pidato integriti

3
Perkasa bangsa kerana bahasa Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim, penjaga masa seterusnya hadirin sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk PERKASA BANGSA KERANA BAHASA Hadirin yang dihormati sekalian Ayuh kita imbas semula. Sudah termaktub dalam lembaran sejarah bahawa bahasa menyatukan manusia. Saya yakin benar dengan fakta ini namun berlegar-legar di minda saya persoalan, apakah rahsia disebalik intipati penyatuan tersebut? Hadirin yang dihormati, Cetusan minda saya yang pertama, Megah bangsa kerana bahasa Tidak terlahir bangsa bersatu jika yang berdiri membela pertiwi hanya satu individu. Sebaliknya ia terbina dengan penyatuan manusia yang sentiasa bergerak dalam suatu ikatan kukuh. Begitu jugalah dengan penyatuan bangsa di Malaysia. Sesungguhnya segala yang dikecap pada masa ini adalah hasil daripada muafakat jitu mereka terdahulu. Kajian oleh pengkaji sains sosial membuktikan bahawa perhubungan yang terjaga bahasanya akan mewujudkan suasana aman, harmoni dan sejahtera. Namun jika cacamarba bahasanya maka hasilnya juga cacamarba. Atas dasar itu, dalam menjalin pertalian saudara, bahasa memainkan peranan sebagai alat komunikasi yang berkesan. Hal ini saya kaji dengan terperinci. Orang dahulu amat menjaga

Upload: aliah-rushdi

Post on 05-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Memartabatkan nilai integriti

TRANSCRIPT

Perkasa bangsa kerana bahasaAssalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim, penjaga masa seterusnya hadirin sekalian.Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk PERKASA BANGSA KERANA BAHASA Hadirin yang dihormati sekalianAyuh kita imbas semula. Sudah termaktub dalam lembaran sejarah bahawa bahasa menyatukan manusia. Saya yakin benar dengan fakta ini namun berlegar-legar di minda saya persoalan, apakah rahsia disebalik intipati penyatuan tersebut? Hadirin yang dihormati,Cetusan minda saya yang pertama, Megah bangsa kerana bahasaTidak terlahir bangsa bersatu jika yang berdiri membela pertiwi hanya satu individu. Sebaliknya ia terbina dengan penyatuan manusia yang sentiasa bergerak dalam suatu ikatan kukuh. Begitu jugalah dengan penyatuan bangsa di Malaysia. Sesungguhnya segala yang dikecap pada masa ini adalah hasil daripada muafakat jitu mereka terdahulu. Kajian oleh pengkaji sains sosial membuktikan bahawa perhubungan yang terjaga bahasanya akan mewujudkan suasana aman, harmoni dan sejahtera. Namun jika cacamarba bahasanya maka hasilnya juga cacamarba. Atas dasar itu, dalam menjalin pertalian saudara, bahasa memainkan peranan sebagai alat komunikasi yang berkesan. Hal ini saya kaji dengan terperinci. Orang dahulu amat menjaga bait-bait yang bakal keluar dari mulut mereka. Satu hamburan kata mampu menukar seorang sahabat kepada musuh selama-lama. Oleh hal yang demikian individu sewajarnya menggunakan bahasa yang mengandungi nilai hormat yang tinggi dengan kosa kata halus dan bertatasusila serta tidak menyinggung perasaan masyarakat. Hal ini mewujudkan kesalingfahaman, dan kerjasama ke arah kebaikan sekali gus membentuk cara hidup yang dikenal sebagai kebudayaan dan pada tingkat tinggi yang disebut sebagai tamadun atau peradaban. Ringkas bicara bersatu bangsa kerana santunnya bahasa.Hadirin yang dihormatiJana minda saya yang kedua, Bersatu bangsa kerana bahasa.Bangsa Malaysia menuturkan Bahasa Malaysia, bahasa watan yang mampu merapatkan dan menimbus pelbagai jurang. Ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi wahana pengikat sosial yang mampu merentas geografi, dan dinding kaum. Hal ini benar kerana penggunaan bahasa yang sama mampu mengelakkan salah faham dan prejudis dalam masyarakat majmuk. Lantas terhakis nilai etnosentrik, iaitu riak bangsa yang membelenggu jiwa dan diganti dengan nilai relativisme, iaitu variasi budaya diterima dengan hati terbuka. Aneka budaya dikongsi indahnya dengan bahasa. Sesungguhnya kekuatan negara terletak pada watan yang bersatu dalam satu simpulan.Lontaran minda saya yang terakhir, Bahasa cerminan bangsaPada saat ini luluh seni bahasa kerana luluhnya integriti manusia marcapada. Hal ini saya fokuskan pada wadah utama penyebaran maklumat iaitu media elektronik. Kerancuan penggunaan bahasa dalam berlaku dalam sebaran maklumat pada masa ini menyebabkan ia sukar dibendung. Bahkan segala yang terhasil lekat di minda, dan terpahat di hati masyarakat. Oleh hal yang demikian media massa seperti televisyen, radio dan laman-laman sesawang tidak harus mementingkan aspek penyampaian maklumat dan hiburan semata-mata tetapi mengambil iktibar dengan memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menyebarluaskan penggunaan bahasa yang baik, dengan baris-baris kata gramatis dan indah. enar bagai dikata kerana tatkala berbunyi bahasa maka diketahuilah bangsa. Akhir bicara, ayuh refleksi, di mana akan kita cari pembela bahasa agar terbina bangsa megah yang bermaruah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Bahasa Dijunjung, Bangsa Disanjung. wassalam