pra3110-kertas kerja

15
PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH TAJUK : KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK KAMPUNG MUTIARA, KAPIT. 1.0 PENGENALAN. Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada umur 4 hingga 6 tahun adalah semakin penting di Negara ini. Pendedahan awal pendidikan kanak-kanak pada masa ini bermula di institusi-institusi dan pusat- pusat prasekolah. Di pusat-pusat ini juga diharap dapat disediakan suasana yang kondusif bagi merangsang intelek dan fizikal kanak- kanak serta pembentukan akhlak mulia. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996. Pendidikan di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di rumah. Penubuhan prasekolah ini merupakan suatu khidmat kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Prasekolah ini juga berfungsi sebagai pusat yang cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama. Motto Prasekolah adalah “Ke Arah Pembentukan Modal Insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” yang bertemakan “Play, Learning, Love”. 2.0 LATAR BELAKANG. Kampung Mutiara Kapit mempunyai penduduk yang agak padat. Penduduk di sini terdiri daripada bumiputera. Beberapa kemudahan- 1

Upload: lyne

Post on 18-Nov-2015

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hapi sharing

TRANSCRIPT

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

TAJUK : KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK KAMPUNG MUTIARA, KAPIT.1.0 PENGENALAN.Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada umur 4 hingga 6 tahun adalah semakin penting di Negara ini. Pendedahan awal pendidikan kanak-kanak pada masa ini bermula di institusi-institusi dan pusat-pusat prasekolah. Di pusat-pusat ini juga diharap dapat disediakan suasana yang kondusif bagi merangsang intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.Pendidikan di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di rumah. Penubuhan prasekolah ini merupakan suatu khidmat kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Prasekolah ini juga berfungsi sebagai pusat yang cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama. Motto Prasekolah adalah Ke Arah Pembentukan Modal Insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang bertemakan Play, Learning, Love.2.0 LATAR BELAKANG.Kampung Mutiara Kapit mempunyai penduduk yang agak padat. Penduduk di sini terdiri daripada bumiputera. Beberapa kemudahan-kemudahan lain telah disediakan di kawasan kampung ini. Memandangkan pusat pendidikan awal kanak-kanak belum ditubuhkan di kawasan kampung ini maka amatlah penting jika terdapat prasekolah diwujudkan di Kampung Mutiara ini. Dengan wujudnya prasekolah di kampung ini, maka kanak-kanak akan dapat mengikuti pembelajaran secara tidak formal melalui bermain sambil belajar. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki sekolah rendah.

