polisi amerika syarikat di asia tenggara sebelum perang vietnam

16
1.0 Dasar Amerika Syarikat di Asia Tenggara sebelum perang Vietnam berakhir Didalam melihat kepada permulaan pengaruh Amerika Syarikat di Asia tenggara secara signifikan, waktu yang paling sesuai adalah pada sekitar awal 1940-an iaitu ketika Amerika berada dibawah pimpinan presiden Franklin D. Roosevalt dan diteruskan oleh presiden Truman selepas itu. Perancangan perluasan pengaruh Amerika Syarikat di Asia tenggara secara tiba-tiba ini dapat dilihat berpunca dari perubahan pemikiran kepimpinan pasca perang dunia kedua iaitu pada tahun 1945. Amerika Syarikat pada ketika itu mahu membina Aturan Dunia Baru (New World Order) yang berpaksikan kepada kebergantungan atas Amerika Syarikat. Satu dunia baru yang berorientasikan ekonomi bebas dengan berkiblatkan kepada demokrasi. Didalam menjayakan hal ini, wilayah asia tenggara dilihat mempunyai kepentingan untuk dijadikan sebagai pusat kawalan ketenteraan Amerika bagi mengawal sebahagian wilayah Pasifik. Tambahan lagi, Amerika juga memerlukan hak kawalan keatas wilayah asia tenggara bagi mendapatkan kepentingan dalam aspek ekonomi terutamnya ekonomi komoditi seperti getah, timah dan minyak. Selain itu, Amerika Syarikat juga mahu memastikan wilayah asia tenggara bebas dari ancaman komunis. Hal ini disebabkan oleh suasana politik dunia ketika itu yang terbahagi kepada dua blok utama iaitu blok komunis diketuai Rusia dan juga blok demokrasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat sendiri. Ketua perancang dasar amerika syarikat pada ketika itu, Paul H. Nitze juga ada menyatakan bahawa sekiranya wilayah asia tenggara ini jatuh kepada blok komunis, ia akan memberikan

Upload: fahrurrazi93

Post on 17-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Polisi Amerika Syarikat Di Asia Tenggara Sebelum Perang Vietnam

TRANSCRIPT

1.0 Dasar Amerika Syarikat di Asia Tenggara sebelum perang Vietnam berakhirDidalam melihat kepada permulaan pengaruh Amerika Syarikat di Asia tenggara secara signifikan, waktu yang paling sesuai adalah pada sekitar awal 1940-an iaitu ketika Amerika berada dibawah pimpinan presiden Franklin D. Roosevalt dan diteruskan oleh presiden Truman selepas itu. Perancangan perluasan pengaruh Amerika Syarikat di Asia tenggara secara tiba-tiba ini dapat dilihat berpunca dari perubahan pemikiran kepimpinan pasca perang dunia kedua iaitu pada tahun 1945. Amerika Syarikat pada ketika itu mahu membina Aturan Dunia Baru (New World Order) yang berpaksikan kepada kebergantungan atas Amerika Syarikat. Satu dunia baru yang berorientasikan ekonomi bebas dengan berkiblatkan kepada demokrasi. Didalam menjayakan hal ini, wilayah asia tenggara dilihat mempunyai kepentingan untuk dijadikan sebagai pusat kawalan ketenteraan Amerika bagi mengawal sebahagian wilayah Pasifik. Tambahan lagi, Amerika juga memerlukan hak kawalan keatas wilayah asia tenggara bagi mendapatkan kepentingan dalam aspek ekonomi terutamnya ekonomi komoditi seperti getah, timah dan minyak.Selain itu, Amerika Syarikat juga mahu memastikan wilayah asia tenggara bebas dari ancaman komunis. Hal ini disebabkan oleh suasana politik dunia ketika itu yang terbahagi kepada dua blok utama iaitu blok komunis diketuai Rusia dan juga blok demokrasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat sendiri. Ketua perancang dasar amerika syarikat pada ketika itu, Paul H. Nitze juga ada menyatakan bahawa sekiranya wilayah asia tenggara ini jatuh kepada blok komunis, ia akan memberikan ancaman yang besar kepada Amerika Syarikat dan berkemungkinan besar Amerika akan kalah dalam perang dingin. Bagi menjayakan matlamat Amerika Syarikat di asia tenggara ini, beberapa buah dasar ke asia tenggara yang mana dasar ini dilihat sebagai prospek jangka panjang yang akan menguntungkan Amerika Syarikat.1.1 Dasar Pemberian hak otonomi pemerintahan sendiriDasar pertama yang dapat dilihat digunakan oleh Amerika Syarikat di asia tenggara pada ketika itu adalah dasar pemberian hak otonomi pemerintahan sendiri. Dasar ini diperkenalkan oleh presiden Amerika Syarikat yang ke-32 iaitu Presiden Franklin.D.Roosevalt dan dapat dilihat dalam isi kandungan Memorendum negara yang dikeluarkan pada September 1944.[footnoteRef:1] Dasar ini dirangka dengan perancangan mengurangkan pengaruh politik kuasa asing di wilayah asia tenggara dan diserahkan kepada kuasa pemerintahan nasionalis tempatan. Hal ini kerana Amerika percaya, hanya melalui dasar ini, maka wilayah Asia tenggara dapat bergerak menjadi sebuah kawasan yang aman, stabil dan membangun dimasa hadapan. [1: Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia, Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 47.]

