kajian tindakan peta minda

39
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) SEMESTER MEI / 2013 HBEF2503 PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 BAGI MENGUASAI KONSEP SAINS TAJUK ”MENYIASAT ALAM BAHAN” NAME : NOOR RAZIFAH BT. ZAKARIA MATRICULATION NO : 801211075214001 IDENTITY CARD NO. : 801211-07-5214 TELEPHONE NO. : 012-3440 670

Upload: nizam-zam

Post on 30-Nov-2015

2.537 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

SEMESTER MEI / 2013

HBEF2503

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN

KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 BAGI MENGUASAI KONSEP SAINS

TAJUK ”MENYIASAT ALAM BAHAN”

NAME : NOOR RAZIFAH BT. ZAKARIA

MATRICULATION NO : 801211075214001

IDENTITY CARD NO. : 801211-07-5214

TELEPHONE NO. : 012-3440 670

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : KEDAH LEARNING CENTRE

2ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan nota dalam

bentuk peta minda dalam meningkatkan daya ingatan murid tahun 4 dalam topik

Alam Bahan dan mengkaji peningkatan minat murid dalam penggunaan nota di

dalam bentuk peta minda untuk membuat ulangkaji. Disamping itu penggunaan peta

minda juga dapat meningkatkan minat dan motivasi murid dalam dalam mempelajari

Sains. Selain itu, penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya untuk

memperbaiki dan menambah baik amalan pengajaran saya dalam matapelajaran

Sains.

Responden bagi kajian ini melibatkan 40 murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan

Ibrahim, Sungai Petani, yang terdiri daripada 40 murid lelaki. Murid akan diberi

ujian pra untuk melihat tahap keupayaan mereka, ujian pos untuk melihat pencapaian

selepas diberi rawatan (menggunakan peta minda). Hasil ujian pra menunjukkan

pencapaian awal murid kedua-dua kumpulan. Hasil ujian pos menunjukkan

pencapaian kumpulan selepas menggunakan peta minda. Data kajian dianalisis

menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Instrumen kajian adalah borang

maklumat murid, ujian pra, ujian pos, dan soal selidik.

Dapatan kajian menunjukkan pencapaian antara kumpulan pelajar yang diajar

menggunakan peta minda dan kumpulan yang diajar menggunakan kaedah

tradisional. Kajian juga akan menunjukkan persepsi murid terhadap peta minda.

Mereka ingin belajar, suka mengikuti pelajaran sains, suka membuat latihan dan

merasakan pelajaran sains amat menyeronokkan, mudah dan realistik. Dapatan

menunjukkan kesediaan murid menggunakan peta minda dalam mempelajari sains,

yakin serta mampu memanipulasi dan menggunakan peta minda dalam

mengulangkaji pelajaran sains.

801211075214001

3BAB 1

PENGENALAN

Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, “Selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan

memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan

berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi”. Sebagai

sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu

mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.

Rakyatnya haruslah mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke

hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa

depan. Warganegara yang begini mampu menghadapi, menangani dan memberi

sumbangan dalam kehidupan yang semakin berteraskan sains dan teknologi dan

dipengaruhi oleh arus globalisasi yang dipesatkan oleh perkembangan dalam teknologi

maklumat pada abad ke -21.

Ini sejajar dengan wawasan 2020, iaitu visi ke arah pembentukan masyarakat Malaysia

yang maju. Bagi mencapai matlamat ini kurikulum sains menekankan penyepaduan antara

pemerolehan pengetahuan, penguasana kemahiran dan pengamalan sikap saintifik dan nilai

murni. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempunyai semangat ingin tahu

dan ingin mencuba manakala strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains

mengutamakan proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan

yang dapat mengembangkan minda seseorang pelajar ke tahap yang optimum. Aktiviti

yang dirancangkan mestilah yang dapat mencetus pemikiran kritis dan kreatif murid.

Peta minda merupakan salah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat

membantu murid mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis,

ingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam kata lain,

mengingat infomarsi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja

dengan lebih cepat (Bletsas, 2011).

801211075214001

4Penggunaan peta minda juga dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan

tidak mementingkan penggunaan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony

Buzen (2009), semua kanak-kanak minat kepada benda berwarna-warni dan suka melukis.

Melukis peta minda adalah satu benda yang seronok bagi kanak-kanak. Apabila kanak-

kanak gemar melukis peta minda, otak mereka juga akan berasa seronok dan suka terhadap

peta minda tersebut.

