pili han

4
LENCANA KEPANDAIAN (KEGEMARAN) LENCANA PELADANG KECIL Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut: 1. Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan 2. Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 3. Menunjukkan cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratin /raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 4. Mengetahui dari menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 5. Tunjukkan (kepada pemimpin / penilai) yang Pengakap kanak- kanak ada menanam

Upload: akuabus2068

Post on 20-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pengakap

TRANSCRIPT

LENCANA KEPANDAIAN (KEGEMARAN) LENCANA PELADANG KECILLencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul.

Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut:1.Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan2.Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian.Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas.3.Menunjukkan cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratin /raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam.4.Mengetahui dari menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain.5.Tunjukkan (kepada pemimpin / penilai) yang Pengakap kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu / bapa/ ahli keluarga sendiri.6.Menunjukkan (kepada pemimpin/penilai) yang pengakap kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur.7.(a).Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.

ATAU(b).Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian.8.Menunjukkan bahawa pengakap kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan.9.Tunjukkan buku log mengenai catatan ceramah yang pengakap kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau guru sains pertanian yang programnya telah diatur oleh pemimpin sendiri.(a). Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai(b). Kesuburan tanah(c). Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas(d). Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu(e). Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah.10.Menunjukkan buku log mengenai ceramah yang diterima daripada pegawai haiwan atau guru sains pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri(a).Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara(b) Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit.