pkp bhs

43
HALAMAN PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Upload: teacherlynn-baha

Post on 08-Dec-2014

139 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pkp bhs

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan:.......................................................................................

Nama Penulis: Norhaslinda binti Baharudin

Page 2: pkp bhs

Tarikh :30September 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan segala syukur buat Allah, akhirnya laporan ini dapat

disiapkan. Sejuta penghargaan diucapkan buat para pensyarah khusus buat

Puan Jariyati binti Jahri yang telah menabur ilmu kepada semua pelajar bagi

kursus PKU 3102 Pengenalan Kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi pada

semester ini. Terima kasih juga buat semua sahabat seperjuangan yang sudi

berkongsi idea sepanjang penghasilan laporan ini. Jasa dan bakti kalian semua

hanyalah Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih juga ditujukan buat adik

Nursyuhadah binti Abdul Karim Sekeluarga dan guru pemulihana Pn. Noorhana

dari SK Seri Tasik yang telah memberikan kerjasama dalam menjawab ujian dan

memberi maklumat sewaktu sesi temu duga. Buat keluarga yang disayangi juga,

terima kasih di atas kesabaran dan keprihatinan kalian.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya tidak dapat lari dari melakukan

kesilapan. Oleh itu, sebarang kekhilafan yang ditunjukkan dalam penulisan

laporan ini amatlah dikesali. Akhir kata, hasil laporan ini didedikasikan buat

semua yang telah memberi sumbangan tidak kiralah dari segi masa, idea,

sokongan moral, dan tenaga. Ruang untuk penambahbaikan dalam penulisan ini

masih luas dan sentiasa dialu-alukan.

Page 3: pkp bhs

Communicative skills of Nonspeaking CP-Children: A study on interaction

Margriet Heim

Komunikasi merupakan aktiviti perkongsian maklumat bagi sekurang-

kurangnya dua orang manusia. Proses komunikasi adalah saling bergantung

antara satu sama lain dan kebolehan interaksi individu dipengaruhi oleh rakan

komunikasi mereka. Bagi kanak-kanak, peranan mereka dalam komunikasi boleh

terhalang atau menjadi mudah dengan gaya interaksi rakan bual pada

persekitaran berbeza.

Kajian ini menerangkan tentang corak interaksi berkomunikasi bagi tiga

orang murid tidak bertutur berusia 8 hingga 12 tahun yang kurang upaya secara

fizikal dengan rakan perbualan mereka iaitu orang dewasa dalam tiga situasi

yang berbeza. Rakan bual mereka adalah terdiri daripada ahli terapi pertuturan

di pusat rehabilitasi, ibu sewaktu di rumah dan pembantu di sekolah.

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan suatu sistem yang berguna

dan boleh percaya bagi mengenal pasti corak interaksi berkomunikasi antara

kanak-kanak dan orang dewasa yang penting dalam kehidupan seharian

mereka. Gambaran sistematik bagi corak interaksi tersebut boleh dijadikan

panduan dalam merangka langkah intervensi ke arah penambahbaikan

kemahiran berkomunikasi kanak-kanak tidak bertutur. Oleh itu, persoalan kajian

adalah tentang peranan komunikasi antara kanak-kanak dan orang dewasa, dan

bagaimana cara komunikasi tersebut berlaku..

Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun dan

dua orang kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 8 dan 12 tahun.

Kanak-kanak yang kurang upaya ini menggunakan alat bantu elektronik yang

mengeluarkan simbol dan piktograf untuk berkomunikasi. Pengumpulan data

adalah melalui rakaman video yang dijalankan pada tiga persekitaran yang

berbeza. Melalui pemerhatian rakaman video, tingkah laku seperti ucapan dan

Page 4: pkp bhs

vokalisasi, pemilihan simbol grafik pada alat komunikasi, gerak mata, gerak

isyarat dan gerak-geri, postur badan dan ekspresi muka telah dikenalpasti

sebagai cara berkomunikasi. Selain itu, analisis perbincangan yang dibuat

adalah berdasarkan kod sistem yang dibangunkan oleh Janice Light yang telah

mengkaji kepentingan corak interaksi kanak-kanak. Oleh itu perbualan dalam

rakaman video ditranskripsikan secara dua unit segmen yang berbeza iaitu

giliran berkomunikasi dan peluang giliran. Giliran ditakrifkan sebagai kelakuan

yang disengajakan kepada rakan bual manakala peluang giliran ditakrifkan

sebagai berhenti sejenak oleh peserta kajian. Oleh itu, melalui kod sistem yang

diguna pakai, semua giliran dikodkan menjadi inisiasi atau respon. Giliran yang

melibatkan perbualan dalam topik yang berbeza dipanggil inisiasi manakala

perbualan dalam topik yang serupa adalah respon.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa orang dewasa mendominasi

perbualan terutamanya dari segi kandungan dan aliran perbualan tersebut.

Malah orang dewasa juga berbual dua kali ganda lebih banyak topik berbanding

kanak-kanak. Manakala kanak-kanak pula tidak diberikan masa yang lebih untuk

memberi respon dan sekiranya mereka boleh memberi respon pada suatu topik

perbualan, mereka mengalami kesukaran untuk menerangkan dengan lebih

lanjut. Selain itu, respon mereka juga adalah sangat minimum dengan hanya

memberi jawapan ya atau tidak sahaja. Terdapat sedikit perbezaaan antara

corak interaksi dengan situasi di rumah dan pusat terapi. Peranan orang dewasa

pada situasi yang berbeza turut mempengaruhi status perbincangan dengan

kanak-kanak.Dari segi kedah komunikasi pula, kesemua kanak-kanak

menggunakan pelbagai cara untuk menyampaikan maklumat. Dua daripada

mereka menggunakan sama ada vokal, gerak geri atau kedua-duanya sekali

dalam perbualan. Manakala seorang lagi menggunakan gerak mata. Perbezaan

dari segi cara ini adalah disebabkan keupayaan fizikal masing-masing.

