muka 2 muka bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · mpob menjana perubahan industri...

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB teruskan kerjasama dengan BH MUKA 2 KPSM tingkat pendapatan pekebun kecil MUKA 3 Oleh FadzilGhazali [email protected] Kuala Lumpur P embangunan sektor perla- dangan dan komoditi akan terus mendapat tumpuan khusus kerajaan pada tahun hada- pan sebagaimana dicerminkan oleh pembentangan Bajet 2017 oleh Per- dana Menteri, Datuk Sri Najib Abdul Razak di Parlimen baru-baru ini. Menteri Perusahaan Perladan- gan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, kerajaan mem- beri komitmen berterusan dalam usaha untuk memacu pertum- buhan industri komoditi negara ke satu tahap yang lebih tinggi. “Bagi menyokong Bajet 2017 ini, Kementerian Perusahaan Perladan- gan dan Komoditi (MPIC) merangka program dan inisiatif untuk mene- ruskan usaha memperkukuhkan pertumbuhan industri komoditi dan meningkatkan sumbangan sektor komoditi kepada pendapa- tan negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar. Antara program yang akan dilaksanakan MPIC melalui Bajet 2017 adalah pembangunan penge- luaran eksport produk komoditi dengan peruntukan sebanyak RM286 juta; pelaksanaan kajian saintifik untuk meningkatkan lagi kualiti produk sawit dengan peruntukan sebanyak RM50 juta; memantapkan lagi Program Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian dengan peruntukan RM20 juta; dan menggalakkan pekebun kecil sawit menanam semula dengan perun- tukan RM30 juta. Teroka pasaran baharu Mah berkata, MPIC akan terus memacu dan mengukuhkan sektor hiliran komoditi di samping mene- roka pasaran baharu yang dapat meningkatkan daya saing produk komoditi di peringkat global. Selain itu, MPIC turut memberi tumpuan kepada meningkatkan kecekapan dan produktiviti di setiap peringkat rantaian nilai, termasuk menghasilkan produk berasaskan komoditi yang bernilai tambah tinggi dan bersifat mesra alam. “MPIC juga amat prihatin terha- dap kebajikan pekebun kecil komo- diti dan menyediakan pelbagai ban- tuan ke arah meningkatkan pro- duktiviti. Usaha ini menyumbang ke arah peningkatan pendapatan pengusaha tanaman komoditi di luar bandar, khususnya pekebun kecil sektor komoditi. Usaha juga diambil untuk meningkatkan penggunaan domestik produk komoditi,” katanya. Kerajaan terus beri tumpuan Mah berkata, tahun 2017 dilihat sebagai tahun mencabar kepada sektor komoditi dengan ketidak- stabilan ekonomi dunia terutama- nya di negara pengimport produk komoditi utama seperti China dan Kesatuan Eropah. Pada tahun 2015, eksport minyak sawit Malaysia ke China berjumlah 2.38 juta tan berbanding 2.84 juta tan pada tahun 2014. Kesatuan Eropah pula mengim- port 2.43 juta minyak sawit Malay- sia pada tahun 2015 berbanding 2.41 juta tan pada tahun 2014. “Namun demikian, Kerajaan akan terus memberi tumpu- an kepada sektor perladangan dan komoditi yang menjadikan penyumbang besar kepada pem- bangunan ekonomi negara dan pemangkin kepada peningkatan pendapatan rakyat luar bandar,” katanya. Perkukuh sektor perladangan, komoditi tingkat sumbangan pendapatan Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri komoditi negara Mah Siew Keong

Upload: dinhhanh

Post on 04-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

− SABTU − 5 NOVEMBER 2016

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

MPOB teruskan kerjasama dengan BH

≤ MUKA 2

KPSM tingkat pendapatan pekebun kecil

≤ MUKA 3

Oleh [email protected]

Kuala Lumpur

Pembangunan sektor perla-dangan dan komoditi akan terus mendapat tumpuan

khusus kerajaan pada tahun hada-pan sebagaimana dicerminkan oleh pembentangan Bajet 2017 oleh Per-dana Menteri, Datuk Sri Najib Abdul Razak di Parlimen baru-baru ini.

Menteri Perusahaan Perladan­gan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, kerajaan mem­beri komitmen berterusan dalam usaha untuk memacu pertum­buhan industri komoditi negara ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Bagi menyokong Bajet 2017 ini, Kementerian Perusahaan Perladan­gan dan Komoditi (MPIC) merangka program dan inisiatif untuk mene­ruskan usaha memperkukuhkan pertumbuhan industri komoditi dan meningkatkan sumbangan sektor komoditi kepada pendapa­tan negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Antara program yang akan dilaksanakan MPIC melalui Bajet 2017 adalah pembangunan penge­luaran eksport produk komoditi dengan peruntukan sebanyak RM286 juta; pelaksanaan kajian saintifik untuk meningkatkan lagi kualiti produk sawit dengan

peruntukan sebanyak RM50 juta; memantapkan lagi Program Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian dengan peruntukan RM20 juta; dan menggalakkan pekebun kecil sawit menanam semula dengan perun­tukan RM30 juta.

Teroka pasaran baharuMah berkata, MPIC akan terus memacu dan mengukuhkan sektor hiliran komoditi di samping mene­roka pasaran baharu yang dapat meningkatkan daya saing produk komoditi di peringkat global.

Selain itu, MPIC turut memberi tumpuan kepada meningkatkan kecekapan dan produktiviti di setiap peringkat rantaian nilai, termasuk menghasilkan produk berasaskan komoditi yang bernilai tambah tinggi dan bersifat mesra alam.

“MPIC juga amat prihatin terha­dap kebajikan pekebun kecil komo­diti dan menyediakan pelbagai ban­tuan ke arah meningkatkan pro­duktiviti. Usaha ini menyumbang ke arah peningkatan pendapatan pengusaha tanaman komoditi di luar bandar, khususnya pekebun kecil sektor komoditi. Usaha juga diambil untuk meningkatkan penggunaan domestik produk

komoditi,” katanya.

Kerajaan terus beri tumpuanMah berkata, tahun 2017 dilihat sebagai tahun mencabar kepada sektor komoditi dengan ketidak­stabilan ekonomi dunia terutama­nya di negara pengimport produk komoditi utama seperti China dan

Kesatuan Eropah. Pada tahun 2015, eksport minyak

sawit Malaysia ke China berjumlah 2.38 juta tan berbanding 2.84 juta tan pada tahun 2014.

Kesatuan Eropah pula mengim­port 2.43 juta minyak sawit Malay­sia pada tahun 2015 berbanding 2.41 juta tan pada tahun 2014.

“Namun demikian, Kerajaan akan terus memberi tumpu­an kepada sektor perladangan dan komoditi yang menjadikan penyumbang besar kepada pem­bangunan ekonomi negara dan pemangkin kepada peningkatan pendapatan rakyat luar bandar,” katanya.

Perkukuh sektor perladangan, komoditi tingkat sumbangan pendapatan

Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri komoditi negara

Mah Siew Keong

Page 2: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

MPOB teruskankerjasama dengan BH

Datuk Seri Ahmad Hamzah (kanan) dan Datuk Abdul Jalil Hamid (kiri) menyaksikan Dr AhmadKushairi Din (dua dari kanan) dan Datuk Mahfar Ali bertukar kontrak penerbitan BS.

Sisipan BSwadah pentingkepada MPOBs a l u r ka nmaklumatp erkembanganindustri sawit

Industri sawit yang terdiridaripada pengusahaladang, sektorpengilangan danpemprosesan, pekebunkecil dan sektorperkhidmatan adalahkumpulan yang mendapatmanfaat secara langsungdaripada berita yangdisalurkan melaluipenerbitan B S”Ahmad Hamzah,Pengerusi MPOB

Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib TunAbdul Razak semasa pembentangan Bajet2017 baru-baru ini turut memberi tumpuankepada pertumbuhan sektor komoditi ne-gara. Sejumlah RM636 juta diperuntukkan

pada tahun 2017 bagi memacu pertumbuhan pem-bangunan sektor komoditi yang meliputi perlada-ngan sawit, getah, koko, lada dan kenaf.

Bagi industri sawit, selain peruntukan RM286 jutabagi meningkatkan pengelua-ran eksport produk sawit, getahdan lada, kerajaan memperun-tukkan RM50 juta bagi pelak-sanaan kajian saintifik olehMPOB bagi meningkatkan kua-liti produk sawit. RM30 jutadiperuntukkan bagi pelaksana-an tanam semula dan tanambaharu sawit oleh pekebun ke-cil dan RM20 juta untuk naiktaraf jalan ladang bagi kemu-dahan pekebun kecil.

Menteri Perusahaan Perusa-haan Perladangan dan Komo-diti, Datuk Seri Mah Siew Keongdalam kenyataan media me-ngenai pengumuman Bajet2017, menyatakan komitmenKementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi (MPIC)untuk terus merangka programdan inisiatif bagi meneruskanusaha memperkukuh pertum-

buhan industri komoditi dan meningkatkan sumba-ngannya kepada pendapatan negara.

Tumpuan dan peruntukan yang disediakan kepadasektor komoditi terutama bagi penyelidikan dan kajiansaintifik bakal memberi manfaat kepada industri sawit.Penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilak-sanakan oleh MPOB dalam industri sawit bertujuanmeningkatkan kecekapan dan produktiviti dan kualitimeliputi setiap peringkat rantaian nilai dan meng-hasilkan produk sawit yang bernilai tinggi dan mesraalam sejajar strategi jangka panjang MPOB.

Penyelidikan secara intensif dalam menghasilkaninovasi baharu adalah penting bagi memastikan in-dustri sawit mampu memenuhi peningkatan permin-taan pasaran minyak dan lelemak dunia. Permintaanglobal bagi minyak dan lelemak dijangka meningkatberikutan pertambahan populasi dunia dan Malaysiaperlu memenuhi kenaikan itu secara mampan melaluipenggunaan teknologi untuk meningkatkan penge-luaran minyak sawit.

Peruntukan bagi tanam semula, tanam baharu danjalan ladang membuktikan kerajaan prihatin terhadapkebajikan pekebun kecil komoditi dengan menyedia-kan pelbagai bantuan dan insentif ke arah mening-katkan produktiviti dan pendapatan.

