peta minda bab 11.pdf

5
Bab11: Sabah SMK Danau Kota, Kuala Lumpur Rosle Bin Yasin 47 Sabah Pengenalan Sabah dikenali deng an gelaran Negeri di Bawah Bayu. Masyarakat Sabah  Dianggarkan terdapat 30 kumpulan etnik di Sabah. Antara kumpulan etnik utama ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk, orang Sungei, Kedayan dan Bisaya.  Orang Melayu-Brunei tinggal di kawasan Pantai Barat Papar, Kimanis dan Sipitang.  Orang Bajau tinggal di kawasan pantai barat dan pantai timur seperti di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tuaran.  Orang Suluk tinggal di pantai timur seperti di Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Kudat.  Orang Kadazandusun tinggal di pantai barat dan kawasan pedalaman di Penampang, Tambunan, Ranau, Papar dan Kudat.  Orang Murut tinggal di Tenom, Pensiangan, Keningau dan Rundum. Pertalian Sabah dengan Kesultanan Brunei dan Sulu  Sistem pemerintahan di Sabah terbahagi kepada sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik k etua bebas.  Sistem politik kesukuan terdapat di kawasan pedalaman yang diduduki oleh peribumi seperti Kadazandusun, Murut dan orang Sungei, walaupun Sabah ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.  Sistem politik Kesultanan diamalkan di bahagian persisiran pantai barat dan pantai timur yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.  Sultan Brunei, Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh pada tahun 1874. Latar Belakang Sejarah Sabah   Nama Sabah berasal daripada perkataan ‘Saba’ iaitu sejenis pisang y ang dipanggil pi sang ‘saba’.   Pisang ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh masyarakat Bajau.   Negeri Sabah dipanggil Sabah keran a ramai  penduduk sekitar pantai Barat Sabah menanam  pisang ini.

Upload: cikgurosle

Post on 14-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/27/2019 peta minda bab 11.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-11pdf 1/5

Bab11: Sabah SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 47

Sabah

Pengenalan

Sabah dikenali dengan gelaran Negeri di Bawah Bayu.

Masyarakat Sabah

  Dianggarkan terdapat 30 kumpulan etnik di Sabah. Antara kumpulan etnik utama ialah

Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk, orang Sungei, Kedayan dan Bisaya.

  Orang Melayu-Brunei tinggal di kawasan Pantai Barat Papar, Kimanis dan Sipitang.

  Orang Bajau tinggal di kawasan pantai barat dan pantai timur seperti di Kota Belud, Papar, Semporna

dan Tuaran.

  Orang Suluk tinggal di pantai timur seperti di Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Kudat.

  Orang Kadazandusun tinggal di pantai barat dan kawasan pedalaman di Penampang, Tambunan,

Ranau, Papar dan Kudat.

  Orang Murut tinggal di Tenom, Pensiangan, Keningau dan Rundum.

Pertalian Sabah dengan

Kesultanan Brunei dan Sulu

  Sistem pemerintahan di Sabah terbahagi kepada sistem politik kesukuan,

sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.  Sistem politik kesukuan terdapat di kawasan pedalaman yang diduduki

oleh peribumi seperti Kadazandusun, Murut dan orang Sungei, walaupun

Sabah ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.

  Sistem politik Kesultanan diamalkan di bahagian persisiran pantai barat

dan pantai timur yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.

  Sultan Brunei, Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei

kepada Sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh pada

tahun 1874.

Latar Belakang Sejarah Sabah

   Nama Sabah berasal daripada perkataan ‘Saba’

iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang ‘saba’. 

  Pisang ini juga dikenali sebagai pisang jaba olehmasyarakat Bajau.

   Negeri Sabah dipanggil Sabah kerana ramai

 penduduk sekitar pantai Barat Sabah menanam

 pisang ini.

7/27/2019 peta minda bab 11.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-11pdf 2/5

Bab11: Sabah SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 48

Adat Perkahwinan

  Kumpulan etnik Sabah mempunyai adat perkahwinan

yang tersendiri.

  Masyarakat Bajau biasanya akan mengadakan majlis

 perkahwinan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana

cahaya bulan terang. Cahaya bulan terang menandakan pengantin dimurahkan rezeki.

  Upacara perkahwinan juga diadakan pada hari Rabu dan

Ahad, biasanya akan dijalankan antara kaum kerabat

dengan mengadakan upacara maglamilami  (beramai-

ramai) iaitu menjamu selera dan menyaksikan hiburan.

Pendidikan

  Pendidikan tidak formal diperoleh melalui keluarga atau

masyarakat bertujuan memberi kemahiran seperti

memancing, memanjat, berburu, bertukang, menyumpit,

 bersawah dan bertukang.

  Pendidikan formal terhad pada pendidikan agama Islam

seperti membaca al-Quran dan menulis jawi yang

diadakan di surau, pondok dan rumah guru agama.

Peraturan dan Adat Resam

  Undang-undang adat memainkan peranan penting dalam masyarakat Sabah.

  Amalan undang-undang bertujuan memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup

masyarakat.

  Undang-undang adat seperti babas, sogit dan kepanasan yang dijalankan oleh

ketua-ketua adat penting bagi mengeratkan hubungan masyarakat.

  Masyarakat Kadazandusun percaya seseorang yang tidak mematuhi adat akan

ditimpa mala petaka seperti wabak penyakit, bencana alam serta kerosakan

tanaman.

Adat Pertanian

  Monogit adalah upacara memuja semangat padi

semasa menanam dan menuai.