Kajian ini berjaya menghasilkan sistem analisis komunikasi yang boleh

digunakan untuk menerangkan permulaan dan tingkah laku dalam maklum

balas, corak interaksi dan cara penghantaran maklumat oleh kanak-kanak tidak

bertutur. Faktor penting dalam komunikasi turut dikenalpasti iaitu peranan orang

Page 5: pkp bhs

dewasa dalam berkomunikasi bukan sahaja mempengaruhi gaya komunikasi

kanak-kanak malah mereka menjadi ejen untuk memperbaiki kemahiran

berkomunikasi kanak-kanak tidak bertutur.

Using stories to promote beginning communication/language and

emergent literacy learning

Pati King-DeBaun

Kajian ini adalah tentang penggunaan cerita dalam kelas untuk

menggalakkan permulaan komunikasi dan bahasa bagi murid yang mengalami

sama ada masalah komunikasi yang teruk mahupun lemah kognitif. Kaedah

pelapisan digunakan dalam penggunaan cerita untuk menggalakkan stimulasi

yang berasaskan bahasa ke arah mewujudkan kemahiran komunikasi

augmentatif dan alternatif.

Pembacaan secara ulangan dan penggunaan buku cerita berasaskan

tema merupakan antara falsafah dalam penggunaan cerita. Tinjauan literatur

mencadangkan bahawa kaedah pengulangan adalah strategi yang produktif

untuk memperkukuhkan bahasa dan boleh mengembangkan literasi murid. Di

samping itu, jenis buku cerita yang digunakan turut memberi kesan kepada

perkembangan komunikasi murid. Buku cerita terbahagi kepada dua jenis

kategori iaitu buku cerita untuk mengajar bahasa dan literasi, dan buku cerita

untuk pengayaan dan keseronokan. Buku cerita dalam kategori pertama

biasanya jenis yang bertema dan sesuai untuk aktiviti pembacaan berulang,

membina literasi dan komunikasi murid. Manakala buku cerita dalam kategori

kedua bertujuan untuk memperkayakan kurikulum murid, mengembangkan

pengetahuan dan menyokong pembacaan buku-buku sedia ada. Keberkesanan

kaedah penggunaan buku cerita bertema boleh dilakukan dengan menetapkan

organisasi kandungan yang selaras khususnya dari segi pemilihan

perbendaharaan kata yang tertentu. Oleh itu, murid yang kurang kebolehan

Page 6: pkp bhs

komunikasi dan mempunyai kosa kata yang sedikit dapat peluang untuk

menguasai perkataan baru dalam kehidupan seharian mereka.

Pelaksanaan sesi bercerita dalam kelas boleh dilaksanakan secara

beperingkat seperti yang dicadangkan. Lapisan yang pertama adalah

penceritaan semula cerita oleh guru dengan menggunakan cerita yang seronok,

di samping menekankan kandungan cerita tersebut dan membuat jangkaan

bahawa murid dapat mengambil bahagian dalam proses penceritaan. Lapisan

yang kedua pula mestilah melibatkan cerita yang direka untuk mengajar bahasa

atau literasi. Dalam lapisan ini, guru akan menekankan maksud dan teks yang

digunakan dalam cerita tersebut. Fokus utama dalam lapisan kedua adalah

untuk memberi peluang untuk murid membina literasi, memegang buku,

menghubungkan teks dan grafik dan membina kemahiran berbahasa. Guru

membimbing murid untuk berinteraksi sewaktu proses membaca. Sebagai

tambahan, penggunaan buku cerita dalam kelas yang mempunyai strategi

tertentu untuk diaplikasikan supaya matlamat untuk mencetus komunikasi awal,

bahasa dan literasi boleh dicapai. Kaedah kumpulan kecil yang terdiri daripada

tiga hingga empat orang murid bertujuan untuk memberi fokus kepada cerita

yang disampaikan. Penggunaan boneka, alatan dan penglibatan secara tidak

langsung dalam proses bercerita dapat meningkatkan perhatian dan juga minat

murid. Bagi meningkatkan tahap literasi murid dan kemahiran bahasa,

penekanan diberi kepada konsep penting dan interaksi dalam komunikasi.

Lapisan ketiga dalam aplikasi penceritaan adalah untuk membuat

generalisasi pada konsep yang telah dipelajari dalam cerita yang dibaca dan

meningkatkan lagi kefahaman murid tentang cerita tersebut dalam bentuk yang

lebih kreatif seperti nyanyian, lakonan dan drama. Lapisan yang keempat pula

adalah menggalakkan pembacaan cerita secara berdikari iaitu penggunaan

perakam audio atau komputer untuk mengakses cerita mudah yang boleh dibaca

oleh murid. Lapisan yang seterusnya pula adalah pembinaan cerita oleh murid

dengan mengubah teks atau grafik dan membaca semula cerita rekaan mereka.

Akhir sekali, lapisan terakhir adalah tentang perkembangan kemahiran murid-

murid yang meliputi pelbagai aspek tentang literasi murid.

Page 7: pkp bhs

Sebagai kesimpulan, strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran

inklusif adalah meletakkan murid ini secara berpasangan yang mempunyai

kebolehan yang serupa. Cara ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk

berlatih, belajar dan menjalankan aktiviti dalam kumpulan kecil dengan kawan

yang serupa kebolehannya. Proses pembacaan buku cerita tersebut boleh

dilaksanakan secara berperingkat supaya murid lebih yakin untuk melibatkan

dalam aktiviti yang seterusnya. Interaksi yang berlaku sewaktu proses

pembacaan buku cerita dapat membantu murid yang bermasalah dalam

komunikasi dan meningkat penguasaan bahasa.