Peruntukan yang disedia akan mempertingkatkankeupayaan pekebun kecil yang berada di luar bandarbagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan me-lalui penanaman sawit. Peruntukan bagi penanamansemula sawit akan dapat memanfaatkan lebih ramaipekebun kecil yang berhasrat menanam sawit ataumenanam semula pokok sawit tua atau yang tidakpro duktif.

Penyediaan kemudahan asas seperti pembinaanatau menaik taraf jalan ladang akan memberi manfaatkepada pekebun kecil komoditi dan impak yang me-nyeluruh ke atas pembangunan sosio-ekonomi luarbandar. Pembinaan jalan ladang yang sempurna me-rupakan asas penting bagi penghantaran input per-tanian dan pengangkutan keluar hasil buah tandansegar yang perlu dihantar segera ke kilang sawit bagimemastikan kualiti buah yang diproses.

Bajet 2017 membuktikan bahawa Kerajaan memberiperhatian penting kepada kemajuan sektor komoditiperladangan dan akan terus memberi tumpuan ke-pada pembangunan sektor pekebun kecil melalui ban-tuan untuk meningkatkan produktiviti dan penda-patan. Ini akan memastikan sektor komoditi teruskekal berperanan sebagai penyumbang kepada pem-bangunan ekonomi negara dan pemangkin kepadapeningkatan pendapatan rakyat luar bandar.

kushairi@mp ob.gov.my

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) meneruskan kerjasamasetahun lagi dengan Berita Ha-

rian Sdn Bhd (BH) bagi penerbitansisipan Berita Sawit (BS). Melalui ker-jasama berkenaan, penerbitan BS ki -ni memasuki tahun ke-15 sejak kalipertama diterbitkan pada tahun2001.

Majlis menandatangani kontrak ba-gi penerbitan disempurnakan KetuaPengarah MPOB, Dr Ahmad KushairiDin dan Pengarang Kumpulan BH,Datuk Mahfar Ali.

Majlis disaksikan Pengerusi MPOB,Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Pe-ngarang Urusan Kumpulan The NewsStraits Times Press (M) Bhd (NSTP),Datuk Abdul Jalil Hamid.

Datuk Seri Ahmad Hamzah ketikaberucap di majlis itu berkata, BSadalah wadah penting kepada MPOB

bagi menyalurkan maklumat menge-nai perkembangan industri sawit ke-pada masyarakat umum khususnyapembaca BH di seluruh negara.

Katanya, BS yang diterbit dan di-edarkan bersama akhbar Berita Ha-rian mempunyai jangkauan pembacayang meluas di seluruh negara me-liputi segenap lapisan terdiri dari-pada golongan profesional di bandarbesar sehingga masyarakat yang ting-gal di luar bandar.

“Berita Sawit adalah ‘flag bearer’yang menyumbang kepada penye-baran maklumat sawit sekali gus

menyumbang kepada pengukuhanimej MPOB sebagai agensi terulungdalam penyelidikan sawit.

Kumpulan dapat manfaat“Industri sawit yang terdiri daripadapengusaha ladang, sektor pengila-ngan dan pemprosesan, pekebun ke-cil dan sektor perkhidmatan adalahkumpulan yang mendapat manfaatsecara langsung daripada berita yangdisalurkan melalui penerbitan BS,”ka t a nya .

Beliau berkata, maklumat menge-nai pembangunan industri sawit, ini-siatif kerajaan dan teknologi sertainovasi baharu berjaya memberi pen-dedahan dan meningkatkan prestasidan produktiviti industri sawit ne-g a ra .

Katanya, kerjasama dan sokonganteknikal pihak BH yang meliputi as-pek penulisan, penyuntingan dan re-kabentuk, akhbar sisipan BS te r u sdapat bertahan sehingga mencapaiusia penerbitan sekarang.

“Penerbitan akhbar sisipan mem-babitkan liputan berita atau artikelyang tepat dan memenuhi kualitipenerbitan akhbar dan penulisanyang bermutu, segar untuk tatapanpembaca serta penggunaan bahasayang mudah difahami”, katanya.

Beliau berharap usaha ini dapatmemberi manfaat bersama khusus-nya bagi mempertingkatkan lagi pe-nyaluran maklumat sawit yang tepatkepada pembaca di seluruh negara.

Sempena majlis berkenaan, rom-bongan MPOB turut dibawa melawatke pusat sumber NSTP dan bahagianeditorial BH bagi mengetahui prosespenerbitan akhbar BH dan BS.

2

Page 3: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

3 pekebun kecil terima Anugerah Industri SawitOleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Ip oh: Tiga pekebun kecil masing-masing dari Johor, Sabah dan Sa-rawak menerima pengiktirafansebagai pekebun kecil sawit ter-baik, manakala satu koperasi di-iktiraf Koperasi Penanam SawitMampan (KPSM) terbaik bagiA n u g e r a h I n d u s t r i S a w i t2015/2016.

Penyampaian anugerah yang di-adakan sempena Persidangan Ke-bangsaan Pekebun Kecil Sawit 2016disempurnakan Pengerusi Lemba-ga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),Datuk Seri Ahmad Hamzah di sini,baru-baru ini.

Bagi kategori pekebun kecil pe-nerima terdiri Md Baharom Se-lamat dari Johor, Musa Bin Matun(Sarawak) dan Mohd Sabri Dimeng(Sabah).

Kategori KPSM yang diperkenal-kan buat julung kalinya dianuge-rahkan kepada Koperasi PenanamSawit Mampan Daerah SaratokSdn Bhd dari Sarawak.

Pekebun kecil dinilai berdasar-

kan pencapaian produktiviti, pe-laksanaan amalan pertanianbaik, integrasi sawit, pengurusandan jalinan hubungan, aktivitiekonomi tambahan serta modalinsan.

Sistem penilaianBagi koperasi penilaian adalah ber-dasarkan kriteria yang meliputi ke-ahlian koperasi yuran, dan sahamkoperasi, pendapatan, kepelbaga-ian aktiviti yang diniagakan, pe-ngurusan koperasi yang merang-kumi aspek pematuhan Undang-Undang Kecil Koperasi serta modalinsan, komitmen koperasi terha-dap MPOB, pulangan kepada ahlidan jualan buah tandan segar se-cara berkelompok.

Penerima Anugerah Industri Sa-wit peringkat Semenanjung Ma-laysia iaitu Md Baharom Selamatyang berasal dari Rengit, Johormengusahakan tanaman sawit se-luas 2.55 hektar dengan hasil pu-rata buah tandan segar (BTS) padatahun 2015 sebanyak 32.75 tan se-hektar setahun.

Selain tanaman sawit, beliau tu-rut mengusahakan tanaman ke-

lapa matag dan pisang beranganserta mempunyai empat lot kedaidan ‘ho me s tay ’ sebagai sumberpendapatan tambahan.

Musa Matun yang mengusaha-kan tanaman sawit seluas 21.78hektar berjaya memperoleh hasilpurata BTS sebanyak 31.31 tan se-tahun pada 2015. Beliau yang ber-asal dari Batu Niah, Sarawak turutmemiliki kedai runcit dan terna-kan kambing serta lembu sebagaipendapatan tambahan.

Pemenang peringkat Sabah, Mo-hd Sabri Dimeng yang berasal dariTawau dan mengusahakan tana-man sawit seluas 35.2 hektar ber-jaya memperoleh hasil purata BTSsebanyak 35.7 tan sehektar seta-hu n .

Sebagai sumber pendapatantambahan beliau turut menjalan-kan aktiviti menternak kambing,biri-biri dan lembu serta meng-hasilkan produk makanan hai-wan ternakan dan penghasilan

baja organik.

KPSM Daerah Saratok BerhadSementara itu, KPSM Daerah Sa-ratok Berhad yang ditubuhkanpada tahun 2011 dan dianggotai539 ahli dianugerah adalah KPSMpertama yang melaksanakan jua-lan BTS secara berkelompok teruske kilang.

KPSM Saratok juga pernah me-nerima pengiktirafan AnugerahKoperasi Terbaik Pertanian dan In-dustri Asas Tani sempena Hari Ko-perasi Negara 2016 Peringkat Ne-geri Sarawak.

Anugerah Industri Sawit adalahpengiktirafan kerajaan kepada pi-hak industri sawit yang berjayamencapai prestasi yang cemerlangdan menyumbang kepada pem-bangunan dan kemajuan dalampelbagai sektor seperti perlada-ngan, pengilangan dan pempro-sesan serta penapisan.

Pada majlis sama, MPOB jugamenyampaikan sijil Standard Mi-nyak Sawit Mampan Malaysia(MSPO) kepada tujuh pekebunkecil persendirian dan teran-cang.

Datuk Seri Ahmad Hamzah mengucapkan tahniah kepada penerimaAnugerah Industri Sawit.

3

KPSM tingkatp endapatanpekebun kecil

Pe n g e l u a ra nBTS berkualiti,jualan teruske kilang tambahp endapatan

Datuk Seri Ahmad Hamzah menunjukkan buku yang dilancarkan MPOB untuk panduan kawalanpenyakit dan perosak.

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Ip oh

Pekebun kecil sawit yangmenjual buah tanda segar(BTS) secara berkelompok

menerusi Koperasi Penanam Sa-wit Mampan (KPSM) boleh me-nikmati tambahan harga jualanRM50 atau 13 peratus bagi setiaptan berbanding jualan terus ke-pada peniaga buah sawit.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk SeriMah Siew Keong berkata pemba-bitan koperasi dalam memastikanpengeluaran BTS berkualiti danjualan sawit secara terus ke kilang

akan memberi pendapatan lebihbaik kepada pekebun kecil.

33 koperasi ditubuhBeliau berkata, sehingga Septem-ber 2016, sebanyak 33 buah Ko-perasi Penanam Sawit Mampanditubuhkan di seluruh negara iaitu13 di Semenanjung, Sarawak (11)dan Sabah (9) manakala 20 da-ripadanya memulakan jualan ke-lompok BTS terus ke kilang.

Beliau berkata demikian dalamteks ucapan perasmian Persida-ngan Kebangsaan Pekebun KecilSawit anjuran Lembaga Minyak Sa-wit Malaysia (MPOB) yang diba-cakan oleh Pengerusi MPOB, DatukSeri Ahmad Hamzah.

Katanya, di bawah RancanganMalaysia Kesebelas (RMKe-11), ke-rajaan juga memperuntukkan da-na bagi pembinaan pusat timbangBTS dikendalikan oleh KPSM.

“Peruntukan dana bagi mem-bantu koperasi mengembangkanjualan BTS berkelompok secara te-rus ke kilang sawit adalah ber-jumlah RM200,000 bagi sebuah ko-p erasi.