3.0 RASIONALProgram pendidikan prasekolah bertujuan melahirkan generasi yang berjaya mengembangkan JERIS mereka ke tahap yang maksima berlandaskan nilai dan tradisi bangsa yang murni bagi memenuhi keperluan kepada pendidikan prasekolah. Selain itu, prasekolah ini diwujudkan kerana tuntutan dan untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Penubuhan prasekolah ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. Suasana yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak. Selain adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina sebuah prasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan. 4.0 NAMA PRASEKOLAH, MISI DAN VISI4.1 Nama PrasekolahCadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Mutiara. Nama Mutiara dipilih adalah disebabkan bersempena dengan nama kampung itu sendiri. Ini bertepatan dengan penempatan dan kawasan prasekolah yang ingin kami bina. 4.2 Misi PrasekolahPrasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan. 4.3 Visi PrasekolahPembelajaran di Prasekolah Mutiara ini akan memberikan kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial disamping penerapan JERIS dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan inovatif. 5.0 MatlamatPrasekolah Mutiara dilihat sebagai bertepatan dengan suasana dan hala tuju wawasan yang diimpikan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi kendiri dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Sosial. Prasekolah Mutiara menekankan pendidikan sebagai teras dan ilmu-ilmu sokongan yang universal. Cita-cita Prasekolah Mutiara untuk melahirkan kanak-kanak yang soleh, bertanggungjawab dan cemerlang.6.0 Ojektif6.1 Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.6.2 Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.6.3 Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung.6.4 Membentuk perkembangan social dan perhubungan.6.5 Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak.6.6 Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira. 7.0 LokasiTapak prasekolah ialah di atas sebidang tanah seluas 800 meter persegi di Jalan Bleteh, Kapit. Perjalanan dari pekan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke lokasi prasekolah ini. (Pelan lokasi disertakan dalam Lampiran).8.0 Tarikh PelaksanaanTarikh Prasekolah Mutiara beroperasi ialah 13 Mei 2015 dan waktu sesi persekolahan ialah jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi iaitu selama empat jam.9.0 Pelan Pembangunan9.1 Pelan Lantai Bahagian DalamBangunan prasekolah mestilah mempunyai tapak yang sesuai. Ruang untuk belajar adalah penting bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang selesa untuk menimba ilmu. Penyusunan persekitaran dalam bangunan perlu mengambil kira bahagian yang kekal seperti saiz dan bentuk bilik, kedudukan tingkap dan bahagian yang sedia terbina seperti kabinet. Manakala bahagian yang boleh mudah alih seperti peralatan dan bahan pembelajaran, warna dan tektur. Terdapat dua buah bilik pembelajaran untuk kanak-kanak. Bilik ini menempatkan sebuah papan putih, sebuah meja guru, sepuluh buah meja bulat dan dua puluh kerusi bersaiz kecil khas untuk kanak-kanak. Dinding bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural bagi membantu aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Bahan bantu mengajar juga turut disediakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan kanak-kanak. Ruang untuk aktiviti khas kanak-kanak pula dilengkapi permaidani pelbagai warna bagi menandakan kawasan kanak-kanak. Ruang ini digunakan untuk aktiviti kerja berkumpulan dan juga aktiviti kreativiti dan estetika. Ruang ini lebih khusus kepada sudut kreativiti. Manakala ruang permainan digunakan kanak-kanak untuk aktiviti permainan dalam dan aktiviti fizikal yang ringan. Terdapat satu bilik persediaan makanan, ia dilengkapi dengan satu set kabinet dapur berbentuk L yang dilengkapi peralatan dapur seperti peti ais, ketuhar, dapur, sinki dan sebuah rak pinggan mangkuk. Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian belakang bangunan. Setiap kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik dapur dilabel bagi memudahkan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik. Terdapat dua tandas untuk kanak-kanak dan dua tandas untuk kakitangan. Untuk tandas kanak-kanak turut dilengkapi dengan mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan ketinggian kanak-kanak. Sebuah bilik dijadikan bilik senyap. Bilik ini dilengkapi dengan rak buku, permaidani tebal, tilam bersaiz kecil, bantal pelbagai bentuk dan warna serta sofa kecil untuk kanak-kanak. Bilik ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit dan berehat di waktu senggang. Bilik ini juga dijadikan bilik bersantai dan membaca buku secara senyap.9.2 Pelan Lantai Bahagian Luar Terdapat sebuah garaj berbumbung di bahagian hadapan prasekolah ini. Garaj ini digunakan sebagai tapak perhimpunan di waktu pagi dan tempat kanak-kanak menunggu ibu bapa mereka ketika selesai waktu persekolahan. Rak kasut disediakan untuk kanak-kanak menyusun kasut mereka. Bersebelahan dengan garaj pula diwujudkan satu taman permainan kecil yang dilengkapi dengan buaian, jongkang-jongkit dan gelongsor. Kawasan sekeliling taman ini pula ditutupi dengan rumput jenis permaidani bagi mengurangkan kecederaan. Di bahagian belakang bangunan prasekolah ini pula terdapat sebuah rumah hijau mini. Pelbagai jenis bunga-bungaan ditanam di rumah hijau mini ini. Di sini, kanak-kanak akan dapat mengenal dan mempelajari tumbuh-tumbuhan sambil menghirup udara segar di luar dan mengalami pengalaman yang lebih bermakna dengan situasi sebenar.Secara keseluruhannya, Prasekolah Mutiara mempunyai kawasan yang sesuai dan agak luas. Keseluruhan kawasan yang berpagar dapat memastikan keselamatan kanak-kanak dan harta benda terjaga. 10.0 Kriteria Pemilihan Kanak-KanakKriteria pemilihan kanak-kanak ialah seperti berikut. Peringkat umur yang boleh memohon untuk memasuki prasekolah ini ialah lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Prasekolah ini diutamakan untuk bumiputera sahaja. Latar belakang keluarga pula tidak mengira sama ada anak kakitangan kerajaan atau bukan kakitangan kerajaan dibenarkan memohon. Anggaran sosio ekonomi pelanggan pula ialah dalam lingkungan pendapatan RM1500 hingga RM3000 sebulan.11.