pertolongan cemas.docx

19
PERTOLONGAN CEMAS Pengertian Pertolongan Cemas Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes. d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa. Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan. b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. d) Elak mangsa dari mengalami renjatan. e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan. Pengendalian Mangsa Kemalangan a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan. b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang. c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera. d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu. Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan a) Membuat penilaian keadaan, - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. - Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. - Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa b) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa. c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa. Peringatan !!! a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya

Upload: tamil-silvam-raja

Post on 30-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan CemasPertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemasa) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baika) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemasa) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian Mangsa Kemalangana) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuana) Membuat penilaian keadaan,- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan.- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsab) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.Peringatan !!!a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah.e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

PEMBEBATAN

Tujuan pembebatana) Menahan pendarahanb) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.c) Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasana) Sapu tangan yang bersih.b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.

Pembalut (Bandages)Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).b) Pembalut lebar (broad bandage).c) Pembalut panjang (narrow bandage).d) Pembalut gulung (rollar bandage).Kegunaan Kain Pembaluta) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.c) Mengampu bahagian yang cedera.d) Membantu menghentikan pendarahan.e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segiKain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.Antara kegunaan kain anduh ialah:-a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.b) Menghenti atau menahan pendarahan.c) Menetapkan bahagian yang cedera.d) Dapat digunakan sebagai pengipas.e) Menutup tempat yang luka atau cedera.f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Anduh (sling)Jenis-jenis Anduha) Anduh besar (large arm sling)- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)- menahan pendarahan anggota atas.- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.- Mengampu anggota atas yang cedera.c) Anduh kecil (small arm sling)- mengampu kecederaan di bahagian bahu.- Mengampu tulang klavikal yang cedera.- Mengampu anggota atas yang cedera.d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

SISTEM PENGALIRAN DARAH

Merupakan rangkaian sistem yang tertutup yang terdiri dari jantung, saluran-saluran darah dan limpa. Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari.

Jantung

Jantung terletak di ruang dada iaitu di belakang bawah dada. Letaknya 2/3 arah ke kiri ruangan dada iaitu di antara kanan dan kiri jantung. Saiznya adalah lebih kurang sebesar gengaman. Bentuknya adalah seperti buah pear iaitu tirus di hujungnya. Jantung dapat mengepam darah kira-kira 120-150 mls darah bagi setiap kali ia mengepam. Setiap minit ia dapat mengepam kira-kira 5 liter darah. Pengaliran dan pengepaman darah dari jantung akan menjadi lebih banyak apabila seseorang itu melakukan pergerakan.Jantung terbina daripada otot-otot di luar kawalan. Oleh yang demikian, pergerakannya adalah tidak dikawal oleh mana-mana bahagian sistem badan. Jantung terbina dari 3 lapisan otot. Antaranya:-a) Lapisan pericardium (bahagian luar jantung) terbina dari otot-otot berfiber dan serosa.b) Lapisan Myocardium (lapisan tengah) terbina dari lapisan tisu otot bebas.c) Lapisan Endocardium (lapisan dalam) terbina dari tisu-tisu epithelium leper.Jantung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri jantung dan bahagian kanan jantung. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh dinding yang dikenali sebagai septum. Dari setiap bahagian ini ianya terbahagi kepada 2 ruangan iaitu atrium (aurikal) di bahagian atas dan ventrikal di bahagian bawah. Oleh itu secara keseluruhannya di dalam jantung terdapat 4 ruangan yang dikenali sebagai aurikal kiri, aurikal kanan, ventrikal kiri dan ventrikal kanan.

Di dalam ruangan-ruangan jantung ini terdapat injap-injap iaitu:-a) Injap Antrio Ventricular (injap serambi) yang terdiri dari Injap Tricuspid yang terletak di antrium kanan dan injap Bicuspid yang dikenali sebagai Injap Mitral di antrium kiri.b) Injap Semi Luar (injap separuh bulat) terdapat di bahagian kanan ventrikal ke pulmonary artery dan kiri ventrikal ke aorta.

Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-a) Saluran Arteri terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari lapisan tisu berfiber yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri sebagai elastik dan kuat.b) Saluran Vena terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan selastik arteri.c) Saluran Kapillari saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan selaput tisu epithelium leper biasa.

Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali saluran pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan darah yang berkarbon dioksida dari tisu ke jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida di paru-paru.

Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran badan kecuali kapillari vena, saluran vena dan seterusnya ke ruangan antrium kanan jantung. Dari situ darah dipam ke ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya dipam ke paru-paru melalui saluran pulmonary arteri untuk proses pengoksigenan. Apabila telah pengoksigenan, darah akan dialir ke saluran pulmonary vena ke ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya dipam keluar untuk diedarkan ke seluruh badan melalui saluran aorta, arteri dan kapillari arteri untuk kegunaan sel badan.

Pengaliran DarahTerbahagi kepada 2 peringkat:-a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari ventrikal kanan hingga ke antrium kiri.b) Peredaran sistematik peredaran darah mula dari ventrikal kiri hinggalah kembali ke antrium kanan jantung.

Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang dewasa. Manakala peredaran darah mengambil masa kira-kira 0.8 saat bagi setiap kali.

Nadi

Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah keluar, maka satu utusan mengalir ke saluran aorta dan seterusnya keseluruh saluran arteri. Pengucupan jantung yang dihasilkan itu akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa pada tempat-tempat tertentu di saluran arteri sahaja.

Sistol istilah yang menyatakan jantung mula mengepam (berdenyut).Diastol istilah peringkat jantung berehat.Untuk mengukur tekanan darah alat yang digunakan dikenali sebagai sphygmomanometer.

Darah terdiri dari beberapa kumpulan tertentu, antaranya ialah:-a) Kumpulan A.b) Kumpulan B.c) Kumpulan AB.d) Kumpulan O.

SISTEM SARAFSistem araf terdiri dari unit-unit neuron. Sistem saraf berfungsi sebagai pengalir rangsangan bagi penyelarasan perhubungan di antara satu binaan dengan binaan yang lain. Pusat pengawalan saraf berpusat di otak. Sistem saraf terdiri dari otak, saraf tunjang dan gentian-gentian saraf (aferen dan eferen) yang bertugas menghantar utusan ke otak dan membawa semua utusan rangsangan dari otak.

Sistem saraf boleh dibahagikan kepada:-a) Sistem saraf pusat.b) Sistem saraf pinggir yang berfungsi menghubung saraf pusat dengan organ dan otot.c) Sistem saraf otonomi (sistem di luar kawalan kemahuan).

Otak dilindungi oleh satu lapisan selaput nipis yang dikenali sebagai meninges. Berat otak adalah kira-kira 31bs. Manakala otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-a) Serebrum yang terdiri dari 2 hemispere.b) Serebrum yang terdiri dari 2 cuping (lobe)c) Otak tengah, Pons varoliidan Mendulla Oblongata yang membentuk pangkal otak.

Tugas Serebluma) Menerima utusan rangsangan deria dan mentafsirkannya.b) Berfungsi sebagai pusat intelektual dan ingatan.c) Menguasai gerak geri otot jalur.d) Menguasai bahagian rendah otak dan mempengaruhi beberapa tugas tubuh.

Tugas Serebluma) Menyelenggara kesegaran otak.b) Menyelaras segala gerak-geri otot.c) Mengawal keseimbangan badan.

SISTEM PERNAFASAN

Sistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian hidung hingga ke peparu diserapkan oleh saluran darah untuk diedar untuk kegunaan pernafasan semula sel-sel. Setelah oksigen digunakan, karbon diokida dan wap yang terhasil akan di hantar kembali ke paru-paru dan dibebaskan melalui hidung.

Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:-1. Pernafasan luar oksigen yang disedut dari udara di bawa ke dalam sistem saluran darah dan kemudiannya pembebasan karbon dioksida.2. Pernafasan dalam pertukaran oksigen di antara saluran kapillari dengan sel-sel.

Sistem pernafasan terdiri daripada :-a. Hidungb. Faringc. Laring (larynx) peti suarad. Bronchie. Bronchiolef. Alveoli (air sac)g. Paru-paruHidung

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan dan belakang. Ia bermula dari hadapan hidung ke bahagian faring. Rongga hidung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan yang dipisahkan oleh nasal septum. Tisu yang membina lapisan ini adalah dari sel epithelium turus bersisik. Dalam ruangan hidung terdapat turbinate, bulu hidung, tulang lembut dan tulang hidung.Tugas hidung:a) Saluran tempat mula-mula udara masuk ke paru-paru.b) Sebagai organ bauc) Menentukan sifat bunyi suara.Faring.Merupakan sebahagian dari saluran pernafasan . Panjang kira-kira 5 inci panjang yang bermula dari dasar tengkorak (base of skull) hingga ke oesophagus (ruas ke 6 tulang cervical).Faring terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:-a) Nasopharynx belakang rongga hidungb) Oropharynx belakang ruang mulut (tekak).c) Laryngopharynx saluran penyaluran udara yang di sedut.- membantu menentukan sifat bunyi suara.LaringTerletak di pertengahan leher iaitu di antara faring dengan trakea (ruas 4,5 dan 6 tulang cervical). Terbina dari rawan hailin. Pada bahagian laring terdapat juga rawan thyroid, krikoid, anteoid dan epiglotis.

