pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan … · 2020. 12. 22. · a) bengkel hasil baharu...

99
____________________________________________________________________________________ MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KEUSAHAWANAN 1/2 PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, Tel : 03-4256 4022 50990 Kuala Lumpur Faks : 03-4257 6726 Laman Web: http://www.risda.gov.my Ruj.Kami : RISDA.100-1/7/1JLD3( ) Tarikh : 15 Disember 2020 29 Rabiulakhir 1442H Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah RISDA Negeri Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA Semua Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian Tuan, ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 15 TAHUN 2020 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKe-12 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan RISDA Bilangan 9/2020 bertarikh 3 November 2020 telah meluluskan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA RMKe-12 bagi memantapkan dasar, peraturan dan prosedur pelaksanaannya diperingkat Ibu Pejabat dan Pusat Tanggungjawab RISDA. 3. Sehubungan dengan itu, bersama ini diedarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA RMKe-12 untuk rujukan dan tindakan bagi semua Pusat Tanggungjawab. Arahan ini berkuatkuasa serta merta mulai daripada tarikh surat ini dikeluarkan. Arahan Ketua Pengarah Bilangan 5 tahun 2020 bertarikh 3 Mac 2020 adalah dibatalkan. (KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR)

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

____________________________________________________________________________________

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KEUSAHAWANAN

1/2

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) (KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI) Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, Tel : 03-4256 4022

50990 Kuala Lumpur Faks : 03-4257 6726 Laman Web: http://www.risda.gov.my

Ruj.Kami : RISDA.100-1/7/1JLD3( ) Tarikh : 15 Disember 2020 29 Rabiulakhir 1442H

Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah RISDA Negeri Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA Semua Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian Tuan, ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 15 TAHUN 2020 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKe-12 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan RISDA Bilangan 9/2020

bertarikh 3 November 2020 telah meluluskan Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA RMKe-12 bagi memantapkan dasar,

peraturan dan prosedur pelaksanaannya diperingkat Ibu Pejabat dan Pusat

Tanggungjawab RISDA.

3. Sehubungan dengan itu, bersama ini diedarkan Garis Panduan Pelaksanaan

Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA RMKe-12 untuk rujukan

dan tindakan bagi semua Pusat Tanggungjawab. Arahan ini berkuatkuasa serta merta

mulai daripada tarikh surat ini dikeluarkan. Arahan Ketua Pengarah Bilangan 5 tahun

2020 bertarikh 3 Mac 2020 adalah dibatalkan.

(KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR)

Page 2: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

Ruj.Kami : RISDA.100-1/7/1JLD3( )

Page 3: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL

BAHARU AGRO MAKANAN

(PPHBAM) RISDA RMKe-12

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PROGRAM KHAS

IBU PEJABAT RISDA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU

AGROMAKANAN

(PPHBAM) RISDA RMKe-12

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PROGRAM KHAS

IBU PEJABAT RISDA

Page 4: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN RISDA RMKE-12 i

KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 TUJUAN 1

2 LATAR BELAKANG 1

3 OBJEKTIF 2

4 KATEGORI DAN SKOP BANTUAN 3

5 KAEDAH PELAKSANAAN 6

6 KELAYAKAN PEMOHON 8

7 TATACARA PERMOHONAN 10

8 KELULUSAN PERMOHONAN 13

9 PERJANJIAN 14

10 AGIHAN KEUNTUNGAN (INTEGRATOR) 15

11 BANTUAN TAMBAHAN 15

12 PEMANTAUAN PROJEK 15

13 KAEDAH PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN 21

14 CARTA ALIRAN KERJA 22

15 PENUTUP 22

Page 5: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 1

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN

RISDA (PPHBAM) RMKe-12

1.0 TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA disediakan sebagai panduan dan rujukan warga RISDA

dalam melaksanakan program ini selaras dengan visi, misi dan objektif RISDA.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) akan dijajarkan dengan

inisiatif kemakmuran bersama berasaskan tiga dimensi, iaitu

pemerkasaan ekonomi, kemampanan alam sekitar serta kerekayasaan

sosial. Dimensi pemerkasaan ekonomi meliputi sumber dan bidang

baharu pertumbuhan termasuk Revolusi Perindustrian 4.0, ekonomi

digital, industri aeroangkasa dan pembangunan wilayah yang bersepadu

serta pemboleh pertumbuhan seperti sumber tenaga yang mampan dan

ketersambungan infrastruktur. Dimensi kemampanan alam sekitar pula

mengambil kira antara lain, ekonomi biru, teknologi hijau, tenaga boleh

baharu serta adaptasi dan mitigasi perubahan iklim.

Dimensi perekayasaan sosial mencakupi peningkatan nilai-nilai murni,

penambahan kuasa beli rakyat, pembentukan masyarakat Bumiputera

yang berdaya tahan, pengukuhan jaringan keselamatan sosial, dan

peningkatan kesejahteraan rakyat.Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA berada di dalam dimensi pemerkasaan ekonomi.

2.2 Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, RISDA

menggalakkan Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai

sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman getah.

Page 6: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 2

2.3 Beberapa siri bengkel telah diadakan bagi memantapkan sistem

penyampaian kepada pekebun kecil seperti berikut:

a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019).

b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019).

c) Bengkel TWG RISDA Siri 2 (31 Julai-2 Ogos 2019).

d) Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Program Pembangunan

Hasil Baharu Agromakanan RISDA RMKe-12 (21-23 November

2020).

Berdasarkan siri bengkel tersebut, maka Model Perancangan Strategik

RISDA (MPSR 2.0) 2021-2025 telah dirangka dan dizahirkan di dalam

Teras 2 MPSR 2.0 iaitu Hasil Baharu Pekebun Kecil yang memberi fokus

kepada Pekebun Kecil untuk mengeksploitasi sumber ekonomi baharu

bagi menambah pendapatan.

2.4 RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program

Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA yang lebih berkesan

bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil melalui 3 bidang

utama iaitu Tanaman Jangka Pendek, Tanaman Jangka Panjang dan

Ternakan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari

sumber getah dengan memfokuskan bidang agromakanan agar menjadi

lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan Pekebun Kecil.

3.2 Menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil

untuk menjalankan aktiviti pertanian selain getah dan sawit seperti

tanaman jangka pendek, tanaman jangka panjang dan ternakan.

Page 7: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 3

3.3 Menggalakkan Pekebun Kecil untuk menerokai sumber baru untuk

meningkatkan pendapatan.

3.4 Untuk menyokong dan memenuhi Dasar Agromakanan Negara dan Dasar

Sekuriti Makanan Negara.

4.0 KATEGORI DAN SKOP BANTUAN

4.1 Kategori Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA

adalah seperti berikut:

4.1.1 Tanaman Jangka Pendek

Tanaman Jangka Pendek ditakrifkan sebagai tanaman yang

mengeluarkan hasil sekali sahaja dan mempunyai jangka hayat

kurang dari setahun. Contoh tanaman jangka pendek yang boleh

diusahakan adalah seperti berikut:

i) sayur – sayuran fertigasi;

ii) cili;

iii) jagung;

iv) nanas;

v) rock melon;

vi) tembikai;

vii) ubi keledek;

viii) pisang;

ix) cendawan; dan

x) lain-lain tanaman jangka pendek yang bersesuaian dengan

kelulusan RISDA.

Page 8: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 4

4.1.2 Tanaman Jangka Panjang

Tanaman Jangka Panjang ditakrifkan sebagai tanaman yang

mengeluarkan hasil berulangkali dan mempunyai jangka hayat

melebihi setahun. Contoh tanaman Jangka Panjang yang boleh

diusahakan adalah seperti berikut:

i) kelapa;

ii) durian;

iii) mangga;

iv) cempedak;

v) nangka;

vi) durian belanda;

vii) dan lain-lain tanaman jangka panjang yang bersesuaian

dengan kelulusan RISDA.

4.1.3 Ternakan

Kategori Ternakan meliputi aktiviti pertanian yang berasaskan

ternakan yang boleh diusahakan adalah seperti berikut:

i) ternakan secara Fidlot;

ii) ternakan secara Integrasi;

iii) akuakultur; dan

iv) lain-lain kategori ternakan yang bersesuaian dengan

kelulusan RISDA.

Page 9: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 5

4.2 Skop bantuan merangkumi perkara seperti berikut:

Bagi permohonan kali pertama skop berikut dibenarkan:

a) infrastruktur;

b) peralatan;

c) input pertanian :

d) modal pendahuluan untuk integrator sahaja dan maksimum 25%

dari kos projek yang diluluskan; dan

e) lain – lain keperluan yang diluluskan.

Bagi memperluaskan skop, permohonan kali kedua seperti berikut

dibenarkan iaitu:

a) Infrastruktur pemprosesan – kemudahan kilang dan peralatan

proses tanaman dan ternakan yang berkaitan.

b) Pemasaran – peralatan / inventori yang dicadangkan memenuhi

kaedah pemasaran seperti dicadangkan di dalam pelan

perniagaan.

c) Lain – lain keperluan yang bersesuaian yang diluluskan oleh

jawatankuasa.

Page 10: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 6

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA dilaksanakan

melalui kaedah seperti berikut:

5.1 Pekebun Kecil Berkelompok

Pelaksanaan oleh Pekebun Kecil Berkelompok adalah melalui kaedah

seperti berikut:

a) Dilaksanakan oleh pekebun kecil secara berkelompok samada

kelompok baru atau kelompok sedia ada contohnya kelompok

Tanam Semula Berkelompok (TSB), Tanam Semula Komersial

(TSK) dan lain – lain.

b) Melibatkan kumpulan peserta 3 orang dan ke atas.

c) Tapak projek yang dikelompokkan di dalam lokasi tidak lebih dari 3

km radius dan merujuk kepada kesesuaian kawasan.

d) Permohonan projek yang bernilai kurang dari RM250,000

diluluskan oleh Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil

Baharu Agromakanan RISDA peringkat negeri, manakala melebihi

RM250,000.00 diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Pembangunan

Hasil Baharu Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA.

e) Luas tanah minimum setiap permohonan bergantung kepada jenis

tanaman seperti disyorkan oleh Jabatan Pertanian atau agensi

yang berkaitan.

f) Bagi projek berkelompok, nilai projek maksimum dibenarkan ialah

RM 100,000.00 bagi setiap projek.

g) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan kertas kerja

serta pelan perniagaan yang lengkap sepanjang tempoh projek

dilaksanakan.

h) Pemohon bersetuju mewakilkan kuasa kepada salah seorang

daripada peserta projek yang dilantik menjadi ketua projek.

Page 11: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 7

i) Peserta akan memperolehi keuntungan terus dari projek.

5.2 Koperasi

Koperasi yang dimaksudkan ialah Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang

berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselia oleh

RISDA. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

a) Dilaksanakan dalam bentuk skala sederhana dan besar.

b) Semua permohonan berserta kertas kerja disemak, dinilai dan

diperakukan oleh Pejabat RISDA Negeri.

c) Permohonan kurang dari RM250,000 diluluskan oleh

Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan

peringkat negeri, manakala melebihi RM250,000.00 dilulus oleh

Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan peringkat Ibu Pejabat RISDA.

d) Bagi projek oleh Koperasi, nilai projek maksimum dibenarkan ialah

RM 1,000,000.00 bagi setiap projek.

e) Pemohon hendaklah menyediakan kertas kerja projek serta pelan

perniagaan yang lengkap sepajang tempoh projek dilaksanakan.

5.3 Integrator

Pelaksanaan projek melalui integrator iaitu melalui Syarikat Milikan RISDA

(SMR). Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

a) Projek dilaksanakan dalam skala yang lebih besar dan melibatkan

penerima faedah samada pekebun kecil atau Koperasi Pekebun

Kecil.

b) Semua permohonan berserta kertas kerja disemak, dinilai dan

Page 12: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 8

diperakukan oleh Pengarah RISDA Negeri dimana lokasi projek itu

akan dilaksanakan sebelum dikemukakan kepada Ibu Pejabat

RISDA.

c) Semua permohonan akan disemak, dinilai dan diluluskan oleh

Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA.

d) Nilai maksimum projek ialah RM 5,000,000.00 bagi setiap projek.

e) Keuntungan projek akan diagihkan kepada peserta dalam bentuk

dividen dan kadar pembahagian keuntungan antara integrator dan

peserta akan ditentukan oleh Jawatankuasa yang meluluskan

projek.