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran11.1 Kurikulum UtamaKurikulum prasekolah ini adalah berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi enam komponen utama iaitu komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika. 11.2 Program TambahanProgram-program tambahan yang dirancangkan adalah program-program yang melibatkan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat. Program tambahan ini merupakan program tahunan yang telah dipersetujui dan tersenarai dalam takwim Prasekolah Bleteh. 11.3 Jadual PembelajaranSesi pembelajaran adalah dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi iaitu selama empat jam sesi pembelajaran. 11.4 Buku Khas yang DigunakanPrasekolah Mutiara telah memilih empat buah buku khas yang digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak di sini. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku yang bertajuk Cahayaku dan Bacalah Sayang untuk matapelajaran Bahasa Malaysia, buku Little Ones Eduworld untuk pembelajaran bagi matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Sebuah buku At Book untuk komponen kreativiti dan estetika.12.0 Pengurusan Makanan, Kebersihan dan KeselamatanPengurusan makanan yang bersih, berzat dan seimbang adalah penting bagi kanak-kanak prasekolah. Ianya berkait secara langsung dengan pemberian makanan seimbang yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Sehubungan itu, peraturan dan prosedur dalam penyediaan makanan kanak-kanak perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi mencapai matlamat tersebut. Pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanak-kanak bagi menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-kanak darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit. Menu makanan yang ditetapkan oleh guru amat bersesuaian dan seimbang. Di dalam menu itu, ada terkandung kabohidrat, lemak, protein dan serat. Sebagai contoh, pada hari khamis minggu kedua, menu makanan yang ditetapkan untuk waktu rehat ialah bihun sup ayam tambah lobak merah atau kentang, air oren dan buah tembikai. Bihun membekalkan sumber karbohidrat manakala ayam pula membekalkan protein dan lemak. Air oren, lobak merah atau kentang dan buah tembikai pula membekalkan vitamin dan serat yang penting untuk penghadaman dan pertumbuhan tubuh badan. Oleh itu, semua guru prasekolahbertanggungjawab dalam memastikanmakanan yang disediakan di prasekolah bersesuaian dengan keperluan kanak kanak.Salah satu peranan guru adalah memastikan makanan yang disediakan di prasekolah mengandungi semua nutrien yang diperlukan dalam perkembangan dan pertumbuhankanak kanak.Selain itu, guru juga perlu mengenal pasti bahawamakanan yang disediakan di prasekolah mencukupi untuk kanak kanak. Guru perlu sentiasa bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi memastikan keperluan pemakanan kanak kanak di prasekolah terjamin serta menepati kehendak dan keperluan mereka. Malah, kerjasama yang baik antara kedua dua pihak juga perlu bagimemastikan persekitaran kanak kanak selamat dan terjamin tahap kebersihannya.Dari aspek pengurusan kebersihan selalunya dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan penting untuk semua orang terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat melalui perkembangan yang sempurna dari segi rohani dan jasmani. Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih. Amalkan kebersihan Prasekolah setiap masa. Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih.Amalkan kebersihan Prasekolah setiap masa. Amalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas makan, dan selepas menggunakan tandas. Bersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan selepas makan. Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga . Bersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Pastikan kawasan bersih bebas dari sampah sarap. Ini adalah untuk menghindarkan dari lalat dan serangga perosak. Potong rumput yang panjang untuk mengelakkan ular. Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah. Lap habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk kanakkanak menjalankan aktiviti. Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan longkang bertutup. Bersihkan semua alat kelengkapan termasuk barang permainan kanak-kanak selepas setiap kali digunakan. Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali. Basuh sarung bantal, alas tilam dan selimut serta kain tuala selepas setiap kali digunakan. Jemur bantal, tilam, tikar dan selimut. Kebersihan dan penjagaan diri juga adalah penting dalam menjamin agar kesihatan kanak-kanak dapat dikekalkan. Istilah kebersihan ini merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, kuku, rambut, mata, telinga dan sebagainya. Penjagaan kebersihan diri ini akan menjamin kesihatan dan penampilan bagi seseorang kanak-kanak. Kebersihan ini dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan sosial seseorang kanak-kanak. Pada peringkat ini didiklah kanak-kanak cara-cara menjaga kebersihan diri mereka dengan betul. Sentiasalah mengigatkan mereka betapa pentingnya kebersihan diri bagi menjamin kesihatan yang berpanjangan.Manakala dari segi aspek keselamatan pula, yang paling utama dan harus dititikberatkan ialah tidak melepaskan kanak-kanak keluar dari pintu pagar tadika sebelum ibu bapa atau penjaga mereka menjemput mereka pulang dari tadika. Mengawasi kanak-kanak melintas jalan. Mengawasi tingkah laku kanak-kanak semasa berada dalam tadika dan semasa melakukan sebarang aktiviti di dalam dan di luar kelas. Aktiviti kumpulan ataupun individu sentiasa diselia oleh guru.Memastikan semua kemudahan dan peralatan dalam tadika selamat digunakan. Penyusunan perabot dan peralatan dipastikan selamat. Alatan pengajaran dan pembelajaran seperti gunting digunakan di bawah kawalan guru dan disimpan di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Pintu dapur hendaklah sentiasa ditutup. Alatan dapur berbahaya disimpan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Bahan-bahan makanan perlulah dilabelkan. Gas ditutup selepas digunakan. Penyapu dan alatan mencuci disimpan ditempat yang sesuai. Memastikan pintu pagar tadika sentiasa dikunci. Pastikan kunci disimpan di tempat yang selamat dan mudah dicapai oleh kakitangan apabila berlaku sebarang kecemasan. Alat pemadam api sentiasa dipastikan berfungsi dan diletakkan di tempat yang sesuai. Memastikan peralatan di dalam peti kecemasan adalah mencukupi dan diletakkan di tempat yang sesuai serta mudah dicapai apabila diperlukanKeselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khususdirujuk kepada kanak-kanak agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.