Page 8: pkp bhs

LAPORAN KAJIAN KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI DAN PERTUTURAN.

Pengenalan

Gangguan pertuturan bermaksud seseorang yang mengalami

pertuturan yang berbeza dari individu yang-individu lain samada dalam kumpulan

umur, jantinam umur atau bahasa yang sama tetapi sukar difahami apabila

bertutur. Martin dan Miller (1996) menyatakan bahawa ketidakupayaan

seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa iaitu fonologi,

mortologi, sintaksis dan aspek pragmatik

Dari aspek pendidikan pula kanak-kanak yang mengalami masalah

bahasa dan komunikasi adalah kanak-kanak yang gagap, masalah sebutan serta

masalah suara yang memberi kesan kurang baik terhadap percapaian dalam

pembelajaran . Jenis-jenis masalah komunikasi dari segi bahasa masalah

bahasa dalaman, masalah bahasa penerimaan auditori dan masalah bahasa

pelahiran auditori dan masalah pertuturan.

Terdapat beberapa definisi berkaitan dengan bahasa. Antaranya

definsi bahasa merupakan satu alat perhubungan atau komunikasi yang dapat

membentuk perkembangan individu dengan lebih berkesan lagi mengikut definisi

yang diberi oleh Atan Long (1988). .

Menurut Kamaruddin Husin (1993) bahasa adalah alat yang digunakan

oleh anggota masyarakat untuk berhubung, Keupayaan bahasa adalah satu

kebolehan asasi manusia.

Menurut Bloom (1988) bahasa adalah lambang-lambang pertuturan

yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya dan dipersetujui dan digunakan

untuk berkomunikasi.

Hasil pendapat yang boleh dibuat daripada definisi-definisi bahasa

menunjukkan bahawa bahasa adalah elemen yang penting dalam komunikasi

Page 9: pkp bhs

dua hala. Oleh demikian apa pun kecacatan yang dialami oleh seseorang

individu terutama dalam bertutur perlu mengatasinya agar dapat bersosialisasi

dengan masyarakat dengan penuh yakin.

Pernyataan Masalah.

Dalam menjalankan tugasan projek ini, kami dikehendaki

menghasilkan satu kajian mengenai seorang murid pemulihan yang mempunyai

masalah bahasa dan komunikasi sebagai peserta kajian.

1) Laporkan mengenai profil murid tersebut

2) Laksanakan pentafsiran bahasa untuk mengesan tahap

penguasaan bahasa murid tersebut.

3) Berdasarkan analisis bahasa ke atas mengesan seorang murid

yang dikaji, cadangkan langkah-langkah/ interversi yang boleh

diambil bagi membantu masalah bahasa dan komunikasi murid

tersebut.

Hasil Pembelajaran Kursus

1) Menjelaskan hubung kait antara komunikasi, bahasa dan

pertuturan

2) Menghuraikan masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan

kanak-kanak berkeperluan khas.

3) Membandingkan beza ciri-ciri bahasa dan komunikasi mengikut

kategori kanak-kanak keperluan khas

4) Mengaplikasikan pendekatan, kaedah penilaian dan interversi yang

sesuai untuk meningkatkan tahap pencapaian bahasa serta

komunikasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

Page 10: pkp bhs

Laporan pemerhatian

TENTANG

MURID YANG DIKAJI

(1)

Latar Belakang Sampel

Nama : Nursyuhadah binti Abdul Karim

Umur : 7 Tahun

Jantina : Perempuan

Tarikh Lahir : 02 Oktober 2011

Keturunan : Melayu

Nama Bapa : Abdul Karim bin Abdul Rahman

Pekerjaan Bapa : Pemandu Teksi

Nama Ibu : Azizan binti Mohd SYD

Page 11: pkp bhs

Pekerjaan Ibu : Surirumah

Bil. Adik Beradik : 6 orang

2.0 Latar Belakang Kanak-Kanak yang Dikaji

Nursyuhadah binti Abdul Karim adalah murid tahun satu di Sekolah Seri

Tasik . Dia merupakan anak yang keenam daripada enam adik beradik.. Dia

dilahirkan pada 02 Oktober 201 di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur. Adik

Syuhdah tinggal di kawasan yang mempunyai semangat kejiran sangat tinggi .

Menurut guru yang mengajarnya, adik Syuhadah hanya bergaul dan bermain

dengan adik beradik dan rakannya yang dikenali sahaja. Adik Syuhadah

merupakan kanak-kanak yang sangat rajin dan baik. Adik Syuhadah sering ke

sekolah bersama abangnya dengan menaiki motorsikal yang dibawa oleh

bapanya.

Bapanya, Abdul Karim bin Abdul Rahman bekerja sebagai pemandu teksi

manakala ibunya Azizan binti Mohd SYD adalah surirumah sepenuh masa.

Kedua ibubapanya mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah. Latar

belakang yang rendah menyebabkan adik Syuhadah kurang mendapat

pendedahan pendidikan dan tidak berminat untuk ke sekolah. Adik Syuhadah

hanya pergi ke sekolah setelah dipaksa dan dimarahi ibu bapanya. adik

Syuhadah merupakan salah seorang murid yang mengikuti program pemulihan

khas kerana dia masih belum tahu membaca dan menulis.

2.1 Perkembangan murid

Saya telah melihat perkembangan adik Syuhadah dalam beberapa aspek

tertentu antaranya adalah aspek kesihatan dan fizikalnya , aspek emosi

dan tingkah laku, aspek sosial kesediaan belajar di dalam bilik darjah

serta aspek komunikasinya. Perkara ini dilihat dalam pemerhatian saya

sewaktu adik Syuhadah berada di bilik darjah, sewaktu aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di kelas pemulihan khas. Selain itu, beberapa

Page 12: pkp bhs

temubual dilakukan terhadap beberapa individu yang terdekat seperti

guru kelas, guru pemulihan, abang Syuhadah dan rakannya sekelasnya.

