portfolio - people.utm.my filefalsafah hukum allah adalah dasar kepada ilmu. sejajar dengan kehendak...

12
PORTFOLIO PENGAJARAN Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamaruddin bin Abd. Hamid Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan PENCALONAN UNTUK ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE-13 ANUGERAH PENGAJARAN KELOMPOK KEJURUTERAAN

Upload: doandung

Post on 19-Aug-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PORTFOLIO PENGAJARAN Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamaruddin bin Abd. Hamid Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan

PENCALONAN UNTUK ANUGERAH AKADEMIK NEGARA

KE-13

ANUGERAH PENGAJARAN KELOMPOK KEJURUTERAAN

Edisi Pertama 2019 © UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2019 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengerusi, Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

PORTFOLIO PENGAJARAN

PENCALONAN UNTUK ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE-13

ANUGERAH PENGAJARAN KELOMPOK KEJURUTERAAN © UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2019 Johor Bahru

PROF. MADYA TS. DR. MOHD. KAMARUDDIN BIN ABD. HAMID Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia

with UNIMAS undergraduate students

with King Mongkut’s University of Technology students

with UTHM undergraduate students

with Prof. Dr. Shelda Debowski, a leading international expert in educational leadership and higher education

development. She is the author of “The New Academic: A Strategic Handbook”

Portfolio Pengajaran

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamaruddin bin Abd. Hamid

Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga Fakulti Kejuruteraan

Universiti Teknologi Malaysia

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan Prakata Ringkasan Pencapaian Bab 1: Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran.

1.1 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 1.2 Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran

Bab 2: Strategi Keseluruhan Tentang Kaedah

Pengajaran/Penyeliaan dan Penilaian. 2.1 Ciri-Ciri Pensyarah Hebat 2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 2.3 Strategi Penyeliaan 2.4 Strategi Penilaian

Bab 3: Kreativiti dan Inovasi Serta Impaknya

Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. 3.1 Kreativiti dan Inovasi Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 3.2 Ciri-Ciri Kreativiti dan Inovasi 3.3 Impak Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran 3.4 Ringkasan

Bab 4: Penilaian dan Testimonial

Pengajaran/Penyeliaan. 4.1 Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran 4.2 Testimoni Pengajaran dan Pembelajaran 4.3 Ringkasan

Bab 5: Penambahbaikan Pengajaran/Penyeliaan dan

Penilaian serta Pembangunan Profesional. 5.1 Penambahbaikan Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Melalui Amalan Reflektif 5.2 Penambahbaikan Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Melalui Penyelidikan dan Pembangunan

5.3 Pembangunan Profesional 5.4 Ringkasan

Bab 6: Kesarjanaan Dalam Pengajaran/Penyeliaan

dan Penilaian. 6.1 Perkongsian Ilmu dan Amalan Pengajaran/

Penyeliaan dan Penilaian 6.2 Pengiktirafan Dalam Pengajaran/Penyeliaan dan

Penilaian 6.3 Kepimpinan Dalam Pengajaran/Penyeliaan dan

Penilaian 6.4 Ringkasan

.

Falsafah Hukum Allah adalah dasar kepada ilmu. Sejajar dengan kehendak-Nya, UTM komited secara menyeluruh dan bersepadu demi mencapai kecemerlangan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.

Visi Menjadi sebuah institusi akademik dan penyelidikan utama dunia, cemerlang dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Misi Menjadi peneraju dalam pembangunan bakat holistik dan teknologi berinovasi untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.

Teras Strategik T1: Akademik Holistik, Inovatif dan Entrepreneurial T2: Kecemerlangan Akademik dan Penyelidikan

T3: Kesohoran Global T4: Menerajui Industri dan Komuniti

Nilai Teras

Integriti Integriti memerlukan pematuhan kepada nilai-nilai moral dan prinsip etika yang kukuh. Sifat terpuji ini mesti dihayati dalam hati dan jiwa dan dimanifestasikan melalui kesetiaan, peribadi, tingkah laku, perbuatan dan tindakan secara hikmah dan amanah.

Sinergi Sinergi menanamkan semangat berpasukan, kebersamaan, keterangkuman, keserakanan, kepercayaan, hormat-menghormati, keluhuran budi dan kerjasama. Ia juga menyuburkan sifat tidak mementingkan diri sendiri, timbul daripada rasa keprihatinan terhadap orang lain mengatasi kepentingan sendiri, di samping menghargai kepelbagaian dan perbezaan.