Hasil jangka pendek yang boleh didapati adalah daya ingatan kanak-kanak akan bertambah

baik dan mereka lebih gemar untuk mempelajari sesuatu benda. Penggunaan peta minda

ini dapat ditingkatkan dengan menggunakan warna, gambar, kod dan dimensi untuk

menambah elemen-elemen kreativiti murid itu sendiri. Penambahan elemen-elemen

individu dalam peta minda dapat perkembangan kreativiti, memori dan khususnya

peringatan maklumat seseorang.

Kajian mengenai penggunaan kaedah peta minda didapati bahawa peta minda boleh

menghasilkan mesej yang lebih mudah dan jelas sebagai rangsangan kepada murid semasa

pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran memilih, mengumpul, mentafsir dan menilai

data merupakan kemahiran yang dihasratkan dalam kurikulum sains (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2002). Ia selari dengan kaedah penggunaan peta minda ini di mana

dalam fasa penerokaan pelajar akan memilih, mengumpul, mentafsir dan menilai data yang

mereka perolehi. Kajian ini juga akan mengaitkan aspek kecerdasan pelbagai dalam

pemilihan kumpulan pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

murid lebih berkesan.

801211075214001

5PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Murid biasanya menghadapi masalah dalam mengingat fakta Sains dan ini menyebabkan

minat murid dalam mempelajari Sains semakin merosot terutamanya murid yang

berprestasi rendah dalam bidang akademik. Selain dari itu, biasanya tindakan guru di

dalam pengajarannya yang sering menggunakan catatan nota baris demi baris dan muka

surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir pengajaran sebagai pengukuhan

pengajaran menjadikan murid akan cepat berasa bosan dan sering melupakan isi pelajaran

yang diajar.

Catatan berbentuk linear kebiasannya akan menggunakan satu warna sahaja dalam

penulisan iaitu warna hitam menyebabkan murid berasa bosan ditambah dengan nota yang

panjang lebar dan murid hanya mempelajari sebahagian kecil dari fakta yang mereka

belajar. Selain dari itu, murid juga tidak berminat untuk mengulangkaji dengan pembacaan

nota berbentuk linear yang mereka buat.

Kajian telah menunjukkan nisbah murid sains dan bukan sains telah merosot daripada 31:

69 pada tahun 1986 kepada 20 : 80 pada tahun 1993 (sains : bukan sains ). Ini

bertentangan dengan matlamat dan wawasan 2020, di mana sasaran pendidikan sains ialah

mewujudkan lebih ramai murid dalam jurusan sains sehingga mencapai 60 : 40. Harapan

kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat saintifik, progresif, inovatif tinggi serta

maju dari segi sains dan teknologi menjelang 2020 merupakan satu tanda tanya kerana

sikap murid yang berpendapat sains merupakan satu matapelajaran yang sukar difahami.

Penyertaan murid dalam aliran sains juga menjadi isu kerana peratusan murid dalam

bidang sains di sekolah menampakkan satu trend menurun. Sekiranya ini dibiarkan maka

timbullah masalah dalam arus pembangunan negara. Oleh itu penyelidik menggunakan

pendekatan kaedah Peta Minda bagi meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran.

Penggunaan Peta Minda ini dapat mengaitkan pengetahuan, aplikasi sains, kemahiran

saintifik dan nilai-nilai murni secara bersepadu dalam P & P.

801211075214001

6OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektf kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut :

1. Memperkenalkan peta minda kepada murid sebagai alat bantu belajar yang baik

dalam membuat catatan nota dan keberkesanannya.

2. Meningkatkan daya ingatan murid dengan menggunakan peta minda dalam topik

Alam Bahan ke atas murid yang berprestasi rendah dalam matapelajaran Sains.

3. Mengkaji minat murid terhadap penggunaan nota peta minda dalam membuat

ulangkaji.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah peta minda dapat dikenalkan kepada murid sebagai alat bantu belajar yang

baik dalam membuat catatan nota? Adakah ia berkesan?

2. Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan daya ingatan murid

dikalangan murid yang berprestasi rendah dalam topik Alam Bahan?

3. Adakah peta minda dapat menimbulkan minat murid dalam membuat ulangkaji?

801211075214001

7KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian tentang penggunaan peta minda dalam pelbagai matapejaran telah banyak

dijalankan di Negara kita. Pelbagai bentuk dan dapatan yang telah diperolehi dalam kajian

ini untuk memantapkan penguasaan murid dalam mengingati fakta-fakta Sains. Kajian

juga dapat membantu murid dalam mencari dan mengembangkan idea dalam fakta yang

diberikan. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan kepada para

guru dan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dan juga di harapkan ianya

dapat membantu para pengkaji seterusnya dalam membuat penyelidikan yang lebih

mendalam dan terperinci berkaitan dengan penggunaan peta minda ini.

