pesta pantun

5
PESTA PANTUN 2015 PERTANDINGAN PERINGKAT AWAL (1) Pusingan 1 Tema : Akhlak mulia Jong Perlak melabuh sauh, Sahaya rebah tidak terpunggah; andai akhlak dibuang jauh, apa musibah datang menyinggah? Tema : Modal Insan Cengal di laman tegak berdiri bawa ke titi penghias karangan Modal insan citra bestari Terjamin kualiti apa acuan? Tema : Pendidikan Cemerlang Di pekan tamu membeli ambal Indah gemilang tampak pesona Ledakan ilmu bercorak global Pelajar cemerlang bagaimana dijana? Pusingan 2 Tema : Pemikiran Kritis Dara mencari si buah keranji Embun menitis di hujung sena Alasan dicari bukti dikaji Pemikiran kritis bernasnya di mana? Malaysia Cergas Berlagu unggas di hujung dedalu Tinggi berdiri pohon tembusu Malaysia Cergas dicanang selalu Mengapa diri sentiasa lesu?

Upload: muzaffar-tawang

Post on 19-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pantun Melayu

TRANSCRIPT

PESTA PANTUN 2015PERTANDINGAN PERINGKAT AWAL (1)Pusingan 1Tema : Akhlak mulia

Jong Perlak melabuh sauh,Sahaya rebah tidak terpunggah;andai akhlak dibuang jauh,apa musibah datang menyinggah?

Tema : Modal Insan

Cengal di laman tegak berdiribawa ke titi penghias karanganModal insan citra bestariTerjamin kualiti apa acuan?

Tema : Pendidikan Cemerlang

Di pekan tamu membeli ambalIndah gemilang tampak pesonaLedakan ilmu bercorak globalPelajar cemerlang bagaimana dijana?

Pusingan 2

Tema : Pemikiran Kritis

Dara mencari si buah keranjiEmbun menitis di hujung senaAlasan dicari bukti dikajiPemikiran kritis bernasnya di mana?

Malaysia Cergas

Berlagu unggas di hujung dedaluTinggi berdiri pohon tembusuMalaysia Cergas dicanang selaluMengapa diri sentiasa lesu?

Permainan Tradisional

batu intan selisih permatabatu delima letak di dupaCongkak seremban permainan kitaWarisan lama mengapa dilupa?Pertandingan Peringkat Awal (2)

Pusingan 1

Tema : Ibu Mithali

Harum sedupa si bunga melatiDisepit bambu di tepi perigiKasihnya bapa bawa ke matiKasihnya ibu ke mana pergi?

Tema : Faedah Kokurikulum

Bunga ros banyak berduri,Hendak dipetik anak cik puan,Kokurikulum layak membina diri,mengapa akademik menjadi tumpuan?

Tema : Gaya Hidup Sihat

Kepingan getah di atas paraDitoreh kaca berkelar-kelarBersenam sudah tidak terkiraApakah punca penyakit menular?

Pusingan 2

Tema : Pakaian TradisionalGadis ayu menyarung kebayaMemetik pakis tepian telipukSarung Melayu simbolik budayaKian terhakis bila nak pupuk?

Tema : Jati Diri

Pohon nan lebat tumbuh meredupRunduk di kali disapa pawanaBudaya barat acuan hidupJati diri hilang ke mana?

Tema : Satu Malaysia

Bunga dahlia indah tersematDigubah rapi jadikan hantaranSatu Malaysia ungkapan azimatApakah bukti rakyat didahulukan?PERTANDINGAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Pusingan 1

Tema : Sepakat membawa berkat

Pohonan selasih menyirna siantan,Melayang puspa patah berkurang;Sepakat kasih pembina kekuatan,Dibayang apa berpatah arang?

Tema : Pengguna Bijak

Ikan kaci si ikan gelamaTidak kan sama si ikan kelisaJual beli keuntungan bersama,Mengapa pengguna menjadi mangsa?

Tema : Belia JayaDi Bukit Raya bersarang penyengatPohon kelapa tinggi menjulangbelia jaya penguat semangatdiinspirasi apa belia gemilang?

Pusingan 2

Tema : Makanan Tradisional

Gadis ayu berjalan malamMemetik pakis tepian telipukKuih Melayu warisan silamKian terhakis bagaimana nak pupuk?

Tema : Perpaduan BangsaPatah berderap pohon angsanaJatuh menimpa si mawar merahPerpaduan diterap harmoni suasanaBerpaling muka mengapa tak sudah?

Tema : hutan simpan

tumbuh kantan di tanah ratasayang cendana ditimpa dahanhutan simpan warisan kitacara mana dapat bertahan?

PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR

Pusingan 1

Tema : Malaysiaku Gemilang

Tema :Fikiran terbuka

Tema : Budaya Keusahawanan

Pusingan 2

Tema : Kepentingan teknologiBerjalan musang di kala malamPatah kakinya tertimpa dahanPencawang dipasang segenap alamMengapa talian masih perlahan?

Tema : Pemimpin Mithali

Tema : Kecemerlangan sukan Negara

Tema : Malaysiaku Indah

Tema : Permata Negara

Tema : Industri Tani

Tema : Keselamatan di jalan raya

Memetik lada di hujung payaHujung sedepa bersarang lebahJalan raya tempat berbahayaPeranan siapa hindar musibah?

Tema : Kepimpinan melalui teladan

Tema : Integriti