pk(t) mpob 2/2015 1 pekeliling latihan mpob no 2...

Download Pk(T) MPOB 2/2015 1 PEKELILING LATIHAN MPOB No 2 …portal.mpob.gov.my/homepage96/2016_dasarlatihan/Pk(T) MPOB 2-20… · 15. Penguatkuasaan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi bagi

If you can't read please download the document

Upload: tranhanh

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    1

    PEKELILING LATIHAN MPOB No 2 TAHUN 2015

    DASAR LATIHAN JANGKA PANJANG

    perenggan

    1. Nama dan permulaan kuat kuasa

    2. Tujuan Pekeliling ini

    3. Pemakaian Pekeliling ini

    4. Garis Panduan Latihan MPOB

    5. Tafsiran

    6. Objektif Latihan

    7. Matlamat Latihan

    8. Jenis Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai

    9. Jenis Latihan Jangka Panjang bagi Bukan Pegawai

    10. Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Tetap P&P

    11. Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Tetap Sokongan

    12. Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Kontrak P&P dan

    Pegawai Kontrak Sokongan

    13. Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Bukan Pegawai

    14. Perjanjian Kemudahan Latihan

    15. Penguatkuasaan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi bagi Pegawai Tetap P&P

    dan Pegawai Tetap Sokongan

    16. Penguatkuasaan Ikatan Kontrak Lathan dan Gantirugi bagi Pegawai Kontrak P&P

    dan Pegawai Kontrak Sokongan

    17. Penguatkuasaan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi bagi Bukan Pegawai

    18. Kuasa Melulus

    19. Kuasa Ketua Pengarah

    20. Jawatankuasa Latihan

    21. Perbelanjaan dan pembayaran Latihan

    22. Prosedur Kemudahan Latihan

    JADUAL-JADUAL

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    2

    PEKELILING LATIHAN MPOB No 2 TAHUN 2015

    DASAR LATIHAN JANGKA PANJANG Pekeliling ini adalah keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga berhubungan dengan Latihan dan perkara berhubungan dengannya. Nama dan mula berkuatkuasa 1. (1) Pekeliling ini bolehlah dinamakan dengan tajuk panjang, Dasar Latihan Jangka Panjang atau tajuk ringkas, DLJP.

    (2) Pekeliling ini hendaklah berkuatkuasa pada tarikh Pekeliling ini ditandatangani oleh Ketua Pengarah.

    Tujuan Pekeliling ini 2. Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan dasar utama Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai dan bukan Pegawai di Lembaga. Bagi dasar selain daripada Latihan Jangka Panjang seperti Latihan Jangka Sederhana, Latihan Jangka Pendek dan sebagainya, ia akan dikeluarkan melalui Pekeliling Latihan MPOB lain dari semasa ke semasa. Pemakaian Pekeliling ini 3.(1) Pekeliling ini terpakai kepada

    (a) Pegawai; dan (b) Bukan Pegawai .

    (2) Dalam Pekeliling ini, Pegawai ertinya

    (a) Pegawai Tetap dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi; (b) Pegawai Tetap dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional; (c) Pegawai Kontrak dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional;

    (d) Pegawai Tetap Sokongan; dan (e) Pegawai Kontrak Sokongan.

    (3) Istilah Bukan Pegawai ertinya seseorang yang Bukan Pegawai dan termasuk orang awam, pelajar dan pelatih.

    (4) Orang yang berikut tidak layak mendapat Kemudahan Latihan di bawah Pekeliling ini:

    (a) Pegawai dan pengkhidmat Lembaga yang dilantik di bawah kontrak bagi

    perkhidmatan (contract for service) dalam semua kategori termasuk dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional;

    (b) pekerja harian; (c) pekerja sambilan; dan (d) orang lain yang ditentukan Ketua Pengarah.

    Garis Panduan Latihan MPOB 4. Bagi tujuan memperincikan dasar latihan di Lembaga bagi Latihan Jangka

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    3

    Panjang. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan Garis Panduan Latihan MPOB dengan syarat, terma, nama dan peruntukan lain yang difikirkan sesuai olehnya. Apa-apa syarat yang dikenakan oleh Kerajaan bagi Latihan pegawai awam boleh diterimapakai oleh Lembaga dengan pengubahsuaian yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Latihan bagi tujuan pemberian Kemudahan Latihan. Tafsiran 5. Dalam Pekeliling ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain Akta ertinya Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582];

    Biasiswa Pendidikan MPOB ertinya suatu program biasiswa terhad kepada Bukan Pegawai yang dikendalikan oleh Lembaga yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Pendidikan MPOB;