6.0 KELAYAKAN PEMOHON

6.1 Pekebun Kecil Berkelompok

Syarat kelayakan pemohon bantuan untuk peserta berkelompok adalah

seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia.

b) Pekebun Kecil / Ahli Isi Rumah.

c) Berumur melebihi 18 tahun semasa memohon.

d) Berdaftar dengan RISDA.

e) Mempunyai hak milik tanah atau surat kebenaran mengguna atau

sewa tanah minimum 2 tahun bergantung kepada jenis projek.

f) Keutamaan kepada pekebun kecil dalam status Tanam Semula

Getah.

g) Mempunyai minat dan berkeupayaan untuk melaksanakan projek

serta mempunyai tapak yang bersesuaian.

h) Pemohon yang bersedia membiayai kos projek selain daripada

bantuan RISDA.

Page 13: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 9

6.2 Koperasi

Syarat kelayakan pemohon bantuan untuk koperasi seperti berikut:

a) Koperasi di bawah seliaan RISDA dan Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (SKM) serta masih aktif.

b) Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

c) Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran mengguna atau sewa

tanah minimum 2 tahun bergantung kepada jenis projek.

d) Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak

yang bersesuaian.

e) Koperasi bersedia membiayai kos projek selain daripada bantuan

RISDA.

6.3 Integrator

Syarat kelayakan pemohon bantuan untuk Integrator seperti berikut:

a) Syarikat Milikan RISDA (SMR).

b) Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

c) Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran mengguna atau sewa

tanah minimum 2 tahun bergantung kepada jenis projek.

d) Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak

yang bersesuaian.

e) Integrator bersedia membiayai kos projek selain daripada bantuan

RISDA.

f) Bersetuju dengan kadar agihan keuntungan seperti yang

ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program

Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA.

Page 14: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 10

7.0 TATACARA PERMOHONAN

7.1 Tatacara Permohonan Pekebun Kecil Berkelompok

a) Borang permohonan boleh didapati di Pejabat RISDA Negeri /

Daerah / Jajahan / Bahagian.

b) Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan (Borang

AM1A dan Borang AM1B). Borang perlu diisi dan dikemukakan

kepada pihak RISDA berserta kertas kerja projek yang lengkap.

c) Pegawai RISDA di lapangan dikehendaki membantu pemohon di

dalam mengenalpasti projek, menentukan kesesuaian,

mencadangkan unjuran hasil, membantu dalam menyediakan

rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara

kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek.

d) Pegawai RISDA di lapangan akan membuat siasatan bersama

pemohon dan membuat pengesyoran berkaitan daya maju projek.

PRN/PRD/PRJ/PRB dikehendaki membuat ulasan ke atas

cadangan projek pemohon dan dikemukakan semasa mesyuarat

kelulusan projek peringkat negeri.

e) Semua permohonan dan kertas kerja hendaklah disemak dan

dibuat penilaian awal oleh pegawai RISDA peringkat daerah atau

negeri sebelum dibentangkan dalam mesyuarat untuk kelulusan

Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan

RISDA peringkat negeri.

Page 15: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 11

f) Maklumat kertas kerja projek adalah seperti Lampiran 1.

7.2 Tatacara permohonan Koperasi

a) Koperasi perlu menyenaraikan nama peserta dari kalangan ahli

koperasi yang layak untuk disertakan sebagai peserta projek

b) Kelayakan peserta adalah sama dengan peserta pekebun kecil.

c) Koperasi dikehendaki mengisi Borang Permohonan Koperasi

(Borang AM2A dan Borang AM2B) dan dikemukakan kepada

pihak RISDA berserta kertas kerja projek yang lengkap.

d) Pegawai RISDA di lapangan akan membuat siasatan bersama

pemohon dan membuat pengesyoran berkaitan daya maju projek.

PRN/PRD/PRJ/PRB dikehendaki membuat ulasan ke atas

cadangan projek dan dikemukakan semasa mesyuarat kelulusan

projek peringkat negeri atau peringkat Ibu Pejabat RISDA.

e) Kertas kerja akan dibentangkan oleh pemohon atau wakil kepada

Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan

RISDA peringkat negeri atau Ibu Pejabat RISDA bergantung

kepada nilai projek.

f) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa.

Page 16: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 12

7.3 Tatacara permohonan Integrator

a) Integrator perlu menyenaraikan nama peserta dari kalangan

pekebun kecil yang layak atau Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang

dipilih untuk dimasukkan sebagai peserta projek. Keutamaan

adalah kepada pekebun kecil yang dalam status tanam semula

getah.

b) Kelayakan peserta di atas adalah sama dengan peserta pekebun

kecil.

c) Integrator dikehendaki mengisi Borang Permohonan (Borang

AM3A dan Borang AM3B @ Borang AM3C) dan dikemukakan

kepada pihak RISDA berserta kertas kerja projek yang lengkap.

d) Pegawai RISDA di lapangan akan membuat siasatan bersama

pemohon dan membuat pengesyoran berkaitan daya maju projek.

PRN/PRD/PRJ/PRB dikehendaki membuat ulasan ke atas

cadangan projek dan dikemukakan semasa mesyuarat kelulusan

projek peringkat Ibu Pejabat RISDA.

e) Kertas kerja akan dibentangkan oleh pemohon atau wakil kepada

Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA.

f) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa.

Page 17: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 13

8.0 KELULUSAN PERMOHONAN

8.1 Kelulusan untuk permohonan Pekebun Kecil Berkelompok

a) Urus Setia di peringkat negeri menerima, mengkaji, dan membuat

perakuan permohonan projek kepada Jawatankuasa Program

Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA peringkat

negeri.

b) Kertas kerja projek dibentangkan oleh pemohon atau wakil

pegawai RISDA berkenaan.

c) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil

Baharu Agromakanan RISDA peringkat negeri.

8.2 Kelulusan untuk permohonan Koperasi

a) Urusetia di peringkat negeri atau Ibu Pejabat RISDA menerima,

mengkaji dan membuat perakuan permohonan projek kepada

Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan

RISDA peringkat negeri atau peringkat Ibu Pejabat RISDA

bergantung kepada nilai projek yang di mohon.

b) Kertas kerja projek dibentangkan oleh pemohon atau wakil pihak

yang memohon.

c) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa Induk Program Pembangunan

Hasil Baharu Agromakanan RISDA peringkat negeri atau Ibu

Pejabat RISDA.

8.3 Kelulusan untuk permohonan Integrator

a) Urusetia di peringkat Ibu Pejabat RISDA menerima, mengkaji dan

membuat perakuan permohonan projek kepada Jawatankuasa Induk

Page 18: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 14

Hasil Baharu Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA.

Semua permohonan telah disemak dan disokong oleh Pengarah

RISDA Negeri sebelum dikemukakan kepada urusetia Ibu Pejabat

RISDA.

b) Kertas kerja projek dibentangkan oleh pemohon atau wakil pihak yang

memohon.

c) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agromakanan

RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA.

9.0 PERJANJIAN

9.1 Peserta program hendaklah bersetuju dengan syarat – syarat yang

dipersetujui semasa menyertai program ini termasuklah tidak menghalang

pegawai RISDA dalam menjalankan tugas memantau, menasihat,

mengambil data pendapatan dan perbelanjaan sepanjang tempoh projek

berjalan.

9.2 Sekiranya peserta program gagal atau menghalang tugas pegawai

pemantau, peserta dan integrator tersebut akan dimasukkan dalam

senarai hitam sebarang bantuan yang akan diberikan oleh pihak RISDA di

masa akan dating, RISDA dengan ini boleh memindahkan mana-mana

aset atau bekalan kepada peserta lain yang memerlukan.

9.3 Surat akujanji dan contoh perjanjian pelaksanaan projek adalah seperti

Lampiran 2.

Page 19: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 15

10.0 AGIHAN KEUNTUNGAN (INTEGRATOR)

Keuntungan projek yang dilaksanakan melalui integrator akan diagihkan kepada

peserta dalam bentuk dividen merujuk kepada nilai yang diputuskan oleh

jawatankuasa.

11.0 BANTUAN TAMBAHAN

Pemohon layak untuk memohon bantuan tambahan merujuk kepada perluasan

skop dan mendapat kelulusan jawatankuasa.

12.0 PEMANTAUAN PROJEK

12.1 Jawatankuasa - Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA.

Bagi tujuan ini, tiga (3) Jawatankuasa ditubuhkan seperti berikut:

a) Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA,

b) Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan

RISDA peringkat negeri; dan

c) Jawatankuasa Teknikal & Penilaian Program Pembangunan Hasil

Baharu Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA.

Page 20: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 16

12.1.1 Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA

a) Keahlian jawatankuasa adalah terdiri daripada :

i) Pengerusi : Ketua Pengarah RISDA

ii) Timbalan Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah (P)

(Pengerusi Ganti)

iii) Setiausaha : Pengarah BPK

iv) Ahli : Pengarah/Wakil BPPS

Pengarah/Wakil BDPS

Pengarah/Wakil BIAD

Pengarah/Wakil BKB

Pengarah/Wakil BPU

Pengarah/Wakil BTSP

Pengarah/Wakil BBIP

Pengarah/Wakil BL

Pengarah/Wakil BPPT

Pengarah/Wakil BPP

Pegawai Undang-undang

Wakil Agensi yang berkaitan

b) Fungsi dan Tanggungjawab:

i) menentukan dasar, strategi pelaksanaan dan hala

tuju program;

ii) meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan

dan kos projek yang dicadangkan;

iii) menyelaras, mendapatkan sokongan dan

kerjasama kementerian/jabatan/agensi berkaitan

dalam melaksanakan program ini;

Page 21: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 17

iv) memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu

dasar dan masalah utama program;

v) menetapkan sasaran bagi memastikan objektif

program dapat dicapai;

vi) menyemak dan meluluskan senarai nama peserta

bagi projek yang melibatkan agihan keuntungan;

vii) menentukan agihan keuntungan bagi projek yang

diuruskan oleh Integrator;

viii) menyemak status pelaksanaan program;

ix) membincangkan isu-isu pelaksanaan program dan

langkah-langkah penyelesaian; dan

x) memberi cadangan penambahbaikan berkaitan

pelaksanaan projek.

12.1.2 Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan

RISDA peringkat negeri.

a) Keahlian Jawatankuasa adalah terdiri daripada :

i) Pengerusi : Pengarah RISDA Negeri (PRN)

ii) Timb Pengerusi : Timb. Pengarah RISDA Negeri

(Pengerusi Ganti)

iii) Setiausaha : Penyelaras Program Khas Negeri

iv) Ahli : Semua Pegawai RISDA

(Daerah/Jajahan/Bahagian)

Semua Ketua Unit di PRN

Wakil Agensi yang berkaitan

Page 22: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 18

b) Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa:

i) meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan

dan kos projek yang dicadangkan oleh pemohon di

peringkat negeri/daerah;

ii) menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama

kementerian/jabatan/agensi berkaitan dalam

melaksanakan program ini di peringkat negeri/daerah;

iii) memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu

pelaksanaan dan masalah program di peringkat

negeri/daerah;

iv) Mengemukakan cadangan penambahbaikan program

kepada pengurusan RISDA.

12.1.3 Jawatankuasa Teknikal dan Penilaian Program Pembangunan

Hasil Baharu Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat RISDA.

a) Keahlian Jawatankuasa adalah terdiri daripada :

i) Pengerusi : Pengarah Bahagian Program Khas

ii) Timbalan Pengerusi: Timb Pengarah Bahagian

iii) Setiausaha : Unit Pembangunan Ladang BPK

iv) Ahli : Wakil BPPS

Wakil BKB

Wakil BBIP

Wakil BPPT

Wakil BDPS

Wakil BPU

Wakil BTSP

Wakil Agensi yang berkaitan

Page 23: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 19

c) Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal &

Penilaian :

i. Menilai projek dari segi teknikal dan keberkesanan projek

untuk penambahbaikan

ii. Menilai cadangan tambahan atau pengurangan

peruntukan yang di pohon

iii. Membuat penilaian am dari masa ke masa melalui

lawatan ke tapak projek.

iv. Mengemukan cadangan pengesyoran hasil penilaian

kepada jawatankuasa Induk Program Pembangunan

Hasil Baharu Agro Makanan.

v. Mengemukakan cadangan penambahbaikan program.