Berikut adalah hasil pemerhatian saya terhadap adik Syuhadah.

2.2 Perkembangan kesihatan dan fizikal

Melihat dari segi kesihatan dan fizikal murid ini, kelihatan normal

dan tidak cacat. Namun apa yang saya lihat, adik Syuhadah disahkan

oleh doktor mempunyai masalah dalam pertuturan buktinya di

lampirankan surat akuan doktor mengsahkan adik Syuhadah bermasalah

dalam pertuturan.

Adik Syuhadah kelihatan lesu dan mempunyai badan yang lemah

serta kurang zat makanan. Kekurangan zat makanan ini menyebabkan

perkembangan kognitifnya terganggu. Dia juga lemah gerakan motor-

kasar dan halus. Dalam sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani , tidak

berminat untuk bermain bersama rakan-rakannya sebaliknya hanya duduk

di tepi pandang dan melihat rakan sekelasnya bermain.

2.3 Perkembangan emosi dan tingkah laku.

Dari segi emosi dan tingkah ialah mempunyai perasaan rendah diri. Selain

itu, dia cepat bosan dan jemu terhadap pengajaran dan pembelajaran

yang diajar oleh guru. Perasaan takut akan perkara-perkara baru dan

ketidaklancaran percakapan menyebabkan dia tidak berani mencuba dan

sering ketinggalan. Adakala adik Syuhadah cepat merajuk dan

memencilkan diri apabila ketidaklancaran bercakap di ejek oleh rakan-

rakan dikelasnya. Adakalanya dia pasif dan tidak mahu bergaul dengan

rakan-rakan sebaya yang lain. Selain itu, adik Syuhadah banyak

menyendiri ketika berada di kantin mahupun di bilik darjah.

Page 13: pkp bhs

2.4 Perkembangan sosial.

Dalam aspek sosial, adik Syuhadah kemahiran sosial dan tidak

bergaul dengan rakan sebaya yang lain. Malah pada waktu rehat, saya

sering melihat beliau duduk di belakang dewan sendirian dan adakalanya

ia bermain dengan rakan-rakan tetapi dalam jangka masa yang tidak

beberapa lama.. Sewaktu di dalam bilik darjah pula, adik Syuhadah hanya

berdiam diri dan memulakan bercakap atau melakukan aktiviti apabila

aktiviti yang diberikan oleh guru menarik minat belau. Dia juga diam

apabila ditanya oleh guru dan menjawab bila soalan yang diberikan

melibatkan ahli keluarga beliau. Menurut guru pemulihan yang

mengajarnya, adik Syuhadah selalu diejek oleh rakan-rakanya kerana

tidak lancar dalam pertuturan dan sering mengulang-ngulang perkataan

yang disebutnya. Oleh itu, adik Syuhadah kurang bergaul dengan rakan-

rakan kerana merasakan rendah diri yang keterlaluan.

2.5 Perkembangan Kesediaan Belajar

Dari segi kesediaan belajar, adik Syuhadah masih belum bersedia

untuk belajar. Dia kurang berminat terhadap sesuatu pengajaran dan

pembelajaran. Sekiranya guru menjalankan sesuatu aktiviti dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seperti menjalankan aktiviti menyusun

huruf, dia melibatkan diri tetapi dalam jangka masa yang tidak lama.

Kadang-kadang beliau tidak berminat langsung pada aktiviti yang

dijalankan dan melakukan kerjanya sendiri. Sifat kurang keyakinan diri

dan rangsangan menyebabkan dia selalu hilang tumpuan untuk belajar

dan mengikut pembelajaran itu.

Page 14: pkp bhs

2.6 Perkembangan komunikasi

Adik Syuhadah tidak bercakap. Oleh itu agak sukar untuk

mengetahui perkembangan komunikasinya. Namun, menurut guru, adik

Syuhadah mempunyai masalah dalam kelancaran sebutan perkataan.

Pertuturannya sering tersekat–sekat dan menyebut perkataan yang

mengarut untuk mengantikan perkataan yang sering disebutnya. Dia suka

menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan tidak lengkap seperti nak, tak

nak, le (boleh) dan sebagainya. Dia juga memanggil guru dengan

singkatan contohnya Noorhana dia panggil (na). Selain itu, adik Syuhadah

pelat dan kadangkala menyebut perkataan yang tidak difahami.

Kesan Masalah Terhadap Murid.

Masalah komunikasi dan perkembangan adik Syuhadah

memberikan kesan terhadap dirinya. Terdapat banyak kesan yang negatif.

Antara kesan yang ketara dilihat dirinya adalah.

3.0 Kurang Pergaulan Daripada Rakan Sebaya.

Di sekolah adik Syuhadah tidak bergaul dengan rakan sebayanya ini

kerana adik Syuhadah malu terhadap masalah gagap yang dihadapinya

dibuktikannya kawan-kawan adik Syuhadah tidak mahu bermain kerana

tidak faham apa yang di cakap dan adik Syuhadah susah untuk bercakap.

Page 15: pkp bhs

3.1Lemah dalam Matapelajaran.

Adik Syuhadah mempunyai sikap yang suka mendiamkan diri,

menyebabkan guru pemulihan tidak dapat mengenal pasti dengan jelas

masalah pembelajaran adik Syuhadah. Oleh itu, adik Syuhadah selalu

ketinggalan dan masih belum menguasai kemahiran 3M, iaitu membaca,

menulis dan mengira. Selain daripada itu adik Syuhadah mempunyai latar

belakang keluarga yang berpendidikan rendah dan bergantung sepenuh

kepada pihak sekolah dalam membantu anak mereka dalam pelajaran.Hal

ini juga menyumbang kepada perkembangan adik Syuhadah dalam

matapelajaran.

