sekolah tun fatimah - stf.edu.my cemerlang dalam peperiksaan upsr (ujian pencapaian sekolah ......

Download SEKOLAH TUN FATIMAH - stf.edu.my  cemerlang dalam peperiksaan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah ... arus perkembangan semasa ... AJK Rumah Asrama

Post on 18-Feb-2018

229 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • SEKOLAH TUN FATIMAH

    BUKU PROGRAM MINGGU SILATURRAHIM

    MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2018

    10 20 JANUARI 2018

    UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH TUN FATIMAH, JALAN TUN ABDUL RAZAK,

    80000 JOHOR BAHRU, JOHOR

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    2

    OBJEKTIF PROGRAM SILATURRAHIM

    1. Murid dapat mengenali dan memahami suasana persekitaran dan budaya di Sekolah Berasrama Penuh.

    2. Murid dapat menghayati Visi, Misi dan Falsafah Sekolah Berasrama Penuh.

    3. Pelajar disediakan minda mereka selaras dengan matlamat utama belajar di Sekolah Berasrama Penuh.

    4. Murid dapat menyesuaikan diri dan mengawal emosi dengan merasai keselesaan hidup di asrama.

    5. Murid dapat belajar dengan aktif dan berkeyakinan tinggi.

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    3

    SEJARAH SEKOLAH TUN FATIMAH

    JOHOR BAHRU

    Sekolah Tun Fatimah adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), yang ditadbirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, khas bagi pelajar-

    pelajar perempuan. Pelajar-pelajarnya adalah dipilih dan ditapis sendiri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari seluruh negara yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah

    Rendah) dan PMR (Penilaian Menengah Rendah).

    Sekolah Tun Fatimah telah diasaskan di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956 dengan nama Sekolah Menengah Perempuan Melayu.

    Matlamatnya ialah untuk mendidik murid perempuan Melayu terutama dari kawasan luar bandar dari seluruh Tanah Melayu untuk menjadi guru dengan menghantar mereka terus ke Maktab Perguruan Perempuan

    Melayu Melaka (MWTC) selepas peperiksaan LCE/SRP.

    Pada tahun 1958, ia telah dirasmikan oleh YB Encik Khir bin Johari,

    Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada masa itu dan diberi nama Sekolah

    Tun Fatimah, sempena nama seorang Srikandi Wanita Melayu yang

    terkenal di zaman Kerajaan Melayu Melaka. Sekolah Tun Fatimah telah

    berpindah ke premis sekarang pada Ogos 1962. Pada 25 September 1965

    pula DYMM Sultanah Johor, Almarhum Ungku Tun Aminah Almarhum

    Ungku Ahmad telah berkenan merasmikannya.

    Dari jumlah 80 orang pelajar pada hari itu, ianya telah berkembang

    kepada 823 orang pelajar pada hari ini dengan jumlah gurunya seramai 63

    orang dan staf sokongan seramai 22 orang. Lebih kurang 1/3 daripada

    jumlah pelajarnya adalah pemegang biasiswa Kerajaan dan Swasta.

    Pada tahun 2006 genap 50 tahun usia Sekolah Tun Fatimah.

    Perayaan Jubli Emas telah disambut pada 30 Jun hingga 2 Julai 2006. Majlis

    ini telah dirasmikan oleh Sultanah Johor Sultanah Tengku Zanariah binti

    Tengku Ahmad Panglima Raja pada 1 Julai 2006. Diiktiraf sebagai Sekolah

    Kluster Kecemerlangan pada akhir tahun 2008. Pada tahun 2010 pula,

    Sekolah Tun Fatimah telah dianugerahkan sebagai salah sebuah Sekolah

    Berprestasi Tinggi.

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    4

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

    dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

    MISI KEMENTERIAN PELAJARAN

    Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

    MISI KEMENTERIAN PELAJARAN

    Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk

    Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi

    Negara.

