peta minda moral (kesan)

7
9 Berdasarkan (Pencemaran Udara, 2011) kesan utamanya ialah terhadap kesihatan diri seseorang terhadap sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Pencemaran udara juga akan menjejaskan penglihatan seseorang. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang terkandung dalam udara yang dicemari akan menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Masalah ini amat serius kerana boleh mengundang kepada berlakunya kemalangan terutama kepada orang-orang yang memandu kenderaan di atas jalan raya. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalan di hadapan.

Upload: yu-yong-

Post on 12-Aug-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peta Minda Moral (Kesan)

9

Berdasarkan (Pencemaran Udara, 2011) kesan utamanya ialah terhadap

kesihatan diri seseorang terhadap sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon

monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan

melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan

mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Pencemaran udara juga akan menjejaskan penglihatan seseorang. Habuk,

asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang terkandung dalam udara yang

dicemari akan menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

Masalah ini amat serius kerana boleh mengundang kepada berlakunya kemalangan

terutama kepada orang-orang yang memandu kenderaan di atas jalan raya. Hal ini

demikian kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalan di hadapan.

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang terdapat dalam

udara yang boleh membunuh sekiranya seseorang terkumpul dalam kawasan

yang tertutup .

Kesan-kesan Pencemaran Udara

Kepada Diri Seseorang

Menjejaskan penglihatan

Terhadap sistem pernafasan

manusia

Udara yang beracun boleh

membunuh

Page 2: Peta Minda Moral (Kesan)

10

Berdasarkan (Isu Pencemaran Alam Sekitar), sejenis lagi unsur yang boleh

terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum. Plumbun

merupakan sejenis bahan kimia yang sangat beracun terkandung dalam udara. Hal

ini boleh menyebabkan kerosakan otak dalam proses tumbesaran terutamanya di

kalangan kanak-kanak akibat didedahkan secara berlebihan.

Keluarga tidak dapat hidup dalam keadaan atau suasana yang aman dan

selesa akibat pencemaran udara. Mereka tidak dapat menjalankan aktiviti-aktiviti di

luar rumah. Aktiviti-aktiviti beriadah seperti berbasikal, berkelah dan melakukan

senaman di taman tidak dapat dijalankan akibat kandungan udara yang tercemar

dengan bahan-bahan toksik.

Ahli keluarga terpaksa selalu terperuk dalam rumah sahaja. Hal ini akan

menjadikan suasana hidup yang membosankan. Anak-anak pula tidak terdedah

kepada aktiviti di luar rumah seperti mendaki bukit, berkelah di tepi pantai atau air

terjun. Hal demikan boleh menjejaskan tumbesaran anak-anak akibat kekurangan

pendedahan kepada dunia luar.

Keluarga tidak dapat menjalani kehidupan selesa

Menjejaskan tumbesaran kanak-kanak

Suasana hidup menjadi bosan

Page 3: Peta Minda Moral (Kesan)

11

Di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksik dari udara yang masuk ke

dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan

penuturan yang tidak betul akibat panggunaan air tersebut. Sesetengahnya berakhir

dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh

keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia

dikenali sebagai penyakit Minamata .

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan

setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen

dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini

berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan

memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran

bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan

ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada kehidupan harian

masyarakat setempat.

Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan

pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan

Kesan-kesan Pencemaran

Udara Terhadap

Masyarakat Setempat

Meragut nyawa masyarakat setempat

Menjejaskan hidupan harian

Mengundang kepada penyakit

kulit

Page 4: Peta Minda Moral (Kesan)

12

ozon kita menjadi nipis dan bocor.Hal inii kerana bahan-bahan tersebut bertindak

balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini

mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi

kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon

akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan

menjejaskan kesihatan manusia yang boleh mengundang kepada penyakit kanser

kulit.

Page 5: Peta Minda Moral (Kesan)

13

Menurut (Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar,

2009) pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.

Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh

mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri

daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan

meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan

kotor. Hal ini akan menjejaskan imej Negara. Selain itu, perbelanjaan yang besar

diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Sektor pelancongan negara juga akan terjejas akibat daripada

pencemaran udara. Para pelancong tidak akan memilih negara kita sebagai

destinasi pelancongan jika kualiti udara di negara ini tidak bersih dan mengandungi

bahan-bahan toksik. Ekonomi negara turut terganggu apabila sektor pelancongan

negara terjejas. Kekurangan sumber makanan daripada tanaman akibat daripada

keasidan tanah akan mengganggu sumber pendapatan para petani.

Kesan-kesan Pencemaran

Udara Terhadap Negara

Sektor pelancongan

negara terjejas

Taraf Kesihatan Penduduk Menurun

Mencacatkan pemandangan

bangunan

Page 6: Peta Minda Moral (Kesan)

14

Dari segi sosial pula, taraf kesihatan penduduk negara akan berada dalam

keadaan yang membimbangkan. Mereka tidak dapat menjalankan aktiviti harian

dengan lancar disebabkan udara yang tidak bersih di luar sana. Di samping itu,

penduduk negara juga akan menghidap penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser

paru-paru, kanser kulit dan sebagainya. Rakyat yang tidak sihat seterusnya akan

menjejaskan kadar produktivi rakyat menurun dalam kerjaya mereka. Hal ini akan

menjejaskan kadar pertumbuhan negara.