    Bukan Pegawai ertinya seseorang yang selain daripada Pegawai dan termasuk orang awam, pelajar dan pelatih; Gantirugi ertinya gantirugi yang dinyatakan dalam JADUAL PERTAMA, JADUAL KEDUA, JADUAL KETIGA, JADUAL KEEMPAT, JADUAL KELIMA, JADUAL KEENAM, JADUAL KETUJUH, JADUAL KELAPAN, JADUAL KESEMBILAN, JADUAL KESEPULUH DAN JADUAL KESEBELAS;

    Garis Panduan Latihan MPOB ertinya garis panduan yang terpakai berhubungan dengan Latihan yang dikeluarkan Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;

    Graduate Students Assistantship Scheme (GSAS) ertinya suatu program

    Kemudahan Latihan yang dikendalikan oleh Lembaga bagi maksud penyelidikan dan terbuka kepada Bukan Pegawai dan Pegawai Kontrak P&P yang mendapat Latihan secara separuh masa; Ikatan Kontrak Latihan ertinya ikatan kontrak berhubungan dengan sesuatu Kemudahan Latihan yang memerlukan seseorang Pegawai atau Bukan Pegawai berkhidmat dengan Lembaga atau penaja lain untuk sesuatu tempoh ikatan kontrak yang tertentu sebagaimana yang diperuntukan dalam Perjanjian Kemudahan Latihan; Institusi ertinya institusi pengajian atau tempat di mana sesuatu Latihan dikendalikan; Kemudahan Latihan ertinya kemudahan yang tertentu yang diberikan oleh Lembaga atau agensi lain bagi mengikuti Latihan dan termasuk kemudahan dari segi kewangan seperti elaun, biasiswa, dermasiswa, bayaran yuran, kemudahan peralatan, kemudahan belajar, kemudahan penempatan, cuti belajar dan kemudahan lain yang ditentukan Lembaga;

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

    Latihan bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam Lembaga. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti pengajian, kursus, seminar, bengkel, simposium, lawatan sambil belajar, latihan dalam perkhidmatan dan program mentoring/coaching atau yang

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    4

    seumpama dengannya dan apa jua aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan Lembaga;

    Latihan Jangka Panjang ertinya Latihan Jangka Panjang yang dinyatakan dalam perenggan 8 Pekeliling ini dan diiktiraf oleh Kerajaan;

    Latihan Jangka Panjang Separuh Masa ertinya Latihan Jangka Panjang yang

    dijalankan separuh masa;

    Latihan Jangka Panjang Sepenuh Masa ertinya Latihan Jangka Panjang yang dijalankan sepenuh masa;

    Lembaga ertinya Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang ditubuhkan menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582); Pegawai ertinya

    (a) Pegawai Tetap PT; (b) Pegawai Tetap P&P; (c) Pegawai Kontrak P&P;

    (d) Pegawai Tetap Sokongan; dan (e) Pegawai Kontrak Sokongan,

    tetapi tidak termasuk (a) orang yang dilantik di bawah kontrak bagi perkhidmatan (contract for service)

    dalam semua kategori termasuk dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan;

    (b) pekerja harian; (c) pekerja sambilan; dan (d) orang lain yang ditentukan Ketua Pengarah;

    Pegawai Kontrak P&P ertinya Pegawai Lembaga yang dilantik menurut seksyen 21

    Akta di bawah kontrak dalam perkhidmatan (contract of service) dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ke atas yang bertaraf Kontrak;

    Pegawai Kontrak Sokongan ertinya pengkhidmat Lembaga yang dilantik menurut

    seksyen 21 Akta di bawah kontrak dalam perkhidmatan (contract of service) dalam Kumpulan Sokongan yang bertaraf Kontrak;

    Pegawai Tetap PT ertinya Pegawai Lembaga yang dilantik menurut seksyen 21

    Akta di bawah suatu Kontrak dalam perkhidmatan (contract of service) dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan yang bertaraf Tetap;

    Pegawai Tetap P&P ertinya Pegawai Lembaga yang dilantik menurut seksyen 21 Akta di bawah suatu Kontrak dalam perkhidmatan (contract of service) dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan yang bertaraf Tetap;

    Pegawai Tetap Sokongan ertinya pengkhidmat Lembaga yang dilantik menurut seksyen 21 Akta di bawah Kontrak dalam perkhidmatan (contract of service) dalam Kumpulan Sokongan yang bertaraf Tetap; penaja ertinya Lembaga atau agensi lain sama ada dari sektor awam atau swasta yang membiayai, sama ada dengan kemudahan kewangan atau manfaat lain, Latihan seseorang Pegawai atau Bukan Pegawai dan penajaan itu dikawalselia oleh Perjanjian Kemudahan Latihan di antara Pegawai atau Bukan Pegawai berhubungan dengan