Hasil kajian ini juga penting kepada murid yang berprestasi rendah dalam matapelajaran

Sains. Kemungkinan faktir ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara trdisional

dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang memaparkan imej,

warna, frasa, symbol serta garisan anak panah yang sesuai akan membantu murid-murid

untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa

pembelajaran.

Murid akan lebih mudah untuk mengingati isi pelajaran dan fakta kerana tidak perlu

membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa dan sebagainya itu

tidak terlalu absrtak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzen (2006) berpendapat

secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata kunci dalam peta minda

selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah

menerima ransangan yang berbentuk pola.

801211075214001

8Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada sistem pembelajaran di negara kita.

Antara kepentingannya ialah :

1. Memberi pengetahuan baru kepada guru-guru tentang kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan bagi mata pelajaran sains dalam usaha memupuk

budaya sains dan teknologi dikalangan murid.

2. Diharapkan dapat mengubah persepsi murid yang sentiasa menganggap

matapelajaran sains itu sesuatu yang susah dan membosankan apabila guru mereka

menggunakan pendekatan melaui penggunaan Peta Minda ini.

3. Kajian ini mengingatkan guru bahawa setiap murid itu istimewa dan mereka

mempunyai kecerdasan mereka sendiri dan guru perlu menonjolkan keistimewaan

tersebut.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan bilangan murid yang terbatas pada sekolah ini sahaja.

Mereka bukan merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu,

hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid Tahun 4.

Dalam kajian wujud kesukaran untuk mengawal pemesongan kumpulan kawalan dari

memberi maklumat palsu dalam borang maklumat murid dan borang soal-selidik.

Guru menghadapi masalah antara memenuhi sukatan pelajaran yang banyak dan perlu

dihabiskan untuk murid menghadapi peperiksaan atau memenuhi keperluan dalaman murid

yang ingin meneroka ilmu pengetahuan sendiri. Apabila guru dan murid mengaplikasi

penggunaan peta minda , murid perlu meneroka sediri ilmu pengetahuan dan guru sebagai

pembimbing. Ini akan mengambil sedikit masa berbanding kaedah tradisional.

Kajian ini juga hanya dijalankan untuk murid lelaki kerana sekolah yang dipilih hanya

mempunyai kesemua murid lelaki di sekolah. Kajian akan meliputi pelbagai kaum dan

bangsa yang ada di sekolah tersebut. Oleh itu hasil dapatan kajian ini tidak dapat

digeneralisasikan kepada populasi kawasan kerana tiada kajian terhadap murid perempuan.

801211075214001

9BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

PENGENALAN

Kurikulum sains hari ini mengkehendaki pendekatan setara bertema yang dapat

mengaitkan pengetahuan, aplikasi sains, kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni dan

bersepadu. Selaras dengan itu tumpuan diberi kepada pendekatan pengajaran pembelajaran

yang menekankan penglibatan murid secara aktif untuk membolehkan murid menghadapi

kehidupan harian dengan berkesan dan bermakna.

LITERATUR BERKAITAN

Untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda di dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, pengkaji menggunakan teori konstruktivisme sebagai sandaran

kajian. Dalam konteks pembelajran yang diasaskan oleh Lev Vygotsky ini telah merubah

corak pengajaran dan pembelajaran, iaitu daripada pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan guru kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Hal ini

kerana teori konstruktivisme melihat proses pembelajaran sebagai suatu proses yang aktif

dan bersifat sosiobudaya (Yahya et al.2009).

Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh antara

pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan (Mok Song Sang,

2001). Hal ini selaras dengan pendapat Snyder (2009) terhadap teori konstruktivisme yang

mengatakan bahawa dengan menggabungkan informasi yang baru dengan pengetahuan

sedia ada dan pengalaman, murid dapat mengkonstruk pembelajaran mereka sendiri. Di

samping itu, menurut Ragbir Kaur (2005), antara cirri pembelajaran konstruktivisme ialah

menggalakkan murid bertanya dan terdapat perbincangan intelektual antara murid dan

guru.

801211075214001

10Kini, teori konstruktivisme dilihat sebagai salah satu teori yang mempunyai pengaruh yang

kuat dalam dunia pendidikan khususnya melibatkan pengajaran dan pembelajaran murid.

Hal ini kerana salah satu aspek penting yang dapat dikembangkan melalui pendekatan teori

ini ialah murid aktif dalam mencariilmu pengetahuan. Menurut Subadrah dan Malar

(2005), melalui proses tersebut, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang

sesuatu perkara.