12.2 Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Pemantauan program ini juga dijadikan agenda tetap di dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR) peringkat

kebangsaan, negeri dan daerah serta mesyuarat – mesyuarat lain yang

berkaitan.

12.3 Laporan

PRN/PRD/PRJ/PRB, pekebun kecil berkelompok, koperasi serta

integrator dikehendaki menyediakan laporan berdasarkan format yang

disediakan seperti berikut:

i) Laporan Prestasi Kewangan Program Pembangunan Hasil

Page 24: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 20

Baharu Agromakanan RISDA (Lampiran 3)

ii) Laporan Kemajuan Fizikal (Lampiran 4)

iii) Buku Rekod (Lampiran 5A dan 5B)

12.4 Key Performance Indicator (KPI) Kadar Kematian

Pelaksanaan projek perlu berdasarkan Key Performance Indicator (KPI)

bagi memastikan projek berdaya maju serta dapat meningkatkan

pendapatan. Penetapan KPI Program Pembangunan Hasil Baharu

Agromakanan RISDA adalah seperti berikut:

12.4.1 KPI Projek Ternakan

i) Kadar kematian ternakan ruminan tidak melebihi 5%.

ii) Kadar kematian ternakan unggas tidak melebihi 3%

iii) Kadar kematian ternakan akuakultur tidak melebihi 25% bagi

apa-apa jenis ikan dan tidak melebihi 40% bagi apa-apa

jenis udang.

12.4.2 KPI Projek Tanaman

i) Kadar kematian tanaman jangka pendek tidak melebihi 5%.

ii) Kadar kematian tanaman jangka panjang tidak melebihi

10%.

12.5 Semakan dan Auditan

a) Pemantauan projek dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan

projek dan perbelanjaan peruntukan yang diluluskan adalah

mengikut skop dan item yang diluluskan.

Page 25: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 21

b) Semakan dan auditan ke atas semua projek bagi Program

Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA akan dilakukan

dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Pengurus program

boleh membuat semakan dan pemantauan dengan atau tanpa

Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam (BIAD) bagi tujuan ini.

c) Pusat Tanggungjawab, Koperasi dan Integrator hendaklah

memberikan kerjasama penuh bersama dokumen-dokumen

sokongan sebagai bukti kewangan. Dokumen-dokumen sokongan,

fail fizikal dan fungsian tidak boleh dilupuskan tanpa kebenaran

Pengurus program.

13.0 KAEDAH PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN

13.1 Bagi peruntukan yang disalurkan kepada Pusat Tanggungjawab RISDA,

semua urusan perolehan dan pembayaran projek di bawah program ini

hendaklah mengikut tatacara perolehan dan Peraturan Kewangan RISDA

yang sedang berkuatkuasa.

13.2 Bagi Integrator, kaedah penyaluran peruntukan dan bayaran adalah

merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Program

Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA peringkat Ibu Pejabat

RISDA dan perjanjian antara RISDA dan Integrator

Page 26: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA RMKE-12 22

14.0 CARTA ALIRAN KERJA

Carta Aliran Kerja Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA

adalah seperti di Lampiran 7A dan 7B.

15.0 PENUTUP

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab adalah dikehendaki untuk mematuhi dasar,

prosedur dan peraturan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan

RISDA seperti yang termaktub di dalam Garis Panduan ini supaya program ini

dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Page 27: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

LAMPIRAN

Page 28: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PROJEK

A1 Nama Projek

A3 Alamat Projek

BAHAGIAN C : MAKLUMAT KETUA PROJEK BERKELOMPOK

BORANG AM1A

PROJEK KUMPULAN

Poskod Daerah

Negeri No Tel

Dun Parlimen

C1 Nama

C2 No. MyKad C3 No Tel

A2 Jenis Projek

A4 Nilai Projek

BAHAGIAN B : MAKLUMAT TANAH

B1 Keluasan

B3 No. PT

B2 No. Hakmilik

Pekan/Mukim B4

B5 Daerah

B6 Negeri

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : …………………………..

Tarikh : …………………Cop Nama & Jawatan

BAHAGIAN D : SOKONGAN DARI PEGAWAI RISDA

Disokong Tidak Disokong

Tandatangan : …………………………..

Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan

Sila sertakan Salinan geran tahan, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Ulasan:______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ulasan:______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 29: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEMOHON

A1 Nama

A2 No. MyKad A3 No Tel

A5 Jantina

A6 Bangsa

A7 Status

Nota A7 (Berkahwin/Bujang/Janda/Duda) A8 (Kerajaan/Swasta/Pesara/Penoreh/Petani/Nelayan/Peniaga/Lain-lain)

A9 Alamat A4 Umur

Surat-Menyurat

Poskod

Bandar

Negeri A8 Pekerjaan

BAHAGIAN B : STATUS PEMOHON

B1 Pekebun Kecil

B3 Nama P. Kecil

Nota B1 (jika bukan, perlu isi B3-B8) B3 (Pemilik Geran) B2 (Sekiranya Tiada No SIC, Sila Buat Pendaftaran dengan RISDA) B5 (Sila Sertakan Salinan MyKad Pemilik Geran (B3)) B6 (Suami/Isteri/Anak Pekecil Kecil) B7 (Sila Sertakan Salinan Geran)

Ya Tidak B2 No. SIC

B4 Jenis Tanaman

B5 No. MyKad

B7 No. Geran

B6 Kategori

B8 No. Lot

Getah Lain-Lain

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….……………………………………………………………………..mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya saya didapatimemberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakandenda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

BORANG AM1B

PEKEBUN KECIL

BAHAGIAN D : PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN OLEH KETUA KELOMPOK PROJEK

Saya……………………………………….No. KP…………...............sebagai wakil kepada permohonan projek AgromakananRISDA sebagaimana makumat di dalam Borang AM1A bersetuju untuk menerima dan bertanggungjawab segalasyarat-syarat yang telah dan akan ditetapkan oleh Pihak RISDA dan bersedia untuk diambil tindakan berdasarkanundang-undang sedia ada sekiranya saya melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : …………………………..

Tarikh : …………………Cop Nama & Jawatan

Page 30: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT KOPERASI

A1 Nama Koperasi

A2 No. Pendaftaran

A3 Alamat Koperasi

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROJEK

B1 Jenis Projek

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….…………………………………………………..mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya sayadidapati memberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3)tahun dan boleh juga dikenakan denda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

BORANG AM2A

KOPERASI

Poskod Bandar

Negeri No Tel

No Fax Email

Nama Projek B2

Sila sertakan profail koperasi

B3 Alamat Projek

Poskod Bandar

Negeri

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : ………………………….. Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan

BAHAGIAN D : SOKONGAN DARI PEGAWAI RISDA

Disokong Tidak Disokong

Tandatangan : …………………………..Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan

Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Page 31: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN OLEH KOPERASI BORANG AM2B

PENGESAHAN OLEH PIHAK KOPERASI:Saya mengesahkan bahawa semua maklumat ahli-ahli projek berkelompok ini adalah benar

BIL NAMA NO K.P ALAMAT SURAT MENYURAT NO TELEFON TANDA TANGAN TARIKH TANDA

TANGAN

Nama : ___________________________ Tarikh Har Bulan

Tahun

Tandatangan : ___________________________

MAKLUMAT AHLI-AHLI PROJEK :

NAMA PROJEK : ___________________________

Page 32: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT SYARIKAT

A1 Nama Syarikat

A2 No. Pendaftaran

A3 Alamat Syarikat

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROJEK

B1

B3

Kos Projek

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….…………………………………………………..mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya sayadidapati memberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3)tahun dan boleh juga dikenakan denda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

BORANG AM3A

INTEGRATOR

Poskod Bandar

Negeri No Tel

No Fax Email

Jenis Projek

Jumlah Peserta

B2

B4 No Geran

Sila sertakan salinan geran tanah, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

B5 Alamat Projek

Poskod Bandar

Negeri

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : …………………………..Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan

BAHAGIAN D : SOKONGAN DARI PEGAWAI RISDA

Disokong Tidak Disokong

Tandatangan : …………………………..Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan

Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Cop Nama & Jawatan

Page 33: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT KOPERASI

A1 Nama Koperasi

A2 No. Pendaftaran

A3 Alamat Koperasi

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROJEK

B1 Jenis Projek

BAHAGIAN C : PERAKUAN WAKIL KOPERASI

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….…………………………………………………..mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya sayadidapati memberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3)tahun dan boleh juga dikenakan denda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

BORANG AM3B

KOPERASI

Poskod Bandar

Negeri No Tel

No Fax Email

Nama Syarikat B2

Sila sertakan profail koperasi

B3 Alamat Projek

Poskod Bandar

Negeri

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : ………………………….. Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan

BAHAGIAN D : SOKONGAN DARI PEGAWAI RISDA

Disokong Tidak Disokong

Tandatangan : …………………………..Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan

Page 34: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN OLEH INTERGRATOR BORANG AM3C

PENGESAHAN OLEH PIHAK INTERGRATOR:Saya mengesahkan bahawa semua maklumat ahli-ahli projek berkelompok ini adalah benar

BIL NAMA NO K.P ALAMAT SURAT MENYURAT NO TELEFON TANDA TANGAN TARIKH TANDA

TANGAN

Nama : ___________________________ Tarikh Har BulanTahun

Tandatangan : ___________________________

MAKLUMAT AHLI-AHLI PROJEK :

NAMA PROJEK : ___________________________

Page 35: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

1. Ringkasan Eksekutif

2. Maklumat Pemohon/Syarikat

3. Latar belakang perniagaan sedia ada (jika berkaitan)

4. Maklumat Perniagaan/Projek Dicadangkan :

a. Lokasi dan Sektor

b. Rancangan Organisasi/Pentadbiran

c. Pelan Pemasaran

d. Rancangan Pengeluaran/Operasi (jika berkaitan)

e. Rancangan Kewangan dan kaedah perolehan (procurement) bagi setiap kos komponen yang dicadangkan

f. Jadual Pelaksanaan Projek

g. Impak / Outcome Pelaksanaan Projek kepada penduduk tempatan luar bandar

5. Dokumen Sokongan Perniagaan

6. Format Rancangan Perniagaan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan Font Arial 12 dan spacing 1.5

PANDUAN FORMAT KERTAS KERJA

PELAN PERNIAGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA

LAMPIRAN 1

Page 36: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Ringkasan mengenai idea/rancangan perniagaan secara keseluruhan.

Ringkasan adalah tidak melebihi satu muka surat.

