pp pendedahan awam maklumat - pidm.gov.my · pdf filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan...

14

Click here to load reader

Upload: buidan

Post on 12-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  

POLISI DAN PROSEDUR BAGI

PENDEDAHAN AWAM MAKLUMAT

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 2: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  

KANDUNGAN 

1.  LATAR BELAKANG ............................................................................................................. 1 

PRINSIP PENDASAR  ...................................................................................................................................................... 1 LARANGAN UNDANG‐UNDANG ..................................................................................................................................... 1 

2.  OBJEKTIF........................................................................................................................... 2 

NOTA: LARANGAN LAIN ........................................................................................................... 2 

3.  MAKLUMAT DI DALAM LAPORAN TAHUNAN .................................................................... 3 

4.  MAKLUMAT SELAIN YANG TERKANDUNG DI DALAM LAPORAN TAHUNAN — MAKLUMAT AM MENGENAI PERBADANAN .......................................................................................... 4 

5.  MAKLUMAT MENGENAI INSTITUSI ANGGOTA .................................................................. 6 

6.  MAKLUMAT MENGENAI PENDEPOSIT ............................................................................... 7 

7.  MAKLUMAT SELAIN DARIPADA  LAPORAN TAHUNAN — MAKLUMAT KEWANGAN YANG DIPEROLEHI ATAU DIPETIK DARIPADA PENYATA KEWANGAN PERBADANAN ................... 8 

8.  CAMPUR TANGAN DAN RESOLUSI .................................................................................... 9 

9.  CADANGAN POLISI KEPADA MENTERI KEWANGAN BERKAITAN POLISI AWAM  .............. 10 

10.  LARANGAN LAIN ............................................................................................................. 10 

11.  PERKARA‐PERKARA LAIN ................................................................................................ 11 

PENGESAHAN MAKLUMAT SEBELUM PENDEDAHAN AWAM ........................................................................................... 11 SEMAKAN SEMULA POLISI ........................................................................................................................................... 11 

 

Page 3: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  1 

    

1.  LATAR BELAKANG  Prinsip pendasar  Polisi Komunikasi Perbadanan menggariskan objektifnya, antara lain, untuk:  (a) mewujudkan  kesedaran  dan  kefahaman  terhadap  mandat  Perbadanan  melalui 

penyebaran maklumat  yang  betul,  tepat  pada masanya  dan  relevan  bagi memenuhi keperluan pemegang kepentingan dan orang awam bagi membantu mereka membuat keputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan    

(b) menggalakkan  ketelusan  dan  kebertanggungjawaban  dengan menyediakan maklumat yang  boleh  diakses  oleh  orang  awam  dan  pemegang  kepentingan  bagi  meraih kepercayaan dan sokongan mereka.   

Ini adalah sejajar dengan mandat Perbadanan yang merangkumi objektif untuk menyumbang dan menggalakkan kestabilan sistem kewangan.     Perbadanan berpandangan bahawa  kesedaran dan  kefahaman  terhadap mandat Perbadanan dan  cara  Perbadanan  melaksanakan  tugasnya,  serta  ketelusan  dan  kebertanggungjawaban, adalah  penting  dalam  menggalakkan  keyakinan  awam  terhadap  Perbadanan  dan keupayaannya. Ini akan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.  Larangan undang‐undang  Pada masa  yang  sama,  seksyen  24  Akta  Perbadanan  Insurans Deposit Malaysia  2005  (“Akta PIDM”)  melarang  mana‐mana  pengarah,  kakitangan  atau  ejen  Perbadanan  daripada mendedahkan maklumat mengenai urusan dan hal ehwal Perbadanan, urusan dan hal ehwal Bank  Negara Malaysia  atau maklumat  institusi  anggota  atau  pelanggannya,  yang  diperolehi ketika  menjalankan  tugasnya,  kecuali  pendedahan  tersebut  adalah  dikehendaki  dalam menjalankan  tugasnya,  atau  seperti  yang  dikehendaki  oleh mana‐mana  undang‐undang  atau mahkamah. Maklumat  yang  telah  pun  tersedia  kepada  orang  ramai  tidak  tertakluk  kepada larangan ini.  Seksyen  24  umumnya  bertujuan  memastikan  kerahsiaan  semua  maklumat  yang  diperolehi ketika menjalankan urusan dan hal ehwal Perbadanan dengan objektif subset:  (a) menyediakan perlindungan kerahsiaan yang berkaitan dengan pelanggan bank; dan      (b) melindungi maklumat institusi anggota.  Pengecualian utama daripada syarat tersebut untuk memelihara kerahsiaan adalah yang mana pendedahan diperlukan ”… ketika menjalankan tugas atau fungsinya…”.    