Tugas Laring : - penyaluran udara- menentukan sifat bunyi suara.

TrakeaBermula dari bahagian bawah laring hingga ke cabang braonchi. Trakea terletak di bahagian depan saluran oesophagus. Terbina dari rawan.

Tugas Trakea: menjadi saluran pernafasan udara masuk dan keluar.

BronchiTerbina dari rawan berbentuk C. Panjangnya kira-kira 4.5 inci. Struktur binaan sama seperti struktur trakea.

BronchilesMerupakan cabang atau ranting bronchi yang lebih kecil bentuknya. Terbina dari otot bebas (involuntary muscle).AlveoliMerupakan penghujung bronchioles. Ia merupakan gelembung udara (air sac) yang diliputi oleh selaput squamous epithelium.

Paru-paruParu-paru merupakan organ yang elastik yang berbentuk kun yang terletak pada ruangan thorex. Ia diseliputi oleh lapisan nipis yang dikenali sebagai lapisan pleura. Paru-paru terbahagi kepada 2 iaitu kiri dan kanan paru-paru. Setiap bahagian terbahagi kepada cuping-cuping (lobe) yang tersendiri. Paru-paru kanan mempunyai 3 cuping manakala kiri pula mempunyai 2 cuping.

Mekanisma pernafasanPernafasan manusia dikawal oleh pusat pernafasan di bahagian meduolla oblongata. Mekanisma pernafasan adalah merupakan pergerakan pernafasan yang berlaku akibat dari pergerakan selaput diagphram, otot-otot intercostal dan tulang rusuk.

Mekanisma pernafasan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat penarikan nafas masuk (inspiration), peringkat hembusan keluar (expiration ) dan waktu rehat (pause).Peringkat penarikan nafas merupakan pergerakan aktif yang menyebabkan ruangan thorex menjadi luas. Tulang rusuk bergerak keluar kearah luar dan ke atas (upward andoutward) menyebabkan otot intercostal mengucup. Manakala otot diaghparam menjadi luas. Ini menyebabkan berlaku tekanan rendah di dalam paru-paru. Keadaan ini memberi ruang kepada udara masuk ke dalam paru-paru.

Peringkat hembusan keluar - Merupakan pergerakan pasif di mana ruang thorex kembali kepada saiz biasa. Otot intercostal berehat dan menyebabkan tulang rusuk tertarik ke bawah. Manakala diagphram kembali ke bentuk asal iaitu melengkung ke atas. Tekanan di ruangan thorex menjadi sempit dan tekanan di dalam paru-paru menjadi tinggi. Ini menyebabkan udara yang terdapat di dalam paru-paru tertekan keluar.

Kandungan oksigen di udara yang kebiasaan disedut oleh manusia adalah kira-kira 20 21%. Setiap minit pernafasan yang normal berlaku sebanyak 14 15% kali seminit. Manakala kadar udara yang disedut adalah kira-kira 400 500 mls. Kandungan oksigen yang digunakan adalah kira-kira 4 5% sahaja, selebihnya antara 14 15% dihembus keluar bersama-sama karbon dioksida sebanyak 4%

TERHENTI PERNAFASAN (ASPHYXIA)

Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen di dalam darah yang menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat bekalan oksigen untuk bernafas dan menjalankan tugas.

Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan oksigen di udara, gangguan pada pusat pernafasan di medulla oblonggata, sekatan saluran pernafasan, gangguan sistem saraf, jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan sebagainya.

Punca-punca terhenti pernafasana) Lemas dalam asap, gas beracun atau asapb) Terkena kejutan elektrik atau panahan petir.c) Termakan atau terminum bahan-bahan beracun.d) Tersekat bendasing pada saluran pernafasan.e) Tercekik atau terjerut pada bahagian leher.f) Tertimbus atau ditimpa benda berat di dada atau tertimbus bantal bagi bayi.g) Penyakit-penyakit pada saluran pernafasan atau jantung. Contohnya penyakit jantung, lelah, radang paru-paru, pertumbuhan pada saluran pernafasan.h) Alahan atau allergi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak atau gangguan pada pusat pernafasan.i) Berlakunya pertukaran tekanan secara mengejut dari tekanan rendah ke tekanan tinggi dan sebaliknya.j) Kecederaan di bahagian dada seperti patah tulang dada atau tulang rusuk.

Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan

a) Sukar bernafas.b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek.c) Muka menjadi pucat.d) Mangsa berkeadaan gelisah.e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruanf) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan.g) Saluran vena di bahagian leher mengembang.h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk.i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti.j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.

Rawatan Am Terhenti Pernafasana) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang.b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah memberi bantuan yang sebaik mungkin.d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau Selvesters.e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan tekanan jantung dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai.f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.h) Dapatkan bantuan perubatan segera.Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan.Lemas Dalam Air (Drowning)a) Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia boleh dilakukan sekiranya mangsa terhenti pernafasan semasa lemas.b) Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala mangsa dan periksa pernafasan mangsa.Beri bantuan pernafasan sekiranya pernafasan terhenti.c) Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada dari luar sekiranya nadi terhenti.d) Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang seli sehingga mangsa bernafas dan jantung berdenyut kembali.e) Longgarkan pakaian mangsa.f) Selimutkan mangsa.g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa mangsa dalam keadaan tidak sedar.i) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Tergantung (hanging)a) Ampu anggota mangsa ke atas bagi mengurangkan jerutan tali.b) Potong tali dan tanggalkan jerutan.c) Baringkan mangsa dan dongakan kepala mangsa.d) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi. Lakukan CPR.e) Rawat kecederaan sekiranya ada.f) Dapatkan rawatan perubatan.Lemas dalam asap/gas beracun (suffocation by gas/smoke)a) Pastikan gas atau asap beracun keluar terlebih dahulu. Buka pintu atau tingkap.b) Tutup mulut dan hidung dengan tuala basah/ lembab dan masuk secara merangkak.c) Keluarkan mangsa secara menarik perlahan-lahan.d) Longgarkan pakaian mangsa.e) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi mangsa. Sekiranya terhenti, lakukan CPR.e) Dapatkan rawatan perubatan segera.Bendasing Dalam Saluran Pernafasan.1. Orang dewasa (Sekiranya mangsa sedar) Tanya mangsa sama ada boleh bernafas atau tidak. Perhatikan keadaan mangsa. Arah mangsa supaya batuk agar bendasing dapat keluar. Lakukan bantuan secara kaedah Heimlich Manuver atau chest thrust sekiranya mangsa tidak boleh bernafas. Arah mangsa membongkok perutnya ke belakang kerusi atau melakukan sendiri Hiemlich Manuver jika perlu. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing keluar.

Sekiranya mangsa pengsan Baringkan mangsa dalam keadaan melentang. Periksa mulut mangsa bagi menentukan terdapat atau tidak bendasing.

Lakukan kaedah Heimlich Manuver atau chest compression berselang seli dengan memeriksa mulut mangsa bagi menentukan bendasing keluar atau tidak. Lakukannya sehingga bendasing keluar. Setelah keluar, periksa gerak nadi mangsa. Jika tiada lakukan CPR. Dapatkan bantuan perubatan.

2) BayiSekiranya mangsa sedar Angkat bayi dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Beri tepukan di bahagian kiri kanan tulang belikat mangsa sehingga bendasing keluar. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.Sekiranya mangsa pengsan Baringkan mangsa secara melentang. Dongak kepala mangsa dan periksa mulutnya. Tiarapkan si mangsa dan berikan 5 tepukan di bahagian belakang mangsa. Kemudian telentangkan mangsa dan beri 5 tekanan jantung dari luar. Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing jika terdapat. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing dapat dikeluarkan. Lakukan CPR jika pernafasan dan pergerakan jantung terhenti. Dapatkan bantuan perubatan segera.Rawatan Terhenti Pernafasan Oleh Kejutan Elektrika) Tutup dan cabut plug terlebih dahulu atau alih wayar berarus elektrik dengan menggunakan kayu yang kering atau benda yang tidak mengalirkan arus elektrik dengan baik.b) Pastikan ahli pertolongan cemas memakai kasut getah semasa menghadapi keadaan.c) Bawa mangsa ke tempat selamat dan betulkan saluran pernafasan mangsa. Periksa pernafasan dan gerak nadi. Lakukan CPR jika pernafasan dan nadi terhenti.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.e) Dapatkan rawatan perubatan segera.

