prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum

6
Prejudis dan Kaitannya dengan Masalah Perhubungan Kaum Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti kata lain, prejudis juga bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Ianya mengandungi sentiment marah, takut dan sebagainya. Prejudis terdapat tiga jenis utama iaitu prejudis sosial, prejudis bangsa dan prejudis agama. Selain itu, terdapat juga prejudis jantina, umur atau orientasi. Punca manusia prejudis terhadap sekumpulan manusia adalah mempertahankan identiti sosial, sikap masyarakat itu sendiri dan ‘scapegoating’. Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah menyumbang kepada sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negara kita. Apabila berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis, situasi menjadi semakin buruk kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yang tebal. Prejudis juga menyebabkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain yang terhasil berdasarkan kefahaman yang cetek dan tidak tepat. Prejudis ini sukar diubah walaupun dibekalkan dengan fakta yang kukuh untuk membuktikan bahawa pemahaman terhadap sesuatu kumpulan etnik itu adalah salah.

Upload: jeevithra-significa-beleza

Post on 24-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Prejudis Dan Kaitannya Dengan Masalah Perhubungan Kaum

Prejudis dan Kaitannya dengan Masalah Perhubungan Kaum

Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik

lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti

kata lain, prejudis juga bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas

terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan

secara terbuka. Ianya mengandungi sentiment marah, takut dan sebagainya.

Prejudis terdapat tiga jenis utama iaitu prejudis sosial, prejudis bangsa dan prejudis

agama. Selain itu, terdapat juga prejudis jantina, umur atau orientasi. Punca

manusia prejudis terhadap sekumpulan manusia adalah mempertahankan identiti

sosial, sikap masyarakat itu sendiri dan ‘scapegoating’.

Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah

menyumbang kepada sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan

etnik di negara kita. Apabila berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis,

situasi menjadi semakin buruk kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan

mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara kaum terbatas dan timbulnya

semangat perkauman yang tebal. Prejudis juga menyebabkan sesuatu kumpulan

etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain yang terhasil berdasarkan

kefahaman yang cetek dan tidak tepat. Prejudis ini sukar diubah walaupun

dibekalkan dengan fakta yang kukuh untuk membuktikan bahawa pemahaman

terhadap sesuatu kumpulan etnik itu adalah salah.

Prejudis menjadi semakin tebal dan kuat apabila persekitaran itu dipenuhi

sifat semulajadi manusia iaitu ego mempertahankan diri. Funsi sifat semulajadi ini

merupakan sikap yang menyelamatkan manusia daripada perasaan kerisauan yang

melampau atau daripada sebarang gangguan ke atas penghargaan-kendiri manusia.

Ini berlaku apabila sekumpulan etnik atau individu itu merasakan maruah atau darjat

mereka tergugat. Dalam proses mempertahankan sekumpulan etnik atau individu

itu, mereka akan menolak segala kenyataan kukuh daripada mereka yang diprejudis.

Prejudis ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses

sosialisasi. Seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang penuh prejudis

Page 2: Prejudis Dan Kaitannya Dengan Masalah Perhubungan Kaum

akan menghasilkan dan secara tidak langsung membina sentimen negatif yang amat

susah untuk dikikis. Prejudis memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia.

Kesan sikap prejudis menjadi mudah dilihat apabila wujudnya persaingan untuk

mendapatkan sesuatu samada dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.

Insiden Kampung Medan pada tahun 2001 merupakan contoh terbaik bagi

menggambarkan perasaan prejudis di antara dua kaum di negara kita. Insiden ini

merupakan kekecohan kaum yang berakhir dengan tragedi di mana ramai yang

kehilangan nyawa dan berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk proses pemulihan.

Kemunculan akhbar-akhbar etnik di Malaysia terutamanya pada awal

perkembangan akhbar negara adalah kesan daripada prejudis. Sebelum merdeka,

penelitian terhadap akhbar berbahasa Melayu penuh dengan sentimen perkauman

dan anti kaum pendatang. Laporan media pada masa itu telah menggembar-

gemburkan ancaman yang akan mereka hadapi jika kehadiran kaum pendatang

semakin berleluasa. Pernyataan mereka adalah cukup jelas dan bukan sekadar

berkias-kiasan. Kebencian dan perasaan prejudis mereka terhadap kaum pendatang

jelas tertunjuk melalui Akhbar Majlis dalam perjuangan memartabatkan kaum

Melayu. Laporan rencana pengarang Ogos 1932 dan rencana keluaran 12 Disember

1932 (dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 144) yang

mereka siarkan jelas menunjukkan sentimen anti-pendatang yang meruap-ruap.