Katanya, MPOB juga bekerjasa-ma dengan Agro Bank bagi ke-

mudahan overdraf kepada koperasibagi pembiayaan modal pusingankepada koperasi menjalankan per-niagaan jual beli BTS.

Selain itu, kementerian turutmemberi penekanan penting ke-pada peningkatan pengetahuanAmalan Pertanian Baik (GAP) danpemindahan teknologi baharu ke-pada pekebun kecil.

“Penggunaan teknologi baharudan aplikasi pertanian moden ser-ta amalan mampan dalam pena-naman sawit oleh pekebun kecildijangka berupaya memberi im-pak kepada peningkatan hasil sa-wit dan pendapatan tinggi.

“MPOB membangunkan bebera-pa teknologi seperti jentera peng-angkutan buah sawit di sampingmembangunkan teknik kawalan pe-rosak bersepadu bagi meningkat-kan produktiviti dan pendapatan.

Beliau berkata, kerajaan turutmemberi perhatian penting kepa-da pembangunan pekebun kecil

bagi meningkatkan produktivitidan pendapatan.

Dalam pelaksanaan Bidang Eko-nomi Utama Negara (NKEA) Sawit,kerajaan menyediakan bantuankepada pekebun kecil untuk me-nanam semula pokok sawit tuaatau mengusahakan tanaman sa-wit baharu.

Bantuan sebanyak RM9,000 se-hektar disediakan kepada pekebunkecil di negeri Sarawak dan Sabah,dan RM7,500 bagi negeri-negeri diSemenanjung yang merangkumibekalan anak benih sawit berkua-liti, input pertanian dan khidmatnasihat penanaman sawit mengi-kut Amalan Pertanian Baik.

Skim IntegrasiBagi meningkatkan pendapatanpekebun kecil, kerajaan juga me-nyediakan Skim Insentif IntegrasiTanaman dengan Sawit (ITA) danSkim Integrasi Ternakan dengan Sa-wit (ITE) kepada pekebun kecil yang

layak. Nilai bantuan integrasi tana-man ialah RM3,000 sehektar mana-kala bagi integrasi ternakan, dibe-kalkan induk lembu dan kambing.

Persidangan yang diadakan duatahun sekali itu menghimpun le-bih 500 pekebun kecil, pengusahaladang dan agensi kerajaan yangterbabit dengan sektor pekebunkecil dari seluruh negara.

Majlis perasmian turut dihadiri Ke-tua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kus-hairi Din dan Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Changkat Jong, Dato’Mohd Azhar Jamaluddin.

Pada majlis berkenaan MPOB tu-rut melancarkan dua penerbitanbertajuk ‘Garis Panduan ProsedurOperasi Standard Kawalan UlatBungkus’ dan ‘Garis Panduan Pro-sedur Operasi Standard Penguru-san Penyakit Ganoderma’ untukrujukan pekebun kecil dan pengu-saha ladang dalam usaha mena-ngani dan mengawal serangan pe-nyakit dan perosak sawit.

Page 4: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Pengerusi MPOB lawatstesen penyelidikan KluangOleh Fadzil Ghazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Kluang: Pengerusi Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB), Da-tuk Seri Ahmad Hamzah meran-cakkan misi beliau dalam me-ngenali industri sawit lebih dekatlagi dengan berkunjung ke StesenPenyelidikan MPOB Kluang, di si-ni pada awal bulan lalu.

Lawatan sehari itu memberi pe-luang kepada pegawai penyelidikMPOB di stesen penyelidikan itumemberi penjelasan dengan lebihterperinci mengenai asal usul sa-wit dan bagaimana teknologi pem-biakan pohon daripada benua Af-rika itu dipelopori dan diperhe-batkan oleh Malaysia.

Dalam ucapan beliau semasa se-si taklimat itu, Datuk Seri AhmadHamzah mengucapkan syabas ke-

pada MPOB kerana berjaya mem-bina satu industri yang amat ber-makna dalam pembangunan eko-nomi negara.

“Kawasan ini lebih daripada se-buah stesen penyelidikan sawit.Dengan wujudnya pelbagai bakasawit dari seluruh pelusuk dunia disini, stesen ini adalah khazanahsawit negara,” ka t a nya .

MPOB memiliki koleksi germp-lasma sawit terbesar daripada se-luruh dunia dan ianya ditanamsecara ladang di Stesen Penyeli-dikan Kluang.

Pemilihan dan penilaian kepen-tingan trait dibuat ke atas koleksigermplasma ini dan menghasilkanpelbagai teknologi baharu dari segipembiakan dan penghasilan bakayang dikenali oleh industri sebagaisiri PS (palm series) yang manasetiap satu memiliki trait te r s e n d i r i .

Semasa lawatan, Datuk Seri Ah-

mad Hamzah turut menyaksikanproses pengambilan debunga sa-wit; pengeluaran biji benih komer-sial; analisis tandan dan programintegrasi ternakan rusa, kambingdan landak di ladang sawit.

Dalam sesi lawatan berasingan,beliau turut melawat Stesen Pe-nyelidikan MPOB Teluk Intan diHutan Melintang pada minggu ber-i k u t nya .

Beliau diberi taklimat mengenaiteknik penanaman sawit di tanahgambut yang berjaya dihasilkanoleh MPOB. Teknik ini telah berjayamenebus guna tanah gambut untukpenanaman sawit dan seterusnyamenjana sumber ekonomi tanpamemudaratkan alam sekitar.

Datuk Seri Ahmad Hamzah di-jangka akan melawat beberapa ste-sen penyelidikan MPOB lagi ter-masuk di Keratong, Hulu Paka danLahad Datu.

Datuk Seri Ahmad Hamzah mendengar taklimat mengenai prosespenghasilan biji benih sawit.

Forum MPOB, MEOAketengah isusektor perladangan

Oleh Mohd Hefni Ruslimohd.hefni@mp ob.gov.my

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) dan Persatu-an Pemilik Ladang Malaysia

(MEOA) mengadakan forum bagimembincangkan isu-isu terkinisektor perladangan sawit Malay-sia bertempat di ibu pejabatMPOB baru-baru ini.

Forum dipengerusikan oleh Pe-ngerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad

Hamzah dan dihadiri lebih 50 pe-serta terdiri pemilik ladang sawitdari seluruh Malaysia dan pegawaiM P O B.

Forum MPOB – MEOA 2016 iniadalah forum kelima sejak mula dianjurkan pada tahun 2012.

Forum turut dihadiri Ketua Pe-ngarah MPOB, Dr Ahmad KushairiDin dan Presiden MEOA, JosephTe k .

Datuk Seri Ahmad pada majlispembukaan forum itu berkata, in-dustri sawit adalah tunjang eko-nomi negara sejak sekian lama dan

menyumbang kepada pendapatanhasil eksport, peluang pekerjaandan peningkatan pendapatan sertataraf hidup penduduk luar bandar.

“Pengalaman Malaysia dalam in-dustri ini yang akan mencapai satuabad pada tahun hadapan men-jadikan Malaysia sebuah negarayang mempunyai kelebihan kom-petitif dalam pasaran antarabang-sa dan menjadi peneraju pasarandari aspek produktiviti serta pe-nyelidikan dan pembangunan,”ujar beliau.

Katanya, selaras perkembanganindustri sawit dan peningkatanpermintaan terhadap komoditi sa-wit dan produk berkaitan, masihterdapat isu yang boleh memban-tutkan pertumbuhan industri sa-wit sekiranya tidak diberikan per-hatian yang sewajarnya.

“Antara isu berkaitan ialah ka-wasan penanaman yang terhad,aplikasi teknologi mekanisasi, pe-nyakit dan perosak tanaman danpembangunan industri sawit yangmampan dan mesra alam.

Justeru itu, beliau menegaskanbahawa forum MPOB-MEOA iniadalah satu platform terbaik untukmembincangkan isu penting yangsedang dihadapi oleh industri ke-lapa sawit pada masa sekarang.

Enam perkara dibincangEnam perkara utama dibincang-kan sepanjang forum berkenaanmeliputi isu pekerja asing, meka-nisasi, manual penggredan terbaruMPOB, kemudahan perangkap bio-gas, Skim Pensijilan Minyak SawitMampan Malaysia (MSPO), penya-kit dan perosak tanaman sawit,skim cukai industri sawit sertapenggunaan kit ‘S U R E SAW I T ’.

Sementara itu, Joseph Tek me-nyuarakan isu berkaitan perosakdan penyakit sawit pada forum inidi mana penyakit Ganodermayang menyebabkan kerugian ada-lah antara isu penting yang di-bangkitkan oleh ahli MEOA.

Joseph Tek menyuarakan kebim-bangan beliau terhadap pening-katan penyakit Ganoderma di ka-wasan penanaman semula.

Beliau turut menggesa MPOBuntuk mempercepatkan kajianberkaitan isu pengeluaran buahyang rendah akibat masalah pen-debungaan sawit.

Dr Kushairi pula berkata, MPOBsentiasa bekerjasama dengan pihakindustri dan agensi kerajaan lainbagi mengatasi isu itu dan MPOBkomited untuk membantu pihakindustri melalui kerjasama yangberterusan dengan semua pihak.

Jalankan kolaborasiBeliau berkata, bagi mengatasi ma-salah kekurangan tenaga buruh,MPOB kini giat menjalankan ko-laborasi dengan syarikat tempatandan antarabangsa bagi memper-kenalkan teknologi dan inovasi ba-haru bagi membantu peladang sa-wit di seluruh negara.

Isu berkaitan kemudahan perang-kap biogas dan Skim Pensijilan Mi-nyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO)turut dibincangkan pada forum ini.

Dr Kushairi berkata, secara ke-seluruhannya terdapat 90 loji bio-gas yang siap dibina di seluruhMalaysia di mana 12 loji biogas diSemenanjung dan empat loji bio-gas di Sabah sudah beroperasi danmembekalkan tenaga kepada gridke b a n g s a a n .

Dalam pada itu, MPOB turut me-nerangkan bahawa Majlis Pensi-jilan Minyak Sawit Malaysia (MPO-CC) telah dibentuk dan bertang-gungjawab untuk memantau sertamenguruskan aktiviti berkaitanPensijilan MSPO menerusi sesi tak-limat dan latihan bagi pelaksanaanMSPO di seluruh negara.

