peta minda menjalinkan hubungan baik antara guru dengan murid

Upload: kiu-boon

Post on 07-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Peta Minda Menjalinkan Hubungan Baik Antara Guru Dengan Murid

TRANSCRIPT

Strategi menjalinkan hubungan positif antara guru dengan murid. B) Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah Guru boleh menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid untuk membangkitkan motivasi intrinsik mereka datang ke sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu seperti melalui aktiviti. Guru perlu berbincang bersama-sama dengan murid untuk menjaga keharmonian kelas. Contohnya, papan kenyataan diisi dengan bahan mengikut kreativiti murid secara bergilir. Guru juga boleh memberi pujian dan peneguhan kepada mereka yang rajin dan berusaha.

A) Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-masing. Guru perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya.Cara Menjalinkan hubungan baik antara guru dengan murid. D) Tunjukkan Keprihatinan Guru boleh mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya. Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan keprihatinan. Elakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Guru boleh menggunakan pelbagai cara untuk membantu murid meluahkan perasaannya. Contohnya melalui surat, email, dan sebagainya. C) Agihkan Tanggungjawab Bersama Melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas. Beri peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas. Guru dengan murid berbincang dan menentukan peraturan, matlamat, harapan dan sebagainya. Murid-murid berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut. Hal ini boleh membina hubungan yang positif antara guru-murid.