Kecemerlangan Kecemerlangan merujuk pencapaian dan penyampaian tinggi yang akan menghasilkan kejayaan gemilang dalam semua aspek merangkumi pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, inovasi, pengkomersilan dan penyediaan perkhidmatan.

Kelestarian Kelestarian terhasil melalui pemacuan seca holistik oleh komuniti kampus dalam mengintegrasi dan mengimbangi bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan sedia ada dan berkekalan.

i

Gambar penulis semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran Process Control.

Prakata

ortfolio ini merupakan koleksi dan refleksi cetusan pengalaman, kemahiran, latihan dan pandangan penulis tentang pengajaran dan pembelajaran sepanjang berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dari lantikan sebagai Tutor pada tahun 2003 hingga ke hari ini. Portfolio ini dibangunkan bagi membantu penulis memahami, mendokumentasi, menilai dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku pada setiap hari.

Sebenarnya, portfolio ini masih belum lengkap sepenuhnya, dan kandungannya bertambah dari hari ke sehari. Asalnya sebahagian besar kandungan portfolio ini merupakan catatan perkongsian penulis di media sosial terutamanya di facebook. Sebahagiannya telah diterbitkan dalam beberapa akhbar tempatan dan sebahagian yang lain telah dimuatkan dalam prosiding seminar dan juga dijadikan bahan dalam latihan pengajaran dan pembelajaran. Portfolio ini merupakan satu dokumen yang mencatatkan pengalaman penulis dalam melakukan inovasi dan perlaksanaan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam bidang kejuruteraan kimia di samping merakam dan mempamerkan pencapaian dan kejayaan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.

Penulis memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan bermula pada 21 Julai 2003 sebagai Tutor di Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli (FKKKSA), UTM setelah menamatkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Kimia pada tahun 2002. Walaupun hanya berjawatan sebagai seorang Tutor, penulis telah diberi tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran SKC4113 Process Control and Dynamics pada semester 2 sesi 2003/2004 untuk program Kejuruteraan Kimia arus perdana (sepenuh masa) dan SPACE (separuh masa) di samping matapelajaran makmal SKC5771 Process Control Laboratory untuk arus perdana. Semenjak dari itu, berbekalkan dengan pengalaman mengajar lebih 180 jam kredit, matapelajaran Kawalan Proses (Process Control) begitu sinonim dengan penulis sehinggakan diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai pakar rujuk matapelajaran Process Control dan Process Simulation oleh Persatuan Kawalan Proses Malaysia (Malaysia Process Control Society – MyPCS) di samping dilantik sebagai pensyarah jemputan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Buat masa kini, penulis merupakan penyelaras untuk matapelajaran SKKC3553 Process Control and Instrumentation di Jabatan Kejuruteraan Kimia UTM selain menjadi Ketua untuk Panel Process Control and Safety, yang bertanggungjawab terhadap perancangan, penambahbaikan, pengumpulan maklumat dan penyelarasan tenaga pengajar untuk matapelajaran Process Control, Process Simulation dan Process Safety.

P

Prakata

ii

Untuk matapelajaran Process Simulation, penulis dengan kerjasama pelajar pascasiswazahnya telah menghasilkan beberapa edisi bukukerja (workbook) bagi Process Simulation seperti yang terkini Aspen Plus V10: An Introduction to Chemical Engineering Process Simulation dan Aspen HYSYS V9: An Introduction to Chemical Engineering Process Simulation. Bukukerja ini bukan sahaja digunapakai oleh pelajar-pelajar Kejuruteraan Kimia di UTM, malah digunapakai oleh pelajar-pelajar Kejuruteraan Kimia di UNIMAS, UTHM, UIA, UniKL, UiTM dan juga di King Mongkot’s University of Technology. Selain kegunaan dalam pengajaran, bukukerja ini juga digunapakai dalam kursus-kursus profesional terutamanya kepada pihak industri dan penyelidik.

Contoh bukukerja (workbook) yang dibangunkan oleh penulis untuk matapelajaran Process Simulation.

Kepakaran penulis dalam bidang Process Design, Simulation and Control membolehkan beliau terlibat dalam 45 projek penyelidikan dan pembangunan yang berjumlah lebih kurang RM 3.12 juta setelah berjaya menamatkan pengajian peringkat PhD pada tahun 2011 dari Technical University of Denmark (DTU). Terkini, penulis dengan kerjasama MyPCS sedang membangunkan rangkakerja pengilangan pintar (Smart Manufacturing Framework) untuk industri kelapa sawit di Malaysia yang mendapat sokongan daripada rakan kongsi industri seperti Sime Darby Research Sdn. Bhd., Lahad Datu Edible Oils Sdn. Bhd. dan Evyap Sabun (M) Sdn. Bhd. Bagi mengukuhkan penyelidikan dan hubungan dengan industri, penulis telah berjaya mendapatkan sebanyak RM 0.5 juta dalam bentuk hadiah dari pemain industri kelapa sawit di Malaysia.

