perubahan nilai complete

7
PERUBAHAN NILAI BERLAKU DI DALAM MASYARAKAT Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Nilai moral dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" Masyarakat adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui Falsafah Pendidikan Negara yang dipelajari di sekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan

Upload: navanitamganeson

Post on 23-Nov-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mmmm

TRANSCRIPT

PERUBAHAN NILAI BERLAKU DI DALAM MASYARAKAT

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Nilai moral dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"Masyarakat adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui Falsafah Pendidikan Negara yang dipelajari di sekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan.Kemajuan teknologi dan ledakan maklumat masa kini yang tidak terkawal, telah menjadikan nilai dan norma masyarakat dewasa ini,berada dalam situasi yang sangat gawat dan membimbangkan. Generasi muda kini, telah dibawa arus perubahan yang sentiasa berlaku setiap hari dengan membelakangkan nilai dan norma masyarakat sebelumnya. Antara nilai-nilai moral yang telah berlaku perubahan adalah seperti nilai kasih sayang, nilai hemah tinggi, nilai mementingkan pelajaran, dan nilai kerjasama sebagainya. Yang pertama, jika kita mengambil aspek kasih sayang kita dapat melihat perbezaan yang ketara antara masyarakat zaman dahulu dan masyarakat zaman sekarang. Masyarakat zaman dahulu lebih mementingkan nilai kasih sayang berbanding dengan masyarakat zaman sekarang. Oleh sebab itu, generasi muda pada zaman dahulu berakhlak mulia,berdispilin dan tidak melibatkan diri mereka dalam masalah sosial. Hal ini kerana nilai kasih sayang ini dipupuk dalam diri mereka sejak kecil lagi oleh keluarga mereka. Mereka tahu bahawa intitusi keluarga yang mantap merupakan hospital yang paling anggun bagi merawat masalah sosial. Jika dibandingkan dengan masyarakat pada zaman sekarang mereka lebih mementingkan diri dan terlalu ghairah mengejar kemewahan sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa kepada keluarga mereka. Walaupun mereka mencari duit untuk memberi kehidupan yang sempurna bagi anak-anak mereka tetapi mereka kurang meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Oleh demikian itu, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi. Dengan ini peluang mereka untuk melibatkan diri dalam masalah sosial adalah terlalu cerah. Jika zaman dahulu, hanya salah seorang daripada ibu bapa sahaja mencari duit untuk keluarga mereka. Oleh itu,salah seorang ketua keluarga dapat mengasuh anak-anak mereka dengan baik. Jika zaman sekarang kedua-dua ibu bapa mengejar dunia kebendaan. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan pearan penting untuk menangani masalah sosial dalam masyarakat bermula daripada keluarga mereka sendiri. Yang kedua, masyarakat pada zaman dahulu, mempunyai nilai kesopanan yang tinggi. Mereka menghargai dan memuliakan seseorang dan masyarakat di sekeliling mereka dengan memberi layanan yang bersopan.Contohnya, mereka menegur apabila bersemuka dengan orang yang dikenali.Mereka juga begitu hormat dan taat kepada ibu bapa mereka.Contohnya, mereka membantu ibu bapa mereka walaupun tidak menyuruh mereka berbuat demikian. Selain itu ,mereka mempunyai budi bahasa yang tinggi.Mereka menggunakan perkataan yang sopan apabila bercakap dengan orang tua daripada mereka.Pada masa yang sama masyarakat zaman dahulu,sangat bertolak ansur antara satu sama lain.Mereka tidak begaduh antara satu sama lain walaupun tidak bersehaluan.Contohnya, remaja dahulu tidak terlibat dalam pergduhan,pembunuhan dan sebagainya seperti zaman sekarang.Nilai seterusnya ialah nilai kasih sayang.Masyarakat zaman dahulu begitu menyayangi antara satu sama lain.Contohnya, anak-anak zaman dahulu sanggup menjaga ibubapa mereka yang tua. Begitu juga dengan nilai bantu-membantu antara mereka.Mereka sanggup membantu kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan daripada mereka.Contohnya, mereka membuat gotong royong untuk membersihkan kawasan perumahan. Manakala kesopanan masyarakat zaman sekarang sudah banyak berubah.Ini jelas boleh dilihat daripada cara pemakaian remaja zaman sekarang yang memakai pakaian yang menjolok mata di khayalak ramai.Selain itu, sikap taat dan hormat orang yang yang lebih tua daripada kita sudah pudar dalam kalangan masyarakat zaman sekarang.Contohnya, mereka sanggup meluahkan perasaan kepada marah ibu bapa jika mereka menegur kesalahan mereka.Masyarakat zaman sekarang tiada mempunyai sikap tolak ansur.Sebab mereka sanggup bunuh rakan mereka apabila berlaku pergaduhan atau perselisihan faham kerana tiada toleransi antara mereka.Pada masa yang sama terdapat banyak perubahan dalam kalangan masyarakat .Mereka sanggup menghantar ibu bapa mereka yang uzur ke rumah orang tua tanpa belas kasihan.Ini jelas menunjukan perubahan nilai moral antara masyarakat zaman dahulu dan masyarakat zaman sekarang.Oleh itu, masyarakat zaman sekarang perlulah berubah sikap negatif mereka untuk kebaikan diri dan masyarakat.Selain itu nilai kerjasama juga berlaku perubahan kerana masyarakat zaman dahulu mempunyai masa lapang untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti- aktiviti kemasyarakatan seperti amalan gotong-royong , kenduri bagi hari- hari yang istimewa dan sebagainya tetapi pada zaman sekarang masyarakat tidak mencukupi masa untuk tidur atau pun makan sebab mereka terlalu sibuk dalam kegiatan harian mereka dan jadual harian mereka juga terlalu padat sehingga tidak mengenali siapa jiran mereka. Oleh sebab itu,semangat kerjasama dan perpaduan sukar dipupuk dalam kalangan masyarakat sekarang. Hal ini boleh membawa kesan negative kepada masyarakat kita. Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita jika kita tidak mahu perkara tersebut diulangi lagi kita haruslah bijak mengurus masa kita dan berusaha melibatkan diri kita dalam aktiviti kemasyarakatan.

