pmr bahasa malaysia - upsr pt3 spm exam · web viewlamsah,seorang pemuda yang berumur lebih...

16
PMR BAHASA MALAYSIA BAHAGIAN C (PENULISAN) Pilih satu daripada soalan di bawah.Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Anda ialah ahli dalam sebuah unit beruniform di sekolah anda. Ceritakan pengalaman-pengalaman menarik yang anda alami semasa anda menyertai unit beruniform tersebut. Pendahuluan Aktiviti kokurikulum banyak memberi manfaat - menyertai Pasukan Kadet Remaja Sekolah menyeronokkan kerana banyak menyertai pelbagai aktiviti - aktiviti-aktiviti tersebut meninggalkan kenangan manis Isi-isi penting: Isi 1 Menyertai pertandingan kawad kaki - menjalani latihan hampir setiap petang - letih tetapi seronok - jurulatih tegas tetapi bertimbang rasa Isi 2 Diberi uniform percuma warna hijau - berasa seperti perajurit negara - rnenjadi johan daerah- gernbira kerana dapat mengharumkan daerah - mewakili daerah ke peringkat negeri- tempat ketiga - tetap bangga – mahu cuba lagi- usaha tangga kejayaan Isi 3 Perkhemahan peringkat kebangsaan di Rimba Templer - berkenal- kenalan dengan KRS dari negeri lain - bertukar-tukar pandapat - bekerjasama tanpa rnengira kaurn – pasukan negeri Selangor menunjukkan kebolehan merentas halangan, mendirikan khemah dan aktiviti berkayak- cukup seronok dan memberi banyak pengalaman

Upload: phungnga

Post on 10-Mar-2018

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

PMR BAHASA MALAYSIA

BAHAGIAN C (PENULISAN)

Pilih satu daripada soalan di bawah.Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda ialah ahli dalam sebuah unit beruniform di sekolah anda. Ceritakan pengalaman-pengalaman menarik yang anda alami semasa anda menyertai unit beruniform tersebut.

PendahuluanAktiviti kokurikulum banyak memberi manfaat - menyertai Pasukan Kadet Remaja Sekolahmenyeronokkan kerana banyak menyertai pelbagai aktiviti - aktiviti-aktiviti tersebut meninggalkan kenangan manis

Isi-isi penting:Isi 1Menyertai pertandingan kawad kaki - menjalani latihan hampir setiap petang - letih tetapi seronok - jurulatih tegas tetapi bertimbang rasa

Isi 2Diberi uniform percuma warna hijau - berasa seperti perajurit negara - rnenjadi johan daerah- gernbira kerana dapat mengharumkan daerah - mewakili daerah ke peringkat negeri-tempat ketiga - tetap bangga – mahu cuba lagi- usaha tangga kejayaan

Isi 3Perkhemahan peringkat kebangsaan di Rimba Templer - berkenal-kenalan dengan KRS dari negeri lain - bertukar-tukar pandapat - bekerjasama tanpa rnengira kaurn – pasukan negeri Selangor menunjukkan kebolehan merentas halangan, mendirikan khemah dan aktiviti berkayak- cukup seronok dan memberi banyak pengalaman

Isi 4Mula-mula berasa takut kerana -tidak saling mengenali - setelah dua hari, barulah berasa selesa

Isi 5Hari Anugerah Kokurikulum – saat paling menggembirakan - dinobatkan sebagai pasukan terbaik dan pemenang anugerah Murid Terbaik kokurikulum – bergambar beramai-ramai bersama guru penasihat – pengalaman yang cukup berharga

Penutup- Semua murid mesti menyertai aktiviti kokurikulum kerana dapat menimba ilmu dan

kemahiran yang tidak dapat diperolehi secara formal di dalam kelas

Page 2: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

- disamping menyeronokkan, menyertai pasukan beruniform mampu menjadikan kita sebagai murid yang cergas dan berdisiplin

2. Ibu bapa ialah insan penting dalam hidup kita. Sebagai seorang anak, kita hendaklah membalas segala pengorbanan mereka. Tulis sebuah rencana tentang cara-cara seorang anak boleh membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa.