PATAH

Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca-punca patah

Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga) Secara LangsungPatah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.b) Secara Tidak LangsungPatah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.Jenis-jenis pataha) Patah tebu/tertutup (simple fracture)Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.b) Patah riok (Compound fracture)Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.c) Patah melarat (Complicated fracture)Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala pataha) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Pataha) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah-patah TertentuPecah Tengkorak KepalaKemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.Tanda-tanda dan gejalaa) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.c) Muntah.d) Mangsa berkeadaan gelisah.e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.h) Nafas berbunyi kuat.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.d) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah Tulang RahangTanda-tanda dan gejalaa) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.e) Gigi mangsa berselisih.

Rawatana) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang BelakangTanda-tanda dan gejalaa) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.

Rawatana) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.b) Tenangkan mangsa.c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang RusukTanda-tanda dan gejalaa) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.c) Susah bernafas.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)Tanda-tanda dan gejala.a) Sakit pada bahagian bahu.b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.

Rawatana) Tenangkan mangsa.b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.c) Rawat kecederaan yang terdapat.d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota AtasRawatana) Tenangkan mangsa.b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang tercedera.d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang PunggungTanda-tanda dan gejalaa) Sakit di bahagian punggung.b) Susah bergerak atau berdiri.c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenangkan mangsa.c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang PahaRawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenagkan mangsa.c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Tibia dan FibulaRawatana) Letak mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenangkan mangsa.c) Rawat kecederaan.d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang yang patah.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Pecah Tulang PatelaRawatana) Baringkan dan luruskan kaki mangsa.b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah.c) Dapatkan rawatan perubatan.

Terkehel (Dislocation)Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dariacuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulangtanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda-tanda dan gejala terkehela) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.b) Bengkak dan lebam bahagian sendi.c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.

Rawatana) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi mengurangkan pergerakan.c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian tersebut.d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Tergeliat (Sprain)Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.Tanda-tanda dan Gejala tergeliata) Sakit bahagian yang tercedera.b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat mengerakkan anggota tersebut.

Rawatana) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.c) Jangan mengurut bahagian cedera.d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak.f) Dapatkan rawatan perubatan.

Salah Urat (Strain)Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan anggota yang terlibat.

Tanda dan gejalaa) Sakit dan tegang otot-otot.b) Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.

Rawatana) Rehatkan bahagian yang terlibat.b) Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan sakit.c) Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.d) Beri minum air yang banyak.

Kekejangan otot (Cramp)Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat dari pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat.

Tanda-tanda dan gajalaa) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami kekejangan.b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan tegang.c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.

Rawatana) Baringkan mangsa dan tenangkannya.b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.d) Rehatkan bahagian yang tercedera.g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

LUKA DAN PENDARAHANLuka:Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Pendarahan:Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang menyebabkan keluarnya darah.

Jenis-jenis luka.

a) Luka terhiris (incised wound)-luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound)luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.

c) Luka lebam (contusion)luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

d) Luka tembus (punctured wound)luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

e) Luka tembakan (gun shot wound)luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol

JENIS-JENIS PENDARAHAN

a) Pendarahan dari saluran arteri- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi.b) Pendarahan dari saluran vena- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN

Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. Pucat. Pening kepala. Meloya dan kemungkinan muntah. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. Kulit badan berpeluh dan sejuk. Hilang kekuatan atau keupayaan. Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN

Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:a) Hentikan pendarahan secara langsung mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.b) Secara tidak langsung -menekan urat-urat darah. -menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS

Pendarahan dari hidung-Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit.-Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut atau saluran pernafasan.-Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut.-Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan.-Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan kembali.-Dapatkan rawatan perubatan segera.Pendarahan dari gusi-Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa.-Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa menggigit kain kapas selam 15 minit.-Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan mengurangkan kesakitan.-Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti.-Jangan berkumur terlampau banyak-Jangan membuang darah beku pada tempat luka-Dapatkan rawatan perubatan segera.

Pendarahan dari telinga.- Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi mangsa yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah tengkorak.-Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah.-Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih.-Dapatkan rawatan perubatan segera.