Oleh yang demikian, dalam kajian ini, gabungan teori kontrustivisme dan peta minda

dipilih untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran topik Alam Bahan untuk

sains Tahun 4. Hal ini disokong oleh Harkirat et al. (2010), yang mengatakan secara

umumnya, gabungan peta minda dan teori moden konstruktivisme dalam pembelajaran

adalah sesuai.

Hal ini kerana pembelajaran menerusi teori konstruktivisme memberi penekanan terhadap

penglibatan aktif murid yang memanfaatkan struktur pengetahuan sedia ada dan

mengkonstruk pengetahuan baru yang diperoleh dengan mengabungjalinkan antara

keduanya dalam ingatan mereka. Selain itu juga,pembelajaran menerusi teori

konstruktivisme menggalakkan murid belajar secara koperatif dan kolaboratif yang dapat

meningkatkan pencapaian murid di dalam pemahaman fakta sains yang lebih jelas.

Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan peta minda

membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa,

merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibetuk biasanya

pelbagai dan bergantung kepada kreativti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat

daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee

Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan

memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang

menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.

801211075214001

11Peta minda adalah kebiasaanya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama

diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan diluar

idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah, geometri, imej, garisan,

anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam

mempelajari sesuatu mata pelajaran.

Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi

pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996),

melalui peta minda seseorang itu dapat……learn more, remember more, use less paper,

invest less effort……yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi

ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan

terlalu banyak kertas dan tenaga.

Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam jangka panjang. Poh Swee

Hiang (2006) berpendapat, peta minda dapat membantu anda mencatat nota dengan pantas

dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran

mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati. Menurut Ab Fatah Hassan (1994),

antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membantu

perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada

pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kogitif pelajar dan

menggalakkan kreativti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat terhadap proses P&P

guru.

Terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong

penggunaan peta minda dapat member manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya

Teori Pembelajaran Gestalt / Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan

(Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat dalam proses pembelajaran

murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan,

setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang

dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.

801211075214001

12Penggunaan peta minda adalah selari dengan mazhab gestalt yang berpendapat bahawa

manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan

menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia

menghubungkait pertalian antara pengalaman terpimpan dengan masalah yang dihadapi.

David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan makumat

melalui penggunaan bahasa bermakna. Menutur Ragbir Kaur (2006), maklumat yang

dipelajari secara bermakna dapat diingati dengan lebih lama berbanding dengan apa yang

dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005), Utusan Malaysia, telah

menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insane yang kritis dan

kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman serba maju ini. Beliau juga berpendapat

penggunaan peta minda dan pengurusan graifk adalah sesuai ke arah memudahkan otak

membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan

adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlah Hamzah dan

Lily Mastura Harun (2006), dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan

hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti

Sembilan kecerdasan yang ada dalam diri individu.

Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya

bagi murid yang mempunayi kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan

kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin

terdapat kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-

murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

801211075214001

13KAJIAN BERKAITAN

Kajian Makarimi (2006) berkaitan penggunaan peta minda dalam pengajaran mata pelajaran Sains kepada

140 orang murid (81 orang murid lelaki dan 59 orang murid perempuan yang

berumurantara 13-15 tahun) di sekolah menengah daerah Brunei Muara mendapati

penggunaan peta minda dalam pendekatan pengajaran lebih berkesan berbanding dengan

pendekatan pengajaran secara tradisional.

Begitu juga dengan dapatan kajian Zaharah dan Nurliah (2009) terhadap penggunaan peta

konsep dalam meningkatkan pelajaran Sejarah kepada 37 orang murid (17 orang murid

lelaki dan20 orang murid perempuan) di sebuah sekolah di Cheras, Malaysia. Kajian

mereka mendapati penggunaan peta konsep bukan sahaja memberi kesan positif terhadap

pencapaian murid, akan tetapi menunjukkan perubahan sikap, iaitu menunjukkan minat

yang tinggi terhadap matapelajaran Sejarah. Selain itu, hasil daripada analisis deskriptif

temu bual mereka bersama murid mendapati penggunaan peta konsep telah banyak

membantu para murid meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta sejarah di samping

dapat menimbulkan rasa minat murid terhadap matapelajaran tersebut.

Manakala Chan (2004),telah mengkaji tentang keberkesanan penggunaan kemahiran

petaminda dalam menulis karangan Bahasa Cina kepada 60 orang murid menengah satu

dan menengahempat di Hong Kong. Sampel terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan.