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    5

    Latihan itu;

    separuh masa" ertinya tempoh bukan sepenuh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan termasuklah pendidikan jarak jauh, latihan sambilan atau seumpama dengannya; sepenuh masa ertinya tempoh yang dijalankan untuk sesuatu Latihan itu dibuat secara sepenuh masa (full time) dan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan boleh, dalam hal keadaan tertentu, melibatkan pemberian Kemudahan Latihan tertentu seperti cuti yang tertentu sebagai contoh cuti belajar. Objektif Latihan 6.(1) Latihan Pegawai dan pengkhidmat mempunyai objektif-objektif berikut:

    (a) meningkatkan tahap keberkesanan Lembaga; (b) memberi nilai tambah kepada peranan, dasar dan kegiatan-kegiatan

    Lembaga dalam penyelidikan dan pembangunan serta meningkatkan prestasi industri sawit Negara;

    (c) menyedia dan meningkatkan kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dan aktiviti perkhidmatan terhadap industri sawit dan pengurusan amnya bagi membolehkan Pegawai dan Bukan Pegawai memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar pada masa hadapan.

    Matlamat Latihan 7. Perlaksanaan latihan mempunyai matlamat-matlamat berikut:

    (a) meninggikan kecekapan pengurusan yang berkaitan rapat dengan penyeliaan penghasilan kerja seperti peningkatan mutu, produktiviti, mengurangkan kos dan menjimatkan masa;

    (b) meningkatkan kemajuan Pegawai dan Bukan Pegawai melalui

    penambahan, kemahiran dan perubahan sikap yang positif untuk memenuhi keperluan Lembaga masa kini dan akan datang. Matlamat-matlamat sampingan lain untuk kemajuan Pegawai dan Bukan Pegawai termasuklah - (i) menyediakan latihan yang sistematik, berteknologi tinggi; dan (ii) menyatukan pendidikan am, latihan vokasional, teori dan praktikal serta latihan-latihan semasa dan akan datang.

    Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai 8.(1) Latihan Jangka Panjang yang berikut dan diiktiraf Kerajaan adalah layak dipertimbangkan bagi Pegawai :

    (a) Ijazah Kedoktoran; (b) Ijazah Sarjana; (c) Ijazah Sarjana Muda; (d) Diploma; (e) Sijil; dan (f) apa-apa Latihan Jangka Panjang lain yang ditentukan Ketua Pengarah,

    yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik sebagaimana yang ditentukan Ketua Pengarah dari

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    6

    semasa ke semasa. Jika Latihan Jangka Panjang yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (f) adalah dua belas bulan kalendar sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini atau kurang dua belas bulan kalendar, Latihan itu bukan disifatkan sebagai Latihan Jangka Panjang tetapi Latihan Jangka Sederhana atau Latihan Jangka Pendek bergantung kepada tempoh sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling berkenaan.

    (2) Kelayakan dan syarat bagi mendapat jenis Latihan Jangka Panjang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui Garis Panduan Latihan MPOB dari semasa ke semasa. (3) Jika terdapat pertikaian mengenai sama ada sesuatu Latihan itu adalah sama taraf dengan Latihan Jangka Panjang yang dinyatakan dalam perenggan 8(1), Ketua Pengarah boleh memutuskannya dan keputusannya adalah muktamad. Latihan Jangka Panjang bagi Bukan Pegawai 9.(1) Latihan Jangka Panjang yang berikut adalah layak dipertimbangkan bagi Bukan Pegawai adalah semua jenis Latihan Jangka Panjang yang layak dipertimbangkan dalam program

    (a) Biasiswa Pendidikan MPOB; (b) Graduate Students Assistantship Scheme (GSAS); (c) apa-apa Latihan Jangka Panjang yang tempohnya melebihi dua belas bulan

    kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik sebagaimana yang ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa.

    (2) Kelayakan dan syarat bagi mendapat jenis Latihan Jangka Panjang ditentukan

    oleh Ketua Pengarah melalui Garis Panduan Latihan MPOB dari semasa ke semasa.

    Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Tetap PT dan Pegawai Tetap P&P 10.(1) Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang berikut layak dipertimbangkan bagi Pegawai Tetap PT, Pegawai Tetap P&P tertakluk kepada syarat, kelayakan dan terma lain menurut Garis Panduan MPOB:

    (a) Yuran Latihan yang ditetapkan oleh Institusi (termasuk yuran pendaftaran dan yuran pengajian, jika berkaitan);

    (b) Yuran peperiksaan (viva); (c) Yuran Graduasi; (d) Elaun Sara Hidup; (e) Elaun Lain; (f) Kemudahan Peralatan; (g) Kemudahan Pengangkutan termasuk tiket penerbangan; (h) Cuti belajar sama ada dengan Biasiswa, tanpa Biasiswa, bergaji penuh,

    bergaji separuh atau tanpa gaji; dan (i) apa-apa Kemudahan Latihan Jangka Panjang sebagaimana yang

    ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa.