Kertas cadangan permohonan TRGS 2019 yang diketuai oleh penulis.

Prakata

iii

Berpengalaman menyelia seramai 75 orang pelajar penyelidikan, penulis telah berjaya menghasilkan sebanyak 191 penerbitan dalam bentuk jurnal, prosiding, buku, bab dalam buku, dan laporan teknikal yang mana 77 penerbitan penulis adalah diindex oleh SCOPUS. Sebagai profesional yang inovatif, penulis dengan kerjasama rakan-rakan penyelidikannya telah berjaya menghasilkan 14 copyright, terkini copyright bertajuk “Integration Tools for Supporting Process Design Analyses in Chemical Engineering” (IP/CR/2019/0105) telah berjaya difailkan. Selain daripada itu, penulis telah berjaya mengendalikan lebih 30 kursus-kursus profesional berkaitan dengan Chemical Process Modelling and Simulation, Distillation Operation, Control and Troubleshooting, serta Process Operation, Control and Troubleshooting untuk para profesional dalam industri minyak dan gas.

Bersama peserta kursus Distillation Operation, Control and Troubleshooting.

Dari segi kelayakan dan keahlian profesional, penulis mempunyai beberapa keahlian dan kelayakan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penulis merupakan Graduate Engineer berdaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM) sejak tahun 2001, Graduate Member untuk Institute of Engineers Malaysia (IEM) sejak tahun 2006, Associate Member untuk Institute of Chemical Engineers (IChemE) serta Member untuk American Institute of Chemical Engineers (AIChE) sejak tahun 2007. Selain daripada itu, penulis juga merupakan Member untuk Malaysian Society for Engineering and Technology (MSET) sejak tahun 2013, serta Member untuk American Chemical Society (ACS) sejak tahun 2014. Sejak dari Disember 2014, penulis telah berjaya mendapatkan Certified Energy Manager (CEM) di bawah ASEAN Energy Manager Accreditation Scheme (AEMAS). Terkini, penulis telah berjaya mendaftar sebagai Professional Technologist (P.Tech.) di bawah Malaysia Board of Technologists (MBOT) sejak Mei 2018.

Di dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), penulis merupakan antara pakar bidang pendidikan tinggi yang diiktiraf sumbangannya dalam menyumbang kepada penambahbaikkan pengalaman pembelajaran pelajar. Inovasi PdP beliau telah diiktiraf dalam Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2018 (AKRI 2018), pemenang tempat ketiga untuk Kurikulum Inovatif, dan diiktiraf sebagai salah seorang Finalis bagi Pengalaman Pembelajaran Imersif – Teradun. Di peringkat UTM, inovasi beliau telah memenangi pingat emas di UTM New Academia Learning Innovation (NALI 2018) Exhibition, dan salah seorang Finalis untuk UTM NALI 2018 Award. Terkini, penulis telah menerima pengiktirafan sebagai salah seorang pakar dalam Active Learning (AL), Cooperative Learning (CL), dan Problem-Based Learning (PBL) di bawah UTM Future Ready Educators (FREE) program sejak Februari 2019. Penulis juga selalu menunjukkan penglibatan beliau dalam UTM PdP praktis dalam menambahbaikkan pengalaman pembelajar pelajar, di mana beliau telah menerima Anugerah Pengajaran (Kejuruteraan) UTM pada tahun 2018.

Prakata

iv

Penulis juga selalu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat terutama sekali untuk sekolah-sekolah di negeri Johor dan Sabah. Beliau telah dilantik sebagai fasilitator untuk projek Problem-Based Learning (PBL) for Low Carbon Education di Iskandar Malaysia sejak April 2018. Sebagai Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan untuk Sabah English Aspiration Society (SEAS), penulis pernah bekerjasama dengan MayBank Sabah dan telah berjaya menganjurkan MayBank CR Day 2018: Seeds of the Future, dengan tujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah. Pada Julai 2017, beliau terlibat sebagai fasilitator untuk program HIP International Outreach English Camp 2017 di Membakut, Sabah.