Beliau juga menjelaskan bahawapengusaha ladang sawit yang me-laksanakan skim amalan pertani-an baik menerusi inisiatif skim kodamalan MPOB mampu memper-oleh sijil MSPO dengan mudah.

4

I n d u st r ijadi tunjange ko n o m inegara sejaksekian lama

Datuk Seri Ahmad Hamzah (tengah) mempengerusikan forum MPOB-MEOA. Yang turut serta, Dr AhmadKushairi (kiri) dan Joseph Tek.

Page 5: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Tehran tawarpeluang pasaranbesar produksawit khususnyasektor industrimakanan IranOleh Mohd Fairus MohdHidzir, Rafizah Mazlandan Nik Mohd Aznizanfairus@mp ob.gov.my,rafizah@mp ob.gov.my,aznizan@mp ob.gov.my

Te h ra n

Lembaga Minyak Sawit Malay-sia (MPOB) mengatur perte-muan ahli delegasi Misi Per-

dagangan dan Pelaburan ke Irandengan Kesatuan Industri Maka-nan Iran (IFIF), di sini baru-baruini.

Delegasi Malaysia yang diketuaiMenteri Perdagangan Antarabang-sa dan Industri (MITI), Datuk SeriMustapa Mohamed, turut disertaiKetua Pengarah MPOB, Dr AhmadKushairi Din.

Dengan penduduk sekitar 80 juta

orang, Iran menawarkan peluangpasaran yang besar bagi produksawit Malaysia khususnya dalamsektor industri makanan Iran.

Penggunaan minyak sawit Ma-laysia dalam industri makananIran adalah satu keperluan sepertidinyatakan oleh Kesatuan IndustriMakanan Iran (IFIF).

Pada pertemuan itu, SetiausahaAgung IFIF, Kaveh Zargaran me-nyatakan bahawa industri maka-nan di Iran memerlukan tidak ku-rang dari 500,000 tan minyak sawitsetiap tahun.

Cadang kerjasama teknikalBahkan, anggaran itu tidak ter-masuk import produk lain ber-asaskan sawit seperti Cocoa ButterSubstitite (CBS) yang sememang-nya diimport oleh industri pem-buatan manisan dan kuih-muih diI ra n .

Pihak IFIF mencadangkan supa-ya satu kerjasama teknikal antaraIFIF dan MPOB dapat dijalin bagimembantu ahli industri makanandi Iran khususnya dalam peng-gunaan produk sawit Malaysia bagipenghasilan produk makanan diI ra n .

Berikutan itu, IFIF mencadang-kan supaya satu memorandumpersefahaman (MOU) antaraMPOB dan IFIF dapat ditandata-

ngani pada masa akan datang.IFIF menyatakan bahawa indus-

tri makanan di Iran turut meng-import bahan mentah seperti ser-buk koko dari Malaysia.

Sehubungan itu, Menteri Perda-gangan Antarabangsa dan IndustriMalaysia mencadangkan supayaIFIF turut mengimport pelbagai

bahan mentah lain serta peralatandan mesin berkaitan industri ma-kanan dari Malaysia.

Sementara itu, Dr Kushairi turutmembuat penjelasan berkaitan ke-lebihan teknikal produk sawit Ma-laysia dalam industri makanan se-lain kelebihan nutrisi produk sawityang tidak mengandungi asid le-

mak trans (TFA) yang berbahayakepada kesihatan pengguna.

IFIF turut mencadangkan supa-ya Malaysia dapat menawarkan ke-mudahan kredit bagi pembelianproduk sawit Malaysia kerana di-yakini akan meningkatkan lagi im-port produk sawit Malaysia olehindustri makanan di Iran.

Usaha kembangpasaran sawitMesir diteruskanOleh Hisham Hussaindan Isa Mansorhishamhussain@mp ob.gov.my,ibm@mp ob.gov.my

Kaherah, Mesir: Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) menerokapeluang bagi meningkatkan pa-saran sawit di negara Mesir me-lalui penganjuran Seminar Tek-nikal MPOB (MTecS) dengan ker-jasama Pusat Makanan danIndustri Teknologi Pertanian(FAITC) di bawah KementerianIndustri Perdagangan dan Peru-sahaan Sederhana Mesir, di sinibaru-baru ini.

Seminar bertemakan ‘Penguku -han Perdagangan dan PendidikanMinyak Sawit Melalui Jalinan Ker-jasama yang Menyeluruh di antaraMalaysia dan Mesir’ di rasmi kanDuta Malaysia ke Mesir dan Pa-lestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.Majlis turut dihadiri Pengerusi FAI-

TC, Ir Hanan Al Hadary.Ku Jaafar dalam ucapan peras-

miannya berkata, program seumpa-ma itu dapat memperkembangkanlagi pasaran produk sawit Malaysia diMesir dengan mempromosikan pro-duk sawit secara pendekatan teknikalhasil daripada penyelidikan danpembangunan (R&D) yang dijalan-kan oleh MPOB.

Katanya, kehadiran pihak yangterbabit menunjukkan minat bagimemajukan industri minyak danlemak negara berkenaan di sam-ping mendapatkan maklumat ter-perinci berkaitan R&D dan potensipasaran minyak sawit Malaysia.

“Usaha seperti ini dapat mem-beri maklumat teknikal yang lebihkomprehensif kepada para pesertadan seterusnya dapat meningkat-kan pengetahuan mengenai mi-nyak sawit Malaysia dan pelbagaiproduk yang dihasilkan daripadas aw i t .

“Program ini juga penting bagi

memberi kesedaran mengenaikhasiat pemakanan minyak sawitdi samping kepelbagaian aplikasidalam proses pembuatan maka-nan berasaskan sawit,” ka t a nya .

Mahu usaha MPOB diteruskanPengerusi FAITC, Ir Hanan Al Ha-dary juga mengalu-alukan usahayang dijalankan oleh MPOB dalammembangunkan industri minyakdan lemak di negara berkenaan.

Beliau berharap usaha MPOB da-pat diteruskan pada masa depandan FAITC ingin mengambil pe-

luang itu dalam memajukan sektorpenyelidikan dan pertanian di Me-s i r.

Empat kertas kerja yang ber-kisarkan mengenai industri ma-kanan, pertanian dan industri ha-lal di peringkat global dibentang-kan pada seminar itu.

Dalam pembentangan oleh Pe-ngurus Serantau MPOB Afrika, IsaMansor menjelaskan bahawa in-dustri sawit adalah penting kepadaMalaysia dan banyak membantumembangunkan ekonomi negara.

Katanya, MPOB juga melaksa-

nakan beberapa inisiatif melaluiaktiviti khidmat nasihat teknikal-nya dalam meningkatkan hubu-ngan perdagangan dua hala di an-tara Malaysia dan Mesir.

“Ini termasuk memberi khidmatnasihat teknikal mengenai potensiaplikasi produk berasaskan sawityang terkini terutamanya dalamproduk makanan dan bukan ma-ka n a n .

Selain itu, MPOB juga memper-kenalkan teknologi dan produkyang terkini hasil R&D seperti ma-rjerin pastri sawit, tocotrienol danlain-lain lagi.

Seminar itu juga membincang-kan mengenai industri halal Ma-laysia dari segi syariah dan stan-dard yang dilaksanakan agensi ber-kaitan di Malaysia. Ia disampaikanoleh Dr Ishak Sulaiman, PengarahJabatan Pengajian Melayu, Univer-siti Kaherah, Mesir.

Kertas pembentangan oleh FAI-TC pula menerangkan mengenaifungsi badan kerajaan itu dalammengembangkan industri berasas-kan pertanian di negara berke-naan.

Dalam sesi interaksi yang diada-kan pada penghujung seminar ber-kenaan, peserta turut bertukarpandangan mengenai perkemba-ngan terkini dalam sektor komo-diti dan pertanian di kedua-duabuah negara di samping pemba-ngunan standard halal di Malay-sia.

Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mesyuarat bersama IFIF turut disertai oleh Dr Ahmad Kushairi.

D a t o’ Ku Jaafar Ku Shaari (empat dari kiri) ketika mengikutipemben tangan kertas kerja pada Seminar Teknikal MPOB (MTecS)di Kaherah Mesir.

Usaha tingkatkan eksportminyak sawit ke Iran dipergiat

5

Page 6: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Hydra-porter, jenterapengangkut tandankawasan tanah becak

Programperkasa modalinsan negara,penuhi kehendakindustri peladangan

6 7

Oleh Abd Rahim [email protected]

Jentera sedia ada yang berada di pasaranmenggunakan transmisi konvensionalakan mudah terbenam bila melalui ka-wasan yang becak.Dalam reka bentuk jentera konvensional,

sekiranya sesebuah roda atau tayar kehi-langan cengkaman pada permukaan tanah,keseluruhan tork (torque) yang ada padaenjin akan disalurkan kepada tayar yangkehilangan cengkaman dan ini menyebab-kan jentera tidak bergerak ke hadapan.Ini adalah antara kelemahan yang ada

pada sistem transmisi konvensional.

Motor hidraulikSatu pembaharuan diperkenalkan ke atasjentera yang dinamakan hydra-porter di-mana sistem transmisi tidak menggunakangandar (axle) yang biasanya terdapat padakebanyakan jentera di pasaran.Keempat-empat tayarnya dipasang de-

ngan motor hidraulik untuk menggerakkanjentera ini dan dikawal dengan sistem hi-draulik.Sekiranya salah satu dari empat tayar ini

tersangkut atau terbenam, aliran minyakhidraulik akan disalurkan kepada tayar yangmasih tidak tersangkut atau terbenam.Mekanisma ini dapat mengelakkan da-

ripada jentera tersangkut ketika melaluikawasan yang becak.Selain sistem transmisi yang ditambah

baik, hydra-porter juga dipasang dengan alatuntukmengangkat buah tandan segar (BTS)atau dikenali ‘FFB grabber’ yang bolehmem-bantu pemandu jentera mengangkat BTSdari atas tanah terus ke dalam bekas.

Satu mekanisma yang dipanggil ‘scissorlift’ dipasang di bawah bekas BTS yang jugasatu inovasi untuk meningkatkan keceka-pan jentera ini.