1.2 Dasar Pembendungan (Containment Policy)Dasar seterusnya yang diperkenalkan dan diaplikasikan oleh Amerika diwilayah asia tenggara adalah dasar pembendungan. Dasar pembendungan atau Containment policy ini diperkenalkan susulan permulaan perang dingin pada tahun 1947. Dasar Pembendungan ini dilaksanakan selari dengan objektif awal dasar yang diperkenalkan oleh presiden Roosevalt iaitu menjadikan wilayah asia tenggara ini sebagai sebuah wilayah yang aman dan stabil. Walaubagaimanapun, erti kata wilayah yang aman dan stabil ini haruslah berpandukan kepada acuan Amerika Syarikat iaitu pengamalan system demokrasi dan kapitalis. Apabila perang dingin berlaku, muncul ancaman yang akan menggugat pengaruh acuan yang dibawa oleh Amerika Syarikat ini iaitu acuan komunis yang diketuai oleh Kesatuan Soviet. Diatas dasar inilah maka, dasar pembendungan atau Containment policy ini diperkenalkan oleh presiden Amerika yang ke-35 iaitu Harry Truman pada tahun 1947.[footnoteRef:2] [2: Paterson, T.G. The Origins of Cold War, Massachusetts: D.C.Heath and Company. 1974, Hlm. 42.]

Menurut Rorabaugh, Perang Dingin adalah pertembungan di antara kebaikan dan kejahatan, kebebasan dan penindasan, demokrasi dan totalitarianisme dan di antara Kristianiti dan komunisme yang tidak bertuhan. Selain itu, dari sudut politik, Perang Dingin adalah pertandingan antara dua buah negara ini yang bersaing untuk menjadi adikuasa dunia pasca Perang Dunia ke-2.[footnoteRef:3] Sejak tahun 1917, komunis telah menyebarkan idea-idea revolusi proletariat sehingga ke peringkat global yang pada akhirnya telah menjatuhkan banyak negara-negara kapitalis. Fenomena yang berlaku pada ketika itu telah menggugat negara-negara demokrasi-kapitalis yang sedia termasuklah AS sendiri. [3: Rorabaugh, W. J. Kennedy And The Promise Of The Sixties. United Kingdom: Cambridge University Press.2002, Hlm. 21]