Page 4: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  2 

    

2.  OBJEKTIF  Objektif Polisi  adalah untuk mendokumentasi polisi Perbadanan mengenai  jenis pendedahan awam maklumat yang diperolehi ketika seseorang pegawai atau Pengarah melaksanakan tugas dan fungsinya di bawah Akta PIDM.  Polisi tersebut menyatakan polisi am bagi pendedahan dalam perkara penting berikut:  (a) Maklumat di dalam Laporan Tahunan    (b) Maklumat  selain  yang  terkandung  di  dalam  Laporan  Tahunan  —  Maklumat  am 

mengenai Perbadanan  (c) Maklumat mengenai Institusi Anggota 

 (d) Maklumat mengenai Pendeposit 

 (e) Maklumat Kewangan selain yang terkandung di dalam Laporan Tahunan  

 (f) Maklumat berkaitan dengan Aktiviti Campur Tangan dan Resolusi    (g)  Cadangan Polisi kepada Menteri Kewangan Berkaitan dengan Polisi Awam  (h)  Larangan lain   Dokumen  ini  juga mengandungi  prosedur  bagi memastikan  pendedahan  awam  yang  dibuat adalah  sesuai  dalam  persekitaran  pengoperasian  sedia  ada  atau  dalam  konteks  yang mana pendedahan tersebut dibuat. Bagi memastikan pendedahan tersebut adalah sesuai, beberapa kelonggaran  diperlukan  dalam  prosedur  ini.  Sebagai  contoh,  bagi  jenis  pendedahan  awam maklumat  kewangan  tertentu  (selain  yang  di  dalam  Laporan  Tahunan)1,  prosedurnya  ialah Ketua Pegawai Eksekutif, pertamanya, mesti menentukan sama ada sesuatu pendedahan awam itu adalah sesuai dan memberikan kelulusannya.    Nota: Larangan Lain  Walaupun  terdapat proses  yang membenarkan pendedahan di dalam  Seksyen di bawah,  sila ambil perhatian bahawa Seksyen 9 dan 10 dokumen ini juga menggariskan larangan yang jelas terhadap pendedahan di bawah situasi yang dinyatakan.  

                                                            1 Lihat seksyen 6 di bawah 

Page 5: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  3 

    