Kajian beliau mendapati penggunaan peta minda berjaya meningkatkan kualiti penulisan

karangan murid. Di samping itu, berdasarkan rumusan temu bual beliau dengan murid

menunjukkan menunjukkan peta minda dapat membantu mereka merancang dalam

pelbagai cara, antaranya untuk mencari fokus yang lebih jelas, mengorganisasikan idea

dengan lebih baik, memiliki idea yang jelas, memasukkan idea yanglebih berkaitan dan

tepat, dapat melakarkan idea yang banyak dan dapat membuat perenggan dengan baik.

Sementara itu, Wong Pui Chze (2009) mengkaji tentang penggunaan peta minda dalam

meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif Bahasa Cina terhadap 40 orang murid

Tahun 5di salah sebuah sekolah jenis kebangsaan di Kuching, Sarawak mendapati peta

minda begitu berkesan sekali dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif

Bahasa Cina. Dapatan kajian yang beliau lakukan itu menunjukkan 90% daripada murid

yang dikaji dapat menghasilkan sebuah karangan naratif yang padat isinya dan tersusun.

801211075214001

14Selain itu, beliau berpendapat bahawa peta minda adalah satu cara yang baik dan berkesan

digunakan bagi mengajar murid-murid menulis karangan.

Munah (2006) mengkaji strategi pembelajaran pemetaan semantik dalam kefahaman

bacaan kepada 60 orang murid menengah satu di Sekolah Menengah Sultan Muhammad

Jamalul Alam (SMJA), Brunei Darussalam. Kajian beliau mendapati bahawa penerapan

strategi pemetaan semantik dalam P&P kefahaman bacaan, dapat meningkatkan

pencapaian murid bukan sahaja bagi keseluruhan teks yang mencakup isi, bahasa dan juga

teknik.

Dalam konteks penulisan karangan Bahasa Melayu, Zalekha (2005) telah mengkaji tentang

perkaitan antara prestasi murid dengan penggunaan peta minda dan kata soal terhadap

enam orang sampel daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sri Aman,

Kuching, Sarawak. Hasil kajian beliau mendapati bahawa murid-murid berjaya

menghasilkan karangan naratif yang tersusun dan kemas.

Freddy Xaviers (2010) dalam kajian beliau terhadapkeberkesanan penggunaan peta minda

berunsurkan kata tanya telah berjaya meningkatkankemahiran mengolah isi karangan jenis

keperihalan Bahasa Melayu tahun 5. Beliau menyatakanbahawa penggunaan peta minda

bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pengolahan isi penting karangan murid, akan

tetapi dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam mengajarkan karangan jenis

keperihalan.

Begitu juga dengan kajian Morrission Jement (2010) mengenai kesan peta minda dalam

meningkatkan kemahiran mengenalpasti isi utama dan isi huraian karangan Bahasa

Melayu murid tahun 5 menunjukkan bahawa penggunaan peta minda meningkatkan

kemahiran penulisankarangan murid. Di samping itu, kaedah ini juga berkesan dalam

membantu murid-murid meningkatkan kecerdasan dan kemahiran mereka mengukuhkan

daya ingatan dan pemahaman.

801211075214001

15Manakala Eny Sulistiyaningsih (2010) pula menjalankan kajian tentang peningkatan

kemampuan menulis karangan naratif menggunakan kaedah peta minda. Sampel terdiri

daripada 25 orang murid (12 lelaki dan 13 perempuan) kelas 5 SD Negeri Karangasem III

Surakarta Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan murid bukan sahaja

dapat meningkatkan kualiti proses pembelajaran Bahasa Indonesia dalam menulis

karangan naratif, akan tetapi mampu meningkatkan kegiatan guru. Menurut beliau,

peningkatan kegiatan guru dalam proses pembelajaran menulis karangan naratif

menggunakan kaedah peta minda dapat dilihat melalui peningkatan perhatian guru

terhadap murid, mengelola kelas dan waktu pembelajaran.

Altablig bt. Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam

mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang murid tingkatan 4 di Sekolah

Menengah Pekan Baru, Parit Buntar, Perak. Hasil dapatan menunjukkan murid yang

berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala murid yang lemah

hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu

murid-murid sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam

soalan struktur Kertas 2.

Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di

Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat

meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku

peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbandinf ujian

pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca

berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa

penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

Seterusnya Rusilah Jais et.al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan

peta minda bagi matapelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut

melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan

kajian tersebut meunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat Gred A

sebanyak 26.6.% dalam ujian pasca berbanding 7.6% dalam ujian pra. Pelajar yang

mendapat Gred B meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian

pasca. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam matapelajaran

matematik adalah berkesan.

