat:Tarikh Lahir :BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADIJantina:Bangsa:BAHAGIAN B: MAKLUMAT WARISNo. Kad Pengenalan :Tarikh Lahir :BAHAGIAN D : ACARA SUKAN YANG DIMINATIAlamat :No Telefon (R):No Telefon (HP):Hubungan:Lain-lainLain-lainBAHAGIAN C : MASALAH KESIHATANBAHAGIAN E : KEBENARAN MURID/ IBU BAPA / PENJAGADengan ini saya selaku **murid/ibubapa/penjaga berjanji tidak akan membuat apa-apa tuntutan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang / makamah terhadap pihak penganjur ataupun sesiapa yang ada kaitan dengan program / aktiviti ini sekiranya berlaku kemalangan, kecacatan, kematian dan sebarang kecederaan terhadap **diri saya / anak jagaan saya semasa dan sepanjang program ini berjalan.** sila potong mana yang tidak berkenaan Nama:Tandatangan:Disaksikan oleh :No. KP:Tandatangan:Nama:Tarikh:Tarikh:

CONTOH BORANG KEBENARANTERIMA KASIH