    (2) Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Tetap PT dan Pegawai Tetap P&P boleh dilaksanakan secara sepenuh masa atau separuh masa.

    (3) Kelayakan dan syarat bagi mendapat jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui Garis Panduan Latihan MPOB dari semasa ke semasa. Pegawai dan Bukan Pegawai yang menerima Kemudahan Latihan

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    7

    tidak layak mendapat atau dibayar wang cagaran, wang hemat diri atau seumpamanya yang bukan sebahagian daripada Kemudahan Latihan. Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Tetap Sokongan 11.(1) Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang yang berikut layak dipertimbangkan bagi Pegawai Tetap Sokongan tertakluk kepada syarat, kelayakan dan terma lain menurut Garis Panduan MPOB:

    (a) Yuran Pengajian yang ditetapkan oleh Institusi (termasuk yuran pendaftaran dan yuran pengajian, jika berkaitan) tetapi bagi amaunnya yang dikira sebagai Kemudahan Latihan hendaklah dipersetujui Ketua Pengarah; dan

    (b) apa-apa Kemudahan Latihan Jangka Panjang sebagaimana yang

    ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa.

    (2) Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Tetap Sokongan boleh dilaksanakan secara sepenuh masa atau separuh masa.

    (3) Kelayakan dan syarat bagi mendapat jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui Garis Panduan Latihan MPOB dari semasa ke semasa. Pegawai dan Bukan Pegawai yang menerima Kemudahan Latihan tidak layak mendapat atau dibayar wang cagaran, wang hemat diri atau seumpamanya yang bukan sebahagian daripada Kemudahan Latihan. Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Kontrak P&P dan Pegawai Kontrak Sokongan 12.(1) Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang berikut layak dipertimbangkan bagi Pegawai Kontrak P&P dan Pegawai Kontrak Sokongan tertakluk kepada Garis Panduan:

    (a) Yuran Pengajian yang ditetapkan oleh Institusi (termasuk yuran pendaftaran dan yuran pengajian, jika berkaitan) tetapi bagi amaunnya yang dikira sebagai Kemudahan Latihan hendaklah dipersetujui Ketua Pengarah;

    (b) apa-apa Kemudahan Latihan Jangka Panjang sebagaimana yang

    ditentukan Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

    (2) Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai Kontrak P&P dan Pegawai Kontrak Sokongan hanya boleh dilaksanakan secara separuh masa.

    (3) Jika Pegawai Kontrak P&P dan Pegawai Kontrak Sokongan berhasrat untuk

    melaksanakan Latihan Jangka Panjang secara sepenuh masa, dia boleh memilih untuk memohon Kemudahan Latihan untuk Bukan Pegawai seperti Biasiswa Pendidikan MPOB atau Graduate Students Assistantship Scheme (GSAS) Tetapi dia hendaklah meletak jawatan jika dia berjaya mendapat Biasiswa Pendidikan MPOB atau Graduate Students Assistantship Scheme (GSAS) itu kecuali jika ditentukan sebaliknya oleh Ketua Pengarah atas sebab

    (a) kepentingan penyelidikan; (b) kepentingan Lembaga;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    8

    (c) Latihan yang diambilnya itu adalah berkaitan terus dengan skop kerja dan

    tugasnya; dan (d) Latihan yang diambilnya itu adalah kritikal dalam pandangan

    Jawatankuasa Latihan atas perakuan Pengarah Bahagiannya. Dalam hal keadaan yang mana seseorang Pegawai Kontrak P&P dan Pegawai Kontrak Sokongan memenuhi syarat dalam perenggan (a), (b) (c) dan (d), dia tidak perlu meletak jawatan.

    (4) Kelayakan dan syarat bagi mendapat jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui Garis Panduan Latihan MPOB dari semasa ke semasa. Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Bukan Pegawai 13.(1) Jenis Kemudahan Latihan Jangka Panjang yang berikut tertakluk kepada Garis Panduan layak dipertimbangkan bagi Bukan Pegawai adalah semua Kemudahan Latihan Jangka Panjang yang layak dipertimbangkan dalam program

    (a) Biasiswa Pendidikan MPOB; (b) Graduate Students Assistantship Scheme (GSAS); (c) apa-apa Kemudahan Latihan Jangka Panjang sebagaimana yang ditentukan

    Lembaga dari semasa ke semasa. (2) Kelayakan dan syarat bagi mendapat jenis Kemudahan Latihan Jangka

    Panjang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui Garis Panduan Latihan MPOB dari semasa ke semasa.