Elak curah ke tanahDenganmekanisma ini BTS yang terkumpuldi dalambekas dapat dituang terus ke dalamtreler atau lori yang sedang menunggu danmengelakkan daripada BTS ini dicurah ketanah.Ini adalah teknologi baharu yang boleh

membantu industri sawit mengurangkanbeban kerja kepada pekerja ladang.Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), satu

skim diwujudkan di mana pengusaha sawityang berminat mengamalkan mekanisasibagi aktiviti ladangmereka bolehmemohonskim insentif yang dikenali sebagai OPIMIS.Bakal pembeli hydra-porter juga layak

memohon OPIMIS yang membolehkan me-reka menikmati diskaun sehingga 20 pe-ratus.

Sekiranya salah satudari empat tayar initersangkut atauterbenam, aliranminyak hidraulik akandisalurkan kepada tayaryang masih tidaktersangkut atauterbenam”

Mohamad Ezham ketika menjalankan tugas sebagai ‘field conductor’ ladang sawit.

Jentera hydra-porter bantu kecekapan urus pengangkutan buah tandan segar.

Oleh Mohd Solah Deramandan Noor Asmawati Abdul [email protected],[email protected]

Kursus Operasi Mekanisasi Ladang(KOML) melahirkan lebih 2,000 beliaberkemahiran dalam mekanisasi la-

dang sejakmula ditubuhkan pada Julai 2006hingga Oktober 2016 bagi memenuhi ke-hendak industri terutama sektor perlada-ngan sawit.KOML adalah anjuran Lembaga Minyak

Sawit Malaysia (MPOB) melalui Institut Per-ladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) dibawahKementerian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC).Padamajlis penganugerahan sijil KOML sesi

2015/2016, MPOB menganugerahkan sijil IM-PAC dan Sijil SKM kepada 351 pelatih yangterdiri peserta Tahap 2 dan Tahap 3.Pada majlis penganugerahan kali ini, pe-

latih terbaik dipilih berdasarkan kepada pres-tasi pembelajaran, sikap serta disiplin yangditunjukkan sepanjang sesi pembelajarandandinilai secara keseluruhan sepanjang masaberada di Pusat Latihan SawitMalaysia (PLAS-MA), Keratong, Pahang.Pelatih terbaik Tahap 2 Sesi Oktober 2015

dan Sesi April 2016 adalah Nursahirah Ib-rahim dan Muhamad Nahar bin Abdul Nasir.Nursahirah menyambung latihan ke Tahap 3dan sekarang sedang mengikuti latihan prak-tikal di ladang Felda Kemelah, Segamat, Johor,manakala Muhamad Nahar pula baru me-nyambung latihan ke Tahap 3 sesi Oktober2016.Pelatih terbaik bagi Tahap 3 sesi April 2015

adalah Mohamad Padli Johari yang kini ber-khidmat di ladang IOI Pukin Muadzam se-bagai penyelia ladang.Sementara itu, Mohamad EzhamNorziwan

dianugerah sebagai pelatih terbaik KOML Ta-hap 3 sesi Oktober 2015. Beliau yang baharumenamatkan latihan di PLASMA, kini ber-khidmat sebagai field conductor di ladang IOILeepang Muadzam, Kuantan, Pahang.Mohamad Ezham ketika ditemui berkata,

PLASMA merupakan platfom terbaik kepadawarga belia untuk menimba ilmu dan ke-mudian berkecimpung dalam sektor perla-dangan sawit.Katanya, peluang pekerjaan sangat luas

tetapi buat masa ini ia dimonopoli oleh te-naga kerja asingdanpeluang ini perludiambilalih belia tempatan.Beliau amat berterima kasih kepada MPOB

kerana menyediakan peluang latihan yangterbaik kepada belia dan berharap KOMLditeruskan kerana ia memberi peluang ke-pada warga belia menceburi sektor pela-dangan sawit sama ada sebagai pekerja la-dang atau menjadi usahawan ladang.

Peserta terbaik KOML Tahap 2, MuhammadNahar Abdul Nasir berpandangan KOML ada-lah satu paltform yang memberi impak sa-ngat besar kepada golongan belia yang inginmenceburi sektor perladangan sawit.Katanya, KOML menyediakan ilmu penge-

tahuan berkaitan sawit yang amat bergunamerangkumi pelbagai aspek seperti pengu-rusan ladang dan ilmu berkaitan kejente-raan.“KOML menyedia satu tapak permulaan

yangkukuhuntuk saya terusmendalami ilmudalam bidang sawit ke peringkat yang lebihtinggi dan seterusnya membantu mening-katkan imej sawit.Beliau juga berharap ilmu yang diperoleh

oleh peserta semasa mengikuti KOML akandigunakan sebaik mungkin sebagai panduanlengkap di alam pekerjaan kelak bagi mem-bina kerjaya yang lebih teguh.

KOML ikut silibus NOSSKOML dilaksanakan Pusat Latihan Sawit Ma-laysia (PLASMA) yang diiktiraf sebagai PusatBertauliah Lima Bintang oleh Jabatan Pem-bangunan Kemahiran, Kementerian SumberManusia dalam memberi latihan kursus ke-

mahiran bagi melayakkan pelatih mendapatSijil KemahiranMalaysia (SKM) disamping sijilyang dikeluarkan oleh MPOB.Kursus yang ditawarkan ini adalah me-

ngikut NOSS (National Occupational SkillStandard) yang mana silibusnya disediakanolehmereka yang berkemahiran dari industrisawit seperti yang ditetapkan oleh JabatanPembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.Sistem pembelajaran yang disediakan ber-

orientasikan kemahiran yang memfokuskan‘hand-on’ dan sangat penting kerana kursusyang dijalankan adalah berteraskan kema-hiran dengan setiap pelatih perlu kompetendalam topik-topik amali yang diajar.Kursus anjuran MPOB ini bertujuan me-

lahirkanwarga tempatan yang berkemahirandan berpengetahuan dalam mengendalikanjentera-jentera ladang danmenggunakan per-alatan pertanian terutama bagi sektor per-ladangan sawit.Pelatih turut didedahkan dengan aspek

perladangan sawit bermula daripada peng-hasilan anak benih sehingga penuaian sawit.Selain itu, mereka juga dilatih untuk men-

jalankan penyelenggaraan asas jentera per-tanian dan enjin petrol dua lejang. Pening-

katan tahap kemahiran akan menghasilkanpelatih dalam bidang penjenteraan ladangyang lebih berpengetahuan dan mahir.

Kerjasama dengan agensi lainPLASMA kerjasama dengan Jabatan Peng-angkutan Jalan (JPJ) dalam memberi latihanpemanduan jentera seperti traktor dan jeng-kaut yang memberi peluang kepada pelatihberkelayakan untuk diuji dan seterusnyamemperoleh lesen pemanduan yang dike-luarkan oleh JPJ.Disamping itu kerjasama juga dilakukan

denganAngkatanPertahananAwamMalaysia(APM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) supaya pelatih yang mengikuti la-tihan di PLASMA penuh dengan disiplin danbebas daripada perkara negatif.Sehingga kini PLASMA adalah satu-satunya

agensi di negara ini yangmenawarkan kursusdalam pengkhususan mekanisasi ladang disektor perladangan sawit. Penganjuran KOMLmembabitkan kos yang tinggi meliputi ban-tuan pengajian dan penyediaan peralatanpengajaran serta pembelajaran.ProgramyangdijalankanMPOBadalah bagi

menyahut seruan kerajaan dalam memper-kasamodal insan negaramelalui kursus jang-ka panjang dan pendek yang disasarkan ke-pada warga belia tempatan.Penganjuran KOML juga sejajar Dasar Ko-

moditi Negara (DKN) yang digubal oleh MPICbagi memajukan industri komoditi ke tahaplebih berdaya saing, mampan dan seimbang.DKN dibahagi kepada tujuh teras dan salahsatunya ialah membangun dan memperkasamodal insan yangmemfokuskanpeningkatanbilangan tenaga kerja mahir dan separa ma-hir dalam memacu permodenan dan me-ningkatkan daya saing industri komoditi.

KOML lahirkan lebih 2,000 beliaberkemahiran dalam mekanisasi ladang

Mohamad Ezham bersama sijil yang diterima

Muhammad Nahar Abdul Nasir gembira dianugerah peserta terbaik.

Status lepasan pelatih KOML.

Page 7: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Penyelidik MPOB terima anugerahSaintis Muda MOSTA, Platinum BIS

8

Oleh Ng Mei Han danDr Meilina Ong Abdullahmeilina@mp ob.gov.mymeihan@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur: Pegawai Penye-lidik Prinsipal MPOB, yang jugaKetua Kumpulan Teknologi Ber-sih dan Terbitan Bahagian Ke-juruteraan dan Pemprosesan,Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB), Datin Dr Ng Mei Hanmenerima anugerah Saintis Mu-da MOSTA (Malaysian Oil Scien-tists’ and Technologists Associa-tion) daripada Presiden MOSTA,Academician Tan Sri EmeritusProfesor Datuk Dr Augustine OngSoon Hock sempena PersidanganOils and Fats Congress (OFIC)yang diadakan di sini, baru-baruini.

Anugerah Saintis Muda diper-kenalkan MOSTA pada tahun 2014bagi mengiktiraf saintis tempatanyang berusia di bawah 40 tahunyang mencapai kejayaan menonjol

serta memberi sumbangan kepadapenyelidikan dan pembangunan(R&D), khususnya di dalam bidangminyak dan lelemak. Anugerah inimenjadi pendorong generasi mudamenceburi bidang R&D.

Pemprosesan fitonutrienPengiktirafan yang diterima olehDr Ng adalah berdasarkan sum-bangannya dalam bidang sawit,khususnya pemprosesan fitonutri-en dari minyak sawit mengguna-kan teknologi yang bersih dan mes-ra alam.

Fitonutrien daripada minyak sa-wit seperti karotena dan tokotri-enol adalah agen antioksida danagen antikanser yang berkesan.

Fitonutrien ini adalah bernilaitinggi, terutama tokotrienol yanghanya didapati secara semula jadidalam kuantiti yang tinggi secararelatif dalam minyak sawit.

Dr Ng juga menceburi bidangR&D pemprosesan sawit menggu-nakan teknologi moden seperti ge-

Pe n c a p a i a nmengembangdan bangunkanidea sertakaedah biakbaka sawit

Dr Ng Mei Han menerima anugerah daripada Presiden MOSTA,Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock.

Saintis MPOB terima anugerah LEAP

Oleh Noor Asmawati AbdulSamad [email protected]

Kuala Lumpur

Saintis Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB), Dr. N. Ra-janaidu dianugerah Life Ti-

me Excellence Award, Oil PalmIndustry (LEAP) di atas pencapa-ian mengembang dan memba-ngunkan idea serta kaedah biakbaka sawit yang memberi sum-bangan besar kepada masa depankeseluruhan industri sawit Malay-sia.

