petikan pemahaman

6
Petikan 1 Azlin murid yang bijak dan bertanggungjawab. Dia tidak lokek membantu kawan-kawan dalam pelajaran. Dia juga rajin membantu guru. Azlin dilantik sebagai ketua murid di sekolahnya. Setiap kali peperiksaan, Azlin mendapat tempat pertama. Azlin juga cemerlang dalam sukan. Azlin telah dipilih sebagai pelajar contoh pada tahun ini. Namun begitu, dia tidak pernah sombong. Dia sering mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan kerana membantunya. Ibu bapa Azlin berbangga mempunyai anak seperti Azlin. 1.Siapakah Azlin ? A.budak yang nakal B.budak yang bijak C.budak yang degil D.budak yang sombong. 2.Azlin sentiasa mendapat tempat ________ dalam peperiksaan. A.pertama B.kedua C.ketiga D.keempat 3.Azlin juga cemerlang dalam bidang__________. A.permainan B.kokurikulum C.sukan D.seni 4.Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Azlin ? A.sombong B.tidak bertanggungjawab C.rajin D.tidak berbudi bahasa

Upload: mari-govin

Post on 23-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bahasa melayu tahun 3

TRANSCRIPT

Page 1: Petikan Pemahaman

Petikan 1

Azlin murid yang bijak dan bertanggungjawab. Dia tidak lokek membantu kawan-kawan dalam pelajaran. Dia juga rajin membantu guru. Azlin dilantik sebagai ketua murid di sekolahnya.

Setiap kali peperiksaan, Azlin mendapat tempat pertama. Azlin juga cemerlang dalam sukan. Azlin telah dipilih sebagai pelajar contoh pada tahun ini. Namun begitu, dia tidak pernah sombong.

Dia sering mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan kerana membantunya. Ibu bapa Azlin berbangga mempunyai anak seperti Azlin.

1.Siapakah Azlin ?

A.budak yang nakal B.budak yang bijakC.budak yang degil D.budak yang sombong.

2.Azlin sentiasa mendapat tempat ________ dalam peperiksaan.

A.pertama B.keduaC.ketiga D.keempat

3.Azlin juga cemerlang dalam bidang__________.

A.permainan B.kokurikulumC.sukan D.seni

4.Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Azlin ?

A.sombong B.tidak bertanggungjawabC.rajin D.tidak berbudi bahasa

5.Apakah ucapan yang sering dikatakan apabila guru-guru dan rakan-rakan membantunya ?

A.terima kasih B.sama-samaC.Tahniah D.syabas

Petikan 2

Page 2: Petikan Pemahaman

Aku ialah sebuah rumah papan. Aku terletak di Kampung Bonggol, Sungai Petani Kedah. Aku diperbuat daripada papan.

Nama tuanku ialah Syed Amin Umurnya 35 tahun. Isterinya bernama Puan Tasha. Mereka ada seorang anak lelaki sahaja.

Syed Amin bekerja sebagai seorang penjaja di pasar malam bersama-sama isternya. Pendapatannya sederhana. Mereka amat suka akan rumah papan kerana selesa diduduki. Rumah papan ini dibina daripada wang hasil menjaja di pasar malam.

1.Siapakah aku ?

A.rumah batu B.rumah papan C.rumah pangsa D.rumah panjang

2.Di manakah rumah tersebut dibina?

A.di tepi sungai Kedah B.di Sungai BonggolC.di Kampung Petani C.di Kampung Bonggol

3.Siapakah Puan Tasha ?

A.ibu Syed Amin B.isteri Syed AminC.anak Syed Amin D.kawan Syed Amin

4. Apakah pekerjaan Syed Amin ?

A.petani B.pesaraC.tukang rumah D.penjaja di pasar malam

5.Berapa ramaikah ahli keluarga Syed Amin ?

A.satu orang B.dua orangC.tiga orang D.empat orang

Petikan 3

Page 3: Petikan Pemahaman

Sekolah Yoke Sim mengadakan pertandingan koir. Yoke Sim bersama enam orang rakannya mewakili kelas mereka dalam pertandingan itu.

Pertandingan itu diadakan pada hari Rabu. Kumpulan Yoke Sim menyanyikan sebuah lagu patriotik. Suara mereka amat merdu. Murid-murid lain member tepukan gemuruh.

Semasa keputusan diumumkan, kumpulan Yoke Sim telah menjadi johan. Dia berasa gembira dan bangga. Kumpulan Yoke Sim telah mendapat sebuah piala yang cantik.

1.Bilakah pertandingan koir itu diadakan ?

A.Isnin B. RabuC.Selasa D.Khamis

2.Berapa orangkah dalam kelas Yoke Sim menyertai pertandingan tersebut?

A.tiga B.limaC.empat D.tujuh

3.Kumpulan Yoke Sim mendapat tempat ke berapa?

A.pertama B.keduaC.ketiga D.keempat

4.Bagaimanakah perasaan Yoke Sim semasa keputusan diumumkan?

A.sedih B.kecewaC.gembira D.kecil hati

5.Apakah yang diterima oleh kumpulan Yoke Sim?

A.sijil B.pialaC.hadiah D.wang tunai

Petikan 4

Page 4: Petikan Pemahaman

Pada hujung minggu yang lalu, Arif dan keluarga pergi ke Zoo Negara. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu untuk memasuki Zoo Negara.

Ayah membeli tiket di kaunter. Arif mengelilingi kawasan Zoo Negara dengan menaiki kereta api khas.

Dia dapat melihat gajah yang besar, monyet yang bergayut-gayutan, leher zirafah yang panjang, bulu merak yang cantik dan sebagainya. Pada jam lima petang, Arif pulang dengan gembira.

1.Pada hari apakah Arif dan keluarganya pergi ke Zoo Negara ?

A.Sabtu B.IsninC.Ahad D.Selasa

2.Siapakah yang membeli tiket di kaunter ?

A.ayah B.kakakC.ibu D.abang

3.Bagaimanakah Arif mengelilingi kawasan Zoo Negara?

A.berjalan kaki B.kereta api khasC.basikal D.kereta khas

4.Arif dapat melihat ___________.

A.gajah dan monyet B.kucing dan anjingC.singa dan burung pipit D.tikus dan harimau

5.Bilakah Arif pulang ke rumah ?

A.pagi B.senjaC.petang D.malam

Petikan 5

Pada suatu hari, Ramlan bermain bola sepak di padang sekolah. Dia pergi ke padang dengan menunggang basikal. Basikal itu dibeli oleh abangnya, Roslan.

Page 5: Petikan Pemahaman

Apabila pulang daripada bermain bola sepak, Ramlan berehat sebentar . Selepas itu, dia membersihkan badannya dengan air dan sabun. Kemudian, dia mengelap badan dengan tuala yang bersih. Ramlan memakai pakaian yang bersih. Dia makan malam bersama-sama keluarganya. Selepas makan, dia menolong ibunya mencuci pinggan dan mengelap meja.

Ramlan masuk ke bilik bacaan. Dia menyiapkan kerja-kerja sekolahnya dan membuat ulang kaji. Kemudian, dia mengemaskan beg sekolahnya. Ramlan akan menggosok gigi sebelum tidur. Dia menggosok gigi hingga bersih. Gigi Ramlan sentiasa bersih dan berseri.

1.Bagaimanakah Ramlan pergi bermain bola sepak ?

A.berjalan kaki B.menaiki basC.menaiki kereta D.menunggang basikal

2.Apakah yang digunakan oleh Ramlan untuk mengelap badan ?

A.air B.sabunC.tuala D.berus gigi

3.Ramlan menolong ibunya______________.

A.mencuci pinggan dan mengelap mejaB.mengelap meja sahajaC.menghidangkan makananD.mencuci pinggan sahaja

4.Ramlan masuk ke bilik bacaan untuk

A.mengemas buku B.membaca buku ceritaC.membuat kerja sekolah D.menyemak jadual waktu

5.Apakah yang dilakukan oleh Ramlan sebelum tidur ?

A.berehat B.bermainC.mengemas beg D.menggosok gigi