pjm 3106 (2)

9
PJM 3106 SISTEM JANTUNG Mohamad Mukhairi Sa’ari Zatil Nabilah Shamsudin

Upload: strawberybear

Post on 13-Jul-2015

1.534 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pjm 3106 (2)

PJM 3106

SISTEM JANTUNG

Mohamad Mukhairi Sa’ari

Zatil Nabilah Shamsudin

Page 2: Pjm 3106 (2)

• merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam

darah melalui saluran darah dengan denyutan yang

sekata yang berulang-ulang.

8/29/2010 2

Page 3: Pjm 3106 (2)

3

JANTUNG

Page 4: Pjm 3106 (2)

4

Page 5: Pjm 3106 (2)

KEDUDUKAN JANTUNG• terletak di dalam toraks, antara 2 paru-paru dan di belakang sternum

• Lebih menghadap ke kiri daripada ke kanan.

8/29/2010 5

Page 6: Pjm 3106 (2)

STRUKTUR JANTUNG

• Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di

belakang tulang dada (sternum)

• diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu.

• Ukuran kira-kira sebesar kepalan tangan.

• Jantung dewasa beratnya antara 300-350 g

• Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

• Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari

atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari

bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah

secara satu hala dari atrium ke ventrikel.

6

Page 7: Pjm 3106 (2)

• Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh

termasuk paru-paru.

• Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan

dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

• Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur,

vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior

vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan

mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari.

Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari

peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri,

darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam

utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali

peparu.

7

Page 8: Pjm 3106 (2)

• Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh

keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan

yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah

ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga

diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan

tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan

adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah

dan peparu.

• Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali

sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium

(myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium).

Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous

pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah

lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk

majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan

terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.

• Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien,

terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari

kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada

jantung dipanggil kitaran darah koronari

8

Page 9: Pjm 3106 (2)

9