petikan kata kerja tak asertif

2
TAJUK PETIKAN : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN Hari ini adalah hari Sabtu. Hari yang paling saya gemari kerana setiap hari Sabtu saya tidak perlu datang ke sekolah.Setiap pagi seperti hari inilah saya akan menolong ibu pergi ke kedai berhampiran untuk mengambil kuih yang sudah dipesan. Selain dari itu, ayah saya juga akan mengambil kesempatan ini untuk mengirim sekotak rokok untuknya. Saya sebenarnya tidak mahu untuk membelikan ayah saya rokok kerana saya sangat menyayanginya. Di sekolah, guru-guru selalu berpesan kepada saya dan juga rakan-rakan agar jangan sesekali menyentuh atau tersentuh rokok oleh kerana rokok sangat merbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Guru Pendidikan Jasmani saya juga berkata rokok mempunyai kandungan kimia yang sangat bahaya seperti asseton(penanggal cat), Ammonia(pencuci lantai),Arsenik(racun anai- anai) dan pelbagai lagi jenis racun berada di dalamnya yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti radang paru-paru,mulut berbau busuk, gigi menjadi kehitam-hitaman dan badan menjadi lesu.

Upload: ahmadtharmizidamit

Post on 30-Dec-2014

36 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Petikan Kata Kerja Tak Asertif

TAJUK PETIKAN : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Hari ini adalah hari Sabtu. Hari yang paling saya gemari kerana setiap hari Sabtu saya tidak perlu datang ke sekolah.Setiap pagi seperti hari inilah saya akan menolong ibu pergi ke kedai berhampiran untuk mengambil kuih yang sudah dipesan. Selain dari itu, ayah saya juga akan mengambil kesempatan ini untuk mengirim sekotak rokok untuknya.

Saya sebenarnya tidak mahu untuk membelikan ayah saya rokok kerana saya sangat menyayanginya. Di sekolah, guru-guru selalu berpesan kepada saya dan juga rakan-rakan agar jangan sesekali menyentuh atau tersentuh rokok oleh kerana rokok sangat merbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian.

Guru Pendidikan Jasmani saya juga berkata rokok mempunyai kandungan kimia yang sangat bahaya seperti asseton(penanggal cat), Ammonia(pencuci lantai),Arsenik(racun anai-anai) dan pelbagai lagi jenis racun berada di dalamnya yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti radang paru-paru,mulut berbau busuk, gigi menjadi kehitam-hitaman dan badan menjadi lesu.

Selain daripada itu, guru saya juga berkata, membeli rokok juga adalah satu pembaziran kerana harga rokok pada masa kini sudah mencecah RM10.20 sekotak. Buanglah rokok tersebut sekiranya sudah terbeli. Kesan yang paling teruk lagi ialah saya juga akan kehilangan ayah saya sekiranya ayah saya tidak berhenti merokok mulai dari saat ini. Saya perlu nasihat ayah saya agar berhenti merokok untuk kebahagiaan kami sekeluarga.