2.0 Praktikaliti kepada dasar Amerika Syarikat di Asia Tenggara sebelum tamat perang Vietnam.Didalam melihat kepada praktikaliti dasar-dasar Amerika Syarikat di asia tenggara sebelum perang Vietnam berakhir ini, beberapa strategi telah dilaksanakan seperti campurtangan dalam aspek politik, pemberian bantuan ekonomi dan juga penglibatan dalam aspek keselamatan dan peperangan.2.1 Campurtangan dalam aspek PolitikDalam melaksanakan dasar Pemberian hak otonomi pemerintahan sendiri ini, salah satu cara yang digunakan adalah melalui campur tangan dalam aspek politik. Campur tangan Amerika dalam aspek politik ini dapat dilihat bermula di Vietnam hasil dari kebimbangan presiden F.D.Roosevalt terhadap pemerintahan Kolonial Perancis di Vietnam. Pemerintahan Perancis yang lemah telah menyebabkan Vietnam pada ketika itu berada dibawah Jepun, dan Amerika pula pada ketika itu baru sahaja menghadapi serangan dari Jepun di pelabuhan Pearl Halrbournya.[footnoteRef:4] Amerika merasakan bahawa campur tangan politik harus dilaksanakan di Vietnam pada ketika itu dengan menyingkirkan pengaruh Jepun samada dengan memberikan pemerintahan Vietnam kembali kepada Perancis ataupun memberikan hak pemerintahan penuh kepada nasionalis tempatan. Jepun pada ketika itu dilihat telah menggunakan Vietnam sebagai kubu pusat dan tapak mula untuk mereka untuk menguasai wilayah asia tenggara.[footnoteRef:5] [4: Mark Philip Bradley, Franklin D. Roosevalt, Trusteeship, and U.S.Exceptionalism, dlam The Transformation of Southeast Asia, edt Marc Frey, Ronald Pruessen, Tan Tai Yong, Singapore University Press, hlm.197.] [5: Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia, Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 47.]