2. MAKLUMAT PEMOHON

i. Nama penuh

ii. Nombor kad pengenalan

iii. Umur

iv. Jantina

v. Alamat tetap

vi. Nombor telefon

vii. Taraf perkahwinan

viii. Kursus keusahawanan yang pernah dihadiri

ix. Kemahiran

x. Pengalaman

xi. Pekerjaan sekarang

xii. Perniagaan yang pernah diceburi ( jika ada )

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN SEDIA ADA ( jika berkaitan )

i. Nama perniagaan

ii. Alamat perniagaan

iii. Alamat surat menyurat ( jika berlainan )

iv. Nombor telefon

PANDUAN FORMAT KERTAS KERJA

PELAN PERNIAGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA

Page 37: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

v. Bentuk perniagaan

vi. Kegiatan utama

vii. Tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan

viii. Nombor pendaftaran perniagaan

ix. Modal permulaan

x. Nama bank

xi. Nombor akaun bank

xii. Pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan

xiii. Senarai pemilik/pemegang saham/Pengarah syarikat:

Nama No. Kad

Pengenalan Jawatan

Jumlah Pegangan

Saham (%)

4. MAKLUMAT PERNIAGAAN/PROJEK DICADANGKAN

i. Lokasi dan Sektor

- Status hak milik lokasi/tapak projek (milik sendiri/sewa/pajak)

- Cadangan projek yang dapat mewujud dan menjana lebih

banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan

komuniti usahawan luar bandar

ii. Rancangan Organisasi/ Pentadbiran

- Menyatakan misi dan objektif organisasi

- Struktur organisasi syarikat

- Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja

Page 38: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

iii. Rancangan Pemasaran

- Penerangan produk/perkhidmatan yang ditawarkan dengan

mengaitkannya dengan kehendak dan keperluan pengguna

- Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan

- Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia

atau kedua-duanya sekali

- Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status

kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer

pasaran yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama

- Unjuran pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Nyatakan

bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya

sekali

- Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan

yang diramalkan

- Butiran perbelanjaan pemasaran.

iv. Rancangan Pengeluaran/Operasi

- Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses

- Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual

-

Contoh :

Jenis

Bahan

Kuantiti

digunakan

Stok

simpanan

Harga

seunit

(RM)

Jumlah

belian

(RM)

Pasir 10000 tan 500 tan RM xxx RM xxxx

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama

dan anggaran belian tahunan bahan untuk tahun ke 2 hingga ke

5.

- Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta

imbuhan mereka – nyatakan jika Pelan Perniagaan dapat

mewujudkan/meningkatkan peluang pekerjaan

Page 39: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

- Nama Pembekal

- Pelan lokasi aktiviti pengeluaran atau operasi

- Overhead operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air,

elektrik, telefon dan lain-lain yang menjadi penggerak operasi

- Butiran perbelanjaan operasi

* Pelan Perniagaan hendaklah menyatakan elemen-elemen seperti

berikut:

• Memberi keutamaan terhadap penggunaan sumber/bahan

mentah serta mesin/peralatan/mekanisasi tempatan

• Berasaskan aktiviti/sumber ekonomi setempat dan mesra alam

• Menunjukkan potensi dari segi daya maju, daya saing dan daya

tahan

v. Rancangan Kewangan

- Kos Pelaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan

kos yang akan terlibat

- Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

dengan menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai

- Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir

tempoh perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung

Rugi

vi. Jadual Pelaksanaan Projek

- Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat

kejadian yang akan berlaku terhadap perniagaan apabila

perniagaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya ia menunjukkan

kemajuan operasi daripada peringkat idea kepada kenyataan.

- Jadual ini dipersembahkan dengan menggunakan carta yang

akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti yang

Page 40: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

akan dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula

kaitan di antara aktiviti-aktiviti.

vii. Outcome dan impak kepada penduduk tempatan/luar bandar

- Nyatakan outcome projek sama ada kepada penduduk

setempat serta kawasan luar bandar; dan

- Impak seperti kesan limpahan manfaat projek (project spill over)

kepada masyarakat setempat, pembangunan luar bandar,

ekonomi atau industri negara.

5. DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon hendaklah menyediakan dokumen-dokumen bagi menyokong

sesuatu kenyataan yang dinyatakan dalam Pelan Perniagaan seperti gambar

perniagaan/operasi, sijil-sijil, pendaftaran syarikat, penyata bank,

memorandum/perjanjian dan lain-lain yang berkaitan

Page 41: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

SURAT AKUJANJI PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

PERJANJIAN ini dibuat pada ………… haribulan …….…….. Tahun………..

DIANTARA

Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian...…..……………….beralamat di

….……………………....………………………………………………..……………

………………adalah satu Jabatan Kerajaan (selepas ini dirujuk sebagai

"Jabatan")

DAN

………(peserta) ......... …… No. Kad Pengenalan ………………... beralamat

di …………………………………………………………………………………..…..

(selepas ini dirujuk sebagai “peserta”) sebagai satu pihak lagi

Bahawasanya saya dengan ini mengakui telah menerima bantuan/ mesin/peralatan (seperti lampiran) dan memberi akujanji-akujanji seperti berikut:-

1. Saya hendaklah menjalankan projek dalam jangkamasa yang telah ditetapkan berpandukan nasihat, rundingan dan panduan oleh Jabatan dan mengikuti segala peraturan Jabatan dan mengikuti latihan yang diarahkan oleh Jabatan.

2. Saya tidak akan menjual memberi sewa, memajak, menggadai atau

melepaskan pemilikan dan pemunyaan ke atas peralatan tersebut kepada pihak lain. Jabatan berhak untuk mengambil balik peralatan sekiranya disalahguna.

Page 42: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

3. Saya dikehendaki menyimpan Rekod Ladang serta rekod urusniaga perniagaan hasil pengeluaran dan nilai jualan di dalam Buku Rekod Aktiviti Tanaman dan Jualan ataupun rekod secara digital seperti diarahkan oleh RISDA. Pegawai pemeriksa Jabatan berhak untuk meneliti dan memeriksa rekod tersebut bagi tujuan pemantauan dan penilaian keberkesanan projek pada bila-bila masa diperlukan.

4. Saya bersetuju membenarkan Pegawai Jabatan untuk membuat lawatan dan memantau perjalanan projek.

5. Saya tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari Jabatan jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung atau tidak langsung.

6. Saya bersetuju dan akur sekiranya Jabatan menarik balik bantuan peralatan / mesin/ bahan mentah yang telah diberikan jika gagal mematuhi mana-mana syarat seperti di atas dan segala arahan Jabatan bersabit dengan pengurusan projek yang diberi dari semasa ke semasa.

Saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar menurut undang-undang Surat Akaun 1960 dan mematuhi peruntukan-peruntukan yang temaktub di dalam Akta Perakuan Bersumpah 1960.

Ditandatangani oleh: Peserta Tandatangan/Cap ibu jari : .......................................... Nama : .......................................... No. Kad Pengenalan :............................................

Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian ……………. Nama : ............................................ No. Kad Pengenalan : ............................................

Page 43: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

PERJANJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN (PPHBAM)

DI ANTARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

DAN

(KOPERASI)

Page 44: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

1

PERJANJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN

PERJANJIAN ini dibuat pada haribulan 2021

DI ANTARA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH, sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 yang beralamat di Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut “RISDA”) sebagai pihak pertama;

DAN KOPERASI (No. Syarikat XXXXXX) sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat operasinya di No.39-2, (ALAMAT RASMI KOPERASI) (kemudian daripada ini disebut “KOPERASI”) sebagai pihak kedua. BAHAWASANYA:-

A. RISDA telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan (PPHBAM) dengan sejumlah geran kerajaan sebanyak RM XXX juta pada tahun 2021. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil getah dan sawit semata-mata.

B. Koperasi adalah sebuah syarikat milikan penuh RISDA yang mempunyai kebolehan, kepakaran dan pengalaman dari segi pengurusan projek, sumber serta kewangan khususnya berkaitan (Projek XXXXX).

C. RISDA, melalui mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan Bil 1/2021 pada (Tarikh), setelah mempertimbangkan permohonan dan kertas kerja daripada Koperasi, telah bersetuju untuk melantik Koperasi bagi melaksanakan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan secara khususnya (Projek

Page 45: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

2

XXXXX di XXXXXXX) dan Koperasi telah bersetuju menerima perlantikan tersebut

MAKA KEDUA-DUA PIHAK DENGAN INI BERSETUJU seperti berikut: - 1. TAFSIRAN

Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maksud yang lain, maka ditetapkan maksud seperti berikut:- 1.1. “RISDA” bermaksud Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah;

1.2. ”PPHBAM” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan;

1.3. “Koperasi” bermaksud (Nama KOPERASI), sebuah Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Koperasi dan mempunyai alamat operasinya di (Alamat Berdaftar Koperasi) yang telah dilantik oleh RISDA bagi melaksanakan PPHBAM;

1.4. ”Peserta” bermaksud Pekebun Kecil atau Ahli Isi Rumah yang berdaftar dengan RISDA atau pihak Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang disenaraikan sebagai peserta dalam Projek Tersebut. Senarai Peserta dilampirkan sebagai LAMPIRAN A dalam Perjanjian ini;

1.5. “Projek Tersebut” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan secara khususnya (Nama dan Tempat Projek)

1.6. “JPPHBAM” bermaksud Jawatankuasa Program Pembangunan

Hasil Baharu Agromakanan, Peringkat Negeri yang ditugaskan untuk

memantau dan mengurus pelaksanaan PPHBAM oleh Koperasi

dengan keahlian dan peranan seperti yang ditentukan oleh RISDA

Senarai keahlian JPPHBAM dilampirkan sebagai LAMPIRAN B

dalam Perjanjian ini);

Page 46: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

3

1.7. “Pengurus Program” bermaksud Pengarah Bahagian Program

Khas yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memantau

pelaksanaan dasar, agihan peruntukan, bayaran semua tuntutan oleh

Koperasi (mana yang berkaitan) dan pemantauan Projek Tersebut;

1.8. “Agihan Pembayaran Keuntungan” bermaksud keuntungan Projek

Tersebut yang diperolehi dari pelaksanaan PPHBAM oleh Koperasi

dan akan dikreditkan ke dalam akaun Peserta berdasarkan kadar

yang ditetapkan oleh JPPHBAM sepertimana di klausa 3.3.5 di

bawah.

2. TEMPOH KUATKUASA PERJANJIAN

2.1 Perjanjian ini mula berkuatkuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam Item 1, Jadual Pertama kepada Perjanjian ini selama tempoh pelaksanaan Projek Tersebut seperti dinyatakan dalam Item 2, Jadual Pertama yang diluluskan oleh JPPHBAM atau sehingga projek ditamatkan oleh RISDA.

2.2 Perjanjian ini boleh disemak dan dipinda pada bila-bila masa mengikut dasar RISDA yang diluluskan pada tahun semasa dan boleh juga dirunding untuk diperbaharui sebelum tarikh kuatkuasa Perjanjian ini tamat tertakluk sentiasa kepada persetujuan kedua- dua pihak..

3. TANGGUNGJAWAB KOPERASI

3.1 Koperasi hendaklah mengemukakan kepada RISDA sebelum atau

pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dokumen-dokumen seperti berikut:-

Page 47: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

4

3.1.1 Satu dokumen Rancangan Perniagaan atau kertas kerja yang lengkap untuk tujuan kelulusan dan pemantauan. Sesalinan kertas kerja tersebut dilampirkan di sini sebagai Lampiran C; dan

3.1.2 Borang Permohonan AM2A iaitu suatu borang permohonan Projek Tersebut yang perlu diisi oleh Koperasi. Sesalinan borang tersebut dilampirkan di sini sebagai Lampiran D; dan

3.1.3 Borang AM2B iaitu suatu Borang Permohonan Peserta untuk menyertai Projek Tersebut di bawah Koperasi Sesalinan borang tersebut dilampirkan di sini sebagai Lampiran E;

3.2 Koperasi hendaklah menjalankan kerja-kerja yang meliputi tetapi tidak

terhad kepada kerja-kerja berikut: - 3.2.1 Pengurusan am, kontrak dan kewangan Projek Tersebut;

3.2.2 Pengurusan Projek merangkumi Pengurusan tanaman atau

ternakan termasuk penyenggaraan Projek Tersebut; dan

3.2.3 Jualan dan pemasaran hasil Projek Tersebut.

3.3 Pengurusan am, kontrak dan kewangan Projek Tersebut termasuklah: -

3.3.1 Menguruskan kontrak di antara Koperasi dan Kontraktor (jika

perlu) termasuk mengeluarkan arahan keseluruhan kerja, perubahan kerja (V.O), perubahan spesifikasi kerja, pelanjutan tempoh masa (EOT) dan menamatkan kontrak.