    (3) Seseorang Pegawai dan Bukan Pegawai yang menerima Kemudahan Latihan

    adalah terikat dengan butiran-butiran berhubungan dengan Latihan Jangka Panjangnya yang dinyatakan dalam dokumen yang relevan dan apa-apa perubahan atau pindaan kepada butiran-butiran tertentu hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Latihan atau Ketua Pengarah. Kegagalan untuk mendapatkan kelulusan tersebut boleh menyebabkan terputus Kemudahan Latihan dan Perjanjian Kemudahan Lathan terbatal serta memberi implikasi tertentu kepada apa-apa tuntutan berhubungan dengannya.

    Perjanjian Kemudahan Latihan dan Perjanjian Dengan Institusi

    14.(1) Setiap Pegawai dan Bukan Pegawai yang mendapat Kemudahan Latihan yang tertentu hendaklah menandatangani Perjanjian Kemudahan Latihan yang ditentukan bentuknya oleh Ketua Pengarah. Jika Perjanjian Kemudahan Latihan diberi pelanjutan tempoh, Pegawai dan Bukan Pegawai itu hendaklah menandatangani Perjanjian Kemudahan Latihan baru yang menggantikan yang lama. (2) Perjanjian Kemudahan Latihan hendaklah mengandungi peruntukan mengenai obligasi untuk memaklumkan kepada Ketua Pengarah apa-apa penemuan harta intelek yang timbul daripada Latihan itu dan tindakan perlu diambil untuk melindunginya. (3) Jika Pegawai dan Bukan Pegawai mempunyai Ikatan Kontrak Latihan dalam Perjanjian Kemudahan Latihan dan berhasrat untuk menyempurnakan Ikatan Kontrak Latihan sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya di Kementerian, Jabatan atau badan berkanun lain, Perjanjian Kemudahan Latihannya tidak dibenarkan ditindik yakni tidak dibenarkan untuk diserahakkan kepada Kementerian, Jabatan atau badan

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    9

    berkanun itu. Pegawai dan Bukan Pegawai itu hendaklah jika diarahkan Ketua Pengarah menandatangani perjanjian baru dengan Lembaga yang ditentukan bentuknya oleh Ketua Pengarah untuk memastikan Pegawai dan Bukan Pegawai itu menyempurnakan Ikatan Kontrak Latihan di Kementerian, Jabatan atau badan berkanun itu dan Lembaga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai atau Bukan Pegawai sekiranya Pegawai dan Bukan Pegawai itu gagal untuk menyempurnakannya. (4) Pegawai dan Bukan Pegawai yang melanggar peruntukan Perjanjian Kemudahan Latihan hendaklah diambil tindakan undang-undang. Bagi tujuan ini, surat tuntutan yang dikeluarkan berhubungan dengan ini disifatkan sebagai tindakan undang-undang. (5) Mana-mana Bukan Pegawai yang menjalani Latihan hendaklah menandatangani perjanjian berhubungan dengan kerahsiaan atau dimasukkan peruntukan mengenainya dalam Perjanjian Kemudahan Latihan mereka. (6) Satu Perjanjian di antara Lembaga dan Institusi (jika dipersetujui Institusi itu) hendaklah ditandantangani sebelum Latihan itu bermula untuk memastikan perkara berikut dipersetujui

    (a) bahagian harta intelek yang dipunyai Lembaga yang timbul daripada Latihan itu;

    (b) kelulusan untuk penerbitan termasuk pembentangan, seminar yang

    timbul daripada Latihan itu dan syarat baginya; dan (c) perkara lain yang relevan. Peruntukan dalam Perjanjian di antara Lembaga dan Institusi berhubungan dengan perkara di atas hendaklah masih berkuatkuasa walaupun Perjanjian itu telah luput. Penguatkuasaan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi bagi Pegawai Tetap PT, Pegawai Tetap P&P dan Pegawai Tetap Sokongan 15.(1) Setiap Pegawai Tetap PT, Pegawai Tetap P&P dan Pegawai Tetap Sokongan yang mendapat Kemudahan Latihan Jangka Panjang hendaklah dikenakan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL PERTAMA, JADUAL KEDUA, JADUAL KETIGA, JADUAL KEEMPAT, JADUAL KELIMA, JADUAL KEENAM dan JADUAL KETUJUH.

    (2) Jika Pegawai Tetap PT, Pegawai Tetap P&P atau Pegawai Tetap Sokongan meletak jawatan dalam tempoh Latihan atau dalam tempoh ikatan Kontrak Latihan dia disifatkan telah melanggar Kontrak Ikatan dan dia perlu membayar Gantirugi.