Page 16: pkp bhs

Laporan pentafsiran bahasa untuk mengesan tahap penguasaan bahasa

murid tersebut.

4.0 Matodologi Kajian

Sampel Kajian ini dijalankan untuk adik Syuhadah yang mempunyai

masalah komunikasi dan pertuturan di Sekolah Seri Tasik, Bandar Sri

Permaisuri.

Beberapa instument kajian telah dijalankan kepada adik Syuhadah iaitu soal

selidik, Pemerhatian, Ujian diagnostik, temubual bersama guru adik Syuhadah

dan ibubapa beliau bagi mendapat maklumat yang lengkap mengenai adik

Syuhadah dan latar belakang beliau. Kesemua instrument yang dijalan seperti

dibawah.

4.1 Laporan Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, saya telah melakukan satu

senarai tingkahlaku adik Syuhadah sewaktu berada di dalam kelas pemulihan.

Page 17: pkp bhs

Berikut senarai tingkah laku adik Syuhadah yang sering dilakukan hampir

setiap sewaktu berada di dalam kelas.

Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap Perasaan rendah diri Memencilkan diri apabila merajuk Membuat sesuatu tanpa tujuan Merajuk Memberi respon kepada pertanyaan yang

mudah Cepat bosan terhadap pengajaran dan

pembelajaran Tidak menunjukkan minat terhadap simbol

Page 18: pkp bhs

4.2 Analisis Temubual

Soalan Jawapan adik

Syuhadah

Ulasan

1. Siapa nama kamu a…..a… ama syu…dah

(tersekat-sekat)

Fonologi

Menggugurkan konsonan

hadapan perkataan nama

2. Tinggal di mana Kat u.....mah (tersekat-

sekat)

Masalah gagap

-tidak lancar dan ayat

tersekat-sekat

3. Rumah kamu besar ke

kecil

Umah e...ecik Fonologi

-menggugurkan konsonan

didepan

4. Siapa yang tinggal

dengan kamu

e....emak...bah Fonologi

-Menggugurkan konsonan

hadapan

5.Siapa nama guru

pemulihan kamu?

Na... Pragmatik

-tidak memanggil guru

dengan gelaran teteapi

sebalik

6. Apa makna rabbit

dalam bahasa melayu?

Wa..wabbit tu arlab Fonologi

-menggantikan huruf R

dengan huruf W

7. Ikut apa yang saya

cakap. ” Saya suka

bermain di taman

permainan.”

Syaya syuka ain di

aman menan

Morfologi

-pengguguran kata

imbuhan pada perkataan

permainan dan bermain

Fonologi

Tidak dapat menyebut

dengan betul.

Sebutan S salah

Page 19: pkp bhs

8. Itu apa?

(menunjukkan arah

balang kaca)

Balan.. Fonologi

Menggugurkan konsonan

akhir

10. Cuba buat ayat

tentang baju merah

Aju …….erah Sintaksis

Tidak dapat membina ayat

yang lengkap

11. Bezakan kata perang

dengan perang (warna)

Tidak tahu

menggelengkan kepala

Semantik tidak

membezakan perkataan

yang mempunyai dua

makna

12. Suka maina bola tak? aa…aku suka Pragmatik

-menggunakan kata ganti

diri yang tidak sesuai

13. Baju awak dibasuh

oleh siapa (ayat pasif)

Angkat bahau sambil

menggelengkan kepala

Sintaksis

Tidak memahami ayat pasif

Page 20: pkp bhs

4.3 Analisa dapat:

Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan Ujian

Diagnostik awal, Bacaan, Rancangan pendidikan individu, temubual dan

pemerhatian yang telah dilaksanakan kepada adik Syuhadah

Bil Kemahiran Menguasai Menguasai

dengan

bantuan

Tidak

Menguasai

1 Boleh berkomunikasi dua

hala

I

2 Boleh bertutur dengan

baik

I

3 Boleh mendengar dengan

baik

I

4 Boleh melihat dengan baik I

5 Boleh mengenal huruf a-z I

6 Boleh membunyikan huruf

vokal

I

7 Boleh menbunyikan huruf

konsonan

I

8 Boleh membunyikan

sukukata terbuka

I

9 Boleh membunyikan

sukukata tertutup

I

10 Boleh membaca ayat

pendek

I

Jadual 1

Page 21: pkp bhs

Berdasarkan Jadual 1 adalah hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas adik

Syuhadah bermasalah komunikasi dan pertuturan mengenai kemahiran bahasa

yang dijalankan di dalam kelas pemulihan sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan serta temubual dengan Pn. Norhana selaku guru

pemulihan di Sk Seri Tasik. Antara masalah yang dapat dikenalpasti ialah:

4 Komunikasi kurang berkesan

5 Sebutan tidak begitu baik

6 Kurang pembendaharaan kata.

7 Gagap

Sesi pengajaran telah dijalankan bagi mengukuhkan lagi hasil pemerhatian

diatas. Rancangan Pengajaran Harian telah dibina dan dilaksanakan oleh Pn.

Noorhana bagi sesi pengajaran Bahasa Melayu. Selepas sesi tersebut didapati

mempunyai masalah seperti berikut:

Belum kenal huruf

Tidak boleh membaca

Tidak boleh menulis

Menyebut huruf tapi tapi tidak lengkap dan tidak mengikut urutan

Page 22: pkp bhs

5.0 LAPORAN KAJIAN.

Adik Syuhadah adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah

komunikasi dan pertuturan. Secara umumnya, setelah diuji mendapati adik

Syuhadah menghadapi masalah dari aspek tingkahlaku dan kesukaran di dalam

komponen bahasa iaitu aspek fonologi, aspek morfologi, aspek sintaksis, aspek

semantik dan aspek pragmatik. Selain daripada itu adik Syuhadah juga

mempunyai tiga masalah lain berkaitan dengan pertuturan yang turut diuji

kepada adik Syuhadah iaitu masalah artikulasi, masalah bahasa dan masalah

kelancaran untuk berbahasa.Jika dilihat dari aspek bahasa dan komunikasi adik

Syuhadah mempunyai masalah kelancaran pertuturan iaitu atau lebih dikenali

sebagai seorang kanak-kanak yang gagap.