3.3.2 Mengeluarkan notis peringatan berkaitan ketidakpatuhan

kontraktor kepada jadual kerja yang telah ditetapkan;

3.3.3 Menyemak dan memperaku tuntutan kerja daripada kontraktor (jika ada) serta mengemukakan tuntutan RISDA;

Page 48: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

5

3.3.4 Melaksanakan semua kerja (mentadbir urus) yang berkaitan pembangunan, pengurusan operasi dan kewangan Projek Tersebut serta melaporkan kepada pihak RISDA secara berkala;

3.3.5 Mengurus akaun pendapatan serta membuat Agihan Pembayaran Keuntungan kepada Peserta dengan kadar yang diluluskan oleh JPPHBAM iaitu dengan kadar 50% kepada peserta. Walaubagaimanapun kadar ini boleh diubah oleh RISDA dengan mengambil kira keadaan semasa (seperti harga, cuaca dan lain-lain faktor yang boleh menjejaskan pengurusan projek ini) dan kemampuan Koperasi menguruskan projek ini;

3.3.6 Mewujudkan akaun khas bagi setiap Projek Tersebut dan

melaporkan kepada Pengurus Program secara bulanan dan/atau dari semasa ke semasa sepertimana arahan RISDA;

3.3.7 Menyedia dan menyimpan rekod kewangan terkini berkaitan dengan pengurusan Projek Tersebut, pengeluaran hasil dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan amalan lazim prinsip-prinsip perakaunan dan kewangan yang diterima pakai di Malaysia;

3.3.8 Menyediakan Laporan Prestasi Fizikal berserta gambar (jika berkaitan) dan Penyata Kewangan kepada RISDA pada SETIAP BULAN sebelum 10hb bulan berikutnya;

3.3.9 Koperasi, setelah dimaklumkan oleh RISDA samada secara bertulis ataupun lisan, hendaklah membenarkan mana-mana pegawai dari RISDA atau pihak yang dilantik dan berkaitan dengan RISDA untuk memeriksa dan memasuki kawasan Projek Tersebut serta membuat auditan pengurusan dan kewangan tanpa sebarang sekatan bagi memastikan kemajuan Projek Tersebut berjalan dengan lancar.

3.4 Pengurusan Projek termasuklah:

Page 49: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

6

3.4.1 Memastikan kerja-kerja yang dibuat menepati kos sepertimana yang diluluskan oleh JPPHBAM dan diperincikan di dalam Jadual Kedua di dalam Perjanjian ini; Menguruskan Projek Tersebut berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh RISDA dari semasa ke semasa;

3.4.2 Memastikan prestasi kerja adalah mengikut Jadual

Pelaksanaan Kerja Tahunan yang akan ditentukan oleh Pengurus Program;

3.4.3 Memastikan Projek Tersebut mencapai tahap potensi hasil

sepertimana yang diluluskan oleh JPPHBAM;

3.4.4 Menubuhkan pasukan pengurusan projek yang berkelayakan dan profesional serta pekerja yang mencukupi untuk mengurus, menyelenggara, mengutip hasil dan memasarkan hasil projek bagi memberi pulangan optima kepada Peserta;

3.4.5 Melaksana langkah-langkah yang perlu bagi memastikan

kawasan projek bebas daripada penduduk setinggan, peneroka haram dan penceroboh serta dengan segera melaporkan kepada Pihak Berkuasa dan RISDA jika berlaku apa-apa pencerobohan atau perbuatan haram di dalam kawasan Projek Tersebut;

3.4.6 Menyelaras dan memantau kontraktor, pekerja dan mana-

mana pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Tersebut merangkumi semua aspek termasuk tetapi tidak terhad kepada membentuk suatu pelan kerja yang meliputi program-program, jadual masa, bajet dan pelan yang akan dilaksanakan;

3.4.7 Semasa tempoh pelaksanaan, Koperasi hendaklah

mengemukakan analisis mengenai perbelanjaan operasi, hasil dan jualan serta mengambil langkah-langkah yang segera bagi menambah hasil Projek Tersebut untuk mencapai matlamat agihan keuntungan seperti yang dicadangkan oleh Koperasi dan diluluskan oleh RISDA melalui JPPHBAM;

Page 50: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

7

3.4.8 Melaksanakan apa-apa arahan, kerja-kerja atau aktiviti yang berkaitan dengan Projek Tersebut seperti diarahkan oleh RISDA.

3.5 Jualan dan Pemasaran Hasil termasuklah melaksanakan perkara-

perkara seperti berikut: -

3.5.1 Membentangkan matlamat hasil JPPHBAM untuk kelulusan;

3.5.2 Melaksana strategi pemasaran yang sesuai bagi tujuan pemasaran, pengangkutan dan penjualan hasil Projek Tersebut; dan

3.5.3 Kerugian atas penurunan harga pasaran adalah ditanggung

sepenuhnya oleh Koperasi. 4. BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB RISDA

4.1. Menentukan dasar, strategi pelaksanaan dan hala tuju program dan

Projek Tersebut; 4.2. Meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan dan kos projek

yang dicadangkan;

4.3. Menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama Kementerian/ Jabatan/ Agensi berkaitan dalam melaksanakan Projek Tersebut;

4.4. Memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu dasar dan

masalah utama Projek Tersebut;

4.5. Menetapkan sasaran bagi memastikan objektif Projek Tersebut dapat dicapai;

4.6. Menyemak dan meluluskan senarai nama peserta atau Koperasi

Pekebun Kecil (KPK) bagi Projek Tersebut yang melibatkan agihan keuntungan;

Page 51: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

8

4.7. Menyemak status pelaksanaan Projek Tersebut;

4.8. Membincangkan isu-isu pelaksanaan Projek Tersebut dan langkah-langkah penyelesaian;

4.9. Memberi cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan Projek

Tersebut;

4.10. Memantau pelaksanaan Projek Tersebut oleh Koperasi melalui laporan bulanan serta lawatan dari semasa ke semasa;

4.11. Menyalurkan Modal Awalan (jika ada) dengan kadar tidak melebihi

25% daripada jumlah keseluruhan projek selepas Dokumen Perjanjian ini ditandatangani;

4.12. Menyemak dan membuat Bayaran Kemajuan Kerja (jika ada) ke atas

tuntutan yang dikemukakan oleh Koperasi; dan

4.13. Mengawal perbelanjaan Projek Tersebut serta mengemaskini rekod kewangan untuk dimaklumkan kepada Kementerian pengawal.

5. GERAN KERAJAAN 5.1 Peruntukan adalah melalui geran yang diterima daripada Kerajaan

Malaysia kepada RISDA. Sekiranya peruntukan kerajaan lewat diterima, pelaksanaan Projek Tersebut hendaklah ditangguhkan sehingga peruntukan diterima, atau sekiranya peruntukan kerajaan dihentikan, Projek Tersebut hanya akan dilaksanakan setakat peruntukan diterima, mengikut mana-mana keadaan yang berkenaan.

5.2 Koperasi dengan ini bersetuju bahawa RISDA tidak mempunyai apa-

apa kawalan ke atas peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Malaysia dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau sebaliknya ke atas RISDA atas penangguhan atau pemberhentian peruntukan berkenaan.

Page 52: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

9

6. KOS PROJEK 6.1 Penetapan Kos Projek bagi pelaksanaan dan pengurusan Projek

Tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua di dalam Perjanjian ini; dan

6.2 Perubahan bagi pembiayaan apa-apa kos yang melebihi Kos Projek

seperti yang telah diputuskan hendaklah mendapat kelulusan JPPHBAM.

6.3 Tertakluk kepada klausa 5.1 di atas, RISDA bersetuju dan meluluskan

projek ini kepada KOPERASI dengan peruntukan sebanyak RM XXX,000 seperti dinyatakan dalam Jadual Kedua

7. AKUJANJI

7.1 Koperasi berjanji akan mematuhi segala arahan, keperluan, peraturan dan undang-undang terpakai atau pindaan dari semasa ke semasa yang dibuat oleh RISDA, Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri dan/atau Kerajaan Malaysia berhubung pengurusan Projek Tersebut;

7.2 Koperasi mengaku janji tidak akan menyalahguna kedudukannya serta mendedahkan maklumat yang ada padanya berkaitan dengan perjanjian ini kepada pihak ketiga untuk kepentingan peribadi dan/atau syarikat;

7.3 Koperasi tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari RISDA jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung atau tidak langsung; dan

7.4 Koperasi mengaku janji akan menanggung rugi RISDA di atas sebarang pertikaian dan/atau tuntutan dari mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan ladang tersebut akibat dari tindakan atau kecuaian Koperasi.

8. PENAMATAN PERJANJIAN

Page 53: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

10

8.1 Kedua-dua pihak boleh, selepas memberi notis bertulis TIGA (3)

BULAN kepada pihak yang satu lagi, menamatkan Perjanjian ini jika berlaku apa-apa keadaan termasuk berlakunya apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dan syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini; dan

8.2 Tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian

ini, RISDA boleh pada bila-bila masa memberi notis TIGA (3) BULAN kepada Koperasi untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa memberikan apa-apa alasan.

9. KESAN PENAMATAN

9.1 Penamatan Perjanjian ini hendaklah tidak menyentuh apa-apa hak

RISDA atau Koperasi untuk mendapat ganti rugi dan menguatkuasakan apa-apa hak lain di bawah undang-undang; dan

9.2 RISDA berhak untuk menarik balik baki Modal Awalan yang telah

disalurkan kepada Koperasi sekiranya Projek Tersebut ditamatkan sebelum selesai pelaksanaan.

10. TANGGUNG RUGI

Koperasi hendaklah membebaskan RISDA daripada apa-apa liabiliti dan Koperasi hendaklah menanggung apa-apa kerugian akibat daripada dan terhadap segala bayaran, tuntutan belanja, ganti rosak, tanggungan, kerugian dan perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas RISDA daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini akibat daripada kecuaian Koperasi.

11. PINDAAN-PINDAAN Apa-apa pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat

secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 12. NOTIS

Page 54: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

11

Segala notis yang hendak atau perlu diberi oleh mana-mana pihak kepada

pihak yang satu lagi hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan secara serahan tangan atau dipos secara pos berdaftar ke alamat penerima yang dinyatakan di sini, atau ke alamat lain yang dimaklumkan secara bertulis oleh penerima dan bagi tujuan tersebut hendaklah dianggap telah diserahkan dengan sempurna setelah tujuh (7) hari dari tarikh ianya diposkan.

13. DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan penyediaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Koperasi.

14. UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah ditafsir mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.

15. PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian di antara RISDA dan Koperasi mengenai tafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini, atau hak dan tanggungjawab pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah diselesaikan secara rundingan oleh kedua-dua belah pihak.

16. FORCE MAJEURE

16.1 Kedua-dua pihak adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini jika tindakan dan ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan yang tergolong di bawah “Force Majeure” seperti rusuhan,

kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan dan sebab-sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat dikawal olehnya.

16.2 Sekiranya “Force Majeure” berlaku, perlaksanaan Perjanjian ini

hendaklah ditangguhkan setakat mana tempoh berlakunya “Force

Majeure” atau Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan

kedua-dua pihak.