Berdarah Varicose Vein-Tenangkan mangsa agar tidak panik-Letakkan mangsa dalam keadaan selesa.-Hentikan pendarahan secara tekanan langsung-Balut bahagian pendarahan dengan kemas dan tinggikan bahagian tersebut.-Dapatkan rawatan perubatan segera

Pendarahan lebam-Tenangkan mangsa-Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan bengkak-Jangan mengurut tempat lebam

Luka bahagian perut-Tenangkan mangsa dan baringkan mangsa dalam keadaan selesa.-Condongkan badan ke arah bahagian yang cedera.-Balut bahagian luka dengan kemas-Jangan cuba masukkan usus jika ianya keluar, sebaliknya tutup usus tersebut dengan kain yang dibasahkan.-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera

Kecederaan dada (chest injury)Tanda-tanda dan simpton-Semasa penarikan nafas - kedengaran bunyi seperti sedutan (sucked sound).-Semasa hembusan - darah keluar secara berbuih (blood stain buble)-batuk berserta darah.

Rawatan-Kenakan balutan yang kemas di tempat cedera.-Letak pesakit dengan bahagian dada menyandar.-Dapatkan bantuan perubatan segera.Kecederaan dada (stove in chest) Tanda dan gejala-Sukar bernafas-Bibir kebiruan-Sakit di bahagian dada.

Rawatan-Longgarkan pakaian pesakit-Letak pesakit dalam keadaan bersandar-Bahagian yang cedera hendaklah di immobilize.-Balut bahagian anggota atas ke bahagian dada (strapping the arm to the chest)Kecederaan Letupan (Blast Injury)Tanda dan simptom-Sakit pada bahagian dada.-Gelisah.-Bibir pucat dan kebiruan.-Batuk beserta darah.-Sukar bernafas.-Bengkak bahagian dada (tenderness).

Rawatan-Rehatkan mangsa-Longgarkan pakaian-Baringkan dan tinggikan bahagian kepala dan dada mangsa.-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Crush InjuryKebiasaannya disebabkan oleh jentera atau mesin yang mencederakan otot, kulit atau tulang.

Rawatan-Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala.-Balut dan tahan pendarahan bahagian yang cedera.-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding)Tanda dan gejala-Muka mangsa pucat-Mangsa lemah dan tiada upaya.-Gelisah-Badan sejuk-Pening kepala dan muntah-Pernafasan cepat dan lemah-Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah.

Rawatan-Tenangkan mangsa.-Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki.-Longgarkan pakaian yang ketat.-Jangan beri sebarang makanan dan minuman.-Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.

-Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa.-Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKAa) Temporal arteri di hadapan telinga.b) Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah.c) Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.d) Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk pertama di belakang tulang selangka.e) Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous.f) Brachial arteri pergelangan siku.g) Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan.h) Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan.i) Femoral pertengahan lipatan paha.j) Popliteal arteri di belakang lutut.k) Anterior tibial pergelangan kaki.

TERBAKAR DAN MELECURTerbakar Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.a) Sakit yang kuat.b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.c) Terjadi gelembung air pada kulit.d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali.e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa.Pengiraan PeratusanTerbakar dan MelecurPengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:-a) Bahagian kepala dan leher - 9%b) Sebelah anggota atas - 9%c) Bahagian depan badan -18%d) Bahagian belakang badan -18%e) Sebelah anggota bawah -18%f) Bahagian kemaluan - 1%

Rawatan Am Terbakar dan Melecura) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.c) Tenangkan mangsa.d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkalia) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.f) Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaiana) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan.e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak.a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin.b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher.c) Dapatkan rawatan perubatan.

PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG

1.PEMULIHAN PERNAFASANTerdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan semasa mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:-a) Pemulihan mulut ke mulutb) Pemulihan mulut ke hidungc) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkokd) Kaedah Holger Neilsone) Kaedah Selvestersf) Kaedah Schafers

a) Pemulihan mulut ke mulutCara pratiknya rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa. tutup hidung mangsa secara picitan hidung. lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata memerhatikan bahagian dada mangsa hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada kebocoran dari celah bibir mangsa lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung. lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi. permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan.

b) Pemulihan mulut ke hidungKaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.Cara pratiknya Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa. Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui mulut. Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan, perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau tidak ke paru-paru. Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar. Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.

c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leher.Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.Cara pratiknya. Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa. Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak menetukan dada mengembang atau tidak. Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu.

d) Kaedah Holger Neilson.Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut buncit.Cara pratiknya. Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya. Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka. Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa. Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian tulang scapula mangsa. Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat. Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa. Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba bantuan perubatan.