PendahuluanIbu bapa tonggak kesejahteraan hidup – kerana merekalah kita dapat menikmati kehidupanini dengan bahagia dan gembira - kita rnesti menghargai segala pengorbanan mereka- janganmenjadi seperti kacang lupakan kulit apabila kita sudah berjaya. Isi-isi pentingIsi 1 Hadiahkan kejayaan dalam peperiksaan kepada mereka - ibu bapa tentu berasa bangga apabilaanak-anak mereka berjaya dalam pelajaran - berusahalah dengan bersungguh-sungguh - janganbuang masa - ulang kaji di rumah - menjadi kebanggaan ibu bapa dan keluarga - mereka telah menjaga kita - menatang minyak yang penuh -tibalah masa kita membalas jasa mereka dengan hadiah sebuah kejayaan

Isi 2Melakukan kerja-kerja yang baik - membantu mereka mengemas rumah, membersihkanhalaman, mencuci kereta – mereka telah penat pulang dari kerja - tidak ada salahnya jika kita ringan tangan membantu ibu bapa - mereka pasti bangga

Isi 3Jangan lakukan perkara-perkara yang akan menyebabkan mereka berasa sedih seperti merokok, melepak atau melawan cakap mereka.

Isi 4Memberikan kasih sayang terutamanya jika mereka sudah tua – sayangi mereka sebagai mana mereka menjaga dan mengasihi kita sewaktu kecil – elakkan daripada meninggikan suara kepada ibu bapa walaupun kita berjawatan tinggi

Isi 5Bawalah mereka berjalan-jalan atau bersiar-siar supaya mereka berasa dihargai dan disayangi – sekuntum mawar sewaktu hari lahir mereka memberi seribu kegembiraan kepada ibu bapa

Penutup- Sayangi dan hargailah ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk

kebahagiaan kita

Page 3: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

- anak yang baik ialah anak yang kasih dan sayang terhadap ibu bapa tidak kira apa-apa pun keadaan ibu bapa mereka - syurga itu di bawah telapak kaki ibu

3. Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang munasabah bagi menyokong hujah anda.

PendahuluanKita mesti mengikut arus semasa – Internet merupakan budaya baharu dalam masyarakat – tidak boleh memandang negatif sahaja tetapi perlu berfikiran positif untuk memastikan rakyat dan negara standing dengan negara luar dan pada masa yang sama tetap mempertahan identiti bangsa

Isi-isi pentingIsi 1Internet satu budaya baharu yang memudahkan - dapat berhubung secara langsung dengan saudara-mara yang tinggal jauh-daripada kita termasuk di luar negara - cepat dan berkesan- kita juga boleh bercakap dengan orang lain menerusi Internet

Isi 2 Bagi golongan murid, lnternet seolah-olah perpustakaan besar atau perpustakaan maya- segala maklumat yang ingin diperolehi, boleh dilayari dangan mudah

Isi 3Jika ada yang mengatakan bahawa melalui Internet kita akan melayari laman web yang tidak senonoh, itu terpulang kepada tahap ilmu agama yang diterima - bergantung kepada niat dan tujuan kita

Isi 4Boleh membuat segala urusan yang melibatkan segala urusan yang melibatkan pembayaran seperti bil elektrik, air dan telefon di rumah – jimat masa dan tenaga

Isi 5Untuk memohon masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi atau memohon kerja juga melalui talian terus ‘on line’

Penutup- Tidak wajar berfikiran sempit dan beranggapan bahawa sesuatu yang baharu itu membawa

kesan negatif sahaja- Buruk dan baiknya sesuatu itu bergantung kepada diri kita sendiri - Internet memang membawa kemudahan dan kebaikan kepada kita

Page 4: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

4. Rakan seusia anda selalu terlibat dalam aktiviti lumba motosikal secara haram. Sebagai seorang sahabat, anda ingin memberi nasihat kepadanya. Tulis nasihat anda itu supaya rakan anda tidak lagi mengulangi perbuatannya.