Beliau menerima anugerah LEAPdaripada Timbalan Menteri Peru-sahaan Perladangan dan Komoditi,Datuk Datu Nasrun Datu Mansurpada majlis makan malam sem-pena Seminar dan Pameran Per-dagangan Minyak Sawit (POTS) Kua-la Lumpur anjuran Majlis MinyakSawit Malaysia (MPOC), di sini baru-baru ini.

Beliau berjaya mengumpul ko-leksi pelbagai spesis baka sawithingga menjadikan MPOB sebagaipengumpul germplasma sawit ter-

besar di dunia.Koleksi germplasma yang dikum-

pul dari serata dunia terutama daribenua Afrika dan negara-negaraAmerika Selatan membantu beliaumelaksanakan penyelidikan yangakhirnya memberi manfaat kepadaindustry dengan terhasilnya bakasawit serta bahan tanaman elit.

Hasil penyelidikan beliau berjayamenghasilkan pelbagai bahan ta-naman elit yang mempunyai pel-bagai nilai dari segi genetik me-nyedia peluang kepada pihak in-dustri meneroka lebih banyakprogram biak baka secara komer-sial.

Sejak berkecimpung secara aktifpada tahun 1973, Dr. Rajanaidu ter-babit secara langsung dengan pro-ses pengumpulan, penghasilan ba-han tanaman, penilaian, penggu-naan dan pemuliharaan bagimengembangkan lagi asas genetiksawit di Malaysia.

Repositori bank gen sawitUsaha beliau membuahkan hasildengan tertubuhnya repositoribank gen sawit di Malaysia untukgenerasi masa depan dan berpo-tensi menjadi khazanah negara.

Hasil usaha beliau bersama rakanpengumpul lain, hampir 100,000pokok sawit ditanam di pusatgermplasma terbesar dunia milikMPOB di Kluang, Johor.

Beliau menambah setiap pokokdinilai dari aspek penghasilan mi-nyak, ketinggian, komposisi lemakdan lain-lain. Data yang dikumpuldisimpan dalam Sistem maklumatBiak Baka MPOB.

Koleksi germplasma beliau me-mainkan peranan penting dalam

penjujukan genom sawit yang di-laksanakan oleh MPOB pada masaini.

Dr. Rajanaidu yang berpengala-man lebih 40 tahun dalam bidangbiak baka turut merakamkan peng-hargaan dan ucapan terima kasihkepada Ketua Pengarah MPOB, DrAhmad Kushairi Din yang turutserta terbabit dengan pengumpu-

lan koleksi baka sawit.Katanya, anugerah yang dite-

rima itu memberi dorongan ke-pada beliau untuk terus me-nyumbang kepada industri sawitpada masa akan datang.

Dr. Rajanaidu pada masa iniaktif memberi khidmat perun-dingan berkaitan biak baka sawitdi peringkat nasional dan anta-

rabangsa, terutamanya melaluiplatform yang disediakan oleh In-ternational Society for Oil PalmBreeders (ISOPB).

Sejak 20 tahun kebelakanganini, beliau turut giat melatih pa-kar biak baka muda yang ber-potensi bagi mengurus dan meng-gunakan sumber-sumber genetiks aw i t .

Dr. N. Rajanaidu menerima anugerah bagi pencapaian kecemerlangan seumur hidupdaripada Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

lombang mikro dan ultrasound.Hasil kajian beliau memberi im-

pak tinggi dan menambah nilaikepada minyak sawit dan telahmembawa kepada penghasilan 12paten di dalam dan luar negara.

Sementara itu, seorang lagi pe-nyelidik MPOB yang juga KetuaUnit Biak Baka dan Kultur TisuPusat Kemajuan Bioteknologi danBiak Baka MPOB, Dr Meilina Ongberjaya membawa pulang anuge-rah Platinum bagi teknologi SureSawitTM yang dipertandingkan diThe British Invention Show (BIS) diLondon.

Selain itu, teknologi berkenaanbersama teknologi Sure SawitTMKARMA turut menggondol pingatemas untuk inovasi dan pingatperak untuk reka bentuk kedua-dua produk.

Acara tahunanPertandingan ini adalah acara ta-hunan yang diasaskan oleh KaneKramer, seorang pereka yang ada-

lah pencipta asal teknologi MP3dan pemain audio digital.

BIS adalah platform bagi men-dedah dan mempamerkan idea-idea bernas dengan hasrat me-narik bakal rakan kongsi dalamperdagangan dan industri. Ia di-wujudkan untuk membangunkanpeluang perniagaan baharu de-ngan membawa bersama-sama

inovasi dan syarikat, pelabur danpencipta, pereka dan pengeluarperingkat global.

BIS mengambil kira kriteria se-perti kepentingan inovasi tersebutkepada orang ramai, ciri-ciri unikproduk, nilai komersial, faktor‘wow ’ dan tahap perkembangandalam pemarkahan untuk inovasiyang dipertandingkan.

Page 8: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Kerjasama antarabangsa tingkatteknologi biak baka sawit

Oleh Dr Zulkifli Yaakubzulkifly@mp ob.gov.my

Kisaaran, Indonesia

Persatuan Ahli-ahli PembiakBaka Kelapa Sawit Antara-bangsa (ISOPB) dengan ker-

jasama Pusat Penelitian KelapaSawit Indonesia (IOPRI) dan Lem-baga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) menganjurkan seminarantarabangsa dengan tema OilPalm Breeding and Seed Produc-tion bagi membincangkan me-ngenai kemajuan dan pencapa-ian terkini program biak bakadan penghasilan biji benih sawit,di sini baru-baru ini.

Penganjuran seminar yang di-sertai hampir 100 peserta dari tu-juh negara iaitu Perancis, Thai-land, Indonesia, Malaysia, CostaRica, England dan Amerika Sya-r i ka t .

Program seminar dirasmikanoleh Pengarah IOPRI, Dr Hasril

MPOB kongsimaklumat sawitdengan warga UTMOleh Nor Asliza Semirandan Hisamudin Asparnorasliza@mp ob.gov.my,hisamudin@mp ob.gov.my

Skudai: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) dengan kerja-sama Institut Pembangunan Bio-produk (IBD), Universiti Tekno-logi Malaysia (UTM) menganjur-kan Seminar Teknikal MPOB(MTecS) di Universiti TeknologiMalaysia, di sini baru-baru ini.

Seminar yang dikenali MTecSUTM 2016 ini berjaya menarik 120penyertaan mahasiswa, kakita-ngan akademik dan bukan aka-demik UTM.

MTecS UTM turut dihadiri Pe-ngarah Jabatan Pertanian NegeriJohor, Ahmad Kamil Mohd Yunus.

MTecS UTM 2016 yang berte-makan ‘Pengenalan kepada Mi-nyak Sawit dan Aplikasinya’ ber -tujuan memberi pendedahan me-ngenai industri minyak sawit dan

produk berasaskan minyak sawitkepada warga UTM.

Lapan pembentangan kertas ker-ja oleh penyelidik MPOB dan UTMyang merangkumi pengenalan ke-pada MPOB dan industri sawit Ma-laysia, peringkat pemprosesan, ke-baikan pemakanan, aplikasi dalamindustri pembuatan makanan ber-asaskan sawit dan juga kemam-panan industri sawit negara.

Di samping itu, pembentangankertas kerja juga meliputi penye-lidikan dan pembangunan terkiniminyak sawit dalam meningkat-kan kesejahteraan industri minyaksawit di Malaysia.

Tingkat pemahamanTimbalan Pengarah IBD, Prof DrMohamad Roji Sarmidi, dalam uca-pan aluannya berkata, IBD sangatmengalu-alukan seminar sepertiini bagi meningkatkan pemaha-man mengenai industri sawit ne-gara di kalangan warga UTM.

Kongsi idea,ke p a ka ra nhasilkan anaksawit berkualiti

Katanya, IBD mempunyai penga-laman lebih 15 tahun dalam pe-nyelidikan dan pembangunan bio-produk terutamanya produk ber-asaskan herba dan bahan sumberasli tempatan termasuk produk sa-wit.

“Pihak IBD UTM khususnya,amat mengalu-alukan kerjasamadi antara IBD dan MPOB teru-tamanya dalam R&D. Kerjasamapenyelidikan akan memberi man-faat kepada kedua-dua belah pi-hak, seterusnya dalam industri mi-

nyak sawit negara”, katanya.

Minyak sawit baik untukke s i h a t a nSementara itu, Pengarah BahagianEkonomi dan Pembangunan In-dustri MPOB, Balu Nambiappan,dalam ucapannya berkata pengan-juran MTecS UTM berkemampuanmemberi kesedaran kepada wargauniversiti mengenai kepentinganindustri minyak sawit kepada eko-nomi Malaysia.

“Seminar ini diharapkan dapat

memberi kesedaran kepada wargaUTM bahawa minyak sawit adalahminyak sayuran yang baik untukke s i h a t a n”, katanya.

Di akhir seminar, satu sesi in-teraksi di antara ahli akademikUTM dengan MPOB mengenai pe-luang kolaborasi R&D denganMPOB turut diadakan.

Mahasiswa UTM juga menun-jukkan minat mendalam menge-nai kemudahan menyambung pe-lajaran dan pembiayaan pendidi-kan disediakan MPOB.

Hasan Siregar.Sebanyak 10 kertas penyelidikan

telah dibentangkan dalam dua se-si.

Bersesuaian tema, sembilan ker-tas penyelidikan adalah berkisarkepada kemajuan program biakba-ka dan status terkini penghasilanbiji benih sawit di agensi sawityang terbabit.

Kebanyakan isu dibincangkanmenjurus kepada penghasilan ba-han tanaman yang mempunyaihasil lebih tinggi, tahan penyakitdan berciri padat serta pemilihanpokok induk yang berkualiti.

Bincang penambahbaikanTurut dibincangkan penggunaanspesis kedua sawit, E.oleifera da-lam program penambahbaikan ba-han tanaman komersial sediaada.

Selain itu, penggunaan dan pres-tasi pokok sawit klon serta pe-nyelidikan biak baka molekul turutdibincangkan oleh beberapa agen-si.

Dalam menangani isu pencema-ran pokok dura sebagai bahan ta-naman komersial dan kecacatanpokok klon, pihak Orion Biosainsmembentangkan satu kertas kerjamengenai potensi penggunaan kitSureSawit dalam mengatasi ma-salah itu.

Program seminar juga meliputilawatan ladang ke PT Socfindo danPT ASD-Bakrie yang juga bertem-pat di Kisaran.

PT Socfindo adalah agensi yangterbabit dalam industri sawit dangetah di Indonesia. Dengan lebih100 tahun pembabitan dalam in-dustri ini, Socfindo berkembangmenjadi pembekal kepada bahantanaman sawit yang berkualititinggi dengan membekalkan lebihdaripada 550 juta biji benih yangmerangkumi 2.8 juta hektar ke-luasan tanaman bukan sahaja diIndonesia tetapi juga di peringkata n t a ra b a n g s a .

Socfindo juga berjaya mengha-silkan bahan tanaman tahan Ga-noderma yang dikenali sebagaiDxP MT Gano. Bahan tanaman inimula dikomersialkan pada Ogos2013 dan memberi banyak man-faat kepada industri sawit Indo-nesia dalam menangani isu se-rangan penyakit Ganoderma.

Semasa program lawatan, peser-ta dibawa melawat ke plot eks-perimen ujian progeni, melihat de-monstrasi program pendebungaandan aktiviti makmal penghasilanbiji benih.

PT ASD-Bakrie yang ditubuhkanpada 2008 dengan kerjasama ASDCosta Rica, menghasilkan lebih 20juta biji benih sawit setiap tahun

untuk memenuhi keperluan in-dustri.

Hasil tanaman berkualitiFokus program biak baka ASD-Ba-krie adalah menghasilkan bahantanaman yang berciri padat danboleh ditanam pada jumlah yanglebih tinggi perhektar.

Agensi ini juga berjaya mema-sarkan bahan tanaman yang tahancuaca sejuk dan kering. Pesertaseminar dibawa melawat ke plotSeed Garden yang mengandungi 20

susur galur bahan tanaman duradari jenis Deli dan Tanzania yangmerangkumi keluasan 41 hektar.

Peserta turut melawat plot eks-perimen bagi program bahan ta-naman berciri padat yang mem-punyai 200 susur galur dura ber-beza yang dibawa masuk dariCosta Rica. Pokok sawit ini me-nunjukkan kadar kenaikan keting-gian tahunan rendah dan mem-punyai pelepah lebih pendek ber-banding tanaman komersialbiasa.

Sebahagian peserta MTecS UTM anjuran MPOB.

Peserta seminar anjuran ISOPB ketika lawatan ke PT ASD-Bakrie.

9

Page 9: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Kajian manfaat minyaksawit kepada ekonomi dunia

Analisisp eranansebagai minyaksayuran palingpopular dunia

Kajian Terbaru Europe Eco-nomics MengesahkanManfaat Ekonomi Global

Melalui Import Minyak Sawit -Import minyak sawit menjanaUS$39 bilion kepada ekonomi glo-bal serta 2.9 juta peluang pe-ke r j a a n .

Baru-baru ini Europe Economics,sebuah firma perunding terkenaldunia yang berpangkalan di Lon-don, mengeluarkan satu laporanbaharu yang mengkaji nilai man-faat utama minyak sawit kepadaekonomi dunia.

Kajian terbaru ini mengguna-

kan satu model ekonomi untukmenganalisis peranan minyak sa-wit sebagai minyak sayuran yangpaling popular di dunia dan cekapdalam penggunaan tanah sertakos pengeluaran.

Ia juga bertujuan menilai im-pak-impak positif kepada negara-negara pengimport minyak sa-wit.

Kajian Europe Economicsmendapati bahawa importminyak sawit:

Menjana US$39 bilion pertum-buhan keluaran kasar dalam ne-geri (KDNK) kepada ekonomi glo-bal

Dikaitkan secara langsung de-ngan penjanaan kira-kira 2.9 jutapeluang pekerjaan di seluruh du-nia

Menyumbang kepada perkara-perkara berikut di Amerika Sya-rikat, Kesatuan Eropah-28, Indiadan China:

Amerika Syarikat: UD$8.76 bi-

lion KDNK; UD$860 juta hasil cu-kai dan 62,000 peluang pekerjaan

Kesatuan Eropah-28: €6.42 bi-lion KDNK; €1.2 bilion hasil cukaidan 93,620 peluang pekerjaan

India: Rs221 bilion KDNK;Rs23.84 bilion hasil cukai dan1.134 juta peluang pekerjaan

China: ¥59.31 bilion KDNK;¥6.16 bilion hasil cukai dan929,000 peluang pekerjaan.

(Ilustrasi hasil kajian ini boleh

ditonton di laman sesawang You-tube video di https://youtu.b e/-Z 2 O j Z a g Z 1 w. )

Ketua Pegawai Eksekutif MPOC,Tan Sri Datuk Dr Yusof Basironberkata, ini adalah satu kajian baruyang tidak pernah dilakukan; ka-jian yang menzahirkan perananminyak sawit sebagai sumber pel-bagai manfaat ekonomi dan sosialkepada ekonomi global.

“Pengeluaran minyak sawitmemberi manfaat yang besar ke-pada rakyat Malaysia. Malah, ka-jian penyelidikan terbaru ini me-nunjukkan bahawa minyak sa-wit juga memberi pelbagaimanfaat yang besar kepada per-dagangan dan pengguna di ne-gara-negara pengimport di selu-ruh dunia.

“Peranan semasa minyak sawitsebagai sumber makanan pentingdan tenaga yang boleh diperba-harui menggambarkan nilai yangminyak sawit berikan kepada pe-ngeluar, pengilang dan penggunadi seluruh dunia.

“Bukti didapati sangat jelas. Mi-nyak sawit perlu diiktiraf dan di-terima sebagai penyumbang uta-ma kepada penggajian dan per-tumbuhan ekonomi dunia,memberi pelbagai faedah yangbernilai berbilion dolar dan me-wujudkan berjuta-juta peluang pe-ke r j a a n ,” ka t a nya .

Eksport minyak sawit duniahampir menjangkau empat kaliganda di antara tahun 1997 dan2013.

Ini secara ketara meningkatkanlagi nilai komoditi ini di sepanjangrantaian bekalan.

Kajian Europe Economics men-dapati bahawa pengimportan mi-nyak sawit memberi sumbanganterbesar kepada sektor pembuatan,pengedaran dan perkhidmatan.

Fakta Utama MengenaiMinyak Sawit Malaysia

Malaysia adalah pengeluar ke-dua terbesar dan pengeksportutama minyak sawit.

Majlis Minyak Sawit Malaysia(MPOC) adalah sebuah agensi ke-rajaan yang bertanggung jawabmenjaga kepentingan penanamsawit dan pekebun kecil sawit diM a l ays i a .

40 peratus daripada jumlah ke-luasan tanaman sawit di Malaysiadimiliki atau diusahakan oleh pe-tani kecil yang menikmati pelba-gai manfaat daripada tanamankomoditi ini.

Minyak sawit adalah salah satusektor penyumbang utama dalammembasmi kemiskinan di Malay-sia iaitu daripada kira-kira 50 pe-ratus pada tahun 1960-an kepadakurang daripada 5 peratus padahari ini.

Industri minyak sawit juga me-nyediakan peluang pekerjaan se-cara langsung kepada 570,000

orang dan secara tidak langsungkepada kira-kira 290,000 orang lagidi sepanjang rantaian hilirannya.

Alam SekitarDakwaan bahawa Malaysia mela-kukan penebangan hutan secarabesar-besaran serta memusnah-kan bio-kepelbagaian adalah tidakte p a t .

Kerajaan Malaysia berjanji ke-pada dunia di Persidangan PuncakDunia di Rio de Janeiro pada 1992untuk melindungi sekurang-ku-rangnya 50 peratus daripada ke-luasan kawasan tanahnya sebagaikawasan hutan simpan kekal –satu komitmen kepada alam se-kitar yang berani dan berpanda-ngan jauh yang tidak mampu di-tandingi oleh mana-mana negaralain.

Komitmen Malaysia ini diiktirafPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersa-tu dan Bank Dunia. Malaysia jugadiiktiraf sebagai pemimpin duniadalam perlindungan hutan.

Malaysia juga komited dalammelaksanakan polisi seimbangyang membolehkan pembangu-nan tanah untuk tujuan pertanian(termasuk tanaman sawit) danperlindungan kawasan berhutandilakuan secara serentak.

Tanaman sawit di seluruh duniameliputi hanya 0.3 peratus dari-pada keluasan tanah pertanianglobal tetapi memberi hasil pe-ngeluaran yang tertinggi berban-ding mana-mana tanaman minyaksayuran lain.

Kesihatan dan PemakananMinyak sawit adalah minyak sa-yuran yang seimbang di mana iamengandungi ratio jumlah asid le-mak tidak tepu dan asid lemaktepu yang sama iaitu 1:1 (50 pe-ratus asid lemak tidak tepu dan 50peratus asid lemak tepu).

Keseimbangan ini memberi pel-bagai kualiti kepada minyak sawitdan menjadikannya sangat sesuaidigunakan untuk membakar (ba-king) dan pengeluaran pelbagai je-nis makanan.

Minyak sawit adalah bebas da-ripada manipulasi genetik orga-nisma (GMO) dan adalah lelemakalternatif kepada asid lemaktrans yang membahayakan ke-sihatan.

Ramai penyelidik dan pakar diEropah serta seluruh dunia me-ngakui khasiat dimiliki minyak sa-wit serta mengesahkan bahawa ka-dar penggunaannya di Eropah ada-lah normal.

Institusi yang mengesahkan fak-ta minyak sawit dan khasiatnya iniadalah Universiti Cambridge (Uni-versity of Cambridge), Jurnal Pe-makanan Klinikal Amerika (Jour-nal of American Clinical Nutri-t ion) , Yayasan Makanan &Kesihatan Perancis (French Food &Health Foundation) dan InstitutMario Negri (Mario Negri Institute)di Milan.

(Artikel ini disunting daripadaartikel yang bertajuk,Malaysian Palm Oil Council:New Study Outlines GlobalEconomic Benefits of Palm Oil.Sila layari www.the oilpalm.orguntuk mendapatkan salinanasal artikel ini).

10

Page 10: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Pada masa kini, sektor industri semakin ber-

kembang dan mendapat nama di seluruh dunia. Tidak terlepas juga industri sawit yang sentiasa menjadi pemangkin utama ekonomi negara.