  Perayaan penting masyarakat Kadazandusun selepas

musim menuai ialah Pesta Menuai (Pesta Keamatan)

dalam masa yang sama tarian Sumazau akan

dipersembahkan.

Kegiatan Sosiobudaya.

Adat Kematian

  Apabila berlaku kematian dalam masyarakat Murut,

saudara mara akan memukul tiang rumah.

  Mayat dibersihkan dan dipakaikan dengan pakaian

sebelum dikebumikan dalam posisi duduk.

  Mayat dibakar dalam tembikar kemudian disimpan

dalam rumah selama tujuh hari

7/27/2019 peta minda bab 11.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-11pdf 3/5

Bab11: Sabah SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 49

Agama dan Kepercayaan

  Pada peringkat awal kepercayaan masyarakat etnik di Sabah adalah pagan  dan mengamakan kepercayaan animisme.

  Pengaruh Islam membawa perubahan secara beransur-ansur terutama masyarakat Bajau dan Melayu Brunei.  Bagi menjamin keharmonian dan kebahagian hidup bermasyarakat, sistem ketua di sesebuah kampung atau orang

tua  di rumah panjang diwujudkan.

  Bagi etnik Islam ketua berperanan menguatkuasakan hukum Islam, manakala orang tua  menguatkuasakan undang-

undang adat di kalangan etnik bukan Islam.

Agama dan Kepercayaan etnik Kadazandusun

  Mengamalkan kepercayaan animisme sebahagian kecil beragama Islam.

  Mereka mempercayai tuhan Kinorohingan  yang bersemayam di dunia lain.  Roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu sebelum pergi ke syurga atau neraka.

  Setiap tahun selepas musim menuai padi mereka akan menjalankan upacara Magavau  untuk

menghormati semangat padi.

  Pesta Keamatan disambut sebagai tanda kesyukuran kepada Kinorohingan yang memberikan hasil

 padi yang banyak.

  Satu upacara penting dalam Pesta Keamatan ialah pertandingan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau.

Ratu Cantik melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.

  Bomoh untuk membuang kepanasan  dipanggil Bobohizan .

Agama dan Kepercayaan etnik Murut

  Mengamalkan kepercayaan animisme yang

mempercayai batu, pokok dan sungai mempunyairoh.

  Gunung Antulai atau dikenali sebagai gunung Aru

(Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci.

  Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno iaitu

kuasa yang mencipta segala-galanya.

  Bomoh mereka yang boleh berhubung dengan

kuasa ghaib dipanggil Babalian.

Kesenian

1.  Terdapat pelbagai jenis tarian masyarakat Sabah yang sering dipersembahkan dalam majlis utama setiap

etnik dan kepada pelancong asing sebagai daya tarikan.

2.  Tarian Mangunatip ditarikan oleh masyarakat Murut, Tarian Sumazau oleh masyarakat Kadazandusun,

Tarian Limbai oleh masyarakat Bajau dan Tarian Mangalang oleh etnik Murut.

3.  Kebanyakan alat muzik masyarakat Sabah diperbuat daripada buluh seperti Bas, Sompoton dan suling.

4.  Seni bina masyarakat Sabah yang unik dapat dilihat pada rumah panjang tempat tinggal orang Murut dan

Rungus yang diperbuat daripada buluh, rotan dan daun rumbia.

5.  Masyarakat Sabah juga mahir membuat pelbagai jenis kraftangan seperti kain tenunan, senjata, alat muzik

dan anyaman bakul dan tikar.

7/27/2019 peta minda bab 11.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-11pdf 4/5

Bab11: Sabah SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 50

Kegiatan Ekonomi

  Kebanyakan penduduk Sabah menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti

 pertanian, memungut hasil laut, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.

  Pertanian dijalan secara pindah menanam padi huma dan prtanian kekal

menanam padi sawah.  Masyarakat Sabah juga menanam ubi, keledek, sayur-sayuran, buah-buahan,

kelapa dan menternak binatang.

  Penduduk di persisiran pantai seperti Melayu-Brunei, Suluk dan Bajau

menjalankan kegiatan memungut hasil laut seperti agar-agar, timun laut dan

karang laut.

  Orang Bajau merupkan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir.

  Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh masyarakat yang tinggal di

 persisiran pantai.

  Gua Gomantong di Sandakan merupakan pengeluar utama sarang urung yang

diekspot ke China.

  Orang Murut menjalankan kegiatan memungut hasil hutan seperti damar, rotan

dan madu lebah.

  Pasar tamu merupakan tempat masyarakat bertukar-tukar

 barangan dan berjual beli.

  Masyarakat Sabah menjalankan perdagangan secara tukat

 barang.  Perdagangan yang dijalankan dengan pedagang Cina

menggunakan mata wang.

  Di pasar tamu ramai peniaga dari kawasan pedalaman dan

kampong yang berdekatan berkumpul untuk menjual hasil

dagangan mereka.

  Orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk

memperdagangkan hasil laut dan beras.

  Orang Kadazandusun dan Murut memperdagangkan hasil

hutan.

  Pasar tamu dapat mengeratkan hubungan antara etnik dan

mewujudkan semangat muhibah dan harmoni

Kesimpulan

  Dengan mempelajari latar belakang sesuatu etnik, kita akan dapat memahami budaya

etnik dan dapat meningkat perpaduan nasional di kalangan warga Malaysia.

Kegiatan Ekonomi Tradisional Perdagangan

7/27/2019 peta minda bab 11.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-11pdf 5/5

Bab11: Sabah SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 51