Dalam merealisasikan prakarsa tersebut, Presiden F.D.Roosevalt telah melantangkan suaranya didalam kabinet bagi mendapatkan sokongan kongres. Beliau memberikan alasan bahawa Perancis adalah contoh yang buruk dalam cara penjajahannya dan ini dapat dilihat dalam diskriminasi yang melampau yang berlaku di Vietnam. Selain itu, pemerintahan Perancis juga telah gagal dalam mempertahankan wilayah Vietnam ini dari dirampas oleh Jepun. Oleh yang demikian, Sebagai kuasa besar, Amerika Syarikat haruslah membantu membebaskan 35 juta orang rakyat Vietnam pada ketika itu dari terus diancam kuasa luar. Susulan daripada hal ini, pada persidangan di Kairo dan Teheran pada bulan Disember 1943 dan Januari 1944, Presiden F.D.Roosevalt menekankan lagi mengenai perancangan ini. Perkara ini mendapat reaksi positif dari Stalin dan Chiang Kai Shek tetapi mendapat tentangan dari Winston Churchill, perdana Menteri Britain. Usaha pertama amerika untuk melaksanakan dasar mereka di Vietnam telah gagal akibat beberapa sebab seperti wilayah Vietnam itu sendiri yang tidak berada dilandasan yang sesuai untuk diberikan kemerdekaan secara langsung, pendudukan Jepun yang kukuh disitu, dan ketiadaan wakil politik pro-amerika yang kuat. Hal ini telah menyebabkan penguasaan Vietnam kekal di Tangan Jepun hinggalah kekalahan Jepun pada perang dunia kedua yang kemudiannya meletakkan Vietnam berada dibawah pimpinan Viet Minh, sebuah kumpulan tentera fahaman komunis yang diketuai oleh Ho chi Minh Dasar Amerika Syarikat yang mahu memberikan pengurangan pengaruh politik penjajah terhadap negara-negara diAsia tenggara disamping mencipta wilayah asia tenggara yang baru yang lebih aman dan stabil diteruskan oleh presiden selepas itu, iaitu Harry Truman. Beberapa usaha jelas dilakukan oleh Amerika syarikat dalam melaksanakan dasar ini pada era Truman melalui campur tangan politik seperti melalui pemberian kemerdekaan kepada Filipina pada Julai 1946 dan usaha melakukan perbincangan dalam mencari resolusi penyelesaian konflik di Indonesia dan Vietnam. Amerika mahu menjadikan Filipina sebagai negara contoh bagi negara asia tenggara yang lain demi menunjukkan bahawa system demokrasi dan kapitalis itu adalah bagus. Kesemua usaha yang dilakukan ini adalah untuk membina wilayah asia tenggara yang lebih aman dari konflik dan stabil. Kerajaan dibawah pimpinan Truman ini juga dilihat berusaha meyakinkan kongres di Amerika agar membenarkan penglibatan yang lebih aktif Amerika dalam politik di Asia Tenggara. Pengaruh Amerika syarikat diasia tenggara melalui campurtangan politik juga dapat dilihat di Kemboja. Diawal tempoh kemerdekaan Kemboja, cabaran terbesar yang dihadapi adalah menghadapi tekanan daripada dua buah negara jirannya yang mempunyai pengaruh yang kuat iaitu Thailand dan Vietnam. Kedua-dua buah negara ini sering mengancam wilayah Kemboja dengan mengambil beberapa wilayah yang dirasakan milik mereka seperti kuil Ankor Wat. Amerika Syarikat telah memainkan peranan bagi meredakan persengketaan diantara Kemboja, Thailand dan juga Vietnam melalui siri perbincangan diantara wakil ketiga-tiga negara. Walaupun penyelasaian secara menyeluruh tidak dapat dicapai, tetapi sekurang-kurangnya ianya dapat mengelakkan dari berlaku persengketaan yang lebih buruk. Selain itu, Amerika juga telah membina jalan raya daripada ibu kota Kemboja ke laut yang mana satu-satunya laluan untuk ke laut tersebut sebelum ini adalah melalui Sungai Mekong, tetapi penggunaan Sungai ini bagi orang Kemboja telah disekat oleh kerajaan Vietnam.Selain itu, penglibatan Amerika Syarikat di Asia tenggara juga dapat dilihat dalam konflik di Laos. Konflik ini berpunca dari Senario politik di Laos yang pada ketika itu terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan politik pro-komunis yang digelar Pathet Lao, yang disokong kuat oleh pihak Soviet, kumpulan politik neutralist dibawa pimpinan putera Souvanna Phouma dan kumpulan politik konservatif yang pro-Amerika. Percanggahan fahaman telah menyebabkan berlakunya krisis diantara kumpulan politik konservatif pro-Amerika dengan kumpulan politik komunis dan neutralist malah membawa kepada perang sivil. Didalam melihat penglibatan Amerika dalam menyelesaikan konflik ini, ianya terbahagi kepada dua iaitu melalui campur tangan politik dan melalui kempen ketenteraan. Campur tangan politik yang lebih mementingkan diplomasi dapat dilihat diaplikasikan pada era presiden J.F.Kennedy. Krisis Laos ini merupakan krisis dasar luar pertama beliau sejak mengambil alih pemerintahan. Kennedy diberi dua pilihan iaitu penyelesaian campur tangan ketenteraan yang bersifat unilateral oleh kerajaan AS atau menyesuaikan strategi baru dalam dasar luar AS yakni melaksanakan gencatan senjata ataupun neutralisasi terhadap kerajaan Laos.[footnoteRef:6] Sebagai seorang pemimpin transformasi, beliau mengadakan sidang media dan membuat keputusan untuk memanjangkan lagi perbincangan mengenai krisis tersebut serta menggesa kedua-dua pihak untuk menamatkan peperangan. Beliau mencampuri urusan politik Laos ini dengan cara perbincangan bukan sahaja diantara kumpulan politik dalaman ini, tetapi juga dengan pihak Soviet. Akhirnya, menerusi proses rundingan dengan Khruchev, kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju untuk menjadikan Laos sebagai sebuah negara neutral.[footnoteRef:7] [6: U.S Department of State Office of the Historian. 2013. The Laos Crisis, 19601963. https://history.state.gov/milestones/1961-1968/laos-crisis ] [7: Blight, J. G. & Lang, J. M. 2013. Black Swans/ White House: Why JFK Matters A Half Century After. The Centre for International Governance Innovation. 20 November.]