13.0 Kos PenubuhanAnggaran pengiraan kos penubuhan Prasekolah Mutiara ialah seperti berikut; A.PENDAPATANKOS SEUNITJUMLAH

1.Modal RM20,000.00

2.Yuran PendaftaranRM30 X 25RM750.00

3.Yuran BulananRM250 X 11 X 25RM68,750.00

4.Bayaran buku kerjaRM200 X 25RM5,000.00

5.Bayaran alatan tulisRM70 X 25RM1,750.00

6.Bayaran UniformRM44 X 25RM1,100.00

JUMLAHRM97,350.00

B.PERBELANJAANJUMLAH

1.PerabotRM7,000.00

2.Taman permainanRM3,000.00

3.Rumah hijau miniRM2,000.00

4.Kos binaan dan upahRM2,500.00

5.Gaji stafRM42,000.00

6.Makan/minumRM1,250.00

7.Aktiviti sekolahRM2,200.00

8.Api/air/telefonRM1,800.00

JUMLAHRM61,750.00

14.0 Pengurusan Sumber.14.1 Staf.Seramai 5 orang staf Prasekolah Mutiara. Bilangan guru 2 orang, pembantu pengurusan murid 2 orang dan pekerja am seorang. Kriteria pemilihan adalah mereka yang mempunyai minat mendalam dan berpengalaman serta guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan prasekolah.

14.2 Peralatan dan Sumber.Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program pendidikan prasekolah kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat pembelajaran boleh membantu memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun keharmonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang guru gunakan. Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kemahiran memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik. Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass. Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan pembelajaran. Kebanyakannya tadika mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti pensel, kasut, beg, buku dan lain-lain.14.3 Kewangan.KPM telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid-murid prasekolah iaitu peruntukan kewangan murid prasekolah KPM meliputi bantuan makanan dan bantuan per kapita (PCG). Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalahsebanyak RM1.50 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid-murid prasekolah sahaja. Peruntukan Bantuan Makanan yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM300.00 setahun (RM1.50 X 1 murid X 200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM7,500.00 setahun (RM300.00 x 25 murid x 200 hari). Manakala bantuan geran per kapita (PCG) setahunbagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). Bantuan ini digunakan bagi membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajarandan pembelajaran, tujuan penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber muriddan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.15.0 Penutup.Dari kajian yang dijalankan didapati sambutan terhadap pendidikan prasekolah sekarang amat mengalakkan di mana ibu bapa telah mula menghantar anak-anak mereka bermula pada usia 5 tahun lagi. Oleh itu, Prasekolah Mutiara merasakan tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan 25 orang murid pada peringkat permulaan ini. Diharap prasekolah ini dapat member prasekolah tang baik sebelum anak-anak memasuki alam persekolahan sebenar. Diharapkan kertas kerja ini diangkat untuk diberi kelulusan. Sokongan dan kerjasama dari pihak Tuan dalam meluluskan permohonan ini akan dapat menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak Malaysia melalui pendidikan prasekolah yang berkualiti memandangkan kanak-kanak merupakan pelapis generasi akan datang yang akan menerajui negara.

11