801211075214001

16RUMUSAN

Di samping itu, melalui penggunaan peta minda, guru lebih mudah mengembangkan

aplikasi dan lebih cekap membuat penutup pembelajaran serta leih terlatih dalam mencipta

suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, berdasarkan pendapat dan juga dapatan-

dapatan di atas, penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran amat

membantu murid dan guru dalam pengurusan nota dan fakta yang baik. Guru juga dapat

meningkatkan kreativiti murid melalui penghasilan peta minda dan dapat menjadikan

murid lebih mengenali kecerdasan yang ada pada diri mereka.

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan

bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan

memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid. Peta minda yang digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-

teori pembelajaran seperti Teori Ausubel, Teori Kecerdasan Gardner dan Teori Gestalt /

Kognitif.

801211075214001

17BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

PENGENALAN

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dalam meningkatkan

pemahaman murid dalam fakta sains bagi tajuk Alam Bahan Tahun 4. Tujuan bab ini

adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang digunakan untuk

menerangkan reka bentuk kajian, populasi, sampel, mengumpul data, prosedur kajian,

analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini juga menerangkan mengenai kajian dan

peringkat pengumpulan data hingga keperingkat penganalisan dan pentafsiran.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan rekabentuk quasi-eksperimen

dimana kajian ini membuat pemilihan subjek ke dalam kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen. Penyusunan semula kelas tidak akan dilakukan. Kumpulan kawalan dan

kumpulan eksperimen terbentuk daripada pelajar yang tersedia ada di dalam kelas masing-

masing mengikut pembahagian yang telah dilakukan oleh pihak sekolah berkenaan.

Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra yang akan dijalankan pada minggu pertama.

Semua pelajar akan diberitahu awal mengenai topik yang akan diuji supaya mereka dapat

membuat persediaan. Selepas diberi ujian pra, semua jawapan dikumpul dan dianalisis.

Seterusnya, kumpulan rawatan akan diajar menggunakan kaedah penggunaan Peta Minda

untuk memperlajari tajuk Alam Bahan sementara kumpulan kawalan akan menerima tajuk

yang sama dengan menggunakan kaedah konvensional sambil mengambil kira kecerdasan

mereka di mana setiap ahli kumpulan hendaklah tergolong dalam kecerdasan yang sama.

Menurut Azizi Yahya et.al (2007), kumpulan rawatan biasanya menerima atau megalami

satu layanan baru yang sedang dalam kajian, sementara kumpulan kawalan menerima

layanan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam bentuk biasa. Kedua-dua kumpulan

tersebut akan diberi ujian pra dan ujian pasca sebelulm dan selepas kajian dijalankan.

Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti

801211075214001

18bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang

hamper sama berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun bagi matapelajaran Sains.

Sebelum kumpulan dibahagikan, semua pelajar akan menjawab soal selidik yang ringkas

untuk mengetahui dan pembahagian kumpulan mengikut kecerdasan mereka. Sebaliknya,

kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah biasa yang digunakan oleh guru

sebelumnya. Sebaik sahaja pengajaran selesai, satu ujian pos diberikan kepada kedua-dua

kumpulan untuk melihat kesan dari rawatan yang diberi. Selepas itu kumpulan eksperimen

akan diberi satu soal selidik untuk mengesan persepsi pelajar terhadap pendekatan

Pembelajaran Konstruktivisme melalui kaedah penggunaan Peta Minda.

Tujuan reka bentuk kuasi eksperimen ini dipilih adalah untuk mengenalpasti perbezaan

pencapaian Sains untuk tajuk Alam Bahan bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan. Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua

pembolehubah yang dikaji, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak

bersandar (bebas).

Di dalam kajian ini pembolehubah bersandar adalah pencapaian Sains untuk tajuk Alam

Bahab yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pembolehubah tak

bersandar ialah kaedah pengajaran menggunakan peta minda dan kaedah konvensional.

Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang

dimanipulasikan adalah pembolehubah tak bersandar, manakala kesan tingkahlaku

menipulasi adalah pembolehubah bersandar iaitu apa yang diukur.

Selain daripada pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar, terdapat

pembolehubah-pembolehuabh luaran yang mungkin mengganggu keputusan kajian, seperti

kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan

soalan untuk ujian yang akan dijalankan. Bagi mengawal pemboleubah-pembolehubah

luaran ini beberapa langkah wajar perlu diberi perhatian. Antaranya ialah pemilihan

sampel yang terdiri daripada dua kumpula murid mestilah berada pada tahap pencapaian

Sains yang hamper sama. Selan itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan di

analisis melalui ujian T untuk melihat bahawa tidak wujud perbezaan signifikan dari segi

kebolehan atau pencapaian Sains sebelum kajian dijalankan. Ujian keseragaman varians

juga akan dijalankan bagi menentukan homogen kumpulan.