2.2 Pengenalan Program Suntikan Bantuan EkonomiSatu lagi langkah yang dilakukan oleh Amerika dalam melaksanakan dasar mereka di asia tenggara adalah melalui pengenalan program suntikan bantuan ekonomi. Program suntikan bantuan ekonomi Amerika ini dapat dilihat diberikan dinegara-negara di wilayah asia tenggara yang kurang menghadapi ancaman komunis yang serius. Hal ini kerana, selain mahu memastikan pengaruh komunis ini tidak merebak disana, Amerika juga mahu negara-negara lain di Asia tenggara ini menggunakan system politik acuan Amerika syarikat iaitu Demokrasi dan Kapitalis selain mahu menimbulkan kebergantungan ekonomi dan keselamatan kepada Amerika. Seperti di Burma, Amerika ketika dibawah presiden Harry Truman telah melancarkan program bantuan ekonomi dan teknikal sederhana dimana dibawah program ini, suntikan ekonomi 10 juta ringgit telah diberikan setahun kepada Burma. Sasaran program ini adalah untuk membantu Burma dari segi aspek pendidikan, pengangkutan, kesihaan, dan pertanian. Walaupun hubungan Burma-Amerika Syarikat selepas itu terputus akibat dari masalah politik dalaman, tetapi pada tahun 1957, dibawah presiden J.F.Kennedy, hubungan ini terjalin semula dengan Amerika menyambung kembali suntikan ekonominya kepada Burma dan ditambah kepada 25 juta setahun.Strategi yang sama turut digunapakai di Indonesia dimana intervensi Amerika Syarikat dilakukan melalui bantuan ekonomi dan teknikal. Intervensi berupa suntikan ekonomi ini bermula pada tahun 1950 dimana jumlah awal yang diberikan adalah sebanyak 22 juta. Peruntukan yang diberikan ini terus meningkat hingga pada tahun 1961 jumlah keseluruhan peruntukan yang diberikan oleh Amerika kepada Indonesia adalah mencecah 468 juta.[footnoteRef:8] Didalam tempoh masa ini juga dilihat banyak syarikat Amerika masuk ke Indonesia seperti Syarikat Minyak Amerika. Hal yang sama juga berlaku di Kemboja. Amerika syarikat juga telah memberikan bantuan kewangan kepada Kemboja bermula pada tahun 1956 dimana bantuan ini dikhususkan untuk pembangunan infrastruktur di Kemboja. [8: Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia, Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 88.]

Selain itu, Strategi pemberian bantuan ekonomi di asia tenggara ini juga dapat dilihat dalam program perluasan fungsi Economic Commision on Asia and the Far East(ECAFE) dibawah Economic and Social Council dibawah PBB. Projek yang diketuai oleh Amerika Syarikat ini dilihat bertujuan untuk memajukan ekonomi wilayah di Asia tenggara. Antara projek yang berjaya dilaksanakan adalah seperti projek Lembah sungai Mekong, Projek hasil koloborasi Amerika, ECAFE dan Asian Development Bank(ADB). Selain itu, penglibatan Amerika dalam pembangunan ekonomi di asia tenggara juga dapat dilihat dalam Rancangan Colombo. Rancangan Colombo ini ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan memberi bantuan teknik oleh negara-negara Komanwel yang maju kepada negara-negara Komanwel yang membangun dan mundur seperti negara-negara di asia tenggara.[footnoteRef:9] [9: Melvin Gurtov, Southeast Asia Tomorrow: Problem and Prospects for US Policy, London: The John Hopkins Press, hlm.84-87.]

2.3 Dasar Campurtangan ketenteraan.Strategi Amerika Syarikat seterusnya dalam melaksanakan dasar Pembendungan di Asia tenggara adalah melalui campur tangan ketenteraan. Campur tangan ketenteraan dalam hal keselamatan ini dapat dilihat jelas dalam penglibatan Amerika dalam perang Vietnam. Perang Vietnam merupakan peristiwa penting apabila menggambarkan Perang Dingin. Bagi rakyat AS dan Vietnam terutamanya, perang tersebut merupakan sejarah perang yang penuh dengan tragedi pada abad ke-20. Ianya telah meninggalkan kesan panjang terhadap politik, hubungan diplomasi, ekonomi, sosial dan perkhidmatan ketenteraan AS. Penglibatan Amerika dalam perang Vietnam ini adalah cukup penting kerana:Vietnam represents the cornerstone of the Free World in Southeast Asia, the keystone to the arch, the finger in the dikeHer economy is essential to the economy of all Southeast Asia; and her political liberty is an inspiration to those seeking to obtain or maintain their liberty in all parts of Asiaand indeed the world [footnoteRef:10] [10: LaFeber, Walter. America Russia and the Cold War 1945-1990. New York: Mc Graw-Hill, Inc.1991, hlm. 13]