Karangan ini boleh ditulis dalam format surat tidak rasmi atau nasihat biasa (jika surat, sila patuhi format surat)

PendahuluanMasa remaja memang banyak dugaan dan cabaran. Sebagai murid sekolah, kita mesti tahu batas-batas perlakuan kita agar tidak menyimpang daripada gaya hidup yang sewajarnya dilalui oleh orang yang berbudaya dan beragama

Isi-isi pentingIsi 1Mendengar dan melihatnya sendiri – menyertai lumba haram – bukan sekali atau dua kali malah sudah berkali-kali – mahu jadi sahabat yang jujur apabila menegur – untuk kebaikan – tidak mahu kamu menyesal – ingatlah ibu bapa kamu yang bersusah payah membesarkan kamu – jangan hampakan mereka – tentu mereka kecewa – abaikan pelajaran - bergaul dengan anak-anak muda yang sudah tidak bersekolah – jangan mudah terpengaruh

Isi 2Lumba haram amat berbahaya – tiada lesen memandu – baru berusia 15 tahun – seandainya kemalangan, kamu yang akan merana – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – gunakan masa untuk mengulang kaji – kita akan menghadapi peperiksaan – masa depan di tangan kita – ikutlah jejak langkah orang yang sudah berjaya

Isi 3 Ingatlah jika kita tiada ilmu, masa depan kita akan menjadi gelap – tiada orang yang akan membantu kita

Isi 4Aktiviti lumba haram yang disertai terutamnya pada waktu malam menyebabkan mengantuk – di dalam kelas kamu tidur sahaja – tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru – semakin malas

Isi 5Sentiasa cuba membantu – tetapi kamu mesti mengubah sikap – masih belum terlambat – jika sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan

Penutup - Sebagai sahabat saya hanya mampu memberi nasihat- kamulah yang perlu berubah

Page 5: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

- saya akan cuba membantu- sahabat ialah orang yang akan memberi bantuan jika sahabatnya dalam kesusahan - harap kamu sedar dan masih belum terlambat untuk kamu berubah kerana kejayaan tidak

akan datang tanpa usaha

5. Belakang parang diasah lagikan tajam, orang yang tidak pandai sekalipun, jika berusaha pasti akan berjaya berjaya. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa di atas

PendahuluanKertas-kertas jawapan peperiksaan akhir tahun yang ada di tangannya ditenung lama-lama - lima daripada lapan mata pelajaran yang diambilnya gagal - Kamal melangkah longlai untuk pulang ke rumah - Wajah ibu dan ayah terbayang di mata

Isi-isi pentingIsi 1Wajah muram Kamal dapat ditelah oleh ibunya – Puan Mariam hanya membisu - Kamal disuruh makan dan mandi – Kamal seolah-olah tahu apa yang akan berlaku – dia sudah dapat mengagak pasti dia akan dimarahi

Isi 2Kamal duduk di tepi ibunya – ibunya melihat kertas-kertas jawapan dengan wajah tenang – perasaan Kamal menjadi sayu – tidak tahu mengapa dia tidak secerdik abang dan kakaknya – ibunya memberikan kata-kata nasihat, perangsang dan meminta Kamal belajar dengan bersungguh-sungguh

Isi 3Di dalam kelas, Kamal cuba berkawan dengan Jamil – Jamil seorang murid yang cemerlang – meminta Jamil mengajarnya – Jamil tidak keberatan untuk membantu - selepas waktu persekolahan, mereka ke perpustakaan - mengulang kaji - Kamal tidak jemu belajar

Isi 4Bersyukur kerana Jamil tidak bersifat seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing - Kamal makin bersemangat - pencapaiannya semakin meningkat - peperiksaan PMR menjelang - Kamal yakin akan kebolehannya – segala persediaan sudah dilakukan -menanti masa untuk masuk ke dewan peperiksaan

Isi 5 Ibunya bersyukur - perubahan pada diri anaknya membuatkannya yakin bahawa Kamal akan berjaya. - dengan usaha yang bersungguh-sungguh dantidak kenal erti putus asa, Kamal kini menjadi seorang murid yang mempunyai kesungguhan,kerajinan dan keyakinan untuk berjaya dalam peperiksaan

Page 6: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

PenutupBenarlah kata pepatah, belakang parang diasah lagikan tajam

CONTOH 1BAHAGIAN D

NOVEL TINGKATAN 1, 2 DAN 3

TINGKATAN 1 (MENITI KACA)TINGKATAN 2 (PAHLAWAN PASIR SALAK)TINGKATAN 3 (PANAS SALJU)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 3 seperti yang berikut:

I. Panas Salju Karya Talib SamatII. Ekspedisi Karya Mohd Ghazali Tocheh

III. Kanang: Cerita Seorang Pahlawan Karya Maznan NoordinIV. Merdeka! Merdeka! Karya A. Rahman Hanafiah

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peleraian cerita dalam novel tersebut.