    (3) Tiada pelanjutan tempoh Latihan diberikan jika Pegawai Tetap PT, Pegawai

    Tetap P&P atau Pegawai Tetap Sokongan itu gagal untuk menyempurnakan Latihan dalam tempoh yang diberikan oleh Lembaga. Namun demikian, pelanjutan tempoh boleh diberikan atas permohonan Pegawai kepada Ketua Pengarah (u.p Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan) tertakluk kepada peruntukan Garis Panduan Latihan.

    (4) Pegawai Tetap PT, Pegawai Tetap P&P atau Pegawai Tetap Sokongan itu hendaklah membayar balik Gantirugi jika gagal menyempurnakan Latihan atau melanggar Perjanjian Kemudahan Latihan.

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    10

    (5) Tiada jaminan diberikan kepada Pegawai Tetap PT, Pegawai Tetap P&P atau

    Pegawai Tetap Sokongan yang diberi Kemudahan Latihan untuk diberi kenaikan pangkat, kenaikan gaji atau imbuhan lain. Mereka perlu memenuhi prosidur kenaikan pangkat yang terpakai. Penguatkuasaan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi bagi Pegawai Kontrak P&P dan Pegawai Kontrak Sokongan 16.(1) Setiap Pegawai Kontrak P&P dan Pegawai Kontrak Sokongan yang mendapat Kemudahan Latihan Jangka Panjang hendaklah dikenakan Ikatan Kontrak Latihan sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL KELAPAN DAN JADUAL KESEMBILAN.

    (2) Jika tempoh Ikatan Kontrak Latihan melebihi tempoh perkhidmatan seseorang

    Pegawai Kontrak P&P atau Pegawai Kontrak Sokongan, maka Lembaga tidak menguatkuasakan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi JIKA Lembaga tidak memperbaharui kontrak perkhidmatannya.

    (3) Jika Lembaga menawar untuk memperbaharui kontrak perkhidmatannya tetapi

    Pegawai Kontrak P&P atau Pegawai Kontrak Sokongan itu tidak menerimanya, maka Lembaga akan menguatkuasakan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi.

    (4) Jika Pegawai Kontrak P&P atau Pegawai Kontrak Sokongan, tidak mencapai

    prestasi yang memuaskan dalam perkhidmatannya dan Lembaga tidak memperbaharui kontrak perkhidmatannya, Pegawai Kontrak P&P atau Pegawai Kontrak Sokongan itu disifatkan telah melanggar Kontrak Ikatan dan dia perlu membayar Gantirugi.

    (5) Jika Pegawai Kontrak P&P atau Pegawai Kontrak Sokongan meletak jawatan

    dalam tempoh Latihan atau dalam tempoh ikatan Kontrak Latihan Pegawai Kontrak P&P atau Pegawai Kontrak Sokongan itu disifatkan telah melanggar Kontrak Ikatan dan dia perlu membayar Gantirugi.

    (6) Tiada pelanjutan tempoh diberikan jika dia gagal untuk menyempurnakan

    Latihan dalam tempoh yang diberikan oleh Lembaga. Namun demikian, pelanjutan tempoh boleh diberikan atas permohonan Pegawai kepada Ketua Pengarah (u.p Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan) tertakluk kepada peruntukan Garis Panduan Latihan.

    (7) Dia hendaklah membayar balik Gantirugi jika gagal menyempurnakan Latihan

    atau melanggar Perjanjian Kemudahan Latihan. (8) Tiada jaminan diberikan kepada Pegawai Kontrak P&P atau Pegawai Kontrak

    Sokongan yang diberi Kemudahan Latihan untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan tetap Lembaga atau diberi kenaikan pangkat, gaji atau imbuhan lain. Mereka perlu memenuhi prosidur pelantikan atau kenaikan pangkat yang terpakai. Penguatkuasaan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi bagi Bukan Pegawai 17. Setiap Bukan Pegawai yang mendapat Kemudahan Latihan Jangka Panjang hendaklah dikenakan Ikatan Kontrak Latihan dan Gantirugi sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL KESEPULUH DAN KESEBELAS. Kuasa Melulus 18.(1) Semua Latihan dan Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai sama

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    11

    ada dibiayai oleh Lembaga hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pengarah dan tertakluk kepada syarat yang ditentukannya.

    (2) Semua Latihan dan Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Pegawai secara persendirian hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pengarah dan tertakluk kepada syarat yang ditentukannya.

    (3) Semua Latihan dan Kemudahan Latihan Jangka Panjang bagi Bukan Pegawai di bawah mana-mana program yang dibiayai Lembaga atau penaja lain yang menggunakan kemudahan Lembaga hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pengarah.