Ancaman komunis ini dilihat mula mengancam di Asia tenggara dibahagian Vietnam. Kekalahan Jepun dalam perang dunia disusuli dengan tindakannya membawa keluar kesemua pengaruh ketenteraannya di Asia Tenggara. Hal ini termasuklah dengan wilayah Vietnam yang kemudiannya diperintah oleh pemimpin tempatan iaitu Ho Chi Minh dibawah kumpulan Viet minh.[footnoteRef:11] Pengaruh komunis mula dapat dilihat menyusup masuk di Vietnam pada tahun 1949 iaitu apabila komunis dibawah Mao Zedong berjaya menguasai tanah besar China, yang juga terletak diutara Vietnam. Pengaruh komunis ini kemudiannya mula masuk dalam pemerintahan Ho Chi Minh terutamanya selepas Beijing mengabsahkan pemerintahan Ho Chi Minh di Vietnam. Perancis dilihat telah gagal membendung kemasukan pengaruh komunis ini di Vietnam dan menyebabkan mereka dikecam oleh Amerika dan cabinet di Perancis sendiri. Perkembangan komunisme di Vietnam ini bukan sahaja mengancam negara tersebut, tetapi seluruh negara di rantau Asia Tenggara.[footnoteRef:12] [11: Ellen Hammer, The Struggle for IndoChina, Stanford University Press, 1958. Hlm. 155.] [12: Melvin Gurtov, The First Vetnam Crisis: Chinese Communist Strategy and United States Involvement, 1953-1954, New York: Colombia University Press, 1967, hlm 7]

Sebagai sebuah negara yang mempercayai teori Domino, Amerika bimbang kejatuhan Vietnam ke tangan komunis akan memberi kesan domino kepada negara-negara jiran Vietnam dimana negara-negara tersebut juga akan dikuasai oleh komunis.[footnoteRef:13] Ketika ini Vietnam dilihat terbahagi kepada dua iaitu Vietnam Utara yang diketuai oleh Ho Chi Minh yang berpaksikan pada fahaman komunis dan Vietnam Selatan pula diketuai oleh maharaja Bao Dai yang lebih condong kepada pengaruh Amerika dan Perancis. [13: Melvin Gurtov, Southeast Asia Tomorrow: Problem and Prospects for US Policy, London: The John Hopkins Press, 1970, hlm 1]

Bertindak terhadap ancaman ini dan atas dasar pelaksanaan dasar pembendungan tersebut, Amerika telah menghantar bantuan ketenteraan yang agak besar kepada Perancis dan kerajaan Bao Dai di Vietnam Selatan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk digunakan bagi mengekalkan keamanan di Vietnam dari ancaman komunis.[footnoteRef:14] Dasar Pembendungan Amerika di Asia Tenggara diperhebatkan skalanya dibawah presiden Amerika Syarikat yang ke 34 iaitu Dwight D. Eisenhower. Melalui Eisenhower, bantuan ketenteraan yang diberikan kepada Perancis bagi memerangi pengaruh komunis meningkat kepada 500 juta setahun. Pada masa yang sama juga, Eisenhower telah membina perancangan bersama-sama Jeneral Perancis untuk merekrut rakyat Vietnam menjadi askar pengawal pertahanan dan keselamatan dalaman, manakala askar Perancis akan bertanggungjawab dalam urusan serangan terhadap pengaruh komunis ini. [14: Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia, Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 53.]

Dalam pemerintahan J.F.Kennedy pula, beliau telah meningkatkan penglibatan ketenteraan AS dalam perang ini. Walau bagaimanapun, kelainan dibawa oleh Kennedy dimana beliau juga menghantar sekeumpulan tentera Amerika sebanyak 400 orang pasukan khas untuk tujuan melatih dan menasihati tentera-tentera tempatan bagi melawan komunis dan menghalang penyebaran ideologi komunisme dan jumlah tentera tersebut meningkat kepada 1600 selepas itu.[footnoteRef:15] Selain itu, Kennedy juga telah menubuhkan tentera Green Berets untuk tujuan ketenteraan yang menekankan taktik gerila. Penglibatan Amerika dalam perang Vietnam ini berterusan hinggalah kepada kekalahan mereka ditangan Vietnam Utara yang didokong oleh Kesatuan Soviet. [15: Westad, O.A. 2007. The Global Cold War. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 37.]

