peta minda ayat pasif

4
3.1.2 AYAT PASIF Ayat pasif merupakan ayat yang mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri orang kedua iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Kata kerja dalam ayat jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif : di- ter- Kata ganti nama diri (KGND) orang pertama dan kedua diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Sebab : KGND orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Perkataan kena dalam ayat jenis ini berada di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Rajah 2.0 Ayat Pasif

Upload: rafiza-diy

Post on 13-Apr-2017

672 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peta Minda Ayat Pasif

3.1.2 AYAT PASIF

Ayat pasif merupakan ayat yang

mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja

pasif

ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri

orang kedua

iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang

hadir sebelum kata kerja

Kata kerja dalam ayat jenis ini mengandungi imbuhan kata

kerja pasif :

di- ter-

Kata ganti nama diri (KGND) orang pertama dan kedua diletakkan di

hadapan kata kerja dasar.

Sebab : KGND orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.

Perkataan kena dalam ayat jenis ini berada di hadapan kata kerja dasar yang tidak

menerima awalan.

Rajah 2.0 Ayat Pasif

Page 2: Peta Minda Ayat Pasif

3.1.2 AYAT PASIF

i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja

pasif

Kata kerja dalam ayat jenis ini mengandungi imbuhan kata

kerja pasif :

di- ter-

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan

Novel itu telah dibeli oleh Amir pada minggu lepas.

Lembu itu sudah disembelih oleh datuk saya pada pagi tadi.

Nasi itu terbeli oleh ayah di kedai Pak Mat.

Rumah itu tertimbus oleh tanah runtuh semalam.

Kata sendi nama oleh pada binaan oleh+Frasa Nama boleh digugurkan sekiranya...

Ayat pasif tersebut menggunakan kata

kerja pasif di-.

Novel itu telah dibeli oleh Amir pada minggu lepas.

Novel itu telah dibeli Amir pada minggu lepas.

Tetapi, jika oleh terletak jauh daripada kata kerja, oleh tidak boleh digugurkan.

Novel itu telah dibeli pada minggu lepas oleh Amir.X Novel itu telah dibeli pada minggu lepas Amir.

Rumah itu tertimbus semalam oleh tanah runtuh.X Rumah itu tertimbus semalam tanah runtuh.

Semua binaan oleh+Frasa Nama boleh digugurkan sekiranya...

Unsur subjek hendak diberi penekanan.

Novel itu telah dibeli Amir pada minggu lepas.Novel itu telah dibeli pada minggu lepas.

Rumah itu tertimbus tanah runtuh semalam.Rumah itu tertimbus semalam.

Binaan oleh+Frasa Nama tidak diperlukan sekiranya...

Ayat pasif mengandungi imbuhan ber- dan ke-...-an.

Subjek Predikat

Buku itu berbalut kemas.

Kumpulan itu kegelisahan.

CONTOH

Rajah 2.1 Ayat Pasif

Page 3: Peta Minda Ayat Pasif

3.1.2 AYAT PASIF

ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri

orang kedua

Kata ganti nama diri (KGND) orang pertama dan kedua diletakkan di

hadapan kata kerja dasar.

Sebab : KGND orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.

Ayat pasif songsang :Saya baca cerpen itu.Pola intonasi : 2-3-1

KGND orang pertama dan kedua boleh

berbentuk kata penuh atau kata

ringkas.

Kata penuh KGND 1 dan KGND 2 Kata ringkas

saya, aku, engkau, awak, anda, kami, kita

ku (aku), kau (engkau)

Subjek Frasa Kerja Pasif dengan KGND 1 dan KGND 2

Keterangan

Projek itu mesti kita tangguhkan beberapa bulan.

Tempahan itu akan kami uruskan secepat mungkin.

Kertas kerja itu sudah aku selesaikan petang semalam.

Kertas kerja itu sudah kuselesaikan petang semalam

Makanan itu mesti engkau makan sekarang

Makanan itu mesti kaumakan sekarang.

KGND 1 dan KGND 2 berada di hadapan kata kerja.

Ayat pasif susunan biasa :Cerpen itu saya baca.

Kekeliruan antara ayat pasif songsang dengan ayat aktif dapat dibezakan mengikut cara sebutan yakni pola

intonasi kedua-dua ayat ini.

Ayat aktif :Saya membaca cerpen itu.

Pola intonasi : 2-4-2-3lawan

Rajah 2.2 Ayat Pasif

Page 4: Peta Minda Ayat Pasif

3.1.2 AYAT PASIF

iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang

hadir sebelum kata kerja

Perkataan kena dalam ayat jenis ini berada di hadapan kata kerja dasar yang tidak

menerima awalan.

Subjek Kena Kata Kerja Dasar

oleh+Frasa Nama

Polis itu kena tembak oleh pembunuh.

Nenek itu kena ragut oleh perompak.

Penjenayah itu kena tangkap oleh polis

Lembu itu kena jerut oleh tuannya.

Budak itu kena pukul oleh ayahnya.

Binaan oleh+Frasa Nama boleh diadakan dan

ditiadakan dalam binaan ayat pasif jenis ini.

Polis itu kena tembak. Nenek itu kena ragut.

Jika oleh+ FN digugurkan :

CONTOH :

Rajah 2.3 Ayat Pasif