peta minda

8
Tahap 1 Bahasa Melayu Purba Tahap 2 Bahasa Melayu Kuno Tahap 3 Bahasa Melayu Klasik Tahap 4 Bahasa Melayu Pra Moden Tahap 5 Bahasa Melayu Moden SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Upload: maria-williams

Post on 19-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BMM

TRANSCRIPT

Page 1: Peta Minda

Tahap 1Bahasa Melayu

Purba

Tahap 2Bahasa Melayu

Kuno

Tahap 3Bahasa Melayu Klasik

Tahap 4Bahasa Melayu Pra

Moden

Tahap 5 Bahasa Melayu Moden

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Page 2: Peta Minda

Wujud pada zaman prasejarah.

Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.

Dituturkan oleh kelompok Melayu-Deutro.

Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu, bahasa Melayu

Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

TAHAP 1

BAHASA

MELAYU PURBA

Page 3: Peta Minda

TAHAP 2BAHASA MELAYU

KUNO

Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Tulisan pada batu bersurat menggunakan Bahasa Melayu Kuno.i.Batu Bersurat Kedukan di Palembang - huruf Palavaii.Batu Bersurat Talang Tuwo - huruf Nagiri

Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana memiliki ciri yang diterima ramai iaitu bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar serta tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

Bermula pada abad ke-4 Masihi (Abdul rashid dan Amat Juhari Moain)Bukti di Dong Yen Chau di Teluk Vietnam bertarikh abad ke-4 Masihi - sebuah prasasti

Mubaligh India datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu.Juga melalui aktiviti perdagangan.

Banyak dipengaruhi sistem bahasa Sanskrit.Pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari.Kata-kata, rangkai kata pinjaman dan fonem-fonem Sanskrit.Contoh - syukasyitta, athava, karana, tatkala

Page 4: Peta Minda

TAHAP 3

BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke-13 dan ke-14.Buktinya ialah penemuan beberapa buah

prasasti.

Perkembangan agama Islam membawa bahasa Arab. Bahasa Melayu berkembang pesat melalui pinjaman perkataan Arab dan Parsi. Juga bahasa-bahasa dari Barat.

Digunakan sebagai lingua-franca pada zaman kerajaan Melayu Melaka dan jelas digunakan dalam aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam pada ketika itu.

Digunakan untuk penghasilan kitab-kitab agamai.Furu’ Al-Masa’il - Syed Muhammad Daud Al-Fataniii.Sabil Al-Muhtadin – Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab telah menyebabkan bahasa Melayu Klasik melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi.

Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-16 bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru dengan menerima pengaruh dari Barat ketika kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris.

Kegemilangan bahasa Melayu Klasik boleh

dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman

kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau.

Page 5: Peta Minda

Kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti

dalam zaman bahasa Melayu Klasik ke dalam masyarakat umum. Terdapat banyak

hasil penulisan seperti buku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah

Bermula pada abad ke -19 dan bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula

meresap ke dalam bahasa Melayu.

Kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik, tetapi bahasa ini menerima

pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat namun bahasa ini tidak menerima

sistem pembentukan bahasa itu, dan tidak juga mengetepikan bahasa Sanskrit dan

bahasa Arab yang diguna pakai sebelumnya.

Pertembungan budaya Melayu dengan Barat seperti perkembangan teknologi

cetak, serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.

TAHAP 4 BAHASA MELAYU

PRA-MODEN

Page 6: Peta Minda
Page 7: Peta Minda

TAHAP 5 BAHASA MELAYU MODEN

- Bermula pada abad ke-

19 iaitu setelah

kedatangan penjajah

Eropah seperti Portugis,

Belanda dan Inggeris.

- Hasil karangan Munsyi

Abdullah dianggap sebagai

permulaan zaman bahasa Melayu moden

kerana sifatnya yang

dikatakan agak

menyimpang daripada

bentuk bahasa Melayu Klasik.

- Semasa Malaysia mencapai

kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan

melalui Perkara 152

telah menetapkan

bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan

- Bahasa rasmi,

pentadbiran, perhubungan, pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan juga universiti.

-Laporan Razak yang digubal pada tahun 1956 juga telah

mencadangkan bahasa Melayu sebagai

pengantar dalam sistem pendidikan

negara.

- Syarikat percetakan

telah banyak didirikan seperti

buku,majalah, jurnal dan

akhbar berbahasa

Melayu yang dicetak di

tanah jajahan Inggeris dan Belanda di

Asia Tenggara.

Page 8: Peta Minda

BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

Era selepas merdeka atau pasca-merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-

undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKABahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 pada 6 Ogos 1950 hingga kepada kemerdekaan 1957.

BAHASA MELAYU MODEN