Page 55: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

12

17. PENYAMPAIAN Alamat RISDA dan Koperasi bagi tujuan penyampaian adalah seperti berikut: Kepada RISDA – Ketua Pengarah RISDA Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur. Tel : 03- 4256 4022 Faks : 03- 4256 5533 Kepada Koperasi – Pengerusi / Pengurus (Alamat Berdaftar Koperasi)

(KLAUSA TAMAT)

Page 56: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

13

PADA MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT maka pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada hari bulan dan tahun yang mula-mula tertulis di atas: - Ditandatangani oleh ) untuk dan bagi pihak ) RISDA ) ……………………………… Dengan disaksikan oleh ) ......................................... Ditandatangani oleh ) untuk dan bagi pihak ) KOPERASI ) .......................................... Pengerusi / Pengurus Dengan disaksikan oleh ) ……………………………… PRN / Ketua Unit

Page 57: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

14

JADUAL PERTAMA Bil Perkara

1 Tarikh kuatkuasa Perjanjian ini

2 Pihak-Pihak Kepada Perjanjian 1. PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

2. KOPERASI

3 Tempoh Perjanjian Sepanjang projek dilaksanakan

4 Nama Projek PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN :- 1.PROJEK xxxxxx 2.PROJEK xxxxxx

5 Lokasi Projek 1.PROJEK xxxx DI xxxxx

Page 58: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

15

JADUAL KEDUA ANGGARAN KOS PROJEK DAN JADUAL BAYARAN

A) ANGGARAN KOS PROJEK

BIL PROJEK INTEGRATOR JUMLAH (RM) KELULUSAN

MOHON LULUS SUKUAN KEDUA

SUKUAN KETIGA

1 FERTIGASI RASB

2,000,000 2,000,000 1,000,000 1,000,000 2 NANAS 1,500,000 1,000,000 1,000,000 3

JUMLAH 3,500,000 3,000,000 1,000,000 2,000,000

B) JADUAL BAYARAN

PERKARA KETERANGAN Bayaran 1 Modal awalan (Jika ada) sebanyak RM 750,000 akan dibayar kepada

Koperasi setelah Perjanjian ini ditandatangani oleh kedua-dua pihak;

Bayaran seterusnya Bayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat berdasarkan tuntutan yang lengkap diterima daripada Koperasi setelah peringkat kerja tersebut disahkan siap dengan puas hati oleh RISDA;

Page 59: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

16

LAMPIRAN A

SENARAI PESERTA PROJEK TERSEBUT

Page 60: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

17

LAMPIRAN B

i) Pengerusi : Pengarah RISDA Negeri (PRN) ii) Timb Pengerusi : Timb. Pengarah RISDA Negeri (Pengerusi Ganti) iii) Setiausaha : Penyelaras Program Khas Negeri iv) Ahli : Semua Pegawai RISDA (Daerah/Jajahan/Bahagian) Semua Ketua Unit di PRN Wakil Agensi yang berkaitan

Page 61: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

18

LAMPIRAN C

RANCANGAN PERNIAGAAN ATAU KERTAS KERJA

PROJEK TERSEBUT

Page 62: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

19

LAMPIRAN D

BORANG

Page 63: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

20

LAMPIRAN E

BORANG

Page 64: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

PERJANJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA

DI ANTARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

DAN

(INTEGRATOR)

Page 65: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

1

PERJANJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN RISDA

PERJANJIAN ini dibuat pada haribulan 2021

DI ANTARA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH, sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 yang beralamat di Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut “RISDA”) sebagai pihak pertama;

DAN INTEGRATOR (No. Syarikat XXXXXX) sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat operasinya di No.39-2, (ALAMAT RASMI INTEGRATOR) (kemudian daripada ini disebut “Integrator”) sebagai pihak kedua. BAHAWASANYA:-

A. RISDA telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan (PPHBAM) dengan sejumlah geran kerajaan sebanyak RM XXX juta pada tahun 2021. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil getah dan sawit semata-mata.

B. Integrator adalah sebuah syarikat milikan penuh RISDA yang mempunyai kebolehan, kepakaran dan pengalaman dari segi pengurusan projek, sumber serta kewangan khususnya berkaitan (Projek XXXXX).

C. RISDA, melalui mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan Bil 1/2021 pada (Tarikh), setelah mempertimbangkan permohonan dan kertas kerja daripada Integrator, telah bersetuju untuk melantik Integrator bagi melaksanakan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan secara khususnya (Projek

Page 66: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

2

XXXXX di XXXXXXX) dan Integrator telah bersetuju menerima perlantikan tersebut

MAKA KEDUA-DUA PIHAK DENGAN INI BERSETUJU seperti berikut: - 1. TAFSIRAN

Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maksud yang lain, maka ditetapkan maksud seperti berikut:- 1.1. “RISDA” bermaksud Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah;

1.2. ”PPHBAM” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan;

1.3. “Integrator” bermaksud (Nama Syarikat Integrator), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 dan mempunyai alamat operasinya di (Alamat Berdaftar Integrator) yang telah dilantik oleh RISDA bagi melaksanakan PPHBAM;

1.4. ”Peserta” bermaksud Pekebun Kecil atau Ahli Isi Rumah yang berdaftar dengan RISDA atau pihak Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang disenaraikan sebagai peserta dalam Projek Tersebut. Senarai Peserta dilampirkan sebagai LAMPIRAN A dalam Perjanjian ini;

1.5. “Projek Tersebut” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan secara khususnya (Nama dan Tempat Projek)

1.6. “JIPPHBAM” bermaksud Jawatankuasa Induk Program

Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan, Peringkat Ibu Pejabat

yang ditugaskan untuk memantau dan mengurus pelaksanaan

PPHBAM oleh Integrator dengan keahlian dan peranan seperti yang

ditentukan oleh RISDA Senarai keahlian JIPPHBAM dilampirkan

sebagai LAMPIRAN B dalam Perjanjian ini);

Page 67: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

3

1.7. “Pengurus Program” bermaksud Pengarah Bahagian Program

Khas yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memantau

pelaksanaan dasar, agihan peruntukan, bayaran semua tuntutan oleh

Integrator (mana yang berkaitan) dan pemantauan Projek Tersebut;

1.8. “Modal Awalan” bermaksud bayaran pendahuluan yang dibayar

kepada Integrator pada kadar tidak melebihi 25% (dua puluh lima

peratus) daripada jumlah keseluruhan kos projek selepas dokumen

Perjanjian ini ditandatangani

1.9. “Bayaran Kemajuan Kerja” bermaksud bayaran terhadap tuntutan

yang dibuat oleh Integrator berdasarkan tahap kemajuan

pelaksanaan Projek Tersebut melalui kaedah bayaran balik kepada

Integrator yang telah mendahulukan wangnya atau hartanya untuk

membayar sesuatu perbelanjaan bagi tujuan atau berkaitan Projek

Tersebut;

1.10. “Agihan Pembayaran Keuntungan” bermaksud keuntungan Projek

Tersebut yang diperolehi dari pelaksanaan PPHBAM oleh Integrator

dan akan dikreditkan ke dalam akaun Peserta berdasarkan kadar

yang ditetapkan oleh JIPPHBAM sepertimana di klausa 3.3.5 di

bawah.

2. TEMPOH KUATKUASA PERJANJIAN

2.1 Perjanjian ini mula berkuatkuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam Item 1, Jadual Pertama kepada Perjanjian ini selama tempoh pelaksanaan Projek Tersebut seperti dinyatakan dalam Item 2, Jadual Pertama yang diluluskan oleh JIPPHBAM atau sehingga projek ditamatkan oleh RISDA.

2.2 Perjanjian ini boleh disemak dan dipinda pada bila-bila masa mengikut dasar RISDA yang diluluskan pada tahun semasa dan

Page 68: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

4

boleh juga dirunding untuk diperbaharui sebelum tarikh kuatkuasa Perjanjian ini tamat tertakluk sentiasa kepada persetujuan kedua- dua pihak..

3. TANGGUNGJAWAB INTEGRATOR

3.1 Integrator hendaklah mengemukakan kepada RISDA sebelum atau

pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dokumen-dokumen seperti berikut:- 3.1.1 Satu dokumen Rancangan Perniagaan atau kertas kerja yang

lengkap untuk tujuan kelulusan dan pemantauan. Sesalinan kertas kerja tersebut dilampirkan di sini sebagai Lampiran C; dan

3.1.2 Borang Permohonan AM1B iaitu suatu borang permohonan Projek Tersebut yang perlu diisi oleh Integrator. Sesalinan borang tersebut dilampirkan di sini sebagai Lampiran D; dan

3.1.3 Borang AM1D iaitu suatu Borang Permohonan Peserta untuk menyertai Projek Tersebut di bawah Integrator Sesalinan borang tersebut dilampirkan di sini sebagai Lampiran E;

3.2 Integrator hendaklah menjalankan kerja-kerja yang meliputi tetapi

tidak terhad kepada kerja-kerja berikut: - 3.2.1 Pengurusan am, kontrak dan kewangan Projek Tersebut;

3.2.2 Pengurusan tanaman atau ternakan termasuk penyenggaraan

Projek Tersebut; dan

3.2.3 Jualan dan pemasaran hasil Projek Tersebut.

3.3 Pengurusan am, kontrak dan kewangan Projek Tersebut termasuklah: -

Page 69: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

5

3.3.1 Menguruskan kontrak di antara Integrator dan Kontraktor (jika

perlu) termasuk mengeluarkan arahan keseluruhan kerja, perubahan kerja (V.O), perubahan spesifikasi kerja, pelanjutan tempoh masa (EOT) dan menamatkan kontrak.

3.3.2 Mengeluarkan notis peringatan berkaitan ketidakpatuhan

kontraktor kepada jadual kerja yang telah ditetapkan;

3.3.3 Menyemak dan memperaku tuntutan kerja daripada kontraktor serta mengemukakan tuntutan kepada Pengurus Program untuk Bayaran Kemajuan Kerja;

3.3.4 Melaksanakan semua kerja (mentadbir urus) yang berkaitan pembangunan, pengurusan operasi dan kewangan Projek Tersebut serta melaporkan kepada pihak RISDA secara berkala;

3.3.5 Mengurus akaun pendapatan serta membuat Agihan Pembayaran Keuntungan kepada Peserta dengan kadar yang diluluskan oleh JIPPHBAM iaitu dengan kadar 50% kepada peserta. Walaubagaimanapun kadar ini boleh diubah oleh RISDA dengan mengambil kira keadaan semasa (seperti harga, cuaca dan lain-lain faktor yang boleh menjejaskan pengurusan projek ini) dan kemampuan Integrator menguruskan projek ini;

3.3.6 Mewujudkan akaun khas bagi setiap Projek Tersebut dan

melaporkan kepada Pengurus Program secara bulanan dan/atau dari semasa ke semasa sepertimana arahan RISDA;

3.3.7 Menyedia dan menyimpan rekod kewangan terkini berkaitan dengan pengurusan Projek Tersebut, pengeluaran hasil dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan amalan lazim prinsip-prinsip perakaunan dan kewangan yang diterima pakai di Malaysia;

3.3.8 Menyediakan Laporan Prestasi Fizikal berserta gambar (jika berkaitan) dan Penyata Kewangan kepada RISDA pada SETIAP BULAN sebelum 10hb bulan berikutnya;

Page 70: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

6

3.3.9 Integrator hendaklah melaksanakan tatacara perolehan

mengikut kaedah perolehan semasa yang digunapakai oleh Integrator.

3.3.10 Integrator, setelah dimaklumkan oleh RISDA samada secara

bertulis ataupun lisan, hendaklah membenarkan mana-mana pegawai dari RISDA atau pihak yang dilantik dan berkaitan dengan RISDA untuk memeriksa dan memasuki kawasan Projek Tersebut serta membuat auditan pengurusan dan kewangan tanpa sebarang sekatan bagi memastikan kemajuan Projek Tersebut berjalan dengan lancar.

3.4 Pengurusan Projek termasuklah:

3.4.1 Memastikan kerja-kerja yang dibuat menepati kos sepertimana yang diluluskan oleh JIPPHBAM dan diperincikan di dalam Jadual Kedua di dalam Perjanjian ini; Menguruskan Projek Tersebut berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh RISDA dari semasa ke semasa;

3.4.2 Memastikan prestasi kerja adalah mengikut Jadual

Pelaksanaan Kerja Tahunan yang akan ditentukan oleh Pengurus Program;

3.4.3 Memastikan Projek Tersebut mencapai tahap potensi hasil

sepertimana yang diluluskan oleh JIPPHBAM;

3.4.4 Memastikan kadar kematian tanaman/ternakan tidak melebihi jumlah yang diperincikan di dalam Jadual Ketiga dalam Perjanjian ini

3.4.5 Menubuhkan pasukan pengurusan projek yang berkelayakan

dan profesional serta pekerja yang mencukupi untuk mengurus, menyelenggara, mengutip hasil dan memasarkan hasil projek bagi memberi pulangan optima kepada Peserta;

3.4.6 Melaksana langkah-langkah yang perlu bagi memastikan

kawasan projek bebas daripada penduduk setinggan,

Page 71: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

7

peneroka haram dan penceroboh serta dengan segera melaporkan kepada Pihak Berkuasa dan RISDA jika berlaku apa-apa pencerobohan atau perbuatan haram di dalam kawasan Projek Tersebut;

3.4.7 Menyelaras dan memantau kontraktor, pekerja dan mana-

mana pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Tersebut merangkumi semua aspek termasuk tetapi tidak terhad kepada membentuk suatu pelan kerja yang meliputi program-program, jadual masa, bajet dan pelan yang akan dilaksanakan;

3.4.8 Semasa tempoh pelaksanaan, Integrator hendaklah

mengemukakan analisis mengenai perbelanjaan operasi, hasil dan jualan serta mengambil langkah-langkah yang segera bagi menambah hasil Projek Tersebut untuk mencapai matlamat agihan keuntungan seperti yang dicadangkan oleh Integrator dan diluluskan oleh RISDA melalui JIPPHBAM;

3.4.9 Melaksanakan apa-apa arahan, kerja-kerja atau aktiviti yang

berkaitan dengan Projek Tersebut seperti diarahkan oleh RISDA.