Terdapat juga masalah lain yang dihadapi oleh adik Syuhadah iaitu

masalah dalam komponen bahasa yang lain selain iaitu beliau tidak

menggunakan perbendaharaan kata, pembentukan ayat dan tatabahasa yang

betul berbandingan dengan kanak-kanak yang normal yang telah berkembang

bahasa mereka.

Gagap adalah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak

tetapi beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan

persekitaran kanak-kanak tersebut. Menurut guru kelas, adik Syuhadah ibubapa

nya mengatakan bahawa adik Syuhadah menghadapi ketika ia umur 2 tahun

setelah dia pandai bercakap. Pada mula ibu nya tidak risau dengan keadaan ini

kerana beliau mengganggap normal apabila terjadi adik Syuhadah masih tidak

boleh bertutur dengan baik dan mereka sendiri tidak tahu bagaimana cara

hendak membantu anak mereka.

Namun dari segi fizikal adik Syuhadah dilihati seperti kanak-kanak normal

tetapi lebih menunjukkan permasalah pertuturan tidak lancar kerana tidak

sengaja untuk kerap mengulang-ulang menyebut prekataan dan pemanjangan

bunyi perkataan. Selain itu, adik Syuhadah juga gagal mengaitkan perkataan

Page 23: pkp bhs

dengan emosi. Tambahan pula, adik Syuhadah makin menjadi gelisah atau

dalam keadaan gelabah.

Dari aspek bahasa pula, adik Syuhadah mempunyai kelemahan dalam

lima elemen bahasa. Fonologi merujuk kepada perkembangan bunyi bahasa.

Setelah dibuat analisi temubual dilakukan kepada adik Syuhadah mendapati dari

aspek fonologi adik Syuhadah menghadapi masalah dalam menyebut dan

membezakan bunyi huruf yang hampir sama. Buktinya ketika mahu bersalam

dengan saya dia menyebut ”igu” nak ”talam” namun apa yang di maksudkan

adalah salam.Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu

perkataan diganti dengan bunyi lain. Misalnya ”wabbit” untuk ”rabbit.”

Menggugurkan bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu

konsonan. Pengguguran boleh dilakukan pada awal, tengah atau akhir

perkataan. Misalnya ”igu” untuk cikgu dan mempunyai masalah dalam menyebut

s misal syakit.

Manakala morfologi bermaksud mengenai kajian tentang

perkataan.Perbendaharaan kata yang digunakan oleh adik Syuhadah agak

terhad dan sering menggugurkan imbuhan sesuatu perkataan.Adik Syuhadah

suka mengurangkan konsonan contoh balan bermaksud balang. Adik Syuhadah

suka menggugurkan imbuhan ber contoh suka main di menan(suka main di

taman permainan).

Sintaksis adalah kajian mengenai susunan kata dalam ayat. Adik

Syuhadah mempunyai masalah dalam menyusun kata dan ayat yang ingin

disampaikan. Selain daripada itu, adik Syuhadah kesukaran dalam memahami

ayat-ayat yang berbentuk pasif ataupun yang mengandungi klausa. Misalnya,

saya bertanya kepadanya, Baju kamu dibasuh oleh siapa? Adik Syuhadah

menggeleng-gelengkan kepala. Hal menunjukkan adik Syuhadah tidak

memahami soalan yang berbentuk pasif.

Aspek keempat adalah aspek semantik. Semantik adalah kajian mengenai

makna atau erti sesuatu perkataan. Adik Syuhadah menghadapi kesukaran

untuk memahami perkataan yang membawa lebih satu makna contoh

perang(lawan) dengan perang (warna). Namun adik Syuhadah tidak dapat

Page 24: pkp bhs

menjawab soalan yang saya ajukan. Hal menjelaskan adik Syuhadah

mempunyai masalah mengenal pasti perkataan yang lebih daripada satu makna.

Terakhir sekali adalah aspek pragmatik iaitu kegunaan bahasa mengikut

konteks. Dalam aspek adik Syuhadah tidak pandai menyesuaikan diri dan

membezakan kata nama ganti diri antara guru dengan rakan-rakan sebaya. Adik

Syuhadah membahasakan dirinya aku ketika berinteraksi dengan gurunya begitu

juga dengan rakan-rakannya. Hal ini menunjukkan adik Syuhadah mempunyai

masalah dalam menggunakan perkataan atau ayat mengikut konteks yang

sesuai.

Kesimpulan, adik Syuhadah adalah kanak-kanak yang normal. Namun

ciri-ciri masalah bahasa yang dilakukan oleh adik Syuhadah menunjukkan adik

Syuhadah adalah kanak-kanak kategori masalah pembelajaran. Selain daripada

adik Syuhadah merupakan individu yang mempunyai masalah komunikasi dan

bahasa. Adik Syuhadah juga individu yang bermasalah gagap sederhana dan

masih boleh dibant dengan cara latihan yang bersesuaian. Adik Syuhadah

mempunyai peluang yang cerah untuk maju dan memperbaiki kelemahannya

sekiranya tumpuan diberikan oleh ibubapanya.