801211075214001

19POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian ini adalah melibatkan sekumpulan murid di kalangan tahun 4 di Sekolah

Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani. Semua murid telah mengikuti matapelajaran Sains

berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kumpulan murid yang terlibat terdiri

daripada 40 orang murid yang dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 20 murid di

dalam kumpulan rawatan dan 20 murid di dalam kumpulan kawalan.

Semua murid yang terlibat adalah daripada golongan jantina lelaki sahaja kerana di

Sekolah Kebangsaan Ibrahim hanya mempunyai murid lelaki. Tiada murid perempuan

yang bersekolah di sekolah ini. 40 orang murid yang dipilih adalah di kalangan murid yang

berprestasi rendah dan dari kelas sederhana. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan

dimonopoli oleh kaum Melayu dan India. Bagi keseluruhan tahun 4 di sekolah ini hanya

mempunyai 2 orang murid yang berbangsa Cina.

Murid yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah terdiri daripada murid yang

mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Murid tidak hanya dipilih

berdasarkan latar belakang sosio ekonomi yang sama sahaja sebagai contoh hanya memilih

anak-anak guru untuk dijalankan kajian. Berkemungkinan juga faktor sosio ekonomi akan

mempengaruhi pencapaian mereka di dalam kajian yang akan dijalankan ini.

Pemilihan sampel kajian adalah melibatkan dari satu kawasan populasi sahaja. Ini

disebabkan oleh faktor masa dan kewangan. Jika populasi di jalankan di seluruh Bandar

Sungai Petani ia akan mengambil masa yang lama untuk menjalankan kajian dan

mendapatkan hasil. Jadi saya memilih untuk menjalankan kajian pada peringkat dalaman

sahaja kerana mudah untuk berurusan dengan pihak pentadbir.

801211075214001

20INSTRUMEN KAJIAN

Borang maklumat Pelajar

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian.

Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina dan markah ujian terkini.

Sampel juga akan menjawab soal-selidik ringkas yang bertujuan untuk

mengenalpasti kumpulan kecerdasan mereka.

Ujian Pra dan Pos

Satu set ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri

daripada 30 soalan objektif aneka pilihan dengan tiga pilihan jawapan (A, B dan

C), yang berkaitan dengan tajuk Alam Bahan. Semua item ujian pencapaian ini

telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains, Huraian

Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4, dan buku teks Sains KBSR Tahun 4.

Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam

alat kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksonomi

Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya, pengkaji telah merujuk

kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains bagi mendapatkan pandangan dank omen mereka. Berdasarkan

ulasan guru-guru tersebut, pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa

item yang kurang sesuai.

Sampel kajian

Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah di kawasan

bandar. Seramai 40 orang murid akan terlibat dan 20 orang murid sebagai ahli

kumpulan rawatan dan 20 murid adalah ahli kumpulan kawalan.

Borang soal-selidik

Soal selidik dibina untuk mengetahui persepsi dan pendapat pelajar mengenai

kaedah penggunaan peta minda. Ia hanya dikhaskan kepada kumpulan kawalan.

Soal-selidik kajian mengandungi 10 item yang dikemukakan berdasarkan Skala

Likert

801211075214001

21Jadual

Jadual keputusan ujian pra, ujian pos, dapatan hasil dari soal-selidik.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ibrahim yang melibatkan 40 orang sampel

yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan

dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji akan menguruskan sendiri ujian pra tersebut

dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.

Pengkaji akan melibatkan diri secara langsung dengan mengajar kedua-dua kumpulan

tersebut. Kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional sementara

kumpulan rawatan menggunakan kaedah peta minda. Kedua-dua kaedah pengajaran ini

akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua murid dalam

kumpulan rawatan dan kawalan akan menduudki ujian pasca dengan menggunakan set

yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk

dianalisis oleh pengkaji.

Bagi ujian pos jumlah skor menunjukkan tahap pengetahuan pelajar setelah menggunakan

kaedah peta minda. Kesemua skor akan ditukarkan kepada peratus dan sekiranya pelajar

mendapat skor di bawah 30 % bermakna pelajar belum menguasasi topik ini dan begitulah

sebaliknya jika pelajar mendapat skor melebihi 30% tetapi di bawah 70%, ini

menunjukkan pelajar menguasai tajuk ini di tahap sederhana dan jika melebihi 70%

bermaksud pelajar menguasai sepenuhnya tajuk ini.