Umpamanya rencana akhbar Majlis Ogos 1932:

Kita tidak akan berdosa apabila berkata bahawa orang Melayu itu tidak diharap

boleh bergaul dengan bangsa Malayan, tak boleh sekata dan seturut, tak boleh

bekerjasama bahkan bukan sekadar demikian sahaja, tetapi barangkali akan tiba

masanya orang Melayu itu tak boleh percaya kepada bangsa asing. Bukan sekadar

tak boleh percaya sahaja, akan tetapi ialah juga bahawa bangsa-bangsa asing ini

kelak akan menjadi musuh hidup orang Melayu bagi suatu masa yang panjang jika

tidak diubati hari ini.

Page 3: Prejudis Dan Kaitannya Dengan Masalah Perhubungan Kaum

Rencana akhbar ini yang bertarikh 12 Disember 1932 bertajuk “Bangsa Asing

Tidak Patut Meminta Hak” juga jelas menggunakan kata-kata yang lebih kesat dan

keras dalam ulasannya. Umpamanya:

Rupanya telah lupa entah berapa banyakkah khazanah bumi Melayu yang telah

dimuntahdarahkan (dimakan) mereka (Cina) dan berapa ribukah sudah wang Tanah

Melayu yang telah dihantar mereka ke negerinya dan berapa banyakkah pula

bangsat-bangsat dari Tongsan itu sekarang ini telah menjadi meliana (millionaire) di

dalam negeri Melayu.

Akhbar Warta Malaya juga tidak terlepas daripada menyiarkan artikel dan

rencana yang menghentam keras bangsa lain. Mereka dengan beraninya

mempertahankan martabat masyarakat Melayu dengan menuduh dan menghentam

kaum pendatang. Mereka juga mengapi-apikan masyarakat Melayu tentang prejudis

terhadap kaum pendatang. Umpamanya rencana mereka yang bertarikh 7 Mac 1938

(dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 146):

Orang Cina di Malaya bukan makin lama makin beradab sopan, makin lama makin

bertambah-tambah cerewet atau biadap pula…sudahlah awak menumpang di

tempat orang awak hendak bermaharajalela pula macam tempat awak sendiri…

Selepas negara mencapai kemerdekaan, perasaan prejudis ini beralih kepada

ahli-ahli politik negara. Akhbar memain peranan sebagai tukang lapor kepada ahli-

ahli politik. Isu perkauman yang diwujudkan oleh perasaan prejudis terhadap

sekumpulan kaum itu telah menyemarakan perbalahan antara kaum. Kesan

daripada perbalahan ini adalah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ketidakadilan

dalam laporan dan penilaian terhadap kaum lain menjadi faktor kepada liputan

akhbar etnik yang bertumpu pada masalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini telah

Page 4: Prejudis Dan Kaitannya Dengan Masalah Perhubungan Kaum

menyebabkan pihak pemerintah bertindak untuk menggantung penerbitan akhbar.

Setiap maklumat dan laporan akan melalui Pusat Perkhidmatan Maklumat Kerajaan

dan ini telah mengurangkan sebaran mesej bercirikan prejudis terhadap kaum lain.

Perasaan prejudis secara tidak langsung telah mewujudkan masalah

perkauman di negara Malaysia. Walaupun tidak diluahkan secara terbuka, dari

perasaan prejudis itu sahaja boleh menyebabkan sekumpulan kaum itu bertindak

dengan lebih keras dan akhirnya diluahkan secara terang-terangan. Dalam skala

besar, prejudis boleh menyebabkan keganasan dan peperangan.

Reference:

Mohd Asri bin Mohamad, 2002, Pengaruh Golongan Elit Pemerintah Dalam

Pemaparan BeritaBerita Etnik. Analisis Kandungan Terhadap Pelaporan Berita

Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian Sejurus Sebelum dan Selepas

Pilihanraya Umum Ke-10 Malaysia, Universiti Sains Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik,Pusat Penerbitan Universiti

(UPENA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Shahrul Izwan Naser & Mohd Najib Mohd Esa, 2010, Memahami Hubungan Etnik di

Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, Pusat Pengajian Jarak Jauh,

Universiti Sains Malaysia.