    (4) Pegawai atau Bukan Pegawai tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada satu penaja bagi Latihan yang sama melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Ketua Pengarah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan Ketua Pengarah. Kuasa Ketua Pengarah 19.(1) Kuasa Ketua Pengarah berhubungan dengan Latihan Jangka Panjang adalah seperti berikut:

    (a) memanggil Jawatankuasa Latihan untuk menasihatinya dan membuat perakuan mengenai isu-isu berkaitan Latihan;

    (b) memberi kelulusan bagi Kemudahan Latihan Jangka Panjang Sepenuh

    Masa kepada Pegawai dan Bukan Pegawai;

    (c) memutuskan jenis Latihan dan Kemudahan Latihan untuk Pegawai dan Bukan Pegawai dan perkara berhubungan dengannya;

    (d) menubuhkan sekian bilangan Jawatankuasa berhubungan dengan Latihan

    untuk membantunya;

    (e) memutuskan perkara berhubungan dengan rayuan Pegawai dan Bukan Pegawai;

    (f) meminda Pekeliling Latihan jika terdapat kesilapan atau tidak melibatkan

    perkara dasar atau implikasi kewangan; dan

    (g) memutuskan perkara lain mengenai Latihan. (2) Ketua Pengarah boleh menghadkan jenis Latihan dan jenis Kemudahan Latihan dalam hal keadaan jika Pegawai dan Bukan Pegawai telah menikmati Latihan dan Kemudahan Latihan yang diperuntukkan di bawah Pekeliling ini. Jawatankuasa Latihan 20.(1) Keanggotaan Jawatankuasa Latihan meliputi Pengerusi dan anggota yang berikut: (a) Pengerusi: Ketua Pengarah; (b) Anggota: Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah; Pengarah-Pengarah Bahagian

    (2) Setiausaha dan Urusetia adalah seperti berikut:

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    12

    (a) Ketua Unit, Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan; (b) Urusetia: Unit Pembangunan Insan & Pengurusan Persidangan.

    (3) Jawatankuasa Latihan mempunyai bidangkuasa berikut:

    (a) memantau kemajuan, pembangunan, keberkesanan dan prestasi Latihan; (b) memantau pencapaian dan pelaksanaan Latihan; (c) menasihati KP dan membuat perakuan mengenai perkara Latihan; (d) mengubahsuai pekeliling Kerajaan jika difikirkan sesuai bagi tujuan

    pemberian Kemudahan Latihan; dan (e) bidangkuasa lain yang ditentukan Ketua Pengarah.

    (3) Jawatankuasa Latihan bersidang apabila dipanggil oleh Ketua Pengarah. (4) Kuorum bagi Jawatankuasa Latihan ialah tujuh (7) orang.

    Perbelanjaan Latihan 21. Semua perbelanjaan atau pembayaran berhubungan dengan Latihan boleh dibuat dengan had yang ditentukan Ketua Pengarah berasaskan peruntukan yang diluluskan dan perbelanjaan ini tidak disifatkan sebagai perolehan. Prosedur Kemudahan Latihan 22. Ketua Pengarah boleh melalui, Garis Panduan Latihan MPOB, menentukan prosedur bagi permohonan, kelulusan dan rayuan bagi Kemudahan Latihan.

    DATUK DR CHOO YUEN MAY

    Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Tarikh: 1 Januari 2015

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    13

    JADUAL PERTAMA

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI

    KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PEGAWAI TETAP PENGURUSAN TERTINGGI DAN PEGAWAI TETAP PENGURUSAN &

    PROFESIONAL

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 5 RM 100,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 6 RM 120,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 7 RM 160,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun 8 RM 180,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

    JADUAL KEDUA

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    BELAJAR SEPARUH MASA DENGAN BIASISWA PEGAWAI TETAP PENGURUSAN TERTINGGI DAN PEGAWAI TETAP PENGURUSAN & PROFESIONAL

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 5 RM 50,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 6 RM 60,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 7 RM 80,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    8 RM 90,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    14

    JADUAL KETIGA

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    BELAJAR SEPARUH MASA DENGAN PEMBIAYAAN YURAN PENGAJIAN BAGI

    PEGAWAI TETAP PENGURUSAN TERTINGGI DAN PEGAWAI TETAP PENGURUSAN & PROFESIONAL

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 2 RM 40,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 3 RM 60,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 5 RM 80,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    6 RM 90,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

    JADUAL KEEMPAT

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    BELAJAR SEPARUH MASA DENGAN PEMBIAYAAN YURAN PENGAJIAN MASTERS IN BUSINESS ADMINISTRATION (MBA) BAGI PEGAWAI TETAP PENGURUSAN