3.  MAKLUMAT DI DALAM LAPORAN TAHUNAN  Maklumat penting yang tersedia kepada orang ramai mengenai prestasi kewangan Perbadanan serta urusan dan hal ehwalnya boleh didapati di dalam Laporan Tahunan Perbadanan.   Polisi Am  Dalam penyediaan  Laporan  Tahunannya, Perbadanan mengguna pakai  amalan  terbaik dalam piawaian tadbir urus korporat dan pelaporan kewangan. Ini adalah sejajar dengan prinsip dalam menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban.  Perbadanan berusaha untuk mencapai  amalan  terbaik dalam pendedahan maklumat dengan menanda aras  terhadap amalan  terbaik dalam  sektor awam,  serta  sektor  swasta, yang mana terpakai. Dari segi pelaporan kewangan, Perbadanan mengguna pakai dan mematuhi piawaian Pelaporan Kewangan yang relevan dan prinsip perakaunan yang diterima pakai secara amnya.  Maklumat sedemikan boleh didedahkan kepada orang awam.  Proses  Draf Laporan Tahunan termasuk Perbincangan & Analisis Pengurusan, Pendedahan Tadbir Urus dan  Penyata  Kewangan  adalah  tertakluk  kepada  semakan  semula  dan  kelulusan  Lembaga Pengarah,  atas  cadangan  Jawatankuasa Audit  dan  Jawatankuasa  Tadbir Urus  yang  berkaitan dengan  pendedahan  tadbir  urus2.  Pengurusan  Kanan  juga  dikehendaki  mengesahkan  dan memperakui  ketepatan maklumat  berdasarkan  tanggungjawab  dalam  bidang masing‐masing sebelum laporan tahunan tersebut dihantar untuk penerbitan.  Kedudukan dalam undang‐undang dan rasional  Akta PIDM secara jelas menghendaki Perbadanan mengemukakan Laporan Tahunannya kepada Menteri Kewangan yang dikehendaki membentangkannya di Parlimen3. Sememangnya adalah jelas bahawa pendedahan maklumat yang biasanya didapati di dalam  laporan  tahunan boleh didedahkan.   Ini termasuk laporan mengenai prestasi terhadap Rancangan Korporat dan penyata kewangan, pendedahan  mengenai  tadbir  urus  Perbadanan,  serta  laporan  mengenai  persekitaran pengoperasian  Perbadanan,  yang  juga  termasuk  maklumat  berasaskan  agregat,  mengenai 

                                                            2  Peranan  dan  tanggungjawab  Pengurusan,  peranan  pengawasan  Jawatankuasa  Audit  yang  berkaitan  dengan  pendedahan penyata kewangan, peranan Jawatankuasa Tadbir Urus, serta peranan Lembaga Pengarah dalam perkara ini, dinyatakan dengan jelas dalam Polisi Tadbir Urus Lembaga Pengarah, dan Piagam  Jawatankuasa Audit dan  Jawatankuasa Tadbir Urus. Terdapat juga prosedur untuk menyemak  semula  integriti penyata kewangan dan memastikan Pengurusan bertanggungjawab ke atas penyata  kewangan.  Pendedahan maklumat  kewangan  Perbadanan  dan  pelaporan  tahunan mengenai  tadbir  urus  dan  tugas Perbadanan telah pun tertakluk kepada prosedur tertentu. 3 Seksyen 35 

Page 6: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  4 

    

jumlah deposit yang diinsuranskan oleh Perbadanan, dan pendapat mengenai prestasi umum institusi anggota dan sistem kewangan.  Nota  Pendedahan  awam  maklumat  kewangan  yang  dipetik  atau  diperolehi  daripada  Laporan Tahunan  Perbadanan  bagaimanapun,  tertakluk  kepada  prosedur  tertentu,  dan  berpandukan kepada Seksyen 7 di bawah serta juga Seksyen 9 dan 10.   4.  MAKLUMAT SELAIN YANG TERKANDUNG DI DALAM LAPORAN TAHUNAN— MAKLUMAT 

AM MENGENAI PERBADANAN  Pendedahan  kepada  orang  awam  bagi maklumat  am mengenai  Perbadanan,  urusan  dan  hal ehwalnya (selain daripada maklumat yang didedahkan di dalam Laporan Tahunan) boleh dibuat melalui saluran berikut:  (a) Laman  web  dan  risalah  maklumat  Perbadanan  mengenai  Perbadanan  dan  insurans 

deposit;  

(b) Siaran akhbar, dan wawancara bersama pihak akhbar;  

(c) Kertas rundingan awam;  

(d) Seminar,  persidangan  tempatan  atau  antarabangsa  [termasuk  persidangan  Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa (IADI)];  