6.0 Cadangan atau cara mengurangan masalah yang dihadapi

Gagap

Walau apa pun punca atau faktor adik Syuhadah boleh dibantu agar

masalah ini tidak berlarutan . Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah

gagap atau kelancaran dalam pertuturan, individu yang paling penting membantu

mereka ialah ibubapa mereka. Ibubapa pencorak kepada perkembangan adik

Syuhadah. Oleh itu bantuan dan dorongan sangatlah penting untuk mengatasi

masalah ini. Kesabaran juga adalah aspek yang terpenting yang harus dimiliki

oleh ibu bapa adik Syuhadah . Antara langkahnya ibubapa haruslah membawa

anak berjumpa dengan ahli terapi atau pakar ini dilakukan oleh ibubapa adik

Syuhadah agar permasalahan gagap ini dapat diatasi oleh adik Syuhadah

memadangkan umur semakin meningkati. Ibubapa tidak harus meletakkan

Page 25: pkp bhs

seratus peratus kepada pakar atau ahli terapi. Ibubapa juga memainkan peranan

yang penting semasa proses ini dijalankan.

Antara cara lain yang dapat digunakan selain menghantar adik Syuhadah

ke pusat terapi adalah ibubapa perlu memperbanyakkan komunikasi dengan adik

Syuhadah untuk memantapkan komunikasi beliau terutama ketika waktu-waktu

tertentu seperti waktu makan atau waktu adik Syuhadah bermain untuk

melancarkan percakapan mereka. Ibubapa juga jangan memaksa adik Syuhadah

menggunakan tatabahasa yang betul dalam pertuturan sebaliknya wujudkan

suasana tenang semasa berbicara. Ibu bapa harus memperingatan adik beradik

Syuhadah agar tidak mengejek atau mengajuk percakapan anak yang

bermasalah komunikasi ini kerana ia boleh menyebabkan anak mengalami

tekanan daripada persekitaran dan membantutkan proses rawatan.Ibu bapa

perlu membiar adik Syuhadah mencelah sewaktu berbual dan membiarkan

beliau bercakap sehingga selesai menyampaikan sesuatu. Akhir sekali peranan

ibubapa adalah penting berlatih bersama dan bercakap dengan jelas dan teratur

agar dapat diikuti oleh adik Syuhadah.

7 Aspek Bahasa.

Antara interversi yang boleh dilakukan ialah interversi bahasa yang

merangkumi pelbagai aspek bahasa yang digabungkan untuk meningkatkan

kemahiran komunikasi (snow 1984). Interversi bahasa bermula sebaik sahaja

ujian pediatrik dijalankan ke atas bayi yang baru lahir. Matlamat utama interversi

bahasa adalah meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak agar lebih

berkesan. Berdasarkan pemerhatian kepada adik Syuhadah beberapa cadangan

boleh dilakukan bagi mengurangkan dan mengatasi masalah bahasa dan

komunikasi yang dihadapi.

Fonologi merupakan masalah yang boleh menyebabkan kanak-kanak

sukar untuk mengeluarkan bunyi atau menyebutkan sesuatu perkataan.

Cadanngan yang boleh mengatasi masalah adik Syuhadah ialah dengan

menjalani terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air

menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah,menjilat aikrim serta

latihan menahan nafas di dalam air. Selain daripada itu adik Syuhadah boleh

Page 26: pkp bhs

menyebut perkataan melalui aktiviti dalam bentuk permainan contohnya

permainan fonetik bingo. Selain itu teknik ”back-word-chaining dan pro-ed

program Remediation of common phonological juga boleh digunakan untuk

kanak-kanak yang bermasalah dari aspek fonologi. Sekiranya proses ini

dijalankan secara ia memberi kesan kepada adik Syuhadah.

Bagi masalah bahasa morfologi, ia menyebabkan kanak-kanak sukar

menggunakan penggunaan imbuhan yang betul, struktur ayat yang betul dan

penggunaan kata yang betul. Masalah yang dihadapi oleh adik Syuhadah boleh

dibantu dengan kaedah atau cara yang tertentu. Bagi kanak-kanak seperti adik

Syuhadah yang mengalami kelewatan dalam perkembangan pertuturan, sukara

memahami dan sukar mengingati arahan dan perkataan yang baru dipelajari.

Interersi ini mampu membantu adik Syuhadah dengan kaedah kemahiran

pembinaan komunikasi iaitu satu contoh iaitu contoh bahan komersil yang

digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukkan perkataan.

Selain itu, kaedah reformulate perkataan juga turut membantu adik Syuhadah

yang bermasalah morfologi ini. Contohnya, guru memperkenalkan adik

Syuhadah tentang perkataan lari, berlari dan perlarian perlu mendedahkan

makna perkataan tersebt. Melalui latihan penggunaan imbuhan awal dan akhir

dapat membaiki penggunaan imbuhan agar adik syuhadah boleh membuat ayat

yang betul.

Masalah sintaksis bermaksud kanak-kanak yang mengalami kesukaran

penguasaan bahasa lisan dan lemah dalam pembacaan.. Melalui permasalah ini

mampu diatai dengan menyediakan aktiviti berkumpulan dengan memfokuskan

aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah.

Seterusnya masalah bahasa semantik adalah kanak-kanak mengalami

masalah perkembangan perbendaharaan kata yang lemah. Adik Syuhadah amat

sukar untuk memahami makna perkataan. Bagi masalah semantik, boleh diatasi

dengan pelbagai kaedah dan cara dengan memberi penekanan aspek kognitif

linguistic, logik dan persekitaran juga motivasi.Contoh ibu bapa boleh

menggunakan bahasa kias dalam perbualan harian yang tiada dalam kamus

agar adik Syuhadah boleh memperbanyakkan pembendaharaan kata.

Page 27: pkp bhs

Adik Syuhadah juga mempunyai masalah dalam aspek pragmatik,

kesukaran untuk memahami pertuturan, lewat atau tiada langsung

perkembangan bahasa serta menhadapi masalah menggunakan bahasa. Untuk

mengatasi masalah tersebut guru boleh membantu dengan aktiviti kad imbasan

gambar keluarga dan guru akan mengajar setiap gambar tersebut dengan kata

diri bagi ahli keluarga tersebut dan murid di suruh mengulangnya.