BAHAGIAN D Peleraian ceritaPanas SaljuLima tahun selepas Bushrah menjalani pembedahan untuk pemindahan hatinya kepada anaknya, Nadhirah, akhirnya Bushrah meninggaldunia di pangkuan suaminya, Zulkifli pada jam 4 pagi, Ramai sahabat dan jiran tetangga menziarahi keluarga Zulkifli. Zulkifli dan anak-anaknya benar- benar terasa kehilangan Bushrah yang telah banyak berkorban untuk keluarga.

Zulkifli mendapat tawaran kerja sebagai pengarang sastera di Mingguan Malaysia sementara Nadhirah telah bekerja di Bank Islam dan Mulyadi pula menjadi pensyarah kanan di ITM. Mereka hidup bahagia sekalipun Bushrah telah tiada dan Zulkifli tidak berkahwin lagi demi cintanya kepada isterinya itu.

CONTOH 2BAHAGIAN DJawapan anda hendaklah berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 seperti yang berikut:

Page 7: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

I. Meniti Kaca karya Raja Sabarudin AbdullahII. Limpahan Darah di Sungai Semur Karya Zakaria Salleh

III. Anak Din Biola karya Maaruf MahmudIV. Aku Anak Timur karya Siti Aminah Haji Yusof V. Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini

VI. Timulak Kapal Perang karya Azmah NordinVII. Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain

VIII. Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari

Nyatakan empat latar tempat beserta contoh peristiwa yang berlaku dalam novel yang anda kaji, iaitu dua latar tempat beserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 1 dan dua latar tempat beserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2

BAHAGIAN D Latar tempat dan contoh peristiwa Meniti Kaca dan Pahlawan Pasir Salak

Meniti KacaIsi 1 Hospital Bahagia , Tanjung Rambutan , PerakIbu Nazar, iaitu Mahyun telah dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak untuk mendapatkan rawatan nanar yang dialaminya.

Isi 2Rumah NazarSuasana di rumah Nazar menjadi riuh-rendah kerana jiran-jiranya datang untuk menziarahi Mahyun yang baru sahaja pulang dari Hospital Bahagia. Mereka sibuk membantu Pak Sahar menyediakan minuman

Pahlawan Pasir SalakIsi 1Kampung Pasir Salak, Perak

Berlakunya kisah penentangan orang-orang kampung ini terhadap Inggeris yang mahu menjajah dan menguasai kampung mereka. Penduduk Kampung Pasir Salak diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.

Isi 2Sungai PerakBerlakunya peristiwa berdarah apabila Seputum, seorang anak buah Datuk Maharaja Lela telah membunuh Residen Inggeris, iaitu J.W.W Birch yang ketika itu sedang mandi di Sungai Perak

Page 8: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

BAHAGIAN D Tiga persoalan serta contohTingkatan 2

Pahlawan Pasir SalakIsi 1Persoalan tentang sikap seseorang yang sanggup belot terhadap tanah airLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah telah menyamar sebagai pejuang dan memburuk-burukkan Inggeris demi mendapatkan maklumat untuk Inggeris. Maklumat yang disampaikan digunakan oleh Inggeris untuk menyerang Kampung Pasir Salak. Isi 2Perancangan atau strategi yang baik penting dalam perjuangan Datuk Maharaja Lela selaku ketua Kampung Pasir Salak bijak merancang strategi dengan membina kubu di BandarTua semata-mata untuk mengelirukan pihak Inggeris.

Isi 3Sikap sayang terhadap anak akan kekal selamanya Pak Wan begitu sayang akan anaknya, Mat Nor walaupun anaknya telah lama meninggal dunia. Pak Wan sentiasa teringat akan anaknya kerana jika anaknya itu masih hidup, tentu dia akan sama-sama berjuang untuk mempertahankan Pasir Salak daripada ancaman Inggeris.