(e) Penerbitan,  acara  umum  atau  program  kesedaran  dan  taklimat  awam  untuk mempromosi Perbadanan dan tugas Perbadanan; dan   

(f) Pusat panggilan Perbadanan.  Polisi  Komunikasi  menyatakan  prinsip  yang  diguna  pakai  ketika  berkomunikasi.  Prinsip  ini digunakan bagi tujuan menentukan perkara yang sesuai didedahkan kepada umum.  Contoh  Contohnya  termasuk  maklumat  mengenai  struktur  organisasi  Perbadanan,  polisi,  sistem, amalan dan prosedur utama yang menunjukkan Perbadanan mengguna pakai amalan  terbaik dalam  tadbir  urus  dan  pengurusan. Maklumat  ini mudah  dikenal  pasti.  Sekiranya  terdapat sebarang  keraguan  sama  ada maklumat  boleh  didedahkan  secara  betul melalui  laman web, rujukan  hendaklah  dibuat  kepada  peraturan  pendedahan  dalam  seksyen  berkaitan  yang dinyatakan dalam Polisi ini. 

Page 7: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  5 

    

 Polisi Am  Prinsipnya  ialah  “  …  untuk  mewujudkan  kesedaran  dan  kefahaman  mengenai  mandat Perbadanan melalui penyebaran maklumat yang betul, tepat pada masanya dan relevan …” dan “… menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan menyediakan maklumat dan boleh  diakses  oleh  orang  awam  dan  pemegang  kepentingan  bagi meraih  kepercayaan  dan sokongan mereka…”   Oleh  itu, sekiranya maklumat yang didedahkan kepada orang awam  ialah maklumat am, yang bertujuan  meningkatkan  lagi  tahap  kesedaran,  dan  kepercayaan  orang  awam  terhadap Perbadanan  dan  tugasnya,  Perbadanan  berpandangan  bahawa maklumat  sedemikian  boleh didedahkan kepada orang awam.   Proses  Sekiranya  maklumat  itu  ditakrifkan  di  bawah  Polisi  Pengklasifikasian  Maklumat  sebagai “Awam”4 oleh Pemilik Rekod, maklumat tersebut boleh didedahkan. Tertakluk kepada seksyen 9 dan 10, yang merangkumi semua jenis maklumat yang lain, kelulusan daripada Ketua Pegawai Eksekutif adalah diperlukan bagi pendedahan maklumat tersebut5.   Nota  Lihat seksyen 9 dan 10.  Kedudukan dalam undang‐undang dan rasional 

Mandat Perbadanan adalah untuk menggalakkan atau menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan. Untuk melaksanakannya, Perbadanan mesti menggalakkan keyakinan orang awam terhadapnya  dan  cara  bagaimana  Perbadanan  menjalankan  urusan  dan  hal  ehwalnya. Perbadanan  berpandangan  bahawa  pendedahan  maklumat  am  mengenai  Perbadanan  dan urusan  dan  hal  ehwalnya  adalah  diterima  seperti  yang  dikehendaki  bagi  prestasi  tugas  dan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta PIDM. 

  

 

                                                            4 Maklumat “Awam” ditakrifkan sebagai “… maklumat yang tersedia kepada orang awam dan yang hendak disebarkan di  luar Perbadanan.” 5 Contohnya termasuk maklumat persendirian, termasuk hak milik intelek dengan nilai komersial kepada Perbadanan atau yang boleh dilesenkan atau dijual oleh Perbadanan kepada pihak ketiga dengan fi tertentu.     