Interversi adalah cara atau perancangan yang dibuat untuk membantu

murid seperti adik Syuhadah mengatasi permasalahan pertuturan iaitu gagap

agar dapat berkomunikasi dengan lebih baik lagi.

7.0 nterversi Awal

Terapi Pendekatan

Interaktif

Komunikasi

Alternatif

Ahli terapi pertuturan

bahasa akan

membantu murid

berdasarkan

penilaian terhadap

keperluan mereka

Dijalankan samada

dalam bentuk

kumpulan atau

individu untuk

membantu murid

terutama bermasalah

artikulasi, sintaksis

dan suara

Main peranan

Terlibat

Guru-guru

Ibu bapa

Dan ahli pertuturan

bahasa

Menggunakan

dorong semulajadi

Bercakap

perkara yang

diminati dan

yang sedang

dilakukan

Merancanga

n melakukan

permainan

Ddikenali

sebagai penambahan

komunikasi, komunikasi

bantuan atau

komunikasi alternatif

yang melibatkan

pelbagai pendekatan.

Boleh

menggunakan

perkembangan

teknollogi baru

Ccontoh:

penggunaan bahasa

isyarat

Page 28: pkp bhs

Tujuan mengembang

tindak balas murid

dan menunjukkan

sebutan dan

penggunaan bentuk

bahasa yang betul

yang disukai.

Dijalankan

ketika

mereka

makan ,

bermain atau

ketika

berada di

restoran

untuk

menggalakk

an mereka

bertutur

dengan

betul.

Alat latihan

Teknologi yang dicipta

khas

Penggunaan teknologi

komputer dan sebagainya.

Page 29: pkp bhs

7.1 Penutup

Masalah bahasa yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah komunikasi dan

pertuturan bukanlah satu perkara yang luar biasa.Semua kanak-kanak yang

normal turut mengalami masalah yang sama. Walaubagaimanapun kekurangan

kemahiran pertuturan bukanlah penyebab utama kelemahan bahasa yang

mereka alami. Ini turut dibantu oleh perkembangan kognitif dan tahap keupayaan

individu tersebut. Banyak faktor-faktor yang turut mempengaruhi antaranya ialah:

1. Penggunaan bahasa di rumah, sekolah dan masyarakat setempat.

2. Tahap kecekapan dan kebolehan mental sedia ada

3. Tahap keyakinan dan kesungguhan yang ada dalam diri.

4. Kemuadahan dan infrastruktur yang membantu terhadap perkembangan

bahasa.

Kelemahan ini dapat diatasi dengan menggunakan keseluruhan deria yang

ada dan dibantu dengan strategi-strategi dan pendekatan yang dirancang bagi

meningkatkan kefahaman murid serta memotivasikan mereka dalam pelbagai

aspek.

Page 30: pkp bhs

Refleksi

Pembinaan laporan ini telah memberi suatu pengalaman dalam

pembelajaran bagi Pengenalan Kepada Masalah Bahasa dan komunikasi iaitu

berkaitan tentang program pemulihan khas bagi kanak-kanak dalam aspek

bahasa dan komunikasi. Melalui proses pencarian bahan untuk dimuatkan dalam

laporan ini, saya telah mendapat pelbagai pendedahan terhadap masalah

komunikasi pertuturan serta ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam

pembelajaran

Semasa menjalankan tugasan saya telah memperolehi beberapa faedah

yang berguna kepada saya sebagai guru pemulihan. Antara faedah daripada

menjalankan tugasan ini yang saya perolehi ialah dapat menjalankan kerja

dengan lebih sistematik dan langkah demi langkah.Sebelum menjalankan

tugasan ini, saya dapati adalah sukar menjalankan tugas secara teratur kerana

saya bukanlah seseorang yang tersusun cara kerjanya , tambahan berkaitan

dengan cara untuk mendapat maklumat dan memprosesnya. Namun, dengan

menjalankan tugasan secara teratur, dapatlah saya mendapatkan maklumat

dengan baik dan memprosesnya mengikut kehendak tugasan.

Selain itu, bahagian yang paling mencabar sewaktu menghasilkan laporan

ini ialah penulisan laporan kajian kes untuk murid yang bermasalah

pembelajaran dan mengaplikasi segala ciri dan faktor serta cara mengatasi

masalah tersebut kepada adik Syuhadah yang menghadapi masalah pertuturan

iaitu gagap. Memandangkan pengetahuan tentang ciri-ciri murid bermasalah

pembelajaran bahasa dan komunikasi amat kurang, bahagian ini memerlukan

Page 31: pkp bhs

kefahaman yang lebih dari segi kajian kes bagi murid tersebut. Setiap satu

langkah kajian tersebut, amat kritikal dan penting dalam laporan ini kerana

pelaksanaannya amat payah. Namun begitu, saya menerima dengan hati yang

terbuka bahawa kepayahan yang saya alami ini adalah sebahagian daripada

proses pembelajaran yang mungkin akan berguna pada suatu hari nanti.

Secara keseluruhan, proses penulisan laporan ini banyak memberi saya

pengajaran dan sebagai tapak untuk memulakan dunia sebagai seorang

mahasiswa. Saya amat bersyukur kerana dapat belajar dalam keadaan yang

serba moden yang mana segala ilmu dapat diperolehi dihujung jari tanpa perlu

bersusah-payah ke perpustakaan dalam masa yang amat suntuk ini. Adalah

diharapkan agar ilmu yang tidak seberapa ini dapat dijadikan batu loncatan ke

arah perkembangan ilmu yang berkaitan dengan pengenalan pemulihan pada

masa akan datang.