CONTOH 3BAHAGIAN DJawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 2 seperti yang berikut:

I. Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail SarbiniII. Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin

III. Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain IthnainIV. Kapten Hassan Wira Bangsa Karya Harun Johari

Kita hendaklah berani melakukan sesuatu perkara demi melaksanakan sesuatu tugas

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan dua contoh sifat berani yang ditunjukkan oleh watak-watak dalam novel yang anda kaji

Page 9: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

BAHAGIAN DDua - contoh sifat berani yang ditunjukkan oleh watak-watak

Pahlawan Pasir SalakIsi 1Datuk Maharaja Lela dengan beraninya telah membakar pondok yang dibuat oleh Inggeris untuk memungut cukai daripada penduduk Pasir Salak. Walaupun tindakan Datuk Maharaja Lela itu telah menyebabkan Inggeris semakin marah, Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya telah bersedia untuk menentang Inggeris.

Isi 2DatukMaharaja Lela telah mengarahkan penduduk-penduduk Pasir Salak supaya mengoyakkan surat kenyataan memungut cukai yang ditampal oleh orang suruhan Inggeris di kampung mereka. Keberanian Datuk Maharaja Lela ini mendapat sokongan daripada penduduk-penduduk Pasir Salak yang saying akan kampong halaman mereka.

CONTOH 4BAHAGIAN DJawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2 seperti yang berikut:

I. Pahlawan Pasir Salak karya Mohd.Ismail SarbiniII. Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin

III. Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain IthnainIV. Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari

Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga persoalan serta contoh yang sesuai daripada novel tersebut.

CONTOH 5BAHAGIAN D

PENGAJARANPengajaran ialah perkara-perkara yang boleh menjadi didikan atau teladan kepada pembaca

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga pengajaran dan contoh peristiwa bagi menjelaskan setiap pengajaran tersebut.

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Page 10: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

Meniti Kaca karya R. Sabarudin R. Abdullah

Limpahan Darah di Sungai Semur Karya Zakaria Salleh

Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud

Aku Anak Timur karya Siti Aminah Haji Yusof

BAHAGIAN DTiga pengajaran dan contoh peristiwaTingkatan 1

Meniti KacaIsi 1Kita mestilah sentiasa tabah dan sabar dalam menjalani hidup iniDalam novel ini, diperlihatkan ketabahan Nazar dan hasilnya dia berjaya ke sekolah berasrama penuh.

Isi 2 kita mestilah bantu-membantu antara satu dengan yang lainPenduduk kampung membantu mencari Mahyun yang hilang dan akhirnya Mahyun ditemui.

Isi 3 Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayangNazar menyuruh ayahnya membawa pulang ibunya yang dirawat di Hospital Bahagia kerana enggan melihat ibunya dikurung di situ.

CONTOH 6BAHAGIAN DHuraikan dua persamaan perwatakan bagi watak utama dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 3

Page 11: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah

SENARAI NOVEL TINGKATAN 1 WATAK UTAMAMeniti Kaca

karya R. Sabarudin R. Abdullah NAZAR

Limpahan Darah di Sungai SemurKarya Zakaria Salleh JAMALUDDIN

Anak Din Biolakarya Maaruf Mahmud BUDIMAN

Aku Anak Timurkarya Siti Aminah Haji Yusof ZARINA

SENARAI NOVEL TINGKATAN 3 WATAK UTAMAPanas Salju

Karya Talib Samat ZULKIFLI

EkspedisiKarya Mohd Ghazali Tocheh HADI

Kanang: Cerita Seorang PahlawanKarya Maznan Noordin KANANG

Merdeka! Merdeka!Karya A. Rahman Hanafiah KUDIN

BAHAGIAN D Dua persamaan perwatakan bagi watak utamaMeniti Kaca dan Panas Salju

Isi 1Bertanggungjawab Nazar dalam novel Meniti Kaca amat bertanggungjawab terhadap ibunya, Mahyun walaupun ibunya berpenyakit nanar. Nazar sentiasa menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Zulkifli dalam novel Panas Salju seorang yang bertanggungjawab. Dia berasa bertanggungjawab untuk membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan kereta dan menghantarnya ke hospital.

Isi 2 RajinNazar seorang murid yang rajin. Dia sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan Ah Seong dan Zainab

Zulkifli pula begitu rajin berusaha menggunakan pelbagai cara bagi membiayai kos rawatan anaknya, Nadhirah di luar negara termasuklah memohon bantuan melalui akhbar.

Page 12: PMR BAHASA MALAYSIA - UPSR PT3 SPM EXAM · Web viewLamsah,seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 tahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Lamsah