format dan syarat akademi dan pertandingan pidato

3
i LAMPIRAN A AKADEMI PIDATO DAN PERTANDINGAN GEGAR PIDATO PERINGKAT PIALA PUSINGAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM 2015 FORMAT DAN SYARAT AKADEMI DAN PERTANDINGAN PIDATO 1. Format Akademi Pidato 1.1 Semua peserta yang telah mendaftar akan menjalani sesi pengenalan, sesi latihan (dari segi gaya persembahan dan penulisan skrip pidato) di INTAN Bukit Kiara bermula dari 9 Oktober (Jumaat) hingga 11 Oktober 2015 (Ahad). 1.2 Sesi saringan akan diadakan pada 11 Oktober 2015 (Ahad). 1.3 Pemenang sesi saringan akan bertanding di Pertandingan Gegar Pidato 2015 pada 12 Oktober 2015 (Isnin) di Jabatan Perkhidmatan Awam. 2. Format Pertandingan Gegar Pidato 2.1 Peserta pertandingan terdiri daripada wakil agensi sektor awam. 2.2 Pidato dilakukan berasaskan tema Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2.3 Hanya tiga (3) orang peserta yang terbaik akan dipilih. 2.4 Pemidato yang terbaik akan dipilih oleh juri yang dilantik dan keputusan hakim adalah muktamad. 2.5 Juara pemidato perlu berpidato di Majlis Genta Bahasa II.

Upload: vudat

Post on 13-Jan-2017

321 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Format Dan Syarat Akademi Dan Pertandingan Pidato

i

LAMPIRAN A

AKADEMI PIDATO DAN

PERTANDINGAN GEGAR PIDATO PERINGKAT PIALA PUSINGAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM 2015

FORMAT DAN SYARAT AKADEMI DAN PERTANDINGAN PIDATO

1. Format Akademi Pidato

1.1 Semua peserta yang telah mendaftar akan menjalani sesi pengenalan,

sesi latihan (dari segi gaya persembahan dan penulisan skrip pidato) di INTAN Bukit Kiara bermula dari 9 Oktober (Jumaat) hingga 11 Oktober 2015 (Ahad).

1.2 Sesi saringan akan diadakan pada 11 Oktober 2015 (Ahad).

1.3 Pemenang sesi saringan akan bertanding di Pertandingan Gegar Pidato 2015 pada 12 Oktober 2015 (Isnin) di Jabatan Perkhidmatan Awam.

2. Format Pertandingan Gegar Pidato

2.1 Peserta pertandingan terdiri daripada wakil agensi sektor awam. 2.2 Pidato dilakukan berasaskan tema Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)

2.3 Hanya tiga (3) orang peserta yang terbaik akan dipilih. 2.4 Pemidato yang terbaik akan dipilih oleh juri yang dilantik dan keputusan

hakim adalah muktamad. 2.5 Juara pemidato perlu berpidato di Majlis Genta Bahasa II.

Page 2: Format Dan Syarat Akademi Dan Pertandingan Pidato

ii

3. Kaedah Pertandingan

3.1 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing berasaskan tema RMK-11;

3.2 Peserta diberi masa tujuh (7) minit untuk berpidato;

3.3 Loceng akan dibunyikan sekali, satu (1) minit sebelum tamat, dan

dua kali setelah tamat masa yang diperuntukkan untuk menyampaikan pidato.

3.4 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan

diberi markah. 3.5 Hakim pertandingan berhak memberhentikan pidato peserta pada

bila-bila masa sekiranya pemidato melanggar sebarang syarat pertandingan.

4. Syarat Pertandingan

4.1 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.2 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.3 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut atau mana-mana satu daripadanya), tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang pertandingan.

4.4 Peserta pidato diwajibkan memakai pakaian pejabat.

4.5 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

4.6 Hakim pertandingan berhak memberhentikan pidato yang

disampaikan sekiranya idea/isi yang dikemukakan menyentuh isu sensitif secara keterlaluan.

Page 3: Format Dan Syarat Akademi Dan Pertandingan Pidato

iii

5. Permarkahan

5.1 Idea / Isi

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea atau isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

5.2 Bahasa

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

5.3 Penyampaian dan Persembahan

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak memberi salam/kata-kata aluan atau menyentuh isu sensitive serta menunjukkan pelakuan/tutur kata yang kurang sopan.