Yang ketiga adalah masyarakat pada zaman dahulu tidak terlalu mementigkan pelajaran namun masyarakat pada zaman sekarang terlalu mementingkan pelajaran ini merupakan perubahan nilai dan sikap yang baik yang membawa banyak kesan positif kepada Negara dan masyarakat kita.Pendidikan adalah hal penting dan paling mempengaruhi perkembangan, kemajuan setiap bangsa. Seluruh komponen dalam dunia pendidikan haruslah didukung dan digerakkan demi kemajuan tingkat intelektualitas, dan moral siswa. Pembelajaran adalah satu perkara yang kita harus menguasai untuk keselamatan kita untuk sesuatu perkara.terdapat banyak perbezaan antara pembelajaran pada masa dahulu dengan sekarang.Pembelajaran pada zaman dahulu,teknologi-teknologi seperti internet jarang didapati.manakala,zaman sekarang terdapat banyak kegunaan teknologi canggih yang sudah dinaiktarafkan. Oleh sebab itu,masyarakat pada masa ini,senang memperolehi banyak maklumat daripada internet untuk pembelajarannya. Contohnya ,pelajar senang dapat maklumat tentang pelajaran daripada internet.Pada zaman dahulu,masyarakat tidak terdedah kepada ilmu ICT ini kerana kebanyakkan mereka terdiri daripada buta huruf. Selain itu,pada masa dahulu,anak perempuan tidak digalakkan menyambung pelajarannya ke tahap yang tinggi kerana orang tua mereka tidak membenarkannya untuk membuat sedemikiannya. Hal ini kerana,mereka anggap anak perempuan patut duduk di dapur sahaja tetapi pada zaman sekarang pula persepsinya telah berubah,tidak kira perempuan atau lelaki haruslah belajar kerana jika mereka tiada pendidikan,masyarakat akan pandang rendah akan mereka. Mereka juga tidak dapat menjalankan kehidupan harian mereka dengan sempurna. Perempuan zaman sekarang semakin maju berbanding dengan lelaki apabila mereka diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.Sementara itu,pada masa dulu,masyarakat akan hadir ke apa jua majlis atau kenduri dengan anak-anak mereka. Mereka tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Walaubagaimanapun pada masa sekarang ibu bapa terlalu mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Oleh itu, kini semua majlis-majlis yang istimewa diadakan di hujung minggu atau pada musim cuti sekolah demi pembelajaran dan kerjaya mereka.

Secara kesimpulannya, perubahan nilai dalam masyarakat kita telah membawa banyah perubahan dalam diri masyarakat kita. Walaupun ada perubahan yang membawa kesan positif kepada kita tetapi ada perubahan nilai membawa nilai negatif kepada kita. Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan keberkesanannya. Oleh itu semua pihak kerajaan atau pun swasta haruslah berganding bahu bagi menangani masalah sosial ini dan berusaha untuk menerapkan nilai-nilai baik dalam masyarakat.