Page 8: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  6 

    

5.  MAKLUMAT MENGENAI INSTITUSI ANGGOTA6   Contoh  Ini  termasuk maklumat mengenai  institusi anggota atau  institusi anggota  tertentu yang  tidak tersedia  kepada orang  awam dan diperolehi oleh Perbadanan  ketika menjalankan  tugas dan fungsinya, sebagai contoh:    

• nisbah  kewangan  termasuklah  pinjaman  tak  berbayar,  atau  nisbah  modal wajaran risiko  

• penanda  risiko  lain  termasuklah pendedahan  institusi anggota  terhadap mana‐mana industri tertentu   

• sama  ada  tindakan  pembetulan  atau  pengawalseliaan  telah  diambil  terhadap institusi anggota tersebut  

• penarafan pengawalseliaan institusi anggota  • kategori  Sistem  Premium  Berbeza  sesebuah  institusi  anggota  atau  bilangan 

institusi yang diletakkan dalam setiap kategori  • pengklasifikasian  institusi  anggota  yang  diletakkan  dalam  “senarai  di  bawah 

pemerhatian” atau “sebutan khas” atau mana‐mana pengklasifikasian  lain yang menunjukkan keselamatan atau kekuatan kewangan   

• maklumat yang diperolehi ketika aktiviti campur tangan dan resolusi7.  Polisi Am  (a) Maklumat  yang  menunjukkan  atau  menggambarkan  keadaan  tertentu  kewangan 

sesebuah  institusi  anggota  (sama  ada  baik  atau  sebaliknya)  atau  kesimpulan daripadanya boleh dibuat, tidak akan didedahkan.   

 (b) Maklumat  yang menggambarkan  keadaan  kewangan  institusi  anggota  secara  negatif 

atau mana‐mana  kategori  atau  kumpulan  institusi  anggota  secara  keseluruhan  tidak akan didedahkan. 

 (c) Maklumat yang boleh dibuat kesimpulan yang mengaitkan mana‐mana institusi anggota 

atau kategori atau kumpulan institusi anggota secara khususnya tidak akan didedahkan.  (d) Maklumat  yang  berkaitan  dengan  mana‐mana  institusi  anggota  atau  institusi,  yang 

digabungkan  dengan  maklumat  lain  yang  tersedia,  yang  boleh  menjadi  maklumat sensitif dalam konteks tertentu, tidak akan didedahkan.  

 (e) Bilangan peratusan institusi anggota yang diletakkan dalam mana‐mana kategori Sistem 

Premium Berbeza, tidak akan didedahkan.                                                               6 Ini merangkumi institusi lain yang dijamin di bawah Jaminan Deposit Kerajaan. 7 Lihat Seksyen 8. 

Page 9: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  7 

    

 (f) Tertakluk kepada perenggan (a) hingga (e), maklumat umum terkumpul yang berkaitan 

dengan  institusi  anggota  secara  keseluruhan  dan  tidak  berkaitan  dengan mana‐mana institusi anggota secara khusus, boleh didedahkan.  

 (g) Mana‐mana  pendedahan  awam maklumat  yang  berkaitan  dengan  sesebuah  institusi 

anggota atau institusi‐institusi anggota adalah tertakluk kepada proses di bawah.     Proses. Kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif  adalah perlu bagi pendedahan  awam mana‐mana maklumat yang berkaitan dengan institusi‐institusi anggota.     Nota  Lihat seksyen 9 dan 10.  

Kedudukan dalam undang‐undang dan rasional 

Mandat Perbadanan adalah untuk menggalakkan atau menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan. Untuk melaksanakannya, Perbadanan mesti menggalakkan keyakinan orang awam terhadap Perbadanan dan cara bagaimana Perbadanan menjalankan urusan dan hal ehwalnya.  

Oleh  itu,  pendedahan  awam mengenai  institusi  anggota  (secara  keseluruhan  atau  individu) yang boleh memberi kesan negatif terhadap kestabilan  institusi kewangan atau ke atas sistem kewangan, tidak akan didedahkan. Ini adalah sejajar dengan mandat Perbadanan. 