Penglibatan Amerika dalam hal ketenteraan bertambah giat setelah Harry Truman memperkenalkan satu memorendum dasar luarnya yang diberi nama NSC-68. NSC-68 adalah adalah satu memorendum sulit setebal 58 helai yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Amerika Syarikat pada 14 April 1950. Memorendum ini merupakan antara panduan bagi Amerika dalam melancarkan strategi terhadap perkembangan pengaruh komunis oleh Soviet ketika perang dingin berlaku. Menerusi memorandum ini juga, jumlah peruntukan bagi ketenteraan ditingkatkan berkaliganda dan ini termasuklah untuk pembinaan senjata nukleur dan bom Hydrogen.[footnoteRef:16] NSC-68 ini turut memberi kesan kepada wilayah asia tenggara terutamanya di Vietnam iaitu ketika perang Vietnam sedang berjalan dimana jumlah tentera Amerika ditingkatkan disana pada tahun 1964 dengan menggunakan memorandum NSC-68 ini sebagai asasnya.[footnoteRef:17] [16: William R. Haycraft, Unraveling Vietnam: How American Arms and Diplomacy Failed in Southeast Asia, North Carolina: McFarland company, 2005, hlm. 43.] [17: W.Scott Thompson & Donaldson D. Frizzell, The lesson of Vietnam, New York: Crane, Russak & Company, 1977, hlm. 163.]

Selain di Vietnam, pengaruh Amerika melalui aspek ketenteraan juga dapat dilihat dalam penubuhan Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) pada 8 September 1954.[footnoteRef:18] SEATO ini merupakan sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang dibina bagi menjaga keamanan rantau asia tenggara ini terutamanya dari serangan komunis. Didalam SEATO ini juga ditubuhkan satu peruntukan khas untuk memberi keutamaan kepada tiga buah negara di Asia tenggara yang dilihat merupakan ancaman terbesar dalam penyebaran fahaman komunis iaitu Vietnam, Kemboja dan Laos. Pengaruh SEATO ini dapat dilihat digunakan dalam perang sivil di Laos dimana dua buah kapal terbang perang dan maritime Amerika telah dihantar bagi menyelesaikan konflik ini. [18: SEATO merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh lapan buah negara iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, perancis, Australia, New Zealand, Pakistan, Filipina dan Thailand.]

RUJUKANBlight, J. G. & Lang, J. M. 2013. Black Swans/ White House: Why JFK Matters A Half Century After. The Centre for International Governance Innovation. 20 November.Ellen Hammer.1958. The Struggle for IndoChina, Stanford University Press

LaFeber, Walter. 1991. America Russia and the Cold War 1945-1990. New York: Mc Graw-Hill, Inc

Melvin Gurtov, Southeast Asia Tomorrow: Problem and Prospects for US Policy, London: The John Hopkins Press

Melvin Gurtov. The First Vietnam Crisis: Chinese Communist Strategy and United States Involvement, 1953-1954. New York: Colombia University Press

Mark Philip Bradley, Franklin D. Roosevalt, Trusteeship, and U.S.Exceptionalism, dlam The Transformation of Southeast Asia, edt Marc Frey, Ronald Pruessen, Tan Tai Yong, Singapore University PressOliver E. Clubb Jr. 1962. The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia, Washington: The Brookings Institution, Paterson, T.G. 1974. The Origins of Cold War. Massachusetts: D.C.Heath and Company.Rorabaugh, W. J. 2002. Kennedy And The Promise Of The Sixties. United Kingdom: Cambridge University PressU.S Department of State Office of the Historian. 2013. The Laos Crisis, 19601963. https://history.state.gov/milestones/1961-1968/laos-crisis

Westad, O.A. 2007. The Global Cold War. United Kingdom: Cambridge University PressWilliam R. Haycraft.2005. Unraveling Vietnam: How American Arms and Diplomacy Failed in Southeast Asia. North Carolina: McFarland company.

W.Scott Thompson & Donaldson D. Frizzell. 1977. The lesson of Vietnam. New York: Crane, Russak & Company