postur asas dalam nyanyian

9
1. POSTUR ASAS DALAM NYANYIAN Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian. Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut: 1.1 POSTUR BERDIRI Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan. Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit. Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan. Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung. Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi. Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.

Upload: fang-yun-low

Post on 31-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teknik nyanyian

TRANSCRIPT

Page 1: Postur Asas Dalam Nyanyian

1. POSTUR ASAS DALAM NYANYIAN

Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian.

Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut:

1.1 POSTUR BERDIRI

Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan. Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit. Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan. Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung. Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu,

elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.

Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.

Berdiri tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di kedua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan di sisi badan.  Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.

1.2 POSTUR DUDUK

Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit kehadapan. Jangan sila panggung semasa menyanyi.

Page 2: Postur Asas Dalam Nyanyian

Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang seimbang agar boleh menyokong keseluruhan badan semasa duduk

Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung. Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu,

elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.

Tangan boleh diletakkan di atas peha sambil bergerak selesa. Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke

atas atau menunduk.

Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3 bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu.  Kepala mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan.

Kesimpulannya asas postur yang betul membuatkan nyanyian menjadi lebih mudah dilakukan. Ia akan menyediakan mekanisme fizikal bertindak balas dengan konsep mental tanpa sebarang gangguan. Ia juga membuatkan semua proses berjalan secara bersambung-sambung tanpa halangan. Postur yang betul membolehkan seseorang menyampaikan suara dengan baik sekaligus menyanyi dengan lebih baik.  Postur yang baik perlu seimbang, bergaya dan ringkas. kefahaman terhadap pengawalan postur ini amat penting dalam membantu penyanyi mengeluarkan suara dengan lebih bebas tanpa sekatan.

1.3 Latihan Fizikal Bagi Mendapatkan Postur Yang Baik

A.        Berdirii.      Berdiri tegak dan badan tidak boleh bongkok.ii.     Tangan dinaikkan ke paras bahu. Bengkokkan tangan sedikit dan            turunkannya secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.

B.        Duduki.      Duduk ke hadapan. Tangan pada paha.ii.     Dengan perlahan-lahan, tarik nafas yang dalam dan perhatikan        bahagian tulang rusuk anda mengembang.

Page 3: Postur Asas Dalam Nyanyian

2. KAEDAH PERNAFASAN DALAM NYANYIAN

Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Salah satu teknik vokal yang perlu dititikberatkan dalam nyanyian ialah pernafasan.

Semasa bernafas, oksigen akan masuk ke dalam ruang paru-paru. Bahagian otot yang membantu proses pernafasan terdiri dari otot diafragma, otot ini merupakan satu bahagian otot besarberbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka iaitu di bawah bahagian paru-paru. Apabila otot diafragma menurun, bahagian pinggang akan mengembang. Tekanan udara yang berada di dalam badan kita akan menjadi rendah, dengan itu membuatkan udara atau oksigen disedut ke dalam paru-paru atau disebut respirasi. Apabila otot diafragma menaik, tekanan udara yang terdapat di dalam badan akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar semula, atau dihembus iaitu disebut ekspirasi.

Pernafasan yang betul ketika menyanyi adalah dengan menggunakan otot diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas – ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.

2.1 Senaman bagi Otot DiafragmaSalah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda.            Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini: Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda                             

2.2 KAWALAN PERNAFASAN

Pernafasan dalam nyanyian merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan bagi mencapai kesempurnaan terhadap penyampaian nyanyian. Bagi percakapan harian, bunyi tidak dilanjutkan seperti dalam nyanyian,  tiada hukum hakam yang perlu dipatuhi bagi menghabiskan bagi satu baris ayat. Nafas boleh di ambil di merata-rata tempat yang dikehendaki mengikut keselesaan. Tatapi dalam nyanyian yang didasari

Page 4: Postur Asas Dalam Nyanyian

oleh pic, irama dan melodi memerlukan kawalan pernafasan yang lebih dinamik bagi mengelakkan nafas diambil pada bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya untuk menjaga keindahan sesebuah lagu yang disampaikan.   Selain itu, penggunaan ekspresi dan rangkaian lagu dalam nyanyian juga memerlukan kawalan pernafasan.

Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru, diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan tenaga mengawalnya.

Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru, diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan tenaga mengawalnya.           

2.3 SOKONGAN PERNAFASAN

Melalui pedagogi vokal, panjang sesuatu nafas dilakukan dengan menyedut nafas secara mendalam dan melepaskan secara perlahan-lahan dengan dibantu oleh kawalan otot diafragma. Langkah-langkah dalam kawalan pernafasan semasa nyanyian bermula apabila nafas disedut, ini mengakibatkan paru-paru mengembang, fenomena ini membuatkan diafragma kita tertekan ke bawah dan menyebabkan bahagian sekeliling pinggang turut mengembang. Diafragma perlu dikawal dengan cara mengeraskan bahagian sekeliling pingang semasa pengeluaran udara berlaku. Bagi memastikan bekalan udara cukup sehingga ke akhir frasa, bahagian diafragma harus dipastikan terus ditekan atau mengeras supaya ianya terus menyokong pengeluaran udara yang lebih panjang. 

Sokongan pernafasan dapat dilakukan dengan meperkemaskan/mengeraskan otot-otot abdomen, menciptakan tekanan yang tinggi pada abdomen dan thorax, membuatkan diafragma dalam keadaan rileks dan terkawal (terangkat ke atas). Ia melibatkan bahagian-bahagian badan, otot contohnya, serta kaitannya dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh paru-paru larynx untuk menghasilkan ton yang terbaik dan

Page 5: Postur Asas Dalam Nyanyian

berupaya menyanyikan frasa lagu dan not-not yang panjang. Penyanyi akan dapat mengawal nyanyian  (fonasi).

Bagi mencapai teknik ini memerlukan latihan demi latihan yang berterusan. Untuk itu, otot diafragma dilatih untuk bekerja bagi menyokong pengaliran nafas yang lebih lama semasa menyanyi. Penyanyi yang berjaya mengawal pernafasan mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak semasa menyanyi dan mampu mengeluaran ton suara yang lebih menyeluruh (solid).

2.4 Latihan Pernafasan

Berikut adalah beberapa latihan pemanasan suara (vokalize) yang dapat dijalankan untuk melatih otot-otot diafragma bagi bertindakbals dengan teknik nyanyian atau vokal yang betul. Latihan ini boleh dilakukan dengan memulakan dari nada rendah kemudian beransur ke nada tinggi dengan memberi penekanan terhadap fungsi otot diafragma sekaligus memberi perhatian juga terhadap  phonasi, resonan serta artikulasi yang tepat.

Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-

1.Pitch/Nada

2.Rhythm/Irama

3.Pernafasan

4.Suara

5.Sebutan

Mari saya jelaskan satu persatu :-

1. PITCH/NADA

Ok saya kira ramai yg tahu mengenai pitch ni sejak AF disiarkan sejak 2002 yang lepas

kan?Kalau kita dengar si penyanyi tu sumbangdalam penyampaian lantas kita akan kata

pitching tak kena la ni.Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus

dan sedap didengar

Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch

merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan

Page 6: Postur Asas Dalam Nyanyian

ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang

mambang. Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka

dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan

dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalamsesebuah lagu itu tadi..

Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan

note2yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang

sumbang adalah sangat penting

2. RHYTHM/IRAMA

Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta

mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita

sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan

kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah

menentukan ’groove’sesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita

menghentakkan kaki atau mengangguk2kan kepala bila kita mendengarkan lagu

lagu yang ber’tempo’ laju cthnya lagu2 rock!

Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali

kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza2,

begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

3. PERNAFASAN

Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang

pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal kepada anda jika anda

mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan

kepada kita-apa kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni??.

Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah

proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk

mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara

pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai

tahap cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi! Dalam

ebook Rahsia Vokal ada diterangkan lebih lanjut tentang bab ini

Page 7: Postur Asas Dalam Nyanyian

4. SUARA

Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau

memfokuskan perhatian kita kepada komponen2 nyanyian yang lain dari mencari

bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian

kita.

Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi

membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam

melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ’sihat’

5. SEBUTAN

Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak

mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan

bahasa yang akan difahami oleh audience kita.

Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah

batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu

yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui

persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching

yang tepat dalam nyanyian.