Pendedahan  dengan  niat  untuk menunjukkan  persekitaran  pengoperasian  Perbadanan,  atas asas  agregat,  mengenai  institusi  anggota  atau  industri  secara  keseluruhannya,  adalah dibenarkan.  

Perbadanan  bagaimanapun,  tidak  akan membuat  pendedahan  awam  yang  berkaitan  dengan mana‐mana  institusi  anggota  tertentu, walaupun  ia maklumat  yang  baik,  bagi mengekalkan kesamarataan.  

 6.  MAKLUMAT MENGENAI PENDEPOSIT   Berikut  ialah  jenis‐jenis  maklumat  mengenai  pendeposit  yang  tidak  tersedia  kepada  orang awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan  tugas dan  fungsinya, sebagai contoh:   (a) Jumlah liabiliti pendeposit institusi anggota 

Page 10: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  8 

    

(b) Maklumat mengenai  pelanggan  institusi  anggota  yang  diperolehi  ketika menjalankan mana‐mana  tindakan  termasuk  ujian  tekanan  sistem,  pemeriksaan,  ketekunan wajar atau aktiviti campur tangan dan resolusi 

  Polisi Am  Tiada  pendedahan  awam  boleh  dibuat  yang  mendedahkan  nama  mana‐mana  pelanggan sesebuah institusi anggota atau butiran mengenai pelanggan tersebut.  Maklumat yang berkaitan dengan  jumlah pangkalan pendeposit dalam  industri  secara umum (tanpa  apa‐apa  butiran  yang  berkaitan  dengan  mana‐mana  pelanggan  sesebuah  institusi anggota) boleh disiarkan, tertakluk kepada kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif.    Kedudukan dalam undang‐undang dan rasional  Maklumat berkaitan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan mana‐mana  institusi kewangan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan dalam seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 dan seksyen 24 Akta tersebut. Oleh  itu, maklumat yang mendedahkan mana‐mana  pelanggan  atau  mana‐mana  butiran  tertentu  bagi  mana‐mana  pelanggan  sesebuah institusi anggota, tidak boleh didedahkan kepada orang awam.     

7.  MAKLUMAT SELAIN YANG TERKANDUNG DI DALAM LAPORAN TAHUNAN — MAKLUMAT KEWANGAN  YANG  DIPEROLEHI  ATAU  DIPETIK  DARIPADA  PENYATA  KEWANGAN PERBADANAN  

 Contoh. Maklumat sedemikian termasuk maklumat kewangan mengenai:  (a) Aset (b) Jumlah dana insurans deposit (konvensional dan Islam)  (c) Jumlah deposit yang diinsuranskan (d) Jumlah hasil premium yang diterima daripada institusi anggota (e) Hasil pelaburan (f) Perbelanjaan operasi (g) Penanda terpilih dalam urusan perbankan (Islam dan konvensional) termasuklah angka 

pertumbuhan,  nisbah  kewangan,  nisbah  tak  berbayar  dan  pulangan  aset  purata (mengikut agregat) 

(h) Jumlah pertumbuhan deposit pelanggan  

Page 11: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  9 

    

 Polisi Am  Perbadanan menitikberatkan  ketelusan  dan  kebertanggungjawaban  dan  bermatlamat  untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan yang diperlukan bagi memupuk keyakinan awam dan mencapai amalan terbaik dalam pelaporan korporat. Pendedahan maklumat yang dipetik atau diperolehi daripada penyata kewangan di dalam  Laporan Tahunan akan disediakan kerana  ia adalah  sejajar  dengan  usaha  mencapai  objektif  ketelusan  dan  kebertanggungjawaban  ini, dengan  syarat maklumat  tersebut  tidak disampaikan dengan  cara  yang boleh mengurangkan keupayaan Perbadanan untuk mencapai mandatnya dengan cekap dan berkesan.  Pendedahan awam maklumat yang berkaitan dengan institusi anggota atau pendeposit adalah tertakluk kepada seksyen 5 dan 6 di atas.   Proses  Kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif adalah perlu bagi pendedahan mana‐mana maklumat yang dipetik atau diperolehi daripada penyata kewangan Perbadanan.  