Sawit umumnya mula dibawa ke Asia Tenggara dari Afrika pada tahun 1870 dan datang ke Tanah Melayu sebagai tanaman hiasan. Pada tahun 1917 bermula penanam sawit secara komersial di beberapa tempat di Selangor.

Secara umumnya, Malay-sia dikenali seantero dunia sebagai antara pengeksport minyak sawit dan minyak isirung terbesar di dunia.

Malaysia menyumbang sebanyak lebih kurang 50 peratus daripada pengelua-ran minyak sawit dunia.

Negara tembok besar China merupakan negara pengimport utama minyak sawit mentah negara ini. Pada tahun 2010, kadar eks-port ke negara China adalah sebanyak 11.37 juta tan atau 68.2% daripada eksport minyak sawit Malaysia pada tahun 2010.

Seperti diketahui Malay-sia bukanlah satu-satu negara pengeluar minyak sawit dunia.

Negara di selatan Ameri-ka dan benua Afrika turut menanam pokok sawit untuk mendapatkan minyaknya.

Industri sawit memang terkenal kerana minyaknya dapat digunakan sebagai bahan masak, sabun, lilin dan sebagainya.

Dalam jangka panjang penyelidikan dan pemban-gunan (R&D) adalah pen-ting untuk meningkatkan produktiviti, meingkatkan

tambah nilai produk dan kemampanan industri sa wit.

Minyak sawit turut dike-nali kerana harganya yang berpatutan dan mudah dihasilkan melalui proses pensterilan dan pemerahan, seterusnya melalui proses penapisan dan pemeringka-tan yang lebih menjimatkan berbanding minyak sayuran lain.

Sawit merupakan tana-man jangka panjang yang boleh dituai sepanjang tahun. Pengeluaran tana-man sawit yang tinggi men-jadikan minyak sawit lebih menguntungkan berban-ding minyak sayuran lain.

Dari aspek alam sekitar, penanam sawit memang bersifat mesra alam.

Penyelidikan dan pem-bangunan yang dilakukan menunjukkan tanaman sa wit boleh dijadikan sum -ber bagi mengetengahkan kecekapan tenaga dan pro-duktiviti yang tinggi berban-

ding tanaman lain dari segi nilai input-output.

Pokok sawit juga memain -kan peranan penting dalam menggantikan kawasan pembalakan, serta dapat memenuhi pelbagau fungsi kawasan hutan.

Perladangan sawit di Malaysia turut mengamal-kan kaedah pembakaran sifar dalam pembukaan dan penanaman semula sawit.

Minyak sawit dihasilkan secara sistematik dan boleh dibuktikan dengan pensi-jilan bebas. Pensijilan ini mengesahkan minyak sawit dihasilkan secara mampan dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Dengan pertambahan penduduk dunia dan pening -katan permintaan ke atas mi nyak sawit, pelbagai tin-dakan proaktif boleh diam-bil seperti meningkatkan pengurusan ladang, penggu-naan bahan tanaman ber-mutu tinggi, menangani penyakit dan sebagainya.

Penggunaan jentera se -perti Beluga, Cantas dan Rhyno dapat memenuhi keperluan sektor ini, sekali gus meningkatkan keceka-pan pengurusan ladang.

Kesimpulannya, indus-tri sawit amat membantu dalam pelbagai perkara dan masyarakat pada hari ini amat memerlukannya untuk menjalani kehidupan harian.

Minyak sawit berjaya menyerlahkan polisi pihak industri yang menyokong pengeluaran serta penga-gihan berterusan, secara ekonomi dan mesra alam, bekalan makanan yang sela-mat serta mudah diperoleh buat penduduk dunia yang semakin bertambah.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah me -

ngenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN NOVEMBER 2016

Keputusan Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Bulan Oktober 2016

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Minyak sawit berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Bincangkan”.

Kategori 2: AwamTajuk: “Produk kesihatan berasaskan sawit semakin mendapat perhatian. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama setiapkategori akan menerima;− Hadiah Pertama: RM250− Hadiah Kedua: RM200− Hadiah Ketiga: RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan DISEMBER 2016 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1 Pelajar Sekolah Menengah

Hadiah Pertama Muhammad Syahir Afhan RozikiMaktab Tentera DirajaKem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur

Hadiah Kedua Muhd Hami NajmiSMK Jalan TigaBangi, Selangor

Hadiah KetigaTiada pemenang

PEMENANG KATEGORI 2 Awam

Hadiah Pertama Abd Hadi Kamil Hj MohtarParit Haji AliKuala Kurau, Perak

Hadiah Kedua Muhammad Imran IsmailBandar Seri AlamMasai, Johor

Hadiah KetigaNorhidayu AhmadBukit KuantanKuantan, Pahang

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 − Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas dan bukan kakitangan MPOB − Panjang esei antara 500 - 700 patah kata − Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport − Keputusan juri adalah muktamad − Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 November 2016 − Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Ibu Pejabat MPOB 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)

Perdagangan antara-bangsa adalah salah

satu faktor pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Secara keseluruhan eks-port komoditi negara pada tahun 2015 bernilai seki-tar RM100 bilion dengan minyak sawit dan pro-duknya menjadi penyum-bang terbesar iaitu RM63.2 bilion.

Permintaan pesat indus-tri sawit ini adalah hasil kerjasama perdagangan dengan negara luar. Pel-bagai agensi bergabung tenaga membina rangkaian kerjasama ini. Diantaranya Kementerian Luar Negeri, MITI, Marade, MIDA dan bagi industri sawit pula ialah MPIC, MPOB dan MPOC menjadi penggerak utama.

MPOB sahaja mem-punyai lima pejabat luar negara manakala MPOC mempunyai 10 rangkaian pejabat di serata dunia bagi memperkukuh jalinan kerjasama perdagangan, menggalak perluasan pasa-ran di samping menyebar maklumat secara terus bagi memperkukuh imej indus-tri sawit negara.

Aktiviti ke arah memper-kukuh, mempromosi dan melindungi industri sawit sentiasa dititik beratkan.

Beberapa siri pendeka-tan seperti lawatan kerja, pameran, seminar, forum dianjurkan di serata dunia bagi mendekatkan industri sawit dengan pengguna.

Maklumat yang tepat dan terperinci yang di so -kong fakta saintifik men -jadi bekalan strategik ke -pada MPOB dalam misi ke

luar negara.Sebagai contoh, misi

ekonomi dan teknikal ke China, Eropah dan Myan-mar bagi meningkatkan per dagangan komoditi uta ma negara.

Misi ini Berjaya mene-mukan Malaysia dengan wakil kerajaan, swasta dan pengguna.

Misi juga merangkumi program Seminar dan Pa- meran Perdagangan Mi -nyak Sawit (POTS) dan fo rum kesihatan dan pe ma -kanan minyak sawit.

Peluang Malaysia mem-perkuku perdagangan dan mempertahankan imej minyak sawit dibuat mela-lui perbincangan dengan pihak kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam penggubalan polisi dan perdagangan minyak dan lelemak.

Contohnya, program seminar 3-MCPD yang ber-jaya memberi penerangan

mengenai isu berkaitan kualiti minyak sawit dan pensijilan sawit mampan Malaysia (MSPO).

Ia berjaya meningkatkan pemahaman dan keya-kinan di pihak kerajaan, swasta dan pengguna ter-hadap minyak sawit Malay-sia yang dihasilkan secara teratur dan terkawal.

Melalui misi-misi ini, Malaysia Berjaya mempro-mosi minyak sawit dan produknya, meningkatkan imej minyak sawit, mem-buka ruang pelaburan, meneroka peluang dan bidang baharu industri sawit, menyalur maklumat mengenai teknologi, inova-si dan produk terkini serta menjalin hubungan dengan syarikat berpotensi.

MPOB meletakkan ne -gara sebagai peneraju tek -nologi industri sawit dan menjadi contoh kepada negara lain dalam pem-bangunan tanah pertanian melalui tanaman sawit.

Penanaman sawit ini memberi impak ekonomi kepada penggiat perladan-gan, pengilangan dan peke-bun kecil.

Yang pastinya industri sawit menjana pendapatan kepada seluruh rantaian huluan, pertengahan dan hiliran.

Industri sawit terus men-jadi penyumbang utama sumber bekalan makanan dunia yang selamat, ber -khasiat dan mampan.

Imej baik ini perlu di -kekal dan digilap supaya kepercayaan pengguna tidak dimanipulasi oleh sentiment negative dan toh-mahan berat sebelah.

Muhammad Syahir Afhan Roziki Maktab Tentera Diraja Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Abd Hadi Kamil Hj Mohtar Parit Haji Ali Kuala Kurau, Perak

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Minyak sawit dikenali seantero dunia

Misi ekonomi dan teknikal ke luar negara bantu perkukuh imej industri sawit Malaysia

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 5 NOVEMBER 2016 − SABTU 11

Page 11: MUKA 2 MUKA Bajet 2017 memacu pertumbuhan industri ...€¦ · MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 5 NOVEMBER 2016 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan MPOB

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menyamp aikananugerah kecemerlangan kepada ahli Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM) sempena majlismakan malam tahunan persatuan itu di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi melihat proses suntingan beritadijalankan ketika lawatan ke pejabat Berita Harian. Sepanjang lawatan beliaudiiringi Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), DatukAbdul Jalil Hamid (kanan) dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (kiri).

Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Mohamad Nor Abdul Rahmanmemberi penerangan mengenai baka sawit kepada delegasi European Palm OilAlliance (EPOA) yang mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat MPOB di Bangi.

12

Timbalan Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukDatu Nasrun Datu Mansur melawatpameran MPOB sempena Seminardan Pameran Perdagangan Minyak Sawit(POTS) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Beliau diiringi Pengerusi MPOB, Datuk SeriAhmad Hamzah (kiri) dan Ketua PengarahMPOB, Dr Ahmad Kushairi Din (tengah).

Datuk Seri Ahmad Hamzah berminat mengetahui mengenai anak benih sawitketika melawat pameran sempena Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit di Ipoh,Perak. Beliau diiringi Dr. Ahmad Kushairi Din (kanan).

Datuk Seri Ahmad Hamzah bersalaman dengan Pengerusi Persatuan KebangsaanPekebun-Pekebun Kecil (NASH), Datuk Aliasak Ambia sempena kunjungan hormatdan sesi perbincangan ahli majlis tertinggi persatuan itu baru-baru ini di Kuala Lumpur.