    TERTINGGI DAN PEGAWAI TETAP PENGURUSAN & PROFESIONAL

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 2 RM 40,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 3 RM 60,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 5 RM 80,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    6 RM 90,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    15

    JADUAL KELIMA

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN PEMBIAYAAN YURAN PENGAJIAN PEGAWAI TETAP SOKONGAN

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 3 RM 40,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 4 RM 55,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 5 RM 65,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    6 RM 75,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

    JADUAL KEENAM

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    BELAJAR SEPARUH MASA DENGAN PEMBIAYAAN YURAN PENGAJIAN PEGAWAI TETAP SOKONGAN

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 1 RM 20,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 2 RM 30,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 2.5 RM 40,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    3 RM 50,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    16

    JADUAL KETUJUH

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI

    KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    BELAJAR LAIN - LAIN KATEGORI PEGAWAI TETAP PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PEGAWAI TETAP

    SOKONGAN

    LAIN-LAIN KATEGORI

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    a). Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa b). Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa c). Cuti Belajar Tanpa Gaji dengan Biasiswa d). Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa

    TEMPOH IKATAN KONTRAK LATIHAN

    (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 3 RM 50,000

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 4 RM 60,000

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 5 RM 80,000

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    6 RM 90,000

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

    JADUAL KELAPAN

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BAGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB

    BELAJAR SEPARUH MASA DENGAN PEMBIAYAAN YURAN PENGAJIAN PEGAWAI

    KONTRAK PENGURUSAN & PROFESIONAL

    LATIHAN JANGKA PANJANG Sepenuh Masa

    Yuran

    Cuti Belajar Bergaji Penuh

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 2 RM 40,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 3 RM 60,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 5 RM 80,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    6 RM 90,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    17

    JADUAL KESEMBILAN

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB BAGI BUKAN PEGAWAI

    BELAJAR SEPARUH MASA DENGAN PEMBIAYAAN 50% YURAN PENGAJIAN PEGAWAI KONTRAK SOKONGAN

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 1 RM 20,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 2 RM 30,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 2.5 RM 40,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    3 RM 50,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    18

    JADUAL KESEPULUH

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB BAGI BUKAN PEGAWAI

    BELAJAR SEPENUH MASA DENGAN BIASISWA - BIASISWA PENDIDIKAN MPOB

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Luar Negara

    Tempoh pengajian 2 tahun atau kurang 5 Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 7 Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    8 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    19

    JADUAL KESEBELAS

    JADUAL IKATAN KONTRAK LATIHAN & JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI KEMUDAHAN LATIHAN MPOB BAGI BUKAN PEGAWAI

    BELAJAR SEPENUH MASA DENGAN BIASISWA GRADUATE STUDENTS ASSISTANTSHIP SCHEME (GSAS)

    LATIHAN JANGKA PANJANG

    TEMPOH IKATAN

    KONTRAK LATIHAN (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    Dalam Negeri

    Luar Negara

    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun 2 RM 80,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun 3 RM 120,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 3 tahun hingga 4 tahun 4 RM 160,000

    Kos Sebenar

    Tempoh pengajian lebih 4 tahun

    5 RM 180,000 Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;

  • Pk(T) MPOB 2/2015

    Dasar Latihan Jangka Panjang

    (DLJP)

    20

    IKATAN KONTRAK DAN GANTIRUGI BAGI KURSUS-KURSUS JANGKA PENDEK DAN JANGKA SEDERHANA

    TEMPOH LATIHAN DALAM NEGERI / LUAR NEGARA

    TEMPOH IKATAN PERJANJIAN

    (TAHUN)

    JUMLAH GANTIRUGI (RINGGIT MALAYSIA)

    (a) Jangka Pendek

    Tempoh latihan 1 hari hingga 29 hari

    - Dalam Negeri

    - Luar Negara

    Tiada ikatan kontrak

    Tiada ikatan kontrak

    Tiada Bersyarat: Melatih anggota di dalam unit untuk bidang yang dipelajari; atau Mengemukakan laporan bertulis dan idea-idea baru hasil dari kursus tersebut; atau Perlu membayar balik kos sebenar jika meletak jawatan sebelum tempoh 6 bulan dari tamat latihan.

    Tempoh latihan 30 hari hingga 90 hari

    - Dalam Negeri

    - Luar Negara

    1

    Kos Sebenar

    (b) Jangka Sederhana

    Tempoh latihan 91 hari hingga 12 bulan

    - Dalam Negeri

    - Luar Negara

    3

    Kos Sebenar

    Kos Sebenar ertinya perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi membiayai Kemudahan Latihan seperti elaun sara hidup, elaun lain, yuran, tambang dan kemudahan lain;