 Kedudukan dalam undang‐undang dan rasional 

(a) Berkenaan  dengan  petikan  daripada maklumat  kewangan,  tiada  larangan  dalam Akta PIDM  terhadap  pendedahan  maklumat  yang  telah  tersedia  kepada  orang  awam. Bagaimanapun, proses tersebut adalah disarankan bagi memastikan maklumat tersebut tidak didedahkan kepada orang awam atau diterbitkan di luar konteks.    

(b) Berkenaan  dengan  maklumat  yang  diperolehi  daripada  maklumat  kewangan  yang diterbitkan  di  dalam  Laporan  Tahunan, maklumat  ini  boleh memberi  kesan  terhadap Perbadanan,  kestabilan  sistem kewangan, pendeposit atau  institusi anggota. Oleh  itu, rasional bagi Seksyen 5 dan 6 di atas diguna pakai.  

 8.  CAMPUR TANGAN DAN RESOLUSI     Contoh  Berikut  ialah  contoh  jenis‐jenis maklumat  yang berkaitan dengan  aktiviti  campur  tangan dan resolusi yang belum selesai atau berpotensi:    • Fakta  ketekunan  wajar  atau  langkah  lain  yang  diambil  berkaitan  dengan  sesebuah 

institusi anggota bermasalah atau berpotensi untuk bermasalah  • Keputusan lembaga pengarah untuk campur tangan dan resolusi bagi sesebuah institusi 

anggota 

Page 12: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  10 

    

• Niat Perbadanan untuk campur tangan dan resolusi bagi sesebuah institusi anggota • Pengeluaran pekeliling tidak berdaya maju di bawah Akta   • Maklumat berkaitan dengan aktiviti campur tangan dan resolusi yang sebenar, termasuk 

pengambilalihan kawalan sesebuah institusi anggota    Polisi Am 

Maklumat  yang  boleh  memberi  kesan  negatif  terhadap  keyakinan  orang  awam  atau  yang berpotensi  memberi  kesan  kepada  kestabilan  sistem  kewangan  atau  mempunyai  kesan kewangan  yang  negatif  terhadap  Perbadanan  atau  sistem  kewangan  tidak  akan  didedahkan kepada orang awam.  

Proses 

Buku  Panduan  Komunikasi  Krisis  dan  buku  panduan,  polisi  dan  garis  panduan  lain  yang berkaitan dengan campur tangan dan resolusi akan diguna pakai untuk membuat pendedahan awam  dan  menggariskan  bidang  kuasa  (dalam  Perbadanan)  yang  boleh  membenarkan pendedahan  dibuat  ketika  proses  campur  tangan  dan  resolusi,  atau  ketika  pelaksanaan tindakan  persediaan  berkaitan  dengan  sesuatu  campur  tangan  dan  resolusi.  Mana‐mana pendedahan  awam  yang  tidak dinyatakan  secara  khusus dalam buku panduan dan dokumen lain adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. 

Nota  Lihat seksyen 9 dan 10. 

9.  CADANGAN POLISI KEPADA MENTERI KEWANGAN BERKAITAN DENGAN POLISI AWAM   Apa‐apa bentuk komunikasi, sama ada secara bertulis atau sebagainya, antara Perbadanan dan Menteri  Kewangan  yang  berkaitan  dengan  polisi,  termasuklah  polisi  yang  memberi  kesan kepada  sistem  kewangan  dan  polisi  pendasar  peruntukan  berkanun,  adalah  diklasifikasikan sebagai  “Rahsia”  seperti  yang ditetapkan di bawah Polisi Pengklasifikasian Maklumat.  Semua komunikasi sedemikian  tidak akan didedahkan kepada orang awam dalam mana‐mana situasi sekalipun oleh Perbadanan. 