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    5

    SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

    FALSAFAH

    Pendidikan di SBP adalah satu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang,

    terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan

    warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan Negara.

    MISI

    Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi

    menghasilkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21.

    OBJEKTIF

    1. Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpontesi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang

    teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif. 2. Memperbanyakan pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai

    persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara. 3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui

    pendedahan hidup bermasyarakat dan sarwajagat. 4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman,

    dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia. 5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu

    menghadapi alam remaja. 6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati

    matlamat alam remaja. 7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.

    8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP. 9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap,

    pantas, tepat dan bijaksana.

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    6

    10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020.

    NILAI-NILAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

    * Berpegang teguh pada agama

    * Berani

    * Berilmu

    * Ikram

    * Berfikir

    * Sentiasa mengejar

    kecemerlangan

    * Rajin

    * Berbakti

    HASRAT SEKOLAH TUN FATIMAH ***********************

    VISI STF sekolah terbilang melestarikan tradisi kecemerlangan

    bertaraf dunia

    MISI

    STF memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-

    pelajar cemerlang, melalui pengurusan sekolah unggul dan

    perkongsian bestari ke arah melahirkan generasi terbilang.

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    7

    PIAGAM PELANGGAN

    SEKOLAH TUN FATIMAH

    ***********************************

    Memastikan sistem pendidikan berjalan lancar selaras dengan Falsafah Pendidikan

    Negara. Memastikan setiap warga sekolah sentiasa

    berdedikasi, komited, berdisiplin dan produktif

    Sentiasa menguruskan kerja dengan cepat, cekap, tepat dan tegas.

    Membentuk pelajar dengan sikap positif dan mempunyai kebolehan dalam pelbagai

    lapangan. Sentiasa memberi layanan mesra dan bersedia

    untuk membantu pada bila-bila masa. Sentiasa berusaha memastikan kebersihan,

    keindahan dan keselamatan sekolah diberi perhatian sewajarnya.

    Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan yang cekap, berkesan, canggih dan

    berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    8

    MATLAMAT SEKOLAH TUN FATIMAH

    JOHOR BAHRU

    S Suasana

    Suasana yang kondusif,

    bersih, sihat, selamat, selesa,

    mesra dan ceriakan bagi

    membentuk insan penyayang

    yang mampu menyesuaikan

    diri dengan apa jua keadaan. KAMI WARGA STF

    BERJUANG SECARA

    TERANCANG KE ARAH

    PEMBINAAN

    S T F J B

    T Teknologi

    Prasarana yang berteknologi

    canggih bagi membolehkan

    pelajar,guru dan warga

    sekolah memperoleh ilmu

    kecerdasan, kecekapan,

    kepantasan dan kepintaran

    yang mampu bersaing

    di arena antarabangsa.

    F Falsafah

    Pelajar yang mempunyai

    MISI dan VISI hidup yang jelas

    dengan memahami hasrat

    Wawasan Negara, FPN, yang

    berlandaskan ajaran agama.

    B Bestari

    Sekolah Bestari-Institusi

    Pendidikan yang mempunyai

    kemudahan IT dan mengikut

    arus perkembangan semasa

    bagi melahirkan Insan

    Bestari- Insan yang tabah

    dan bijak mampu menghadapi

    cabaran sezaman.

    J Jaringan

    Jaringan kolaboratif antara

    sekolah dengan komuniti

    dan mana-mana agensi

    untuk menimba ilmu dan

    berkongsi kepakaran.

  • Buku Program MSR 2018 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

    Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

    cncd@ubkstf2018

    9

    LENCANA SEKOLAH

    PENJELASAN LAMBANG

    PERISAI : Melambangkan pendidikan menyeluruh yang diterima di

    sekolah untuk menangani cabaran hidup.

    TIGA PUNCAK PERISAI : Puncak 1-Kecemerlangan Akademik

    Puncak 2-Kemampanan Sahsiah

    Puncak 3- Kecemerlangan Kokurikulum

    OBOR