Tanpa tunjuk ajar, bimbingan, panduan, nasihat, motivasi serta pertolongan dan bantuan dari mentor-mentor, penulis tidak akan dapat menerbitkan portfolio ini. Penulis amat bertuah kerana telah mendapat bimbingan dan panduan daripada beberapa orang pakar seperti pakar Pendidikan Kejuruteraan Prof. Dr. Khairiyah Mohd. Yusof, Prof. Dr. Kamarul Asri Ibrahim (pakar pendidikan OBE), Prof. Dr. Mohd. Zaki Kamsah (pakar pendidikan servis), Prof. Ir. Dr. Zainuddin Abd. Manan dan Prof. Ir. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi (pakar pendidikan integrasi tenaga), dan Prof. Ir. Dr. Haslend Hashim (pakar pendidikan perancangan proses dan tenaga).

Selain itu, penulis juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pusat-pusat penyelidikan

yang telah banyak membantu penulis dalam mengembangkan potensi dalam penyelidikan dan pembangunan terutama sekali kepada Process Systems Engineering Centre (PROSPECT) dan Centre for Engineering Education (CEE) UTM. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada UTM Academic Leadership (UTMLead) dan UTMLead Centre for Teaching and Learning (CTL) atas segala sokong dan dokongan dalam perkembangan bakat penulis dalam pengajaran dan pembelajaran selama ini. Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Curriculum Innovation and Development Unit (CIDU) UTM atas kepercayaan yang diberikan kepada penulis sebagai pakar dalam Active Learning (AL), Cooperative Learning (CL), dan Problem-Based Learning (PBL) di bawah UTM Future Ready Educators (FREE). Terima kasih diucapkan kepada pengurusan tertinggi Uiversiti Teknologi Malaysia (UTM), pengurusan tertinggi Fakulti Kejuruteraan (FK) dan pengurusan tertinggi Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (SKT) atas galakkan, sokongan dan bantuan yang diberikan selama ini. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas kepada pemenang-pemenang Anugerah Pengajaran, Anugerah Akademik Negara dari UTM iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah dan Prof. Madya Fatimah Puteh atas galakkan dan sokongan yang diberikan kepada penulis. Akhir sekali penulis ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua rakan-rakan pensyarah, staf sokongan serta semua pelajar-pelajar yang terlibat dalam penerbitan portfolio ini.

Jika terdapat sebarang kelemahan dan salah silap portfolio ini, penulis mengharapkan teguran pembaca

sekalian. Kepada Allah SWT penulis mohon keampunan-Nya:

“… Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang besar sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami…”

(Surah al-Baqarah, 2: 286) ASSOC. PROF. TS. DR. MOHD. KAMARUDDIN BIN ABD. HAMID Universiti Teknologi Malaysia 20 Jun 2019

v

Ringkasan Pencapaian

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamaruddin bin Abd. Hamid banyak terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), beliau merupakan pakar bidang pendidikan tinggi yang diiktiraf sumbangannya dalam menyumbang kepada penambahbaikkan pengalaman pembelajaran pelajar. Inovasi PdP beliau telah diiktiraf dalam Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2018 (AKRI 2018), pemenang tempat ketiga untuk Kurikulum Inovatif, dan salah seorang Finalis bagi Pengalaman Pembelajaran Imersif – Teradun. Di peringkat UTM, inovasi beliau telah memenangi pingat emas di UTM New Academia Learning Innovation (NALI 2018) Exhibition, dan salah seorang Finalis untuk UTM NALI 2018 Award. Terkini, beliau telah menerima pengiktirafan sebagai salah seorang pakar dalam Active Learning (AL), Cooperative Learning (CL), dan Problem-Based Learning (PBL) di bawah UTM Future Ready Educators (FREE) program sejak Februari 2019. Dr. Kamaruddin juga selalu terlibat dalam usaha menambahbaikkan pengalaman pembelajaran pelajar di UTM, di mana beliau telah menerima Anugerah Pengajaran (Kejuruteraan) UTM pada tahun 2018. Beliau juga selalu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat terutama sekali untuk sekolah-sekolah di negeri Johor dan Sabah. Beliau telah dilantik sebagai fasilitator untuk projek PBL for Low Carbon Education di Iskandar Malaysia sejak April 2018. Sebagai Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan untuk Sabah English Aspiration Society (SEAS), Dr. Kamaruddin pernah bekerjasama dengan MayBank Sabah dan telah berjaya menganjurkan MayBank CR Day 2018: Seeds of the Future, dengan tujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah. Pada Julai 2017, beliau terlibat sebagai fasilitator untuk program HIP International Outreach English Camp 2017 di Membakut, Sabah.

Bersama pelajar-pelajar SK Parit Selangor, Pontian, Johor.