3.5 Jualan dan Pemasaran Hasil termasuklah melaksanakan perkara-

perkara seperti berikut: -

3.5.1 Membentangkan matlamat hasil JIPPHBAM untuk kelulusan;

3.5.2 Melaksana strategi pemasaran yang sesuai bagi tujuan pemasaran, pengangkutan dan penjualan hasil Projek Tersebut; dan

3.5.3 Kerugian atas penurunan harga pasaran adalah ditanggung

sepenuhnya oleh Integrator.

Page 72: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

8

4. BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB RISDA

4.1. Menentukan dasar, strategi pelaksanaan dan hala tuju program dan

Projek Tersebut; 4.2. Meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan dan kos projek

yang dicadangkan;

4.3. Menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama Kementerian/ Jabatan/ Agensi berkaitan dalam melaksanakan Projek Tersebut;

4.4. Memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu dasar dan

masalah utama Projek Tersebut;

4.5. Menetapkan sasaran bagi memastikan objektif Projek Tersebut dapat dicapai;

4.6. Menyemak dan meluluskan senarai nama peserta atau Koperasi

Pekebun Kecil (KPK) bagi Projek Tersebut yang melibatkan agihan keuntungan;

4.7. Menyemak status pelaksanaan Projek Tersebut;

4.8. Membincangkan isu-isu pelaksanaan Projek Tersebut dan langkah-

langkah penyelesaian;

4.9. Memberi cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan Projek Tersebut;

4.10. Memantau pelaksanaan Projek Tersebut oleh Integrator melalui

laporan bulanan serta lawatan dari semasa ke semasa;

4.11. Menyalurkan Modal Awalan dengan kadar tidak melebihi 25% daripada jumlah keseluruhan projek selepas Dokumen Perjanjian ini ditandatangani;

4.12. Menyemak dan membuat Bayaran Kemajuan Kerja ke atas tuntutan

yang dikemukakan oleh Integrator; dan

4.13. Mengawal perbelanjaan Projek Tersebut serta mengemaskini rekod kewangan untuk dimaklumkan kepada Kementerian pengawal.

Page 73: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

9

5. GERAN KERAJAAN 5.1 Peruntukan adalah melalui geran yang diterima daripada Kerajaan

Malaysia kepada RISDA. Sekiranya peruntukan kerajaan lewat diterima, pelaksanaan Projek Tersebut hendaklah ditangguhkan sehingga peruntukan diterima, atau sekiranya peruntukan kerajaan dihentikan, Projek Tersebut hanya akan dilaksanakan setakat peruntukan diterima, mengikut mana-mana keadaan yang berkenaan.

5.2 Integrator dengan ini bersetuju bahawa RISDA tidak mempunyai apa-

apa kawalan ke atas peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Malaysia dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau sebaliknya ke atas RISDA atas penangguhan atau pemberhentian peruntukan berkenaan.

6. KOS PROJEK

6.1 Penetapan Kos Projek bagi pelaksanaan dan pengurusan Projek

Tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua di dalam Perjanjian ini; dan

6.2 Perubahan bagi pembiayaan apa-apa kos yang melebihi Kos Projek

seperti yang telah diputuskan hendaklah mendapat kelulusan JIPPHBAM.

6.3 Tertakluk kepada klausa 5.1 di atas, RISDA bersetuju dan meluluskan

projek ini kepada XXXXXXXX (Nama Integrator) dengan peruntukan sebanyak RM X,XXX,XXX melibatkan Modal Awalan Bayaran Kemajuan Kerja. Seperti dinyatakan dalam Jadual Kedua

7. AKUJANJI

7.1 Integrator berjanji akan mematuhi segala arahan, keperluan, peraturan dan undang-undang terpakai atau pindaan dari semasa ke semasa yang dibuat oleh RISDA, Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri dan/atau Kerajaan Malaysia berhubung pengurusan Projek Tersebut;

Page 74: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

10

7.2 Integrator mengaku janji tidak akan menyalahguna kedudukannya serta mendedahkan maklumat yang ada padanya berkaitan dengan perjanjian ini kepada pihak ketiga untuk kepentingan peribadi dan/atau syarikat;

7.3 Integrator tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari RISDA jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung atau tidak langsung; dan

7.4 Integrator mengaku janji akan menanggung rugi RISDA di atas sebarang pertikaian dan/atau tuntutan dari mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan ladang tersebut akibat dari tindakan atau kecuaian Integrator.

8. PENAMATAN PERJANJIAN

8.1 Kedua-dua pihak boleh, selepas memberi notis bertulis TIGA (3) BULAN kepada pihak yang satu lagi, menamatkan Perjanjian ini jika berlaku apa-apa keadaan termasuk berlakunya apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dan syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini; dan

8.2 Tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian

ini, RISDA boleh pada bila-bila masa memberi notis TIGA (3) BULAN kepada Integrator untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa memberikan apa-apa alasan.

9. KESAN PENAMATAN

9.1 Penamatan Perjanjian ini hendaklah tidak menyentuh apa-apa hak

RISDA atau Integrator untuk mendapat ganti rugi dan menguatkuasakan apa-apa hak lain di bawah undang-undang; dan

9.2 RISDA berhak untuk menarik balik baki Modal Awalan yang telah

disalurkan kepada Integrator sekiranya Projek Tersebut ditamatkan sebelum selesai pelaksanaan.

Page 75: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

11

10. TANGGUNG RUGI

Integrator hendaklah membebaskan RISDA daripada apa-apa liabiliti dan Integrator hendaklah menanggung apa-apa kerugian akibat daripada dan terhadap segala bayaran, tuntutan belanja, ganti rosak, tanggungan, kerugian dan perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas RISDA daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini akibat daripada kecuaian Integrator.

11. PINDAAN-PINDAAN Apa-apa pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat

secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 12. NOTIS Segala notis yang hendak atau perlu diberi oleh mana-mana pihak kepada

pihak yang satu lagi hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan secara serahan tangan atau dipos secara pos berdaftar ke alamat penerima yang dinyatakan di sini, atau ke alamat lain yang dimaklumkan secara bertulis oleh penerima dan bagi tujuan tersebut hendaklah dianggap telah diserahkan dengan sempurna setelah tujuh (7) hari dari tarikh ianya diposkan.

13. DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan penyediaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Integrator.

14. UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah ditafsir mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.

Page 76: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

12

15. PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian di antara RISDA dan Integrator mengenai tafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini, atau hak dan tanggungjawab pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah diselesaikan secara rundingan oleh kedua-dua belah pihak.

16. FORCE MAJEURE

16.1 Kedua-dua pihak adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini jika tindakan dan ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan yang tergolong di bawah “Force Majeure” seperti rusuhan,

kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan dan sebab-sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat dikawal olehnya.

16.2 Sekiranya “Force Majeure” berlaku, perlaksanaan Perjanjian ini

hendaklah ditangguhkan setakat mana tempoh berlakunya “Force

Majeure” atau Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan

kedua-dua pihak.

17. PENYAMPAIAN Alamat RISDA dan Integrator bagi tujuan penyampaian adalah seperti

berikut: Kepada RISDA – Ketua Pengarah RISDA Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur. Tel : 03- 4256 4022 Faks : 03- 4256 5533 Kepada Integrator – Ketua Pegawai Eksekutif (Alamat Berdaftar Integrator)

(KLAUSA TAMAT)

Page 77: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

13

PADA MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT maka pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada hari bulan dan tahun yang mula-mula tertulis di atas: - Ditandatangani oleh ) untuk dan bagi pihak ) RISDA ) ……………………………… Dengan disaksikan oleh ) ......................................... Ditandatangani oleh ) untuk dan bagi pihak ) INTEGRATOR ) .......................................... Ketua Pegawai Eksekutif Dengan disaksikan oleh ) ……………………………… Ketua Jabatan

Page 78: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

14

JADUAL PERTAMA Bil Perkara

1 Tarikh kuatkuasa Perjanjian ini

2 Pihak-Pihak Kepada Perjanjian 1. PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

2. INTEGRATOR

3 Tempoh Perjanjian Sepanjang projek dilaksanakan

4 Nama Projek PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN :- 1.PROJEK xxxxxx 2.PROJEK xxxxxx

5 Lokasi Projek 1.PROJEK xxxx DI xxxxx

Page 79: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

15

JADUAL KEDUA ANGGARAN KOS PROJEK DAN JADUAL BAYARAN

A) ANGGARAN KOS PROJEK

BIL PROJEK INTEGRATOR JUMLAH (RM) KELULUSAN

MOHON LULUS SUKUAN KEDUA

SUKUAN KETIGA

1 FERTIGASI RASB

2,000,000 2,000,000 1,000,000 1,000,000 2 NANAS 1,500,000 1,000,000 1,000,000 3

JUMLAH 3,500,000 3,000,000 1,000,000 2,000,000

B) JADUAL BAYARAN

PERKARA KETERANGAN Bayaran 1 Modal awalan sebanyak RM 750,000 akan dibayar kepada Integrator

setelah Perjanjian ini ditandatangani oleh kedua-dua pihak;

Bayaran seterusnya Bayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat berdasarkan tuntutan yang lengkap diterima daripada Integrator setelah peringkat kerja tersebut disahkan siap dengan puas hati oleh RISDA;

Page 80: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

16

LAMPIRAN A

SENARAI PESERTA PROJEK TERSEBUT

Page 81: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

17

LAMPIRAN B

Senarai keahlian JIPPHBAM

I. Pengerusi : Ketua Pengarah RISDA II. Timbalan Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah

(Pengerusi Ganti)

III. Setiausaha : Pengarah BPK

IV. Ahli :

Pengarah/Wakil BPPS

Pengarah/Wakil BDPS

Pengarah/Wakil BIAD

Pengarah/Wakil BKB

Pengarah/Wakil BPU

Pengarah/Wakil BTSP

Pengarah/Wakil BBIP

Pengarah/Wakil BL

Pengarah/Wakil BPPT

Wakil Agensi yang berkaitan

Page 82: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

18

LAMPIRAN C

RANCANGAN PERNIAGAAN ATAU KERTAS KERJA

PROJEK TERSEBUT

Page 83: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

19

LAMPIRAN D

BORANG

Page 84: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

20

LAMPIRAN E

BORANG

Page 85: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

DI ANTARA

INTEGRATOR

DAN

KOPERASI

PERJANJIAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM)

Page 86: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

2

PERSETUJUAN PENYERTAAN PROJEK PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL

BAHARU AGRO MAKANAN

Persetujuan ini dibuat pada ……… haribulan …………tahun ……..