Daripada jadual di bawah, skor minimum ialah 0. Skor maksimum pula ialah 100. Skor-

skor yang diperolehi dikategorikan kepada tahap-tahap penguasaan murid dalam tajuk

Alam Bahan seperti dalam jadual di bawah.

801211075214001

Markah Tahap Penguasaan

0% - 30% Rendah

31% - 70% Sederhana

71%-100% Tinggi

22TATACARA PENGANALISAAN DATA KAJIAN

Peta minda yang akan dibina adalah berpandukan kepada jawapan ujian pra dan merujuk

kepada sukatan pelajaran yang disediakan . Program power point akan digunakan dan

ditambah dengan animasi, grafik, teks dan aliran mengikut isi pelajaran bagi

menghidupkan lagi persembahan serta memotivasikan murid untuk lebih memberikan

tumpuan pada pembelajaran. Penerangan dibuat dengan memasukkan unsur-unsur animasi

dan grafik serta bunyi agar murid dapat melihat dengan lebih jelas sesuatu proses itu

berjalan. Teks dimasukkan dengan menekankan kepada isi-isi penting agar ianya jelas dan

mudah difahami murid. Murid boleh melihat dan boleh membaca keterangan yang

disediakan. Murid juga boleh melihat semula mana-mana bahagian daripada peta minda ini

untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas.

Bagi analisis ujian akan di jalankan dengan menggunakan cara berikut :

a. Mengira bilangan dan peratus murid yang tidak memahami sesuatu item.

b. Mengira bilangan murid yang lulus atau gagal secara keseluruhan.

c. Melakukan analisis bilangan murid yang mencapai tahap minima.

d. Melakukan analisis bilangan murid yang menjawab soalan yang dikemukakan.

e. Mengenalpasti item yang susah dan item yang senang untuk memperolehi indeks

kesusahan.

801211075214001

23RUMUSAN

Kajian ini adalah kajian berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan

sampel, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 40

orang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ibrahim. Kedua-dua kumpulan tersebut akan

menduduki ujian pra sebelum ujian dan ujian pasca pada akhir kajian.

Hasil daripada penganalisaan statik ke atas data yang diperolehi akan memberikan

pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda

bagi topik Alam Bahan dalam matapelajaran Sains tahun 4 berkesan atau tidak berkesan

bagi meningkatkan kefahaman murid di dalam fakta dan isi pelajaran Sains seterusnya

meningkatkan pencapaian Sains bagi golongan murid yang berprestasi rendah.

801211075214001

24RUJUKAN

Ab Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Kuala

Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting semasa belajar. [atas talian]

http://www.islam.gov.my/e-rujukan (31 Mei 2007)

Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta

sejarah-Bab 1 tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan

Pendidikan Perak hlm 87 – 99

Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid

tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut

Perguruan Perlis : 133-145

Azizi Yahaya et.al . 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan – teori, analisis &

interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain – Train Your Brain and Unleash The Genius Within.

Singapore : Oxford University Press.

Ismail Zain, Dr. Kepentingan Penggunaan Peta Minda. http://www.tutor.com.my (31 Mei

2007).

Ismail Zain, Dr. (13 Jun 2005). ‘Belajar Berkesan dengan Peta Minda’. Utusan Malaysia.

(Kuala Lumpur)

Johanna A. Sobrey. (25 Jun 2007). ‘Peta Minda Pak Samad’. Kosmo. (Kuala Lumpur):

18-19.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sains Tahun 4 Sekolah Rendah. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

801211075214001

25Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4. Kuala Lumpur :

Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Pelajar Terbaik SPM 2007 (23 Mac 2007). (atas talian)

http://ppdbesut.net/nuke/modules.php?name=News&file=article&sid=4 (15 Julai 2007).

Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir – Kurikulum Kursus Persediaan Program

Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi matapelajaran matematik di

kalangan pelajar perakaunan. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/ (11 Julai 2007).

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala

Lumpur : PTS Professional.

Tony Buzan.2006. Mind Mapping - Kick-Start Creativity and Transform Your Life.

England : BBC Active.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Modul 3 Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala

Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

801211075214001

26Ee Ah Meng, 1991. Psikologi Perkembangan . Aplikasi Dalam Bilik Darjah.

Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lee Shok Meng , 1995. Asas Pendidikan 2. Murid Dan Proses Pembelajaran.

Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

801211075214001