10.  LARANGAN LAIN   

Dalam mana‐mana  situasi  sekalipun, Perbadanan  tidak akan mendedahkan maklumat berikut kepada mana‐mana pihak ketiga yang tidak berkenaan, termasuk pihak awam yang mana: 

Page 13: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  11 

    

(a) Maklumat terhad yang berpunca daripada pihak ketiga, kecuali pihak ketiga itu memberi persetujuan kepada pendedahan yang hendak dibuat8;   

 (b) Maklumat  tersebut  diklasifikasikan  sebagai  “Rahsia”  dalam  Polisi  Pengklasifikasian 

Maklumat;  (c) Pendedahan tersebut berkaitan dengan maklumat persendirian yang dimiliki oleh pihak 

ketiga, kecuali pihak ketiga  itu memberi persetujuan kepada pendedahan yang hendak dibuat;    

 (d) Pendedahan  maklumat  tersebut  melanggar  sesuatu  perjanjian  atau  akujanji  oleh 

Perbadanan untuk menjaga  kerahsiaan maklumat,  kecuali  sumber maklumat  tersebut memberi persetujuan kepada pendedahan yang hendak dibuat;    

 (e) Pendedahan  tersebut  akan mengganggu  hasil  perundingan,  resolusi  atau  litigasi  yang 

sedang dijalankan;    (f) Pendedahan maklumat  tersebut  akan menyebabkan  Perbadanan menghadapi  litigasi 

atau risiko kewangan dan reputasi yang tidak wajar;  (g) Maklumat  tersebut  berkaitan  dengan  maklumat  peribadi,  kewangan  atau  kesihatan 

kakitangan atau pengarah Perbadanan;  (h) Pendedahan  tersebut  berkaitan  dengan  prosiding, minit  atau  perbincangan  Lembaga 

Pengarah,  Jawatankuasa  Lembaga  Pengarah,  jawatankuasa  kumpulan  kerja  atau pasukan petugas Perbadanan9; dan  

 (i) Pendedahan  tersebut  berkaitan  dengan  dokumen  dalaman  yang  disediakan  oleh 

kakitangan Perbadanan 10.   

11.  PERKARA‐PERKARA LAIN  Pengesahan maklumat sebelum pendedahan awam  Pemilik  Rekod  maklumat  yang  berkaitan  perlu  mengesahkan  apa‐apa  maklumat  bagi pendedahan  awam.  Sekiranya  Ketua  Pegawai  Eksekutif  perlu  memberikan  kelulusan  bagi pendedahan  awam  apa‐apa  maklumat,  pengesahan  oleh  Pemilik  Rekod  perlu  diperolehi sebelum mendapatkan kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif. 

                                                            8 Sebagai contoh, maklumat yang diterima daripada Bank Negara Malaysia atau Menteri Kewangan. 9  Ini  adalah  bagi  memudah  cara  dan  melindungi  pertukaran  idea  terbuka  dan  telus  antara  Pengarah,  Pengurusan  dan kakitangan Perbadanan.   10 Ini adalah bagi menggalakkan keterbukaan dialog dan kebebasan pendapat dan idea di peringkat dalaman. 

Page 14: PP Pendedahan Awam Maklumat - pidm.gov.my · PDF filekeputusan bermaklumat mengenai simpanan dan pelaburan mereka; dan ... awam dan yang diperolehi oleh Perbadanan ketika menjalankan

 

  Muka surat  12 

    

 Semakan Semula Polisi  Polisi ini akan disemak semula secara tetap bagi memastikan ia terkini dan mencukupi.       

 

 

Rujukan silang 

Polisi Komunikasi Polisi Pengklasifikasian Maklumat11  Kod Tatalaku Urus Niaga dan Etika bagi Kakitangan  [Buku Panduan Komunikasi Krisis]12 

                                                            11 Sedang disediakan 12 Akan disediakan