Di antara;

Syarikat Milikan RISDA (kemudian disebut “INTEGRATOR”) yang beralamat di

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

di satu pihak;

Dengan;

LAMPIRAN A (selepas ini dirujuk sebagai “KOPERASI”)

1.0 Tafsiran

1.1 “RISDA” bermaksud Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah;

1.2 “PPHBAM” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan;

1.3 “KOPERASI” bermaksud Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang disertakan

dalam borang permohonan;

1.4 “Integrator” bermaksud Syarikat Milikan RISDA yang dilantik oleh RISDA

bagi melaksanakan PPHBAM;

Page 87: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

3

1.5 “Projek Tersebut” bermaksud projek-projek PPHBAM yang

dipertanggungjawabkan kepada Integrator oleh RISDA;

1.6 “JIPPHBAM” bermaksud Jawatankuasa Induk Program Pembangunan

Hasil Baharu Agro Makanan, Peringkat Ibu Pejabat yang ditugaskan untuk

memantau dan mengurus pelaksanaan PPHBAM;

1.7 “Agihan Pembayaran Keuntungan” bermaksud keuntungan projek yang

diperolehi dari pelaksanaan PPHBAM oleh Integrator dan akan dikreditkan

ke dalam akaun Koperasi berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh

JIPPHBAM; dan

1.8 “Waris” bermaksud Ahli Isi Rumah kepada Peserta.

2.0 PEMILIHAN PENYERTAAN

KOPERASI seperti LAMPIRAN A telah dipilih menyertai Projek Tersebut oleh

Integrator dan KOPERASI bersetuju untuk menerima pemilihan dan menyertainya.

3.0 AGIHAN PEMBAYARAN KEUNTUNGAN

3.1 Semua KOPERASI yang terpilih akan diberikan Agihan Pembayaran

Keuntungan sebagai pendapatan sampingan;

3.2 Agihan Keuntungan akan dibayar oleh Integrator kepada akaun

KOPERASI berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh JPHBAM iaitu

sebanyak 50% daripada keuntungan;

Page 88: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

4

3.3 Agihan Keuntungan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana ahli

keluarga atau Waris dan tidak boleh diwarisi sekiranya ahli Koperasi

meninggal dunia;

3.4 RISDA adalah berhak untuk menamakan pengganti kepada ahli koperasi

yang telah meninggal dunia sepanjang tempoh pelaksanaan PPHBAM.

4.0 AKUJANJI INTEGRATOR

Integrator berjanji;

4.1 akan mematuhi segala arahan, keperluan, peraturan dan undang-undang

terpakai atau pindaan dari semasa ke semasa yang dibuat oleh RISDA,

Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri dan/atau Kerajaan Malaysia

berhubung pengurusan Projek Tersebut;

4.2 untuk tidak menyalahgunakan kedudukannya serta mendedahkan

maklumat yang ada padanya berkaitan dengan perjanjian ini kepada pihak

ketiga untuk kepentingan peribadi dan/atau syarikat;

4.3 tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari RISDA atau peserta

jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung

atau tidak langsung; dan

4.4 akan menanggung rugi RISDA di atas sebarang pertikaian dan/atau

tuntutan dari mana-mana pihak ketiga berkaitan Projek Tersebut dari

tindakan atau kecuaian Integrator;

Page 89: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

5

5.0 AKUJANJI KOPERASI

Koperasi dengan ini mengakui dan memberi akujanji-akujanji seperti berikut;

5.1 Bersetuju menerima pemilihan oleh Integrator sebagai pelaksanan Projek

Tersebut;

5.2 Bersetuju untuk menerima Agihan Pembayaran Keuntungan sebagai

pendapatan sampingan;

5.3 Bersetuju Agihan Keuntungan akan dikredit ke dalam akaun Koperasi oleh

Integrator berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh JPHBAM;

5.4 Bersetuju Agihan Keuntungan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana

ahli keluarga atau Waris dan tidak boleh diwarisi sekiranya ahli koperasi

meninggal dunia; dan

5.5 Bersetuju sekiranya berlaku kematian ke atas ahli koperasi, RISDA adalah

berhak untuk menamakan pengganti kepada ahli koperasi tersebut

sepanjang tempoh pelaksanaan PPHBAM.

6.0 AKUJANJI BERSAMA

Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju;

6.1 akan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam

Perjanjian ini dan/atau mana-mana pindaan sekiranya ada;

6.2 Jika ada sebarang perbalahan atau perselisihan antara pihak-pihak yang

berkenaan dalam perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya

atau bentuk susunannya atau hak-hak atau kewajipan-kewajipan atau

Page 90: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

6

tanggungjawab-tanggungjawab yang bersabit dengan Perjanjian ini dan

apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada atau berhubung dengannya,

pihak-pihak yang mengikat Perjanjian ini bersetuju merujuk perkara ini

kepada Akta Penimbangtara 1952 sebagaimana yang dipinda dari semasa

ke semasa dan penimbangtara yang dilantik tersebut menjalankan kuasa

yang diberi kepada penimbangtara oleh undang-undang tersebut dan apa-

apa keputusan yang dibuat oleh penimbangtara ini adalah muktamad.

(KLAUSA TAMAT)

Page 91: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

7

PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, maka pihak-pihak yang tersebut dalam

Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada haribulan dan tahun yang mula-

mula tertulis di atas.

Bagi Pihak dan untuk:

Integrator

………………………………………….

( )

Ketua Pegawai Eksekutif

………………………………………….

( )

Tandatangan Saksi

Bagi Pihak dan untuk:

Peserta

Ditandatangani oleh : )

Nama : ) …………………………………..

No. Kad Pengenalan : ) Rujuk LAMPIRAN A

Di hadapan:

Nama : )

No. Kad Pengenalan : ) …………………………………..

Jawatan : ) Tandatangan Saksi

Alamat : )

Page 92: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

8

SENARAI PESERTA PROJEK PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

LAMPIRAN A

Page 93: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

LAPORAN PRESTASI KEWANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN RISDA DAERAH / NEGERI /

SETAKAT :__________________ TAHUN______________

BILANGAN JUMLAH (RM) % BILANGAN JUMLAH (RM) % PERTANGGUNGAN BAYARAN JUMLAH %

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………

Penyelaras Program Khas) Pengarah RISDA Negeri / TPRN

Tarikh TarikhNama dan Cop Nama dan Cop

2

JUMLAH

JUMLAH BESAR

PERBELANJAAN (RM)CATATAN

CONTOH:

1

JUMLAH

BIL NEGERI PTPERUNTUKAN

(RM)

PERMOHONAN KELULUSAN

LAMPIRAN 4

Page 94: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

LAPORAN KEMAJUAN FIZIKALPROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANANKATEGORI : INDIVIDU

SKOP :

TAHUN :

PT : SEGAMAT

KELULUSAN JUALAN

SETAKAT INI

BERSIH KAWASAN

INFRA ASASINPUT

PERTANIANPENANAMAN (RM) (RM)

CONTOH :

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………

Penyelaras Program Khas) Pengarah RISDA Negeri / TPRN

Tarikh TarikhNama dan Cop Nama dan Cop

JUMLAH TERNAKAN

JUMLAH TANAMAN J/PANJANG

TERNAKANJUMLAH KECIL

JUMLAH KECIL

SKOPJENIS

TANAMAN/ TERNAKAN

JUMLAH TANAMAN J/PENDEK

TANAMAN J/PANJANGJUMLAH KECIL

JUMLAH KECIL

TANAMAN J/PENDEK

JUMLAH KECIL

JUMLAH KECIL

JUMLAH KECIL

NAMA PESERTA

NO.KAD PENGENALAN

UMUR ALAMAT

PEMBANGUNAN (%)

POSKOD DAERAH NEGERI DUN PARLIMEN NO.TELEFON

LAMPIRAN 5

Page 95: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

Na

ma

Pe

serta :

AL

I BIN

AB

U

PT

:B

ES

UT

Ke

lulu

san

:3

0,00

0.00

Ko

s Pe

ng

elu

ara

n

:0

.00

Je

nis

Ta

na

ma

nP

us

ing

an

Lu

as

T

an

am

(h

a)

Ta

rikh

T

an

am

Ta

rikh

T

am

at

Pu

sin

ga

n

Lu

as

B

erh

as

il (h

a)

Ta

rikh

J

ua

lanK

ua

ntiti H

as

il D

ijua

l (kg

)H

arg

a

(RM

/Un

it)J

um

lah

Ju

alan

(RM

)

Co

nto

h:

07

/02/20

20

7,00

0.00

6

.004

2,00

0

14

/7/20

20

5,00

0.00

7

.003

5,00

0

12

,000

.00

77

,000

04

/01/20

21

4,00

0.00

5

.002

0,00

0

15

/4/20

21

2,50

0.00

7

.501

8,75

0

6,50

0.00

3

8,75

0

18

,500

.00

11

5,75

0.00

J

UM

LA

H B

ES

AR

RE

KO

D T

AN

AM

AN

DA

N J

UA

LA

N

Cili F

ertig

asi

10

.40

3/01

/202

01

0/01

/202

00

.4

Jum

lah

Ke

cil

20

.41

2/01

/202

00

7/01

/202

10

.4

Jum

lah

Ke

cil

LA

MP

IRA

N 6A

Page 96: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

Nam

a Peserta :

ALI B

IN A

BU

PT

:B

ESUT

Kelulusan :

30,000.00

Kos P

engeluaran :0.00

Pu

sing

anT

arikhJen

is Inp

ut

Perkh

idm

atan*

Jum

lahU

nit

Harg

a (RM

/Un

it)Ju

mlah

(RM

)C

atatan

Polibeg

2,700

unit0.5

1,350.00

Weed M

at4,000

m

eter persegi1.7

6,800.00

Baja

500

kg-

Racun

30

liter-

Paip

300

meter

-

Tangki

2

unit-

8,150.00

* Sila catitkan segala pem

belian bahan input, tenaga upah, sewaan dan perkhidm

atan yangdigunakan untuk sem

ua aktiviti utama dan sam

pingan

RE

KO

D B

EL

IAN

Co

nto

h :1

02/01/2020

Jum

lah

LA

MP

IRA

N 6B

Page 97: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

Mula Permohonan oleh pekebun kecil /

Koperasi

Menerima borang permohonan dari

pemohon bersama cadangan kertas

kerja projek

Siasatan di peringkat lapangan/

tapak projek

Semakan dan perakuan bantuan,

jenis insentif, teknologi dan

kemudahan

Semakan di peringkat Negeri

Mesyuarat Jawatankuasa (Peringkat Negeri / HQ)

Kelulusan Permohonan projek

Lulus

A

Kelulusan Permohonan projek

Surat Tawaran

Menandatangani Surat Akujanji

CARTA ALIR PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN (PEKEBUN KECIL DAN KOPERASI)

Tidak teratur

PT Kembali ke PT

pemberitahuan permohon ditolak

LAMPIRAN 7A

Tindakan

PK

PPP KAWASAN

PPP KAWASAN

PRD/PRJ/PRB

PRN

PRN

PRN / HQ

PRD/PRJ/PRB

PRD/PRJ/PRB & PEKEBUN KECIL

Teratur

Page 98: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

A

Perolehan / Bekalan

Pelaksanaan Projek

Pemantauan/Penilaian Projek

PRD/PRJ/PRB

PEKEBUN KECIL

PRN/PRD/PRJ/PRB

TAMAT

Tindakan

Page 99: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN … · 2020. 12. 22. · a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019). b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019). c) Bengkel

Mula Permohonan dari Integrator/

Peserta

Pembentangan oleh Integrator di

dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk

Program Pembangunan Hasil Baharu

Agro Makanan

Surat dikeluarkan oleh RISDA

kepada Integrator

Pemantauan Projek

Lulus

Perolehan

CARTA ALIR PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGROMAKANAN (INTEGRATOR)

Menandatangani Perjanjian -RISDA dan Integrator - Integrator dan Peserta Pesanan Tempatan / Pertanggungan

Tidak lulus

LAMPIRAN 7B

Tindakan

Integrator

BPK

BPK

Integrator

Integrator

BPK/PRN/PRD/PRJ/PRB

Integrator

Bayaran Kemajuan Kerja BPK

Siasatan di peringkat lapangan

Sokongan oleh PRN/PRD/PRJ/PRB

PRN/PRD/PRJ/PRB

PRN/PRD/PRJ/PRB

Pelaksanaan Projek

Tamat